Anda di halaman 1dari 22

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang gaya pemakanan dan obesiti dalam kalangan

masyarakat. Secara amnya, ramai penduduk Malaysia tidak menitikberatkan gaya

pemakanan yang seimbang dan boleh menyebabkan mereka mempunyai penyakit.


2

Di Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan, ini menyebabkan rakyat Malaysia

gemar mengambil makanan tanpa menghiraukan kesihatan mereka. Ini kerana,

makanan yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras

gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula

diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.

Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan

menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk

meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti

yang membawa pelbagai penyakit.

Bila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya

dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar. Maksud obesiti

adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan sehingga

boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Hakikatnya, obesiti atau gemuk

berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat elakkan ianya berlaku kepada

semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit malahan kanak-kanak juga

mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa obesiti adalah salah satu

penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia.


3

1.2 Latar Belakang Kajian

Ramai menganggap tiada gunanya menurunkan berat badan hanya kerana percaya

“ini penyakit keturunan” atau “dah memang genetik aku.” Sebenarnya ia tidak benar

walaupun ada kes-kes tertentu yang mendorong seseorang mengalami obesiti

disebabkan genetik seperti ‘Sindrom Prader-Willi’, namun tidak ada sebab untuk

menyalahkan sejarah ahli keluarga yang ada badan gemuk berlebihan.

Kemungkinan ia mewarisi tabiat makan berlebihan daripada ibu atau ayah dan ini

menyebabkan obesiti tapi ianya boleh diubah. Kebanyakan punca obesiti adalah

kerana faktor luaran seperti pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang

tidak sihat. Obesiti tidak berlaku dalam sehari dua ia berlaku sedikit demi sedikit

akibat pemilihan makanan yang kurang berzat dan gaya hidup yang tidak sihat.

Obesiti dapat diatasi menerusi rawatan dan juga intervensi kepada pesakit.

Menurut pakar,pesakit obesiti dapat mengurangkan berat badan dengan melakukan

aktiviti senaman, menukar menu makanan daripada kurang sihat kepada makanan

yang menyihatkan dan memperbaiki tingkah laku terhadap makanan. Sebahagian

pesakit perlu mengambil ubat manakala ada juga yang perlu menjalani pembedahan

atau mengubah diet untuk lawan obesiti, doktor menyarankan pesakit obesiti untuk

mengurangkan jumlah kalori makanan harian dan melebihkan makan buah-buahan,

sayur-sayuran dan bijirin penuh.Antara buah-buahan yang dapat membantu dalam

mengawal obesiti adalah buah delima dan buah tiin.


4

Di samping itu, gunakan minyak zaitun dalam penyediaan makanan harian,

walaupun diet makanan telah berubah, namun pesakit perlu menukar makanan

untuk mengurangkan kebosanan pengambilan gula, karbohidrat dan lemak tak sihat

perlu dikurangkan dengan segera. Pesakit yang kurang bermotivasi untuk mengubah

diet perlu mendapatkan khidmat doktor, pakar pemakanan atau menjalani program

kurus badan yang diperakui.Ini kerana kaedah diet tanpa pengawalan dan ikut suka-

suka akan menyebabkan masalah lain seperti pesakit akan membahayakan kesihatan

mereka, pesakit mungkin akan mengalami kemerosotan vitamin di dalam badan

mereka dan pesakit mungkin akan berhenti buat diet sekiranya berat badan masih

belum turun. Oleh itu, mereka yang mempunyai obesiti atau memiliki berat badan

yang melampau perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.Faktor yang berlakunya

obesiti menurut para pakar kesihatan, berasaskan pada hasil kajian ini obesiti boleh

dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor genetik, pola makan yang

berlebihan, dan kurang bersukan.

i. Faktor Genetik

Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi

berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu

bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini

nampaknya faktor genetik telah ‘ikut campur’ dalam menentukan jumlah unsur sel

lemak di dalam tubuh. Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang
5

hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal,

secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan.

ii. Pola Makan Berlebihan

Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya

normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika

waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan,

bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan

mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit

tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat

badan.

iii. Kurang Bersukan

Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap berat tubuh. Pengeluaran

tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu, tingkat aktiviti sukan secara umum dan

angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan

fungsi minimum tubuh. Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme

mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang

normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran

tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan

berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting.


6

Obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung,strok,tekanan darah tinggi,diabetis

dan kanser. Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chua Jui Meng berkata,

kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan

atau obesiti pada tahun 2016. Di Malaysia kadar obesiti paling ketara dalam

kalangan kaum India, iaitu sebanyak 25.6 peratus, diikuti Melayu sebanyak 22.4

peratus dan Cina 19.5 peratus. Sebuah pusat penjagaan kesihatan, iaitu The Weight

Management Information Center (WMIC) ditubuhkan bertujuan memberi

pendedahan kepada orang ramai mengenai berat badan yang sihat melalui aktiviti

fizikal, pemakanan yang sihat dan pengendalian berat badan untuk jangka masa

panjang. Kini, obesiti di Malaysia telah meningkat dengan kadar yang tinggi iaitu

16.8 juta bersamaan dengan 60 peratus daripada 28 juta, kejadiaan ini berpunca

akibat daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan pemakanan yang

tidak seimbang,ditambah pula dengan tidak suka bersenam. Selain itu,kesibukan

berkerja,banyak menghabiskan masa didepan komputer,pertumbuhan restoran

makanan segera yang tinggi turut menjadi faktor berlakunya obesiti.

1.3 Permasalahan Kajian

Masalah yang kini berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah obesiti.

Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan

mendahului senarai di Asia Tenggara. Obesiti perlu ditonjolkan sebagai satu

penyakit bagi menunjukkan ia boleh membahayakan kesihatan seseorang. Dua


7

persatuan kesihatan mahu kerajaan melakukan sesuatu bagi mewujudkan kesedaran

awam berhubung perkara ini. Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia iaitu Prof

Dr Mohd Ismail Noor berkata situasi masa kini menunjukkan bahawa langkah perlu

dimulakan segera kerana terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah berat

badan."Mereka tidak menyedari bahawa obesitiadalah penyakit. Jadi, tiada siapa

peduli dan berfikir bahawa gemuk itu ‘OK’. Apabila kita menganggapnya sebagai

satu penyakit, ia akan menyedarkan orang ramai. Obesiti merupakan faktor asas

bagi penyakit kronik seperti kencing manis,dan berat badan berlebihan adalah antara

faktor-faktor berlakunya risiko untuk seseorang mempunyai penyakit tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya baru-baru ini

berkata, terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat

badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta

individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis. Gaya

hidup yang tidak aktif adalah antara faktor utama bagi peningkatan angka ini.

Sesetengah ibu bapa menganggap mempunyai anak-anak yang montel adalah

gambaran bahawa mereka dijaga dan diberi makan yang secukupnya tetapi mereka

tidak sedar bahawa kanak-kanak itu mungkin berlebihan berat badan semasa akil

baligh dan ini akan berterusan sepanjang hayat mereka. Masalah obesiti akan

berkurang jika pengurangan subsidi dalam barangan seperti gula dan minyak akan

memaksa rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan bahan makanan itu.


8

Walaupun obesiti tidak disenaraikan sebagai punca kematian, ia boleh dianggap

sebagai penyakit di Malaysia apabila bercakap tentang bahaya dan mewujudkan

kesedaran kepada orang awam ini keranaobesiti adalah satu faktor utama yang

memberi risiko kepada banyak penyakit tidak berjangkit seperti diabetes,penyakit

jantung,strok dan beberapa jenis kanser. Patut diwujudkan pelan strategik dan pelan

tindakan serta perlu ada pendekatan yang sistematik ke arah membanteras masalah

ini. Selain itu, kesan obesiti akanberlarutan ialah diskriminasi pada usia muda ini

dan akan dibawa sehingga mereka dewasa malah mungkin membawa kepada

masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan

besar. Obesiti juga dapat memberi kesan yang tidak diingini terhadap kesihatan

seksual seseorang. Justeru itu, hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya

mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan

masalah bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan

tidak terancang, kajian tersebut mendapati lelaki yang mengalami obesiti 2.5 kali

lebih tinggi menghadapi masalah ‘ereksi’ atau ‘erectile dysfunction’ dan lebih

terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin manakala wanita yang mengalami

obesiti pula 4.3 kali lebih cenderung untuk mengandung tanpa dirancang berbanding

mereka yang tidak mengalami masalah obesiti.

Walau bagaimanapun kajian tersebut juga menyebut faktor lokasi,budaya

dan gaya hidup mungkin akan mempengaruhi dapatan kajian sekiranya dijalankan

di tempat lain. Tambahan pula, kerugian dari segi wang ringgit dan muncul masalah

yang lebih parah kesan daripada pegambilan pil pelansing dan rawatan pembedahan
9

yang mencecah ribuan ringgit, wang itu dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan

rawatan bagi menurunkan berat badan, berhadapan dengan obesitiseringkali

seseorang remaja memberi tindak balas secara berlebihan dan kerap pula mereka

menjadi kecewa kerana sudah melakukan diet secara terancang dan ketat serta

mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan ternyata kegemukan

tubuh tidak juga susut. Selain itu, pembedahan yangdilakukan bertujuan untuk

membuang lemak, malah ia akan merugikan kewangan atau menelan belanja yang

tinggi dan boleh meragut nyawa individu yang menjalani pembedahan ini.

Kesan obesiti yang seterusnya adalah, risiko kepada kesihatan sekiranya

berat badan bertambah pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku,antaranya

ialah penyakit paras kolestrol,darah yang tinggi,gout,sakit di bahagian bawah

belakang badan,sukar bernafas,osteoartritis spina (tulang belakang),pinggang atau

lutut,gangguan pembuangan air kecil,penyakit hati dan barah usus. Hal ini amat

membimbangkan mereka yang mengalami masalah obesiti.


10

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian umum ini ialah yang melibatkan “Apakah hubungan antara gaya

pemakanan dan obesiti dalam kalangan masyarakat?” dan persoalan khusus ini

ialah:

i. adakah gaya pemakanan seimbang mempengaruhi obesiti dalam kalangan

masyarakat?

ii. apakah gaya pemakanan tidak seimbang mempengaruhi obesiti dalam kalangan

masyarakat?

iii. apakah perbezaan obesiti antara jantina?

1.5 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalahuntuk mengkaji hubungan antara gaya pemakanan

dan obesiti dalam kalangan masyarakat. Objektif khusus ini ialah :

i. untuk mengkaji hubungan antara gaya pemakanan seimbang dan osbesiti dalam

kalangan masyarakat.

ii. untuk mengkaji hubungan gaya pemakanan tidak seimbang dan obesiti dalam

kalangan masyarakat.

iii. untuk mengkaji perbezaan jantina terhadap obesiti.


11

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis umum kajian ini ialah gaya pemakanan yang mempengaruhi obesiti dalam

kalangan masyarakat. Dan hipotesis kajian khusus ini adalah:

i. H0:Gaya pemakanan seimbang tidak mempengaruhi obesiti dalam kalangan

masyarakat.

ii. H1:Gaya pemakanan tidak seimbang tidak mempengaruhi obesiti dalam kalangan

masyarakat.

ii H0:Terdapat perbezaan antara jantina.

iv. H1:Tidak terdapat perbezaan antara jantina.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting khususnya untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada

umum mengenai gaya pemakanan dan kesan obesiti dalam masyarakat umum.

Pemasalahan ini mesti mengambil cara yang betul dalam kalangan masyarakat

supaya langkah yang proaktif dapat diambil. Antara langkah proaktif yang boleh

dipertimbangkan ialah meningkatkan kesedaran tentang tahap kesihatan yang

mengalami obesiti dalam masa yang sama ia perlu membuat persiapan jangka masa

pendek dan jangka masa panjang untuk membantu masyarakat dalam menangani

penyakit obesiti. Faktor-faktor demografi yang mempunyai kesan ke atas penyakit

obesiti adalah antara pemboleh ubah yang boleh dikawal oleh individu. Oleh itu,
12

masyarakat di luar sana mestilah mempunyai kesedaran dalam hal ini seharusnya

mampu untuk merancang kehidupan masa hadapan mereka terutamanya dalam soal

kesihatan, agar tidak terperangkap dalam permasalahan yang kritikal yang boleh

membawa kepada obesiti yang teruk.

Maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat membantu pihak

hospital untuk memberi sedikit perkongsian tentang masalah obesiti, khususnya

pihak yang bertanggungjawab boleh membuat persiapan yang rap bagi

menyediakan kempen kesedaran tentang kesan obesiti kepada diri individu, dan

menjemput perunding cara untuk menyampaikan maklumat penting secara terbuka.

Justeru itu, perunding cara yang mempunyai kemahiran ini akan dapat bertindak

dengan lebih baik dan lebih berkesan ketika melayani masayarakat yang

mempunyai permasalahan yang berkaitan dengan obesiti.

Selain daripada itu, kajian ini diharap dapat menimbulkan kesedaran bahawa

penyakit obesiti akan membawa kemudaratan kepada kesihatan individu.

Penyampaian secara terbuka adalah mustahak kepada masyarakat umum yang

bermasalah dalam menangani masalah ini. Hal ini, dapat membantu masyarakat

yang mempunyai obesiti dapat mengurangkanpermasalahan atau sekurang-

kurangnya mereka berada di tahap celik akal untuk menghadapi kesan selepas

obesiti agar kesan negatif akibat obesiti dapat dikurangkan. Hasil kajian ini juga

membolehkan pihak yang bertanggungjawab dapat pertimbangkan


13

untuk mengambil kira dapatan kajian ini ketika merangka dan melaksanakan polisi

kesan obesiti dan langkah untuk menangani masalah ini pada masyarakat umum.

1.8 Batasan Kajian

Berikut adalah batasan-batasan kajian yang dikaji oleh penyelidik yang berkaitan

dengan penyelidikan yang telah dibuat iaitu, kajian ini hanya melibatkan masyarakat

yang berlainan beragama dan oleh itu, hasil atau dapatan kajian tidak dapat

digeneralisasikan kepada masyarakat yang bukan beragama islam dalam kategori

obesiti. selain itu, ia juga terbatas dengan kaedah pengambilan gaya pemakanan

yang tidak sihat dan menyebabkan obesiti yang tertinggi di Asia Tenggara, malah

daripada rekod kes dan sudut pandangan atau penilaian daripada pihak yang

bertanggungjawab adalah obesiti semakin meningkat. Tambahan pula, kajian ini

juga terbatas kepada masyarakat yang suka membazirkan wang untuk membuat

pembedahan setelah mereka tahu, mereka mengalami obesiti. Dan hal ini, juga

boleh dinyatakan sebagai pembaziran wang.

1.9 Definisi Pembolehubah

Dalam kajian ini pelbagai definisi konsep dan operasi digunakan dalam gaya hidup

dan kaitannya dengan obesiti dalam kalangan masyarakat. Pengertian definisi

konsep dan dan operasi tersebut adalah seperti berikut:


14

1.9.1. Definisi Konsep Gaya Pemakanan

Pengambilan makanan yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat terkini banyak

menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit merbahaya berlaku yang timbul dalam

kalangan masyarakat kinu diakibatkan daripada amalan pengambilan makan yang

tidak sihat.Walau bagaimanapun, ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara

permakanan yang tidak sihat sejak kecil lagi. Oleh itu, pengambilan makanan yang

tidak sihat membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan yang akan dialami oleh

seseorang individu.

1.9.2. Definisi Operasi Gaya Pemakanan

Kesedaran ialah kepekaan serta sensitiviti terhadap sesuatu perkara, kejadian, objek,

perlakuan dan juga tindak balas terhadap kesan. Bagaimanapun, dalam konteks

kajian ini kesedaran bermaksud menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan

pemakanan seimbang melalui pengaplikasian pengamalan pemakanan seimbang

untuk menghindari daripada penyakit obesiti. Amalan pemakanan akan

mempengaruhi kesihatan individu. Sejak kecil lagi ibu bapa mengajar anak mereka

bahawa tidak boleh terlalu memilih semasa makan. Walau bagaimanapun, ibu bapa

haruslah menunjukkan model yang baik (Bastable, 2001). Ini adalah kerana kanak-

kanak senang dipengaruhi oleh orang yang terdekat dengannya (Childs, 2001).

Amalan merupakan “sesuatu yang dilakukan atau dilaksanakan, dikerjakan dan


15

disebut sebagai suatu kebiasaan”. Bagaimanapun, dalam konteks kajian ini, amalan

bermaksud pengamalan masyarakat setempat terhadap pemakanan seimbang

berdasarkan kepada pengetahuan pemakanan sedia ada.

1.9.3 Definisi Konsep Obesiti

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun

di dalam badan seseorang. Obesiti dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi

apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan dan akan menghadapi risiko terhadap

tahap kesihatan. Untuk mengetahui sama ada seseorang itu mengalami obesiti

ataupun tidak, ukuran yang dipanggil Indeks Jisim Badan (IJB) digunakan.

Obesiti juga akan mempengaruhi tahap keyakinan diri mereka kerana kebiasannya

penghidap obesiti tidak akan sesekali berpuas hati dengan fizikal mereka. Lebih

buruk lagi, penghidap obesiti berisiko untuk menghidap pelbagai jenis penyakit

berbahaya yang lain contohnya sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan

barah.

1.9.4 Definisi Operasi Obesiti

Menerusi definisi operasi pula, obesiti merupakan suatu masalah kegemukan.

Penghidap obesiti selalunya mempunyai berat badan yang tidak bersesuaian dengan
16

tinggi mereka. Oleh kerana mereka terlalu gemuk, mereka cenderung untuk

memiliki ‘self-esteem’yang lemah apabila bertemu dengan orang sekeliling mereka.

Mereka juga akan selalu merasa rendah diri, tidak selesa dan malu dengan bentuk

badan mereka jika dibandingkan dengan orang lain yang tidak menghadapi masalah

kegemukkan seperti mereka.

Ukuran ketinggian dan berat badan seseorang individu dalam kilogram

diambil. Kemudian mereka menggunakan maklumat tersebut untuk mencari Indeks

Jisim Badan seseorang itu dikira obesiti sekiranya Indeks Jisim Badan ini mencapai

atau melebihi 25kg / m² mengikut Jadual Klasifikasi Indeks Jisim Badan bagi

penduduk Asia. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan perkataan obesiti bagi

murid yang melebihi 25kg / m² .Indeks Jisim Badan (IJB) merupakan satu teknik

pengukuran menggunakan nisbah berat dan tinggi untuk mengukur komposisi

badan.

1.10 Pendekatan Teori

Dalam pendekatan teori yang dikemukan ini adalah berkaitan dengan pemakanan

dan kesihatan yang dialami oleh seseorang individu. Ini adalah kerana kerentanan

amatan(perceived susceptibility) ialah seseorang akan bersedia untuk bertindak

sekiranya mereka percaya bahawa mereka berpotensi untuk mendapat penyakit

tersebut. Ia juga merupakan satu tafsiran atau kepercayaan individu untuk


17

berpeluang dan berisiko mendapat sesuatu penyakit (Marshall H.Becker et,al. 2010).

Dalam kata lain, kepercayaan atau kecenderungan seseorang tentang kemungkinan

mudah untuk mendapat penyakit tertentu dan percaya bahawa masalah ini boleh

berlaku kepada individu tersebut. Dalam satu kajian didapati tingkah laku individu

untuk mengambil makanan sihat dipengaruhi oleh faktor kerentanan. Dimana

individu itu percaya bahawa adalah penting untuk mengambil makanan sihat dalam

kehidupan seharian (Sameer Deshpande et al,2009).

Dalam satu kajian lain, individu cenderung menunjukkan tingkah laku untuk

menurunkan berat badan melalui senaman, pengambilan diet seimbang kerana

mereka percaya sekiranya berat badan berlebihan akanmenyebabkan mereka

menjadi obesitt dan mendatangkan penyakit yang berkaitan dengan obesiti (Dong-

Yean Park, 2011). Individu akan melakukan tingkah laku tertentu sekiranya dia

percaya bahawa masalah itu boleh berlaku kepada dirinya dan jika mereka berfikir

bahawa tidak boleh mendapat penyakit atau mempunyai masalah tertentu, mereka

tidak akan mengambil tindakan untuk mengelak daripada masalah itu.

Selain itu, faktor demografi terdiri daripada umur,jantina,agama,etnik,

pengetahuan dan sebagainya. Mengikut teori ini faktor demografi boleh

mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Sebagai contoh tingkah laku

pengambilan makanan sihat adalah berbeza diantara lelaki dan perempuan. Ini

disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Sameer Deshpande, Michael D. Basil dan

Debra Z. Basil (2009) yang menunjukkan perbezaan pengambilan makanan yang


18

sihat adalah berbeza antara lelaki dan perempuan dimana perempuan lebih berhati-

hati dalam tingkah laku pengambilan makanan sihat berbanding lelaki.

Tanda tindakan ialah sebarang tanda yang ada juga mempengaruhi seseorang

untuk bertindak. Tanda seperti poster, iklan-iklan yang ditayangkan pada media dan

juga label keselamatan dan pembungkusan makanan dipercayai berupaya

mempengaruhi individu untuk bertindak mengamalkan tingkah laku yang baik.

Dalam kata lain, ia merupakan sumber informasi yang boleh mencetus kesediaan

dan mempengaruhi individu untuk mengubah tingkah laku dengan lebih baik

melalui pengaruh media, tanda visual dan komunikasi dengan orang lain. Merujuk

kepada Health Belief Model (1988) menyatakan bahawa tanda tindakan akan

mempengaruhi tingkah laku. Tanda tindakan adalah merupakan acara, individu atau

benda yang boleh mengubah tingkah laku seseorang sebagai contoh apabila individu

melihat penyakit yang dihidapi keluarga, laporan daripada media, kempen daripada

media massa, nasihat daripada orang lain ataupun tanda amaran pada label produk

(Ali,2002). Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Diane K.Daddario(2007)

menyatakan bahawa seseorang yang menonton program televisyen mengenai

obesiti, mempunyai ahli keluarga atau kawan rapat yang gemuk memberikan

perasaan yang mengerikan kepada individu tersebut berkeupayaan untuk

melaksanakan tingkah laku yang sihat.

Secara keseluruhannya didapati bahawa pemboleh ubah yang digunakan

berdasarkan ‘Health Belief Model’ memberi kesan yang baik di mana ia telah
19

menunjukkan perubahan yang baik berkaitan dengan tingkah laku dalam aspek

kesihatan. Ini memberi makna bahawa individu itu boleh berubah mengikut tingkah

laku yang sepatutnya sekiranya elemen seperti kerentanan, faedah, halangan dan

tanda tindakan diberikan penekanan. Oleh itu kita boleh menggunakan model ini

untuk diaplikasikan kepada murid sekolah untuk mengetahui tingkah laku kesihatan

mereka. Ini kerana peningkatan obesiti di kalangan remaja semakin meningkat

disamping gejala penyakit lain seperti diabetes dan obesiti. Kita boleh membuat

kajian menggunakan “health belief model’’ untuk mengetahui apakah pengaruh

yang boleh mengubah tingkah laku masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup

sihat.

1.11 Kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Tami.A (2009) terhadap masyarakat tentang gaya

pemakanan yang terdiri daripada gaya pemakanan sihat dan tidak sihat bagi

mengkaji pengetahuan kesedaran masyarakat tentang kesihatan individu dan

masalah obesiti yang menujukkan bahawa masyarakat mempunyai pengetahuan

yang berkaitan dengan kepentingan makanan sihat bagi mereka tetapi pengetahuan

mereka tidak diamalkan dalam membuat pemilihan makanan berkhasiat.


20

Kajian yang dijalankan oleh Alice Phelgona (2009) di mana pengetahuan

yang rendah berkaitan dengan keperluan hidangan harian telah menyebabkan

obesiti tinggi dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Manakala kajian yang dijalankan oleh Norafidah et.al (2013) mendapati

bahawa peratusan golongan wanita menghadapi masalah obesiti adalah lebih tinggi

berbanding lelaki.

Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Nazatul Hidayah b.Ilias,

(2008) Kajian yang dilakukan oleh beliau adalah sesi temu bual semi struktur dan

temu bual dalam borang soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji sendiri.

Borang selidik yang disediakan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A

(demografi) dan Bahagian B dan terdiri daripada soalan yang mengkaji faktor yang

mempengaruhi obesiti, faktor pemakanan dan faktor keturunan. Kajian ini adalah

seramai 50 orang responden yang tinggal di Kota Samahan. Hasil kajian yang telah

dikaji menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa faktor obesiti

mempengaruhi faktor pemakanan.

Berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Sarah (2011), bertujuan untuk

mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat dalam

kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik di Daerah Johor Bahru. Faktor

pemilihan makanan yang dikaji merangkumi faktor pengetahuan, faktor kesihatan,

faktor emosi, faktor kewangan, faktor pengiklanan dan faktor aktiviti fizikal. Kajian

ini melibatkan seramai 242 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah
21

Menengah Teknik Perdagangan dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah soal selidik.

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS version 15.0 untuk

mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Berdasarkan hasil penyelidikan,

didapati kesemua faktor mempengaruhi pelajar pada tahap sederhana dalam

melakukan pemilihan makanan sihat di sekolah. Oleh yang demikian, adalah

diharapkan penyelidikan ini dapat meningkatkan kesedaran pihak yang

berkepentingan seperti ibubapa, pentadbir sekolah, Kementerian Pendidikan dan

Kementerian Kesihatan untuk membimbing pelajar dalam memilih makanan sihat.

Hasil penyelidikan ini juga telah menggariskan beberapa cadangan untuk

memperbaiki lagi fokus penyelidikan ini pada masa akan datang.

1.12 Kesimpulan

Di dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan skop yang ingin dikaji meliputi gaya

pemakanan dan obesiti dalam kalangan masyarakat. Penyelidikan ini berasaskan

pendahuluan, latar belakang kajian,permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif

kajian, hipotesis kajian,kepentingan kajian dan batasan kajian. Berdasarkan

penyelidikan kajian yang telah dibuat dalambabini secara tersusun dan sistematik,

dapat diharapkan hasil kajian yang telah dibuat ini akan memperolehi serta

menggunakan pendekatan teori yang sesuai dengan tajuk kajian yang ingin dikaji.
22

Kaedah untuk menyempurnakan kajian ini akan dijelaskan dengan lebih teperinci

dalam bab seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai