Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruangdan perubahan.
Subjek ini menggunakan kebolehan untuk berfkir secara logik bagi menyelesaikan masalah,
melihat pola dan membuat ramalan. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik
memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan
murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari.

Sebagai seorang guru Matematik, kita sering menghadapi masalah tentang pengajaran
geometri, sukatan dan pengendalian data. Kebanyakkan murid sering menghadapi pelbagai
isu seperti tidak memahami konsep, ciri-ciri atau miskonsepsi bagi ketiga-tiga topik tersebut.
Dengan itu, mereka akan berasa bosan dan tidak minat untuk belajar Matematik.
Walaubagaimanapun, kita harus memahami isu-isu yang dihadapi oleh murid-murid di
sekolah. Isu-isu yang wujud ini akan menjadi halangan untuk melangkah ke tajuk yang
seterusnya. Jadi,langkah-langkah mengatasi perlu diambil supaya murid tidak mengulangi
kesilapan yang sama.

2.0 ISU TERHADAP TOPIK SUKATAN

Bagi pengajaran sukatan atau ukuran pula, topik yang terlibat adalah panjang, jisim dan
isipadu. Keempat-empat topik ini mempunyai konsep dan ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu,
kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam konsep matematik atau dikenali sebagai
miskonsepsi. Guru harus peka terhadap kesilapan yang murid lakukan supaya dapat
membantu mereka memahami dan membantu mereka memperbetulkan kesalahan yang
dilakukan.

Menurut kepada jurnal yang bertajuk keberkesanan kicup dalam penukaran unit panjang
dalam kelas pemulihan matematik oleh (Khoo Chwee Hoon, 2015) , dalam ukuran panjang,
miskonsepsi sering berlaku dalam penukaran unit kilometre (km) kepada meter (m), meter (m)
kepada sentimeter (cm) dan sentimeter (cm) kepada millimetre (mm). Ini disebabkan terlalu
banyak rumus penukaran unit harus diingatkan. Berdasarkan kepada penyata masalah artikel
ini, masalah utama yang dihadapi oleh murid pemulihan matematik ialah mengambil masa
yang lama untuk menyelesaikan soalan penukaran unit panjang dan berasa bosan untuk
menyelesaikan soalan penukaran unit panjang kerana kurang mahir untuk memindahkan titik
perpuluhan ke kiri atau ke kanan (selepas proses pendaraban atau pembahagian) untuk
memperoleh jawapan yang tepat. Murid sering melakukan kesalahan ini adalah kerana tidak
teliti atau menghiraukan unit yang diberikan.

Bagi mengatasi masalah ini guru perlu mempelbagaikan kaedah cara penukaran unit.
Secara konseptualnya, penekanan penerangan penukaran cm kepada mm merujuk kepada

1
pembaris murid. Dengan ini, ingatan murid akan lebih kukuh lagi bahawa unit cm kepada mm
lebih pendek maka ianya 1 cm = 10 mm. Selain menggunakan alat ukuran guru juga boleh
menggunakan tangga unit ukuran panjang bagi membantu murid memahami penukaran unit
panjang dengan lebig betul.

Contohnya, bagi menukar unit km kepada m murid akan turun 3 tangga. Setiap tangga
dikira 10 maka, 10x10x10 =1000m. Dengan ini, murid akan mudah memahami cara
penukaran dan tidak akan keliru semasa menukar seperti dengan berapa kena darab atau
bahagi dan sebagainya.

Kesukaran yang dikenalpasti sehingga menimbulkan miskonsepsi ialah murid tidak dapat
memahami bahasa dalam soalan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak dapat memahami
kehendak soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian masalah kepada
ayat matematik. Penyelesaian masalah merupakan suatu proses, yang melibatkan empat
langkah utama sebagaimana dijelaskan dalam model Polya iaitu memahami masalah,
merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kemnali. Selain itu
juga gambaran yang jelas boleh digunakan oleh guru bagi membantu murid memahami
bahasa yang digunakan dalam soalan penyelesaian masalah. Memberi gambaran yang
sebenar seperti memperlihatkan dalam bentuk garis nombor atau gambar. Penggunaan
pelengkap bagi pecahan ditekankan kepada murid

Contoh soalan adalah seperti berikut:

Beberapa pokok bunga ros dan pokok bunga matahari ditanam disuatu lorong sepanjang
520 m supaya tempat itu kelihatan lebih menarik. daripada panjang lorong itu ditanam dengan
pokok bunga ros. Hitung panjang dalam km, lorong itu yang ditanam dengan pokok bunga
matahari.

2
Contoh Penyelesaian menggunakan kaedah Polya adalah seperti berikut:

1) Memahami masalah

2) Merancang penyelesaian

3) Melaksanakan penyelesaian

4) Meninjau kembali

3
3.0 ISU TERHADAP TOPIK MASA DAN WAKTU DAN CARA PENAMBAHBAIKAN

Dalam topik masa dan waktu, murid seringkali melakukan kesalahan dalam menukar unit-
unit masa. Menurut kajian yang dijalankan oleh (Omar, 2013), murid-murid sekolah rendah
didapati mengalami kesukaran dalam mengingati persamaan antara sesuatu unit masa. Ini
sekaligus akan cenderung bagi murid untuk melakukan kemahiran menukarkan unit-unit masa
dengan betul. Guru turut menghadapi masalah untuk menjelaskan hubungan antara unit-unit
masa kepada murid-murid. Kajian kes yang dilakukan oleh (Osman, 2012) membuktikan
bahawa murid-murid sering keliru dengan operasi yang seharusnya digunakan untuk menukar
masa dari satu unit ke unit lain.

Menurut jurnal yang bertajuk isu-isu berterusan dalam pendidikan matematik oleh (NOOR
AZLAN AHMAD ZANZALI, 1995), tugas utama guru adalah untuk menterjemahkan
kandungan pelajaran kepada suatu bentuk lain yang boleh difahami oleh murid melalui
sesuatu siri aktiviti pembelajaran yang sesuai (fernstermacher, 1986). Hal ini selaras dengan
pedagogi abad ke-21 dimana guru dikehendaki mengubah kaedah penyampaian isi
kandungan (content knowledge) dengan mengambil kira tahap kognitif murid-murid (Shulman,
1987).

Bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan kemahiran menukar unit, (SHAHRI,


2011) dalam kajiannya tentang cara meningkatkan kemahiran menukarkan unit-unit masa
telah memperkenalkan teknik akronim yang dikenali sebagai ’Kisah Charlie’. Teknik ini
diharap dapat mengurangkan kebarangkalian kesalahan yang sering dilakukan di samping
menimbulkan keseronokan dalam menyelesaikan masalah penukaran unit masa. Teknik yang
diperkenalkan ini memerlukan murid menguasai kemahiran mendarab dan membahagi.
Murid-murid membaca dan mengingati akronim bagi unit-unit masa seperti berikut.

Seterusnya, murid-murid membaca dan mengingati hubungan di antara unit-unit masa


sebagai nombor telefon Charlie iaitu 1010-127*24-6060. Nombor ini dibaca seperti berikut.

1010 - sepuluh sepuluh

127*24 - dua belas tujuh star dua puluh empat

6060 - enam puluh enam puluh

4
Murid-murid membaca dan menulis huruf pertama setiap akrorim yang diwakili oleh
unit-unit masa secara melintang.

Membaca nombor telefon Charlie dan meletakkan hubungan unit-unit masa ditengah-tengah
antara dua akronim secara berturutan.

Melukis anak panah ke kanan (operasi pendaraban) bagi penukaran unit masa besar
kepada kecil manakala anak panah ke kiri (operasi pembahagi) bagi penukaran unit masa
kecil kepada besar.

5
4.0 ISU TERHADAP TOPIK GEOMETRI

Dalam pengajaran geometri, murid harus difahamkan dengan konsep geometri dari yang
paling asas iaitu pengetahuan tentang bentuk-bentuk 2D dan 3D. Dalam konsep geometri, ia
memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu keadaan
bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina melalui aktiviti manipulatif dimana dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman mereka terhadap konsep geometri.
Tetapi ramai kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep
pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan aktiviti manipulatif semasa
pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang dialami oleh murid-murid adalah
kesukaran mengenalpasti dan keliru terhadap nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran
memahami ciri-ciri bentuk rajah, kesukaran membayangkan bentangan dan lain-lain.

Bagi penyelesaian terhadap miskonsepsi, guru boleh meminta murid menggunakan unit
kubus untuk membina lapisan-lapisan pepejal supaya murid sedar terdapat lapisan yang
tersembunyi. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) dan
bahan konkrit yang ada di sekeliling murid dalam menyampaikan konsep geometri. Dengan
itu, murid akan lebih memahami konsep geometri. Penggunaan bahan konkrit juga turut
membantu dalam pembinaan imej mental yang lebih jelas dalam memahami idea-idea dan
konsep-konsep matematik. Hal ini dibuktikan dalam kajian mengenai penggunaan bahan
bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendah yang
dijalankan oleh (Lai Kim Leong, 2016). Menurut Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa
kanak-kanak memerlukan pengalaman konkrit untuk memahami istilah dan simbol Matematik.

Hal ini selaras dengan pedagogi abad ke 21 iaitu menggunakan strategi berpusatkan
bahan. Menjadi cabaran bagi guru-guru untuk lari dari menggunakan kaedah pendidikan
tradisional yang hanya menggunakan buku teks dan papan putih.. Kaedah tradisional ini perlu
diubah dengan memberi peluang kepada murid itu sendiri untuk menyiasat dan meneroka
sendiri maklumat yang perlu mereka cari. Secara tidak langsung, teknik ini dapat mengasah
kemahiran visualisasi dan komunikasi murid-murid dalam pembelajaran di dalam bilik darjah
(Kanapathy, 2015).

6
5.0 ISU TERHADAP TOPIK PENGURUSAN DATA

Berdasarkan kepada jurnal pengajaran pengurusan data dalam matematik sekolah


rendah oleh (RUSDIN, 2012) isu yang sering berlaku dalam kalangan pengajaran dan
pembelajaran topik pengurusan data adalah miskonsepi murid tentang tidak tahu
memindahkan data dalam bentuk piktogram berdasarkan maklumat yang diberi. Miskonsepsi
ini sering berlaku apabila murid tidak tahu untuk membina data dalam bentuk piktogram. Hal
ini disebabkan oleh kekeliruaan tentang tajuk yang perlu di tulis dalam piktogram tersebut.

Guru boleh menggunakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai kaitan dengan murid-murid


melibatkan pengumpulan data dalam kelas yang di ajar supaya mudah difahami. Contohnya ,
melukis piktogram tentang bilangan murid dalam kelas mengikut bulan kelahiran. Antara
aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini ialah meminta murid
menyenaraikan bulan-bulan dalam setahun. Kemudian murid diminta menyatakan bulan
kelahiran mereka di dalam jadual yang disediakan. Setiap murid diberikan pelekat bergambar.
Murid diminta melekatkannya mengikut bulan kelahiran mereka di dalam jadual.

Guru menerangkan bahawa setiap pelekat mewakili 2 orang murid. Seterusnya guru
menyoal murid .Berapakah pelekat yang diperlukan untuk seorang murid. Guru memberi
bimbingan kepada murid dan menerangkan langkah yang perlu diingati semasa melukis
piktogram.

7
6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, isu yang sering dihadapi oleh murid adalah miskonsepi dalam
sesuatu topik. Mereka tidak memahami konsep dengan teliti dan melakukan kesilapan dalam
penyelesaian masalah. Ini akan menyebabkan murid berasa kehilangan keyakinan dan bosan
kerana sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Oleh itu, guru harus berperanan untuk
mendidik murid dengan menjelaskan konsep terlebih dahulu sebelum menyelesaikan
masalah. Guru harus mempelbagaikan kaedah dan pendekatan pengajaran supaya murid
tidak berasa bosan dan menganggap matematik adalah sukar bagi mereka (Arifin, 2013). Oleh
itu, guru harus peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid dan memberi bantuan untuk
menyelesaikan masalah supaya tidak mengulanginya pada masa akan datang.

8
7.0 RUJUKAN

Arifin, M. S. (2013). KAJIAN PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH. Retrieved from
https://www.academia.edu/35657860/Kajian_Penggunaan_Media_dalam_Pengajaran_dan_
Pembelajaran_Matematik_di_Sekolah_Rendah

Kanapathy, G. A. (2015). KEMAHIRAN VISUALISASI DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM


KALANGAN MURID TAHUN 5 DI SEBUAH SJKT DAERAH KUALA MUDA YAN, KEDAH. Retrieved
from Universiti Utara Malaysia:
http://repo.uum.edu.my/23100/1/ICECRS%2C%201%20%282016%29%20909-916.pdf

Khoo Chwee Hoon, L. Y. (2015). KEBERKESANAN KiCUP DALAM PENUKARAN UNIT PANJANG DALAM
KELAS PEMULIHAN MATEMATIK. Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015. Retrieved from
http://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/10.pdf

Lai Kim Leong, K. A. (2016). KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM
PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH. Retrieved from
https://www.academia.edu/6823985/SATU_KAJIAN_MENGENAI_PENGGUNAAN_BAHAN_B
ANTU_MENGAJAR_DALAM_PENGAJARAN_PEMBELAJARAN_MATEMATIK_DI_SEKOLAH_REN
DAH_oleh

NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI, U. T. (1995). Isu-Isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Jurnal
Pendidik dan Pendidikan, Jilid 14,. Retrieved from
http://apjee.usm.my/JPP_14_1995/Jilid%2014%20Artikel%2003.pdf

Omar, S. N. (2013). Retrieved from PENGGUNAAN KAEDAH JUMPING BOX PENGUASAAN


KEMAHIRAN MENUKAR UNIT MASA HARI, JAM, MINIT DAN SAAT DALAM KALANGAN MURID
5 AMANAH:
https://www.academia.edu/8454458/SEMINAR_KAJIAN_TINDAKAN_PISMP_2013_98_PENG
GUNAAN_KAEDAH_JUMPING_BOX_BAGI_MENINGKATKAN_PENGUASAAN_KEMAHIRAN_ME
NUKAR_UNIT_MASA_HARI_JAM_MINIT_DAN_SAAT_DALAM_KALANGAN_MURID_5_AMAN
AH

SHAHRI, P. N. (2011). MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENUKARKAN UNIT-UNIT


MASAMENGGUNAKAN TEKNIK ’KISAH CHARLIE’ DI KALANGAN MURIDTAHUN 5 AL-FALAH. SK
FELDA KAHANG BARAT86000 KLUANG, JOHOR.

9
8.0 LAMPIRAN

10
11
12
13
14
15
16
17
18