Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN

Telefon / Faks : 07-6873076 PARIT PATAH


KAMPUNG PARIT PATAH,
Email : sk_parit_patah@yahoo.com.my
82000 PONTIAN,
JOHOR DARUL TAKZIM.
KOD SEKOLAH : JBA 6023

Kepada,
Semua ibubapa murid Tahun 6,
SK Parit Patah,
82000 Pontian, Johor.

Tuan/Puan,

SURAT EDARAN MAKLUMAN PELAKSANAAN KELAS TAMBAHAN BAGI MURID


TAHUN 6 2019

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan kelas tambahan bagi
murid Tahun 6 sesi 2019 mengikut ketetapan berikut.

Hari Masa
Ahad, Isnin, Selasa 1 petang - 2.00 petang
Jumaat 7.40 pagi - 12.00 tengahari

3. Kelas tambahan ini diadakan bertujuan membantu murid meningkatkan prestasi


mereka dalam pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2019.

4. Kehadiran adalah diwajibkan bagi setiap murid bagi membantu meningkatkan


kecemerlangan akademik mereka seterusnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
dalam UPSR 2019.

5. Pihak sekolah amat berharap agar tuan dapat menghantar anak-anak tuan/puan
supaya hadir ke kelas tambahan tersebut. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang
masalah,sila berhubung terus dengan Pn Nurfarhana (016-7994534), guru penyelaras Tahun
6 2019.

6. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini sesungguhnya dihargai dan
dibanggai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,,

........................................................
(PN. ZARINA BT SIDIK)
Guru Besar,
SK Parit Patah,
Pontian, Johor.

Anda mungkin juga menyukai