TAJUK:
SYED NAQUIB AL-ATTAS DAN PEMIKIRAN SEKULARISME
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF.MADYA DR. KAMARUDDIN BIN SALLEH
DISEDIAKAN OLEH:
NUR NABIHAH BINTI HASSAN
P 89993
Abstrak
Penulisan ini secara ringkasnya membincangkan mengenai tokoh ilmuan nusantara Syed
Naquib al-Attas dan pemikiran beliau mengenai pemikiran sekular. Pada masa yang
sama penulis cuba untuk melihat cabaran pengaruh sekularisme yang ada dalam dunia
pendidikan hari ini.Metod utama yang digunakan dalam kajian penulisan secara ringkas
ini ialah analisis kepustakaan di mana bahan rujukan utama yang digunakan oleh penulis
ialah karya al-Attas sendiri iaitu buku Islam dan Sekularisme. Selain itu, penulis juga
turut merujuk beberapa dokumen dan penulisan lain yang dilihat berkaitan dengan
tujuan utama kajian ini. Di akhir penulisan ini, penulis mencadangkan beberapa
penyelesaian kepada masalah sekularisme dalam pendidikan
PENDAHULUAN
Syed Muhammad al-Attas sangat terkenal sebagai seorang tokoh ilmuan Islam yang hebat
kerana ilmunya yang meliputi pelbagai bidang yang ada. Selain turut diakui sebagai
sarjana ulung yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam pemikiran Islam
kontemporari dan pendidikan Islam. Beliau merupakan pengarang dua puluh tujuh karya
yang berwibawa dalam pelbagai aspek pemikiran dan tamadun Islam, terutama dalam
bidang tasawuf, kosmologi, metafizik, falsafah dan bahasa Melayu serta kesusasteraan.
Idea dan pandangan al-Attas seringkali menjadi sumber rujukan bagi golongan
mahasiswa dan sebahagian besar para cendekiawan sehingga kini.
3
a) Biografi al-Attas
Nama sebenar al-Attas ialah Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin
Muhsin al-Attas dilahirkan pada 5 September 1931, di Bogor, Jawa Barat. Beliau
berketurunan sayyid dalam keluarga Ba’lawi di Hadramaut dengan keturunan yang
sampai kepada Imam Hussein iaitu cucu Nabi Muhammad SAW. Melalui keturunan
tersebut, terdapat dari kalangan mereka yang menjadi wali dan ulama. Manakala ayahnya
bernama Syed Ali Putra dari Abdullah ibn Muhsin ibn Muhammad Al-Attas, datuknya
Syed Muhammad Naqiub adalah seorang wali yang sangat berpengaruh di Indonesia dan
Arab.
Al-Attas adalah merupakan anak yang kedua daripada tiga orang adik-beradik.
Abangnya iaitu Prof Dr. Syed Hussein Al-Attas adalah merupakan seorang ilmuan dan
pakar sosiologi di Universiti Malaya. Manakala adik beliau, Syed Zaid Al-Attas adalah
seorang jurutera kimia dan merupakan bekas pensyarah di Institut Teknologi MARA.
b) Karya-Karya al-Attas
Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan salah seorang daripada tokoh pemikir Islam
yang terkenal dengan pengetahuannya yang luas dan menguasai pelbagai bidang ilmu
termasuklah bidang teologi, sejarah, kesusasteraan, antropologi, sosiologi serta falsafah.
Ketokohan beliau dalam menguasai bidang ilmu yang pelbagai ini adalah merupakan satu
penghormatan buat peradaban melayu. Hal ini diakui oleh Fazlur Rahman dengan
menggelarkan beliau sebagai seorang yang genius (Wan Mohd Nor 2003:61).
5
Kecemerlangan al-Attas dalam bidangnya juga turut terbukti apabila beliau dengan
jayanya telah menubuhkan Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) pada
tahun 1987 di Kuala Lumpur.
Sepanjang hidup beliau sebagai tokoh pemikir Islam terkemuka, al-Attas telah
banyak menghasilkan karya yang pelbagai sama ada dalam bentuk buku, monograf
mahupun artikel-artikel. Wan Mohd Nor Wan Daud (2005) mencatatkan bahawa al-Attas
telah berjaya menghasilkan sebanyak 27 karya dalam bentuk monograf serta 400 artikel
yang pernah beliau bentangkan sama ada di Malaysia atau di negara luar. Kebanyakan
daripada karya beliau adalah ditulis sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
yang kemudiannya diterjemahkan kepada pelbagai bahasa lain seperti Bahasa Arab,
Jerman, Indonesia, Perancis, Korea, India, Turki dan lain-lain. Antara karya al-Attas yang
terkemuka ialah:
I. Islam and Secularisme, 1978, ABIM, Kuala Lumpur, terjemahan oleh Karsidjo
Djojosumarno dengan judul: Islam dan Sekularisme, 1981, Bandung, Penerbit
Pustaka.
II. Aims and Objectives of Islamic Education, 1979, Jeddah, Hodder Stoughton,
London and University of King Abdul Aziz. Buku ini telah ditulis oleh tujuh
orang pengarang dan penyunting termasuk al-Attas dengan tajuk: Preliminary
Thoughts on Nature of Knowledge and Definition and Aims of Education.
III. The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of
Education, 1980, Kuala Lumpur, ABIM, terjemahan oleh Haidar Baqir dengan
judul: Konsep Pendidikan Dalam Islam: Suatu Rangka Pikir Pembinaan Filsafat
Pendidikan dalam Islam, 1994, Bandung, Pustaka Mizan.
IV. Islam and The Philosophy of Science, 1989, Malaysia, ISTAC, terjemahan oleh
Saiful Muzani dengan judul: Islam dan Filsafat Sains, 1995, Bandung, Pustaka
Mizan, I.
menjadi antara rujukan yang terpenting dalam disiplin ilmu Antropologi Agama. fokus
perbincangan utama buku ini adalah mengenai dilemma muslim dalam menghadapi
kekeliruan mengenai pengetahuan yang benar sehingga timbulnya sekularisasi ilmu.
c) Sumbangan al-Attas
Sumbangan terawal al-Attas secara ilmiah dalam bidang Pengajian Islam adalah bermula
dengan dua buah buku yang telah ditulis ketika beliau masih lagi bergelar mahasiswa di
Universiti Malaya. Buku yang pertama adalah Rangkaian Ruba’iyyat, yang merupakan
antara karya sastera yang terawal pernah diterbitkan pada tahun 1959 oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur. Manakala buku yang kedua pula ialah mengenai
Beberapa Aspek Tasawuf yang Difahami dan Diamalkan oleh kalangan orang Melayu.
Pada tahun 1968 sehingga 1970, beliau telah dilantik sebagai Dekan Fakulti Sastera di
Universiti Malaya. Ketika berada di sana, beliau telah memperbaharui struktur akademik
fakulti yang memerlukan setiap jabatan untuk merancang dan menganjurkan aktiviti-
aktiviti akademik secara rundingan antara satu sama lain, dan bukannya secara bebas.
Selain itu, beliau turut menerbitkan penyelidikan mengenai manuskrip Melayu tertua
yang masih lagi wujud hingga ke hari ini.
Di samping itu, beliau turut terlibat dalam penggubalan dan pembentukan konsep
tentang peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara ketika perbahasan dengan
para pemimpin politik pada tahun 1968. Penggubalan dan pembentukan konsep ini
adalah merupakan salah satu faktor penting yang membawa kepada penyatuan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia. Selain itu, sumbangan al-Attas juga
turut merangkumi tiga perkara yang penting dalam sejarah peradaban ilmu umat Islam
iaitu pertama, mengenai masalah ilmu pengetahuan, kedua, mengenai ilmu pengetahuan
moden yang tidak lagi neutral kerana telah dipengaruhi oleh unsur sekular serta fahaman
pemikiran barat, dan yang ketiga, Islamisasi ilmu (Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005.
259).
Sekularisme secara dasarnya adalah sebuah fahaman yang berasal daripada barat setelah
benua eropah mengalami zaman pencerahan atau Enlightenment sekitar abad ke-17 dan
18. Mereka yang menganut fahaman sekularisme ini umumnya bersependapat bahawa
agama dan dunia adalah tidak boleh digandingkan secara bersama. oleh itu bagi mereka,
matlamat kehidupan adalah untuk tujuan dunia semata-mata. Hasilnya, muncul mereka
yang dikatakan sebagai anti-agama atau anti-gereja. Fahaman ini ternyata terus
berkembang seiring dengan pengiktirafan mereka terhadap kuasa autonomi manusia
dalam setiap urusan dunia termasuklah urusan keagamaan.
bab yang kedua dalam Islam dan Sekularisme setelah menjelaskan mengenai sejarah
kristian barat yang ada kini, beliau telah membahagikan pengertian sekular kepada tiga
perbincangan secara istilah iaitu Sekular, Sekularisasi dan Sekularisme.
Istilah sekular pada asalnya adalah merupakan ambilan daripada perkataan Latin
iaitu saeculum. Perkataan saeculum ini boleh difahami dengan dua konteks makna yang
berbeza iaitu dalam konteks waktu dan lokasi. Dalam konteks waktu, saeculum
bermaksud sekarang atau kini manakala dalam konteks lokasi pula bermaksud dunia atau
masa kini yang merujuk kepada peristiwa atau perkara yang berlaku dalam suatu proses
dari dahulu sehingga sekarang. Oleh itu, istilah sekular dalam perbincangan ini adalah
merujuk kepada suatu keadaan dunia yang mengalami proses perubahan dalam tempoh
waktu serta zaman yang tertentu di mana dalam konteks barat ianya bertolak daripada
sejarah, pengalaman dan kesedaran yang wujud dalam tradisi kristian barat. (al-Attas
1978: 18-19).
Seterusnya, istilah kedua yang dibincangkan dalam bab ini ialah sekularisasi.
Sekularisasi dalam pengertian al-Attas adalah difahami sebagai pembebasan manusia
daripada segala unsur keagamaan dan beralih kepada unsur metafizik dalam segenap
aspek meliputi aspek kehidupan sosial, politik serta kebudayaan manusia. Secara
tersiratnya, sekularisasi adalah suatu proses secara historis dimana masyarakat yang
dahulunya dekat dengan agama mula jauh daripada pemikiran bersifat keagaamaan
seiring dengan perkembangan dunia. Ciri dan nilai yang wujud pada ketika ini adalah
bersifat bebas nilai dan lebih banyak bergantung kepada sumber rasional. Masyarakat
menjadi lebih terbuka dengan corak pemikiran yang bersifat men-centric hasil daripada
percampuran teologi dan teori logik atau falsafah yang ada. Oleh itu, barat dalam
pandangan mereka terhadap sejarah seringkali menganggap ianya sebagai salah satu
proses sekularisasi yang membawa perubahan kepada masyarakat, budaya dan peradaban
yang ada (al-Attas 1978: 20-22).
iaitu pembebasan daripada pengaruh yang bersangkutan dengan unsur agama atau
tasawuf sehingga segala perkara yang dianggap suci dalam pandangan masyarakat
menjadi suatu perkara yang biasa dan bukan lagi bersifat sakral. Segala perkara yang
bersifat suci dan mitos dalam pemahaman sekularisasi ini adalah suatu perkara yang
tidak logik, maka setiap yang dianggap suci dan mitos itu mestilah dihapuskan dalam
kehidupan masyarakat. (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, jil.5:79). Seiring dengan
proses perkembangan dan penghapusan inilah unsur agama semakin hari semakin luntur
dalam kalangan masyarakat.
Jika sekularisasi dikatakan sebagai suatu proses, maka sekularisme pula adalah
suatu ideologi atau pemikiran yang nampaknya membawa matlamat sama namun
setingkat lebih tinggi daripada sekularisasi. Sekularisme telah memulau nilai-nilai agama
dan sakralisasi terhadap alam. Nilai-nilai yang dianggap sebagai mengongkong hidup
manusia ini mula pudar dan hilang dalam kehidupan masyarakat. Maka yang tinggal
dalam fahaman sekularisme ini adalah manusia itu sendiri sebagai pemberi nilai bagi
setiap perkara yang berlaku dengan berdasarkan rasional dan logik akal dan ini
menyebabkan terhapusnya nilai yang bersifat objektif. Yang tinggal hanya nilai-nilai
yang bersifat subjektif dan sentiasa boleh berubah serta mengalami evolusi sesuai dengan
perkembangan masa dan zaman yang ada. Medium utama penyebaran ideologi ini pula
adalah menerusi projek-projek politik dan pendidikan atas nama pembangunan dan
pemodenan (al-Attas 1978: 20-22).
bentuk yang berbeza iaitu ilmu yang hanya sekadar ilmu dan ilmu yang berasaskan logik
akal manusia. Ilmu yang berasaskan akal inilah yang kemudiannya disanjung oleh barat
sehingga kini dengan nama yang pelbagai sehingga ramai yang terkeliru dengan konsep
ilmu pengetahuan yang sebenar termasuklah golongan ilmuan dan intelektual islam
sendiri yang bergerak atas nama modenis.
Golongan intelektual moden ini ternyata telah mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat sebagai tokoh modernis dan sebagainya. Hakikatnya, pemikiran mereka ini
telah pun dipengaruhi oleh pemikiran barat. Para reformis dan modernis ini ternyata
sangat berhati-hati dalam menyebarkan pemikiran yang mereka bawa. Tanpa sedar,
mereka sebenarnya telah membuka pintu sekularisme dalam Islam dan membawa bahaya
yang besar terhadap kesetiaan masyarakat dalam beragama. Tokoh-tokoh ideal mereka ini
bukan lagi para ilmuan Islam yang cukup terkenal tetapi mereka ini lebih mengagumi
tokoh barat (al-Attas 1978: 18). Mereka sedaya upaya menyatakan bahawa mereka adalah
muslim dan sentiasa setia dengan pengetahuan Islam. Namun kesetiaannya adalah tidak
telus kerana mereka ini tidak pernah mendalami pengetahuan secara intelektual dan
spiritual secara beriringan. Pengalaman mereka mengenai keruntuhan kuasa Islam telah
menyebabkan mereka mula menaruh perhatian kepada Ibn Khaldun dan memusatkan
perbincangan mereka terhadap konsep ummah dan negara Islam. Tidak dinafikan bahawa
ummah dan negara adalah penting dalam Islam. Namun, pembentukan muslim secara
individu dan perorangan juga sangat penting dalam sesebuah pembangunan. Mana
mungkin ummah dan negara Islam dapat dikembangkan dengan baik sekiranya golongan
muslim itu sendiri secara individual adalah daripada kalangan mereka yang keliru dan
tidak mempunyai pengetahuan Islam yang baik (al-Attas 1978: 18 & 161).
Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat kini sedikit sebanyak telah
mempengaruhi sistem komunikasi global yang ada. Situasi ini juga turut mempengaruhi
bidang pendidikan yang menjadi teras utama kepada arus perubahan yang berlaku abad
ini. Antara isu yang sering diperdebatkan dalam hal ini termasuklah berkenaan
11
Kemajuan dan kemodenan dunia hari ini ternyata telah membawa impak yang
cukup hebat dalam bidang pendidikan. Jika diteliti dengan jelas, pendidikan pada hari ini
kebanyakannya telah dicemari oleh unsur-unsur sekularisme. Hal ini berkemungkinan
berlaku akibat daripada para intelektual yang tidak bersifat kritikal ketika menerima
pandangan barat dalam Islamisasi ilmu. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Attas
(1981) dalam penulisannya Islam dan Sekularisme, sumber ilmu antara barat dan Islam
pun sudah berbeza apatah lagi kandungannya. Asas ilmu bagi barat adalah banyak
berteraskan rasional dan empirikal. Hal ini berbeza dengan Islam yang menjadikan wahyu
sebagai sumber ilmu yang teratas dengan dibantu oleh akal sebagai sokongannya. Proses
Islamisasi ilmu pula menurut Al-Attas adalah bertolak daripada suasana ilmu yang
dipelopori oleh barat. Semangat penelitian dalam kebudayaan dan peradaban barat adalah
suatu percubaan yang bertujuan untuk menghapuskan kebergantungan manusia terhadap
agama. Hasilnya mereka telah berjaya menjauhkan pemikiran manusia daripada
mendekati agama. seolah-olah ada suatu benteng di antara kehidupan manusia dengan
agama. Dengan demikian ilmu yang secara sistematik disebarkan ke seluruh dunia saat ini
bukanlah ilmu yang sejati, tetapi ilmu itu sudah diserapi oleh watak dan kepribadian
kebudayaan Barat, dipenuhi dengan semangatnya dan disesuaikan dengan tujuannya. Hal
12
ini kerana ilmu yang sejati menurut Islam adalah ilmu yang disandarkan kepada neraca
agama sebagai penentu nilai.
Hal ini dengan jelasnya menunjukkan bahwa falsafah pendidikan antara barat dan
Islam adalah tidak sama. Al-Attas juga turut menjelaskan bahawa kesilapan golongan
intelektual dalam menerima ilmu daripada barat akan menyebabkan umat Islam menjadi
keliru untuk menilai kebenaran sesuatu ilmu. Kesannya, umat Islam akan menjadi
masyarakat yang jahil dengan kebenaran ilmu yang sebenar. Apa yang mereka lakukan
hanyalah sekadar mengulang semula apa yang diajarkan oleh barat tanpa penilaian yang
kritikal. Sedangkan di dalam Islam, segala pengetahuan yang dianggap sebagai ilmu itu
mestilah selari dengan batas agama dan syariat Islam.
Oleh itu bagi menghadapi cabaran pendidikan yang bersifat sekular ini,
pendekatan pendidikan Islam yang sebenar mestilah diterapkan dengan berdasarkan
kepada Falsafah Pendidikan Islam sebagai matlamat utama. Hal ini dipersetujui oleh
13
Asmawati (2007), kerana pendidikan Islam adalah bersifat seimbang dengan penekanan
yang positif terhadap kejayaan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat. Hal
ini boleh dicapai dengan menerapkan beberapa pendekatan konsep Ulul Albab dalam
sistem pendidikan yang ada. Antara bentuk-bentuk konsep pendidikan yang boleh
diaplikasikan ialah:
Ijtihadik diertikan sebagai kreatif dan mampu mengubah ummah. Ia juga dikaitkan
dengan kemampuan mencipta inovasi, mempunyai ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi (Sabri
Mohamad Sharif, 2009). Pendidikan yang bersifat ijtihadik bermaksud satu proses
pendidikan yang dapat melahirkan golongan ilmuwan dan intelektual Islam yang
mempunyai kreativiti dan daya cipta yang tinggi, yang mempunyai iltizam untuk berani
mencuba perkara baru dan menghasilkan idea-idea baru untuk kebaikan umat manusia,
seperti mana yang diutarakan oleh Idris (2006), iaitu golongan Ulul Albab yang bersifat
ijtihadik adalah mampu dan berkeupayaan memberikan pandangan mereka dalam
penyelesaian masalah ummah, memaksimakan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan
inovatif serta berteknologi tinggi.
dalil tersebut agar mereka dapat menetapkan sesuatu hukum bertepatan dengan kehendak
syariat itu sendiri. Oleh kerana itu, keperluan kepada pendidikan yang bersifat ijtihadik
iaitu pendidikan menyeluruh berdasarkan al-Quran dan al-Sunah serta kepelbagaian
disiplin ilmu yang lain, agar permasalahan umat dapat diselesaikan dengan bijaksana.
KESIMPULAN
Secara umumnya, dapat disimpulkan bahwa pemikiran dan sistem yang diwujudkan oleh
barat adalah berlandaskan kepada rasional dan empirikal semata-mata dan mengabaikan
nilai-nilai spiritual. Melihat kepada falsafah pendidikan yang dibawa oleh mereka, tidak
dinafikan bahawa pemikiran mereka banyak membawa kemudahan dan kebaikan dalam
kehidupan masyarakat, akan tetapi ia turut datang bersama dengan kesan yang negatif
khususnya dalam membentuk generasi muda belia yang bakal menjadi pemimpin suatu
masa nanti. Kelemahan ini secara tidak langsung telah menjelaskan kepada kita akan
lemahnya ilmu yang bersumberkan akal dan kefahaman manusia semata berbanding
dengan ilmu yang digandingkan bersama wahyu Allah sebagai panduan yang utama.
Oleh itu, golongan intelektual Islam sepatutnya perlu lebih bersifat kritikal dalam
menerima setiap pemikiran dan pengetahuan yang diperolehi terutamanya yang
bersumberkan barat. Setiap perkara yang diterima seharusnya dinilai dan
dipertimbangkan terlebih dahulu menurut neraca Islam yang bersandarkan al-Qur’an dan
Hadith sebagai rujukan yang utama. Sesungguhnya proses penyampaian pengetahuan
barat ini adalah suatu projek yang dilaksanakan oleh mereka bagi mencapai tujuan
tertentu. Apabila ummat Islam sendiri jahil tentang pengetahuan yang benar, maka
16
keadaan ini memudahkan lagi urusan mereka bagi melaksanakan projek penyebaran
pemikiran mereka dalam kalangan muslim.
17
RUJUKAN
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1978, Islam and Secularisme, ABIM, Kuala Lumpur,
terjemahan oleh Karsidjo Djojosumarno dengan judul: Islam dan Sekularisme, 1981,
Bandung, Penerbit Pustaka.
Al-Qardhawi, Yusuf. 1995, “Al-Islam Hadharah al-Ghad.” Kaherah: Maktabah Wahbah.
Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar. T.th. Jil.5. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Malaysia
(YADIM)
Idris Jusoh. 2006. Satu Pemikiran Praktis Dalam Merealisasikan Konsep Ulul Albab.
Izzah Fauziah. 2014. Pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas Tentang Pendidikan
Islam. Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Jakarta.
Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran Bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan
Terengganu Development Institute, Kuala Terengganu
Osman Bakar. 1997. “Islam And Civilizational Dialogue: The Quest For A Truly
Universal Civilization”. Kuala Lumpur: University Of Malaya Press.
Sabri Mohamad Sharif. 2009. Generasi Ulul Albab Segunung Harapan Seteguh Gagasan.
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Sidek Baba, 2010. Remaja Islam Kembali Pada Pemikiran Al-Quran & Sunah. Shah
Alam. ALAF 21 Sdn. Bhd
Sidek Baba. 2006. Pendidikan Islam dan permasalahan epistimologi. Seminar Tajdid
Pemikiran Islam ke-2. Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM).
18
Wan Mariana & Mohd Shafiee, 2012. Penerapan konsep Ulul Albab Dalam Pendidikan.
Kertas Kajian
Wan Mohd Nor Wan Daud, 2003, Filsafat dan Praktek Pendidikan Islam Syed Naquib
Al-Attas, Bandung, Pustaka Mizan, hal 61.
Wan Mohd Nor Wan Daud, 2005, Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M.
Naquib al-Attas : Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi, Kuala Lumpur : Universiti
Malaya, hal 10.