Anda di halaman 1dari 19

BUKU PANDUAN PENULISAN LAPORAN

PERANTISAN 2

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN


PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL 2.0)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kandungan Halaman

1.0 PENGENALAN 2

2.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL


2.1 Jenis dan saiz fon 4
2.2 Jidar 4
2.3 Langkau baris 4
2.4 Kriteria kertas hasil 5
2.5 Penjilidan hasil 5
2.6 Penomboran muka surat 5

3.0 FORMAT PENULISAN LAPORAN


3.1 Kulit hadapan 5
3.2 Halaman pengakuan dan Pengesahan 5
3.3 Penghargaan 5
3.4 Senarai kandungan 6
3.5 Lampiran 6
3.6 Gambar 6
3.7 Jadual 6
3.8 Rajah 6
3.9 Permulaan bab 6
3.10 Perenggan 6
3.11 Sumber 6
3.12 Rujukan 7

4.0 GAYA PENULISAN LAPORAN 8

5.0 KERANGKA UTAMA PENULISAN


5.1 Laporan Refleksi Kepimpinan 8

LAMPIRAN

A Format Kulit Depan Laporan Program Perantisan 2 13

B Contoh Pengakuan dan Pengesahan Laporan Perantisan 2 14

C Contoh Penghargaan 15

2
D Contoh Kandungan Laporan Program Perantisan 2 16

E Contoh Abstrak Laporan Program Perantisan 2 17

F Contoh Log Mingguan 18

G Contoh Senarai Semak Penyelia 19

3
1.0 PENGENALAN

Program Perantisan 2 adalah program yang wajib dilaksanakan oleh peserta


National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) sebagai
memenuhi sebahagian keperluan kursus NPQEL. Sebagai bukti pelaksanaan
program ini, peserta dikehendaki menyediakan laporan bertulis mengikut
format yang telah ditetapkan oleh Institut Aminuddin Baki.

2.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL

2.1 Jenis dan Saiz Fon

2.1.1 Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan rujukan
mestilah menggunakan saiz fon 12 dan jenis Times New Roman/Arial.
2.1.2 Saiz fon dalam jadual, gambar rajah dan grafik mengikut kesesuaian
(9 - 11 saiz fon). Tajuk dan subtajuk hendaklah ditebalkan.
2.1.3 Nama saintifik dan terminologi bahasa Inggeris hendaklah dalam
bentuk tulisan condong.

2.2 Jidar

Jidar kiri - 3.8 cm (38 mm)


Jidar atas - 3.0 cm (30 mm)
Jidar kanan dan bawah - 2.5 cm (25 mm)

Spesifikasi jidar bertujuan untuk memudahkan penjilidan. Semua maklumat


seperti kepala teks dan gambar rajah termasuk nombor muka surat
hendaklah dalam lingkungan penulisan.

2.3 Langkau Baris

2.3.1 Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau 1½ baris kecuali


halaman abstrak yang berlangkau 1 baris. Jarak antara perenggan
mestilah langkau satu baris.
2.3.2 Senarai di bawah mestilah ditaip dengan langkau satu baris:
i. Petikan yang melebihi 40 patah perkataan
ii. rujukan
iii. lampiran seperti soal selidik, surat-surat
iv. tajuk dan subtajuk

4
2.4 Kriteria Kertas Hasil

Laporan hendaklah ditaip di atas kertas putih 70/80 gsm dan bersaiz A4.

2.5 Penjilidan Hasil

Projek hendaklah dijilid dengan cara jilid sisir (comb binding). Bentangan
halaman laporan hendaklah ditaip dalam paparan menegak kecuali jadual dan
gambar rajah boleh menggunakan paparan melintang.

2.6 Penomboran Muka Surat

Semua muka surat laporan hendaklah dinomborkan. Nombor muka surat


hendaklah diletakkan pada bahagian tengah bawah setiap muka surat (seperti
contoh buku panduan ini). Penggunaan kurungan atau sebarang bentuk lain
tidak dibenarkan.

3.0 FORMAT PENULISAN LAPORAN

3.1 Kulit Hadapan

Kulit hadapan laporan kertas A4 putih dan mengikut format yang telah
ditetapkan dalam Program Perantisan 2.

3.2 Halaman Pengakuan dan Pengesahan

Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian projek dan


hendaklah ditandatangani oleh penulis dan disahkan oleh Pengetua atau Guru
Besar sekolah. Halaman ini dinomborkan dengan huruf roman (Lampiran B)

3.3 Penghargaan

Penghargaan biasanya meliputi kata-kata penghargaan atas tunjuk ajar dan


bantuan daripada individu dan institusi. Halaman ini dinomborkan dengan
huruf roman (Lampiran C).

3.4 Senarai Kandungan

Senarai isi kandungan hendaklah disusun mengikut urutan yang berpadanan


dengan nombor muka surat yang merangkumi semua tajuk dan subtajuk,
dinomborkan dengan huruf roman (Lampiran D)

5
3.5 Lampiran

Semua bahan bukti dokumen berkaitan dilampirkan di bahagian lampiran dan


dinomborkan mengikut urutan seragam (rujuk Lampiran A, Lampiran B dan
seterusnya).

3.6 Gambar

Bilangan gambar yang disisipkan di antara teks penulisan perlu bersesuaian


(3 - 4 keping sahaja). Bilangan gambar yang terlalu banyak akan
mengganggu penulisan laporan. Manakala gambar tambahan boleh
disertakan dalam lampiran. Kapsyen gambar perlu diletakkan di bahagian
bawah gambar mengikut urutan.

3.7 Jadual

Tajuk jadual diletakkan di bahagian atas jadual dan dinomborkan mengikut


urutan.

3.8 Rajah

Tajuk rajah diletakkan di bahagian bawah rajah dan dinomborkan mengikut


urutan.

3.9 Permulaan Bab

Setiap bab dimulakan dengan muka surat baharu. Halaman pemisah tidak
diperlukan.

3.10 Perenggan

Perenggan biasanya digunakan bagi menandakan pembukaan tajuk baharu,


atau pengembangan lebih lanjut tentang tajuk sebelumnya. Sekurang-
kurangnya dua ayat boleh dibentuk untuk membina satu perenggan.
Perenggan pertama bagi setiap subtajuk tidak perlu disantak. Namun bagi
perenggan seterusnya perlu disantak satu langkau ke dalam.

3.11 Sumber

Semua data/statistik/rujukan/petikan perlu dinyatakan sumbernya dengan


jelas.

6
3.12 Rujukan

Senarai rujukan membolehkan pembaca mengetahui sumber yang


digunakan. Penggunaan rujukan yang terkini amat digalakkan dan sumber
rujukan perlu dinyatakan dengan jelas. Petikan daripada rujukan yang ditulis
di dalam laporan mestilah disertakan dalam bahagian rujukan. Rujukan yang
dimasukkan mesti dinyatakan dalam penulisan yang berkaitan dengan projek.
Penulisan rujukan seperti pengarang, tahun dan halaman perlu mengikut
sistem American Psychological Association 6th ed. (APA).

Senarai rujukan ditulis mengikut abjad dan tidak perlu dinomborkan.


Cara penulisan rujukan berbeza-beza mengikut jenis bahan yang dirujuk. Sila
rujuk contoh-contoh berikut:

a. Buku

Ahmad Mahdzan Ayob. (2003). Kaedah penyelidikan sosioekonomi:


Suatu pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

b. Tesis

Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2002). Kajian mengenai pengganti


kepimpinan sebagai moderator terhadap cara gaya kepimpinan
transformasi. Tesis Ph.D tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.

c. Artikel dalam Jurnal

i. Catatan: Sila teliti cara menulis rujukan ARTIKEL


ii. Tajuk artikel (tegak)
iii. Nama jurnal (Journal of Social Psychology-italic)
iv. Ada bilangan (contoh 22 - ditaip italic)
v. Jika ada volume (contoh 8 - ditaip tegak)
vi. Ada halaman (contoh 365-371 - ditaip tegak)

Buch, K., & Rivers, D. (2001). TQM: The role of leadership and culture.
Leadership and Organization Development Journal, 22(8), 365-371.

d. Pautan Internet

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012a). Portal Sistem Maklumat


Pengurusan Pendidikan. Akses 28 Januari 2012, dari http://
emisportal.moe.gov.my/

7
e. Pekeliling

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. (2005). Panduan pengurusan kualiti


menyeluruh (TQM) bagi perkhidmatan awam: Bil 1 tahun 1992. Dalam
Undang-undang Malaysia. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
1991-1993 Jilid 1 (335-395). International Law Book Services:
Selangor.

f. Nota Kuliah

Institut Aminuddin Baki. (2015). Nota kuliah modul 1 Program NPQEL.


Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki.

4.0 GAYA PENULISAN LAPORAN

Laporan menggunakan format penulisan ilmiah perlu menggunakan laras


bahasa yang sesuai dan tepat untuk membicarakan sesuatu fakta secara
objektif.

5.0 KERANGKA UTAMA PENULISAN LAPORAN

Kerangka utama penulisan Laporan Perantisan 2 berdasarkan format yang


disediakan dan hendaklah mengandungi bahagian-bahagian berikut:

5.1 Laporan Refleksi Kepimpinan

5.1.1 Kulit Depan dan Format Laporan


a. Mengandungi maklumat yang ditetapkan dan jadual isi kandungan.
b. Tajuk dan subtajuk disusun dan dinomborkan dengan teratur.
c. Rujukan disenaraikan dengan cara yang tekal (konsisten).

5.1.2 Laporan Program Perantisan 2 ditulis berdasarkan empat bab iaitu:-

BAB 1 PROFIL SEKOLAH

Bab ini menghuraikan maklumat tentang latar belakang sekolah seperti


sejarah sekolah, visi dan misi, objektif, falsafah dan nilai, piagam
pelanggan, struktur organisasi, lencana, moto, lagu sekolah. Maklumat
berkaitan data atau statistik yang berkaitan seperti enrolmen murid,
bilangan staf, perlu dinyatakan.

8
BAB 2 REFLEKSI MEMIMPIN INTERVENSI

Bahagian ini menghuraikan tajuk projek, bidang dan tujuan pemilihan


projek sebagai penandaarasan. Nyatakan kepentingan, kesesuaian,
kerelevanannya dan sumbangan Projek Perantisan 2 yang dipilih.
Nyatakan impak pelan intervensi yang dipilih terhadap kecemerlangan
sekolah.

Peserta dikehendaki menyediakan Analisis SWOC (rujuk borang


P2-1 hingga P2-6) dan mengenal pasti isu di sekolah perantisan 2
sebelum memilih pelan intervensi yang bersesuaian.

Peserta diminta melaporkan secara terperinci aktiviti yang dipilih


agar pembaca laporan ini dapat memahami dan mengadaptasi projek
tersebut di sekolah mereka. Peserta perlu melampirkan dokumen-
dokumen yang berkaitan dalam laporan. Soalan-soalan yang
dikemukakan dalam setiap bahagian hanya sebagai panduan kepada
peserta untuk mencari maklumat.

i. Situasi

Jelaskan isu-isu, mandat dan keperluan analisis dalam pelaksanaan


projek yang dipilih.
a. Mengapakah projek berkenaan dipilih?
b. Siapakah yang terlibat menjayakan projek ini?
c. Apakah hasil/kejayaan projek yang dilaksanakan?

ii. Peluang dan cabaran pelaksanaan projek

Proses pelaksanaan program tersebut, faktor-faktor yang menyokong


dan halangan dalam melaksanakan projek tersebut.
a. Apakah yang memotivasikan warga sekolah untuk
melaksanakan projek berkenaan?
b. Bagaimanakah peserta mendapatkan sokongan warga sekolah?
c. Apakah harapan dan perasaan peserta sekolah mengenai
projek berkenaan?
d. Bagaimanakah peserta memotivasikan guru dan staf dalam
menjayakan projek ini?
e. Apakah perubahan dan risiko yang dihadapi dan bagaimanakah
pihak menanganinya?

iii. Amalan Pemimpin sekolah Perantisan 2

Peranan, sokongan dan penglibatan pengetua/guru besar dalam


pelaksanaan projek dan berikan contoh serta huraian berkaitan.
a. Sejauh manakah kepimpinan sekolah terlibat dalam projek ini?

9
b. Bagaimanakah kepimpinan sekolah membina semangat kerja
berpasukan?
c. Sejauh manakah guru dilibatkan dalam proses pembuatan
keputusan?
d. Bagaimanakah kepimpinan sekolah menggiatkan semangat
kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain?

iv. Stail pengurusan dan kepimpinan sekolah


Perantisan 2

Jelaskan stail pengurusan dan kepimpinan yang diamalkan oleh


pengetua/guru besar dan berikan contoh spesifik serta huraian berkaitan.
a. Bagaimanakah tingkah laku kepimpinan sekolah dalam
menjayakan projek ini?
b. Bagaimanakah kepimpinan sekolah merancang, mengelola,
menyelia dan menilai projek berkenaan?

v. Pengiktirafan

Jelaskan pengiktirafan yang diberikan oleh pengetua/guru besar kepada


guru/ staf/murid dan sebaginya dalam menjayakan projek tersebut.
a. Apakah kejayaan yang diterima oleh pihak sekolah berkaitan
projek ini?
b. Bagaimanakah kepimpinan sekolah meraikan/menyambut
kejayaan yang dicapai?
c. Bagaimanakah sumbangan individu dan kumpulan diiktiraf oleh
kepimpinan sekolah?

vi. Tindak ikut

Tindakan selepas projek dilaksanakan dan cara pihak sekolah


melestarikan projek tersebut serta tindakan susulan yang diambil.
a. Bagaimanakah peserta mengekalkan kejayaan projek
berkenaan?
b. Bagaimanakah peserta menjadikan kejayaan projek berkenaan
sebagai satu landasan melaksanakan penambahbaikan
seterusnya?
c. Apakah halangan dan cabaran yang dihadapi dalam
mengekalkan kejayaan projek dan bagaimanakah perkara ini
diatasi?

10
BAB 3 REFLEKSI

Huraian perlu diberikan tentang perkara-perkara berikut:

i. Faktor-faktor yang didapati kritikal dan penting dalam


kejayaan projek
Faktor-faktor yang dilihat adalah merupakan faktor yang didapati
kritikal dan penting dalam memberi kejayaan terhadap projek/
perubahan yang dipilih.

ii. Hubungan antara teori-teori yang dipelajari dengan amalan


pengurusan dan kepimpinan

Huraikan hubungan antara teori-teori yang dipelajari dengan


amalan pengurusan dan kepimpinan yang dipamerkan di
sekolah penandaarasan. Teori yang dihuraikan perlu diberikan
contoh dan huraian yang mengaitkan amalan pengurusan dan
kepimpinan pengetua/guru besar.

iii. Kesesuaian projek

Jelaskan kesesuaian projek ini jika dilaksanakan di sekolah


peserta sendiri dan nyatakan isu-isu yang berkaitan. Kaitkan
SWOC dan analisis keperluan dengan projek yang dilaksanakan

iv. Cadangan penambahbaikan projek

Cadangkan ruang penambahbaikan, pengubahsuaian atau


perubahan yang perlu apabila projek ini hendak dilaksanakan di
sekolah peserta sendiri kelak.

v. Pengajaran dan teladan pengurusan dan kepimpinan

Huraikan pengajaran dan teladan pengurusan dan kepimpinan


yang diperolehi. Berikan contoh dan huraian berkaitan.

11
BAB 4 RUMUSAN LAPORAN

Tunjukkan kebolehan menyepadukan aspek-aspek projek yang


dilaporkan meliputi kejayaan dan impak kecemerlangan kepada
sekolah daripada perspektif peserta sendiri. Nyatakan bagaimana
program ini dapat memberi impak kepda peserta sendiri dari aspek
mencambah pengetahuan peserta dan rumusan keseluruhan projek
secara ringkas dan padat.

i. Impak projek kepada kecemerlangan sekolah


ii. Impak projek kepada peserta
iii. Rumusan keseluruhan

5.1.3 Kaedah penghantaran Laporan Perantisan 2

i. Laporan dihantar dan dijilid sekali bersama-sama perkara


berikut:
a. Laporan lengkap P2-1 hingga P2-8
b. Log Mingguan (P2-6)
ii. Laporan Perantisan 2 perlu diserahkan kepada urus setia pada
hari pertama Fasa 3 bermula.
iii. Laporan Perantisan 2 dimuat naik ke e-Laporan dalam bentuk
pdf.

12
LAMPIRAN A

Format Kulit Depan Laporan Program Perantisan 2

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2


NPQELAMBILAN 1/2019

PROGRAM I-THINK

FATIMAH BINTI ABU BAKAR


670923-01-1234

SMBE 1

PENSYARAH PENYELIA
DR. BORHAN BIN ISMAIL

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2


DISERAHKAN KEPADA
INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEBAGAI MEMENUHI
SEBAHAGIAN KEPERLUAN
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN
PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

13
LAMPIRAN B

CONTOH PENGAKUAN DAN PENGESAHAN LAPORAN PROGRAM


PERANTISAN 2

PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya
dinyatakan sumbernya.

Tandatangan:

_____________________________
( )
17 MEI 2019

Saya mengesahkan bahawa Projek Perantisan 2 yang bertajuk


..................................................................... telah dilaksanakan di
sekolah ini.

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja peserta NPQEL sendiri
kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya
dinyatakan sumbernya.

Tandatangan:

_______________________
( )
17 MEI 2019

Cop Pengetua/Guru Besar Sekolah Perantisan 2)

14
LAMPIRAN C

Contoh Penghargaan

PENGHARGAAN

Syukur saya kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan dan buah
fikiran untuk menyiapkan tugasan ini yang bertajuk …………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………….

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Pengetua SMK Seri Menanti
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………..

Akhir sekali tidak lupa ucapan terima kasih saya kepada …………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………

Sekian, terima kasih.

FATIMAH BINTI ABU BAKAR


SMBE1 NPQEL 1/2019
17 MEI 2019

15
LAMPIRAN D

Contoh Kandungan Laporan Program Perantisan 2

Perkara Halaman
Pengakuan i
Penghargaan ii
Abstrak iii
Isi Kandungan iv
Senarai Jadual v
Senarai Rajah vi
Senarai Gambar vii

BAB 1 PROFIL SEKOLAH

BAB 2 REFLEKSI MEMIMPIN INTERVENSI


2.1 Kajian Keperluan
2.2 Penjanaan Strategi Penambahbaikan
2.3 Pembinaan SWOT
2.4 Pembinaan Pelan Intervensi

BAB 3 REFLEKSI
3.1 Pelaksanaan penambahbaikan
3.2 Pemantauan

BAB 4 RUMUSAN LAPORAN


4.1 Aspek kepimpinan dan pengurusan
4.2 Kekuatan penambahbaikan
4.3 Kelemahan penambahbaikan
4.4 Cadangan penambahbaikan berterusan

RUJUKAN

16
LAMPIRAN E

Contoh Abstrak Laporan Program Perantisan 2

ABSTRAK

Laporan Program Perantisan 2 yang disediakan ini adalah hasil pemerhatian,


temu bual, soal selidik, analisis rekod dan dokumen yang diperoleh dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan II, Semporna. Laporan kajian ini
memuatkan maklumat sekolah yang merangkumi sejarah sekolah, visi dan
misi, data dan statistik sekolah yang berkaitan. Laporan juga mengandungi
huraian projek yang dipilih sebagai projek sandaran iaitu Projek Mentoring:
Peningkatan Kemahiran Menulis Karangan. Projek ini berfokus kepada aktiviti
mentoring yang berbentuk kelompok dan aktiviti mentor-mentee yang
berfokus kepada bimbingan khusus kemahiran menulis karangan untuk
meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Bahasa Malaysia murid
Tingkatan 4C (Kumpulan Murid Lemah). Projek ini juga digunakan sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun
2016. Laporan ini juga turut menumpukan gaya pengurusan dan kepimpinan
dalam memotivasikan guru dan murid yang terlibat menjayakan projek ini.

17
LAMPIRAN F

Contoh Log Mingguan

Log Mingguan Perantisan 2

NAMA SEKOLAH SMK Seri Menanti

KOD SEKOLAH JEA1010

TARIKH AMALI

NAMA PENGETUA/GURU En. Khamis bin Jumaat


BESAR

REFLEKSI MINGGU 2/ Pengetua SMK Seri Menanti mempunyai


MINGGU 3/MINGGU perwatakan…
4/MINGGU 5
Stail kepimpinan Pengetua sekolah ini berbentuk…

Pengakuan:
Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia untuk
diambil tindakan oleh pihak IAB jika didapati bahawa karya ini diciplak daripada hasil
karya pihak tertentu yang terdahulu.

Tandatangan
Nama Peserta:
No. K/P:
Nama Penyelia:
Tarikh Laporan:

18
LAMPIRAN G
Contoh Senarai Semak Penyelia

Senarai Semak Penyeliaan Perantisan 2 NPQEL

Nota: Peserta NPQEL diminta mencetak borang ini dan menyertakannya bersama Laporan
Perantisan 2. Pensyarah penyelia perlu menandatangani borang ini sebagai bukti penyeliaan telah
dilakukan.

Nama Penyelia:

Nama Peserta:

Nama Sekolah:

Tarikh Penyeliaan:

Bil. Aktiviti Dilaksanakan Nota


(tandakan √ )
1. Berjumpa/berbincang dengan
Pengetua/Guru Besar sekolah
2. Menyemak Buku Log
3. Menyemak dan memastikan Profil
Sekolah disediakan
4. Memastikan peserta telah memilih
satu program/projek penambahbaikan
yang mahu dikaji/dilaksanakan
5. Memastikan program yang dipilih
sesuai dan menepati keperluan kursus
6. Menyemak dokumentasi tentang
program berserta bukti
7. Memastikan peserta mempunyai
perancangan masa yang baik
bagi melaksanakan Program
Penandaarasan/Sandaran dan
membuat laporan

Hal-hal lain yang dibincang dengan peserta:

Tandatangan Penyelia:

Tarikh: 19