Anda di halaman 1dari 3

2.

KIWI + STRAWBERI

Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman. Sejukkan dalam peti sejuk
untuk lebih sedap menikmatinya. Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan
radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.

3. EPAL MERAH / HIJAU + BATANG KAYU MANIS

Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air. Sejukkan dalam
peti sejuk selama 1 jam. Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini membantu
mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.

Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis, boleh gantikan
dengan halia.

4. STRAWBERI + TEMBIKAI

Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang. Campurkan secawan
strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.

Sejukkan antara 4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila masa. Segar, air detox ini
anti-radang dan mencantikkan kulit.

5. CUKA EPAL + LEMON + KAYU MANIS

Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu cuka epal pada pengisar yang sudah
diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan
dalam jag air dan letakkan hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat
memudahkan perkumuhan dan kayu manis mengawal selera makan.

6. GEL ALOE + LEMON

Jika di rumah anda ada menyimpan gel aloe, anda boleh campurkannya dalam segelas air dan
masukkannya dalam pengisar. Tuang 2 sudu jus lemon dan kisar selama 1 minit. Aloe membantu
memudahkan penghadaman dalam perut, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.
7. HALIA + LEMON

Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia menjadi
penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan ½ inci halia ke dalam air.

Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan
dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.

8. LEMON + LIMAU NIPIS, OREN + TIMUN + HALI + DAUN PUDINA

Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan dengan hirisan ½
biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren, secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan segenggam
daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang. Buang
air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.

9. STRAWBERI + NANAS + CUKA EPAL + DAUN BASIL

Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman berkarbonat dan
amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2 sudu
cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.

Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu mengurangkan rasa
stress.

10. TEMBIKAI

Tembikai memang sedap dimakan dalam cuaca panas. Jika ada lebihan, jangan disimpan dalam peti
sejuk. Potong kecil-kecil dan masukkannya dalam jag air. Sejukkan beberapa jam dan minum apabila
perlu. Tembikai mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.

11. LEMON

Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa menyediakannya,
paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan minum setiap pagi.
Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap berlaku sehingga
sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh badan
menjadi lebih sihat.

4. Lobak Merah

Lobak merah adalah sejenis sayuran yang sangat baik untuk menjaga kesihatan mata, kerana
kandungan vitamin A yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, lobak merah juga berperanan
besar sebagai media pembersih daripada tumpukan racun yang ada di dalam tubuh seperti racun
pada organ usus besar dan hati anda.

0. Lemon Suam Yang Dicampur Madu

Salah satu cara yang paling kerap dipraktik untuk menghilangkan racun dari dalam tubuh adalah
dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi. Caranya sangat
senang, anda cuma perlu sediakan segelas air suam, tambahkan satu sudu madu dan perah
beberapa titis lemon ke dalamnya. Campurkan dan minum.Lakukan pada setiap pagi, sebelum anda
mengambil makanan lain.

DETOX KULIT - Jerawat HILANG, lemak TERHAKIS dan body maintain KERENGGA tak perlu telan PIL!
Jum kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi..lemak pun terhakissss!

Bahan :
1. Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka
2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh
kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup!
3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin
& hilangkan berat badan!
4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol
5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!

Cara :
1. Potong semua bahan & masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk - 3 jam
3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari. Kalau zura confirm kenyangggg je tak rasa lapar!
*tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais
Psttttt bukan kulit je cantik nanti..tapi badan pun boleh kurussss sebab ter detox sekali! 2 in 1
gitewww

Anda mungkin juga menyukai