Anda di halaman 1dari 11

DEFINASI DAN

KONSEP
PENDIDIKAN
DEFINASI DAN KONSEP
PENDIDIKAN
•Apakah yang anda
faham mengenai
pendidikan?
DEFINASI DAN KONSEP
PENDIDIKAN
• Pelbagai takrifan mengenai pendidikan.
• Pengertian pendidikan berlainan dan berubah mengikut tujuan,
tugas dan tempat.
• Education : berasal dari perkataan Latin ‘educare’ iaitu memelihara
dan mengasuh anak.
• John Dewey : Satu proses pertumbuhan dan perkembangan.
Satu usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan
pengetahuan semula jadi yang ada pada seseorang individu.

• James Mill: Satu proses memberi pertolongan maksimum kepada


setiap anggota sesuatu masyarakat supaya hidup dengan penuh
keselesaan dan kegembiraan.
DEFINASI DAN KONSEP
PENDIDIKAN
• W.F Connell : Pendidikan merangkumi 3 aspek
1. Individu : melahirkan individu yang dapat mengawal
persekitaran melalui proses memperoleh pengalaman dan
kemahiran. Ia melibatkan penyusunan idea, membuat analisis
dan mempunyai sikap positif dan keobjektifan saintifik.
2. Kebudayaan : memelihara tradisi hidup serta memperkaya dan
memperhalusi kebudayaan.
3. Masyarakat : memahami asas hidup bermasyarakat,
bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat dan
memberi sumbangan terhadap pembentukan semula
masyarakat.
• Plato : Pendidikan merujuk kepada pembentukan akhlak mulia dan
pendidikan bertujuan untuk memberi latihan untuk membentuk
warganegara yang baik serta setia.
DEFINASI DAN KONSEP
PENDIDIKAN
• Ki Hajar Dewantara : Pendidikan suatu usaha untuk memajukan diri
sendiri dari segi budi pekerti , fikiran dan jasmani bagi
membolehkan seseorang individu mendapat kehidupan yang
sempurna.
• John MacDonald : Melalui bukunya A Philosophy of Education,
beliau membandingkan pendidikan masyarakat primitif dan
masyarakat moden.

• Masyarakat primitif : pendidikan dianggap sebagai latihan


vokasional iaitu mereka diajar cara menggunakan alat-alat serta
senjata kuno, cara menangkap ikan dan mempertahankan diri dan
mengekalkan ekonomi kumpulan, adat resam, kepercayaan dan cara
beribadat.

• Masyarakat Moden : lebih fokus kepada pendidikan yang diajar


secara terancang iaitu terdapat guru yang mempunyai kelayakan
dalam bidang yang spesifik untuk mencurahkan ilmu pengetahuan.
• Jelaskan definasi dan konsep
pendidikan menurut pendapat /
pandangan pengkaji selain dari
kenyataan dan penerangan tadi.
KONSEP PENDIDIKAN DARI
PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT
• Menurut Perspektif Islam :
Pendidikan satu proses berterusan untuk merubah, melatih dan
mendidik akal, jasmani dan rohani manusia dengan berasaskan
nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan
yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah untuk kejayaan
dunia akhirat.

Ilmu menurut perspektif Islam bukan hanya mempelajari masalah


keagamaan sahaja tetapi melibatkan pengetahuan umum dan ada
keseimbangan antara satu sama lain.

Memupuk seluruh potensi manusia dari segi JERIS yang bersepadu


dan seimbang ke arah pembentukan insan yang soleh bagi kebaikan
dunia akhirat.
• Mohammad Qatb : Pendidikan adalah proses membentuk
manusia secara menyeluruh dan seimbang dengan tujuan
utama pendidikan ialah perkembangan JERIS ke tahap
kesempurnaan.

• Imam Al-Ghazali : Proses pendidikan harus merangkumi aspek


latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani
dan hormat-menghormati.

• Al-Tamimi (1985) : satu proses yang mampu memperbaiki


kehidupan dan mewujudkan keseimbangan peribadi
seseorang insan. Keimanan, akhlak dan Ilmu dikatakan asas
untuk mendapatkan kejayaan dan kemenangan dalam
kehidupan.
• Pendidikan dari perspektif Islam memberi fokus kepada :
1. Berasaskan Ajaran Al-Quran.
2. Keesaan Tuhan (Tauhid)
3. Kepercayaan pesuruh-pesuruh Allah
4. Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Allah
5. Manusia ada potensi dalam perkembagan moral
dan kerohanian
6. Setiap individu bertanggungjawab terhadap
tindakan sendiri
7. Kehidupan dunia dan akhirat
8. Persamaan persaudaraan semua umat Islam
9. Usaha memperbaiki diri
10. Beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, beramal
11. Menyatupadukan pendidikan ilmu dunia dan ilmu akhirat
PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN BARAT

 Berdasarkan Al-Quran dan As- Berdasarkan fahaman akal, pendapat


Sunnah idea dan ideologi
 Bertuhankan Allah pada setiap Bertuhankan akal, nafsu dan dunia.
masa dan tempat
 Berteraskan jasmani dan rohani Berteraskan jasmani (kebendaaan)

 Melahirkan masyarakat yang


berhemah tinggi dan berakhlak
mulian( iman dan taat)
 Melahirkan insan yang bertakwa
dan berkualiti
Ciri-ciri Pendidikan
• Proses berterusan
• Proses perkembangan sahsiah
• Aktiviti bersepadu, individu dan sosial , dunia dan akhirat
• Melibatkan persekolahan formal, pembelajaran formal dan
tidak formal
• Pendidikan adalah proses latihan

Anda mungkin juga menyukai