Anda di halaman 1dari 5

Dalam melengkapkan semua mata pelajaran yang kita telah pelajari, kita haruslah

membuat nota ringkas untuk memantapkan lagi daya ingatan kita.

Jika hanya membaca dan menghafal sesuatu fakta, mungkin otak kita lambat untuk
mengingatkan kembali ketika menjawab peperiksaan.

Daripada nota ringkas dan menarik, ia akan memperkuatkan lagi daya ingatan kita
tentang sesuatu tajuk yang kita pelajari.

++

Sebagai calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSR, kamu tidak
seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran.

Persediaan awal perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah
mula membuat nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai
sumber untuk tujuan ulang kaji.

Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku rujukan, perbincangan
berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita mengambil isi-isi
penting untuk diingat atau difahami.

Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu?

Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota � yang kita tulis sendiri, kita
sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota
sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang
peperiksaan saja.

Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM.

Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke


Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan
Pentadbiran.

Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran
yang telah diambilnya.

Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu
mengikuti jejak langkahnya, ayuh � jangan bertangguh � mulakan dari sekarang. Mari
ikut teknik Fazley.

LANGKAH PERTAMA

Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang


highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil.

Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu.
Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu.

LANGKAH KEDUA

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata
penting diwarnakan.

Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah mengikut
bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham, kemudian
baru buat nota.

LANGKAH KETIGA

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

LANGKAH KEEMPAT

Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua
bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum
itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain.
Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat
meningkatkan tahap ingatan.

LANGKAH KELIMA

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara
yang penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya
fikiran kamu tidak keliru.

Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama
untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting � warna merah, nama tokoh � warna
biru.

LANGKAH KEENAM

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk
meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.

LANGKAH KETUJUH

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu
mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang ,
silalah baca .

Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan


pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan.

Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley
berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian
yang betul secara sistematik.

Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah
yang baik.
Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya,
ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca nota
kecil itu. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat
tanpa menunggu hari peperiksaan.

Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri.

Sebenarnya, ada banyak lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu.

Belajar awal dan membuat nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin
pada kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia
untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan.

Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran
yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu.

PETA MINDA

Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah
ini lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci.

Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah biasa kerana kita dapat
menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan.

Di samping itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala
makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.

Melalui peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu
seoalah-olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri.

Segala maklumat yang kamu susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan
secara tepat dan mudah difahami.

PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA

Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam)
, duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan
yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk ,
kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta
Baca keseluruhan teks dengan laju
Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
Bina peta minda

KAEDAH MEMBUAT PETA MINDA


Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan
berbeza supaya lebih menarik
Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili
tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah
mengingatinya
Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya
dengan cara melebar ke tepi
Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut .
Gunakan simbol
Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna
yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu
gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini

NOTA ISTILAH

Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau


formula di atas kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan
untuk mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat .

KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH

Baca topik dengan teliti


Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras
dan pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan
perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & .

Lihat contoh

Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)

Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)

1 . Zaman Paleolitik

Manusia hidup berpindah-randah � dlm kelompok yg kecil


Mencari sumber makanan � tumbuhan liar
Memburu binatang � dimkn
Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat
Tinggal � di dlm gua � di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
Peralatan harian � diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH

Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik
yang dipelajari. Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang
diulang kaji .

Gambar rajah atau carta penting, bolehlah kamu salin daripada nota , buku teks atau
buku rujukan.

Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik . Kamu
bebas untuk memilih bentuk gambar rajah .

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam)
, duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan
yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk ,
kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .

Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu
harus bertanya kepada guru. Jadi, kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak
faham tentang sesuatu fakta .

Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak
penting.

Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan
dalam proses pembelajaran .

Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh
selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal
dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula.

Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan
sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai