Anda di halaman 1dari 5

1 TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri bagi perolehan perkakasan
komputer Riba, LCD, Skrin dan Peralatan yang berkaitan bagi kegunaan khutbah multimedia di semua
Masjid Kerajaan dan Terpilih Negeri Terengganu bagi Tahun 2006. Peruntukan yang dipohon adalah
sebanyak RM 1,580,280.00 termasuk kursus dan bengkel yang berkaitan pengendalian dan penggunaan
Khutbah multimedia.

2. LATARBELAKANG .

2.1. Mendengar khutbah adalah kemestian dan syarat sah serta kemuncak kepada solat Jumaat.
Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, bercakap-cakap atau
bergurau, dia tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh khatib. Lebih malang lagi, solat
Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna, langsung tidak mendapat pahala.

2.2. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengorak langkah kedepan dengan menyediakan
paparan isi teks khutbah dalam bentuk multimedia yang pertama di Malaysia. Teknik baru ini
bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat dan multimedia. Justeru itu gabungan dua
elemen media pendengaran ( Teks khutbah dibaca oleh khatib) dan elemen visual ( paparan slide )
menjadikan penyampaian khutbah menjadi lebih efisen dan dapat menarik perhatian jemaah untuk
menghayati khutbah.

2.3. Secara tradisional penyampaian khutbah hanya cukup sekadar menerangkannya secara lisan,
masyarakat kini perlu didedahkan dengan minda teknologi. Islam sendiri mementingkan pembaharuan
atau pemodenan tanpa mengetepikan tuntutan dan landasan agama. Penyampaian khutbah Jumaat
melalui evolusi baru ini akan dapat menambah rencah bagi menarik minat jemaah. Pendekatan khutbah
multimedia adalah sebahagian usaha pentadbiran Agama Negeri melaksanakan konsep Islam Hadhari,
Terengganu Bestari.

3. OBJEKTIF

3.1. Melaksanakan pengurusan pentadbiran masjid yang lebih kemas dan efisien.
3.2. Menambahkan lagi kemahiran dalam bidang penggunaan komputer.

3.3. Meluaskan peranan Masjid melalui penggunaan system yang sistematik.

3.4. Meningkatkan mutu perkhidmatan masjid dan ia bakal menaikkan imej masjid menjadi satu
institusi yang lebih disegani.

3.5 Mendedahkan masyarakat kepada minda teknolgi.

4. JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN

4.1. Khutbah multimedia disampaikan oleh khatib bertugas dan seorang petugas mengendalikan
komputer Riba.

4.2. Paparan Slaid dihasilkan menggunakan program Powerpoint.

4.3. Slaid dipancar ke layar menggunakan LCD dan Skrin pada dinding.

4.4. TV Plasma digunakan untuk kemudahan ahli Jumaat di Saf hadapan.

5. CADANGAN PEROLEHAN DAN ANGGARAN PERUNTUKAN

5.1. Bagi memperlengkapkan Program Khutbah Multimedia di semua Masjid Kerajaan dan Masjid
Terpilih bagi perolehan perkakasan Komputer tahun 2006 adalah seperti berikut :-

BIL PERKAKASAN BILANGAN UNIT ANGGARAN ANGGARAN KOS


HARGA SEUNIT (RM)
(RM)

1 Komputer riba 52 3,800.00 197.600.00

2 LCD Projektor 104 9,700.00 1,008,800.00

3 Plasma TV 42” 3 14,000.00 42,000.00


4 Layar 104 1,600.00 166,400.00

5 Cable 104 600.00 62,400.00

6 Braket 104 800.00 83,200.00

JUMLAH 1,560,400.00

5.2. Peruntukan ini dicadangkan disalurkan melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

6. KURSUS DAN BENGKEL

Memandangkan program khutbah multimedia akan melibatkan sebilangan besar pegawai dan
kakitangan masjid yang terpilih, maka keperluan kursus penghasilan teks khutbah multimedia dan
bengkel pengendalian peralatan perlu dibuat bagi membolehkan mereka mahir dalam mengendalikan
peralatan tersebut dengan baik.

Adalah dicadangkan kursus dan bengkel tersebut akan dilaksanakan mengikut daerah masing-masing.
Bagi permulaan, tahun 2006 dicadangkan sebanyak 13 siri bengkel akan dilaksanakan bagi tujuh daerah.

6.1 Implikasi Kewangan

6.1.1 Perkakasan = RM 1,560,400.00

6.1.2 Bengkel Penggunaan peralatan


Penceramah :RM120.00 x 6 jam x 13 siri = RM 9,360.00

Fasilitator :RM 80.00 x 6 jam x 13 siri = RM 6,240.00

Makan/Minum :RM15.00 x 20 orang x 1hari x 13 siri = RM 3,900.00

Urusetia :RM30.00 x 1 orang x 1 hari x13 siri = RM 380.00

Jumlah = RM 19,880.00

Jumlah Besar

KOS PERKAKASAN + KOS BENGKEL = RM 1,580,280.00

7. JAWATANKUASA KURSUS/BENGKEL

1. KPP Pentadbiran dan Kewangan

2. KPP Dakwah

3. PP Pembangunan

4. Pegawai ICT JHEAT

5. Pegawai Agama Daerah

8. PENUTUP
Memandangkan kepada perkembangan dan pengetahuan di zaman yang serba maju ini, peralatan yang
canggih amat diperlukan bagi melakukan sesuatu kerja/pengurusan sama ada dalam mengurus dan
mendapat maklumat secara elektronik. Adalah diharapkan pentadbiran dan perkhidmatan Jabatan Hal
Ehwal Agama Terengganu akan lebih cekap dan produktif demi memartabatkan agensi-agensi yang
berkaitan dengan agama. Di samping menonjolkan kecekapan, ia juga dapat menunjukkan kepada
umum bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar kemajuan dan teknologi tetapi
semestinya dengan cara dan pendekatan secara Islam. Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
memohon peruntukan sebanyak RM 1,580,280.00 ( Satu Juta Lima Ratus Lapan Puluh Ribu Dua Ratus
Lapan Puluh ) bagi membeli dan melengkapkan peralatan komputer Riba LCD, Skrin dan peralatan yang
berkaitan dengannya bagi Khutbah Multimedia.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai