Anda di halaman 1dari 6

SK BAGAN JERMAL

BUTTERWORTH, PULAU PINANG


PBA 2003

KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
SK BAGAN JERMAL 2018

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SK BAGAN JERMAL

19 NOVEMBER 2018

“BADAN SIHAT, MINDA CERGAS”


KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
SK BAGAN JERMAL 2018

1.0 PENDAHULUAN
Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid
dan guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat
kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam kalangan murid. Selain daripada itu, ia
dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid di samping memberikan
kesedaran pentingnya sukan kepada semua.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan
dengan lebih menyeluruh.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya
kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia.
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti
permainan yang terancang.
2.4 Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid dan guru melalui
aktiviti yang diadakan bersama.
2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan
yang komprehensif.

3.0 TEMA
“MINDA CERGAS, BADAN SIHAT”

4.0 SASARAN
Murid tahap 2 (Tahun 4, 5, & 6)

5.0 TEMPAT
Padang SK Bagan Jermal
6.0 TARIKH
19 November 2018 (Bermula 8:30 pagi)
7.0 JAWATANKUASA
Penasihat : En. Zainal bin Ahmad
Pengerusi : En. Ghazali bin Abdul Hamid
Penyelaras : En. Fahmi bin Mansor
Setiausaha : Mohammad Haziq bin Mahmood

Jawatankuasa Pelaksana
Pengurus Pasukan Sepak Takraw
- En. Mahamad Zamri bin Darus
- En. NoorHamrulnizam
- En Hashidi bin Harun
- En. Mohd Hafiz bin Md Saad

Pengurus Pasukan Bola Jaring


- Pn NorZamzira
- Pn Noor Syahida
- Pn Noorliza
- Pn. Rosnani

Pengadil Sepak Takraaw


- En Azizi bin Salleh (Ketua)
- En. Mohd Zaihal
- En. Mohd Naim Syafiq
- En Ruzaidin bin Ghazali
- En. Mohd Sohairi
- En. Fahmi bin Mansor

Pengadil Bola Jaring


- Pn Zarina binti Mohamad Yusoff (Ketua)
- Cik Sharifah Norida
- Pn. Nabihah binti Osman
- Pn. Norfatihah Saedah
- Pn Najihah binti Salleh
- Pn. Sharimah bt Ismail
- Pn Nurushuhada
- Pn Harisun binti Mat Isa
- Pn. Hafidzah Ahmad

Disiplin : En. Jais Mohamad


Pn. Azlina binti Abdul LAteh

Teknikal & Peralatan : En Mohammad Haziq bin Mahmood


En Mohd Rohaizad bin Mustaffa

Jurugambar & Dokumentasi : En Noramin Adnan


Pn. Aliza bt Ishak

Hadiah : Pn Siti Ajar binti Shaari

Minuman Murid : Pn. Norafidah binti Samairy

Peraturan-peraturan Pertandingan
1. Kumpulan (lelaki dan perempuan)
1.1 Semua murid tahap 2 terlibat.
1.2 Mengikut rumah pasukan masing-masing.

2. Anjuran
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Bagan Jermal.
3. Pecahan pertandingan
3.1 Lelaki – Sepak Takraw
3.2 Perempuan – Bola jaring

4. Penyertaan
4.1 Setiap rumah pasukan dibenarkan menghantar dua kumpulan untuk
setiap pertandingan yang dianjurkan. Jumlah peserta termasuk
simpanan dalam setiap kumpulan adalah seperti berikut:
4.1.1 Sepak Takraw : 4 orang (1 pasukan)
4.1.2 Bola jaring : 10 orang (1pasukan)
4.2 Kemenangan akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang
menang. Perlawanan diadakan secara liga.
4.3 Semua peserta mestilah sihat. Pengurus pasukan mestilah terdiri
daripada guru rumah pasukan masing-masing

5. Pembatalan
5.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan sepanjang
pertandingan.
5.2 Mana-mana peserta yang didapati melanggar syarat pertandingan
akan dibatalkan hak penyertaannya.
6. Pakaian
6.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah,
bert-shirt rumah sukan
6.2 Mana-mana peserta yang tidak memakai pakaian sukan tidak
dibenarkan memasuki acara.
7. Hadiah
7.1 Hadiah disediakan bagi juara sahaja iaitu:

8. Bantahan
8.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Referi secara
bertulis dan wang cagaran RM 50.00 hendaklah disertakan selepas
pengumuman keputusan dibuat.

8.0 ANGGARAN KOS


BIL PERKARA JUMLAH
1. Trofi Bola Jaring & Sepak Takraw RM 10.00 x 50 = RM 500.00
2. Pemain Terbaik RM15.00 x 2 = RM 30.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 530.00
9.0 PENUTUP
Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang
tinggi dalam menjayakan karnival ini.

Disediakan oleh,

……………………………………
(MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD)
Setiausaha Karnival Sukan & Permainan 2018
SK BAGAN JERMAL

Disemak oleh,

………...……………………………………
(GHAZALI BIN ABD. HAMID)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK BAGAN JERMAL

Disahkan oleh,

………...………………….
(ZAINAL BIN AHMAD)
Guru Besar
SK BAGAN JERMAL