Model Dan Proses Komunikasi
Model Dan Proses Komunikasi
SESI 2014/2015
PENSYARAH:
DR. NASRUDDIN BIN YUNOS
PELAJAR:
NUR ANASUHA BINTI IGNASIUS
A145637
TAJUK TUGASAN:
MODEL DAN PROSES KOMUNIKASI
PENGENALAN:
Komunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam diri setiap individu.
Seseorang yang mampu berhubung dengan baik dengan orang lain selalunya dikategorikan
sebagai individu yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran ini
sebenarnya melibatkan beberapa lagi gabungan kemahiran yang lain seperti pendengaran yang
aktif dan kemahiran mengawal nada suara. Apabila seseorang mampu memguasai kemahiran-
kemahiran ini akan secara tidak langsung mampu berkomunikasi dengan baik.
Secara umumnya, komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan dua pihak bagi
mewujudkan pemahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-dua pihak
mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Menurut sarjana Guffey dan Almonte (2010)
pula, mereka mendefinisikan komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada
satu pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut kedua-dua serjana ini,
terdapat lima langkah dalam proses komunikasi ini, iaitu:
Lima langkah:
Maklumbalas kepada
pengirim
GANGGUAN
BUNYI
Pengirim Pengirim Saluran Pengirim
membentuk mengekodkan pembawa mesej mendekodkan
idea mesej mesej
Maklumbalas
tambahan mungkin
dihantar kepada
penerima
PROSES KOMUNIKASI
Komunikasi adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat. Komunikasi yang baik adalah
komunikasi yang melibatkan dua hala iaitu kedua-dua pihak saling memahami apa yang sedang
dibincangkan dengan mendapat maklumat balas antara satu sama yang lain. Umumnya,
terdapat 3 jenis golongan komunikasi yang digunakan dalam kehidupan seharian iaitu,
Komunikasi Lisan (komunikasi dengan kata-kata), Komunikasi Bukan Verbal (komunikasi
bukan lisan), Komunikasi Bertulis (komunikasi melalui penulisan). Ketiga-tiga jenis
komunikasi ini penting untuk diketahui dan dikuasai oleh setiap individu untuk melancarkan
proses bertukar pendapat dan juga untuk mempermudahkan cara penyampaian maklumat
dalam berkomunikasi dalam kehidupan seharian antara insan, masyarakat dan organisasi.
Elemen/komponen penting dalam proses komunikasi:
3-Saluran-media
5-maklum balas
Proses Komunikasi
MODEL KOMUNIKASI
Model komunikasi dibentuk mengikut sesuatu bidang komunikasi dan berfungsi untuk
menerangkan proses komunikasi berkaitan bidang tertentu. Model komunikasi juga
membincangkan pendekatan yang mendasarinya dan bagaimana penerapan konsep komunikasi
bergantung dalam perkembangannya.
Wood (2009) telah menjelaskan tentang tiga kategori utama bagi model komunikasi iaitu:
Model komunikasi ini dikemukakan oleh Claude Shannon dan Warren Weaver pada tahun
1949 dalam buku The Mathematical of Communication. Mereka menggambarkan bahawa
proses komunikasi ini adalah satu hala dimana pengirim akan menghantar kepada menerima
tanpa menerima kembali maklum balas daripada penerima. Antara faktor yang menyebabkan
hal ini berlaku ialah bising atau gangguan dan menyebabkan berlakunya salah faham mesej
antara pengirim dan penerima.
Isyarat
Mesej yang Mesej
diterima
BISING
Model interaksional dikembangkan oleh Wilbur Schramm pada tahun 1954 yang telah
menekankan pada proses komunikasi dua hala antara para komunikasi (pemberi mesej dan
penerima mesej). Para komunikasi ini menjalankan fungsi yang sama iaitu, mengenkod,
menterjemah, dan mendekodkan mesej yang diterima. Maklum balas atau tanggapan terhadap
suatu pesanan adalah elemen yang sangat penting dalam model ini kerana maklum balas
menunjukkan komunikasi yang berlaku adalah secara dua hala. Pengirim dan penerima mesej
ini akan saling memberi tindak balas antara satu sama yang lain dalam bentuk verbal, bukan
verbal atau pun kedua-duanya sekali.
Semasa proses komunikasi berlaku, pengirim dan penerima akan mengambil giliran
untuk menghantar mesej bagi memastikan mesej yang disampaikan oleh penyampai diterima
oleh pihak lain (penerima). Hal ini demikian kerana, dalam model ini pengirim tidak boleh
menjadi penerima sekaligus ketika berinteraksi. Medan pengalaman (field of experience) bagi
kedua-dua pengirim dan penerima mesej mempengaruhi kefahaman dan interpretasi terhadap
mesej yang disampaikan.
Pengenkod
sumber Mesej Pendeko
pendekod maklumb d sumber
alas pengenk
od
Model komunikasi transaksional dikembangkan oleh Barnlund pada tahun 1970. Model
ini memberi penekanan kepada pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara
berterusan dalam satu episod komunikasi. Ini menunjukkan model ini berlangsung secara dua
hala dan berlangsung dengan sistem dan konseks (budaya, keluarga, tempat kerja) yang
mempengaruhi interaksi antara peserta komunikasi.
Komunikasi ini dikatakan dua hala kerana kedua-dua pengirim dan penerima boleh
menghantar mesej dan menerima mesej atau pun membuat kedua-duanya secara serentak.
Medan pengalaman (field of experience) bagi kedua-dua pihak (pengirim dan penerima mesej)
bertukar sepanjang masa serta mempengaruhi cara interaksi antara satu sama lain. Dengan kata
lain, peserta komunikasi (komunikator) melakukan proses negotiation of meaning.
Persamaan 1. Kesan komunikasi yang sama iaitu penerimaan mesej oleh pihak yang lain
Perbezaan 1. Jenis hala komunikasi iaitu komunikasi satu hala, dua hala atau beberapa hala.
3. Maklum balas yang diterima oleh pengirim mesej daripada penerima mesej
KESIMPULAN:
Kemahiran komunikasi merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan
seharian dan ini menunjukkan bahawa setiap individu haruslah menguasai kesemua jenis
komunikasi dan mempraktikkannya dalam aktiviti seharian. Sekiranya kita mempraktikkan
kemahiran-kemahiran ini, ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan dalam
menyampaikan maklumat dan sekaligus mengurangkan kesalafahaman dalam berkomunikasi.
Maklumat yang disampaikan juga akan mendapat maklum balas daripada penerima.
Kemahiran komunikasi ini banyak mendatangkan kebaikan dari tiga segi aspek iaitu hubungan
antara insan, akademik dan kerjaya itu sendiri.
RUJUKAN: