Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Kecergasan fizikal merupakan kemampuan dan kebolehan seseorang untuk melakukan aktiviti
seharian tanpa berasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti pada waktu
lapang seperti riadah dan sebagainya. Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen iaitu
berlandaskan kesihatan dan berlandaskan motor (Corbin dan Lindsey, 1988). Menurut Fall
(1980), kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan
fungsi fisiologi dan psikologi iaitu seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan
otot, fleksibiliti dan komposisi badan. Kecergasan berlandaskan motor pula seperti kelajuan,
ketangkasan, kuasa, masa reaksi, koordinasi dan imbangan.

2.0 DEFINISI IMBANGAN

Imbangan didefinisikan sebagai pengekalan keseimbangan badan seseorang individu samada


dalam keadaan statik mahupun dinamik. Imbangan badan secara fizikal bukan sahaja diperlukan
oleh ahli sukan untuk sukan tertentu sahaja malahan juga penting untuk aktiviti dalam kehidupan
seharian kita. Imbangan perlu dikuasai bermula dari peringkat kanak-kanak bagi tujuan untuk
membantu peningkatan imbangan untuk peringkat dewasa kelak. Menurut pendapat David K.
Miller (2002), seseorang yang mempunyai tahap imbangan yang lemah tidak dapat membuat
aktiviti seharian dengan baik. Imbangan juga dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu imbangan
statik dan imbangan dinamik. Terdapat beberapa bateri ujian untuk menguji tahap imbangan
seseorang individu dari aspek imbangan statik dan juga imbangan dan dinamik.

2.1 BATERI UJIAN IMBANGAN

Johnson Modification of Bass Test of Dinamic Balance

Ujian Johnson Modification of Bass Test of Dinamic Balance merupakan salah satu bateri ujian
untuk imbangan dinamik yang digunakan untuk menguji tahap kebolehan imbangan bagi
seseorang individu.
2.2 PROSEDUR UJIAN

Jenis Ujian : Johnson Modification of Bass Test of Dinamic Balance

Objektif : i) Mengukur keseimbangan dinamik.

ii) Mengukur keupayaan mengekalkan imbangan semasa bergerak dari satu tempat
ke tempat yang lain.

Peralatan : Pita pelekat, pita pengukur, jam randik, wisel dan ruang lantai yang mencukupi.

Arahan/ Penerangan:

Rajah 1: Pelan Lakaran Johnson Modification of Bass Test of Dinamic Balance

i. Membuat 10 petak segi empat sama di lantai dan penanda arah menggunakan pita
penanda.
ii. Individu perlu berdiri pegun pada kaki kanan di kawasan ‘Mula’ dan memulakan lompatan
dengan kaki kiri ke petak yang pertama dan mendarat pada petak tersebut dengan bebola
kaki.
iii. Individu juga perlu melompat dari petak penanda ke petak penanda seterusnya mengikut
urutan nombor pada petak penanda tersebut.
iv. Individu perlu mengimbangi badan selama 5 saat dan melompat ke petak penanda
seterusnya selepas bunyi beep.
v. Perlakuan tersebut akan diulangi sehingga ke petak penanda yang terakhir.
vi. Sekiranya salah satu atau kedua-dua kaki mendarat keluar daripada petak penanda dan
juga mendarat menggunakan tumit kaki, individu dianggap gagal.

Pemarkahan Ujian:

 Setiap lompatan yang berjaya dan boleh bertahan selama 5 saat (5 markah).
 Setiap lompatan yang berjaya tetapi < 5 saat (1 markah).
 Setiap kesalahan yang dilakukan akan ditolak 1 markah.

Kelebihan Ujian:

 Tidak melibatkan penggunaan peralatan dan kos yang mahal.


 Aktiviti yang bersesuaian untuk semua peringkat umur.
 Dapat dilaksanakan bagi menguji keseimbangan yang baik.

Kekurangan Ujian:

 Memerlukan peruntukan masa yang banyak jika ujian dilakukan pada kumpulan besar.
 Perlu dilaksanakan di atas permukaan yang rata.
 Tiada rekod yang sahih mengenai tahap keseimbangan yang tinggi untuk setiap individu.

Norma Pemarkahan Ujian:

PEMARKAHAN MARKAH
Cemerlang 40-50

Baik 30-39

Sederhana 20-29

Memuaskan 10-19

Lemah 0-9
3.0 DEFINISI KOORDINASI

Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk
menghasilkan sesuatu tindakan tertentu dan ini juga merupakan salah satu komponen yang
penting dalam lakuan motor. Menurut Bompa (1983), koordinasi merupakan keupayaan yang
sangat kompleks berikutan ianya berkaitan dengan kelajuan, ketahanan dan kefasihan.
Komponen ini juga menitikberatkan kecekapan dan keberkesanan seseorang individu serta ianya
merupakan salah satu ciri tingkah laku yang penting untuk menjalankan sesuatu lakuan motor
dengan pantas, efisien dan efektif. Terdapat beberapa bateri ujian yang boleh dijalankan bagi
menguji komponen koordinasi seseorang individu iaitu ujian menggelecek bola keranjang, lompat
heksagon dan sebagainya.

3.1 BATERI UJIAN KOORDINASI

Alternate Hand Wall Toss Test

Selain bateri ujian lompat heksagon yang sering digunakan oleh penguji, ujian Alternate Hand
Wall Toss Test juga merupakan salah satu bateri ujian yang digunakan untuk menguji tahap
koordinasi bagi seseorang individu.

3.2 PROSEDUR UJIAN

Jenis Ujian : Alternate Hand Wall Toss Test

Objektif : i) Untuk menguji komponen koordinasi.

ii) Mengukur prestasi koordinasi mata dan tangan dalam lakuan motor.

Peralatan : Pita pelekat, pita pengukur, dinding, jam randik, wisel dan bola tenis.

Arahan/ Penerangan:

Gambar 1: Contoh perlakuan ujian Alternate Hand Wall Toss Test


i. Tandakan kawasan sasaran 2 atau 3 meter menggunakan pita pelekat dari kawasan
permulaan.
ii. Individu perlu berdiri di belakang kawasan permulaan dan menghadap dinding serta
kawasan sasaran.
iii. Individu perlu membaling bola yang digunakan ke arah kawasan sasaran dengan
menggunakan satu tangan dan kemudian menangkap semula bola tersebut dengan
tangan yang berbeza.
iv. Perlakuan tersebut akan diulang selama 30 saat.

Pemarkahan Ujian:

 Jumlah balingan bola akan dikira bagi setiap balingan yang sempurna selama 30 saat.
 Sekiranya individu terlepas bola tersebut, ianya dianggap gagal.

Kelebihan Ujian:

 Tidak melibatkan penggunaan peralatan dan kos yang mahal.


 Dapat dilaksanakan bagi menguji koordinasi yang baik.

Kekurangan Ujian:

 Perlu dijalankan pada permukaan dinding yang rata.


 Bola yang digunakan untuk ujian perlu bersesuaian mengikut peringkat umur.

Norma Pemarkahan Ujian:

PEMARKAHAN MARKAH

Cemerlang >35

Baik 30-35

Sederhana 20-29

Memuaskan 15-19

Lemah < 15
RUJUKAN

Bompa. (1983). Power Training For Sport Plyometrics For Maximum Power Devolopment.
New York: Mosaic Press.

Corbin, C. H., & Lindsey, R. (1988). Concepts of Physical Fitness with Laboratories (6th ed).
Dubuque, Iowa: Wm.C. Brown.

David K. Miller. (2002). Measurement by the Physical Educator: Why and How (7th ed).
Wilmington: University of North Carolina.

Fall, H. B. (1980). Modern Concepts of Physical Fitness. Journal of Physical Education,


Recreation and Dance, 51(2), 25-27.

Fatim Rbh. (April 24, 2013). Bateri Ujian. In Slideshare. Diakses pada (Januari 27, 2018) dari
https://www.slideshare.net/TimzR/bateri-ujian

Shaiful Izham. (Mac 24, 2015). Imbangan dan Masa Reaksi- MPP. In Slideshare. Diakses pada
(Januari 27, 2018) dari https://www.slideshare.net/shaifulaina/imbangan-dan-masa-
reaksi-mpp

Tiffany Ocampo. (Jun 5, 2016). Modified Bass Test of Dynamic Balance. Prezi. Diakses pada
(Januari 28, 2018) dari https://prezi.com/danxdvflz_sq/modified-bass-test-of-dynamic-
balance/