Anda di halaman 1dari 6

TAN CHING

PISMP JUN 2015 PENDIDIKAN MUZIK

Refleksi Kursus BCKB3013 BAHASA CINA KOMUNIKATIF

Penulisan esei: Refleksi Kursus BCKB3013 BAHASA CINA KOMUNIKATIF

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah menyiapkan
tugasan Bahasa Cina Komunikatif ini. Sepanjang penghasilan tugasan ini saya telah
menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, namun saya dapat atasi semuanya dengan
bantuan daripada Pensyarah saya, Cik Lee Kim Hong, pasangan dan rakan-rakan saya.

Hasil pembelajaran kursus Bahasa Cina Komunikatif ini termasuklah membaca suku
kata, kosa kata dan ayat Bahasa Cina dengan tepat, menulis karakter Cina dengan betul,
berkomunikasi dua hala mengikut konteks yang sesuai, mengaplikasikan kesantunan
bahasa semasa berkomunikasi secara berkumpulan dan menggunakan Bahasa Cina dalam
aktiviti sosial secara berkumpulan. Tugasan Kursus Bahasa Cina Komunikatif telah
merangkumi kelima-lima hasil pembelajaran. Kursus ini juga merangkumi Pengenalan,
Hanyu Pinyin, karakter Cina, kosa kata, pola ayat Bahasa Cina dan seni Bahasa Cina.

Menurut Utusan Online (2002), Negara China telah berkembang maju dan akan
menjadi kuasa besar ekonomi pada alaf yang akan datang. Banyak rakyat Malaysia yang
bukan berbangsa cina juga mengambil kesempatan dan peluang ini untuk belajar bahasa
cina. Hal ini telah membuktikan betapa pentingnya bahasa cina dalam dunia ini sekarang.
Contohnya, siswa siswi telah mengambil kursus ini untuk mengenali bahasa cina dan belajar
untuk berkomunikasi dalam bahasa cina. Hal ini demikian kerana mereka telah
menunjukkan minat terhadap bahasa cina dan ingin berkomunikasi dalam bahasa cina
dengan orang lain. Walapun mereka telah diberitahu mengenai kesusahan dan kesukaran
mempelajari kursus Bahasa Cina Komunikatif ini sebelum mereka mendaftar, tetapi mereka
masih membuat keputusan untuk memilih kursus ini kerana minat mereka terhadap bahasa
cina sangat mendalam.

Saya sebagai orang cina juga telah mengambil kursus ini kerana pada pendapat
saya, kebanyakan orang cina dapat bertutur dalam bahasa cina tetapi mereka tidak
semestinya bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa cina yang tepat dan betul.
Contohnya, sesetengah orang cina telah berkomunikasi dan menyebut kosa kata Cina
dalam Hanyu Pinyin yang salah, tetapi mereka tidak membetulkannya dan menjadikannya
satu kebiasaan. Walaupun saya pernah belajar bahasa cina, tetapi saya ingin belajar
Bahasa Cina yang tepat. Hal ini demikian kerana saya suka dengan bahasa cina, saya
kagum dengan rakyat China yang dapat bertutur dalam bahasa cina yang tepat. Saya
berharap saya dapat bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa cina yang tepat selepas
tamat kursus Bahasa Cina Komunikatif ini.
TAN CHING
PISMP JUN 2015 PENDIDIKAN MUZIK

Sepanjang saya mengikuti kursus Bahasa Cina Komunikatif ini, saya tidak pernah
menyesal dengan keputusan yang telah saya buat. Hal ini demikian kerana pensyarah kami,
Cik Lee Kim Hong telah memberi banyak bimbingan dan menyampaikan banyak ilmu
mengenai hanyu pinyin, karakter cina, pola ayat, kosa kata dan seni bahasa cina. Saya telah
berasa seronok dan menikmati setiap kuliah yang telah dijalankan. Beliau telah
menitikberatkan setiap aspek tersebut dan menyampaikannya dengan teliti. Saya telah
memperoleh banyak ilmu baru walaupun saya pernah belajar bahasa cina. Contohnya, saya
tidak lagi keliru dengan karakter cina. Pada pendapat saya, kebanyakan orang cina masih
keliru dengan susunan untuk menulis karakter cina walaupun sudah mahir bahasa cina.
Begitu juga dengan saya, Cik Lee Kim Hong telah membetulkan saya apabila saya
membuat kesalahan. Oleh sebab itu, saya telah memperoleh banyak ilmu.

Kerja kursus Bahasa Cina Komunikatif ini terdapat lima tugasan. Antaranya
termasuklah membaca suku kata, kosa kata dan ayat Bahasa Cina dengan tepat. Dalam
tugasan ini, kami diminta untuk membaca satu artikel yang berkaitan dengan keadaan pada
waktu pagi iaitu matahari terbit, ibu cuci baju dengan gembira. Selepas itu, seekor kucing
ingin berkawan dengan baju tetapi kucing tersebut telah mengakibatkan baju terjatuh ke
atas lantai dan menyebabkan ibu marah. Kucing telah melarikan diri selepas melakukan
kesalahan dan ibu terpaksa cuci sekali lagi baju yang sudah dikotorkan dengan bantuan
saya dan kakak. Kami telah berlatih untuk membaca dalam intonasi dan hanyu pinyin yang
betul. Pembacaan bahasa cina lebih susah berbanding dengan bahasa-bahasa lain kerana
bahasa yang lain tiada hanyu pinyin seperti bahasa cina. Menurut Wikipedia (2010), bahasa
cina adalah sistem romanisasi untuk bahasa Mandarin yang digunakan di Republik Rakyat
Tiongkok, Taiwan, Malaysia dan Singapura.

Saya telah mendapati kekurangan saya dalam membaca artikel tersebut. Contohnya,
saya selalu tidak membaca māor dengan betul. Saya akan membacanya sebagai māo er
apabila saya tidak peka. Hal ini demikian kerana saya sudah biasa dengan kesalahan yang
saya lakukan apabila saya berkomunikasi dalam bahasa cina. Kekuatan saya dalam
tugasan ini adalah saya dapat menyebut zhi,chi, shi dan ri dengan intonasi yang tepat. Hal
ini demikian kerana saya telah fokuskan kepada kesilapan yang telah dilakukan dan
berusaha untuk mengubahkannya. Saya telah melakukan banyak latihan untuk kesalahan
tersebut. Selepas itu, saya juga lemah dari segi penyebutan zhi, chi dan shi. Contohnya,
saya selalu salah sebut sebagai zi, ci dan si. Hal ini menyebabkan saya melakukan banyak
latihan mengenai penyebutan tersebut. Saya telah menggunakan cermin apabila saya
melaksanakan latihan seperti saya akan tengok mulut dan lidah saya pada cermin apabila
saya menyebut sebutan zhi, chi dan shi untuk mengelakkan kesalahan.
TAN CHING
PISMP JUN 2015 PENDIDIKAN MUZIK

Tugasan 2 Kursus Bahasa Cina Komunikatif telah memerlukan kami menulis


karakter cina dengan betul berdasarkan artikel yang sama dengan tugasan 1. Kami diminta
untuk menyalin artikel tersebut pada kertas berpetak yang telah diedarkan. Kami perlulah
menulis satu perkataan dalam satu petak dengan betul. Semasa tugasan 2 dijalankan, kami
diberi masa selama 30 minit dan kami perlulah menyalin mengikut artikel tersebut baris demi
baris. Kekuatan saya dalam tugasan ini adalah saya dalam menyalin artikel dalam strok-
strok karakter cina yang betul. Walau bagaimanapun, tugasan ini telah membuat saya lebih
peka dan memerhatikan strok-strok karakter cina apabila saya menulis. Hal ini demikian
supaya kesalahan strok yang dilakukan akan dielakkan kerana kesalahan strok merupakan
kesalahan yang paling biasa dilakukan. Menurut Nur Zahirah Abdul Razak (2009), kaligrafi
cina dapat memberi kesan positif kepada tulisan seseorang. Hal ini demikian kerana posisi
mereka dibetulkan dan mereka lebih memahami strok karakter cina. Oleh sebab itu,
pensyarah kami iaitu Cik Lee Kim Hong telah menggalakkan kami untuk mempraktik kaligrafi
cina.

Selain itu, tugasan 3 adalah main peranan secara individu. Hal ini demikian adalah
untuk meningkatkan kemahiran kami berkomunikasi dua hala mengikut konteks yang
sesuai. Saya telah memilih huihua 1-2 dalam buku 3 topik 5 sebagai artikel saya. Saya telah
menggunakan masa sebanyak 1 minggu untuk berlatih supaya saya dapat menyebut dalam
intonasi dan hanyu pinyin yang sangat tepat dan dapat membaca dengan fasih. Halangan
saya dalam pelaksanaan tugasan ini adalah saya menghadapi kesuntukan masa untuk
berlatih kerana saya sedang berpraktikum. Saya sibuk dengan penyeliaan dan penghasilan
bahan bantu mengajar. Semasa berlatih, saya juga telah melayari youtube untuk mendengar
sebutan mereka yang tepat supaya saya tidak melakukan kesalahan apabila menyebut
tetapi saya menghadapi masalah kerana tiada video yang sesuai.Oleh sebab itu, saya telah
meminta bantuan daripada rakan-rakan yang berbangsa cina dan juga rakan saya dari unit
bahasa cina untuk membetulkan sebutan saya dan membimbing saya untuk membaca
dengan lebih baik.

Saya telah melaksanakan tugasan 4 main peranan dengan mengaplikasikan


kesantunan bahasa semasa berkomunikasi secara berkumpulan bersama dengan pasangan
saya iaitu Nadia Ayuni. Kami telah memilih dialok 1 topik 15 dalam Buku Learn Chinese With
Ease sebagai tajuk main peranan kami. Dialok kami adalah berkaitan dengan melayari
internet dan menanya perjalanan ke sesuatu destinasi. Saya telah memilih bĭ de sebagai
watak yang akan saya main peranan dan pasangan saya, Nadia Ayuni telah memilih hăi lun
sebagai watak main peranannya. Kami telah main peranan mengenai tajuk melayari
internet. Semasa berlatih, Nadia Ayuni dan saya telah membaca maksudnya dalam bahasa
inggeris supaya kami memahami apa yang ingin disampaikan supaya kami dapat main
TAN CHING
PISMP JUN 2015 PENDIDIKAN MUZIK

peranan dengan berekspresi. Bi de dan hai lun berbincang mengenai aktiviti yang telah
mereka lakukan menggunakan komputer. Apabila berlatih, kami telah menghadapi beberapa
halangan iaitu kami kesuntukan masa, kami kena bincang banyak kali untuk menentukan
masa latihan kerana kami mempunyai aktiviti dan kerja masing-masing. Kekurangan kami
dalam tugasan ini adalah kami tidak dapat membaca dengan berekspresi kerana kami
terpaksa melihat hanyu pinyin untuk mendapatkan intonasi yang tepat. Kekuatan kami
adalah kami dapat membaca dalam intonasi dan hanyu pinyin yang tepat.

Dalam tugasan 5, kami dikehendaki untuk pilih 2 jenis seni bahasa, menggunakan
bahasa dalam aktiviti sosial secara berkumpulan. Saya dan pasangan saya, Nadia Ayuni
telah memilih nyanyian lagu kanak-kanak dan tongue twister sebagai tajuk main peranan
kami. Kami telah menyanyi lagu 头,肩膀,膝盖,脚 untuk tugasan 5. Kami telah memilih
lagu tersebut kerana lagu tersebut adalah mud gembira, temponya laju dan melodinya
mudah diingat. Kami telah menggunakan tempoh selama 2 minggu untuk membuat
persediaan untuk persembahan nyanyian ini. Kami telah merancang pergerakan untuk lagu
tersebut. Selepas perbincangan, kami telah memutuskan supaya lagu tersebut diulangkan
sekali. Hal ini demikian kerana kami ingin mengaplikasikan tempo lambat dan juga tempo
laju dalam lagu tersebut. Kami akan membuat pergerakan pada bahagian laju.

Pasangan saya iaitu Nadia Ayuni telah mencadangkan kewujudan latar muzik
apabila kami menyanyi. Hal ini demikian supaya para penonton dapat merasai mud gembira
dan persembahan menjadi lebih padat. Oleh kerana kami mengambil opsyen pendidikan
muzik, kami telah membuat keputusan untuk bermain gitar sambil menyanyi. Walau
bagimanapun, kami juga telah merancangkan pergerakan semasa nyanyian lagu. Oleh
sebab itu, kami telah membuat keputusan bahawa Nadia Ayuni akan menyanyi sambil
bermain gitar dan saya akan menyanyi sambil membuat pergerakan. Kami telah membuat
latihan banyak kali sebelum membuat persembahan supaya persembahan kami dapat
dijalankan dengan lancar. Kami telah berasa berpuas hati dengan persembahan kami
kerana semua rakan sekelas telah melibatkan diri dengan menepuk tangan. Pada pendapat
saya, kewujudan latar muzik dan pergerakan merupakan kekuatan kami.

Bukan itu sahaja, kami juga memilih tongue twister sebagai tugasan 5. Saya
bersama pasangan saya iaitu Nadia Ayuni akan membaca tongue twister yang bertajuk 四和
十. Kami telah memilih tongue twister ini kerana kami telah mendapati bahawa kami lemah
dalam sebutan shi dan si. Kekurangan kami adalah kami akan membaca shi sebagai si
kerana kami tidak peka semasa membaca sesuatu artikel. Oleh sebab itu, kami telah
memilih tongue twister ini supaya kami ada peningkatan dalam penyebutan shi dan si. Kami
telah membuat banyak kali latihan untuk tongue twister ini kerana ia sangat mencabar. Kami
TAN CHING
PISMP JUN 2015 PENDIDIKAN MUZIK

juga telah menghafal tongue twister ini supaya kami dapat membacanya dengan lebih
lancar dan tidak salah sebut. Semasa kami berlatih, kami telah mendapati bahawa kami
tidak dapat membaca dengan betul dan keliru apabila kami membaca dengan laju. Kami
telah merancang latihan untuk menyelesaikan masalah ini. Contohnya, kami akan menepuk
tangan apabila kami membaca tongue twister ini supaya kami dapat baca dengan bersama
dan tidak keliru dan shi dan si. Kami juga menumpukan perhatian kepada hanyu pinyin
supaya tidak membuat kesilapan semasa membaca. Kekurangan kami adalah kami
membaca tongue twister ini dalam tempo yang sangat perlahan untuk mengelakkan
kesalahan. Kekuatan kami adalah kami telah dapat menyebut shi dan si dengan tepat.

Pensyarah kami iaitu Cik Lee Kim Hong telah memberi kami ujian untuk tugasan 6
Kerja Kursus Bahasa Cina Komunikatif. Ujian ini telah merangkumi isi yang telah kami
belajar dalam semua buku kami iaitu Buku Learn Chinese With Ease, Buku 1, Buku 2 dan
Buku 3. Ujian ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dan kami telah diberi masa
selama 1 jam untuk menyiapkan latihan ini. Terdapat beberapa topik yang telah diselitkan
dalam ujian ini. Antara termasuklah mengisi tempat kosong berdasarkan suku kata bahasa
cina yang telah kami pelajari. Kami telah diminta untuk mengisi tempat kosong dengan
menulis karakter cina dan menanda hanyu pinyin. Kekuatan saya adalah saya dapat
menjawab kebanyakan soalan. Hal ini demikian kerana saya telah membuat ulangkaji dan
persediaan yang mencukupi. Kelemahan saya adalah saya telah melakukan kesalahan yang
cuai. Saya tertinggal soalan pertama kerana saya tidak lihat dengan teliti. Hal ini telah
memberi pengajaran kepada saya supaya menyemak semula selepas menyiapkan kertas
ujian supaya kesalahan yang cuai dapat dielakkan.

Seterusnya terdapat bahagian yang meminta kami untuk menulis masa dan waktu.
Saya telah mengimbas kembali ilmu yang telah disampaikan oleh pensyarah kami iaitu Cik
Lee Kim Hong. Semasa saya membuat bahagian ini, saya telah menggunakan masa yang
agak panjang. Hal ini demikian kerana saya hanya menulis masa sahaja dan tertinggal
waktu. Saya hanya sedar selepas saya sudah menyiapkan bahagian ini. Oleh sebab itu,
saya terpaksa memadamkan jawapan saya dan menulis semula. Saya juga menulis karakter
cina dengan lebih teliti mengikut petak yang telah diberi dan mengikut urutan strok yang
sepatutnya. Terdapat juga bahagian yang meminta kami untuk menulis tarikh yang telah
ditunjukkan dalam karakter cina. Saya telah dapat menyiapkan bahagian ini dalam masa
yang singkat. Hal ini demikian kerana saya banyak membuat ulangkaji mengenai topik ini.
Saya juga menggunakan kehidupan seharian untuk mempraktikkan sebutan tarikh. Saya
dapat menulis tarikh hari jadi saya dengan betul.
TAN CHING
PISMP JUN 2015 PENDIDIKAN MUZIK

Bukan itu sahaja, kami dikehendaki untuk memadankan perkerjaan dan tempat
bekerja dengan menulis tempat bekerja dalam karakter cina pada kotak yang telah
disediakan. Saya telah membuat semakan beberapa kali selepas saya sudah siap untuk
mengelakkan ketinggalan suku kata. Saya juga menulis dengan teliti untuk memastikan
saya menulis dalam urutan strok yang betul dan tidak ketinggalan mana-mana strok. Saya
telah mengimbas kembali semasa membuat bahagian ini kerana pensyarah kami sangat
mementingkan bahagian ini semasa kuliah. Saya juga dapat membezakan setiap pekerjaan
dengan lebih baik dengan melalui ujian ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada pensyarah saya, pasangan saya dan juga rakan-rakan yang
sudi membantu, memberi pendapat dan berkongsi idea dan sumber bacaan. Saya juga
amat berharap tugasan ini dapat memberi manfaat pada masa depan.