Semester 2 (2016/2017)
Bidang sejarah adalah adalah satu bidang yang mementingkan penelitian ke atas fakta-fakta
sejarah. Penelitian fakta sejarah ini menghasilkan dapatan berbentuk bukti sejarah yang perlu
diperoses untuk menjadi sumber yang lebih ringkas, padat dan difahami oleh masyarakat
umum. Proses ini dikenali sebagai proses pentafsiran. Sejarahwan mempunyai
tanggungjawab yang berat dalam melakukan proses penafsiran sejarah agar tafsiran yang
diberikan adalah benar pada masanya dan tidak terpesong kerana tafsiran yang terpesong
akan turut memesongkan masyarakat umum yang membaca hasil penulisan sejarahwan
tersebut.
berlaku. Pentafsir atau jurutafsir adalah dikatakan sebagai 'orang yang membuat penjelasan
mengenai apa-apa yang tersurat’1. Ini bererti menerangkan sesuatu peristiwa sejarah itu
sepenuhnya. Tafsiran adalah berbeza daripada satu sejarahwan kepada sejarahwan yan lain.
Setiap sejarahwan mempunyai sudut pandang yang berbeza mengenai sesebuah topik
tersebut. Perbezaan sudut pandang ini akan menghasilkan hasil tafsiran yang berbeza.
Perkembangan pentafsiran sejarah itu telah dilakukan sejak adanya penulisan yang
boleh dianggap sebagai pensejarahan.3 Herodotus, sejarawan Yunani yang terkenal itu
misalnya, telah mentafsirkan Perang Parsi dengan begitu panjang lebar. Thucydides, juga
seorang sejarawan Yunani purba, telah mentafsirkan Perang Pelopponesia. Begitu jugalah
Tun Seri Lanang, telah mentafsirkan Empayar Melayu Melaka melalui Sulalatus Salatin dan
Raja Ali Haji mengenai Empayar Johor-Riau dan peranan orang Bugis melalui bukunya yang
berjudul Tuhfat al-Nqfis.
1
E.R.Carr. Apakah Sejarah?. (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989. Hlm. 4.
2
Ibid.
3
R. Suntharalingam. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn.Bhd. 1985. Hlm. 120
TAFSIRAN OBJEKTIF
Menurut pandangan Abdul Rahman Haji Abdullah dalam penulisan bertajuk Pengantar Ilmu
Sejarah (1994), beliau mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah sebagaimana
terjadinya (histoire-realite). Pandangan ini selari dengan teori terkenal oleh Leopold Von
Ranke, iaitu wie es eigentlich gewese yang bermaksud ‘seperti sebenarnya ia berlaku’.
Muhd Yusof lbrahim mendefinisikan konsep objektif sebagai salah satu daripada beberapa
sifat atau hakikat sejarah itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki bagi sejarah dan
pensejarahan. Menurut Barzun dan Graf dalam karya mereka bertajuk The Modern
Researcher (1970) bahawa objektif adalah apa yang semua orang menyetujuinya atau
pandangan yang benar.4
Aliran objektif ini didasari oleh tradisi emperisme John Locke dan positivesme Aguste
Comte yang melihat adanya pemisahan di antara subjek dan objek.5 Karya sejarah yang
dikatakan bersifat objektif ini pada asasnya adalah suatu penulisan yang merupakan tafsiran
atau penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan kepada sumbemya
yang masih kekal. Hasil itu haruslah dipertahankan kebenarannya untuk sementara waktu
sehinggalah wujudnya pentafsiran baru yang akan mengambil alih tempat tersebut.
Hasil tafsiran yang dianggap objekif adalah tafsiran yang dapat mempertahankan
kebenarannya sehingga kemunculan fakta baru yang boleh melemahkan tafsiran awal tadi.
Namun, tafsiran yang baru atau berbeza mahupun yang bersifat alternatif itu pula tidak boleh
dilakukan dengan sewenang-wenangnya sahaja. lanya adalah suatu usaha ilmiah yang proses
kaedahnya adalah menyerupai proses yang menghasilkan tafsiran yang objektif tadi.6
Dalam tafsiran objektif, ciri yang pertama yang harus dipertimbangkan ialah seseorang
sejarawan haruslah memahami dan mengamalkan proses penyelidikan yang kritis dan
sistematik dalam menghasilkan pensejarahannya. Proses itulah yang akan menjadi panduan
di dalam usaha penyelidikan dan menghasilkan karyanya. Dalam proses ini, ia akan
mendapatkan serta menggunakan sumber utama yang asli dan benar dan bukan sumber yang
diselewengkan ataupun dipalsukan. Seterusnya ia haruslah memeriksa, mengkaji dan
menganalisis sumber tersebut dengan kritis dan jujur. Usaha ini adalah untuk memastikan
keaslian serta menentukan maklumat serta fakta yang diperlukan dan juga penerangan yang
4
J. Barzun & H.F.Graff. The Modern Researcher. New York: Harcout, Brace & World, Inc. 1970. Hlm. 165
5
Arbaiyah Mohd Noor,2002.Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur.DBP,Lmn 23
6
John Cannon. The Historian at Work. London: George Allen & Unwin. 1980. Hlm.
berkaitan dengan fakta-fakta itu sendiri. Kemudian barulah ia melakukan tafsirannya, iaitu
menerangkan sesuatu peristiwa yang berkenaan.
Pentafsiran atau penerangannya mestilah dilakukan dengan fikiran yang terbuka, iaitu
dengan berpandukan sumber semata-mata dan bukannya didasarkan kepada ideologi, motif
dalam diri, desakan-desakan, memenuhi permintaan seseorang dan sebagainya yang akan
menyebabkan sesuatu penulisan sejarah itu cacat dan dianggap tidak objektif. Ibnu
Khaldun (1332-1406) ahli fikir sejarah Islam yang agung pernah menyenaraikan sembilan
perkara yang boleh menyebabkan penulisan sejarah, ataupun pentafsiran sejarah itu
terseleweng. 7
Perkara tersebut ialah, semangat parti, terlalu yakin terhadap sumber sendiri, menulis
untuk memperoleh kasih dan membesar-besarkan lebih dari sesungguhnya, tidak faham akan
peristiwa yang dimaksudkan, yakni tidak dapat menangkap erti yang sebenar-benamya
daripada apa yang telah dilihat atau didenganya, kepercayaan yang berlebih-lebihan terhadap
kebenaran sumber keterangan, tidak mampu menempatkan sesuatu kejadian itu dalam
hubungannya yang sebenar dengan tepat, kejahilan tentang hukum yang menguasai
perubahan masyarakat manusia, sikap tidak menghiraukan perubahan yang terjadi pada
keadaan alam dan manusia dengan berlalunya waktu dan bertukarnya masa.
Pandangan Ibnu Khaldun ini memanglah bernas dan merupakan suatu landasan yang
paling baik bagi menghasilkan sesebuah karya sejarah yang sepenuhnya objektif. Ini adalah
kerana motif utama yang harus dipegang oleh sejarawan di dalam usahanya mentafsirkan
sesuatu peristiwa itu ialah mewujudkan kebenaran sejarah dan bukannya tujuan peribadi dan
sebagainya yang boleh menyebabkan penulisan itu menyeleweng.
Namun begitu, kebenaran sejarah yang terdaya dihasilkan oleh sejarawan itu bukanlah
sesuatu yang seratus peratus objektif, ataupun seperti sebenarnya ia pernah berlaku, seperti
keadaan di bidang sains jati. Sejarawan bukanlah melakukan, ataupun melakukan kembali
sepenuhnya akan sesuatu peristiwa yang sedang dikajinya itu. Sebaik-baiknya, seperti yang
dinyatakan oleh R.G. Collingwood, ia hanya dapat melakukan ataupun memikirkannya kembali
ke dalam akalnya akan peristiwa masa lalu yang sedang dikajinya. 8
7
R. Suntharalingam. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn.Bhd. 1985. Hlm. 120.
8
Yusuf Ibrahim & Mahayuddin Hj Yahya. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. Hlm. 276
TAFSIRAN SUBJEKTIF
Subjektiviti pula timbul dari kata dasar ‘subjektif’. Kamus Dewan memberi makudnya sebagai
sesuatu yang terbit daripada atau berasaskan pandangan orang atau pihak yang melihat atau
menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau dinilai). Konsep subjektif menurut
Muhd. Yusof Ibrahim ialah merujuk kepada pensejarahan tradisi yang ditulis secara bebas
atau sesuka hati sejarawan sahaja. Penulisan-penulisan mereka adalah bersifat memihak dan
bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang dikaji, menyerapkan
nilai budaya atau 'world-view", mahupun ideologi serta memuatkan pelbagai unsur
kesusasteraan.
Dengan kata lainnya, konsep sejarah subjektif ialah sejarah yang ditulis dan telah
diolah oleh pengarang dengan memasukkan unsur mitos, lagenda dan lain-lain unsur
kesusasteraan untuk mengindahkan lagi hasil penulisan. Sejarah dikatakan subjektif kerana
ia ditulis oleh seorang penulis atau sejarawan dengan rekaan atau diciptakan sendiri.
Seseorang sejarawan itu tidak dapat membebaskan dirinya dengan sepenuhnya dari
pengaruh zamannya, masyarakat serta nilai-nilai budayanya. Sedikit sebanyak unsur-unsur ini
akan mempengaruhi usaha penyelidikannya, malah, mempengaruhi hasil penyelidikannya
atau tafsirannya. Dalam kata lain, sejarawan itu bukanlah seorang insan yang boleh berdiri
dari luar nilai-nilai budayanya dengan sepenuhnya. Seorang ahli falsafah Jerman bernama G.
Litchenberg menyatakan bahawa, manusia mempunyai sifat memihak.10 Contohnya, penulisan
sejarah Tanah Melayu yang ditulis oleh penulis barat akan mengagungkan peranan
masyarakat barat dalam proses pembangunan tanah melayu tanpa memikirkan peranan dan
budaya masyarakat yang ada di tanah melayu pada masa lalu yang dikajinya.
9
Muhammad Saifur Rahman Nawhami, WHAT IS HISTORY? A CRITICAL REVIEW OF E.H. CARR,
http://uloom.com/dibaj/article/131110501 access on 00:03 hour, May 23rd, 2017.
10
Abdul Rahman Haji Abdullah.1994. Pengantar Ilmu Sejarah.Kuala Lumpur.DBP.Hlm 138
Dalam membicarakan persoalan “objektiviti” dan “subjektiviti”, permasalahan yang
pertama perlu ditekankan ialah keterlibatan seseorang sejarawan terhadap penyelidikannya
atau kajiannya. Iaitu sama ada dia harus terikat atau terpisah daripada kajiannya. Ini kerana,
menurut E. H. Carr fakta-fakta yang dikumpul oleh ahli sejarah dari dokumen-dokumen, surat-
surat dan sebagainya adalah ibarat “ikan di atas papan penyiang si penjaja ikan”. Sejarawan
itu memungut ikan itu, membawanya pulang, memasak dan menghidangkannya dalam apa
cara yang menarik baginya. 11
Pembentukan aliran sejarah subjektif adalah disebabkan oleh dua perkara. Perkara
yang pertama ialah faktor naluri atau kecenderungan semulajadi manusia itu sendiri yang
suka memilih (select). Manusia akan memilih sesuatu yang penting dan mengenepikan
sesuatu yang dianggap tidak penting. Manakala, faktor yang kedua pula ialah faktor agama
dan ideologi. Faktor ini dapat membentuk pegangan dan tindakan seseorang. Manusia yang
semakin kuat komitmennya, berkemungkinan besar untuk bersikap subjektif. Maka
penulisannya akan bersifat memihak. Penulis aliran subjektif tidak bertujuan untuk
mengenepikan kebenaran sejarah, tetapi mereka kurang mementingkan konsep kebenaran
yang objektif.
Sehubungan dengan itu dapat disimpulkan di sini bahawa persoalan subjektiviti dalam
sejarah ialah merujuk kepada bentuk hasil sejarah yang ditulis dengan memasukkan unsur-
unsur penambahan yang pada pandangan sejarawan itu adalah penting. Masalah bias adalah
merupakan kesan terpenting yang wujud hasil daripada tercetusnya penulisan secara subjektif
ini.
Naratif tells the story, and it is not material how long the time span may be.
Gaya penulisan naratif terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu Naratif
kronologikal di mana jenis ini bertujuan untuk menceritakan semula mengikut aturan peristiwa
11
E.R.Carr. Apakah Sejarah?. (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989. Hlm. 5
yang telah berlaku secara kronologis. Manakala, Naratif imajinatif bergantung kepada
kebolehan penulis mengingati kejadian-kejadian dan meceritakan semula secara logik.
Description attempts to display a manifestation of the past without giving it the dimension of
a change in time...
Gaya ini menjadi pembantu kepada gaya-gaya penulisan yang lain.Misalnya, Khoo Kay
Kim (1977) dalam karyanya The Western Malay States, 1850-1873 menulis secara deskriptif
tentang kewujudan kerajaan-kerajaan negeri Melayu di Tanah Melayu;
Pada amnya, negeri Melayu tradisional merupakan satu kelompok petempatan yang
terdapat di tebing-tebing sungai. Tiap-tiap negeri di Semenanjung kecuali Negeri Sembilan,
mendapat namanya daripada sungai tempat bermulanya kerajaan itu didirikan.12
Penulisan deskriptif juga mengutamakan aturan sumber yang diperoleh secara topikal
yang merujuk kepada suatu jangka masa yang tetap. Contohnya, Hasil karya Nabir
Abdullah, Maahad Il Ihya Assyariff Gunung Semanggol, 1934-1959. Penulisan ini digambarkan
mengikut lima bab yang topikal;
Bab III: Il Ihya Melalui Zaman Jepun Dan Memasuki Politik (1942-1947).
Gaya penulisan ini memberi penerangan yang lengkap tentang tajuk yang dipilih.
Misalnya, penerangan tentang penubuhan Il Ihya Assyarif penulis menulis;
“Sebelum lahirnya Il Ihya Assyariff pada tahun 1934, penduduk Gunung Semanggol...”13
Dalam penulisan sejarah, Carr menyatakan bahawa ‘before you study history, you
should study the historian and before you should study historian, you should study historical
and social environment”.
12
Rozeman Abu Hassan.2004. Mengenali dan mentafsir sumber sejarah. Shah Alam.Karisma Publication.hlm49
13
Ibid.
Pernyataan Carr ini menunjukkan bahawa untuk memahami dan menilai petafsiran
dan penulisan sejarah adalah baik untuk memahami siapakah sejarawannya dengan baik dan
mengetahui persekitaran sosial dan sejarah latar belakang beliau.
KESIMPULAN
Fakta sejarah tidak berubah, namun tafsiran sering boleh diubah-ubah mengikut teori,
konsep, alat analisis dan pendekatan sejarah yang digunakan; atau ianya berubah mengikut
suasana politik semasa. Maka timbul pandangan bahawa sejarah selalunya ditafsir dan ditakrif
oleh mereka yang berkuasa ketika mereka berkuasa. Dalam kata lain, pada umumnya, sejarah
boleh didampingi daripada beberapa sudut dan ditafsir mengikut konteks sesebuah
masyarakat.