Anda di halaman 1dari 7

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kelas : 4 Dahlia

Bilangan Murid : 20 Orang

Tarikh : 21 Februari 2019

Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi

Tema : Beringat Sebelum Kena

Tajuk :

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama


Standard Kandungan
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.

Standard Pembelajaran
2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi
pelbagai ragam ayat secara mekanis dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Objektif : Pada akhir pengajaran ini, murid-murid dapat:


(i) Mengaplikasikan kemahiran mendengar dengan
berkesan dan memberikan respons terhadap setiap
pertanyaan dan arahan.
(ii) Murid dapat menyatakan sinonim dan antonim
bagi tiga perkataan yang terdapat dalam teks.

(iii) Murid dapat membina ayat tunggal dan ayat


majmuk.

(iv) Murid dapat memindahkan maklumat ke dalam


bentuk grafik.

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Morfologi

Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu : Muzik dan seni visual

Nilai Murni : Bekerjasama, berdisiplin, keberanian

Kreativiti : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi

Strategi
Kemahiran Berfikir : Mencirikan, Menjanakan idea, Menghubungkait

Kecerdasan Pelbagai : Muzik, Visual, Interpersonal dan kinestetik

Kemahiran Belajar Cara : Mendengar dengan berkesan, tulisan mekanis,


Belajar bacaan mekanis

Pembelajaran : Menghubung kait pengalaman diri dengan amalan


Kontekstual hidup secara harmoni.

Bahan Bantu Mengajar : Video, komputer riba, lembaran kerja, kertas manila,
Power Point (bahan interaktif), pembesar suara,
soalan bergambar

Pengetahuan Sedia : 1. Murid sudah dapat mengapikasikan penggunaan


Ada kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam ayat
tunggal.

2. Murid biasa mengajukan soalan dan menerima


arahan daripada orang sekeliling.

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Set Induksi Paparan video “Percutian di 1. Video berkaitan dengan “Percutian di Teknik : Soal jawab
kampung”. kampung”.
( 5 minit ) Nilai: berani
Pengalaman sedia ada 2.. Guru mengadakan sesi soal jawab
bersama murid dengan bertanya KEMAHIRAN PENYOALAN
pengalaman cuti sekolah yang dialami
oleh mereka.

3. Murid memberi respons dengan


menceritakan pengalaman cuti sekolah.

Langkah 1 Bacaan dengan intonasi dan 1. Guru memberikan murid satu petikan BBM : petikan teks, kad manila
sebutan yang betul dan teks berkaitan bertajuk “Pengalaman berserta kosa kata
( 15 minit )
menjelaskan makna perkataan. Pulang Ke Kampung”.

2. Murid akan membaca dengan sebutan


dan intonasi yang betul.

3. Guru mendengar dan menyemak


bacaan murid.

4. Setelah selesai bacaan petikan, murid


akan menyatakan perkataan yang sukar
difahami dan mendengar penjelasan guru.

5. Murid juga dikehendaki untuk


memberikan sinonim dan antonim bagi
tiga perkataan yang bergaris di dalam
teks.

Langkah 2 Mengenal pasti dan membina 1. Guru memberi penerangan ayat tunggal BBM: Slaid Power Point, petikan
ayat tunggal dan ayat majmuk. dan ayat majmuk dengan menggunakan teks.
( 20 minit ) kemudahan slaid power point.
Nilai : Bekerjasama
2. Murid akan mendengar dan memahami
sambil berinteraksi dengan guru. KEMAHIRAN PENERANGAN

3. Secara berpasangan, murid juga akan


mencari dan menyalin ayat tunggal dan
ayat majmuk yang terdapat dalam petikan
yang diberi.
Langkah 3 Memindahkan maklumat dalam 1. Guru membahagikan murid kepada tiga BBM : Lembaran kerja
bentuk grafik. kumpulan.
( 15 minit ) Nilai : Berdisiplin
2. Guru membimbing murid dalam
pembinaan peta buih berganda. KEMAHIRAN PAPAN TULIS

3. Murid akan memindahkan maklumat


tentang ciri-ciri ayat tunggal dan ayat
majmuk yang terdapat dalam teks ke
dalam peta buih tersebut dan
membentangkannya di hadapan kelas
dengan melekatkan pada papan tulis.

Penutup Rumusan 1. Murid menjawab persoalan guru KEMAHIRAN PENGUKUHAN


sebagai tanda memahami pengajaran dan DAN PENEGUHAN
( 5 minit ) Penerapan nilai pembelajaran ini.
Lagu “Balik Kampung” 2. Guru membimbing murid membaca
semula kosa kata yang dipelajari. KEMAHIRAN VARIASI
RANGSANGAN
3. Guru memainkan Lagu “Balik
Kampung” dan murid akan menyanyikan
lagu tersebut bersama-sama.

4. Guru memuji kelebihan murid dan


memperbaiki kelemahan murid.

Refleksi : 1. Seramai 3 orang murid kurang menguasai penggunaan ……… dalam struktur ayat biasa.

2. Seramai 13 orang murid mampu mendengar dan memberikan respons yang baik sepanjang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berlaku.

3. Guru dapat memerhatikan bahawa kebanyakan murid mempunyai kecerdasan pelbagai yang dominan dalam
interpersonal, visual dan muzik.