Anda di halaman 1dari 28

WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek


epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan
kebendaan. Perbincangan juga menyentuh tentang ciri-ciri budaya
serumpuan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Berikutnya
perbincangan mengenai konsep perpaduan dan integrasi meliputi konsep-
konsep dalam hubungan etnik seperti segregasi, akomodasi, akulturasi,
asimilasi, dan amalgamasi. Untuk menguji kefahaman pelajar diakhir
perbincangan topik ini disediakan latihan kendiri.

Hasil Pembelajaran:

1. Mentakrifkan konsep budaya.


2. Menjelaskan konsep budaya kebendaan.
3. Mengenalpasti budaya bukan kebendaan.
4. Menghuraikan ciri-ciri budaya dalam sesebuah masyarakat.
5. Menjelaskan konsep-konsep asas dalam hubungan etnik.

1
WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Konsep Budaya

Budaya Kebendaan Budaya Bukan Ciri-ciri Budaya


Kebendaan

Asimilasi

Segregasi Akulturasi

Konsep
Perpaduan
dan Integerasi

Amalgamasi Akomodasi

Sub Tajuk: (i) Konsep Budaya


(ii) Konsep Perpaduan dan Integrasi

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita akan bertemu melalui mod
modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan
memahami Modul Hubungan Etnik (2207) dengan lebih mendalam. Sekiranya
terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung
dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

2
WAJ3106 Hubungan Etnik

Tajuk 1 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Masyarakat; Konsep Budaya;
dan Konsep Perpaduan dan Integrasi. Konsep masyarakat telah dibincang
semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Konsep budaya dan
konsep perpaduan dan integrasi diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham bahawa konsep masyarakat, budaya serta perpaduan dan
integrasi adalah konsep-konsep asas hubungan etnik yang saling berkaitan.
Konsep-konsep ini memberi asas kepada pelajar untuk memahami tajuk-tajuk
yang seterusnya.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang
telah anda fahami sebelum tajuk ini: Latar belakang, Kepentingan
Hubungan Etnik di Malaysia dan Konsep Masyarakat. Tajuk-tajuk
tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini anda perlu membaca Bab
2 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 13 hingga 19 dengan merujuk
kepada:
2.3 Konsep Budaya (hlm. 13)
2.4 Konsep Perpaduan dan Integrasi (hlm. 15)
2.5 Pengalaman Malaysia (hlm. 18)

Aktiviti

Berdasarkan soalan 1 daripada soalan-soalan perbincangan di muka surat


20, anda dikehendaki menjelaskan konsep integrasi dan asimilasi dalam
konteks memupuk perpaduan nasional.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

3
WAJ3106 Hubungan Etnik

Peringatan
Semasa membuat latihan ini dan seterusnya, perkara-perkara berikut
hendaklah diambil perhatian;
(i) Semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan hendaklah dicatatkan
dan disimpan dalam portfolio.
(ii) Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio.
(iii) Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari.

SELAMAT MAJU JAYA.

4
WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 2 MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU

Sinopsis

Secara umumnya tajuk ini menyentuh tentang proses pembentukan


masyarakat pluralistik di Alam Melayu sejak abad ke-5 Masihi yang bermula
dengan kedatangan masyarakat luar seperti Arab, Cina, dan India.
Pertembungan kelompok masyarakat ini mewujudkan pluralistik. Berikutnya
disentuh mengenai zaman pluraliti pada era kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka yang banyak memberi sumbangan ke arah pembentukan
masyarakat pluraliti di Alam Melayu melalui aktiviti ekonomi, sosial, dan
politik. Perbincangan juga difokuskan kepada pembentukan masyarakat
pluralistik di zaman penjajahan barat dan selepas merdeka yang menekankan
kepada isu-isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Untuk menguji kefahaman
pelajar mengenai isu-isu yang telah dibincangkan diakhir topik ini, aktiviti
pengukuhan disediakan.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghuraikan secara ringkas proses pembentukan masyarakat


pluralistik di Alam Melayu.
2. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang ke arah
pembentukan masyarakat pluralistik.
3. Menjelaskan proses pembentukan masyarakat pluralistik pada
zaman penjajahan barat.
4. Menghubungkaitkan isu-isu ekonomi, politik, dan pendidikan dalam
proses pembentukan masyarakat pluralistik selepas kemerdekaan.

5
WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Masyarakat Pluralistik Alam


Melayu

Pembentukan Masyarakat Zaman Pluraliti


Pluralistik di Alam Melayu - Kesultanan Melayu Melaka
- Penjajahan

Sub Tajuk: (i) Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu


(ii) Zaman Pluraliti

Tajuk 2 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Pluraliti dan Masyarakat
Pluraliti; Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu; dan Zaman
Pluraliti. Konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik telah dibincang semasa
interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Pembentukan masyarakat
pluralistik di Alam Melayu dan zaman pluraliti diberi tumpuan dalam bahagian
ini.

Anda harus faham bahawa konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik


sebelum memahami tajuk-tajuk dalam bahagian ini. Interaksi antara pelbagai
budaya dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi
lagi mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat pluralistik di Alam
Melayu. Pelajar harus memahami bahawa masyarakat pluralistik tidak wujud
dalam suatu vacuum. Bahagian ini akan membantu pelajar untuk mengetahui
dan menganalisis pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Ia
merupakan komponen yang harus difahami oleh pelajar sebelum belajar
tajuk-tajuk yang seterusnya.

6
WAJ3106 Hubungan Etnik

Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai
konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk kedua ini, anda dikehendaki
merujuk kepada Bab 3 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 21 hingga 26.

Mari kita rehat sebentar... Setelah mengetahui konsep asas ini, anda
dikehendaki meneruskan bacaan anda di halaman 26 hingga 29.
3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu : Kesultanan Melaka
(hlm. 26-27)
3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah.
(hlm. 27-29)

Aktiviti

Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yang


mewujudkan masyarakat pluraliti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

7
WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS


HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Perbincangan dalam topik 3 ini lebih memberi penekanan kepada


Perancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermula sebelum merdeka
dan selepas merdeka. Selain itu perbincangan juga menyentuh tentang
pengisian dalam setiap penggal Rancangan Malaysia. Perbincangan
seterusnya menyentuh mengenai isu-isu utama ekonomi yang merangkumi
agihan kekayaan negara, membasmi kemiskinan, penyusunan semula
masyarakat, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, dan Dasar
Wawasan Negara dalam konteks hubungan etnik. Pada akhir topik ini aktiviti
latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman pelajar.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghubungkaitkan antara pembangunan ekonomi negara dengan


hubungan etnik di Malaysia.

2. Menganalisis keberkesanan rancangan lima tahun dalam konteks


hubungan etnik di Malaysia.

3. Mengulas isu-isu utama ekonomi yang menjadi topik perbincangan


dalam konteks hubungan kaum.

8
WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Draf Pembangunan Rancangan 1950 - 1955


Malaya

Rancangan Malaya Pertama 1956 - 1960

Rancangan Malaya Kedua 1961 - 1965

Rancangan Malaysia Pertama 1966 - 1970

*Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975


Rancangan

Pembangunan *Rancangan Malaysia Ketiga 1976 - 1980

Lima Tahun
*Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985

*Rancangan Malaysia Kelima 1986 - 1990

Rancangan Malaysia Keenam 1991 - 1995

Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000

Rancangan Malaysia Kelapan 2001 - 2005

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 - 2010

* Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada tahun 1971 - 1990

9
WAJ3106 Hubungan Etnik

Membasmi
Kemiskinan

Agihan Menyusun
Kekayaan Semula
negara Masyarakat
Isu-isu Utama
Ekonomi

Dasar Dasar
Wawasan Ekonomi Baru
Negara
Dasar
Pembangunan
Negara

Sub-tajuk: (i) Pembangunan Lima Tahun


(ii) Isu-isu Utama Ekonomi

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melalui
mod modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari
dan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat
masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan
pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Tajuk 3 ini mengandungi enam sub-tajuk iaitu Modenisasi, Hubungan Etnik


dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi Malaysia;
Pembangunan Lima Tahun; Ciri-ciri Enik dalam Konteks Demografi, Politik
dan Ekonomi; dan Isu-isu Utama Ekonomi. Empat sub-tajuk iaitu Modenisasi;
Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi
Malaysia; Cri-ciri Etnik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi telah
dibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Dua sub-
tajuk lagi iaitu Pembangunan Lima Tahun dan Isu-isu Utama Ekonomi diberi
tumpuan dalam bahagian ini.

10
WAJ3106 Hubungan Etnik

Anda harus faham bahawa konsep modenisasi, hubungan etnik dalam


konteks modenisasi, acuan ekonomi Malaysia dan ciri-ciri etnik dalam
demografi, politik dan ekonomi perlu dilihat secara menyeluruh. Modenisasi,
ekonomi negara dan hubungan etnik merupakan tiga aspek yang hubungan
timbal balik dan menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah negara.
Dalam konteks tersebut, pembangunan lima tahun dan isu-isu utama ekonomi
perlu difahami oleh pelajar.

Bahagian ini akan membantu pelajar melihat bagaimana isu-isu


pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial di Malaysia.

Mari kita rehat sebentar...cuba anda imbas kembali dan fikirkan apa
yang telah anda belajar sebelum ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk-tajuk dalam modul ini, anda
perlu merujuk kepada Bab 4 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 50-67.
Antara tajuknya:

4.3.6 Pembangunan Lima Tahun (hlm. 50-53)


4.3.7 Isu-isu Utama Ekonomi (hlm. 53-67)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan dan rujukan anda, jelaskan lima (5) isu-isu
berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia akibat modenisasi dalam
bidang ekonomi.

11
WAJ3106 Hubungan Etnik

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

12
WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 4 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Topik ini mengulas mengenai kerjasama politik dan kaitannya dengan


hubungan etnik di Malaysia. Kerjasama politik diwujudkan dalam kalangan
rakyat pada asasnya untuk melicinkan proses kemerdekaan yang menjadi
prasyarat utama perlu dilaksanakan. Kerjasama ini diimplimentasikan melalui
penggabungan parti politik yang dianggotai oleh pelbagai kaum. Bermula
dengan penggabungan Parti MCA dengan UMNO, kemudian penggabungan
antara parti MCA, UMNO dan MIC di bawah satu pakatan iaitu Parti
Perikatan. Konsep kerjasama ini diperluaskan kepada parti yang mewakili
kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Perbincangan juga menyentuh tentang
pemupukan hubungan etnik secara formal dan bentuk hubungan selepas
penubuhan Malaysia. Pada akhir topik disediakan aktiviti perbincangan untuk
memantapkan lagi kefahaman pelajar mengenai isi kandungan yang
dipaparkan dalam topik ini.

Hasil Pembelajaran:

1. Menjelaskan kepentingan kerjasama politik dalam konteks


hubungan kaum di Malaysia.
2. Menyenaraikan faktor-faktor yang menjurus ke arah pemupukan
hubungan etnik secara formal.

13
WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk dalam Modul Ini

Kerjasama Politik

Parti Perikatan

Parti UMNO Parti MCA Parti MIC

Sub-tajuk: (i) Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran Tajuk 4 melalui mod modul ini, adalah
diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami modul
ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami
modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan
Etnik yang berkaitan.

Tajuk 4 ini mengandungi dua sub-tajuk iaitu Kemajmukan Etnik dalam Proses
Politik di Malaysia dan Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik. Sub-tajuk
mengenai kerjasama politik dan hubungan etnik diberi tumpuan dalam
bahagian ini.

Namun begitu, anda harus faham mengenai kemajmukan etnik dalam proses
politik di Malaysia sebelum membaca meneruskan pembacaan mengenai
kerjasama politik dan hubungan etnik. Aspek demografi yang mencorakkan
kemajmukan masyarakat Malaysia perlu difahami oleh pelajar kerana

14
WAJ3106 Hubungan Etnik

demografi turut menunjukkan komposisi etnik di Semenanjung Malaysia,


Sabah dan Sarawak. Pengetahuan tentang kemajmukan masyarakat
Malaysia adalah penting untuk memahami kerjasama politik dan hubungan
etnik di Malaysia.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang
telah anda belajar dan fahami dari pembacaan sebelum ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk Kerjasama Politik dan


Hubungan Etnik, anda perlu merujuk kepada Bab 5 Modul Hubungan Etnik
(2007), halaman 76 – 84.
5.5 Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik (hlm. 76-84)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan soalan no. 4 dari Soalan-


soalan Perbincangan di ms 89. Anda perlu huraikan bagaimana proses dan
tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysia
khususnya di sekolah anda.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

15
WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 5 PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA

Sinopsis

Topik ini mengulas tentang sejarah pengubalan perlembagaan yang merujuk


kepada perlembagaan Malayan Union, perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum, Perlembagaan
Kemerdekaan 1957, dan Perlembagaan Malaysia 1963. Latihan kendiri
disediakan pada akhir pembelajaran untuk menguji kefahaman anda
mengenai isu-isu yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia


2 Menjelaskan ciri-ciri asas proses penggubalan perlembagaan
3 Membanding bezakan antara ciri Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957
4 Menganalisis kandungan perlembagaan Persekutuan yang
menyentuh mengenai hubungan antara kaum.

16
WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sejarah
Pengubalan
Perlembagaan

Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan


Malayan Union Persekutuan Persekutuan Persekutuan
(1946) Tanah Melayu Tanah Melayu Malaysia
(1948) (1957) (1963)

Sub-tajuk: (i) Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Salam sejahtera. Kita bertemu lagi melalui mod modul ini. Adalah diharapkan
agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami Tajuk 5 modul ini
dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami
modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan
Etnik yang berkaitan.

Tajuk 5 ini mengandungi empat sub-tajuk iaitu Konsep Perlembagaan;


Unsur-unsur dalam Perlembagaan; Sejarah Penggubalan Perlembagaan
dan Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan yang menjadi Asas kepada
Hubungan Etnik di Malaysia. Sub-tajuk ketiga iaitu Sejarah Penggubalan
Perlembagaan diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham konsep perlembagaan dan unsur-unsur dalam


perlembagaan sebelum membaca sejarah penggubalan perlembagaan. Ini
kerana perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi yang
menjadi penjamin kepada pembangunan sesebuah negara. Kepentingan

17
WAJ3106 Hubungan Etnik

perlembagaan lebih ketara terutamanya kepada negara Malaysia yang terdiri


daripada berbilang kaum dan etnik. Aspek konsep perlembagaan dan unsur-
unsur perlembagaan perlu dibincangkan oleh pelajar dengan pensyarah
kursus semasa interaksi bersemuka sebelum memberi tumpuan kepada
sejarah penggubalan perlembagaan di Malaysia.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang
telah anda belajar sebelum tajuk ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Sejarah Penggubalan


Perlembagaan, anda perlu merujuk kepada Bab 6 Modul Hubungan Etnik
(2007), halaman 93 - 104.
6.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia (hlm. 93-104)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, jelaskan sejarah penggubalan


perlembagaan negara Malaysia dalam bentuk peta minda.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

18
WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 6 AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Sinopsis

Topik ini membincangkan tentang agama dan ajaran utama yang dianuti di
Malaysia, iaitu Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu. Perbincangan menyentuh
latar belakang dan ajaran-ajaran penting dalam setiap agama. Walaupun
terdapat perbezaan bagi setiap agama / ajaran tetapi ada juga nilai-nilai
sejagat yang boleh dikongsi bersama. Maka setiap warganegara sewajarnya
menghormati agama / ajaran penganut lain selain dengan Prinsip Rukun
Negara yang pertama iaitu ”Kepercayaan Kepada Tuhan” dan Perkara 3
Ceraian (1) dalam Perlembagaan Malaysia yang menegaskan Islam sebagai
agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan. Pada akhir
topik ini disertakan soalan latihan kendiri dengan tujuan untuk menguji
kefahaman pelajar konsep-konsep dan isu-isu yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan agama / ajaran utama di Malaysia.


2. Menjelaskan nilai-nilai sejagat agama / ajaran utama di
Malaysia.
3. Menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama
/ ajaran utama di Malaysia.
4. Menghubungkait hubungan etnik dalam kehidupan masyarakat
Malaysia.

19
WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Agama-agama di
Malaysia

Islam Buddha Hindu Kristian

Sub-tajuk: (i) Agama Islam dan Agama-agama Lain di Malaysia

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran ini melalui mod modul, adalah


diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami modul
ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami
modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan
Etnik yang berkaitan.

Tajuk 6 ini mengandungi empat (4) sub-tajuk iaitu Agama Islam dan Agama-
agama Lain di Malaysia; Asas-asas Hubungan Etnik dalam Konteks Agama;
Pendekatan Islam Hadhari dan Membincangkan Prinsip-prinsip Islam Hadhari
dalam Pembentukan Masyarakat. Sub-tajuk pertama dalam tajuk ini diberi
tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham peranan agama dalam mengeratkan hubungan etnik di


negara kita. Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi tetapi agama-
agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang halangan. Agama juga menjadi
penanda jati diri masyarakat Malaysia.

20
WAJ3106 Hubungan Etnik

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang
telah anda faham dan tahu mengenai Agama Islam dan agama / ajaran
lain di Malaysia dan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama /
ajaran yang terdapat di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini, anda perlu merujuk
kepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 143 – 151.
8.2 Agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia (hlm. 143-151)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan lima (5) nilai sejagat yang
dikongsi bersama oleh agama / ajaran anda anuti dalam menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di negara ini dalam bentuk grafik.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

21
WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 7 CABARAN DAN PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA

Sinopsis

Topik ini menjelaskan tentang elemen pemupukan hubungan etnik dalam


masyarakat Malaysia. Pemupukan hubungan etnik ini dapat dicapai sekiranya
wujud persefahaman, semangat bekerjasama, persaudaraan, kemesraan,
budaya ziarah menziarahi dan hormat menghormati antara kaum di negara
ini. Kesemua elemen yang dijelaskan di atas perlu dihayati dan amalkan oleh
rakyat Malaysia dalam proses untuk mencapai perpaduan antara kaum. Pada
akhir topik ini disertakan dengan soalan-soalan untuk latihan kendiri bertujuan
untuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap konsep dan fakta-
fakta yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Mengenalpasti elemen-elemen yang boleh melahirkan hubungan


yang erat antara kaum.
2. Menjelaskan bagaimana elemen-elemen pemupukan hubungan
etnik dapat diimplimentasikan dalam masyarakat Malaysia.

22
WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Kerjasama

Persefahaman Persaudaraan

Elemen
Pemupukan
Hubungan
Etnik

Budaya Ziarah Kemesraan


Menziarahi

Hormat
Menghormati

Sub-tajuk: (i) Pemupukan Hubungan Etnik dalam Masyarakat Malaysia

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran melalui mod modul ini, adalah


diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami modul
ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami
modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan
Etnik yang berkaitan.

23
WAJ3106 Hubungan Etnik

Tajuk 7 ini mengandungi tiga (3) sub-tajuk, iaitu cabaran dan implikasi;
pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia; dan bagaimanakah
cabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia?. Sub-tajuk
kedua mengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia
diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus fahami cabaran dan implikasi sebelum meneruskan pembacaan


mengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia. Ini
kerana cabaran dari segi sosial, ekonomi, politik serta cabaran globalisasi
turut memberi kesan kepada hubungan etnik di negara ini. Dalam konteks ini,
pemupukan hubungan etnik adalah penting dan menjadi asas kepada
hubungan sosial yang harmoni.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apakah
usaha yang telah anda lakukan sebagai guru untuk membawa
generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatu padu.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk ini mengenai


pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia, anda perlu merujuk
kepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 161 – 165.

8.5 Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Kehidupan Masyarakat


Malaysia (hlm. 161)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, sediakan satu pelan tindakan tentang


usaha anda untuk mengeratkan perhubungan antara etnik murid kelas di
sekolah anda.

24
WAJ3106 Hubungan Etnik

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

25
WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 8 HUBUNGAN ETNIK: PERANAN KERAJAAN DAN


MASYARAKAT

Sinopsis

Topik ini membincangkan tentang peranan masyarakat dalam proses


pembentukan hubungan etnik di Malaysia. Penekanan diberi kepada peranan
masyarakat dalam proses integrasi nasional, penubuhan Jabatan Perpaduan
Negara, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan pendekatan-
pendekatan lain dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Persoalannya
sejauhmana peranan masyarakat melalui faktor-faktor yang telah
dibincangkan di atas memberi kesan kepada proses pembentukan hubungan
etnik di Malaysia. Pada akhir topik ini disedia aktiviti latihan kendiri dengan
tujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar terhadap perkara
yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan peranan masyarakat dalam proses pembentukan


hubungan etnik di Malaysia.
2. Menilai keberkesanan peranan masyarakat dalam proses
pembentukan hubungan etnik melalui pendekatan-pendekatan
yang telah diperkenalkan.

26
WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Peranan
Masyarakat

Budaya Rumah Penerimaan Rukun Peranan


Zairah- Terbuka Budaya Tetangga NGO
Menziarahi

Sub-tajuk: (i) Peranan Masyarakat

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran tajuk terakhir melalui mod modul ini
adalah diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan
memahami modul Tajuk 8 ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat
masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan
pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Tajuk 8 ini mengandungi dua (2) sub-tajuk, iaitu Peranan Kerajaan dan
Peranan Masyarakat. Peranan masyarakat diberi tumpuan dalam bahagian
ini. Namun begitu, anda harus fahami peranan kerajaan yang perlu
dibincangkan oleh pelajar dengan pensyarah kursus semasa interaksi
bersemuka sebelum meneruskan pembacaan mengenai peranan masyarakat
dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.

Dalam konteks tersebut, pelajar perlu memahami peranan yang dimainkan


oleh kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di negara ini. Walaupun
kerajaan telah merancang dan melaksanakan dasar dan langkah-langkah

27
WAJ3106 Hubungan Etnik

secara teratur tetapi rakyat sebagai kumpulan sasaran perlu memainkan


peranan dalam memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga dan
terpelihara.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang
telah anda belajar mengenai peranan yang telah dimainkan oleh
kerajaan bagi memastikan keharmonian etnik di Malaysia khususnya
dalam sistem pendidikan kita agar keharmonian antara etnik sentiasa
terpelihara.

Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai peranan yang dimainkan oleh


masyarakat dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, anda perlu merujuk
kepada Bab 9 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 182 – 187.
9.3 Peranan masyarakat dalam konteks hubungan etnik (hlm 182-187)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda, hasilkan satu


laporan ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah anda
dalam mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

28

Anda mungkin juga menyukai