Anda di halaman 1dari 3

1) Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia?

Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng daripada masalah-masalah sosial pada
masa kini. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang yang cemerlang demi
merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Terdapat banyak kepentingan budi
bahasa dalam kalangan masayarakat Malaysia.
Amalan budi bahasa dikatakan sangat penting dalam masyarakat Malaysia kerana
melalui budi bahasa, kita dapat menjaga maruah diri dalam kehidupan seharian dan tidak
akan dipandang rendah oleh masyarakat dari luar. Misalnya, apabila kita berkelakuan sopan
seperti menjaga kebersihan tempat yang dilawati sewaktu berada di negara orang dan
beramah mesra dengan sopan, rakyat di negara tersebut pasti akan menghormati serta
kagum dengan sikap kita. Keadaan ini secara tidak melangsung dapat menarik perhatian
mereka untuk berkunjung ke Malaysia. Dengan ini, imej tanah air kita juga akan semakin
meningkat dan bidang pelancongan serta ekonomi negara bertambah pesat. Pendek kata,
maruah diri masyarakat Malaysia dapat terjaga melalui pengamalan budi bahasa dalam
kehidupan kita.
Seterusnya, masyarakat Malaysia juga dapat mewujudkan perpaduan antara
msayarakat melalui amalan budi bahasa. Sebagai contoh, apabila masyarakat mengamalkan
sikap bertoleransi dan saling bekerjasama tanpa mengira fahaman kaum dan pendapat dalam
melaksanakan kerja, sudah pasti perpaduan dapat dieratkan dan negara kita akan bertambah
aman serta sejahtera. Dengan ini, Wawasan 2020 akan tercapai dan ramai insan yang
cemerlang dari segi semua aspek dapat dihasilkan apabila masyarakat tidak berpecah-belah
dan saling menyokong hasrat negara. Sudah terang lagi bersuluh, masyarakat yang
mengamalkan budi bahasa dapat menjadikan negara lebih cemerlang dan maju dari segi
penghasilan modal insan yang berkualiti melalui perpaduan yang kukuh.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menjadikan budi bahasa sebagai amalan
dalam kehidupan kerana banyak manfaatnya yang boleh kita dapat.
2) Bagaimanakah cara untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam kalangan
masyarakat Malaysia?

Marcapada ini,amalan budi bahasa dalam masyarakat negara kita semakin luntur. Hal
ini dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab seperti pengaruh media sosial dan rakan
sebaya. Jika amalan budi bahasa ini tidak dipupuk maka negara kita pasti akan mundur serta
tidak dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Terdapat pelbagai cara yang dapat dilaksanakan bagi mewujudkan amalan budi bahasa dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Cara perdana bagi menanamkan amalan budi bahasa ialah pihak kerajaan perlu
mengadakan kempen-kempen dan ceramah kesedaran supaya masyarakat Malaysia sedar
akan kepentingan budi bahasa dalam kehidupan seharian mereka. Contoh kempen yang
boleh dianjurkan untuk meningkatkan kesantunan berbahasa ialah Kempen Budi Bahasa dan
Marilah Berbudi Bahasa. Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda
penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai
murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan
dan janganlah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Oleh itu, diharapkan kempen yang
bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-
nilai murni dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta meletakkan budi pekerti sebagai satu asas
dan tunjang dalam kehidupan seharian kita.
Seterusnya, amalan budi bahasa juga dapat diwujudkan melalui pengajaran subjek
pendidikan moral untuk pelajar bukan Islam dan pendidikan Islam untuk pelajar Islam. Melalui
subjek-subjek ini, para pelajar dapat mempelajari pelbagai nilai-nilai murni seperti hormat-
menghormati orang di sekeliling mereka, patuh terhadap suruhan agama dan bantu-
membantu orang yang berada dalam kesusahan. Apabila mempelajari nilai-nilai ini, sudah
pasti pelajar-pelajar akan mengaplikasikannya dalam kehidupan masyarakat dan
menjadikannya amalan seharian mereka. Kesannya, pelajar-pelajar akan terdidik menjadi
masyarakat yang berbudi bahasa dan menjadikan diri mereka sebagai contoh dalam kalangan
masyarakat sekeliling mereka.
Selain itu, peranan guru juga penting dalam menjadikan budi bahasa dalam
masyarakat Malaysia. Para guru sewajarnya terlebih dahulu mempraktikkan amalan budi
bahasa supaya para pelajar dapat mencontohinya kerana masa pelajar banyak banyak
dihabiskan di sekolah. Misalnya, guru-guru hendaklah menerapkan nilai-nilai murni seperti
ikhlas, penyayang dan rajin dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau luar
kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai-nilai seperti ini dapat menjadikan pelajar lebih
menghormati guru serta menjadikan sikap guru tadi sebagai inspirasi mereka untuk menjadi
insan yang cemerlang. Pendek kata, amalan budi bahasa dapat ditanam dalam diri
masyarakat melalui sikap cemerlang para guru.
Konklusinya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam mewujudkan amalan budi
bahasa dalam diri masyarakat agar masalah-masalah sosial dapat dibendung serta Wawasan
2020 dapat direalisasikan.
3) Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan
murid sekolah.

Guru dapat diibaratkan sebagai ibu bapa kedua murid di sekolah. Hal ini dikatakan
demikian kerana murid-murid sekolah menjalani aktiviti seharian mereka hamper separuh
hari di sekolah bersama para guru. Antara peranan guru dalam mendidik pelajar adalah
melalui pemupukan amalan budi bahasa dalam diri setiap murid. Persoalannya,
bagaimanakah cara yang dapat dilaksanakan oleh guru untuk mewujudkan amalan budi
bahasa dalam kalangan murid sekolah?
Pada pendapat kami, guru hendaklah mewajibkan semua pelajar berkomunikasi tanpa
mengira kaum dan agama supaya pemupukan amalan budi bahasa dapat dicapai. Hal ini
dikatakan demikian kerana kebanyakkan murid di sekolah lebih suka bergaul atau berkawan
dengan rakan-rakan yang sebangsa mereka sahaja. Apabila keadaan ini berlaku, salah satu
nilai budi bahasa iaitu perpaduan menjadi jurang dalam kalangan murid. Jadi, para guru
hendaklah mengambil inisiatif untuk merapatkan hubungan perpaduan murid seperti melalui
cara menyusun kedudukan murid di dalam kelas supaya murid duduk bersama-sama rakan
berlainan bangsa dalam satu kumpulan apabila aktviti kelas dijalankan, mewajibkan mereka
berkomunikasi melalui bahasa kebangsaan sahaja dan mewujudkan aktiviti bergotong-royong
membersihkan kawasan sekolah. Kesannya, amalan budi bahasa dapat diterapkan apabila
para pelajar akan saling mengenali budaya bangsa.
Selain itu, pemupukan amalan budi bahasa juga dapat ditanamkan oleh guru melalui
sikap guru itu sendiri. Para guru hendaklah mempunyai kelakuan yang baik kerana guru
merupaka insan yang dipilih oleh masyarakat untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi
bangsa yang berguna di dunia dan akhirat. Sebagai contoh, guru hendaklah mengamalkan
sikap yang adil dalam mengajar anak murid tanpa mengira latar belakang mereka. Hal ini
sangat penting kerana murid-murid akan rasa dihargai dan menjadikan guru sebagai role
model mereke apabila guru senantiasa mengambil berat akan keadaan pelajar tidak kiralah
samaada mereka cerdik,kurang berpengetahuan, miskin atau kaya. Guru juga sewajarnya
berdisiplin sewaktu mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran seperti
mengamalkan sikap menepati masa, tegas dalam mendidik dan menjaga penampilan diri.
Sekiranya para guru mengamalkan sikap sebegini, tidak mustahil ramai pelajar dapat
dilahirkan menjadi masyarakat yang berbudi pekerti tinggi.
Sudah terang lagi bersuluh, banyak cara yang dapat dilakukan oleh para dalam
menjadikan budi bahasa sebagai amalan dalam kehidupan murid sekolah. sekiranya guru-
guru memainkan peranan mereka dengan cemerlang, sudah pasti lebih ramai lagi modal insan
yang cemerlang dapat dihasilkan untuk mengekalkan tamadun negara kita di samping
bergerak maju ke hadapan.