Anda di halaman 1dari 43

1.

0 PENGENALAN

Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara
suara yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk
berkomunikasi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. Manakala, Kamus
Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua Cetakan Kesepuluh (1999:77) pula mendefinisikan
bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang dipergunakan oleh para anggota
suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri. (Nik Hassan
Basri Nik Ab Kadir, 2012:62)

Hal ini bermakna bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapkan oleh alat-
alat pertuturan manusia bukanlah bahasa namanya. Justeru itu, bahasa yang dihasilkan
melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi
yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berturutan.
Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Menurut Penalosa
(Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 2008:87) bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama, ia
melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Kedua,
meransang pemikiran, situasi sosial dan makna.

Setiap bahasa di dunia mempunyai sistem bunyinya tersendiri. Begitu juga dengan bahasa
Melayu dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik serta
berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempelajari dan mendalami pengetahuan
berkaitan dengan kajian bunyi. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu
fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji tentang bunyi-bunyi ujaran manusia dari segi
penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Manakala fonologi pula mengkaji tentang sistem
bunyi-bunyi yang berasaskan fungsi dalam sesuatu bahasa.

1.0 DEFINISI FONETIK DAN FONOLOGI

1.1 FONETIK
Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan
dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut
Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai
“the system of speech sounds of a language or group of languages. Kamus Oxford Advanced
Learner’s Dictionary of current English (1992:671), fonetik merupakan “the speech sounds and
their production. Sementara mengikut Kamus The World Book of Dictionary ( C.L. Barnhart &
R.K Barnhart, 1981:1556), fonetik dikatakan “the body of speech sounds of any language and
their relation to one another”.

Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu
yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa”. Mengikut
Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40),
mendefinisikan fonetik sebagai “ fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan,
pendengaran atau sifatnya….Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam
bentuk bunyi”. Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik
dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan
oleh manusia iaitu yang digunakan sebagai alat komunikasi.

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:16) mendefinisikan fonetik
sebagai kajian bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi
bahasa daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan
yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Mengikut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi – bunyi ujar. Sebagai ilmu,
fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-
hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran,
fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Nor Hashimah Jalaluddin (2000:2) pula berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji
bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga memperlihatkan
bagaimana organ manusia seperti paru-paru , latings, farings, rongga mulut dan hidung turut
membantu menghasilkan bunyi bahasa.

1.2 FONOLOGI
Fonologi boleh didefinisikan sebagai satu kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2004:414). Harimurti Kridalaksana (1984:61) mendefinisikan
fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi bahasa mengikut fungsinya.
The Oxford Dictionary of Current English For Malaysian Students menjelaskan fonologi
sebagai “the scientific study of the organization of speech sounds especially in particular
language”. Mengikut The Penguin Dictionary (2004:1045) fonologi boleh didefinisikan sebagai
“the study or the sound system of a language”. The Chamber Family Dictionary (1990:572)
menghuraikan fonologi sebagai “the study of system of sounds in language and of the history
of their changes”. Manakala kamus A Dictionary of Linguistic and Phonetics 6 th Edition (David
Crystal, 2008:365) mendefinisikan fonologi sebagai “A branch of linguistics which studies the
sound systems of languages.”

Menurut Abdullah Hassan (1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang
menyelidik bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran
manusia. F. Parker (1974:112) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang
mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan
sebutan. Roach. P dalam bukunya Phonetics berpendapat bahawa fonologi sebagai “the study
of the distinctive sounds units of a language, the patterns they form and the rules which
regulate their use” (2001:111).

Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006:2) menyatakan bahawa fonologi ialah kajian
tentang sistem bunyi bahasa. Menurut mereka: “… fonologi itu sebagai perkara yang pada
asasnya ialah fonetik. Cuma fonologi memerlukan konsep istilah dan notasi fonetik sebagai
unsur tambahan. Penambahan unsur fonetik ini adalah bagi menghasilkan suatu set konsep-
konsep baru yang tersendiri. Malah kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah
kita mempunyai asas pengetahuan yang kukuh dalam semua aspek bidang fonetik. Bunyi-
bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan fonologi”.

Nor Hashimah Jalaluddin (2000:65) berpendapat bahawa fonologi ialah penerangan


berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa. Jelasnya lagi fonologi melibatkan
pengkajian bahasa bagi menentukan bunyi-bunyi yang berbeza langsung membina set rumus
yang dapat menerangkan perihal mengenai perubahan set.

Mengikut Abdul Hamid Mahmood dan Nur Lo Abdullah (2007:17) memberikan pengertian
fonologi sebagai kajian terhadap fungsi bunyi bahasa. Mereka menegaskan bahawa bidang
fonologi menentukan sistem bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau
tidak distingtif (tidak membezakan makna). Mereka menyimpulkan bahawa matlamat akhir
bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-
fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bangsa.

Berdasarkan pendapat-pendapat yang telah diberikan bagi menjelaskan tentang definisi fonetik
dan fonologi, dapatlah dirumuskan bahawa fonetik merupakan kajian mengenai bunyi-bunyi
bahasa yang dituturkan oleh manusia. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan
organisasi ucapan iaitu rentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dipecah-pecahkan hubungan
antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki.
Unit-unit asas yang dimaksudkan di sini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang
distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini
pula umumnya diistilah sebagai fonemik.

2.0 BIDANG FONETIK


Secara umumnya dalam bidang fonetik ini, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan iaitu:
(i) fonetik arkustik
(ii) fonetik artikulasi
(iii) fonetik auditori

2.1 FONETIK ARKUSTIK


Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bahasa yang
dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimana
gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh artikulator atau
alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yang membawa bunyi bahasa itu
ke telinga pendengar. Penelitian terhadap cirri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang
menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektogram itu melibatkan bunyi nada
kelantangan dan kepanjangan. Di bawah ini ditunjukkan contoh bentuk gelombang akustik;
( Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah, 2007:17)
Rajah 2.1 : Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa Inggeris
“see” /si:/ (Sumber: P.Roach, 2001:40)

Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu
dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu
masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang
mempunyai nada yang berbeza lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai
contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang
serta getar bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki.

Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati


bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi vokal hadapannya
lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contohnya bunyi vokal
hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [ i ] dan [ e ], dan bunyi vokal belakang dalam
bahasa Melayu ialah bunyi [ u ] dan [ o ].

Melalui penggunaan spektrogram juga didapati bunyi konsonan dan suku kata dalam bahasa
Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana factor yang
mempengaruhi perbezaan itu berpunza daripada tekanan udara dari paru-paru. Maknanya
apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dan kesannya
menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap kelantangan bunyi konsonan
dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan
bunyi konsonan [ s ], [ z ] dan [ š ] didapati lebih lantang berbandi ng dengan penghasilan bunyi
konsonan [ f ] dan [ v ].

Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar linguistik dalam menjelaskan
perihal fonetik akustik ini. Menurut Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006:5) dalam
bukunya Fonetik dan Fonologi berpendapat fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi
signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi
yang dipindahkan ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti
frekuensi fundamental (Fo), intensiti dan durasi. Parameter-parameter ini, iaitu frekuensi
fundamental (Fo) yang diukur dalam unit Hertz(Hz), intensiti dalam unit desibel (dB) dan durasi
dalam unit saat (s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu. Dari sudut pendengar,
ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan
kepanjangan.

Manakala Nor Hashimah Jalaluddin (2000:12) pula berpendapat bahawa fonetik akustik ialah
bidang kajian mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si
pendengar dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai spektrogram. Alat ini digunakan
bagi melihat kekerapan / frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu.

2.2 FONETIK ARTIKULASI


Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan
cara-cara sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan
dalam artikulasi. Ia melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-
bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran udara yang tidak bergerak tetapi
disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu lafaz. Manakala organ artikulasi
pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa.
Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan pasif.

Organ artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa seperti
anak tekak, lidah, bibir bawah, lelangit lembut dan gigi bawah. Artikulator aktif tidak bersifat
statik kerana boleh bergerak. Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat
sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. Ianya
melibatkan organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas, bibir atas, mulut,
rongga mulut, lelangit keras dan rongga hidung.

Kajian berkaitan fonetik artikulasi melibatkan prosedur bunyi tuturan oleh organ vokal manusia,
iaitu cara penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan
bunyi yang digunakan dalam tuturan dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan
dideskripsikan. Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah dan organ artikulasi masing-
masing.

Semuanya berbeza dan setiap satu menghasilkan perbezaan bunyi-bunyi yang diucapkan.
Organ artikulasi ialah organ yang digunakan untuk menghasilkan bunyi manakala daerah
artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi. Perbezaan daerah dan organ
daerah dan organ dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang menimbulkan
penamaan bunyi-bunyi seperti letupan bibir bersuara atau tidak bersuara, sengauan bibir,
geseran lelangit keras bersuara atau tidak bersuara, geseran gusi dan sebagainya. Secara
terperinci, grafik saluran vokal boleh dilihat seperti berikut:

Rajah 2.2.1: Grafik Saluran Vokal

1 Bibir atas 11 Tengah lidah


2 Bibir bawah 12 Belakang lidah
3 Gigi atas 13 Akar lidah
4 Gigi bawah 14 Epiglotis
5 Gusi 15 Pita suara
6 Lelangit keras 16 Rongga tekak
7 Lelangit lembut 17 Rongga Hidung
8 Anak tekak 18 Rongga mulut
9 Hujung lidah 19 Rahang
10 Hadapan lidah 20 Tenggorok

Berikut adalah contoh grafik yang menunjukkan cara pelafazan bunyi [ t ] dan [ k ].
Rajah 2.2.2: Letupan Gusi Tidak Bersuara

Dalam rajah di atas, bunyi [ t ] dilafazkan dengan kedudukan hujung lidah diletakkan di
bahagian atas gusi. Lelangit lembut dirapatkan kepada belakang rongga tekak. Udara yang
terkumpul dan tersekat dalam rongga mulut, iaitu di bahagian belakang hujung lidah
dilepaskan denga serta merta tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil ini
dinamakan bunyi letupan gusi tidak bersuara [ t ].

Rajah 2.2.3: Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara

Grafik di atas pula menunjukkan kedudukan lelangit lembut dirapatkan kepada belakang
rongga tekak, manakala belakang lidah dirapatkan ke bahagian belakang lelangit lembut.
Udara yang terkumpul dan tersekat di dalam rongga tekak dilepaskan dengan serta-merta
tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil dinamakan letupan lelangit lembut tidak
bersuara [ k ].

