Anda di halaman 1dari 21

PEMARKAHAN

1. TUGASAN 1

2. TUGASAN 2

JUMLAH

RIS

KAE 3013 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK

TUGASAN 1

Huraikan secara terperinci bagaimana program seni dapat meningkatkan kreativiti


dan estetika kanak-kanak serta mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.

KUMPULAN

EL – C01 (A121 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

JA’AFAR BIN HUSSEIN D20111049817 013 - 9126565

NAMA PENSYARAH E-LEARNING : DR. NORDIN BIN MAMAT

TARIKH SERAH : 23 NOVEMBER 2012


ISI KANDUNGAN

Tajuk Halaman
1. Pengenalan 3
2. Pengertian Seni Lukis 4-7
3. Jenis-jenis Lukisan 8 - 12
4. Kreativiti 12 - 13
5. Konsep Estetika 13 - 14
6. Kepentingan Seni Lukis Kepada Kanak-kanak 15 - 17
7. Seni dalam Perpaduan Bangsa dan Negara 17 - 19
8. Kesimpulan 19 - 20
Bibliografi 21

2
1. Pengenalan
Seni merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia kerana seni
adalah sebagai suatu eksperisi diri seseorang yang melibatkan sifat-sifat emosional, kreatif,
individual, abadi dan universal. Menurut Ibn Khaldun, seni adalah kebenaran, keindahan dan
kebaikan dimana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika. Seni merangkumi
semua aktiviti dan hasil karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) manusia yang indah dan
kreatif bagi semua kaum dan bangsa di dunia.
Sesuai dengan salah satu sifat seni yakni kreatif, maka seni merupakan satu aktiviti yang
tidak boleh dipisahkan dari dunia kanak-kanak kerana kanak-kanak kebanyakkannya sangat
berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni seni dan kreatif memberi peluang kepada
mereka untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti
seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan tarian.
Seni juga membantu kearah perkembangan kanak-kanak dengan peningkatan daya
kreativiti dan estetika. Kreativiti merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses
maklumat yang menghasilakan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari
penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Manakala estetika merujuk kepada
sesuatu penglibatan individu dalam merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran
semulajadi serta persekitaran ciptaan manusia.
Dengan melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak
meneroka dengan pelbagai media. Malahan aktiviti seni juga dapat membantu mereka
menggunakan pengalaman deria mereka terutama ketika merasa struktur, menghidu bahan dan
mendengar bunyi. Melalui aktiviti melukis misalnya memberi pengalaman kepada kanak-kanak
untuk memilih warna, bahan, bentuk saiz dan garisan. Disamping itu aktiviti seni ini dapat
meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak contohnya menerusi aktiviti
menggunting gambar dan membuat pergerakan dalam tarian atau nyanyian.
Melalui aktiviti seni kesedaran bersosial juga dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak.
Sebagai contoh melalui seni lukis, kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai jenis kebudayaan
dan perayaan yang terdapat di dalam negara kita. Secara tidak langsung, mereka dididik supaya
menghormati budaya kaum lain.

3
2. Pengertian Seni Lukis
Seni lukis boleh didefinisikan sebagai suatu proses pernyataan diri dan penilaian yang
menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni di dalam
menyampaiakan idea, perasaan, emosi serta kepercayaan di dalam bentuk yang paling efektif.

Seni lukis juga merupakan salah satu cabang dari seni rupa. Ianya adalah sebuah
perkembangan yang lebih kukuh dari menggambar. Melukis merupakan satu aktiviti mengolah
medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu.
Medium dalam menghasilkan sesuatu lukisan boleh berbentuk apa sahaja seperti kanvas, kertas,
papan dan bahkan film di dalam fotografi juga boleh dianggap sebagai media lukisan. Pelbagai
jenis alat boleh digunakan dengan syarat ianya dapat memberikan imej tertentu kepada media
yang digunakan.

Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam
kerja-kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-
kanak, kita dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa
tampaknya. Disebabkan setiap kanak-kanak mempunyai tahap kebolehan yang berbeza-beza,
oleh itu pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tahapnya sendiri.

Perkembangan kanak-kanak juga boleh berlaku melalui pemerhatian terhadap


persekitaran dan peniruan dari apa yang mereka lihat dan dengar. Kanak-kanak lazimnya akan
melukis apa yang mereka nampak dan juga apa yang menarik perhatian mereka.

Perkembangan skema kanak-kanak dalam bidang seni dapat merangkumi beberapa


peringkat tertentu yang dapat dilihat melalui beberapa teori perkembangan artistik kanak-kanak.
Namun begitu hanya satu sahaja yang akan diketengahkan disini iaitu Teori Perkembangan
Artistik Hurwitz dan Day.

4
2.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day

Hurwitz dan Day (2001) telah membahagikan peringkat perkembangan kepada tiga
bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat
membuat symbol serta peringkat pra-remaja.

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)

Rajah 1 : Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 2-4 Tahun


Sumber : http://psychohawks.wordpress.com

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan
kerana usia mereka masih muda, kebiasaannya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun.
Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan dalam bentuk contengan. Lukisan
mereka tidak realistik dan banyak menggunakan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.
Garisan yang dihasilkan pula biasanya berulang-ulang. Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak
pada tahap ini dihasilkan secara suka-suka dan tanpa tujuan.

Pada peringkat ini aktiviti melukis lebih kepada mendapat kepuasan dan keseronokan
melukis. Kanak-kanak pada usia ini lebih gemar mencuba dan bereksperimentasi dengan
pelbagai garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Lukisan contengan mereka
banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis
bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.

5
(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)

Rajah 2 : Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 6-9 Tahun

Ketika di peringkat ini, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol.


Peringkat ini bermula pada umur kanak-kanak enam hingga sembilan tahun. Mereka boleh
menghasilkan simbol kerana kawalan tangan mereka mula seimbang. Kanak-kanak di peringkat
ini didapati sangat terpengaruh dengan keadaan persekitaran mereka. Mereka mula membuat
perkaitan antara imej dan idea. Kebiasaannya persekitaran member pengaruh yang besar
terhadap lukisan yang dihasilkan. Mereka lebih suka melukis objek yang hampir dengan diri atau
persekitaran mereka seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Lukisan
mereka kini lebih member makna terhadap bentuk yang dilukis dan bentuk ini beransur-ansur
menjadi simbol bagi mewakili objek sebenar.
Hasil kerja yang dihasilkan juga adalah lebih menyeluruh seperti gambaran manusia telah
dapat dilukis dengan sempurna, lengkap dengan anggota badan seperti kaki, tangan, hidung,
mulut dan gigi. Mereka juga mula menggunakan kreativiti untuk memasukkan elemen-elemen
tambahan seperti pakaian dan rambut pula dilukis dengan beberapa siri garisan. Imej manusia
juga biasanya dilukis lebih besar dari latar belakang. Penyesuaian warna juga dapat dilihat di
peringkat ini, di mana langit diwarnakan biru dan pokok diwarnakan hijau.

6
(c) Peringkat Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Rajah 3 : Contoh Lukisan Pra-Remaja 10-13 Tahun


Sumber : www.learningdesign.com/drawing_development_in_children

Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.


Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul dimana lukisan yang dihasilkan
adalah lebih rasional dengan pilihan warna yang lebih tepat. Sebagai contoh, figura manusia
mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan.
Selain dari itu dimasukkan juga bayang-bayang pada objek supaya kelihatan lebih realistik.
Mereka juga mula menggunakan konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil
berbanding dengan objek yang lebih dekat.

Jika diteliti pada ketiga-tiga peringkat perkembangan artistik kanak-kanak itu tadi, dapat
diperhatikan bahawa kanak-kanak pada peringkat awalnya suka menconteng bagi meluahkan
perasaan secara spontan. Seterusnya, mereka mula melakar dan melukis secara sistematik dan
kemudiannya mendapatkan kesan ton, jalinan, pencahayaan, ruang, perspektif dan komposisi
dengan menggunakan media kering atau warna basah. Hasil daripemerhatian itulah maka
Gardner (1980) mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak
untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan kerana kanak-kanak meluahkan apa yang mereka
rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan mereka.

7
3. Jenis-jenis Lukisan

Lukisan dapat dibahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:

Rajah 4 : Contoh-contoh Lukisan Gesture

3.1 Lukisan Gesture : Menggunakan seluruh tangan dan tidak terhad kepada tangan. Ianya
dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik. Selain itu ia juga dihasilkan dalam
masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada
objek yang dilukis.

Rajah 5 : Contoh-contoh Lukisan Figuratif

8
3.2 Lukisan Figuratif : Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis
perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figurative adalah amat sukar
kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya
lukisan figuratif.

Rajah 6 : Contoh-contoh Lukisan Artistik

3.3 Lukisan Artistik : Lukisan hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan.
Pelukis melukis sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni.
Ianya juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang
lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.

Rajah 7 : Contoh-contoh Lukisan Kajian

9
3.4 Lukisan Kajian : Dilukis untuk mengkaji benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-
tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengsn teliti sebagai bahan
kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh-
tumbuhan dan haiwan.

Rajah 8 : Contoh-contoh Lukisan Fantasi

3.5 Lukisan Fantasi : Bagi menghasilkan lukisan ini pelukis memerlukan khayalan atau
imaginasi untuk merakam bentuk benda yang berada di alam nyata atau tidak nyata.

Rajah 9 : Contoh-contoh Lukisan Teknikal

10
3.6 Lukisan Teknikal : Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaiatan saintifik. Lukisan
teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis
dengan banding tepat. Contoh melukis kenderaan adan alatan pengguna.

Rajah 10 : Contoh-contoh Lukisan Kartun

3.7 Lukisan Kartun : Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk
menggambarkan watak-watak kartun. Biasanya kartun ini digambarkan melalui tema
jenaka.

Rajah 11 : Contoh-contoh Lukisan Ilustrasi

11
3.8 Lukisan Ilustrasi : Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni
grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis
memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis illustrasi terutama dalam kemahiran
figuratif.

4. Kreativiti

Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat /
mencipta / mereka cipta’. Manakala dalam bahasa Greek ‘creare’ bermaksud ‘memenuhi’.
Sehubunagn itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan daya dan kemahiran berfikir
yang menerbitkan idea. Kreativiti juga boleh ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau
mencipta sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan
menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Oleh itu bagi pemikiran yang kreatif
mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada bai
membolehkan seseorang itu mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik
daripada yang sebelumnya.

Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek
penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada satu
cara pemikiran yang di luar dai pemikiran biasa atau berfikir diluar kotak. Kreativiti paling jelas
dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang
kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling
mereka.

Namun begitu bagi mengekalkan kreativiti ini di dalam diri kanak-kanak, perkara penting
yang perlu diketahui ialah membezakan antara kreativiti dan kepintaran. Sesetengah kanak-
kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan serta melakukannya tanpa disuruh.
Tetapi bagi kanak-kanak yang lebih pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong
mereka memulakannya.

12
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini
disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan
perasaan ingin tahu. Komponen kreativiti kanak-kanak mengandungi lima aspek yang terdiri
daripada persekitaran dan keindahan alam, lukisan dan kraf tangan, muzik, nyanyian dan
pergerakan kreatif, drama dan puisi serta warisan budaya. Peranan guru sangan penting dalan
membentuk kreativiti kanak-kanak.
Kanak-kanak juga harus diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan
memperkembangkam daya kreativiti masing-masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan
berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor mereka, di samping
memupuk nilai estetika

5. Konsep Estetika
Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk kepada
perkara yang berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering dikaitkan dengan hasil
karya seni atau pada sesuatu yang ada nilai seninya. Bagi sebahagian besar kita menyatakannya
sebagai indah atau cantik. Menurut seorang usahawan seni, Rahimie Harun (2004)
mendefinisikan estetika dengan rumusan berikut: ‘Setiap hasil kerja seni mempunyai nilai
seninya tersendiri. Nilai itu terbit daripada gabungan keunikan beserta pelbagai elemen seni
visual lain seperti rupa, bentuk, jalinan (estetik) disertai dengan asimilasi idea, konteks, sejarah,
antropologi, emosi dan sebagainya.
Menurut pandangan Al Ghazali, keindahan ialah nikmat yang tersendiri, yang dihayati
keranaNya dan bukan kerana tujuan yang lain. Keindahan tiap-tiap satu benda itu terletak pada
kesempurnaanya yang disedari melalui sifatnya. Justeru itu, cetusan rasa keindahan yang diamati
secara luaran adalah pada tahap yang dialami oleh kanak-kanak dan haiwan manakala rasa
keindahan yang timbul dari dalam diamati oleh mata hati dan cahaya penglihatan batin manusia
terdiri dari mereka yang dewasa.
Di dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan estetik digunakan
merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan dan
sebagainya. Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada
perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik penghasilan karya seni.
13
Menurut Lowenfeld (1975), Perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian dengan kreativiti
dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak
pemikiran. Tindak balas estetika bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman
serta latar belakang dan budaya.
Estetika juga berkait rapat dengan dengan perasaan, kognitif dan afektif, Nilai estetika
amat penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana ia dapat memotivasikan mereka dan
membantu perkembangan mereka. Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu sikap,
pengalaman dan respon;

i) Estetika Sikap
Sikap spontan, kekaguman, kegembiraan dan perasaan ingin tahu kanak-kanak
menunjukkan sikap estetika yang tertanam dalam jiwa mereka.

ii) Estetika Pengalaman


Aktiviti-aktiviti seni visual (lukisan dan kraf) dan seni persembahan (muzik,
tarian, pergerakan kreatif dan drama dapat membantu kanak-kanak menimba
pengalaman estetika. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual dan seni
persembahan memberikan pengalaman mendengar, mengeksplotasi visual dan
memanipulasi bahan seni kanak-kanak.

iii) Estetika Respon


Kanak-kanak akan memberi respon terhadap karya seni dengan menyatakan
pandangan dan juga perasaan mereka melalui respon fisiologi dan repon mental. Respon
fisiologi ditunjukkan menerusi ketawa dan perasaan ketakutan manakala repon mental
meliputi tindakan mereka membuat keputusan dan penilaian terhadap karya seni.

14
6. Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik seta berkembang


mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Kepentingan
pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada beberapa aspek
iaitu Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan
Emosi.

i) Aspek Kognitif
Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran
kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-
gambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa respresentasi
visual bukanlah sesuatu yang mudah ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni
lukis semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh.
Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni lukis, pengetahuan
teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat
memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta
imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih
mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan
perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan
penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara
kognitif. Oleh itu keupayaan kognitif boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu
untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil atau karya
seni. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu
membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

15
ii) Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni
memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan
koordinasi tangan serta merta, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran
tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan
fizikal boleh dilihat dengan jelas.

iii) Aspek Kreativiti

Aspek kreativiti dalam seni boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu
kemahiran teknikan, pemikiran visual dan kreativiti. Kreativiti kanak-kanak dalam
pendidikan muzik dan seni visual dari segi kemahiran adalah berkaitan dengan
kebolehan dan kemampuan untuk memanipulasi bahan-bahan bagi menyampaikan
sesuatu tujuan dan idea yang telah dicadangkan. Ini termasuklah juga penggunaan
sumber media seperti seni cetak, lukisan dan arca-arca seni. Tambahan pula, kemahiran
ini merupakan petunjuk yang dilihat amat ketara dalam pendidikan seni visual dan dapat
diluahkan terus untuk mewujudkan tafsiran realistik yang mewakili konsep abstrak.
Menurut Winner (1986 & 2007), kreativiti kanak-kanak dala pendidikan seni
visual dari segi pemikiran visual merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memahami
dan mentafsir maklumat berkaitan seni visual dan muzik. Hal ini termasuk kesedaran
estetik dan keupayaan untuk melihat serta mengkritik unsur-unsur artistik berdasarkan
kepada sebuah karya seni berkaitan penggubahan organisasi dalam bahagian seni seperti
mewarna, menggaris dan melukis tekstur. Pemikiran visual juga termasuk keupayaan
mencari makna yang nyata dan abstrak dalam sesebuah karya seni atau maklumat visual.
Seterusnya adalah bahagian kreativiti yang dapat dilihat dalam bahagian
pemikiran visual dan kemahiran teknikal yang merupakan ciri-ciri bebas dalam bidang
seni. Hal ini kerana bahagian kreativiti merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk
berfikir secara kritis dan kreatif. Kreativiti juga perlu bagi kanak-kanak untuk
mengekalkan pencapaian yang berterusan dalam seni. Seseorang yang berkreativiti
tinggi berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan
imaginasinya sendiri.
16
iv) Aspek Persepsi
Melalui seni lukis, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan
penggunaan pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep
pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan
berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat. Ini
menyebabkan lukisan mereka sukar ditafsir tetapi yang penting ialah mereka mampu
melihat dunia menerusi kaca mata sendiri.

v) Aspek Sosial dan Emosi

Kanak-kanak boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain


dapat meningkatkan keyakinan diri. Seni lukis juga dapat mewujudkan kerjasama antara
kumpulan yang dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-
kanak yang ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak-
kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau
individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak
diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan gaya yang sesuai akan
menambah emosi kepada lukisan mereka.

7. Seni dalam Perpaduan Bangsa dan Negara

Seni bukan sahaja dapat meningkatkan kreativiti dan estetika kanak-kanak, malahan seni
juga dapat membentuk jiwa dan peribadi kanak-kanak. Ia boleh dianggap sebagai salah satu
unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranan seni
dalam perpaduan bangsa dan negara memang tidak dapat disangkalkan lagi. Ini dapat dilihat
kepada peranan yang dimainkan oleh Pendidikan Seni dimana kanak-kanak dibimbing supaya
memahami norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.

Pembangunan budaya dan seni digalakkan untuk memperkukuh identiti nasional di


samping mempereratkan perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Sehubungan ini, usaha gigih
17
dalam memulihara warisan budaya negara, penyebaran maklumat kebudayaan dan pembangunan
budaya dan seni telah diambil berat. Kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia
adalah penting dan harus disemai sejak di bangku sekolah lagi. Salah satu cara yang berkesan
dalam meningkatkan kesedaran kepelbagaian budaya ialah melalui pembelajaran Pendidikan
Seni. Sistem pelajaran yang ada sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-
sungguh dalam pembentukan perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya.

Melalui Pendidikan Seni disekolah kanak-kanak diajar dan dididik untuk memupuk sifat-
sifat yang sihat serta membina yang boleh membawa kearah perpaduan negara. Dasar
Pendidikan merupakan tunggak utama dalam pembentukan system pendidikan kebangsaan. Ia
amat penting dalam memberi panduan untuk melaksanakan sistem yang dirancang. Tanpa dasar
yang jelas, sudah tentu sistem dan pelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak mempunyai
hala tuju yang tetap.

Justeru, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada kini lebih menjurus kepada usaha kerajaan
menyatupadukan semua kaum:

Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ialah bermaksud hendak menyatupadukan


budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa penghantar yang utama, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan
serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

(Penyata Razak, Perenggan 12)

Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa dan akan
datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Ini kerana usaha
kurikulum bermula dengan ramalan (Ornstein dan Hunkins, 1993 dalam Abu Bakar Nordin dan
Ikhsan Oyhman, 2003). Perancangan perlu bersifat strategik, dinamik, mudah lentur dan
futuristic supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa seterusnya. Kurikulum
seni visual juga dikenali sebagai ‘pendidikan kemanusiaan’, ‘pendidikan pelbagai budaya’.
Felman (1970) menegaskan budaya, seni dan kehidupan tidak boleh dipisahkan.

Seni lukis boleh dijadikan sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial di kalangan
kanak-kanak. Menurut Mc Fee dan Degge (1977) menyarankan, menerusi aktiviti seni boleh
18
membentuk tingkahlaku kanak-kanak dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan
alam. Feldman, Chapman, Grisby dan Efland, mengakui bahawa untuk mengatasi masalah
perkauman dalam masyarakat berbilang bangsa, aktiviti-aktiviti seni lukis dapat meningkatkan
kesedaran di kalangan kanak-kanak untukmemahamidan mengenali budaya di antara bangsa di
kalangan masyarakat majmuk.

Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan


individu, pembangunan dan intergrasi social menyalurkan budaya dan warisan negara.
Perpaduan bangsa wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing dari segi perkembangan
JERIS. Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang kanak-kanak juga dilatih agar memperolehi
keyakinan diri dalam berkomunikasi melalui seni, memahami warisan bangsa dan identiti
bangsa. Pendidikan seni berfaedah kepada kanak-kanak kerana ia memupuk peribadi yang
lengkap, yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi, takulan,
imaginasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Seni juga berperanan
mengembangkan budaya setempat dan sejagat iaitu seni dan masyarakat. Pembelajaran seni,
aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara.
Contoh hasil karya yang memaparkan unsure nasionalisme ialah Tugu Negara dan juga potret-
potret pemimpin negara. Kesedaran dalam nilai persekitaran, unsur keselesaan dan dan
keharmonian dalam seni.

8. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa seni boleh memainkan peranan
dalam meningkatkan kreativiti dan estetika kanak-kanak. Ini adalah kerana melalui aktiviti seni
kanak-kanak dibawa meneroka untuk memerhati, mengenali dan menikmati keindahan
persekitaran mereka. Kanak-kanak juga berpeluang untuk melahirkan perasaan dan
memperkembangkan daya kreativiti mereka menerusi aktiviti seni seperti melukis melalui
imaginasi dan pemikiran. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti tersebut juga berupaya
menggalakkan perkembangan bidang kognitif,afektif, psikomotor di samping memupuk nilai

19
estetika dalam diri mereka. Selain itu mereka juga dididik supaya mempunyai keyakinan yang
lebih tinggi dan mengenali pelbagai cita rasa diri sendiri.

Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap
sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari
atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Oleh itu negara perlu memikirkan
satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan teras perpaduan bangsa dan negara.
Seni boleh dijadikan satu formula bagi membentuk satu masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai
keindahan. Ini bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika yang menjadi
asset penting dalam pembangunan bangsa dan negara.

20
Bibliografi

Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998), Psikologi II. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Hassa Langgulung. (1997). Kreativiti Dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontemporari.
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim

Mohd Johari Ab Hamid (ed). (2004) Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Tanjong Malim.

Modul KAE 3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

21