Anda di halaman 1dari 1

JURNAL MINGGU KEENAM

1. Isu / Masalah

Pada minggu ini saya membawa isu penggunaan kemahiran asas 3M pada murid Tahun
3. Sewajarnya untuk murid berumur 9 Tahun, mereka sepatutnya boleh membaca,
mengira dan menaakul. Tetapi agak mendukacitakan seorang murid Tahun 3 sukar untuk
membaca, mengira dan menaakul. Sebagai seorang guru, saya berpendapat isu ini perlu
ditangani dengan segera.

2. Analisis masalah

Masalah penguasaan 3M adalah perkara yang merupakan isu serius dalam mana-mana
sekolah. Hal ini kerana hampir setiap sekolah mempunyai murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran 3M. Ini akan menyebabkan murid ketinggalan pelajaran dan
prestasi markah dan akademik akan menurun. Menurut Mok Soon Sang ,2003 dalam
pemulihan menyatakan “ pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas dalam
membantu murid menguasai kemahiran asas”. Oleh itu telah menjadi tugas seorang guru
pemulihan untuk membantu dan memulihkan masalah murid tersebut.

3. Cadangan Untuk Mengatasi

Penyelesaian terhadap masalah ini ialah guru perlu memberi perhatian lebih kepada murid
ini. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan hukuman kepada murid yang tidak mahu
belajar. Guru perlu mewujudkan suasana yang baik untuk menjana minat murid untuk
belajar. Suasana yang menarik dapat memberi rangsangan terhadap minat murid. Di
samping itu, guru juga boleh memberi cara pembelajaran yang berlainan mengikut gaya
pembelajaran setiap murid. Dengan mewujudkan situasi atau suasana yang menarik,
murid dapat memberikan respon terhadap pengajaran yang guru ajar.

4. Tindakan Susulan

Guru boleh menggunakan kaedah ganjaran agar murid lebih bersemangat dalam
pembelajaran. Ini merupakan inspirasi murid untuk berjaya dalam pembelajaran agar
mereka mendapat ganjaran yang lebih.

5. Kesimpulan

Murid perlu menguasai 3M dengan baik agar mereka boleh terus untuk mempelajari mata
pelajaran yang lain. Hal ini kerana setiap apa yang mereka pelajari amatlah penting untuk
mereka aplikasikan dalam kehidupan serta menjadikan target untuk berjaya agar dapat
menjadikan diri bukti yang baik untuk Negara.