2.3 FONETIK AUDITORI


Fonetik auditori merupakan cabang fonetik yang mengkaji bunyi berasaskan pendengaran
terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi semasa seseorang menerima
bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar
sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerimaan bunyi yang berasaskan
nada, kelantangan dan kualiti bunyi.

Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. Penutur
menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti
bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi
menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. Kajian
ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respon kepada bunyi tuturan
seperti yang diklasifikasikan oleh pendengar.

Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsure kelangsingan,


kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi tertentu. Dan
makna emosi itu dapat dikatakan sebagai suatu kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat
penutur sesuatu bahasa. Lazimnya dalam mendapatkan rujukan makna emosi ini,
keabasahannya perlu dilakukan dengan melakukan kaedah soal selidik yang dinamakan ujian
persepsi. Soal selidik ini perlu dilakukan ke atas penutur bahasa yang data bunyinya sedang
dianalisis bagi menjamin ketepatan dalam ujian tersebut.

2.4 MATLAMAT ILMU FONETIK DAN FONOLOGI


Matlamat akhir bidang fonetik dan fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan
huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi
sesuatu bahasa. Disamping itu ia juga membantu seseorang pengguna bahasa mempelajari
dan mendalami pengetahuan berkaitan dengan sistem bunyi bahasa dan fungsinya dalam
bahasa Melayu.

Secara tidak langsung melalui bidang fonetik dan fonologi kita dapat mempelajari bagaimana
bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi
vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Selain dari itu dalam
pengkajian ini seseorang pengguna bahasa dapat mengenalpasti alat-alat artikulasi yang
terlibat dan daerah mana pada alat tersebut yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa dalam bahasa Melayu, misalnya bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal
hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Begitu juga dengan cara penghasilan bunyi
konsonan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh konsonan letupan, letusan, geseran,
sengau, separuh vokal serta bunyi diftong (au, ai, dan oi).

3.0 BUNYI VOKAL

Daniel Jones (1930) dalam bukunya Outline of English Phonetic mengatakan bahawa bunyi
vokal adalah bunyi bersuara yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar berterusan
tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-
bunyi geseran.

Menurut Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006:5) pula bunyi vokal ialah bunyi yang
dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Bunyi vokal juga
adalah bunyi bersuara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan kedudukan lidah dan bentuk
bibir. Ini melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut
ini menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka, separuh
terbuka, separuh sempit ataupun luas.

Manakala mengikut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah, vokal ialah bunyi
bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak
dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri
kelantangan dan kepanjangan.

Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi


bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan . Penggetaran pita
suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang
dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.

Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i) Vokal hadapan
ii) Vokal tengah
iii) Vokal belakang

Mohamad Yunus Maris (1964) berpendapat, terdapat lapan jenis vokal dalam bahasa Melayu
iaitu empat vokal depan iaitu: [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga vokal belakang iaitu [u], [o] dan [
‫ ]כ‬dan satu vokal tengah, iaitu [ə] secara nyata vokal-vokal ini tidak betul-betul menyerupai
vokal kardinal sepenuhnya. Namun begitu dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal
bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis iaitu: [i], [e], [a], [u], [o] dan [ə].

Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah,
tengah lidah atau belakang lidah. Kedudukan lidah semasa melafaz dan pembukaan bibir
menentukan sama ada bunyi itu di lafazkan tersebut adalah vokal depan, tengah atau
belakang. Apabila bahagian depan yang terlibat, maka bunyi yang dihasilkan adalah vokal
depan, sekiranya bahagian tengah lidah yang terlibat maka bunyi vokal yang terhasil adalah
vokal tengah. Begitu juga jika bahagian belakang lidah yang terlibat, maka bunyi vokal tersebut
adalah vokal belakang.

Bagi memudahkan gambaran kedudukan bunyi-bunyi vokal ini, diagram vokal kardinal boleh
digunakan. Diagram vokal kardinal ini diperkenalkan oleh Daniel Jones (1956). Berikut adalah
diagram vokal kardinal bagi bahasa Melayu:

Rajah 3.1: Kedudukan Vokal Bahasa Melayu


Selain lidah bibir juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi vokal. Menurut
Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah
seperti berikut:
Rajah 3.2 : Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal

Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir dalam
keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan. Keadaan bibir neutral semasa
menghasilkan vokal tengah.

3.1 Vokal Hadapan


Vokal depan ialah bunyi : [i], [e], [ɛ] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan
bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang
terlibat ialah lelangit keras.

3.1.1 Vokal Hadapan Sempit [i]


Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi
di bahagian depan mulut. Lelangit mulut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita
suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Kedudukan yang
paling tinggi dalam rongga mulut. Contoh penggunaan vokal [i]: [ibu], [ikan], [biru], [hati]
dan [ubi].
Rajah 3.3: Vokal hadapan sempit [i]

3.1.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]


Vokal ini dihasilkan dengan bahagian depan lidah agak ke bawah sedikit, iaitu sepertiga
daripada tinggi lidah semasa melafazkan bunyi [i]. Lelangit lembut pula diangkat rapat
kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut
sambil menggetar pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan
terhampar. Pembukaan bibir semasa melafazkan bunyi ini agak sederhana. Contoh
penggunaan [e] ialah: [ekor], [bela], [elok], [sate] dan [herot].

Rajah 3.4: Vokal hadapan separuh sempit [e]

3.1.3 Vokal hadapan separuh luas [ɛ]


Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah dinaikkan separuh rendah kearah gusi. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat
keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar
dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Sementara bibir dihampar separuh
luas. Bunyi vokal ini hadir dalam perkataan dalam dialek Kelantan. Contoh penggunaan
[ɛ] ialah: [ɛdoh], [ɛloʔ], [bɛso], [gelɛʔ] dan [bulɛ].

Rajah 3.5: Vokal hadapan separuh luas [ɛ]

3.1.4 Vokal Hadapan Luas [a]


Vokal hadapan luas [a] dihasilkan dengan hujung lidah ditarik ke titik yang paling bawah
dalam rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Oleh itu udara
keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Manakala bibir berada
dalam keadaan terhampar. Antara contoh penggunaan [a] ialah : [ajar], [asap], [dadu],
[lampu], [kuda] dan [rasa].
Rajah 3.6 : Vokal hadapan luas [a]

3.2 Vokal Tengah [ə]


Vokal tengah dihasilkan dengan lidah terhampar di lantai rongga mulut. Manakala bahagian
tengah lidah diangkat sedikit ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuhnya. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Pita suara
dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
Manakala bibir berada dalam keadaan hampar dan bundar. Bunyi ini hadir dalam perkataan
seperti berikut: [əmbun], [əmpat], [pənat], [bərat] dan [kəmas].

Rajah 3.7: Vokal tengah [ə]

3.3 Vokal Belakang


Vokal belakaang dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah ke lelangit lembut, iaitu ke titik
yang paling tinggi. Kemudian belakang lidah diturunkan 1/3 ke bawah di bahagian belakang
lidah seperti dalam menghasilkan bunyi vokal depan. Bibir dibundarkan semasa menghasilkan
bunyi ini. Ada tiga bunyi vokal belakang [u], [o] dan [‫]כ‬. Cara mendeskripsi bunyi vokal
belakang juga serupa dengan cara mendeskripsi bunyi vokal depan iaitu dengan memberi
deskripsi mengenai luas buka rongga mulut di bahagian belakang lidah dan keadaan bibir.

3.3.1 Vokal Belakang Sempit [u]


Vokal ini dihasilakan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin kea rah
lelangit lembut tetapi tidak menutup aliran udara dari paru-paru. Bagi menutup rongga
hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya tidak keluar melalui rongga
hidung. Bibir berada dalam keadaan bundar. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut
sambil menggetarkan pita suara. Kehadiran bunyi ini dalam perkataan adalah seperti
berikut: [undur], [usung], [bubur], [gandum], [labu] dan [pasu].

Rajah 3.8 : Vokal belakang sempit [u]

3.3.2 Vokal Belakang Separuh Sempit [o]


Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan 1/3 di antara titik yang paling
tinggi dan yang paling rendah di belakang lidah. Manakala bibir dibundarkan. Bagi
menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak
keluar melalui hidung. Oleh itu udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan
pita suara. Kehadiran bunyi ini dalam perkataan adalah seperti berikut: [oleh], [obor],
[boleh], [sotong], [foto] dan [solo].
Rajah 3.9 : Vokal belakang separuh sempit [o]

3.3.3 Vokal Belakang Separuh Luas [‫]כ‬


Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah. Bagi menghasilkan
bunyi vokal belakang separuh luas, belakang lidah diturunkan lagi 1/3 dari kedudukan
separuh sempit. Bibir pula dalam keadaan bundar. Udara ditekan keluar dari paru-paru.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi vokal ini hadir dalam perkataan dalam
dialek Kelantan. Contoh penggunaan [‫ ]כ‬ialah seperti berikut: [‫כ‬bat], [‫כ‬peh], [sud ‫כ‬h], [b ‫כ‬r
‫כ‬h], [kit ‫ ]כ‬dan [bil ‫]כ‬.

Rajah 3.10: Vokal belakang separuh luas [‫]כ‬


Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan di sini bahawa jumlah vokal cardinal ialah lapan
jenis, iaitu vokal [i], [e], [ɛ], [a], [u], [o], [‫ ]כ‬dan [ə]. Sementara vokal asli dalam bahasa Melayu
hanya enam jenis, iaitu vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan [ə]. Semua vokal adalah bersuara. Kecuali
vokal [ə] yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang, manakala vokal-vokal lain adalah
nyaring dan lantang. [ə].
4.0 BUNYI KONSONAN
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Ianya terhasil apabila terdapat gangguan atau
halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari paru-paru. Konsonan terdiri daripada
konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan
yang terhasil apabila tekanan uadara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara,
contohnya [b], [d] dan [g] manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil
apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara contohnya [p], [t] dan [k]. Ketika
mengeluarkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan,
sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Ini berlaku
dalam konsonan sengau, iaitu vokal disengaukan oleh konsonan itu, contohnya [m], [n], [ɲ],dan
[ŋ] .

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan asli dan konsonan
pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan digunakan
oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Lapan belas
konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan
daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Rajah 4.1: Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu

4.1 Konsonan Letupan


Bunyi letupan ini dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana daerah
sebutan. Dengan itu udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tersekat. Apabila
udara yang tersekat ini dilepaskan dengan serta merta maka terhasillah bunyi letupan. Bunyi
letupan itu berubah-ubah apabila daerah dan alat sebutannya diubah. Kita memanggil bunyi
letupan itu mengikut daerah sebutannya.

4.1.1 Konsonan Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]


Cara penghasilannya adalah dengan dua bibir dirapatkan untuk menghalang
sepenuhnya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak
tekak pula dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya
tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Dengan ini, udara
dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat
sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta. Antara contoh kehadiran
bunyi konsonan [p] dalam perkataan pula ialah : [papan], [pukul], [dapur], [dapat], [atap]
dan [santap].

Rajah 4.2 : Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]

4.1.2 Konsonan Letupan Dua Bibir Bersuara [b]


Cara penghasilannya adalah dengan merapatkan kedua-dua bibir untuk menghalang
sepenuhnya udara keluar ke rongga mulut. Sementara lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Pita suara dirapatkan. Dengan ini udara dari
paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang
rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan
menggetarkan pita suara. Contoh kehadiran bunyi konsonan [b] dalam perkataan ialah:
[buku], [batu], [tubuh], [tabur], [sebab] dan [adab].
Rajah 4.3 Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]

4.1.3 Konsonan Letupan Gusi Bersuara [d]


Cara penghasilannya ialah dengan hujung lidah dirapatkan pada gusi bagi menyekat
sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar dari rongga hidung. Pita suara dirapatkan.Manakala
udara dari paru-paru keluar dengan meggetarkan pita suara ke rongga mulut dan
tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-
merta. Contoh kehadiran bunyi konsonan [d] dalam perkataan ialah: [dalam], [duka],
[padah], [padang], [abad] dan [tekad].

Rajah 4.4: Konsonan letupan gusi bersuara [d]


4.1.4 Konsonan Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]
Cara penghasilannya ialah dengan hujung lidah dirapatkan pada pada gusi untuk
menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak untuk menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Pita suara direnggangkan. Udara dari
paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudiannya tersekat
pada bahagian gusi. Udara dilepaskan dengan serta-merta. Contoh kehadiran bunyi
konsonan [t] dalam perkataan ialah: [tolong], [tahu], [putus], [bantu], [patut] dan [lembut].

Rajah 4.5: Konsonan Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]

4.1.5 Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]


Cara penghasilannya ialah dengan bahagian belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan
pada lelangit lembut supaya udara dari paru-paru tersekat pada bahagian belakang
lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Lelangit lembut dan anak tekak
dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui
rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut,
kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Contoh kehadiran bunyi konsonan [k] dalam
perkataan ialah: [kawan], [kuda], [sukat], [bakat], [budak] dan [pekak].
Rajah 4.6 : Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]

4.1.5 Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]


Cara penghasilannya ialah dengan belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan ke lelangit
lembut supaya udara dari paru-paru tersekat di bahagian belakang lidah berdekatan
dengan lelangit lembut tersebut. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke bahagian
belakang rongga tekak menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung. Pita suara
dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga
mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Kemudian sekatan udara itu
dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Contoh kehadiran
bunyi konsonan [k] dalam perkataan ialah: [guru], [ganti], [juga], [ragu], [beg] dan
[dialog].

Rajah 4.7: Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]

4.1.6 Hentian Glotis [ʔ]


Cara penghasilannya ialah dengan pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat
sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru
keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan. Contoh
kehadiran bunyi konsonan [ʔ] dalam perkataan ialah: [ʔibu], [ʔada], [saʔat], [jumaʔat],
[tidaʔ] dan [anaʔ].

Rajah 4.8 : Hentian Glotis [ʔ]

4.2 Konsonan Letusan


Konsonan letusan dihasilkan dengan cara yang sama dengan letupan, tetapi letusan itu
tertahan untuk beberapa ketika baharu dilepaskan dengan perlahan dan tidak dengan serta-
merta seperti letupan. Dengan demikian bunyi yang dihasilkan hanya meletus. Ada dua
konsonan letusan dalam bahasa Melayu, iaitu letusan lelangit keras tak bersuara [č] dan yang
bersuara [j]

4.2.1 Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [č]


Cara penghasilannya dengan bahagian depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit
keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak dan
dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar
melalui rongga hidung. Kemudian, udara dari paru-paru melalui bahagian rongga mulut
dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan
lelangit tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan
pita suara. Contoh kehadiran bunyi konsonan [č] dalam perkataan ialah: [čari], [čuti],
[suči], [banči], [mač], [koč],
Rajah 4.9 : Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [č]

4.2.2 Konsonan Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ ǰ ]


Cara penghasilannya ialah dengan depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras
gusi untuk menyekat udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Sementara lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke dinding tekak untuk menyekat udara dari
paru-paru keluar melalui rongga hidung. Pada keadaan ini pita suara dirapatkan. Udara
dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat
pada daerah lelangit keras-gusi. Udara tersebut dilepaskan dengan perlahan (bukan
dengan cepat atau serta-merta). Bagi konsonan [ ǰ ] bahasa Melayu, udara dilepaskan
dengan lebih cepat daripada pelepasan udara untuk konsonan [ ǰ ] dalam bahasa
Inggeris seperti perkataan judge. Contoh kehadiran bunyi konsonan [ ǰ ] dalam
perkataan ialah: [ǰolok], [ǰuga], [taǰam], [huǰan], [imeǰ] dan [koleǰ].

.
Rajah 4.10 : Konsonan Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ ǰ ]

4.3 Konsonan Geseran


Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui rongga
mulut. Lelangit lembut dirapatkan ke dinding belakang rengkung dan udara hanya keluar
melalui rongga mulut.

4.3.1 Konsonan Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]


Cara penghasilkannya ialah dengan hadapan lidah dinaikkan kearah gusi untuk
membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
Pada keadaan ini pita suara direnggangkan. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara. Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan
depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara
[s]. Contoh kehadiran bunyi konsonan [ s ] dalam perkataan ialah: [sapu], [sedap],
[basuh], [dasar], [habis] dan [hiris].
Rajah 4.11 : Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]

4.3.2 Konsonan Geseran Glotis Bersuara [h]


Cara penghasilannya ialah dengan pita suara dibuka untuk membuat sempitan pada
glottis. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi
menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Udara keluar
dengan menggeser melalui sempitan glottis. Pita suara digetarkan. Contoh kehadiran
bunyi konsonan [h] dalam perkataan ialah: [habis], [hulur], [lihat], [tahap], [berseh] dan
[kaseh].

Rajah 4.12 : Geseran Glotis Bersuara [h]

4.4 Konsonan Getaran


Bunyi konsonan getaran dihasilkan dengan menggetarkan lidah dalam rongga mulut. Ada
terdapat satu bunyi getaran dalam bahasa Melayu. Bagi menghasilkan bunyi ini lidah diangkat
ke arah gusi atas. Udara dari paru-paru ditekan keluar dengan menggetarkan pita suara. Lidah
juga bergetar. Proses ini menghasilkan bunyi getaran bersuara [r].
4.4.1 Konsonan Getaran Gusi Bersuara [r]
Cara penghasilannya ialah dengan hujung lidah pada gusi. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-
paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara yang keluar dari paru-paru melalui
rongga tekak menggetarkan pita suara. Udara yang keluar melalui rongga mulut
menggetarkan hujung lidah dan pita suara bergetar. Pita suara digetarkan. Contoh
kehadiran bunyi konsonan [r] dalam perkataan ialah: [rasa], [rabun], [beras], [laras],
[besar] dan [lebar].

Rajah 4.13: Konsonan Getaran Gusi Bersuara [r]

4.5 Konsonan Sisian


Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga
mulut. Ada satu bunyi sisian dalam bahasa Melayu. Bunyi ini dihasilkan dengan mengangkat
hujung lidah kea rah gusi atas. Udara dari paru-paru ditekan keluar di sisi kiri dan kanan lidah,
Bunyi yang dihasilkan dengan pita suara bergetar. Bunyi sisian diberi lambing [l].

4.5.1 Konsonan Sisian Gusi Bersuara [ l ]


Cara penghasilannya ialah dengan hujung lidah dinaikkan pada gusi. Lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari
paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah
sahaja. Contoh kehadiran bunyi konsonan [l] dalam perkataan ialah: [lama], [lampu],
[selamat], [kilat], [pukul] dan [bekal].

Rajah 4.14: Konsonan Sisian Gusi Bersuara [ l ]

4.6 Konsonan Sengau


Konsonan sengau dihasilkan dengan cara yang seakan-akan serupa dengan letupan. Tetapi
dalam hal ini, lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.
Ini menghasilkan bunyi sengau. Semua bunyi sengau yang dihasilkan adalah bersuara.

4.6.1 Konsonan Sengau Dua Bibir Bersuara [m]


Cara penghasilannya ialah dengan bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat
sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan
laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan untuk
membuat getaran. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Udara dari paru-paru
memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka semasa
menyebut bunyi [m]. Contoh kehadiran bunyi konsonan [m] dalam perkataan ialah:
[makan], [malam], [timun], [lima], [salam] dan [tilam].
Rajah 4.15 : Konsonan Sengau Dua Bibir Bersuara [m]

4.6.2 Konsonan Sengau Gusi Bersuara [n]


Cara penghasilannya ialah dengan hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat
sekatan udara dari keluar ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan
untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara
dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian
gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Contoh kehadiran
bunyi konsonan [n] dalam perkataan ialah: [nasi], [nuri], [kenari], [panas], [papan] dan
[lapan].

Rajah 4.16: Konsonan Sengau Gusi Bersuara [n]


4.6.3 Konsonan Sengau Keras - Gusi Bersuara [ɲ]
Cara penghasilannya ialah dengan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk
membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk
memberikan laluan udara yang keluar dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara
dirapatkan dan digetarkan. Udara keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah
lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Contoh kehadiran bunyi
konsonan [ɲ] dalam perkataan ialah: [ɲaɲi], [ɲata], [taɲa] dan [suɲi]

Rajah 4.17: Konsonan Sengau Keras - Gusi Bersuara [ɲ]

4.6.4 Konsonan Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ŋ]


Cara penghasilannya ialah dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk
membuat sekatan udara ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan
untuk memberikan laluan udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan dan digetarkan. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan
terus ke rongga hidung. Udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut
dilepaskan perlahan-lahan. Contoh kehadiran bunyi konsonan [ŋ] dalam perkataan
ialah: [ŋaŋa], [ŋiau], [buŋa], [siŋa], [baraŋ] dan [gunuŋ].
Rajah 4.18 : Konsonan Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ŋ]

4.7 Konsonan Separuh Vokal


Bunyi separuh vocal dihasilkan secara yang sama dengan menghasilan bunyi vokal tetapi
diselesaikan menjadi vokal. Bunyi ini berbeza daripada bunyi vokal kerana vokal tidak
mengalami gangguan pada aliran udara semasa menghasilkannya, manakala bunyi separuh
vokal mengalami gangguan pada aliran udaranya. Ada dua bunyi separuh vokal, iaitu separuh
vokal dua bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [j].

4.7.1 Konsonan Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]


Cara penghasilannya ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan ke
lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan ke
belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung. Udara
dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lidah bergerak
dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [ə]. Contoh kehadiran
bunyi konsonan [ŋ] dalam perkataan ialah: [wau], [waris], [kawan], [lawan] dan [sepak
takraw].
Rajah 4.19 : Konsonan Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]

4.7.2 Konsonan Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]


Cara penghasilannya ialah dengan depan lidah diangkat tinggi kearah gusi. Bibir
dihamparkan. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan digetarkan sambil
lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [ə]. Contoh kehadiran
bunyi konsonan [j] dalam perkataan ialah: [jakin], [jatim], [dajaŋ] dan [sajaŋ].

Rajah 4.20 : Konsonan Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]

4.8 Konsonan pinjaman


Konsonan pinjaman bermaksud konsonan-konsonan yang bukan berasal dari bahasa Melayu
tetapi dipinjam dari bahasa lain, seperti bahasa Arab, Sanskrit, bahasa Inggeris dan
sebagainya. Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada:
i) Geseran bibir-bibir tidak bersuara [f]. Contohnya: fasa
ii) Geseran bibir-bibir bersuara [v]. Contohnya: variasi
iii) Geseran gigi tidak bersuara [th]. Contohnya: thabit
iv) Geseran gigi bersuara [d]. Contohnya: hadhir
v) Geseran gusi bersuara [z]. Contohnya: zalim
vi) Geseran lelangit keras tidak bersuara
vii) Geseran lelangit lembut tidak bersuara [kh]. Contohnya: khairat
viii) Geseran lelangit lembut bersuara [gh]. Contohnya: ghaib

Kesimpulan
Penghasilan bunyi mempunyai tiga alat yang memainkan peranan penting, iaitu alat dalam
tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia terdiri
daripada dua jenis, iaitu bunyi-bunyi bahasa dan bukan bunyi-bunyi bukan bahasa. Bunyi-
bunyi bahasa diberikan lambing-lambang tertentu. Dalam bahasa terdapat dua jenis bunyi iaitu
vokal dan konsonan. Pelabelan bunyi-bunyi ini bergantung pada alat dan daerah artikulasi.
Manakala untuk bunyi konsonan pula, keadaan pita suara turut diambil kira bagi menentukan
sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak.

5.0 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermaksud sistem ejaan baharu yang dipersetujui bersama
oleh kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia berikutan dari perisytiharan
pemakaiannya oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Republik Indonesia serentak pada 16 Ogos 1972. Sistem ejaan Rumi yang
dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia –
Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. Badan yang
ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa
Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan dan Jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan
Bahasa dan Pustaka (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1987:v)

Usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan antara kedua-dua buah negara Malaysia dan
Indonesia telah lama dilaksanakan. Beberapa siri perundingan dan pertemuan diadakan.
Berikutan dengan itu wujudlah sistem ejaan bersama yang dikenal sebagai Ejaan Melindo
(Ejaan Melayu dan Indonesia) pada tahun 1959. Ejaan ini mencadangkan penggunaan lambing-
lambang fonetik yang tidak praktikal sifatnya. Akhirnya ejaan ini tidak tidak terlaksana.
Perbincangan antara kerajaan Malaysia dengan Indonesia berhubung dengan ejaan bersama
selepas tamatnya konfrontasi Indonesia – Malaysia (1963 -1966). Hasil daripada usaha sama
kedua-dua negara ini, maka wujudlah Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, yang kemudiannya
dikenal sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972. Di Indonesia system ini dikenal
sebagai Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan.

Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi di
Malaysia dan negara Indonesia, namun beberapa perkara kecil mengenai ejaan dirasakan perlu
diselesaikan dengan segera. Beberapa masalah kecil mengenai ejaan itu telah dibincangkan
dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk dikenal dengan nama Majlis
Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis yang dianggotai bersama oleh Jawatankuasa Tetap Dewan
Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujak bin Rahim, dan Panitia Pengembangan Bahasa
Indonesia yang diketuai oleh Dr Amran Halim, telah mengadakan lima persidangan. Dalam
Persidangan Kelima, Majlis ini yang diadakan di Johor Bharu pada 2 hingga 4 Disember 1974,
telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap bagi kegunaan
kedua-dua negara. Kedua-dua belah pihak bersetuju menerbitkan versi yang sesuai dengan
negara masing-masing. Pada 5 Disember 1974, telah diterbitkan Pedoman Umum Ejaan
Bahasa Malaysia untuk kegunaan umum, dan dengan ini wujudlah system ejaan baharu
Bahasa Malaysia-Indonesia seperti yang digunakan hari ini.

5.1 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi


Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diistytiharkan
penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama
Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:

i) Huruf vokal: a, e, i, o, u
ii) Huruf diftong: ai, au, oi
iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

5.1.1 Huruf Vokal


Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang
melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah:

Huruf Fonem di depan di tengah di belakang


a [a] sapi badi lupa

e [ə] emak sena imperialisme


[e] enak petak tauge

i [i] itu simpan sini

o [o] oleh kota pidato

u [u] usang tunas siku

5.1.2 Huruf Konsonan


Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah
di bawah:
Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang

/b/ b bahasa sebut adab

/c/ c cakap kaca Mac

/d/ d dua ada abad

/f/ f fakir tafsir maaf

/g/ g guna tiga beg

/ğ/ gh ghaib maghrib mubaligh

/h/ h hari saham tuah

/j/ j jalan manja kolej

/k/ k kami paksa katak

/x/ kh khusus akhir tarikh

/l/ l lekas alas kesal

/m/ m maka kami diam

/n/ n nama anak daun

/ŋ/ ng ngilu angin pening

/ń/ ny nyata hanya -

/p/ p pasang apa siap

/q/ q Qur’an wuquf buraq

/r/ r raih bara putar

/s/ s sampai asli lemas

/ś/ sy syarat isytihar Quraisy

/t/ t tali mata rapat

/v/ v vitamin universiti -

/w/ w wanita hawa -


/y/ y yang payung -

/z/ (i) z zaman lazat lafaz


(ii) x xenon - -

5.1.3 Huruf Diftong


Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf
seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang


/ai/ ai aising ghairah pandai
trailer

/au/ au aurat saudara harimau


auditorium

/oi/ oi oidium boikot amboi

5.2 SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL


Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal membentuk dua suku kata pada kata
dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada
suku kata akhir tertutup.

5.2.1 Pola Kelarasan Huruf Vokal


i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem
Keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu iaitu:
Bil. Suku kata praakhir Suku kata Akhir Contoh Penggunaan
Tertutup
1. a a asal talak halaman
2. a i alih tarik parit
3. a u asuh datuk baruh
4. e (pepet) a emas kelam selam
5. e (pepet) i betik ketil lebih
6. e (pepet) u belut telur perut
7. e (taling) a elak dewan perang
8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh
9. e (taling) o elok belok telor
10. i a bilah kilang selinap
11. i i intip pilih sisih
12. i u pikul ribut tidur
13. o a otak borang sekolah
14. o e (taling) oleh boleh celoteh
15. o o obor borong kelompok
16. u a ulat bulat ketupat
17. u i ulit kulit putih
18. u u untuk buluh seluruh

Daripada 18 pola itu, terdapat pula 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan lama.
Perubahan ini menggariskan bahawa huruf vokal I atau u digunakan pada suku kata akhir
tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal ae, pepet, i atau u seperti
yang berikut:

Bil Ejaan Lama Ejaan Baru


Pola Contoh Pola Contoh
1 a-e taling Aleh a-i Alih
2 a-o Batok a-u Batuk
3 e pepet-e taling Lebeh e-i Lebih
4 e pepet-o Tempoh e-u tempuh
5 i-e taling Pileh i-i Pilih
6 i-o Tidor i-u Tidur
7 u-e taling Usek u-i usik
8 u-o Untong u-u untung
Perkataan yang terlibat biasanya mempunyai huruf konsonan yang terakhir dengan h, k, ng
dan r. Bagaimanapun pola yang static seiring sistem ejaan lama huruf vokal e taling atau o
pada suku kata akhir tertutup digunakan jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e
taling atau o juga. Contoh:

Bil Pola Contoh Perkataan


1 e taling-e taling leceh,gelek,teleng,selekeh
2 e taling-o tempoh,belok,telor,selekoh
3 o-e taling oleh,boleh,ponteng,celoteh
4 o-o pokok,boron,kelompok,seloroh

5.2.2 Kekecualian Keselarasan Vokal


Hukum keselarasan vokal dilaksanakan kepada perkataan daripada bahasa Melayu.
Bagaimanapun kekecualian keselarasan vokal hanya melibatkan kata pinjaman daripada
bahasa Jawa dan Inggeris. Ramidah Hj Sabran (1985) berlaku pada kata asing pinjaman
seperti Jawa/Nusantara dan bahasa Inggeris. Jadual di bawah menunjukkan kekecualian
keselarasan vokal:

POLA KESELARASAN
Bil Suku Kata Praakhir - Suku KATA PINJAMAN KATA PINJAMAN
kata Tertutup JAWA INGGERIS
a - e taling aneh, kaget, pamer kabaret, panel
a - o calon, lapor, perabot atom, faktor
e pepet - e taling gembleng
e pepet - o bendok, jempol gabenor, interkom
i - e taling imlek simen, tiket
i - o ijon, pilon diftong, transistor
u - e taling tulen, ulet subjek, dokumen
u – o bunglon, lelucon kupon, konduktor
a - e pepet pakem teater
o - e taling hipotesis, objektif
e taling - u petroleum, spektrum
e pepet - e pepet demdem, pepet
i - e pepet iseng artikel, filem
o – i fosil, hipokrit
o - u bonus, forum
u - e pepet lumer skuter
e taling - e pepet meter
o - e pepet oktober

Kesimpulan
Pengetahuan mengenai ejaan dan keselarasan vokal harus dikuasai oleh pelajar dan
penutur bahasa Melayu untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa yang akan merosakkan
integriti bahasa Melayu itu sendiri.