Anda di halaman 1dari 3

KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA

SEMAKIN SERIUS- SISTEM


PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN
Posted on 21/11/2007 by terasmelayu
2
Forum
21 hb November 2004
Mendapat berita seorang kanak-kanak di bunuh kejam sudah cukup menghibakan
disamping menimbulkan rasa marah yang teramat sangat. Namun mendengar seorang
kanak-kanak membunuh diri kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan dalam
sebuah sistem pendidikan yang kita cuba banggakan di Negara ini lebih melukakan
kita.
Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang
setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi
gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil
jiwanya. Mengikut pakar psaikologi , sememangnya sakit jiwa dan mental di Negara ini
bagaikan bom jangka.
Kes bunuh diri seorang kanak-kanak beberapa hari yang lalu sepatutnya
membangkitkan rasa insaf dan menyedari betapa seriusnya keperluan untuk kita menilai
semula sistem penilaian kecemerlangan dalam pendidikan kita yang ada.
Mungkin tidak dapat
diterima ini disebabkan
kelemahan keseluruhan
sistem pendidikan
kita yang ada , akan tetapi
kita tidak dapat
mengelakkan dari
menerima hakikat bahawa
ada aspek yang asas yang
perlu dilihat secara
kritikal . Iaitu bagaimana
sistem pembelajaran dan
pengajaran boleh memberi
kesan psaikologi yang
mendalam kepada
perasaaan seorang kanak-
kanak.
Tidak dapat dinafikan
kanak-kanak sekarang berada dalam sebuah sistem dan kondisi pembelajaran yang
jauh lebih berat dari zaman pra-merdeka. Jika sebelumnya , belajar bukan suatu
bebanan tetapi kini ia semacam sama berat dengan tangungjawab yang dihadapi oleh
guru dan ibubapa.
Kepelbagaian mata pelajaran , sistem penilaian dan peperiksaan , persaingan dan
tekanan masa belajar telah menyumbangkan kepada bebanan yang sangat berat
kepada pendidikan , bukan sahaja kepada kanak-kanak , namun juga kepada guru dan
ibubapa..
Ditambah dengan nilai dan budaya hidup yang dilingkungi dengan kedaan yang serba
bersaing dan harapan ibubapa dan guru yang sangat tinggi untuk berjaya dalam
kehidupan ,menyebabkan emosi dan minda kanak-kanak sentiasa terbeban dengan
tekanan yang tidak mudah dikendali.
Menteri Pelajaran , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein On dalam kenyataannya
menyebut bahawa pihak kementerian tidak boleh berbuat apa-apa ababila
ibubapa dan kanak-kanak masih memberi keutamaan kepada prestasi akademik. Akan
tetapi kami memeprsoalkan bukankah hal yang sama juga ada pada penilaian sesebuah
sekolah dan guru-guru. Penilaian yang sering ditonjolkan ialah prestasi akademik
sebagai imej yang paling utama diukur.
Kecemerlangan akademik setelah didedahkan dalam pengumuman sesebuah
keputusan peperiksaan awam seperti UPSR , PMR dan SPM sering memberi gambaran
betapa kecemerlangan akademik itulah yang terus disanjung. Sekolah , guru , ibubapa
dan pelajar yang ditonjolkan dalam media tidak dapat mengelakkan kesan bukan
sahaja dalam bentuk ransangan kepada pelajar yang kurang berjaya akan tetpai juga
kekecewaan yang mendalam bagi mereka yang gagal memenuhi harapan
ibubapa..
Lantaran itu nlai dan pertimbangan terhadap akeademik mahu tidak mahu mahu
menimbulkan tekanan yang berakhir dengan tragedi seperti berita yang menyahat hati
ini.
Kami berpandangan selagi dasar kita dalam memberi pendidikan yang benar-benar
bersifat sepadu dan seimbang yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Negara , selagi itulah kesan negatif akan timbul. Belajar bukan kerana mencintai ilmu
dan membentuk sahasiah serta menjadi insan berguna tetapi belajar kerana dikat
dengan pepemeriksaan.
Kita perlu berusaha menyelesaikan isu tekanan psaikolagi ini dalam dunia pendidikan
Negara. Kami menyarankan beberapa syor untuk diertimbangkan:
1. Sistem pengajaran berasaskan realiti perlu digubal iaitu setiap matapelajaran diajar
mengikut realiti yang dapat dikaitkan dengan matapelajaran. Dengan yang demikian
pelajar tidak akan merasa bosan dengan hanya belajar utnuk peperiksaan.
2. Aktiviti ko-kurikulum perlu diperkukuhkan supaya ia benar-benar dapat membantu
pelajar dengan mata pelajaran yang dipelajari.
3. Pelajar harus diberi ruang untuk memilih dari awal matapelajaran yang benar-benar
diminati disamping matapelajaran wajib yang perlu dipelajari.
4. Sistem peperiksaan diubahsuai supaya maksud peperiksaan bukan sebuah tekanan
yang memerangkap pelajar dengan soalan-soalan yang mendera tetapi adalah
mengujikemahiran pelajar untuk mencari jawapan yang terbaik dalam keupayaan
berfikir dan membuat rujukan.
5. Sistem pengredan atau pemarkahan tidak harus hanya diberi kepada jawapan yang
betul tetapi kepada keupayaan pelajar berusaha untuk merumuskan cara mendapat
jawapan.yang betul.
6. Semua pelajaran perlu diajar dengan kaedah yang paling menyeronokan dan
merangsang pelajar untuk mencari maklumat sebanyak mungkin.
7. Kaedah pengajaran yang terlalu terikat dengan kurikulum perlu dilongarkan supaya
guru dapat mengajar mengikut keupayaan dan minat pelajar.
8. Sistem kaunseling untuk pelajar yang menghadapi masalah untuk mengikuti pelajaran
perlu menumpu kepada menyuburkan rasa minat belajar dan mencari lmu dimana
sahaja yangtidak semestinya hanya daalam bilik darjah.
9. Setiap guru perlu menghayati erti Falsafah Pendidikan Negara sepenuhnya agar
dapat mengajar dengan jiwa yang lebih murni dan tenang demi memberi keutamaan
kepada pembentukan sahsiah pelajar yang seimbang dan menyeluruh.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Prseiden TERAS
Merbok ,Kedah

Anda mungkin juga menyukai