Anda di halaman 1dari 2

Tujuan PIBG

Seperti dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 adalah

1. untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan


kemajuan murid–murid dalam sekolah dalam menigkatkan imej sekolah;

2. untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak


dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka;

3. untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar- tukar fikiran
dan maklumat mengenai pendidikan;

4. untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding
antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak
mereka pada amnya; dan

5. untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha
menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi
tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi PIBG

Ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan
persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;

1. membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan


murid;
2. menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan
kemudahan di sekolah;
3. meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan
antara sekolah dengan masyarakat setempat;
4. meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana
yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
PIBG : ORGAN PENTING SEKOLAH
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada
sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah. Fungsi dan
tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah
meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti
pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta
bertaraf dunia. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan
di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan
permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam
usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran
murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat
(school-home-community partnership). Disamping itu, PIBG juga
mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana,
kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid
dan guru-guru di sekolah berkenaan.Ia bukan sahaja sebagai entiti
yang penting kepada institusi sekolah malah ia menjadi wadah
penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan
pendidikan bersama.

Anda mungkin juga menyukai