Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN PERASMIAN

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN KALI KE-39

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Yang Berusaha, Tuan Haji Azizan Bin Yusoff , Pengetua SMK Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Yang Dihormati En. Mohammad Isa bin Abdul Halim, YDP PIBG SMK Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Yang Berusaha YM Raja Nor Fadzilah Bt Raja Izhar,Penolong Kanan
Kurikulum,
Yang Berusaha Pn.Qaryanis Bt A.Aziz,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Berusaha,Pn.Siti Salwa Bt Arshad,Penolong Kanan KoKurikulum
Guru-guru Kanan Bidang, Guru-guru, AJK PIBG, ibu bapa dan para pelajar
yang diraikan sekalian.

Pertama-tamanya saya ingin merakamkan rasa gembira kerana dapat


meluangkan masa bersama-sama dengan warga sekolah ini pada Majlis
Perasmian Kejohanan Olahraga dan Balapan SMK Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah kali Ke-39, 2019.

Sidang hadirin yang berbahagia,


Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid
yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang
daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi,
sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh akan
peraturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet
yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri
yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.

Kejohanan Olahraga & Balapan Kali ke-32@Sigma


Hadirin yang dihormati,
Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai
matlamat tersebut. Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu
mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkan silaturahim
warga sekolah dan masyarakat setempat, malahan pendekatan ini akan
menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi
sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan
pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa
kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang
rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan
melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga merupakan landasan
ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat
kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk
sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling
berkasih sayang.

Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang
menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai
aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual,
seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang
tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu
membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas
pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan .Melalui kegiatan
sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar
yang memiliki cergas mindanya.

Hadirin yang dikasihi,

Kejohanan Olahraga & Balapan Kali ke-32@Sigma


Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK
Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan Olahraga dan Balapan
SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kali ke-39 dengan jayanya. Kepada
para atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan selepas
ini, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus
asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah
mencipta kerjaya
SAYA DENGAN INI MERASMIKAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN
BALAPAN SMK SULTAN SALAHUDDIN SHAH KALI KE-39 .

Sekian, terima kasih.

Kejohanan Olahraga & Balapan Kali ke-32@Sigma

Anda mungkin juga menyukai