Anda di halaman 1dari 1

8.

0 IMPAK PROGRAM

8.1 Semangat berkerjasama

Melalui program ini, semangat berkerjasama dalam kalangan ahli dapat dibentuk
terutamanya semasa menjalakan aktiviti. Segala keperluan seperti peralatan dan makanan
sepanjang majlis telah disusun dan diagih oleh ahli secara sukarela tanpa perlu menanti arahan.
Sikap ringan tulang ini banyak membantu dalam menjayakan majlis tersebut. semangat seperti
ini merupakan contoh yang seharusnya diterapkan kepada masyarakat dalam memupuk
kesepaduan dan saling bantu membantu dalam kehidupan seharian.

8.2 Menimba pengalaman

Perjalanan dalam menjayakan majlis tersebut telah banyak memberi pengalaman kepada
setiap ahli untuk menguruskan program seumpamanya khususnya program yang melibatkan
masyarakat. Bermula daripada kertas kerja kepada peringkat perlaksanaan program, ahli
kumpulan bukan sahaja dapat menimba pengalaman dalam menguruskan sesuatu majlis, malah,
ilmu pengetahuan yang telah diperolehi akan membolehkan semua ahli untuk mengasah bakat
dalam mengendalikan majlis misalnya berkaitan komunikasi yang berkualiti.

8.3 Memupuk sifat kepimpinan

Proses membentuk kepimpinan dalam diri pelajar akan dapat dilaksanakan melalui
program ini, pembahagian kumpulan yang dibentuk memerlukan kepimpinan individu bagi
melancarkan proses perlaksanaan dan pengagihan tugas. Kerja yang tersusun sekali gus
memperlihatkan tahap kepimpinan individu yang membuahkan hasil. Penerapan unsur
kepimpinan ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pelajar terhadap asas menjadi
seorang pemimpin serta proses pengendalian sesuatu aktiviti sebagai seorang ketua.

8.4 Pembangunan rohani dan jasmani

Program ini dibentuk untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan seimbang dari
segi rohani dan jasmani. Pelajar dapat menginsafkan diri dengan menghayati kehidupan insan
lain yang kurang bernasib baik dengan merasai sendiri perasaan tersebut. hal ini dapat menanam
sifat ihsan di dalam diri pelajar untuk menghargai kehidupan yang diberikan dan membantu insan
yang memerlukan. Situasi ini dapat memghasilkan modal insan pelajar yang seimbang
berteraskan sifat kasih sayang terhadap masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai