Anda di halaman 1dari 28

BACHELOR OF TEACHING (PISMP)

TEACHING OF ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE (TESL)


YEAR 1 SEMESTER 1 (2015)

NOTES
ELMK3013
PENGENALAN KEPADA
KONSEP MORAL
TEO WOON CHUN
OCTOBER 2015
ISI KANDUNGAN
Bab 1: Konsep
 Kemoralan
 Baik, Benar dan Patut
 Refleksi Amalan Nilai Kendiri
 Menangani Kelemahan Diri
 Wawasan dan Piagam Kendiri

Bab 2: Panduan Tingkah Laku Moral


 Peraturan Agama
 Adat
 Undang-undang
 Peraturan Moral

Bab 3: Konsep Asas Moral


 Definisi Nilai
 Pernyataan Normatif
 Pernyataan Deskriptif
 Fungsi Nilai
 Pengekalan Ketamadunan

Bab 4: Insan Bermoral


 Pembentukan Insan Bermoral Secara Terpimpin
 Integriti
 Patriotisme
 Berbudaya Cemerlang
 Insan bermoral mengikut perspektif Barat dan Islam

Bab 5: Modal Insan Moral


 Tokoh Keluarga
 Tokoh Tempatan
 Tokoh Antarabangsa

2
Bab 1: Konsep

1.1 Kemoralan
 Kualiti dan sifat perlakuan atau tindakan yang berdasarkan prinsip apa yang dianggap
betul dan apa yang salah.
 penting dalam hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan
 berkaitan dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan
individu (sesiapa yang tidak mematuhi peraturan masyarakat atau kelaziman adat akan
dianggap sebagai tidak bermoral)
 merupakan satu instrumen masyarakat untuk membimbing dan memimpin individu atau
kumpulan kecil untuk menjalani kehidupan masyarakat
 merupakan satu institusi kehidupan sosial yang membantu dalam bimbingan kendiri
atau penentuan kendiri secara rasional (Thangavelu, 2009)
 Sumber rujukan moral: Nilai agama, undang-undang, budaya, ibu bapa, guru, pemimpin,
masyarakat atau sesiapa sahaja yang mempunyai autoriti
 Bermoral ≠ menurut peraturan tanpa berfikir, kerana kebebasan merupakan salah satu
drpd prinsip moral. Penolakan nilai-nilai moral lama (spt sistem perhambaan, sistem
kasta) menunjukkan unsur pemikiran perlu ada dalam amalan moral.
 Menurut Harry Bowne, terdapat tiga jenis kemoralan:
1. Kemoralan peribadi
 usaha utk bertingkah laku atau bertindak dengan memikirkan akibat sama
ada baik atau buruk yang akan terjadi
 Contoh: Seseorang murid rajin belajar sebab dia menyedari kebaikannya.
2. Kemoralan sejagat
 peraturan umum yg ditentukan dan dpt diterima oleh manusia sejagat
 Cth: memberi dan menerima rasuah tidak boleh diterima oleh semuam
anusia yg bermoral di dunia kerana kesan buruk dan ketidakadilan
3. Kemoralan mutlak
 set peraturan yang mesti diikuti walaupun mengetepikan kepentingan diri
 kemoralan datang daripada pihak yang berautoriti
 manusia perlu mengikut tanpa memikirkan akibatnya

3
1.2 Baik, Benar dan Patut

BAIK : memberi faedah atau bagus


- Perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya.
- Terdapat 5 situasi yang berbeza yang menentukan makna “baik” yang lain:
Fizikal Alat itu memberi lebih banyak faedah dan cantik
Kepuasan diri Memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu teknologi, kecekapan dan
sebagainya
Kelakuan Gerak-geri yang ditunjukkan menepati dan bersesuaian/ tidak jahat.
Penyakit Dalam proses pulih atau kembali kepada asalnya
Hubungan/ Sangat sesuai dan rapat
persahabatan

Hobbes: Sebarang objek yang diingin itu adalah baik baginya dan sebarang objek yang
dibenci adalah buruk.
Levis: Baik atau buruk ialah pengalaman seseorang individu secara intrinsik.
Confucius: Baik itu ialah menjalankan t/jwb dgn penuh dedikasi.
Aristotle: Baik ialah unsur kebahagiaan yang ada dan dirasainya.

Jenis “kebaikan”:
Ekstrinsik Penilaian atau Penilaian terhadap kerja atau Seorang murid mendapat
taksiran objek berdasarkan satu ukuran, keputusan 9A dalam
piawaian kriteria atau standard. keputusan peperiksaan.
Masa yang Baik kerana memudahkan kerja, Penggunaan komputer
diperlukan menjimatkan masa dan tenaga. banyak memudahkan dan
mempercepatkan kerja.
Membuat Baik kerana keputusan atau Buku yang dibeli baik kerana
keputusan atau pemilihan yang dibuat sangat kandungannya sangat
pemilihan sesuai. berkaitan dengan tugasan
yang akan disiapkan
Intrinsik Sokongan atau Pendapat atau ucapan yang Pendapat itu baik kerana ia
nasihat bernas dan menyakinkan sesuai dan dapat
menyelesaikan masalah.
Menghargai Baik kerana memuji hasil kerja Cik Moly dipilih kerana
atau memuji yang cemerlang projek2 lepas telah
dilaksanakan dgn baik tanpa
sebarang masalah.

BENAR : betul, mempunyai fakta, bukti-bukti yang sah dan diterima umum
- “benar” atau “salah” bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan
- hanya dirasai secara instrinsik
- Darjah keseronokan berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.
- Benar atau salah itu hanya wujud dalam hati manusia

4
Jenis “kebenaran”
Kebenaran Tugas kebenaran yang mutlak : Kepercayaan kepada Tuhan dan menurut
yang mutlak ajaran agama.
Contoh: Orang Islam wajib berpuasa semasa bulan Ramadhan.
Kebenaran Kebenaran boleh dibuktikan dengan fakta2 atau maklumat2 yang dikumpul
secara dan dianalisis secara saintifik
saintifik
Kebenaran - mengikut situasi dan tidak mutlak
secara relatif - termasuk pantang larang dan peraturan adat
- Perkara yang dikatakan hari ini mungkin benar terapi dengan perubahan
masa mungkin ia akan menjadi salah.
- kemungkinan besar tidak boleh diterima bulat-bulat pada masa ini

PATUT: baik atau elok (perangai, perbuatan dll), layak, sesuai, tidak berlebihan atau
berkurangan, mesti wajib, perlu dan seharusnya, sesuai dan padan.
- sama dengan konsep baik kerana ia mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana
- Konsep ini memerlukan penilaian secara intrinsik iaitu:
 Memberi pertimbangan terhadap suatu standard yang diterima oleh manusia
 Memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-fakta yang wujud
 Memberp pertimbangan nilai yang logik
- Terdapat tiga aspek dalam “patut” dalam konsep etika iaitu:
 Tindakan yang boleh diambil semasa menunggu pilihan altenatif lain. Ini bermakna
tindakan itu belum lengkap kerana pada masa keputusan dibuat tiada cara yang lebih
baik.
 Tindakan yang seharus dibuat tetapi tidak dilakukan.
 Tindakan yang digemari atau selesa dilakukan walaupun tindakan itu bukan yang
terbaik atau unggul.
- “Patut” bermaksud:
 Sesuatu yang perlu dilakukan dan dipenuhi
 Sesuatu tindakan yang terbaik untuk dilakukan dengan fikiran yang rasional
 Tindakan yang dilakukan berdasarkan nilai-nilai agama, masyarakat dan undang-
undang.

1.3 Refleksi Amalan Nilai Kendiri (Sumber: Nota IPRM drpd Nuna)
Konsep pemikiran refleksi
 Satu cara menghadapi situasi bermasalah
 Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara
refleksi dan menyelesaikannya secara praktik.
 Satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti yang telah
dilalui atau dialami serta membuat penganalisisan dan penilaian terhadap kelebihan
atau kekurangan yang berlaku dengan tujuan untuk penambahbaikan

5
 Suatu proses mental yang bertujuan mendapatkan hasil terbaik daripada situasi atau
perlakuan yang dialami dan ia amat berkait rapat dengan pemikiran dan proses
pembelajaran

Menilai sama Menilai


memikirkan
Memerhati ada peristiwa tindakan itu
cara yang
secara tersebut berlaku berdasarkan
sesuai utk
teperinci apa diesebabkan satu standard
memberi
yang berlaku oleh nilai (agama,
reaksi atas
sekelilingnya tindakannya, etika, nilai
peristiwa itu
perasaannya dll m'rkt dsb)

Merancang
memikirkan cara respon
tindakan yg perlu tindakan itu perlu
sekiranya peristiwa yg sama
dibuat pd masa bertujuan utk
berlaku pd masa depan utk
skrg dan akan berubah kpd
menjaga hubungan dgn tuhan,
datang utk keadaan yg
orang lain, alam dan kebaikan
membaiki LEBIH BAIK
diri sendiri
keadaan

Konsep kendiri
 Diri dimana individu itu sendiri berikan kepada dirinya sendiri secara sedar apabila
menggunakan perkataan “saya” dan “aku”
 Pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas
tentang dirinya daripada orang lain
 satu tanggapan individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu yang lain
sejak peringkat bayi.
 satu integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya tentang
tanggap orang lain terhadap dirinya.
 digunakan untuk meramal masa depannya atau tindakan yang bakal diambil.

Konsep penilaian kendiri


 Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilaian mengenai dirinya sendiri
 Proses berfikir mengenai diri dan berusaha untuk membaiki segala kelemahan diri atau
mengekalkan atau membuat penambahbaikan terhadap keuatan diri
 Penting untuk menjadi panduan pada masa depan serta menjadikan diri seorang
berubah ke arah kebaikan

Implikasi konsep penilaian kendiri dalam proses P & P


 Dalam proses P & P, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka
kerana guru tidak mungkin mengetahui atau berupaya mengetahui apa yang pelajar
benar-benar tahu. Kadang-kadang, pelajar sendiri tidak mengenal keupayaan sendiri
tanpa membuat refleksi, pertimbangan & penilaian.

6
 Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri.
 Cara penilaian kendiri: Senarai semak
o Pelajar menstruktur butiran dan kriteria yang hendak dinilai
o Meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/ kumpulan) membuat penilaian
terhadap dirinya
o Dapatan dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar sendiri

1.4 Menangani Kelemahan Diri


 Kelemahan diri boleh dikesan selepas seseorang itu membuat refleksi kendiri dan
penambahbaikan kelemahan diri akan dibuat berdasarkan refleksi kendiri yang telah
dilakukan
 Cara menangani kelemahan diri:
o Berfikiran positif
o Memerima kekurangan diri
o Percaya bhwa segala kelemahan ada cara mengatasinya
o Memilih kawan yang baik dan sentiasa memberikan motivasi bagi meningkatkan
keyakinan diri
o Berjumpa kepada yang ahli atau pakar untuk mengatasi kelemahan diri yang
ketara dan serius
 Kesan seseorang individu tidak dapat mengatasi kelemahan diri:
o Membunuh diri
o Mengasingkan diri, dan
o Gagal dalam hidup dan benci diri sendiri

1.5 Wawasan dan Piagam Kendiri


 Maksud “Piagam”:
o Surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang
sesuatu dasar dan lain-lain
o Daftar atau charter, dan didalamnya terkandung ikrar
 Piagam kendiri: Ikrar atau janji kepada diri sendiri untuk mencapai standard diri atau
membaiki kelemahan seperti yang telah dicita-citakan
 Piagam kendiri memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain.
 Contohnya, jika seseorang itu mempunyai piagam kendiri untuk menjadi manusia yang
lebih baik maka kesannya akan dirasai oleh orang di sekelilngnya.

7
BAB 2: PANDUAN TINGKAH LAKU MORAL

2.1 Peraturan Agama


 Berdasarkan rukun dan prinsip yang terdapat dalam sesuatu agama
 Meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan
 Peraturan ini termaktub dalam kitab-kitab suci agama dan kepercayaan masing-masing
seperti:
 Al-Quran – Islam
 Injil – Kristian
 Bhagawadgita – Hindu
 Tripitaka – Buddha
 Taurat – Yahudi
 Guru Granth Sahib – Sikh
 Wu Jing dan Si Shin – Konfusius
 Peraturan agama dengan jelas telah menetapkan:
 perkara-perkara yang wajib dan patut dilakukan
 batasan-batasan yang tidak boleh dilanggar
 Konsep dosa dan pahala
 Balasan-balasan yang akan diterima oleh penganut jika mengingkari larangan
dan tegahan yang dinyatakan
 Peraturan agama agak TEGAS kerana ingin membentuk manusia mengikut prinsip
yang telah digariskan.
 Kepatuhan kepada peraturan agama lebih mendalam berbanding dengan peraturan
moral dan etika kerana rasa bertanggungjawab itu bukan setakat hubungan dengan
sesame manusia tetapi juga memikul amanah dari Tuhan.

Ciri-ciri Peraturan Agama


• Bersifat tetap, tidak boleh berubah, tercatat dalam kitab suci
• Mempunyai disiplin yang kuat dan ketat, tiada pengecualian
• Prinsip-prinsip dalam peraturan agama jelas secara tersurat dan tidak boleh
dimanipulasikan mengikut masa dan keadaan
• Bukan ciptaan manusia (kecuali agama dunia)
• Penganut wajib mematuhinya
• Bersifat mutlak dan universal
• Mempunyai ‘kekuatan moral’ dan ‘kesedaran tinggi’ untuk patuh
• Melibatkan hubungan manusia dengan manusia, dengan alam dan Tuhan
• Ada nabi sebagai penyampai dan pengasas kepercayaan

2.2 Adat
 Konsep adat:
 Satu kebiasaan hidup manusia dalam masyarakat dan budaya.
 Menurut Kamus Dewan (1989), adat bermaksud peraturan yang sudah
diamalkan turun menurun (sejak dahulu kala) dalam sesuatu masyarakat.

8
 Dr. R. Van Dijk (n.d.) menyatakan bahawa adat ialah semua kesusilaan dan
kebiasaan dalam semua lapangan hidup, juga semua peraturan tingkah laku.
 Syed Alwi (n.d.) mengatakan adat adalah peraturan-peraturan hidup yang
dipusakai daripada datuk nenek kita dan yang diperturunkan daripada bapa
kepada anak atau daripada yang tua kepada yang muda dengan kaedah ditunjuk,
diajar, ditegur dan disapa dan tidak dengan secara bertulis.
 Peraturan adat meliputi soal kepercayaan, cara hidup, ajaran, teguran dan pantang
larang.
 sangat berbeza dengan agama.
 tidak tertulis dan tidak ada pengasasnya secara individu.
 dipengaruhi dengan kepercayaan lama, moral semasa dan sejagat. Peraturan adat
diwarisi dan tidak diajar secara formal.
 terdedah dengan penghakisan, diketepikan dan tidak diamalkan kerana peredaran
zaman.
 Ada kemungkinan berbeza dan bertentangan dengan kaum
 Bersifat setempat berbanding moral yang lebih bersifat universal
 Adat bertujuan memelihara kesopanan dan kesusilaan (selari dengan peraturan
moral). Oleh itu, orang yang tidak mematuhi peraturan adat dianggap sebagai tidak
bermoral.

Ciri-ciri Peraturan Adat


• Dicipta oleh manusia secara kolektif, tiada pengsas
• Cara hidup manusia yang mementingkan sifat perlakuan dan emosi yang baik
• Disampaikan secara lisan melalui nasihat, teguran, ditunjuk dan teladan.
• Diwarisi dari satu generasi ke generasi
• Pentaksiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan tempat.
• Berubah, mengalami proses pengubahsuaian dan juga perlupusan

2.3 Undang-undang
 Konsep peraturan:
 Norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat yang boleh membentuk
tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan individu
terhadap autoriti yang sah
 Austrinm (n.d.) menyifatkan peraturan undang-undang sebagai satu perintah
yang diberikan oleh pihak pemerintah kepada rakyat dan sekiranya perintah itu
tidak ditaati, pihak pemerintah akan menggunakan kekerasan supaya undang-
undang itu dipatuhi.
 Semua peraturan undang-undang bertulis secara rasmi, walaupun semua orang tidak
berpeluang mengetahuinya secara terperinci tetapi kita boleh mengelak daripada
didenda atau dihukum apabila melanggar peraturan undang-undang.
 Bersifat tersurat dan tegas
 Penghayatan kepatuhannya berbanding dengan agama dan moral boleh dipertikaikan.

9
 Tahap kepatuhan terhadap peraturan undang-undang kebanyakannya bersifat luaran
kerana banyak bergantung kepada sejauh mana penguatkuasaan dilakukan. (Jika tiada
penguatkuasa, seseorang individu mungkin akan melanggar undang-undang.)
 Peraturan moral merujuk kepada peraturan undang-undang. Oleh itu, seseorang yang
melanggar peraturan akan dianggap tidak bermoral.

Ciri-ciri Peraturan Undang-Undang


• Undang-undang dicipta, dilulus dan dikuatkuasakan oleh autoriti.
• Merupakan alat kawalan sosial dan bahan rujukan bagi sesuatu kesalahan
• Wajib dipatuhi oleh setiap individu. Setiap kesalahan akan didenda dengan wang ringgit
atau penjara.
• Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak boleh dijadikan alasan bagi
membela diri daripada tuduhan atau kawalan.
• Pelaksanaan yang tegas, tiada unsur pilih kasih, belas kasihan, tolak ansur atau
kronisme dalam pelaksanaan undang-undang.

2.4 Peraturan Moral


 Satu hasil kajian tentang betul atau salah tingkah laku manusia
 Selari dan berdasarkan satu set peraturan, undang-undang yang sistematik tentang
tanggapan atau matlamat yang terbaik (unggul) untuk masyarakat
 Bersifat autonomous (secara bersendirian tanpa kawalan) dan bersifat rasional
 Ciri-ciri peraturan moral:
 Berbeza mengikut budaya  Hak masyarakat, bukan
 Berubah-ubah bersifat individu
 Ciptaan manusia  Tidak dikuatkuasakan kecuali
 Tiada pengasas yang berkait dengan undang2
 Prinsip Peraturan Moral:
 Prinsip Autonomi, Prinsip Keadilan, Prinsip Altruisme
1. Prinsip Autonomi
 Keputusan dan tindakan seseorang lakukan haruslah bebas daripada
dipengaruhi atau dipaksa oleh orang lain.
 Autonomi dikaitkan dengan tujuan yang tersirat dan niat sebenar seseorang itu
melakukan sesuatu. Contoh: menderma darah
 Tingkah laku akan dianggap “tidak bermoral” sekiranya pertimbangan,
persetujuan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang itu kerana ‘dipengaruhi’
atau dengan tujuan tersirat (tersembunyi), walaupun tingkah laku tersebut
memberi kesan baik.
2. Prinsip Keadilan
 Keadilan menyebabkan seseorang menghormati hak orang lain, tidak sombong,
tamak dan menyalahgunakan kebebasan.
 Keadilan juga bermaksud ‘memihak kepada kebenaran’ dan ‘tidak berat sebelah’.

10
 Prinsip ini merentas budaya, bangsa, agama dan keturunan (dikenali sebagai
nilai universal). Oleh itu, keadilan tersebut perlu diaplikasikan dalam semua
perkara kehidupan manusia iaitu kita perlu adil pada semua orang termasuk
haiwan dan alam sekitar.
 Contoh amalan keadilan:
1. Tidak menyusahkan orang lain
2. Memberi bantuan kepada orang yang memerlukan
3. Beratur dan tidak berebut-rebut
4. Ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul
3. Prinsip Altruisme
 Maksud Altruisme: simpati, belas kasihan, kepedulian, menghormati orang lain,
mengutamakan orang lain, mengambil berat tentang keselesaan dan kebajikan
orang lain
 Sebelum melakukan sesuatu, kita perlu melihat sama ada perbuatan tersebut
memberi kesan buruk kepada orang lain atau tidak.
 Prinsip ini mampu menimbulkan perasaan simpati, belas kasihan,
berperikemanusiaan, mengambil berat kebajikan orang lain dan menghilangkan
sifat individualistik, sikap mementingkan diri sendiri, perasaan ego, prasangka,
kebencian dan tamak.

EKSTRA!! Perbezaan antara Panduan Tingkah Laku Moral


Peraturan Moral Peraturan Adat
 Sama dan dipatuhi  Setiap kaum mempunyai adat sendiri dan penafsiran
setiap masa dan di adat berbeza antara suku kaum
mana-mana  Disampaikan secara lisan
tempat  Dipengaruhi oleh perkembangan sosial ekonomi kaum

Peraturan Moral Peraturan Agama


 Peraturan moral adalah rekaan  Setiap agama mempunyai peraturan
manusia untuk diikuti demi menjaga dan nilai murni yang tercatat dalam
kebaikan individu dan masyarakat kitab-kitab suci agama masing-masing
sejagat  Semua kebaikan yang dilakukan
 Unsur kerelaan diri sendiri untuk adalah atas diri sendiri dan
mematuhi peraturan moral tanggungjawabnya adalah antara
 Tidak menentukan tempat dan waktu individu dengan Tuhannya
untuk menjalankan amalan moral  Menetapkan tempat dan waktu untuk
sembahyang

Peraturan Moral Peraturan Undang-undang


 Merupakan satu nilai  Ditulis, dibahas, dilulus dan
perikemanusiaan yang merupakan dikuatkuasa oleh parlimen
satu persetujuan kelompok manusia  Nilai membentuk tingkah laku adalah
tertentu yang tetap kekal dalam hati lahir daripada kepatuhan individu
manusia terhadap undang-undang yang sah
 Tingkah laku buruk hanya dibenci  Kesalahan atau kejahatan tingkah laku
dan dipandang hina oleh masyarakat didenda dengan wang atau penjara

11
Bab 3: Konsep Asas Nilai

3.1 Definisi Nilai


 Prinsip seseorang tentang apa yang betul dan apa yang salah atau idea tentang apa
yang penting dalam kehidupan.
 Cara seseorang itu berfikir tentang sesuatu yang penting baginya.
 Jenis nilai:
o Nilai instrumental (ekstrinsik) vs. nilai intrinsik
o Nilai subjektif vs. nilai objektif
o Nilai relatif vs. nilai mutlak
 Ciri-ciri nilai:
o Ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu dan sesuatu kumpulan
o Boleh berubah tetapi masih stabil dlm kehidupan perseorangan dan masyarakat
o Suatu kepercayaan yang preskriptif sama ada diharapkan atau tidak.
o Ada kemungkinan seseorang itu lebih mengutamakan sesuatu nilai berbanding
dengan nilai lain.
 Domain nilai dan contohnya:
Agama dan rohani Baik hati, kesyukuran, Kepercayaan kepada Tuhan,
sederhana
Sosial Hormat-menghormati, kerjasama, toleransi, bertolak
ansur, hemah tinggi
Moral Berhemah tinggi, pemurah (hampir semua nilai
termasuk)
Politik Hak memilih pemimpin, semangat kebangsaan,
bertanggungjawab, integriti
Ekonomi Kerajinan, keberanian, kejujuran, amanah,
kesejahteraan, kesederhanaan, kreatif
Estetika Kecantikan, kedamaian
Intelek Kritis, konstruktif, proaktif, produktiviti
Kebendaan dan fizikal Keselamatan, kesejahteraan, kesihatan, kecantikan

3.2 & 3.3 Pernyataan Normatif dan Deskriptif

Pernyataan normatif Pernyataan deskriptif


Suatu pertimbangan nilai baik atau buruk, Tiada unsur untuk dikaitkan dengan
salah atau betul, diterima atau ditolak. pertimbangan nilai-nilai moral.

baik/ buruk
Pertimbangan
Pernyataan betul/ salah kewajipan moral
normatik tentang
wajib/ x wajib (Pertimbangan
perbuatan/ tindakan
deontik)
perlu/ x perlu

12
Pernyataan baik/buruk
normatik tentang mulia/ jahat Pertimbangan nilai
insan, motif, tujuan moral
b/jawab
& sifat kelakuan/ (Pertimbangan
peribadi (bukan perlu dipersalahkan aretaik)
perbuatan tindatan) bersifat wali/keji

Setiap pernyataan boleh dikategorikan kepada AM (umum) atau KHAS (khusus).

Contoh: Kita perlu menunaikan janji. - Pernyataan normatif am


Saya tidak suka mencaci orang. - Pernyataan normatif khas

3.3 Fungsi Nilai


3.3.1 Sebagai halangan atau peraturan yang ditetapkan supaya seseorang
individu serta masyarakat mematuhinya

 Nilai dijadikan sebagai batasan kepada perlakuan atau tingkah laku yang membolehkan
seseorang itu mematuhi nilai2 murni yang boleh mendorong kepada tingkah laku positif.
Individu itu akan sentiasa mematuhi nilai positif yang ditetapkan oleh masyarakatnya.
 Semua nilai yang baik menjadi peraturan yang perlu dipatuhi bagi tujuan membatasi
perlakuan atau tindakan yang negatif.
 Contohnya: Murid perlu menghormati gurunya kerana norma-norma masyarakat
melihat bahawa guru merupakan individu yang boleh dijadikan model contoh teladan.

3.3.2 Sebagai kriteria atau piawai (standard) yang konsisten dan kukuh bagi
seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan
mereka adalah baik, betul dan boleh diterima
 Membenarkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral iaitu
mengetahui apa yang boleh dilakukan oleh diri sendiri dan orang lain serta boleh menilai
kemoralan diri sendiri dan juga orang lain
 Contoh: Seseorang yang memiliki ganja sebanyak 200 gram atau lebih akan dikenakan
hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah Seksyen 39b Akta Dadah
Berbahaya 1952 merupakan salah satu piawai yang telah ditetapkan oleh kerajaan
Malaysia. Peraturan ini dijadikan batasan supaya masyarakat sentiasa mengamalkan
nilai yang baik di dalam hal berkaitan dengan dadah.

3.3.3 Sebagai panduan, rujukan dan tunjuk arah untuk menyelesaikan konflik
moral
 Nilai memainkan peranan penting sebagai satu rujukan dan panduan untuk membuat
keputusan dalam konflik moral. Jika keputusan silap dibuat, maka ia akan memberikan
impak yang besar terhadap kehidupan individu itu.

13
3.3.4 Menjadi piawai untuk mengukur element pengekalan ketamadunan
sesebuah masyarakat

 Nilai yang baik akan merentas ketamadunan manusia. Secara mutlaknya, nilai baik
telah berfungsi merentas zaman ketamadunan manusia.
 Terdapat perubahan nilai tanggapan manusia terhadap sesuatu perlakuan. Contoh:
Membunuh anak perempuan pada zaman Jahiliah

3.4 Pengekalan Ketamadunan


 Nilai memainkan peranan sebagai pengekal ketamadunan.
 Masyarakat yang bertamadun merupakan:
o masyarakat yang mencapai tahap kehidupan civil iaitu kehidupan bersopan
o Satu keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadab (barbaric)
o Masyarakat yang mencapai tahap kesopanan yang tinggi
 M’rkt yang mempunyai kehalusan budi akan dilahirkan dengan adanya ketamadunan.

Tamadun Islam Tamadun Barat


 bertitik tolak dari ajaran agama  terbina atas sifat logik akal semata-mata
 percaya bahawa pengabaian  mengasingkan agama daripada
nilai-nilai agama, intelektual pembangunan tamadun
dan tiada pemimpin yang  menitikberatkan keuntungan semata-mata
berwibawa akan menjadi  berpegang kepada konsep “matlamat
tanda-tanda awal keruntuhan menghalalkan cara”
sesebuah tamadun  nilai-nilai murni diketepikan menyebabkan
 pembangunan fizikal yang munculnya gejala
bersifat material tidak dapat  Institusi keagamaan digunakan utk acara-
menjadi keabadian sesebuah acara tertentu sahaja
tamadun

Jenis-jenis Nilai
i. Nilai Instrumental berbanding dengan Nilai Instrinsik
Nilai intrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik
 Kualiti yang diterima atau ditolak  Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata
sebagai alat mencapai sesuatu kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil
matlamat kira kesannya
 Bergantung pada nilai lain untuk  Tidak bergantung pada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat mencapai sesuatu matlamat
 Nilai peringkat kedua, misalnya  Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir
berani, rajin dan hormat-  Nilai peringkat pertama, misalnya baik hati,
menghormati kasih sayang, keadilan

Contoh: Dia belajar dengan begitu rajin Contoh: Kasih sayang ibu bapa terhadap
supaya boleh mendapat keputusan anaknya. Kasih sayang ibu bapa adalah lahir
PMR yang cemerlang. Nilai rajin semulajadi dan bukan kerana untuk
diamalkan atas rmatlamat mencapai mendapatkan balasan daripada anak mereka.
kejayaan hidup.

14
ii. Nilai Subjektif berbanding dengan Nilai Objektif
Nilai Subjektif Nilai Objektif
 Kualiti yang diterima atau ditolak  Kualiti yang bernilai atau sebaliknya
oleh seseorang yang memberikan yang bebas daripada pilihan
pandangan peribadi
 Diterima atau ditolak mengikut  Diterima atau ditolak berdasarkan
pandangan seseorang individu satu set kriteria yang dipersetujui
oleh semua atau kebanyakan orang
Contoh: Saya tidak bimbang tentang Contoh: AIDS adalah suatu isu moral.
penyakit AIDS. Saya kenal rakan-rakan Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
saya dan mereka tidak menghidapnya. (WHO), AIDS mengancam nyawa setiap
Lagipun tidak banyak dalam kalangan individu, termasuklah kanak-kanak.
yang saya kenal. Pandangan berkenaan Pandangan berkenaan AIDS merupakan
AIDS merupakan nilai-nilai yang diterima nilai-nilai yang diterima dan dipersetujui
oleh seseorang itu sendiri. kebanyakan orang.

iii. Nilai Mutlak berbanding dengan Nilai Relatif


Nilai Mutlak Nilai Relatif
 Nilai yang kebaikannya tidak  Nilai yang diingini atau tidak diingini
bergantung kepada situasi atau sebagai alat peraturan masyarakat
peraturan khusus sesetengah untuk mencapai matlamat
masyarakat masyarakat yang muktamat
 Sifatnya kekal dan diterima umum  Sifatnya tidak menentu, tidak
dan telah diuji oleh masa sebagai sempurna dan berbeza-beza antara
sesuatu yang baik masyarakat yang berlainan
 Kekal sepanjang masa dan di  Nilai dianggap berbeza oleh
semua tempat serta hampir masyarakat yang berlainan, malah
semua situasi norma masyarakat dalam masyarakat yang sama, nilai
itu mungkin boleh berubah
Contoh: Hukuman mati atas pesalah mengikut masa
yang didapati membunuh seseorang
yang lain. Nilai keadilan dianggap mutlak Contoh: Penggunaan Bahasa Inggeris di
apabila seseorang yang didapat papan tanda. Pandangan berkenaan pada
bersalah membunuh seseorang yang satu ketika dahulu dianggap sebagai tidak
lain akan dihukum. Jika ini berlaku pada patrioktik. Tanggapan sedemikian berubah
masa dan tempat yang lain, hukuman apabila kerajaaan memargabatkan
yang sama juga akan dijatuhkan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan
terhadap pembunuh. hari ini.

15
Bab 4: Pembentukan Insan Bermoral Secara Terpimpin
Seseorang individu dianggap bermoral sekiranya dia mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral
(penaakulan moral, emosi moral & tingkah laku moral) yang selaras dengan model dimensi
moral Lickona.

Head-Moral Knowing Heart-Moral Feeling Feet-Moral Action


“Know the Good” “Love the Good” “Do the Good”

- mengajar nilai positif - Menggalakkan nilai - menggalakkan tabiat


- memberi ganjaran manusia/ komuniti positif
tingkah laku positif - menggalakkan suri - bekerja secara
- berkembang teladan yang positif berkumpulan
penaakulan moral dan berkembang sifat - sedia membantu
empati orang lain

Pembelajaran Sosial Emosi dan Pendidikan Moral


PSE √ PM × Kehilangan kepentingan motivasi etika dan moral
PSE × PM √ Kehilangan peluang untuk mengamalkan tingakh laku prososial
(perlakuan baik)

Kebanyakan PM memberi fokus terhadap aktiviti kognitif (mengintegrasikan mata pelajaran


tersebut dalam kurikulum akademik) dan refleksi etika yang akan menyokong perkembangan
moral positif. Aktiviti kognitif ini akan membentuk motivasi etika dan moral yang akan
memberikan hubungan yang efektif dalam membentuk tingkah laku dan kemahiran
berfikir bersama dengan program pembelajaran sosial emosi. PSE dan PM akan
meningkatkan keupayaan individu dan kumpulan dalam membangunkan kemahiran positif dan
moral.

Perhubungan di antara PM dan PSE akan membentuk kekuatan dalam model P&P
membentuk kekuatan dalam model P&P yang akan mengaitkan di antara kognitif (kepala),
afektif (hati) dan perlakuan (tangan) kpd murid2. Perhubungan antara moral dan sosial emosi
sebagai cara membentuk keperibadian mulia harus ditekankan.

Dimensi moral
Dimensi moral Huraian Contoh
Pemikiran dan Rasional, inovatif, bebas, normatif, tepat, tajam,
Penaakulan Moral
pertimbangan kreatif, kritis
Emosi dan Empati, berjiwa simpati, murah hati, kasih sayang,
Emosi Moral
perasaan belas kasihan, altruisme, sentimen
Tingkah laku
Tingkah Laku Moral B/jwb, berdedikasi, b/sama, berprihatin
dan tindakan

16
Penaakulan moral
 Pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas (berautonomi)
 Seseorang yang bermoral mampu memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat
pertimbangan berasaskan prinsip dan nilai2 moral yang diterima oleh masyarakat
setempat lalu membuat keputusan dengan adil dan rasional berasaskan fakta tanpa
dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
 Hanya individu yang melakukan tindakan yang betul dengan alasan atau sebab yang
betul serta boleh menyakinkan bahawa ia tindakan yang betul saja dikira sebagai insan
bermoral.

Contoh 1: Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepasang suami
isteri yang terlibat dalam pengedaran dadah walaupun pasangan tersebut
mempunyai tiga orang anak kecil yang masih memerlukan perhatian. Keputusan
yand dibuat oleh hakim adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi
oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 2: Seorang murid ditangkap kerana meniru dalam peperiksaan buat pertama kali
sebab ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat
pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen
kakaknya. Walaupun sahsiah murid itu baik, guru yang tegas dan adil itu
terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah.
Emosi moral
 Kehalusan perasaan individu yang mengandung isentimen, empati, simpati, prihatin,
belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.
 Penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu
yang bersifat anti sosial
 Perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa
membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.
 Contoh 1. Mereka sedih dengan mangsa2 tsunami di Jepun.
2. Bergembira dengan kejayaan yang dicpai oleh rakan2 dalam ujian

Tingkah laku moral


 Perlakuan dan tindakan seseorang hasil daripada sesuatu keputusan yang telah dibuat
dengan penuh tanggungjawab oleh penaakulan yang bebas dan rasional
 bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap
sesuatu keputusan berdasarkan penaakulan dan emosi moral
 Contoh 1. Memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru
2. Memimpin orang buta menyeberang jalan

17
Sifat-sifat individu yang bermoral
a. Prinsip Keadilan
 Satu prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan
antara individu dan masyarakat
 tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri
 mementingkan saksama, seimbang, sama rata dan sama rasa
 Kadang kala, keadilan tidak ditunjukkan apabila seseorang yang bekerja lebih tetapi
masih mendapat layanan yang sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka
dan bukan hanya sama dengan orang lain.

b. Prinsip Alturisme
 perlakuan atau tindakan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk kebaikan orang lain
mengatasi kepentingan diri sendiri
 Individu altruisme ialah orang yang pemurah dan individu yang menuntut kepuasan
bukannya untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain seperti sanggup mengorbankan
kepentingan diri untuk orang lain.
 Alturisme melahirkan perasaan kasih sayang, simpati dan empati yang seterusnya
menghilangkan rasa pentingkan diri sendiri, kebencian dan tamak
 Sebagai contoh, seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu
menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu
mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk
meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim
yang kehilangan ibu bapa.

c. Prinsip Autonomi
 meliputi konsep pertimbangan bebas dan kebebasan memilih
 tidak merangkumi perkara-perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan
kebajikan orang lain
 Pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar
adalah tidak boleh dikategorikan sebagai tindakan moral. Ini disebabkan individu yang
dipaksa membuat pertimbangan adalah tidak berupaya bertingkah laku secara rasional
dan adil. Tingkah laku tersebut hanya mematuhi perintah dan kuasa luar.
 Sebagai contoh, Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok
membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah
ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah
dipengaruhi oleh sesiapapun.

18
4.1 Pembentukan Insan Bermoral Secara Terpimpin

4.1.1 Integriti
 himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu
 berasal daripada istilah BI yang bermaksud “keutuhan dari semua segi yang baik”
 Kamus Dewan Edisi Ke4 (2005): kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh (keutuhan)
 bertegaskan kepada prinsip berpegang teguh kpd kejujuran dan amalan bermoral tinggi
 Integriti kepada diri bermaksud amanah dan jujur iaitu:
o keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang
o keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum
 Integriti kepada organisasi bermaksud pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan,
sistem dan proses kerja seterma pematuhan amalan terbaik.
 Secara idealnya, integriti bermaksud “code of behaviour”. Sesebuah negara akan maju
dan bertamadun sekiranya semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut
lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun.
 Sifat-sifat integriti:
o Jati diri o amanah o boleh dipercayai
o keikhlasan o benar o boleh pegang cakapnya
o keterbukaan o berpegang kepada prinsip
o ketelusan o tidak mudah dipengaruhi
 selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

4.1.2 Patriotisme
 berasal daripada bahasa Yunano “Patria” yang bermaksud tanah air
 bermaksud semangat cinta akan tanah air dengan kesanggupan untuk
menumpahkan hati-budi kepadanya
 sikap untuk selalu mencintai atau membela tanah air
 Seseorang yang mempunyai semangat patriotisme sudi mengorbankan segala-galanya
bahkan jiwa sekalipun demi kebaikan tanah air tidak akan melakukan perkara-perkara
yang mampu merosakkan nama baik negara dan mengkhianati negara.
 Ideologi menjadi ciri utama dalam perkembangan patriotisme di Barat, kemudiannya
dipupuk dalam masyarakat melalui simbol, slogan, kempen dll.
 Penafsir utama kepada patriotisme ialah pemimpin utama sesebuah negara.

Ciri-ciri patriotisme
1. Solidariti secara Patriotisme membuat seseorang mampu mencintai bangsa dan
bertanggungjawab negaranya tanpa menjadikannya sebagai tujuan untuk diri sendiri.
atas seluruh Patriotisme membentuk solidariti utk mencapai kesejahteraan
negara seluruh warga bangsa dan negara.

19
2. Realistik Patriotisme mahu dan mampu melihat kekuatan bangsanya dan
berupaya utk menyekat drpd merosak bangsanya dan bangsa lain
3. Bermodalkan nilai-nilai dan budaya rohani bangsa, berjuang pada kini untuk menuju
cita-cita yang ditetapkan
4. Rasa memiliki Mahu melihat, menerima, dan mengembangkan watak dan
identiti diri keperibadian bangsa sendiri
5. Bersifat terbuka Melihatkan bangsanya dalam konteks hidup dunia, mahu terlibat di
dalamnya dan bersedia belajar drpd bangsa2 lain demi kemajuan
negara

Cara sikap patriotisme diwujudkan


1. Sikap rela berkorban mempertahankan negara
- diwujudkan dalam bentuk kesediaan berjuang untuk mengatasi ancaman bangsa lain
yang akan menjajah negara, ancaman dari dalam negeri, kegiatan yang dapat
merugikan negara dan bencana alam yang dapat mengakibatkan kerosakan dan
kehancuran negara

2. Bersikap untuk mengisi kelangsungan hidup negara


- kesediaan bekerja mengikut bidangnya, sehingga dapat meningkatkan martabat negara
- Dilandasi oleh semangat kebangaan atau nasionalisme

4.1.3 Berbudaya Cemerlang


Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh seseorang
individu tetapi juga sesebuah organisasi yang berwawasan. Bagi mencapai kecemerlangan,
budaya yang diamalkan juga haruslah cemerlang.

Dalam melakukan kerja/ belajar


berani mencuba Kita haruslah berani terutamanya dalam mencuba sesuatu yang
baru walaupun perkara yang ingin kita lakukan mungkin salah.
Sekiranya kita tidak mencuba, kita tidak akan mengetahui bahawa
perkara tersebut adalah salah seteruanya kita tidak akan pernah
belajar.
mempunyai matlamat Matlamat ialah perkara yg penting dlm melakukan sesuatu
pekerjaan kerana ia dapat menetapkan usaha ke arah yang kita
mahukan.
Jangan bertangguh Dengan menyiapkan kerja secepatnya, masa lain yang terluang
dapat dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah dandapat
meningkatkan kecemerlangan diri.
tekun berusaha “Genius adalah 1% inspirasi dan 99% keringat. Tidak ada yang
dapat menggantikan kerja keras. Keberuntungan adalah sesuatu
yang terjadi ketika kesempatan bertemu dengan kesiapan.”-Thomas
A. Edison

20
sentiasa berfikiran Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang
positif untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang
menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan
kemunduran
belajar daripada “Hanya ikan bodoh yang boleh dua kali kena pancing dengan umpan
kesilapan dan tidak yang sama.”-Thomas Fuller
mengulanginya
berfikir sebelum Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas
melakukan pekerjaan berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah
seribu kebodohan.
berdisiplin - mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting
- Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih
penting daripada yang penting
rajin bertanya Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang
suka berfikir.

Dalam pergaulan
berbudi bahasa Budi bahasa adalah keprihatinan terhadap perasaan orang lain. Jika kita
mempunyai keprihatinan tersebut, kita mempunyai budi pekerti mulia.
Pemaaf Orang yang tidak boleh memaafkan orang lain sama saja dengan orang
yang memutuskan jambatan yang harus dilaluinya, kerana semua orang
perlu dimaafkan. Ada dua hal yang harus anda lupakan: kebaikan yang
anda lakukan kepada orang lain, dan kesalahan orang lain kepada anda.
ketepikan ego Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri
daripada menuding kesalahan kepada orang lain.
bermuafakat “Muafakat Membawa Berkat” merupakah satu slogan yang harus
dipegang oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Dengan adanya amalan muafakat sesame manusia, akan mengeratkan
lagi perpaduan yang telah lama terjalin.
tiada perasaan Tidak harus sentiasa menganggap orang lain mempunyai agenda buruk
curiga / syak tersendiri. Individu yang befikir demikian sudah membina satu persepsi
wasangka atau andaian bahawa orang di sekelilingyna tidak mempunyai potensi
diri yang positif. Ia menyebabkan individu menghadapi kesukaran
berkomunikasi dan juga kemahiran membina hubungan kerana
pemikiran negatif sudah terbina. Perkara yang boleh dilakukan ialah
orientasi semula pemikiran dengan mengatakan bahawa setiap orang
mempunyai kekuatan dan kekurangan diri. Dalam Islam, buruk sangka
sangat dilarang. Allah s.w.t. berfirman, “ Wahai orang-orang yang
beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…” (Al-Hujuraat:12)
Seseorang tidak harus menyangka dengan satu katapun yang keluar
daripada seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan
yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mempunyai kebaikan.

21
Kepentingan berbudaya cemerlang

Dalam melakukan kerja/ belajar


kerja dapat dengan mengamalkan budaya menepati masa dan tidak bertangguh,
disiapkan lebih awal kerja-kerja dapat dilakukan lebih cepat.
kejayaan dapat usaha keras yang dilakukan tanpa putus asa dapat membantu
dicapai seseorang mencapai kejayaan lebih-lebih lagi jika usaha yang
dilakukan itu berpandukan matlamat yang telah ditetapkan.
ilmu pengetahuan jika lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih banyak perkara yang
lebih luas dapat kita ketahui terutamanya sekiranya kita rajin bertanya
menghasilkan kerja
yang berkualiti

Dalam pergaulan
disenangi masyrakat sekiranya kita sentiasa berbudi bahasa dan menjaga tutur kata
sekeliling serta kelakuan, perasaan orang di sekeliling kita dapat dijaga.
mendapat kepercayaan
orang lain
mudah mendapatkan Apabila kita disenangi oleh masyarakat sekeliling terutama
bantuan ketika kaum kerabat dan jiran tetangga, mereka juga akan menjadi
kesusahan lebih prihatin terhadap kebajikan kita.
perpaduan dapat Dengan adanya amalan permuafakatan, perpaduan rakyat
diperkukuh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat diperkukuh.

Bab 5: Model Insan Moral


 Model
 Individu yang memiliki segala bentuk moral yang dikehendaki
 boleh diikuti serta dijadikan contoh
 bertingkah laku moral, berfikiran moral dan mempunyai perasaan moral
 Perlakuan mereka berpegang kepada konsep baik, benar dan patut
 Kebebasan perlakuan mereka terbatas kepada 4 panduan tingkah laku moral
 Pengamalan nilai mereka selaras dengan tempat, masa dan keperluan.
 Modal insan moral
 selari dengan apresiasi moral
 mengenali dan menilai kualiti, nilai, kepentingan atau megnitud seseorang atau
sesuatu organisasi
 menghargai dan mengiktiraf sumbangan-sumbangan mereka, khasnya yang
berpegang kepada prinsip-prinsip moral
 memberikan peningkatan kepada masyarakat, negara dan manusia sejagat.
 Apresiasi moral berlaku apabila jasa-jasa mereka ini dihargai dengan adanya
penghayatan dan amalan hasil dari pengenalan, penilaian dan penghargaan ketokohan
seseorang atau sesuatu pertubuhan atau organisasi.

22
5.1 Tokoh keluarga (Jawaban saya bagi tugasan 2 kerja kursus ELMK3013)

"Ibu bapa yang bijak ialah ibu bapa yang mampu menanam sikap hormat ke
dalam jiwa anak-anak bukannya perasaan takut." (Saat, 2007, ms. 52)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya sentiasa menganggap bapa saya sebagai
“role model” bukannya takut padanya kerana beliau mampu dijadikan idola dalam masyarakat
dan keluarga.

Bapa saya seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Menteri Pembangunan


Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dirujuk dalam Mohd Isa,
2010) yang memberi pengiktirafan lima bintang kepada bapa di negara ini kerana sikap
bertanggungjawab terhadap keluarga masing-masing. Bapa saya layak menerima
pengiktirafan tersebut kerana beliau sentiasa memastikan ahli-ahli keluarga saya mendapat
keperluan yang cukup. Beliau peka akan pelajaran saya kerana beliau mendaftar kelas tuisyen
untuk saya untuk meningkatkan prestasi subjek yang saya kurang kuasai. Saya bersyukur
kerana kadang kala bapa saya akan menyingkirkan kepentingan diri dan memberi apa yang
beliau ada kepada saya.

Selain itu, bapa saya seorang yang menitikberatkan keadilan. Menurut Syed
Muhammad Naquib Al-Attas (1992), keadilan pada umumnya adalah tentang; (i) pengetahuan
dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi sesuatu benda atau manusia,
(ii) kebenaran yang menentang kesalahan, (iii) cara atau batasan, (iv) keuntungan kerohanian
terhadap kerugian, dan (v) kebenaran terhadap kepalsuan. Dalam konteks ini, kajian yang
dijalankan oleh Family Psychology (dirujuk dalam University of Illinois at Urbana – Champaign,
2002) menyatakan bahawa melayan salah seorang adik terlalu tegas atau kurang tegas akan
memberi impak kepada semua adik-beradik. Oleh itu, bapa saya sentiasa memastikan diri
memberi layanan yang sama kepada kami. Bapa saya membuat demikian supaya kami adik-
beradik tidak akan menyinggung perasaan disebabkan oleh layanan yang berbeza.

Sifat penyayang beliau amat saya hargai. Gielisse et al. (2015) berpendapat bahawa
remaja memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada setiap orang sekeliling mereka.
Bapa saya sentiasa meluangkan masa untuk mendengar masalah yang kami hadapi dan
memberi bimbingan kepada kami. Tambahan pula, bapa saya sentiasa memberi pujian dan
ganjaran apabila saya menggapai kejayaan atau matlamat yang saya tetapkan. Beliau telah

23
memberi satu komputer riba kepada saya sebagai hadiah pencapaian keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM saya. Kasih sayang penting dalam menstabilkan emosi
kanak-kanak (Maslow, 1968, dirujuk dalam Azizi & Jaafar, 2006). Oleh hal yang demikian, saya
amat menghargai sifat penyayang beliau.

Nurul, Haryati & Seow (2013) mempercayai bahawa kesedaran ibu bapa terhadap
tanggungjawab dalam usaha meningkatkan kesedaran alam sekitar anak merupakan petanda
yang positif untuk sama-sama melestarikan alam sekitar. Pernyataan tersebut telah disokong
oleh bapa saya kerana beliau seorang yang peka terhadap isu alam sekitar. Beliau, selaku
naib pengerusi sukarelawan alam sekitar Taman Tasik, sering menggalakkan dan mengajar
kami cara mengitar semula barang-barang terpakai seperti surat khabar, botol air dan
sebagainya. Bapa saya sentiasa menghadiri aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pasukan
sukarelawan tersebut demi kebersihan alam sekitar. Beliau sering berkata sendiri membuat
demikian demi memelihara sumber alam semula jadi supaya cucunya dapat menikmati alam
sekitar yang bersih.

Bernama (2015) bersetuju bahawa ibu bapa merupakan pihak yang penting sekali
dalam usaha mendidik rakyat negara ini menjadi seorang patriotik dan cintakan negara dengan
sepenuh hati. Bapa saya seorang yang cinta akan negara dan sentiasa mengingatkan kami
sejak kecil supaya kita menjadi warganegara yang cinta akan negara. Bapa saya sentiasa
melibatkan diri dalam kempen-kempen kemerdekaan seperti “Kempen Kibarlah Jalur
Gemilang” pada bulan Ogos tadi. Bapa saya sanggup mengambil masa untuk mengedarkan
brosur berkaitan dengan kempen-kempen tersebut untuk memupuk patriotisme dalam
kalangan masyarakat. Bapa saya sering menitikberatkan semangat patriotisme kerana beliau
mempercayai bahawa penerapan semangat patriotisme iaitu rasa cinta akan negara mampu
membina negara bangsa seperti yang dinyatakan oleh Dr. Aminudin Mansor (2012).

Sebagaimana kita sedia maklum, kejayaan dan kualiti sesebuah keluargai adalah
bergantung kepada sejauh mana nilai, etika dan akauntabiliti diri seseorang bapa sebagai
seorang ketua keluarga dapat diaplikasikan (Mohd Dahlan & Ida Shafinaz, 2014). Oleh itu,
saya mempercayai bahawa bapa saya mampu dijadikan idola dalam masyarakat dan keluarga
kerana nilai-nilai murni yang dimiliki oleh beliau seperti bertanggungjawab, adil, penyayang,
peka terhadap isu alam sekitar dan cinta akan negara adalah terpuji dan harus dimiliki oleh
masyarakat supaya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia.

24
5.2 Tokoh Tempatan

1. Abdullah Munsyi
 Seorang guru agama dan guru bahasa Arab
 Pernah bekerja sebagai seorang pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles
Nilai Contoh
Kerajinan Beliau menolong bapanya menyalin dokumen-dokumen penting.
Beliau mempunyai pandangan yang unik dan tidak mengikut corak
Berfikiran terbuka
penulisan tradisional yang sedia ada.
Mementingkan
Beliau telah memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu pada
perkembangan
zaman tersebut menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh beliau.
bahasa ibunda
Optimistik Beliau cuba menyampaikan mesej positif mengenai penjajah melalui
(berfikiran positif) penulisannya kerana tanpa mereka tidak akan maju tanpa penjajah.
Beliau cuba membawa penduduk Tanah Melayu supaya mereka lebih
berfikiran terbuka dan positif menerima sesuatu dengan menyedarkan
Berfikiran jauh
keburukan sikap golongan raja-raja Melayu, golongan elit Melayu dan
penjajah Inggeris.
Beliau menegur penguasa fedual Melayu bahawa adalah menjadi
tuntutan agama agar mereka memerintah secara adil, menjaga
Keberanian kebajikan rakyat dan bukannya berfoya-foya serta berleka malam candy
dengan membuat rujukan kepada kitab Tajul As Salatin, yang
meletakkan memerintah secara adil kepada pemegang kuasa.

2. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


 Perdana Menteri Malaysia yang pertama (Bapa Kemerdekaan)
Nilai Contoh
Semasa beliau melanjutkan pengajian di St. Catherine College,
pemohonannya untuk tinggal di dalam kolej ditolak disebabkan warna kulit.
Berdasarkan
Beliau ditawarkan tempat tinggal di kolej itu setelah diketahui beliau adalah
prinsip
anak raja. Beliau menolak tawaran itu dan tinggal di bilik sewa sepanjang
kursusnya.
Beliau mengusahakan penubuhan Kesatuan Melayu Great Britain pada tahun
Kepimpinan
1926 dan beliau dilantik menjadi setiausaha pertamanya.
Didorong oleh keazaman yang kuat, beliau ke England untuk mengabiskan
Kerajinan
pelajarannya di Inns of Court.
Semasa menjadi Presiden UMNO, beliau berusaha menyelesaikan masalah
Dedikasi
politik di Tanah Melayu dengan mendapatkan kerjasama semua kaum.
Pada tahun 1956, beliau mengetuai rombongan ke London untuk berbincang
Semangat
dengan kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah
patriotisme
Melayu.
Menghargai Beliau menghabiskan masanya dengan aktiviti kemasyarakatan selepas
masa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

25
3. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
 Seorang usahawan dan jutawan Melayu tersemuka
Nilai Contoh
Kebanyakan ilmunya dipeoleh melalui pengelaman secara langsung
Kegigihan
apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Beliau menubuhkan Yayasan al-Bukhary pada Mac 1996 sebagai badan
Prihatin
kebaijkan yang berperanan membantu golongan miskin.
Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM 7.75 juta kepada
Taat akan agama Oxford Centre for Islamic Studies (satu pusat pengajian Islam) sebagai
satu sokongan perkembangan seni dan budaya Islam.
Mempunyai Yayasan al-Bukhary sering mengadakan dialog peradaban bagi
semangat menggalakkan tolerasi dan persefahaman antara masyarakat berbilang
pemuafakatan agama dan kepercayaan.
Mempunyai Yayasan al-Bukhary menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh
semangat organisasi bukan Islam walapun ia lebih menekankan kepada projek
perpaduan kebajikan yang bercirikan Islam.
Yayasan al-Bukhary menyumbang sejumlah RM 1 juta bagi Projek
Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana
Menghargai ilmu
bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi
biasiswa kepada para pelajar yang kurang berkemampuan.

4. Tan Sri Datul Seri Lee Lam Thye


 Seorang ahli politik Malaysia dan aktivis sosial
Nilai Contoh
Kepimpinan Beliau merupakan bekas pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Beliau menjadi seorang aktivis sosial selepas meninggalkan parti DAP
Rendah diri
dan terus berkhidmat untuk negara.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya Diraja Khas untuk
Dedikasi
meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia.

5.3 Tokoh Antarabangsa

1. Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)


 Seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.
Nilai Contoh
Hamka memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan melalui pembelajaran
sendiri. Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku
Kerajinan falsafah, sastera, sejarah dan politik. Beliau menyelidiki karya-karya Arab
dan Barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab. Beliau rajin membaca dan
bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal di Jakarta.
Minat dalam
Hamka pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang
bidang
diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Sutan Mansur dll.
keagamaan

26
Hamka berusaha memartabatkan agama Islam dengan memasukkan
Taat kepada konsep dan pemikiran dakwah (keupayaan yang sungguh-sungguh untuk
agama mengubah umat supaya berada pada jalan Allah S.W.T.) dalam hampir
semua karya tulisnya.

2. Kung Fu Tze
 Seorang pemikir dan ahli falsafah yang mengasaskan aliran Confusiusme
Nilai Contoh
Beliau menjawat beberapa jawatan kecil dalam kerajaan di daerah
kelahirannya ketika usianya lebih muda. Sifat ketekunannya
Ketekunan
menyebabkan beliau dinaikkan pangkat dari semasa ke semasa
sehingga akhirnya berjaya menjawat jawatan menteri kehakiman.
Beliau mengasaskan satu aliran pemikiran falsafah iaitu Konfusianisme
Berbudi bahasa yang menganjurkan manusia mengamalkan sikap berbaik sangka dan
mengikis amalan mementingkan diri sendiri.
Beliau yakin melalui sistem pendidikan akan wujudnya keseimbangan
sejati antara manusia. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah
Dedikasi China yang mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang, dan
terhadap 10 orang daripada mereka menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal.
profesion Beliau mengajar pelbagai jenis ilmu pengetahuan kerana falsafahnya
mahu mendidik manusia melalui saluran pendidikan bagi menghasilkan
manusia yang memiliki sifat budiman (Junzi).

3. Mahatma Gandhi
 Seorang pemimpin politik dan pemikir
Nilai Contoh
Semangat Beliau berjaya membawa India keluar daripada Empayar British dan
patriotisme menjadi sebuah negara mereka.
Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja, namun beliau
Berintegriti
enggan meniru kawannya walaupun diberi peluang oleh gurunya.
Minat dalam
Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian,
bidang
Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaan beliau.
keagamaan
Beliau berusaha untuk menyatupadukan rakyat India dan
Cinta akan
menghapuskan amalan membezakan manusia mengikut kasta. Beliau
negara
cuba membina persefahaman antara orang Hindu dan Islam.
Semasa isu pertumpahan darah berlaku di Calcutta dan New Delhi,
beliau mengumumkan bahawa beliau tidak akan makan sehingga
Sanggup
keamanan tercapai. Beliau rela mati kelaparan daripada melihat orang
berkorban untuk
Hindu dan Islam bermusuh-musuhan. Setelah masa berlalu, keadaan
negara
Ghandi semakin lemah kerana tidak menjamah sebarang makanan
maka kedua-dua pihak bersetujuk untuk berdamai.

27
4. Siddharta Gautama Buddha
 Nama sebenarnya iaiah Siddharta Gautama.
 Pengasas agama Buddha
Nilai Contoh
Beliau tidak tertarik dengan kemewahan hidup dan tidak hidup berfoya-
Kesederhanaan
foya seperti kebanyakan anak-anak raja yang lain.
Siddharta amat prihatin terhadap rakyat yang hidup menderita di luar
istana semasa beliau diminta mengetuai rombongan melawat ke
Prihatin
beberapa kawasan di dalam negeri sebagai persediaan bagi mengambil
alih takhta kerajaan.
Ikhlas dalam Siddharta meninggalkan istana sehelai sepinggang, tanpa membawa
agama/ apa-apa, demi mencari kebenaran hakiki. Beliau mengembara dari satu
ketekunan tempat ke satu tempat untuk berguru.

28