Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN PROJEK MINGGU ALAM SEKITAR

NAMA PELAJAR :

GRACE QUAH

PROGRAM :

PISMP SEM 2 TAHUN 4 PENDIDIKAN PEMULIHAN KUMPULAN 2

NAMA SEKOLAH :

SJK ( C ) CHONG HWA SRI GADING

NAMA PROJEK/ AKTIVITI :

“Alam Sekitar Memerlukan Anda”

TEMPOH PELAKSANAAN :

Satu Minggu

MATLAMAT :

 Membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar
 Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk menjaga alam
sekitar
 Berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian
isu-isu alam sekitar.
OBJEKTIF :

Objektif pelaksanaan Minggu Alam Sekitar adalah untuk melatih pelajar agar :

I. Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan
dengannya.
II. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam
sekitar dan masalahnya.
III. Memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan
bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar.
IV. Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan
menggunakan sumber-sumber semula jadi yang ada secara terancang.
V. Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar
dan penyelesaiannya.
VI. Berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar.

STRATEGI PELAKSANAAN :

Pendidikan Lestari Alam Sekitar merupakan satu proses yang bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran murid dalam membentuk nilai
dan sikap positif terhadap alam sekitar. Menurut Noraziah dan Latipah (2010),
pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan pembangunan mapan dan
memperbaiki keupayaan manusia dalam menangani isu-isu alam sekitar dan
pembangunan. Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu subjek yang mula diberi
perhatian dalam tahun 1970an. Untuk menjayakan usaha menjaga alam sekitar
melalui pendidikan, kerajaan kita juga memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam
isu hangat ini. Dalam negara kita, subjek ini telah diperkenalkan secara rasmi pada
tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar yang
merentas kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah. Bagi peringkat prasekolah
pula, buku panduan tersebut telah diterbitkan pada tahun 2005.

Pendidikan alam sekitar merupakan satu bidang kajian tentang interaksi


manusia dengan alam sekitar serta cara manusia mengurus alam sekitar dengan
penuh tanggungjawab demi kesejahteraan manusia (KPM, 2001). Matlamat
pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membentuk murid yang lebih
peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Melalui amalan dan aktiviti yang telah
dilaksanakan, murid-murid juga dapat memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan
komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah
penyelesaian isu-isu alam. Di samping itu, dengan melibatkan diri dalam program dan
projek yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar, guru boleh menjadi teladan
yang baik kepada generasi muda.

Pada minggu alam sekitar, kami telah mengadakan pelbagai aktiviti yang
mengenai alam sekitar yang bertemakan “Alam Sekitar Memerlukan Anda”. Antara
aktiviti yang telah diadakan ialah ceramah, pertandingan mewarna dan melukis,
program kitar semula dan aktiviti gotong-royong. Aktiviti yang telah dianjurkan
bertujuan untuk menjadikan persekitaran SJK (C) Chong Hwa Sri Gading lebih cantik
dan bebas daripada kekotoran. Selain itu, semua warga sekolah terutamanya murid
telah menjadi lebih menghargai alam semula jadi yang wujud dalam sekolah dan
menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Penglibatan guru dan pelajar dalam
menjayakan aktiviti mengumpul semula bahan kitar juga memberi kesempatan
kepada warga sekolah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada bumi semasa
melaksanakan aktiviti mesra alam.

Secara rumusnya, Zuhair Azuar (2015) menyatakan bahawa usaha menjaga


alam sekitar boleh diumpamakan sebagai menjaga kelangsungan bagi generasi akan
datang. Dengan ini, kita sebagai pendidik bagi generasi muda ini haruslah mendidik
mereka untuk menjaga bumi tercinta ini seawal usia lagi. Melalui projek “Minggu Alam
Sekitar” ini, kita dapat mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selain melestarikan alam
sekitar ini.
REFLEKSI:

Perancangan

Pada 15 Januari 2019, pensyarah kami, Encik Ahmad Shukri telah memberi taklimat
dan mengagihkan kerja kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS 3013) kepada
kami. Tugasan ketiga bagi kerja kursus ini adalah merancang dan menjalankan aktiviti
yang berkaitan dengan Pendidikan Alam Sekitar semasa menjalani internship kita.
Tujuan kita menjalankan projek ini adalah untuk meningkatkan kesedaran warga
sekolah terhadap usaha menjaga dan melestarikan alam sekitar.

Selepas mendapat tugasan kerja kursus, saya telah melakukan perbincangan


dengan rakan sebaya saya untuk memilih dan merancang aktiviti yang bersesuaian.
Hasil perbincangan kami adalah kami telah mencapai kata sepakat untuk
mengadakan ‘Minggu Alam Sekitar’. Kami telah memulakan projek ini dengan menulis
kertas kerja dan menetapkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam minggu alam
sekitar ini. Dalam proses merancang dan menulis kertas kerja, kami juga mendapat
nasihat dan cadangan dari pelbagai pihak seperti pensyarah dan rakan sekelas.

Pada hari pertama internship , kami telah menghantar kertas kerja ini kepada
Guru Besar SJK (C) Chong Hwa Sri Gading untuk mendapat persetujuan daripadanya.
Beliau telah memberi sedikit cadangan penambahbaikan terhadap aktiviti-aktiviti yang
kami rancang dan kami telah membuat pindaan terhadap kertas kerja kami. Selain itu,
kami juga menjalankan perbincangan dan meminta pertolongan dari pihak sekolah
seperti Guru Penolong Kanan, guru-guru dan pekerja sekolah untuk memastikan
kelancaran aktiviti kami dalam minggu alam sekitar.
Pelaksanaan

Pada 24 Februari 2019, kami telah memulakan aktiviti ‘Minggu Alam Sekitar’
dengan mengadakan satu ceramah yang bertajuk “Kepentingan Kitar Semula”.
Ceramah ini diadakan semasa perhimpunan mingguan dijalankan. Saya sebagai
penceramah telah memberi ceramah tentang kesan pencemaran dan cara
mengasingkan sampah. Ceramah ini telah dijalankan selama 30 minit. Antara
kekuatan bagi aktiviti ini ialah ceramah ini telah berjaya meningkatkan tahap
kesedaran mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di kalangan warga
sekolah terutamanya murid Tahap Satu. Selain itu, murid-murid dapat memahami cara
untuk mengasingkan sampah dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.

Rajah 1: Penceramah sedang memberi Rajah 2: Guru pelatih memberi hadiah


ceramah tentang kepentingan menjaga alam kepada murid yang berjaya menjawab
sekitar. soalan dengan betul.

Walau bagaimanapun, kekangan dari segi masa telah menjadi salah satu
kekurangan bagi aktiviti ini. Hal ini demikian kerana aktiviti ini dijalankan semasa sesi
perhimpunan mingguan. Di samping itu, terdapat beberapa orang murid yang tidak
dapat menumpukan perhatian sewaktu sesi ceramah berlansung. Ini mungkin
disebabkan kawalan murid kurang baik oleh guru. Komunikasi yang bersifat sehala
juga menyebabkan kebosanan murid semasa sesi ceramah sedang dijalankan.

Pada hari yang kedua, kami telah mengadakan pertandingan mewarna dan
melukis yang bertemakan alam sekitar. Bagi murid Tahap Satu, pertandingan
mewarna ini diadakan di kelas 3M manakala bagi murid Tahap Dua, pertandingan
melukis poster diadakan di kelas 5M. Masa bagi pertandingan mewarna dan melukis
adalah selama sejam. Penilaian bagi pertandingan ini telah dilakukan oleh GPK dan
guru pelatih. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori dan setiap kategori
mempunyai pemenang bagi tempat pertama hingga tempat ketiga.

Rajah 3: Murid Tahap Satu sedang menjalani Rajah 4: Murid Tahap Dua sedang menjalani
pertandingan mewarna. pertandingan melukis poster.

Sepanjang aktiviti ini dijalankan, terdapat banyak kekuatan dan kelemahan


yang telah dikenal pasti. Selain mempertingkat kefahaman dan pengetahuan murid
tentang kepentingan menjaga alam sekitar, pertandingan ini juga dapat mencungkil
bakat seni dan kreativiti murid dalam pertandingan mewarna dan melukis. Namun,
terdapat juga sedikit kelemahan yang telah dikesan dalam aktiviti ini, antaranya ialah
kekurangan sumber kewangan. Kami telah mengalami masalah kewangan untuk
menyediakan piala dan hadiah yang menarik bagi pertandingan mewarna dan melukis.
Di samping itu, saya mendapati bahawa tempat pertandingan kurang selesa kerana
kelas tersebut agak sempit untuk memuatkan bilangan peserta yang ramai.

Program kitar semula telah dianjurkan pada hari Rabu dalam minggu alam
sekitar ini. Kami telah menyediakan tiga tong sampah kitar semula di dewan sekolah
pada awal pagi. Matlamat bagi aktiviti ini adalah untuk melibatkan semua murid dalam
usaha menjaga alam sekitar dan memupuk nilai tanggungjawab murid. Pada hari
tersebut, setiap murid dikehendaki membawa sekurang-kurangnya satu bahan kitar
semula dan menjalankan aktiviti mengasingkan bahan buangan kepada tiga jenis iaitu
tin dan besi, plastik dan kertas di sekolah.

Rajah 5&6: Murid-murid sedang memasukkan


bahan kitar semula ke dalam tong yang
bersesuaian.

Antara kekuatan yang telah dikesan dalam aktiviti ialah murid didapati sangat
aktif dalam aktiviti mengumpul semula sampah ini. Murid-murid juga memberikan
kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya program ini. Mereka dapat
memasukkan bahan kitar semula ke dalam tong yang betul mengikuti jenisnya.
Kelemahan yang didapati ialah kekurangan tenaga kerja. Kami mendapat bahawa
terdapat segelintir murid Tahap Satu masih mengelirukan bahan semula jadi yang
dimasukkan ke tong jingga dan tong perang. Oleh itu, kami telah menghadapi masalah
apabila kami perlu memberi pembetulan dan penerangan kepada murid Tahap Satu
semasa aktiviti berlangsung.

Program gotong-royong telah dijayakan pada 28 Februari 2019 bermula


pada pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Program gotong-royong adalah bertujuan
untuk menjaga kebersihan dan menceriakan kawasan sekolah. Murid dikehendaki
menyiram tanaman di kawasan sekolah dan membuat pembersihan di kawasan
sekolah dan bilik darjah masing-masing dalam aktiviti tersebut. Aktiviti ini dijalankan
di bawah bimbingan para guru. Dalam aktiviti ini, kami telah menyediakan hadiah
untuk kelas 3M kerana mereka telah mendapat anugerah sebagai kelas terbersih
dalam pertandingan kebersihan kelas.

Rajah 7: Murid sedang memungut sampah. Rajah 8: Murid sedang menyiram tanaman.

Secara keseluruhan, program gotong royong ini berjalan dengan baik.


Kekuatan bagi program ini ialah perjalanan program lancar dan tamat lebih awal dari
tentatif. Hal ini demikian kerana pengagihan tugasan diberikan secara sistematik dan
teratur. Seterusnya, melalui program gotong-royong ini, wujudnya keadaan saling
bertoleransi dan bekerjasama antara satu sama lain. Walaupun program gotong
royong ini berjaya dilaksanakan, terdapat kelemahan yang perlu diambil perhatian
iaitu kekurangan peralatan gotong-royong dengan nisbah pelajar. Ini telah
menyebabkan segelintir murid tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong.

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti ‘Minggu Alam Sekitar’ telah berjalan dengan


lancar dengan kerjasama semua pihak. Projek ini telah diakhiri dengan ucapan Guru
Besar dan juga jamuan ringkas. Guru pelatih telah berjaya memupuk sikap cintai alam
sekitar dan meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan murid-
murid di SJK (C) Chong Hwa Sri Gading.
Cadangan Penambahbaikan

Untuk memastikan kejayaan bagi ceramah tersebut, masa yang diperuntukkan


bagi ceramah tersebut haruslah sekurang-kurangnya sejam. Masa sesi ceramah yang
terlalu singkat akan menyebabkan murid tidak memahami isi yang disampaikan oleh
penceramah. Di samping itu, guru pelatih juga haruslah mengadakan aktiviti seperti
sesi soal jawab dan permainan kecil semasa sesi ceramah berlangsung. Hal ini
demikian kerana komunikasi yang bersifat sehala akan membosankan murid dan
menyebabkan mereka tidak dapat memberi perhatian dengan sepenuhnya.

Bagi pertandingan mewarna dan melukis, saya mencadangkan agar tempoh


masa pertandingan dipanjangkan agar murid Tahap Dua dapat menyiapkan lukisan
terus di sekolah. Untuk meningkatkan lagi sambutan dari murid, guru pelatih haruslah
meminta sumbangan yang lebih banyak dari pihak sekolah supaya dapat
menyediakan hadiah lumayan bagi pemenang-pemenang. Di samping itu, semua
hasil lukisan murid juga harus dipamerkan di kawasan sekolah supaya kesedaran
tentang kepentingan menjaga alam sekitar dapat ditingkatkan. Dengan
mempamerkan hasil lukisan murid, kreativiti dan kepuasan murid juga akan
ditingkatkan.

Usaha menganjurkan program kitar semula memerlukan kerjasama dan


pertolongan dari pelbagai pihak untuk memastikan aktiviti dapat berjalan dengan
lancar. Guru boleh melantik wakil murid untuk memastikan murid dapat memasukkan
bahan kitar semula ke dalam tong yang bersesuaian. Dengan ini, guru juga akan
membentuk sikap tanggungjawab dalam kalangan murid. Di samping itu, saya
bercadang agar pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan antara kelas yang
berjaya mengumpul bahan-bahan kitar semula terbanyak dan berkesan pada setiap
bulan. Pihak sekolah juga harus menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk
mengumpul semua bahan kitar semula yang berjaya dikumpul oleh murid-murid.

Cadangan yang seterusnya ialah aktiviti gotong-royong haruslah diadakan dari


semasa ke semasa. Pihak sekolah harus memastikan sekolah sentiasa dalam
keadaan yang bersih dan ceria. Tugas menjaga dan membersihkan kawasan sekolah
tidak sepatutnya hanya dipikul oleh pekerja sekolah sahaja tetapi melibatkan semua
warga sekolah terutamanya murid. Pihak sekolah seharusnya sentiasa memantau
murid supaya mereka tidak membuang sampah mearata-rata dan haruslah melatih
mereka supaya peka terhadap kebersihan di kawasan sekolah. Di samping itu, pihak
sekolah haruslah menyediakan peralatan-peralatan yang mencukupi seperti penyapu,
tong-tong, alat penyepit sampah dan penyiram di sesuatu tempat. Hal ini demikian
kerana murid akan didorong menjaga kebersihan dan keceriaan di kawasan sekolah
sekiranya mereka diberikan peralatan-peralatan yang mencukupi.

Secara rumusnya, hasil daripada projek yang dijalankan telah menunjukkan


bahawa program ‘Minggu Alam Sekitar’ telah berjaya menerapkan nilai cintai dan
tanggungjawab terhadap alam dalam kalangan murid dan warga sekolah. Saya
berharap agar program ini boleh diteruskan oleh pihak sekolah pada masa kelak.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan dan juga


kemahiran yang berguna melalui projek ini. Saya juga dapat mengeratkan silatulrahim
antara murid-murid dan guru-guru di sini. Menurut Abu Bakar Yang (2010),
kepentingan pendidikan alam sekitar adalah untuk mempertingkatkan pembangunan
mapan dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar
dan pembangunan. Pihak sekolah haruslah menitikberatkan dan melaksanakan
pendidikan alam sekitar ini sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Salah
satu cara untuk melaksanakan pendidikan alam sekitar ialah dengan
mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dengan pengajaran di bilik darjah (Mohd
Zohir dan Nordin, 2007). Selain daripada itu, semua guru haruslah melibatkan diri
dalam setiap program alam sekitar yang dijalankan di sekolah. Pihak sekolah haruslah
mengadakan lebih banyak aktiviti pendidikan alam sekitar dalam perancangan
tahunan untuk unit berpakaian seragam, kelab dan persatuan. Segala perancangan
aktiviti haruslah dirancang dan ditetapkan dengan lebih awal lagi supaya tidak ada
sebarang masalah pada masa hadapan. Semoga semua murid boleh mendapat
Pendidikan Alam Sekitar yang sewajarnya dan seterusnya memberi sumbangan
dalam penjagaan dan pemeliharaan bumi kita pada masa depan.
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Yang. (2010). Pendidikan Alam Sekitar Asas Pengurusan Berhemah.
Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Zuhair Azuar. (2015). Tahap Kesedaran Teknologi Hijau Dalam Kalangan
Guru-Guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara. Masters thesis, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

Mohd Zohir Ahmad dan Nordin Abd Razak. (2007). Pendidikan alam sekitar di sekolah:
Komitmen Guru. Pendidikan Lestari. 7(2), 74-81.

Noraziah Mhd Yusop dan Latipah Sidek (2010). Pendidikan Alam Sekitar Dalam
Pendidikan Islam: Peranan Guru. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Sukatan Pelajaran Pendidikan Alam


Sekitar Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai