Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

MELAKSANAKAN KARNIVAL BAHASA


MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
TAHUN 2019

TAJUK :
KARNIVAL BAHASA MELAYU DAN
BAHASA INGGERIS SJKC BATANG KALI
TAHUN 2019

OLEH :
PANITIA BAHASA MELAYU DAN
PANITIA BAHASA INGGERIS
SJKC BATANG KALI
1.0 NAMA PROGRAM
Karnival Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SJKC Batang Kali Tahun 2019

2.0 PENDAHULUAN
2.1 KARNIVAL BAHASA MELAYU
Karnival Bahasa Melayu merupakan aktiviti pertama yang dijalankan Bersama-
sama dengan Karnival Bahasa Inggeris. Pelancaran karnival ini akan diadakan
pada minggu terakhir bulan April. Pelbagai aktiviti telah dirancang khusus untuk
murid-murid mengikut tahap masing-masing. Penganjuran Karnival Bahasa Melayu
pada kali ini, mempunyai objektif yang mampu menjana minda murid dan
melahirkan murid yang mempunyai keterampilan bahasa yang baik. Sehubungan
itu, panitia Bahasa Melayu telah merangka aktiviti yang melibatkan penguasaan
dan pengayaan bahasa dan kreativiti persembahan murid.

2.2 KARNIVAL BAHASA INGGERIS


Bahasa Inggeris merupakan antara subjek yang dianggap sukar oleh murid-murid.
Sedar atau tidak, Bahasa Inggeris merupakan bahasa global yang mana
membolehkan penuturnya berkomunikasi tanpa batasan budaya dan bangsa.
Selain itu, Bahasa Inggeris merupakan medium ilmu memandangkan kebanyakan
pengetahuan adalah datangnya dari sumber rujukan berbahasa Inggeris. Maka
tidak hairanlah Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan kepentingan bahasa
ini melalui beberapa dasar seperti PPSMI, MBMMBI, HIP dan penganjuran
pertandingan–pertandingan aktiviti Bahasa Inggeris di peringkat daerah. Hal ini
adalah sebagai inisiatif supaya murid-murid lebih meminati Bahasa Inggeris. Oleh
yang demikian, Panitia Bahasa Inggeris telah membentuk kerjasama dengan
Panitis Bahasa Melayu untuk menganjurkan Karnival Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris yang dirasakan perlu agar murid-murid dapat menggunakan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu dengan lebih yakin dalam kehidupan seharian.
Aktiviti–aktiviti yang akan dijalankan merangkumi aspek pertuturan, pendengaran,
penulisan dan pembacaan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan diharap dapat
meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi murid dalam bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris.
3.2 Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik.
3.3 Untuk menggalakkan murid-murid SJK (C) menguasai serta mempertingkatkan
taraf Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3.4 Menggalakkan murid-murid SJK (C) bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris.
3.5 Menanam semangat Cintailah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3.6 Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid.
3.7 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.
3.8 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

4.0 MOTO KARNIVAL


4.1 BAHASA MELAYU
“Bahasa Pemudah Bicara Melahirkan Insan Bijaksana”

4.2 BAHASA INGGERIS


“Language Connect To Everyone”

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SJKC Batang Kali

6.0 MATLAMAT

Membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran terutamanya dari aspek peraturan


dan disiplin dalam sesebuah persembahan dan pertandingan serta keberkesanannya
dalam membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, kognitif, kreativiti dan inovatif.

7.0 PENERAJU
Karnival ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Panitia Bahasa
Inggeris SJKC Batang Kali.

8.0 JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA PROGRAM


Pengerusi : Encik Mat Ariffin Bin Ismail
Naib Pengerusi : Puan Shamsuria Binti Sabtu
Setiausaha : Puan Nur Anati Binti Azizan
AJK Pelaksana : Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

9.0 PENGISIAN PROGRAM


Hari : Isnin hingga Jumaat
Tarikh : 22 hingga 26 April 2019
Masa : 7.30 pagi hingga 12.50 tengah hari (sehingga pertandingan
selesai)
Tentatif Program:

HARI /
MASA AKTIVITI TEMPAT KENDALIAN
TARIKH
Pelancaran Dan Perasmian Puan Nur
Karnival Bahasa Melayu Dan Anati, Puan
Isnin 7.30 – 9.00
Bahasa Inggeris Shamsuria
22/4/2019 pagi
Dan Encik
Mat Ariffin
Pertandingan Nyanyian
Bahasa Melayu Dan
Persembahan Panitia
Bahasa Inggeris
1. Pertandingan
Nyanyian Bahasa
Melayu Tahun 6
2. Pertandingan
Nyanyian Bahasa
Melayu Tahun 2 CFC
3. Persembahan Story Tan Ivy
Dewan SJKC
Telling Shamsuria
Batang Kali
9.00 pagi – 4. Pertandingan SST
12.50 Nyanyian Bahasa Dengan
tengah Melayu Tahun 5 Bantuan
hari 5. Pertandingan Guru Bahasa
Nyanyian Bahasa Melayu Dan
Melayu Tahun 3 Bahasa
6. Persembahan Choral Inggeris
Speaking
7. Pertandingan
Nyanyian Bahasa
Melayu Tahun 1
8. Pertandingan
Nyanyian Bahasa
Melayu Tahun 4
9. Persembahan Drama
Bahasa Inggeris
Ketua :
Kelas
Selasa 7.30 – M & M Activity NKL, LSC
masing-
23/4/2019 10.00 pagi (HIP PROGRAMME)
masing
Semua guru
Permainan Roda Impian Ketua :
1. Roda Impian Tahun 1 OSE, Mat
10.20 pagi 2. Roda Impian Tahun 2 Bilik Ariffin
– 12.50 3. Roda Impian Tahun 3 Mesyuarat Dengan
tengah 4. Roda Impian Tahun 4 SJKC Batang Bantuan
hari 5. Roda Impian Tahun 5 Kali Semua Guru
6. Roda Impian Tahun 6 Bahasa
Melayu
Pertandingan Siapa Sampai Ketua: WCF,
Dahulu ?! Anati
1. Tahun 6 Dengan
7.30
Rabu 2. Tahun 2 Bantuan
hingga
24/4/2019 3. Tahun 3 Semua Guru
10.00 pagi
4. Tahun 1 Bahasa
5. Tahun 4 Gelanggang Melayu
6. Tahun 5 Bola
Kerangjang Ketua
10.20 KKS , JSY,
Hingga CJB
12.50 Treasure Hunt Dengan
Tengah Bantuan
Hari Guru Bahasa
Inggeris
Ketua WLM,
CLY
10.20 pagi
SHAM
hingga
Khamis Aktiviti Menonton Wayang NPK
12.50 Semua Kelas
25/4/2019 Dan Watching Movies
tengah
Dengan
hari
Bantuan
Semua Guru
Majlis Penutup Karnival Ketua
Bahasa Melayu Dan Bahasa ANATI
Inggeris SHAM
7.30 pagi
 Persembahan Choral MAT
hingga SST
Jumaat Speaking Dewan SJKC
12.50 Dan Semua
26/4/2019  Penyampaian Hadiah Batang Kali
tengah Guru Bm Dan
 Persembahan
hari BI
Nyanyian
 Persembahan Story
Telling

10.0 KAEDAH PENILAIAN


Rujuk Lampiran setiap kertas kerja aktiviti yang terlibat di dalam karnival ini.

11.0 HADIAH
Rujuk Lampiran setiap kertas kerja aktiviti yang terlibat di dalam karnival ini.

12.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran setiap kertas kerja aktiviti yang terlibat di dalam karnival ini.

13.0 PENUTUP
Karnival Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan satu inisiatif Guru Besar dan Panitia
Bahasa Inggeris serta Panitia Bahasa Melayu untuk memupuk minat dan kecenderungan
murid-murid untuk mengetahui, mengguna dan menuturkan perkataan dalam Bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu. Diharapkan pelaksanaan karnival ini akan meningkatkan penggunaan dan
penguasaan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid SJKC Batang
Kali selaras dengan tuntutan misi dan visi sekolah untuk melestarikan kecemerlangan dan
melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NUR ANATI BINTI AZIZAN) (TAN SIEU JON)


Setiausaha Karnival Guru Besar
SJKC Batang Kali SJKC Batang Kali