Anda di halaman 1dari 30

TUGASAN

SEPTEMBER 2018 SEMESTER

KOD KURSUS
EKM 322

NAMA KURSUS KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR KONG CHIN MOY

NO. MATRIK E30209170013

NAMA FASILITATOR NORHAYATI AYIT


AKADEMIK

PUSAT AEU PULAU PINANG


PEMBELAJARAN
BAHAGIAN A: [10 markah]

Baca artikel bertajuk “Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Peranan Filologi”


oleh Siti Hawa Haji Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.0 TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN

Nota Penyelidikan ini bertujuan menerangkan peranan ilmu filologi dalam


penyelidikan sastera Melayu tradisional tersebut dan peri pentingnya
penyelenggaraan dan pengeditan teks dilakukan dengan teliti dan tepat.
Pendekatan filologi yang digunakan dalam mengkaji naskah Melayu berasal dari
Barat. Jika naskah itu sebuah hasil sastera sejarah, bolehlah ia menelitinya dari
sudut sejarah; jika naskah yang dipilih sebuah hasil sastera undang-undang, lain
pula sudut penelitian yang diambil. Dengan cara yang demikian, sesebuah naskah
sebagai hasil masyarakat zaman silam dapat difahami oleh masyarakat zaman
sekarang. Ilmu filologi mempunyai upaya untuk menghasilkan suatu penelitian
yang hampir sempurna bagi hasil sastera tradisional.

2.0 KAEDAH PEMAHAMAN DAN PENERAPAN YANG DIGUNAKAN


DALAM KAJIAN INI

Sastera keagamaan juga dapat dikaji dari sudut filologi, iaitu dengan menumpukan
perhatian kepada falsafah, pemikiran, keindahan bahasa, unsur puisi,
perlambangan dan sebagainya. Pastilah untuk meneliti naskah ini, peneliti wajar
mempunyai pengetahuan keagamaan untuk digunakan sebagai panduan.

Seseorang peneliti yang memilih untuk menangani sebuah naskah tradisional,


biar apapun yang dilakukannya, tetap bermain dengan filologi, konvensional atau
moden.

Apa yangberlakn di sini ialah, orang yang menyalin atau menulis syairini tidak
pasti bagaimana perkataan baru itu dieja dalam babasa Melayu. Kata coroner
sepatutnya ditulis koroner (k-w-r-w-n-r) dan bukan k-a-'-w-r-n-r. Ternyata
penyalin atau penulis juga tidak tahu bahawa ada satu perkataan lain iaitu
governor (gabenor) yang dikeliya dengan coroner (koroner). Ketiadaan suatu
sistem ejaan Jawi yang tetap dan konsisten pada masa syair-syair ini dikarang
membebaskan penyair atau penyalinlpenulis mengeja sesuatu perkataan sesuka
batinya Pembaca (dan kemudianpenyelenggarakajian) dianggap atau diharapkai
&pat membaca dengan betul apa yang ditulis kerana telab biasadengan 'sistem'
tersebut. Secara automatik, pembaca akan membaca buf Jawi t-w-n sebagai man
dan tidak run. Gaya bahasa dan bentuk sesuatu kata yang digunakan dalam
sesuatu penulisan oaskhab memberi maklumat yang penting kepada peneliti
bahasa. Dalam kumpulan syair ini, tanda-tandapembahan dalam gaya bahasa tidak
begitu nyata tetapi terdapat gejala perbezaan penyebutan pada kata-kata tertentu
yang sedang dialami oleh pemakai bahasa Melayu di sekitar tahun-tahun 1830-an
di Singapura, mahupun di seluruh Nusantara. Proses perbahasa yang digambarkan
oleh syair-syair ini diabaikan oleh penyelenggara kajian pada bal syair-syair itu
mempakan suatu sumber yang berguna bagi maklumat keterangan tentang proses
pembahan bahasa yang telah dilalui oleh bahasa Melayu dalam masyarakat
Melayu yang sedang mengalami pembahan. Proses pembahan itu terserlah apabila
penyair atau penyalin menulis sesuatu perkataan mengikut carakata itu disebut
dalam sesuatu dialek Melayu atau sesuatu variasi penyebutan dialek. Maklumat
ini musnah dan langsung tidakdapat dimanfaatkan oleh seseorang peneliti ilmu
bahasa apahila penyelenggara kajian sewenangwenang mengubah rosia menjadi
rahsia, menjelis I majlis, gemerarl gementar, medengar 1 mendengar, makora I
mahkota, perduli I peduli, berlajar 1 belajar, sigral segera, sari-sari I seari-ari,
setam I istana, dan lain-lain lagi. Suatu lagi gejala bahasa yang temampak dalam
syair-syair ini yang juga diabaikan oleh penyelenggara kajian ialah beberapa tanda
yang membayangkan bahawa penyair atau penulis/penyali terpengamh dengan
langgam atau gaya dialekutara, sama ada Kedah, Pulau Pinang atau Perlis. Antara
contoh-contohnya ialah sari-sari, duduk melengung, kerahuan hala, berrongkar
dagu, sudahlah sekian, serara ini, bagiannya, rosia, semangkin, makar, menyebal,
bantai, pekakas, mengelih, bersimpan (dengan maksud berkemas atau membuar
persediaan), setana (istana) dan rendang (seperti dalam rerendanglah dengan
maksudgoreng dalam dialek Melayu lain).
3.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam penyelenggaraan Syair Tantangan Singapura, beberapa salah bacaan telah
berlaku yang boleh memesongkan pemahaman pembaca daripada gambaran yang
sebenar. Dalam Syair Dagang Berjual Beli terdapat :
Bait 10:4 berjanji ringgit dibayarnya barang ditulis
berjanji ringgit dibarnya sekarang.

Bait 32:1 Adatnya sari-sari waktu yang selama ditulis


Adatnya seari-ari waktu yang lama

Dalam Syair Potong Gaji, penyelenggara kajian berhadapan dengan masalah


kemasukan kata-kata baru dari bahasa Inggeris yang tiba bersama dengan system
pentadbiran seperti governor general, coroner, court, residen(t) dan England. Dalam
bait 42:4, 43:2 dan 45:1 terdapat perkataan dalam tulisan Jawi k-w-t tetapi
ditransliterasi oleh penyelenggara kajian sebagai kota.

Terdapat salah bacaan pada bait 7:8 untuk perkataan dirancung yang ditulis
dirancang pada hal berdasarkan konteks dan rima syair, jelas pilihan penyelenggara
janggal.
Kebanyakan yang patah kemudi dan dayung
Temberang dan bubutnya bagai dirancung
Tali kelat putus tersambung
Hanya yang tinggal topang dan agung.

Dalam Syair Tenku Perabu di Negeri Singapura Adanya, perkataan coroner


ditulis gaurenor dan gournor manala kot ditulis kota.

Bait 132: Serta sampai masukah ke kota


Segala juak-juak masuk mengikut
Ditegur Gaurnor kita menjemput
Duduklah raja jangan takut-takut.
4.0 KESIMPULAN
Biasanya sesuatu pengkajian teks seperti yang dilakukan ke atas ketiga-tiga syair
ini mengambil waktu dan tenaga yang banyak. Ia juga memerlukan kesabaran,
ketekunan dan ketelitian yang tinggi daripada penyelenggara kajian. Prinsip-prinsip
ilmu iilologi sebenarnya melatih peneliti untuk bertindak dernikian agar memastikan
penyelenggara dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada seluruh
masyarakat peminat bidang ini. Sesungguhnya sesuatu hasid kajian teks bukan saja
dinmggu-tunggu oleh peminat-peminat kesusasteraan tradisional, malah ingin
dimanfaati oleh ahli-ahli dalam bidang lain sepem sejarah, sosiologi dan ilmu bahasa.
Dengan sendirinya hail kajian itu berwna untuk menjadi panduan, teladan dan
sempadan kepadapeneliti-peneliti lain pada kemudian hari. Di situlah terletaknya
penanggungjawaban penyelenggara kajian dalam menyediakan hasil kerja yang
sempurna mungkin.
BAHAGIAN B:

1.0 Istilah dan Definisi Kesusasteraan

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa.
Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan.
Dengan bahasa juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karya
kesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang
kesenian yang dianggap sangat bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.

Istilah ‘kesusasteraan’ menurut Kamus Dewan (2005: 1396) bermaksud hasil seni
(karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang menpunyai ciri-ciri keistimewaan
tertentu. Istilah ini berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu ‘susastra’ (Hashim Awang),
‘sushastra’ (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar), atau ‘castra’ yang disebut ‘syastra’
(Ali Ahmad). Kata ‘susastra’ pula terbentuk hasil gabungan daripada kata ‘su’ dan
‘sastra.’ Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang,
1984: 2), kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar,
?: 1). Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau
buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan ‘sastera / shastra’
merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah.

Definisi ini meliputi dua aspek, iaitu aspek bahasa dan aspek isi. Aspek bahasa ialah
indah dan cantik, manakala aspek isi ialah baik, berfaedah dan tidak berubah.
Dikatakan tidak berubah kerana ilmu berkenaan dipercayai berasal daripada Yang
Maha Pencipta. Oleh sebab ‘susastra’ dianggap datang daripada Yang Maha Pencipta,
maka ia dianggap mulia. Justeru, kegiatan ‘susastra’ sejak zaman Greek lagi
dipandang tinggi. Kegiatan ini merupakan aktiviti seni yang mendapat perhatian
penting anggota masyarakat. Mereka mengekspresikan kegiatan ‘susastra’ dalam
bentuk puisi, cerita dan lakonan.

Di Malaysia, kegiatan ‘susastra’ seperti bersyair, berpantun, berseloka, bergurindam,


berbari (bercerita), berkisah dan sebagainya telah bertapak kukuh di hati masyarakat
sejak zaman sastera lipur lara lagi. Kegiatan ini dilaksanakan untuk tujuan pelbagai
fungsi, khususnya untuk tujuan mendidik, menghiburkan hati, mengisi masa lapang,
perubatan dan juga gambaran ekspresi kehidupan. Kesimpulan daripada gabungan
istilah ‘su’ dengan ‘sastra’ ialah merujuk karya atau buku-buku atau ilmu yang indah,
cantik, baik, berfaedah, benar dan tidak berubah. Ia bermaksud kumpulan buku-buku
yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi
dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani.

Dalam Bahasa Melayu, istilah ‘susastra’ telah diberikan imbuhan apitan ke-...-an dan
sisipan “e” ditengah menjadikannya ‘kesusasteraan.’ Penambahan itu lebih untuk
menyedapkan bunyi, sesuai dengan lidah Melayu. Kalangan masyarakat umum pula
lebih gemar menyebut ‘karya sastera’ yang merujuk kesusasteraan. Di samping itu,
Ali Ahmad (1994: 3) menegaskan bahawa kehadiran “ke-“ dan “-an” pada kata
“susastra” telah menyimpulkan maksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan
indah. Orang Melayu menamakan “susastra” sebagai “persuratan” yang merujuk
‘sekumpulan hasil seni bahasa.’

2.0 SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak lisan, yang
dikenali juga sebagai Folklore. Ia disampaikan secara lisan atau dipertuturkan dan
diperturunkan (diwarisi) dari satu generasi ke generasi berikutnya dan menjadi milik
bersama masyarakat Melayu. Sastera rakyat hidup dan berkembang dalam masyarakat
Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan siapa penciptanya.

2.1 CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT


a. Dari segi penyebaran
Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyebarannya. Pada
lazimnya sastera rakyat disebarkan atau disampaikan melalui pertuturan atau secara
lisan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan
individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu cerita kepada
seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang anak atau cucu.
Ini bermakna hasil-hasil sastera rakyat tersebut diperturunkan atau diwarisi dari satu
generasi ke generasi berikutnya secara lisan.

b. Dari segi penyampaian:

Sastera Rakyat disampaikan secara lisan oleh seorang yang profesional, yang kerjanya
"bercerita" kepada anggota masyarakat yang lain. Dalam masyarakat melayu,
profesion ini dikenali sebagi "tok cerita" atau ‘tukang cerita’ ataupun "pawang", yang
telah menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk menyampaikan
cerita dengan cara yang menarik kepada orang kampung, bagi menghiburkan orang
kampung yang berkenaan.

Di antara tukang-tukang cerita yang terkenal ialah Mir Hassan, Pawang Ana,
Tok Selampit, Awang Batil dan sebagainya. Penyampaian cerita sering diiringi
dengan alat muzik tradisional seperti batil, rebab dan lain-lain.

c. Dari segi penciptaan:

Sastera Rakyat merupakan hasil karya yang menjadi milik bersama


masyarakat iaitu sastera hak masyarakat dan bukannya milik individu tertentu. Oleh
itu tidak diketahui siapa penciptanya dan bila ia dicipta atau dihasilkan.

Merupakan kepunyaan bersama Soal hak cipta tidak wujud pada sastera
rakyat. Tiada siapa-siapa yang akan mengaku bahawa dialah pengarang bagi cerita
rakyat yang tertentu. Bagi tok cerita ataupun tukang cerita yang kerjanya bercerita,
beliau juga tidak mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan, melainkan
meletakkan kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang individu yang
anonmious, yakni Yang Empunya Cerita.

d. Dari segi fungsi:

Sastera Rakyat mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam masyarakat.


Sastera Rakyat berfungsi sebagai alat hiburan, alat pengajaran dan pendidikan, alat
protes sosial atau kritikan dan sebagainya.
e. Dari segi Versi

Sastera Rakyat terdapat dalam pelbagai versi dan berlaku tokok tambah kerana
penyebarannya yang dilakukan secara lisan. Biasanya berlaku beberapa perubahan
atau penyesuaian terhadap cerita asal mengikut penyesuaian setempat menyebabkan
lahir pelbagai versi. Namun perbezaan itu hanya pada aspek luaran sahaja sedangkan
bentuk dasarnya adalah sama dan dapat bertahan.

f. Sastera Rakyat Adalah Cerminan Hidup Masyarakat

Sastera Rakyat adalah cerminan hidup masyarakat Melayu tradisional. Sastera


Rakyat mengandungi ciri-ciri budaya asal masyarakat yang melahirkannya seperti
kesenian, kepercayaan dan adat resam. . Hal ini berlaku kerana sastera rakyat
merupakan satu pernyataan atau ekspresi budaya masyarakat yang melahirkannya.
Sastera Rakyat merupakan media untuk menyalurkan tradisi itu kepada generasi
berikutnya. Dengan maksud agar tradisi itu dapat dikekalkan dan diwarisi oleh
generasi akan datang.

g. Sering memiliki unsur irama

Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh pawang ataupun tok cerita
sentiasa mengandungi unsur irama yang menarik. Pengaturan ini adalah supaya cerita
itu lebih menghibur bersamping untuk memudahkan tok cerita berhafal.

2.2 JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan
indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat.
Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang besar, iaitu
sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.
SASTERA RAKYAT / LISAN (NARATIF)

Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu
peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita
rakyat.

MITOS

Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk menerangkan
asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia, binatang, dan
petempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang dicipta
untuk memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.

Cerita Mitos biasanya dikaitkan dengan sesuatu kepercayaan seperti


animisma, Hindu dan Islam. Masyarakat Melayu meletakkan cerita-cerita Mitos
sebagai yang benar-benar berlaku dan menjadikannya sebahagian dari sistem
kepercayaan yang tidak boleh dipersendakan. Pada tanggapan mereka sesiapa yang
tidak mempercayai cerita mitos akan menerima balasan buruk.

LEGENDA

Legenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau
peristiwa zaman zilam. Lagenda mengisahkan tentang seorang tokoh manusia yang
memiliki keistimewaan seperti keberanian dan kehandalan luar biasa. Setiap
penempatan yang bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di
Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat
menjumpai legenda Hang Tuah, manakala di Kelantan ditemui lagenda Puteri
Saadong.

Lagenda adalah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku oleh masyarakat


pendokong berdasarkan latar tempat atau tanda-tanda alam sebagai bukti
kebenarannya. Kebiasaanya cerita lagenda dimasukkan unsur-unsur mitos yang
bertujuan mengagongkan seseorang tokoh. Namun demikian biasanya masih dapat
dibuktikan dengan kewujudan tanda alam.
CERITA RAKYAT

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang
menjadi hiburan penting di kalangan masyarakat berkenaan. Dalam masyarakat
Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka,
cerita penglipur lara dan cerita teladan / pengalaman.

CERITA BINATANG
Cerita Binatang adalah cerita rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak
utama. Watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti boleh berkata-
kata, berfikir dan bertindak seperti manusia.

Cerita Binatang terbahagi kepada tiga jenis iaitu cerita Binatang Asal Usul,
Cerita Binatang Fable (Pengajaran) dan Cerita Binatang Epik ( Beast Epic).

Cerita Binatang Asal Usul mengisahkan asal usul kejadian binatang misalnya
Cerita Mengapa Harimau Mengaum, Mengapa Gagak Berbulu Hitam, Mengapa Ular
Sawa Hilang Bisa, Mengapa Puyuh Tidak Berekor dan sebagainya.

Cerita Binatang Fable berunsurkan pengajaran, misalnya Cerita Anjing


Dengan Bayang-bayang, Cerita Kera Dengan Kura-kura, Cerita Bangau Dengan
Ketam dan sebagainya.

CERITA JENAKA
Cerita Jenaka adalah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur humor / lucu /
jenaka yang boleh menimbulkan kegembiraan atau menggeletek hati khalayak.
Watak-watak Cerita Jenaka diberikan sifat dan peranan yang melucukan.

Cerita Jenaka terbahagi kepada 2 jenis iaitu Cerita Jenaka Tempatan dan
Cerita Jenaka Pengaruh Asing. Contoh Cerita Jenaka Tempatan ialah Cerita Pak
Pandir, Cerita Pak Kaduk, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si
Luncai.
Manakala Cerita Jenaka Pengaruh Asing terdiri daripada Cerita Mat Jenin (
Hindu ) dan Cerita Musang Berjanggut dan Cerita Abu Nawas. (
Arab/Parsi/Islam )

Watak-watak dalam Cerita Jenaka Tempatan terbahagi kepada 3 golongan


iaitu Watak Bodoh-Pintar seperti Pak Pandir, Watak Bodoh-Sial seperti Pak
Kaduk dan Lebai Malang dan Watak Pintar-Lucu seperti Pak Belalang dan Si
Luncai.

c. CERITA PENGLIPUR LARA


Cerita Penglipur Lara adalah cerita rakyat yang paling popular. Cerita
Penglipur Lara merupakan cerita roman yang mengandungi unsur-unsur
percintaan putera-puteri Raja diikuti dengan pengembaraan, peperangan dan
berakhir dengan kegembiraan ( Happy-Ending ).

Cerita Penglipur Lara disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang biasanya


diiringi dengan alat-alat bunyian tradisional seperti rebab, belanga, selampit
dan sebagainya.

Penceritaannya diselangselikan dengan puisi Melayu Tradisional dan bahasa


berirama ( runs ).

Di antara contoh Cerita Penglipur Lara ialah Hikayat Malim Dewa, Hikayat
Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik
Tunggal dan sebagainya.

d. CERITA TELADAN
Cerita teladan ialah sejenis cerita rakyat dalam kesusasteraan rakyat / sastera
lisan. Cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa yang
mengetengahkan gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan
mendapat pembelaan, sebaliknya watak yang jahat akan mendapat pembalasan
yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka.
Cerita teladan penuh dengan unsur didaktik dan pendidikan moral, yang
diterapkan melalui nilai-nilai murni.

Antara contoh Cerita Teladan ialah Cerita Bawang Putih Bawang Merah, Batu
Belah Batu Bertangkup dan Cerita Si Tenggang.

3.0 SASTERA EPIK

3.1 DEFINISI SASTERA EPIK

Sastera epik dikenali juga sebagai sastera pahlawan. Karya-karya sastera epik
mengisahkan seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Tokoh
wira tersebut diceritakan penuh keistimewaan dan luar biasa. Tokoh wira merupakan
tokoh pahlawan yang istimewa dan menjadi kebanggaan bagi bangsa itu.
Keistimewaan tokoh dari segi kepahlawanan dicampuraduk dengan unsur-unsur
mitos, lagenda, cerita rakyat dan sejarah. Tokoh pahlawan bersifat superhuman.
Beliau juga mempunyai sifay keberanian, kesetiaan, kesaktian dan sebagainya.

3.2 CIRI-CIRI SASTERA EPIK

Dari segi bentuk ia merupakan puisi naratif yang panjang.Walaupun begitu karya epik
Melayu (Epik Kebangsaan) ditulis dalam prosa naratif yang panjang.

Latar Tempat – Latar tempat sastera epik meliputi ruang yang amat luas,latar dewa
kayangan, bawah laut dan latarmasa amat panjang meliputi beberapa generasi.

Gambaran bersifat objektif – sastera epik bersifat objektif di mana ceritanya tidak
menyebelahi mana-mana pihak sewaktu menceritakan sesuatu peristiwa atau watak.

Penceritaan mengenai tokoh wira – Tokoh wira diberi kedudukan tinggi dalam sejarah
bangsa. Watak tokoh wira epik mempunyai sifat kepahlawanan yang tinggi seperti
gagah, berani, setia dan bersemangat tinggi. Tokoh wira juga memiliki sifat
superhuman.
Peranan watak wira dalam cerita melibatkan – Peranan wira semasa kecil, unsur-unsur
kepahlawanan yang dimilki oleh wira, sifat negarawan wira.diplomatik dan mistik.

3.3FUNGSI KARYA SASTERA EPIK

Karya sastera epik kebangsaan bertujuan mengagungkan pahlawan Melayu. Karya


epik berunsur Islampula bertujuan mengagungkan pahlawan Islam yang terbilang

Tokoh epik merupakan lambang kebanggaan dan keagungan sesuatu bangsa.


Tuah adalah lambang kebanggaan dan keagungan Kesultanan melayu Melaka.
Manakala tokoh epik Amir Hamzah lambang keagungan kerajaan pemerintahan Islam
ketika mencapai kemuncak kecemerlangan.

Keperibadian yang dimiliki oleh tokoh-tokoh epik dapat membangkitkan


semangat juang yang tinggi bagi mempertahankan maruah bangsa dan agama.
Contohnya sifat yang dimiliki oleh Hang Tuah dapat menanam semangat kepada
generasi kini tehadap bangsa, tanah air dan agama.

Sifat-sifat kepahlawanan tokoh-tokoh epik dapat memantapkan lagi nilai-nilai


dan norama kehidupan masyarakat tersebut. Contohnya sifat kepahlawanan dan
negarawan yang ada pada Hang Tuah boleh dijadikan contoh atau model kepada
masyarakat melayu

Sifat-sifat yang ada pada tokoh epik ini dapat memberi gambaran kepada generasi
akan datang tentang bangsa itu sendiri.

3.4 SASTERA EPIK “HANG TUAH DIUTUS KE SIAM” BUKU NILAI INSAN

SINOPSIS

Raja Melaka menitahkan Bendahara mengutuskan Laksamana untuk pergi ke Patani


bagi membeli empat ekor gajah jantan dan dua ekor gajah betina. Raja Melaka juga
berhasrat untuk mengalahkan negeri baru iaitu Petani di Benua Siam. Namun
Laksamana memberitahu sukar untuk mengalahkan negeri tersebut kerana
kedudukannya yang strategik. Lalu Raja Melaka menitahkan Bendahara mengutuskan
surat untuk Laksamana hantarkan ke Patani.

Lalu Laksamana dan Maharaja Setia belayar dengan angkatannya menuju ke


Benua Siam. Setelah beberapa lamanya, maka mereka sampai ke negeri Patani.
Laksamana turun melihat bandar dan kotanya, sememangnya sukar dialahkan oleh
musuh kerana keadaan yang strategik dan kehebatan kotanya. Setelah selesai mereka
meneruskan perjalanan dan sampailah ke Benua Siam. Mereka disambut dengan
dentuman bedil meraikan kedatangan pelawat. Lalu laksamana meminta orang bandar
tersebut menghadap Syahbandar. Lalu Syahbandar memberitahu Oya Bagelang dan
masuk menghadap Phra Cau. Lalu Phra Cau arahkan surat diarak masuk menghadap.

Semasa Syahbandar menjemput Laksamana, dia memaklumkan Laksamana


perlu menghadap Phra Cau dengan seorang diri dan perlu merangkak ikut cara adat
Patani. Namun, Laksamana tidak mahu berbuat demikian kerana dia ada penyakit
ditubuhnya. Lalu Phra Cau izinkan Laksamana berjalan dan berkeris seperti adat Raja
Melaka ia menghadap. Lalu Laksamana dan Maharaja Setia menghadap Phra Cau dan
dibacalah utusan Raja Melaka berkehendakan gajah. Dan tersangat kagum Phra Cau
kerana Laksamana boleh berbahasa Siam dengan fasih lalu diberikan persalinan.

Setelah berapa lama Laksamana tinggal di Benua Siam, maka Phra Cau telah
menitah 7 pendekar Jepun berlawan dengan Laksamana. Tujuh Pendekar Jepun itu
sangat angkuh dan bongkak. Laksamana marah dengan kata-kata Pendekar Jepun
yang merendah-rendahkan Laksamana dan hulubalang Melayu. Maka Pendekar Jepun
berlawanlah dengan Laksamana. Lalu Laksamana turun dan berlawan dengan
Pendekar Jepun itu, Pendekar Jepun memarang Laksamana lalu ditangkis oleh
Laksamana. Lalu Laksamana memarang semula putus telinga Jepun itu, lalu
mengamuk Jepun itu dan naik ke balairung tetapi Laksamana terjun dan turun
memarang lagi putus hidung Jepun itu, lalu dilawannya putus bahu dan akhirnya
Jepun itu diparang Laksamana terbelah dua kepalanya. Maka Pendekar Jepun itu
matilah. Maka mengamuklah semua pendekar Jepun itu, berlawanlah dengan
Laksamana dan 5 orang Pendekar Jepun mati dan dua lagi lari menuju ke Kemboja.

Lalu Phra Cau ucap syabas kepada Laksamana. Phra Cau telah meraikan
Laksamana dengan santapan. Laksamana juga memberi hadiah kepada Phra Cau iaitu
Siput Gendaga. Keesokkan harinya Laksamana memohon diri kerana telah berjanji
sekadar 40 hari sahaja datang ke Patani dan sampai masa untuk berangkat pulang.

Lalu Phra Cau menitahkan Oya Bagelang membalas surat dan hantarkan
kepada Raja Melaka serta diberikan sepuluh ekor gajah iaitu enam ekor untuk Raja
Melaka dan empat ekor untuk Laksamana kerana membalas jasa bakti Laksamana
menyelamatkan Phra Cau dari pendekar Jepun yang mengamuk dan Khianat. Lalu
Laksamana turun dan mula belayar.

Maka dua Jepun yang lari Kemboja itu meminta bantuan di sana dan akan
menghalang laluan pelayaran Laksamana dengan bantuan dari pasukannya di
Kemboja. Semasa dalam perjalanan pelayaran itu, lalu Jepun menyerangkan dan
menghalang Laksamana, maka dibedilnya ke arah Laksamana dan rombongannya.
Lalu Laksamana amuk dan mati semua Jepun itu. Maka dilihat Laksamana akan
perahu Jepun penuh dengan emas, perak, dan harta terlalu banyaknya. Lalu diambil
Laksamana isi ke perahu belayar menuju Kuala Melaka.

Setelah beberapa hari maka sampai Laksamana ke Melaka. Lalu disambut oleh
Syahbandar dan Bendahara. Diceritakanlah dari awal hingga akhir kepada Raja
Melaka. Gajah yang besar dinamai Pudi Manikam dan seekor lagi Permata Sailan.
Beberapa ketika maka Raja Melaka ingin merajakan anakanda Baginda Raden Bajau
di Bukit Seguntang dan Laksamana dititahkan membantu merajakan anaknda
Baginda. Lalu Raden Emas Ayu hamil dan dapat anak perempuan, manakala Tun Teja
hamil dapat putera lalu dinamakan yang pertama Puteri Gunung Ledang, yang tengah
Sultan Mahmud dan bongsu Sultan Muhammad.

5.0 SASTERA HIKAYAT

4.1 DEFINISI SASTERA HIKAYAT :

Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa
Melayu lama dengan langgam bahasa dan stuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib
yang berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya.
Sastera Hikayat terbahagi kepada 3 golongan :

i. Sastera Hikayat Berunsurkan Hindu


ii. Sastera Hikayat Berunsurkan Hindu-Islam ( Zaman Peralihan )
iii. Sastera Hikayat Berunsurkan Islam

4.2 SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU


Sastera hikayat menurut Emies M.G dalam buku Bunga Rampai Melayu Kuno ialah
cerita-cerita yang bentuk bertulis dalam langgam bahasa dan struktur yang tertentu,
yang membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan. Cerita sastera hikayat ini berkisar
di istana dengan watak utama yang terdiri daripada putera dan puteri yang jelita,
berani serta pahlawan.

Hikayat Melayu pengaruh Hindu yang terkenal ialah hikayat yang disadur
secara langsung atau petikan-petikan terjemahan daripada bahagian-bahagian tertentu
daripada dua buah kitab epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata
dikenali sebagai cerita Pendawa dalam kesusasteraan Melayu.

Daripada Epik Mahabharata : Hikayat-hikayat Melayu yang disadur atau


terjemahan bahagian-bahagian tertentu dikenali sebagai Pendawa dalam kesusasteraan
Melayu ialah;

Hikayat Pendawa Lima


Hikayat Pendawa Jaya

4.2.1CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU


Dalam sastera hikayat berunsur Hindu terdapat beberapa ciri yang terkandung di
dalamnya. Iaitu dari segi struktur isi cerita, watak dan perwatakan, latar (setting)
cerita, dan kaya dengan unsur-unsur Hindu.
1. Dari segi tema

Sastera hikayat berunsur Hindu ini mempunyai tema mengenai tentang kisah-
kisah pengembaraan, percintaan serta peperangan sehingga watak itu
mendapat kejayaan dan kesenangan dalam hidup.
Hikayat-hikayat Melayu berunsur Hindu secara umumnya mengandungi
unsur-unsur cerita roman kerana hampir keseluruhan ceritanya dalam hikayat
jenis ini membawa tema percintaan, pengembaraan dan juga peperangan yang
berakhir dengan watak-watak utamanya mencapai kejayaan dan kebahagiaan
hidup.
2. Dari Segi Struktur / plot

Struktur isi cerita melibatkan jalan cerita yang begitu panjang tetapi
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu awal cerita, pertengahan dan
kemudian penyelesaian cerita. Awal cerita adalah permulaan cerita tersebut.
Manakala pertengahan cerita pula adalah bagaimana cerita itu mula
berkembang. Kemudian penyelesai cerita pula, di mana cerita itu berakhir dan
disitu juga cerita itu menemui kebahagian ataupun kesedihan.

3. Watak dan perwatakan :

Watak dalam sesebuah sastera hikayat itu amat penting sama seperti di dalam
novel. Ini kerana watak dapat menghidupkan lagi jalan cerita sesebuah hikayat
mahupun novel. Terdapat beberapa watak di dalam sastera hikayat Hindu. Dua
daripadanya ialah watak baik iaitu protogonis dan watak jahat iaitu antogonis.

Watak protogonis melambangkan kebaikan pada watak utama tersebut.


Ia bersifat keperwiraan, gagah berani, bersemangat waja, kental dan sedia
menghadapi segala rintangan yang mencabar.

Manakala watak jahat atau antogonis pula, melambangkan kejahatan.


Sifat yang dimiliki oleh mereka ialah sifat yang tidak bermoral, suka
menghancurkan dan menghalang kejayaan watak utama. Watak ini juga
mendatangkan masalah, menindas watak baik dan mendapat balasan yang
setimpal.
4. Latar Cerita

Meliputi alam yang luas dan tidak terbatas seperti alam kayangan, di bumi dan
di lautan.

Sementara dari segi latar cerita, ia meliputi alam yang luas dan tidak terbatas.
Kehidupan mereka diliputi dengan alam kayangan, di bumi mahupun di dasar
laut. Dunia khayalan yang khususnya untuk didiami oleh para dewa. Di alam-
alam kayangan tersebut terdapat kerajaan yang diperintah oleh raja-raja yang
terdiri daripada dewa-dewa yang tertentu sahaja.

5. Kaya dengan unsur-unsur Hindu

Sastera hikayat berunsur Hindu juga banyak memasukkan unsur-unsur


kesaktian seperti jelmaan watak, senjata sakti dan sebagainya. Kebanyakan
falsafah yang berunsur-unsur agama Hindu ini amat mengagung-agungkan
dewa-dewa Hindu sebagai makhluk yang berkedudukan tinggi. Selain itu
terdapat unsur-unsur sayembara untuk mendapatkan isteri dan juga falsafah
pengajaran hindu. Dalam hikayat sastera hindu ini terdapat unsur-unsur
kepercayaan Hindu seperti “upacara berkaul” iaitu doa yang ditujukan untuk
mendapat sesuatu yang dihajatkan dari dewa tertinggi.

i. Falsafah agama Hindu seperti keagungan kepada dewa-dewa Hindu sebagai


makhluk yang menduduki tempat yang mulia dan tinggi. Misalnya Dewa Agni
dalam Hikayat Seri Rama , penjaga api telah menyelamatkan Sita Dewi
daripada hangus terbakar.

ii. Unsur sayembara untuk mendapatkan isteri. Contoh Seri Rama terpaksa
mengadu kecekapan bermain panah sebelum berjaya mendapatkan Sita Dewi

iii. Unsur Sakti seperti senjata sakti, panah sakti, binatang-binatang sakti
seperti gajah, kijang dan burung jentayu
iv. Unsur falsafah pengajaran Hindu seperti unsur Karma dan Darma,
pembalasan kepada yang melakukan kejahatan, kejayaan akan dicapai setelah
mengalami berbagai-bagai kesusahan dan kesengsaraan.

PERANAN / FUNGSI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU


Sastera Hikayat berunsur Hindu ini memainkan peranan yang tersendiri. Ia
berperanan sebagai menghiburkan masyarakat pada ketika itu. Selain itu, ia
menjadi tempat untuk mendidik masyarakat dan menjadikannya sebagai
pengajaran. Ini supaya masyarakat mendapat iktibar kepada mereka. Sebagai
contoh, mereka yang membuat kejahatan akan mendapat hukuman yang
setimpal dengan perbuatan mereka. Manakala mereka yang berbuat baik akan
mendapat balasan baik.

1. Sebagai ‘alat hiburan’.

Sastera Hikayat ini memainkan peranan sebagai alat penghibur kepada


masyarakat. Ia mengisahkan tentang kecantikan, kehebatan, keperwiraan
watak wira dan wirawati. Cerita ini selalunya berakhir dengan ‘happy ending’.
Oleh sebab itu, masyarakat dapat menikmatinya dengan rasa gembira.

2. Sebagai alat “ escapism”.

Cerita ini mempunyai unsur-unsur kesaktian. Disebabkan kerana cerita-cerita


hikayat berunsur Hindu ini berunsur khayalan, dewa dewi, unsur-unsur
kesaktian dan ajaib, boleh ‘merehatkan’ atau melupakan seketika segala
masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

3. Sebagai ‘ alat pendidikan moral’.

Cerita sastera hikayat selalunya memberi pengajaran kepada masyarakat dan


ia kaya dengan unsur-unsur moral. Unsur-unsur moral positif seperti ‘yang
baik akan mendapat kemenangan, yang jahat akan menerima balasan setimpal
dengan perbuatannya dan menjadi contoh teladan. Ia juga sebagai
menyedarkan masyarakat tentang balasan yang akan diterima jika berbuat baik
ataupun sebaliknya.

4. Dapat memberi gambaran kehidupan masyarakat Melayu tradisional


terutama di istana-istana raja Melayu kerana kemewahan, kehebatan dan
sebagainya.

4.3 SASTERA HIKAYAT ZAMAN PERALIHAN HINDU-ISLAM


Hikayat Hindu Islam iaitu hasil-hasil kesusasteraan Melayu yang terdapat
Zaman Peralihan iaitu bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu yang masih
tebal dipengaruhi oleh unsur-unsur pengaruh Hindu. Zaman ini adalah
dikenali sebagai Zaman Peralihan.

Pengaruh yang utama bertapak di alam Melayu ialah kebudayaan Hindu, iaitu
sejak abad pertama masihi. Tetapi apabila Islam mula bertapak, sedikit demi
sedikit menghakis pengaruh Hindu dalam budaya masyarakat Melayu.
Walaupun masyarakat Melayu terpengaruh dengan Islam tetapi pengaruh
Hindu itu masih lagi di amal oleh orang Melayu hingga pada masa ini.

4.3 CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT ZAMAN HINDU ISLAM

Ciri-ciri Hikayat Hindu Islam dapat kita lihat dari segi tema, isi cerita, watak
dan perwatakan, gaya bahasa dan bentuk.

1. Tema
Tema dan motif hikayat-hikayat masih dibelenggui dengan unsur cerita Hindu. Iaitu
terdapat motifnya tentang pengembaraan, menyelamatkan kekasih dan sebagainya.
Kalau dinilai tidak banyak perubahan dari segi temanya dengan Hikayat Hindu yang
sering membawa tema pengembaraan, percintaan., dewa-dewi , kesaktian dan
sebagainya.
2. Isi cerita

Dari segi isi cerita pula tidak banyak perubahan daripada isi cerita yang
terdapat dalam hasil-hasil karya dalam zaman Hindu. Isi cerita masih
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian permulaan atau peristiwa
sebelum pemgembaraan yang menceritakan tentang asal usul watak utama,
latar keluarga dan tempat serta tentang sebab-sebab watak keluar
mengembara.

Bahagian kedua merupakan bahagian yang terpanjang iaitu kisah mengenai


pengembaraan watak utama, meliputi kisah watak utama menghadapi
berbagai-bagai kesusahan dan halangan. Berlaku pergaduhan, percintaan,
menunjukkan kehandalan dan kebijaksanaan bermain senjata serta mengambil
masa yang lama dalam mengembara.

Bahagian ketiga ialah kisah akhir cerita, menceritakan kejayaan yang dicapai
oleh watak utama dan berakhir dengan ‘happy ending’, di mana watak jahat
berjaya dikalahkan, watak utama bahagia dengan kekasihnya.

3. Watak dan perwatakan

Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik dan watak jahat. Watak
baik adalah daripada kalangan anak raja, mempunyai sifat keistimewaan dan
kelebihan yang tertentu. Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian
bagi membolehkan watak utama berjaya dalam mencapai hajat dalam masa
pengembaraan. Dari segi peranan watak tidak berubah.

4. Dari segi Judul Cerita

Cerita-cerita atau hikayat dari zaman peralihan ini memakai dua nama iaitu
nama Hindu dan nama Islam. Misalnya Hikayat si Miskin juga dikenali
sebagai Hikayat Marakarma, Hikayat Syah Nobat dikenali sebagai Hikayat
Syah al-Kamar dan sebagainya.
Contoh
Karya-karya yang terkandung dalam hasil-hasil sastera zaman peralihan ini
ialah:-

1. Hikayat Si Miskin atau Hikayat Marakarma.


2. Hikayat Serangga bayu atau Hikayat Ahmad Muhammad.
3. Hikayat Indera Jaya atau Hikayat Bikrama Datia Jaya.

5. Dari segi Unsur / Pengaruh:

Unsur-unsur Hindu seperti penggunaan latar alam kayangan, pertapaan,


peranan ahli nujum, unsur kesaktian, pengembaraan dan sebagainya masih
dikekalkan Bagaimana pun beberapa unsur Hindu seperti kepercayaan kepada
dewi dewi telah digantikan dengan kepercayaan kepada Allah.

Contoh:
Dalam Hikayat Putera Jayapati, Raja Kalawandu percaya kepada kekuasaan
Allah dengan berdoa supaya dikurniakan seorang putera.

6. Gaya bahasa

Karya-karya di Zaman Peralihan ini banyak memasukkan istilah-istilah yang


terdapat di dalam bahasa Arab-Parsi. Di mana permulaan ayat dimulai dengan
Syahdan, al-kisah, hatta, kalakian dan sebagainya. Nama-nama Hindu pula
pada alat-alat seperti, nobat, gangga dan dewa. Terdapat juga penyebutan
nama ‘Allah’.

7. Perantaraan Tulisan

Karya-karya yang masih tebal dengan unsur pengaruh Hindu ini ditulis/disalin
dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi daripada tulisan
bahasa Sanskrit.

8. Dari Segi bentuk


Bentuk puisi Islam iaitu Syair digunakan dan bercampur aduk dengan bahasa
Sanskrit serta unsur-unsur tempatan misalnya syair ini:

Tempat nyiur pauh janggi,


Diserang oleh Garuda Syah Peri,
Intan dinilai oleh jauhari,
Belum dikarang lagi,
Harapkan dinilai oleh jauhari.

Perkataan-perkataan seperti garuda, janggi, nyiur tidak ada dalam


perbendaharaan Islam. Ini jelas menunjukkan unsur tempatan dan hindu dalam
bentuk puisi Islam.

Bentuk hikyatat Hindu Islam juga berbentuk prosa/cerita yang dikenali


sebagai ‘hikayat’ adalah unsur pengaruh dari kesusasteraan Arab-Parsi.
Hikayat merupakan satu bentuk yang umum dalam kesusasteraan Melayu.
Karya-karya Hindu yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu memakai nama
‘Hikayat’, Misalnya Hikayat Sang Boma, Hikayat Serangga Bayu, dan
Hikayatr Inderaputera.

FUNGSI HIKAYAT HINDU-ISLAM


Sebagai alat hiburan kerana kisah-kisah kecantikkan, kepahlawanan wira-
wirawati mempunyai hiburan di mana diakhiri dengan happy ending.

Sebagai alat escapisme daripada kesibukkan, dari cerita dewa-dewa boleh


merehat sekejap atas masaalah yang dihadapi.

Sebagai alat pendidikan moral, seperti baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.

Dapat memberi gambaran keadaan masyarakat Melayu tradisional pada masa


itu.
BAHAGIAN C:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : BAHASA MALAYSIA

Tahun : 2 MERAH

Bilangan murid ; 24 orang

Tarikh : 12 NOVEMBER 2018

Hari : Isnin

Masa : 8.15 pagi – 9.15 pagi

Tema : Saya Anak Malaysia

Tajuk : Negara Kita

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama :

Standard Kandungan: 4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul
menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Standard Pembelajaran :4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara didik hibur.

Fokus Sampingan:

Standard Kandungan: 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi
dengan betul dan kemas.

Standard Pembelajaran: 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang


mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata diftog, vocal berganding, digraph
dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan kemas.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. melafazkan pantun empat kerat yang bertajuk “Negara Kita”


dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. Menulis secara mekanis sekurang-kurangnya dua daripada tiga


rangkap pantun yang diberi dengan betul dan kemas.
Sistem Bahasa : kosa kata – emas permata, ingatan, kasih sayang
sebutan, intonasi,
Pengisian Ilmu : Ilmu -Pendidikan Islam/Pendidikan Moral/Sains
Nilai - kasih sayang, cinta-mencintai, hubungan
silaturahim

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran berfikir : menjana idea

Kemahiran Belajar : membaca, menulis, mendeklamasi

Kecerdasan pelbagai : interpersonal

BBM : lirik lagu, lagu, video, komputer riba, LCD, Jalur


Gemilang, lembaran Kerja

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran
Set 1. Murid menonton KB:
Mendengar: tayangan video menghubung kait
Induksi: Lagu Jalur Gemilang lagu Jalur BCB: mengesan
Gemilang. maklumat
https://www.youtube. BBM:Komputer
com/watch?v=D6Wb riba. LCD
KIzj1Mk Nilai :kasih
Soalan : sayang
1. Apakah nama 2. Murid bersoal
bendera Malaysia? jawab soalan
2. Berapakah jumlah yang ditanya oleh
warna bendera guru.
Malaysia?
3. Berapakah bucu 3. Guru mengaitkan
yang terdapat pada jawapan dengan
bintang bendera tajuk
Malaysia? pembelajaran
iaitu Negara Kita.

4. Guru
menampalkan
objektif
pembelajaran
pada papan
hitam.
1. Murid dibahagikan KB:
Langkah Melafazkan pantun kepada empat kumpulan. menghubung
1 kait,
sebutan/intonasi/jeda yang 2. Guru mengedarkan menyenaraikan,
betul sampul surat yang menyusun atur
mengandungi satu
rangkap pantun kepada BBM : sampul
ketua Kumpulan. surat, pantun 4
kerat
3. Setiap kumpulan
melafazkan pantun Nilai: keyakinan
tersebut manakala kerjasama
kumpulan lain membuat
penilaian berdasarkan Murid membuat
senarai semak yang penilaian
disediakan. menggunakan
senarai semak
6.Guru berbincang
dengan murid tentang
maksud pantun, rangkap
demi rangkap.
1. Guru
Langkah Melengkapkan pantun menerangkan KB :
2 empat kerat ciri-ciri pantun. melengkap,
menyusun
ciri-ciri pantun : 2. Murid dibahagi
-empat baris serangkap kepada empat BCB :
- 8 hingga 12 suku kata kumpulan menyusun
- 4 hingga 5 perkataan maklumat
sebaris 3. Guru
-rima akhir abab mengadakan BBM : keratan
-mempunyai pembayang permainan bahasa pantun
dan maksud dengan
melengkapkan Nilai: kerajinan,
pantun empat semangat
kerat. berpasukan

4. Kumpulan yang
dapat
melengkapkan
pantun dengan
menggunakan
bahasa yang
tepat, indah dan
menarik menjadi
pemenang.
1.Murid dibahagi kepada KB: menjana
Langkah Lembaran kerja empat kumpulan. idea
3
2.Murid mewarnakan BCB : mencari
Jalur Gemilang dengan maklumat
warna yang betul
dalam kumpulan. BBM : kad
perkataan
3.Murid menjawab
soalan yang terdapat Nilai: kasih
dalam lembaran kerja. sayang, bantu-
membantu,
4.Murid kerjasama
membentangkan hasil
lembaran kerja.

5.Pengayaan

Murid melafazkan
pantun empat kerat.

6.Pemulihan

Murid melengkapkan
pantun berdasarkan
pembayang dan
maksud pantun yang
diberikan.

Penutup Kognitif : 1. Guru meminta murid


 Cara melafazkan melafazkan pantun KB : menhubung
pantun dengan betul dengan betul kait
 Ciri-ciri pantun 2. Guru membuat
empat kerat ulasan tentang ciri-ciri Nilai : kasih
pantun sayang, cinta-
Sosial : menyintai
3. Guru mengakhiri
Nilai : kasih sayang, cinta- pelajaran dengan BBM : pantun
menyintai menerapkan nilai-nilai
murni
Lampiran 1

Pantun Kasih Sayang

Bunga tanjung bunga ternama,


Dipetik oleh si anak dara,
Wahai cik adik saya bertanya,
Negara kita apa namanya.

Pergi ke tanam memetik bunga,


Bunga dipetik harum baunya,
Wahai cik abang ini jawabnya,
Negara kita Malaysia namanya.

Pergi ke bendang menuai padi,


Padi di tuai penuh seraga,
Jika cik adik bijak bestari,
Negara kita bila merdeka

Beli arang di kedai nyonya,


Hati – hati tercalit muka,
Wahai cik abang ini jawapnya,
31 Ogos kita merdeka
Nama :.........................................................................................................
Kelas : ...............................................................................................................
Arahan : Warnakan Jalur Gemilang di bawah.

1. Adakah warna bintang pada Jalur Gemilang ialah biru?

..........................................................................................................................................

2. Terdapat lima warna pada Jalur Gemilang.

..........................................................................................................................................

3. Merah adalah warna yang terakhir pada jalur bendera Malaysia?

..........................................................................................................................................

4. Adakah anda bangga menjadi anak Malaysia?

..........................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai