Anda di halaman 1dari 34

Pengalaman Mengunjungi Tempat Yang Menarik

contoh karangan upsr percutian di pulau langkawi

Pada cuti persekolahan minggu lalu, ayah membawa kami sekeluarga makan angin
di Pulau Langkawi. Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria. Setelah melalui
Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) selama tujuh jam, akhirnya kami tiba di Kuala Perlis.
Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah. Perjalanan yang mengambil
masa hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang
membiru. Nun di kejauhan, saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul
ombak.
Apabila tiba di jeti, ayah segera menyewa sebuah kereta. Ayah membawa kami
ke sebuah hotel yang sudah ditempah. Sesampainnya di hotel, kami segera mandi,
bertukar pakaian dan bersolat.
Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau. Kami tidak melepaskan
peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.
Kami adik-beradik berpeluang berkejaran di pantai yang bersih.
Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah. Banyak barang yang ibu beli
seperti pinggan mangkuk dan kain batik. Untuk kami yang seramai enam orang, ibu
belikan pakaian.

Hari ketiga, kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah, bersih dan
menarik itu. Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau
yang agak luas. Namun, pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.
Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan

Belajar secara berkumpulan bermaksud belajar dalan kumpulan yang terdiri


daripada 2 hingga 5 orang. Kita boleh belajar secara kumpulam di dalam dan luar
kelas. Aktiviti belajar secara berkumpulan boleh dijalankan pada bila-bila masa
sahaja.

Terdapat banyak kelebihan belajar secara berkumpulan. Antaranya adalah kita


boleh mendapat banyak ilmu pengetahuan. Ramai orang dapat memberi banyak idea.
Contohnya, sekiranya terdapat lima orang murid belajar dalam satu kumpulan ini
bermakna kita akan dapat lima idea yang berbeza. Oleh itu, idea yang kita peroleh
boleh digunakan untuk membantu kita dalam pelajaran.

Selain itu, belajar secara berkumpulan juga dapat menghilangkan rasa bosan.
Ini kerana semasa belajar dengan rakan-rakan, kita akan lebih berkomunikasi. Secara
tidak langsung kita dapat belajar cara berkomunikasi dengan betul.

Seterusnya, belajar secara berkumpulan, kita dapat mengisi masa lapang dan
mengelakan diri dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan ini kita dapat
berbincang soalan soalan berbentuk peperiksaan.

Di samping itu juga, kita dapat melatih diri bertolak ansur dengan rakan-rakan.
Ini kerana kita perlu belajar menghormati pendapat rakan-rakan. Secara tidak
langsung kita dapat mengeratkan hubungan dengan rakan.

Sebagai kesimpulannya belajar berkumpulan mendatangkan banyak faedah.


Oleh itu, semua murid seharusnya belajar bersama-sama rakan sebaya.
Kepentingan ICT

Dalam mendepani arus globalisasi, Malaysia telah berjaya berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini demikian kerana
pelbagai kemudahan teknologi yang dicipta marcapada ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan apabila manusia berlumba-lumba untuk mencipta teknologi yang
memudahkan kehidupan seharian.

Terdapat pelbagai kepentingan prima penggunaan teknologi maklumat dalam


kehidupan manusia. Antaranya ialah memudahkan manusia untuk mendapatkan
maklumat di hujung jari terutama dalam kalangan murid. Menerusi teknologi maklumat
ini, manusia akan dapat mempelajari pelbagai maklumat keduniaan yang dapat
membuka dan meluaskan minda mereka. Selain maklumat pendidikan, kita juga dapat
mencari maklumat mengenai hiburan, isu-isu politik dan sebagainya.

Selain itu, manusia juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa
sempadan. Pengenalan mengenai laman sosial seperti "Facebook", "Twitter",
"Friendster" dan sebagainya telah menghubungkan manusia dengan dunia luar.
Sebagai contoh seseorang yang berada di luar negara sama ada atas urusan
perniagaan atau menuntut ilmu dapat melepaskan rindu serta bertanya khabar
kepada keluarga tercinta yang berada di perantaan hanya dengan menggunakan
teknologi laman sosial.

Seterusnya, teknologi maklumat ini juga memudahkan ahli perniagaan


menjalankan aktiviti perniagaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus dapat
menjimatkan kos dan tenaga. Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan
sahaja dapat memudahkan urusan pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan
pembeli atau pengguna.

Akhir sekali, manusia dapat melakukan pembayaran bil dan urusan perbankan
melalui laman sesawang sahaja. Manusia tidak perlu menghabiskan tenaga dan
bersusah-payah untuk menguruskan pelbagai pembayaran dan urusan-urusan
kewangan. Ia juga memudahkan seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja seharian
membuat pembayaran dengan mudah.
Kesimpulannya, teknologi maklumat yang ada marcapada memainkan peranan vital
kepada setiap manusia. Teknologi maklumat ini haruslah digunakan dengan sebaik
yang mungkin kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh menerusi peranan
teknologi maklumat itu sendiri.
Kepentingan Air
Air merupakan keperluan utama hidupan di muka bumi ini. Manusia, tumbuh-
tumbuhan dan binatang memerlukan air untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Air ialah sumber minuman kerana tanpa air hidupan akan mati. Sumber minuman
ini boleh didapati daripada aliran anak sungai dan diproses sebelum boleh digunakan.
Tumbuhan pula bergantung kepada air hujan supaya dapat hidup dengan subur dan
menjalankan proses fotosintesis.
Selain itu, manusia juga menggunakan air untuk menjalani kehidupan seharian.
Contohnya, untuk memasak, mandi, mencuci dan sebagainya. Tanpa air, kehidupan
manusia akan terjejas dan akan berlakulah kekalutan untuk mendapatkan air.
Air juga adalah sumber penting kepada para petani untuk tamanan mereka. Tanpa
air, tamanan akan kering dan layu serta terjejaslah sumber pendapatan para petani.
Manusia juga akan mendapat kesusahan kerana kekurangan sumber makanan yang
berasaskan sayur-sayuran dan bijirin.
Di samping itu, kilang-kilang juga sangat memerlukan air dalam penghasilan
produk mereka. Contohnya, kilang yang membuat ais, minuman dan makanan. Tanpa
air, operasi kilang akan terhenti dan pastinya menyebabkan kerugian yang besar
kepada pekilang.

Kesimpulannya, air adalah sumber semula jadi yang sangat penting dan berkaitan
dengan kehidupan manusia. Namun, sebagai pengguna kita hendaklah berjimat
semasa menggunakan air supaya tidak berlaku pembaziran.
Amalan Jimat Cermat
Berjimat-cermat Amalan Mulia

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat


bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu
sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita
boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu
nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku
latihan dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa
berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh
mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga
akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan
masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang
untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka
terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik
mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan
tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik
ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu
akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu
berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan
kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik
seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan
mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-
cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta
mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
Kelebihan Sukan
KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh
badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan
aktiviti sukan. Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.
Apabila kita berakreasi seperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya, badan
akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.
Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar
di dalam kelas.
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan
menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira
umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman,
kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara
bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu
lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri
daripada terjebak dalam gejala sosial.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.


Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan
sekolah, daerah, negeri mahupun negara. Apabila kita berjaya memenangi mana-
mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Nama
kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita
bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
masyarakat yang cerdas dan cergas.
Kepentingan Kokurikulum
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-
guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab
dan persatuan, sukan dan permainan serta pasukan beruniform. Oleh yang demikian,
aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh murid-murid kerana ada banyak
kepentingannya.
Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, kita tiada masa untuk melepak dan bergaul dengan budak-budak nakal.
Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan
gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, masa lapang kita akan
diisi dengan latihan yang diselia oleh guru-guru.
Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin diri. Contohnya,
semasa menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih
menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan. Disiplin sangat penting
untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi
pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu
jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan.
Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar
menjadi pemimpin.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap
unit kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan
berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama
ahli.
Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-murid di
sekolah.Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-
anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Membaca Jambatan Ilmu
Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat. Semua
lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana
Membaca Jambatan Ilmu.
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita
ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi
lebih bijak.
Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan
semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan
ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di
seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak
di bawah tempurung".
Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat
mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong
untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara
itu.
Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak. Membaca buku-buku
seperti ini amat bermanfaat. Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.
Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan


membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu
mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan
membaca sebagai budaya hidup mereka.
Aktiviti Di Sekolah
Karangan ucapan- majlis persaraan guru kelas

Guru kelas kamu akan bersara tidak beberapa lama lagi. Kamu dan rakan-rakan
sekelas telah mengadakan satu majlis untuk meraikan persaraan tersebut. Kamu
diminta untuk menyampaikan ucapan sempena majlis tersebut.
Tulis ucapan kamu selengkapnya.

Yang berusaha En Mazlan Bin Lazim selaku guru besar, Yang diraikkan En. Azmi Bin
Salleh, yang dihormati guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan
kepada saya mewakili kelas 6 Zamrud untuk menyampaikan ucapan sempena
persaraan En. Azmi Bin Salleh iaitu guru kelas yang sangat kita kasihi.
Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Azmi berada dalam kalangan kita dan
menaburkan jasa serta baktinya kepada kita semua. Sesungguhnya perkhidmatan
serta jasanya di sekolah ini sangatlah besar. Hampir setahun beliau menjadi guru
kelas kami dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada kami.
Sepanjang beliau mendidik kami, begitu banyak bakti yang telah beliau taburkan
tambahan pula tidak beberapa lama lagi kami akan menempuh Peperiksaan UPSR.
Segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Cikgu Azmi akan terus
kami amalkan.
Kami amat berharap agar Cikgu Azmi sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa dalam
keadaan sihat sejahtera. Kami berdoa semoga Cikgu Azmi dapat menempuh usia
persaraan dengan gembira di samping keluarga tercinta.
Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun
lama buat cikgu Azmi:

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik Bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Sekian, terima kasih.


Aktiviti Di Sekolah
Anda selaku ketua darjah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis
perpisahan untuk murid-murid Tahun Enam.
____________________________________________________________

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru
serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana
memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.

Hadirin sekalian,

Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari
persekolahan, bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru,
kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang
dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.

Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami
dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan
bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan megira. Kami akan
sentiasa mengingati pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang
berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara.

Hadirin sekalian .

Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk
kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa
guru-guru itu. Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh
sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti.

Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan
kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-
guru curahkan kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa
meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir
hayat kami.

Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya;

Ramai orang menanam padi,


Padi ditanam hingga ke seberang,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang orang.

Sekian, terima kasih.


Aktiviti Di Sekolah
Ucapan : Majlis Perpindahan Guru Kelas
Guru kelas kamu akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai Ketua Kelas, kamu
diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan.

Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar,
yang dikasihi guru-guru, yang diraikan Cikgu Ahmad iaitu guru kelas serta rakan-rakan
sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi
peluang mewakili murid kelas 6 Melur untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.
Kami semua berasa sungguh terkejut dan sedih apabila mendengar berita
perpindahan guru kelas kami.
Hadirin sekalian,
Cikgu Ahmad sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau mengajar kami
mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga mengajar kami mata pelajaran
Kajian Tempatan.
Cikgu Ahmad seorang yang sangat baik dan penyayang. Beliau juga
merupakan guru yang berdedikasi. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-
sungguh.
Cikgu Ahmad telah banyak menyumbang jasa kepada sekolah kita. Banyak
murid tahun 6 mendapat gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini disebabkan
usaha beliau yang gigih mengajar kami tanpa jemu.
Hadirin yang dihormati,
Cikgu Ahmad merupakan guru penasihat pasukan bola sepak SK
Wawasan. Beliau selalu melatih pemain bola sepak untuk meningkatkan kemahiran
dan stamina. Pada tahun 2015, kita telah mendapat johan bagi Pertandingan Bola
Sepak bawah 12 Tahun peringkat kebangsaan.
Kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah baharu.
Kami akan sentiasa mengingati cikgu. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap
pantun:

Hari ini hari Ahad


Lusa hari Selasa
Terima kasih Cikgu Ahmad
Jasa cikgu kami tak lupa

Sekian, terima kasih.


Aktiviti Di Sekolah
BERITA - Minggu Bahasa Peringkat Sekolah

SEREMBAN , Selasa - Sekolah Kebangsaan Wawasan telah mengadakan minggu


bahasa peringkat sekolah dari 18 Jun 2016 hingga 22 Jun 2016.
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Wawasan. Tujuan program ini adalah untuk memantapkan penggunaan
bahasa Melayu dan memberi peluang kepada semua murid menyertai pertandingan
berbahasa.
Sempena minggu bahasa ini, pihak penganjur telah mengadakan pelbagai
pertandingan seperti pertandingan bercerita, mengarang cerpen, pidato,
mendeklamasikan sajak dan kuiz.
Semua murid tahap satu dan tahap dua telah mengambil bahagian dalam
pertandingan itu. Sebelum pertandingan dijalankan, Pn.Hajah Mariyati binti Haji
Sapuan , Guru Besar sekolah Kebangsaan Wawasan telah merasmikan program ini.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Hampir setiap
acara yang dipertandingan disertai lebih 30 orang peserta.
Pada hari yang terakhir, telah diadakan majlis penyampaian hadiah. Hadiah-
hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar. Murid-murid yang berjaya akan
mewakili sekolah jika ada pertandingan di peringkat daerah nanti.
Aktiviti Di Sekolah
Laporan Minggu Bahasa Peringkat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Wawasan telah mengadakan minggu bahasa peringkat sekolah


dari 18 Jun 2016 hingga 22 Jun 2016.

Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Sekolah


Kebangsaan Wawasan. Tujuan program ini adalah untuk memantapkan penggunaan
bahasa Melayu dan memberi peluang kepada semua murid menyertai pertandingan
berbahasa.

Sempena minggu bahasa ini, pihak penganjur telah mengadakan pelbagai


pertandingan seperti pertandingan bercerita, mengarang cerpen, pidato,
mendeklamasikan sajak dan kuiz.

Semua murid tahap satu dan tahap dua telah mengambil bahagian dalam
pertandingan itu. Sebelum pertandingan dijalankan, Pn.Hajah Mariyati binti Haji
Sapuan , Guru Besar sekolah Kebangsaan Wawasan telah merasmikan program ini.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Hampir setiap


acara yang dipertandingan disertai lebih 30 orang peserta.

Pada hari yang terakhir, telah diadakan majlis penyampaian hadiah. Hadiah-
hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar. Murid-murid yang berjaya akan
mewakili sekolah jika ada pertandingan di peringkat daerah nanti.

Dilaporkan oleh, 25 JUN 2016

Amirulrasyhid

(AMIRUL RASYHID BIN JASLAN )

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Wawasan.
SOALAN : Tulis sebuah karangan tentang " Cara Menggunakan Masa dengan
Berfaedah"

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya
ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini
menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang
berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya
tidak membazir begitu sahaja.

Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya


dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong,
berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa
dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.

Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi
sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar,
kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah


membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat
khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan
maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.

Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan


membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu
bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka
mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak
langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri


supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga.
Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.
Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri
Kesihatan amat penting kepada kita. Kesihatan tidak dapat dibeli dengan
wang ringgit.
Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri. Antaranya, kita
perlu mengamalkan pengambilan makanan seimbang berpandukan piramid
makanan. Ini bagi memastikan badan kita mendapat zat dan vitamin yang
secukupnya.
Selain itu, kita hendaklah sentiasa bersenam. Aktiviti seperti
senamrobik, zumba dan berjoging membolehkan badan kita mengeluarkan
peluh dan sisa toksik badan. Badan kita akan menjadi cergas di samping
menghindari masalah obesiti.
Bukan itu sahaja, kita harus mendapat tidur dan rehat yang mencukupi.
Kita akan lebih bertenaga untuk belajar atau bekerja pada keesokan harinya.
Kita juga dapat menghilangkan stres.
Dalam pada itu, kita mesti menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-
kurangnya dua kali setahun untuk memastikan tahap kesihatan diri. Ini
membolehkan kita mengesan penyakit yang dihidapi dan mengambil rawatan
awal sebelum penyakit tersebut menjadi semakin serius.
Konklusinya, kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.
Kepentingan Internet

Pada era globalisasi ini, penggunaan Internet semakin meluas. Internet boleh
mendatangkan banyak manfaat kepada kita.

Kita boleh melayari Internet untuk mencari pelbagai maklumat terkini.


Maklumat yang dikehendaki boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. Gambar dan
informasi juga boleh dicetak atau disimpan di dalam komputer.

Selain itu, kita boleh berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai di
seluruh dunia melalui rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Kemudahan ini
bukan sahaja membolehkan kita menghantar mesej serta-merta, malahan
menjimatkan kos.

Di samping itu, kita boleh membuat bayaran bil dan membeli barangan
melalui Internet. Transaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja secara online. Ini
dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu beratur panjang di kaunter
bayaran.

Bukan itu sahaja, kita akan peka kepada perkembangan semasa. Kita dapat
mengetahui peristiwa yang berlaku di serata dunia dalam masa yang singkat.
Misalnya berita dalam lapangan politik, sukan dan hiburan. Kita tidak akan menjadi
katak di bawah tempurung.

Pendek kata, Internet memainkan peranan yang amat penting dalam


kehidupan kita. Kita perlulah bijak menggunakan teknologi yang canggih ini.
Ciri - ciri Murid Cemerlang
Setiap pelajar pasti mempunyai impian untuk menjadi murid yang cemerlang
dalam pelbagai aspek seperti kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Namun
impian ini tidak datang dengan sendiri. Murid-murid perlu berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menjadi murid cemerlang.
Untuk menjadi seorang murid cemerlang, kita perlu tekun belajar untuk
mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kita mesti
menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.
Dengan itu, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan
oleh guru.
Di samping itu, kita mesti mempunyai akhlak yang mulia. Kita mestilah
mengamalkan tatasusila dan budi pekerti dalam pergaulan. Murid cemerlang
bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga perlu
mempunyai akhlak yang terpuji.
Selain itu, kita mesti bergiat aktif dalam bidang sukan. Kita mesti sentiasa aktif
dan bersukan agar tubuh badan kita cergas dan minda kita cerdas. Murid yang
sihat dan cergas dapat menghadapi cabaran dan menangani stres dengan
berkesan.
Bukan itu sahaja, kita juga perlu mempunyai hubungan sosial yang baik. Kita
hendaklah bergaul mesra dengan orang lain dan menghindari sikap kera
sumbang. Sikap ini penting bagi melahirkan murid yang cemerlang dalam
pelbagai bidang.
Konklusinya, bukan mustahil untuk menjadi murid cemerlang. Kita perlu
berusaha untuk mencapainya bak kata pepatah, “di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan”
Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar
Kebelakangan ini, isu pencemaran alam sekitar hangat dibicarakan. Beberapa
langkah boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.
Antaranya, ibu bapa perlu menjadi model contoh yang baik kepada anak-anak.
Mereka hendaklah menerapkan nilai cinta akan alam sekitar dalam diri anak-anak.
Misalnya, mempraktikkan amalan menggunakan beg kitar semula dan tong kitar
semula dalam kehidupan harian.
Di samping itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan Kempen Sayangilah Alam
Sekitar. Pelbagai aktiviti boleh diadakan sepanjang kempen ini seperti pertandingan
melukis poster, mendeklamasi sajak, menulis esei dan ceramah. Ini dapat memupuk
semangat mencintai alam sekitar dalam kalangan murid-murid.
Selain itu, pihak berkuasa mesti menguatkuasakan undang-undang. Pesalah mesti
dikenakan hukuman yang setimpal agar tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Tindakan ini dapat memberi amaran kepada masyarakat agar tidak melakukan
aktiviti yang boleh mencemarkan persekitaran seperti membuang sampah ke dalam
sungai, menebang hutan secara haram dan pembakaran terbuka.
Dalam pada itu, media massa seperti media cetak dan media elektronik turut
memainkan peranan penting dalam usaha mendidik masyarakat tentang
kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Penyebaran informasi terkini
tentang keadaan alam sekitar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.
Pendek kata, semua pihak perlu berganding bahu untuk menangani isu pencemaran
demi mengecapi kehidupan yang bahagia dan sejahtera.
Kebaikan Amalan Berbudi Bahasa

Amalan berbudi bahasa merupakan suatu amalan yang perlu dipratikkan


dalam kehidupan harian kita. Amalan ini boleh mendatangkan banyak kebaikan
sekiranya diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Amalan berbudi bahasa dapat mencerminkan keperibadian individu.


Seseorang yang berbudi bahasa akan mudah didampingi dan disenangi oleh orang
lain. Hal ini disebabkan orang yang berbudi bahasa akan sentiasa berlemah-lembut
dan bersopan santun dalam pertuturan dan tingkah laku.

Di samping itu, amalan berbudi bahasa dapat mewujudkan perpaduan dalam


kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Hal ini demikian kerana
masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tanpa mengira taraf dan
usia. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia hidup aman damai dan harmoni
walaupun berlainan kaum, budaya dan kepercayaan.

Selain itu, budaya berbudi bahasa dapat memajukan industri pelancongan


negara. Masyarakat tempatan yang berbudi bahasa akan memberikan layanan yang
mesra dan sopan kepada pelancong asing. Ini bukan sahaja dapat menarik
kedatangan pelancong, malahan dapat meningkatkan ekonomi negara.

Dalam pada itu, pemimpin negara yang berbudi bahasa dapat meningkatkan
imej negara. Pemimpin dari negara lain akan berasa kagum dan menghormati
negara kita. Negara kita juga akan terkenal di persada dunia sebagai negara yang
bertamadun.

Kesimpulannya, amalan berbudi bahasa bukan sahaja memanfaatkan


individu, malahan membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu,
amalan ini perlu disemai sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”.
Ibu Saya
Ibu saya ialah wanita yang ayu. Beliau berkulit hitam manis dan berbadan
sederhana. Nama ibu saya ialah Teu Shong Leng. Beliau berumur 45 tahun.
Ibu saya seorang suri rumah yang ringan tulang. Setiap hari, beliau bangun
pada awal pagi. Beliau rajin membuat kerja rumah. Misalnya mengemas rumah,
membasuh pakaian, memasak dan lain-lain lagi. Oleh itu, rumah kami sentiasa
bersih dan kemas.
Selain itu, ibu saya juga pandai memasak. Setiap hari, beliau akan
menyediakan pelbagai hidangan yang enak untuk kami sekeluarga. Kata ibu, kita
perlu makan makanan yang seimbang agar badan sihat dan otak cerdas.
Ibu sangat mengambil berat tentang pelajaran saya. Beliau sering menemani
saya membuat kerja sekolah dan menelaah pelajaran. Apabila saya menghadapi
masalah dalam pelajaran, ibu akan mengajar saya sehingga saya benar-benar
faham. Ibu sentiasa memberi dorongan kepada saya supaya tidak berputus asa.
Ibu amat menyayangi saya. Apabila saya jatuh sakit, ibu sentiasa berada di
sisi saya. Beliau memujuk saya makan ubat dan menjaga saya dengan sabar.
Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang mengasuh saya
bagai menatang minyak yang penuh. Saya berdoa agar ibu saya panjang umur dan
sihat selalu.
Cara-cara Menghargai Jasa dan Pengorbanan Guru
Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi masa depan anak
murid. Sebagai seorang murid, kita sewajarnya menghargai jasa dan pengorbanan
guru.
Terdapat pelbagai cara untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru.
Antaranya, kita hendaklah menumpukan perhatian semasa guru mengajar dan
menyiapkan tugasan yang dipesan oleh guru. Perbuatan ini dapat menunjukkan kita
memahami pelajaran yang diajar oleh guru.
Di samping itu, kita mestilah mendengar nasihat dan teguran guru. Kita harus
menjadikan nasihat guru sebagai pedoman hidup. Ini dapat menunjukkan bahawa
kita menghormati dan menghargai guru.
Seterusnya, kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh agar dapat
mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kejayaan kita dalam
bidang akademik dan kokurikulum merupakan cara yang paling baik untuk
membalas jasa guru. Mereka pasti berbesar hati tatkala melihat kita berjaya.
Selain itu, kita hendaklah meraikan sambutan Hari Guru bagi memperingati
jasa dan pengorbanan guru. Kita boleh memberikan hadiah berupa kad ucapan,
bunga dan cenderamata kepada guru sebagai tanda penghargaan atas
pengorbanan mereka.
Pendek kata, jasa dan pengorbanan guru amatlah besar dalam melahirkan
generasi yang berilmu dan berakhlak mulia. Justeru, sayangilah dan hargailah guru
kerana jasa dan pengorbanan mereka tidak mampu dibalas.
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar kelas
selepas waktu persekolahan. Lazimnya, kegiatan kokurikulum dijalankan pada waktu
petang.

Murid-murid diwajibkan menyertai tiga kategori kokurikulum di sekolah iaitu


persatuan, kelab sukan dan persatuan beruniform. Selain pencapaian akademik,
kokurikulum turut memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi
yang berwibawa dan berperibadi mulia.

Antara kepentingan kegiatan kokurikulum ialah murid-murid tidak akan menjadi ulat
buku. Sebaliknya, murid-murid boleh mengisi masa lapang untuk melakukan aktiviti
lain yang turut membawa faedah. Misalnya, aktiviti sukan bukan sahaja dapat
menyihatkan badan, malahan dapat mencungkil bakat murid-murid dalam bidang
sukan. Murid-murid tidak akan terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat seperti
berjudi, merokok dan melepak.

Di samping itu, murid-murid dapat menyemai nilai-nilai murni seperti berdikari,


berdisiplin, bertanggungjawab dan hormat-menghormati apabila menyertai pasukan
beruniform. Contohnya Persatuan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
Murid-murid juga dapat belajar ilmu yang tidak dapat dipelajari di dalam buku teks
seperti cara-cara membalut luka, mendirikan khemah dan menggunakan kompas.

Selain itu, murid-murid dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang berlainan


bangsa dan agama. Murid-murid akan berpeluang untuk saling memahami dan
menghormati semasa melaksanakan tugasan. Ini dapat memupuk semangat
setiakawan dan perpaduan dalam kalangan murid-murid.

Pendek kata, kegiatan kokurikulum boleh mendatangkan banyak manfaat kepada


murid-murid. Jadilah seorang murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum.
Permainan Tradisional yang Saya Minati
Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh nenek moyang
kita sejak zaman dahulu lagi. Misalnya congkak, gasing, batu seremban, wau dan
sepak raga.
Permainan tradisional yang paling saya minati ialah permainan wau. Permainan ini
boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Permainan ini hanya boleh dimainkan di kawasan yang lapang dan berangin seperti
di tepi pantai.
Dua orang diperlukan untuk bermain wau. Seorang menjadi juruanjung yang
memegang wau manakala seorang pula menjadi jurutarik yang memegang tali. Saya
sering bermain wau dengan atuk saya. Atuklah yang mengajar saya teknik-teknik
menghulur dan menarik tali supaya wau saya boleh melayang tinggi.
Atuk saya mahir menghasilkan wau yang asli dan unik. Beliau pernah menghadiahi
saya wau bulan yang cantik pada hari jadi saya. Kata atuk, wau juga boleh dijadikan
kraf tangan dan hiasan dinding.
Permainan wau banyak memberikan faedah kepada saya. Permainan ini boleh
mengisi masa lapang saya dengan berfaedah. Saya juga dapat menghilangkan
stress setelah penat belajar. Selain memberi hiburan, permainan ini dapat memupuk
semangat muhibah dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Saya berasa bangga kerana dapat mewarisi permainan tradisional ini daripada atuk.
Saya akan memperkenalkan permainan ini kepada kawan-kawan saya pada suatu
hari nanti.
Cara-cara Berjimat Cermat

Sejak kecil lagi, kita dididik agar berjimat cermat. Hal ini demikian kerana
amalan berjimat cermat boleh memberi banyak manfaat kepada kita. Kita boleh
berjimat cermat menerusi pelbagai cara.

Antaranya, kita boleh berjimat cermat dalam perbelanjaan wang. Kita


hendaklah bijak menguruskan wang kita dengan membeli barangan yang diperlukan
sahaja. Wang yang selebihya boleh disimpan di dalam tabung ataupun di bank untuk
bekalan masa hadapan. Bak kata pepatah Melayu, "sikit-sikit, lama-lama menjadi
bukit".

Di samping itu, kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air dan
elektrik. Misalnya, kita hendaklah memastikan saluran paip air dan tangki air di
kawasan kediaman kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak bocor.
Pili paip hendaklah ditutup selepas menggunakannya.

Air yang telah digunakan juga boleh dimanfaatkan dengan tujuan yang lain
bagi mengelakkan pembaziran. Contohnya, air basuhan beras boleh digunakan
untuk menyiram pokok bunga dan air basuhan pakaian pula boleh digunakan untuk
mencuci lantai ataupun tandas. Kita juga hendaklah menutup suis lampu dan kipas
selepas menggunakannya.

Selain itu, kita hendaklah menyahut seruan kerajaan yang menggalak


semua lapisan masyarakat terutamanya di kawasan bandar agar berkongsi
kenderaan ataupun menggunakan perkhidmatan kemudahan awam yang telah
disediakan seperti kemudahan bas awam dan komuter bagi menjimatkan masa,
wang dan petrol.

Konklusinya, cara-cara berjimat cermat yang dinyatakan wajarlah


dipraktikkan dalam kehidupan harian kita demi menjamin kesejahteraan hidup.
Faedah Menabung
Menurut Kamus Dewan, menabung membawa maksud menyimpan wang di dalam
tabung ataupun di bank.

Sejak kecil, kita digalakkan agar mengamalkan tabiat suka menabung. Hal ini
demikian kerana amalan ini boleh memberikan banyak manfaat kepada kita.

Salah satu faedah menabung adalah mendidik kita supaya memupuk sikap
berjimat-cermat. Melalui amalan menabung, kita tidak akan boros semasa
berbelanja. Kita akan membeli barang-barang yang penting sahaja dan menyimpan
wang yang selebihnya untuk bekalan masa hadapan.

Melalui amalan menabung, wang kita juga akan bertambah sedikit demi
sedikit. Bak kata pepatah," sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit ". Apatah lagi, kita
boleh mendapat dividen sekiranya menabung di bank.

Selain itu, kita boleh menggunakan wang simpanan kita apabila berlaku
kecemasan. Dengan itu, kita tidak perlu meminjam wang daripada orang lain. Malah,
kita dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan cepat dan mudah.

Di samping itu, masa depan kita juga akan terjamin. Kita boleh berdikari dan
meringankan beban ibu bapa. Misalnya, kita boleh menggunakan wang simpanan
sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dan membeli barangan
keperluan sendiri.

Pendek kata, amalan menabung merupakan satu amalan yang mulia. Oleh itu,
marilah kita menabung bersama-sama.
Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).

Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti


menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan
dengan kehendak soalan.

Cara menulis isi karangan.

Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap
perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.

Cara penulisan penutup.

Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang


terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.
[Tajuk karangan] Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang
serius. [Ayat Arahan : Fokus karangan] Jadi, langkah-langkah proaktif perlu diambil
untuk menjaga alam sekitar.

[Isi penting 1] Antaranya, kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. [Ayat


Huraian/contoh] Barangan terpakai haruslah dihantar ke pusat pengumpulan bahan-
bahan kitar semula demi membendung pencemaran alam.

[ Isi penting 2 ] Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslah dielakkan.
[Ayat Huraian/contoh] Sampah sarap haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah
dan dihantar ke tapak pelupusan sampah agar pencemaran udara dapat dicegah.

[ Isi penting 3 ] Malah, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. [Ayat


huraian/contoh] Misalnya, selepas alat-alat elektrik digunakan, suisnya haruslah
ditutup agar fenomena pemanasan global dapat dikurangkan.

[ Isi penting 4 ] Bahkan, penanaman pokok haruslah diperbanyak di persekitaran.


Tumbuhan-tumbuhan akan mengeluarkan oksigen ke atmosfera dan menyerap
karbon dioksida sekali gus melestarikan kesegaran udara.

[Ayat penutup] Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam
sekitar kita. [Ayat Penegasan] Pencegahan lebih baik daripada pemulihan.
Laporan Lawatan Kebajikan ke Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah
Pada tarikh 15 Jun 2008 (Ahad) telah di adakan satu lawatan kebajikan ke Rumah
Kebajikan Seri Kenangan (warga emas). Lawatan ini telah di anjurkan oleh Exco
Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas.
Dimana lawatan ini juga telah mendapat sokongan bersama dari PROSTAR.
Lawatan ini juga telah disertai seramai 84 orang pelajar ILPKBPP lelaki dan
perempuan. Dimana seramai 10 orang pelajar yang terpilih melalui Ketua Bahagain
bengkel masing-masing, kumpulan Nasyid ILPKBPP dan semua Exco MPP. Bagi
tujuan lawatan ini juga telah di adakan satu kutipan sumbangan daripada seluruh
warga ILPKBPP dimana sumbangan tersebut berbentuk wang tunai, pakaian atau
keperluan lain. Sepanjang kutipan tersebut MPP telah mendapat respon yang baik.
MPP juga telah mendapat sumbangan berbentuk wang tunai dan sumbangan
pakaian. Dimana MPP juga turut mendapat sumbangan wang tunai dari PROSTAR
sebanyak RM500. Dengan ini maka keseluruhan kutipan memcecah sebanyak
RM815.55 dan pakaian.
Para pelajar telah bertolak dari ILPKBPP pada jam 2.00 petang dan telah tiba di
destinasi pada pukul 2.45 petang. Setiba disana pelajar telah di berikan taklimat
ringkas dari pegawai yang bertugas di Rumah Seri Kenangang tersebut. Sesudah
taklimat para pelajar telah di pecahkan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan
untuk di bawa melawat bilik yang di diami oleh warga emas di dalam asrama mereka.
Sesudah melawat bilik tersebut para pelajar dan sebahagian warga emas telah di
kumpulkan di dalam dewan untuk majlis ucapan ringkas dari MPP, wakil ILPKBPP
dan wakil PROSTAR. Sesudah selesai ucapan tersebut persembahan Nasyid telah
diadakan oleh kumpulan Nasyid ILPKBPP.
Setelah selesai persembahan Nasyid, majlis di teruskan pula dengan penyampaian
hamper oleh wakil ILPKBPP dan wakil dari PROSTAR serta penyampaian sumbangan
kepada Rumah Seri Kenangan tersebut.
Seterusnya para pelajar telah di beri kesempatan untuk beramah mesra bersama
warga emas dan penghuni di sana. Disamping itu para pelajar telah menyoal selidik
penghuni disana untuk membuat laporan yang ditugaskan kepada para pelajar. Di
kesempatan itu para pelajar dapat merasakan perasaan penghuni disana serta
keperitan yang dialami oleh penghuni dan pekerja yang bertugas disana.
Kesimpulanya di harapkan agar lawatan seumpama ini akan diadakan lagi bagi
memberi kesedaran kepada para pelajar dan untuk meluahkan kasih sayang bersama
penghuni disana. Ini juga dapat dijadikan pengajaran pada anak muda yang kini ramai
mula melupakan jasa dan pengorbanan ibu dan bapa.
Soalan:

Semua orang mempunyai hobi kerana hobi memberi pelbagai faedah kepada kita.
Ceritakan tentang hobi kamu dan faedah yang kamu peroleh daripada hobi tersebut.

Hobi ialah kegiatan atau aktiviti yang kita lakukan pada waktu lapang. Boleh
dikatakan semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Antara hobi yang selalu
dilakukan ialah memelihara haiwan kesayangan, membaca novel, berkebun,
bermain permainan komputer, memancing, menonton televisyen dan sebagainya.

Seperti orang lain, saya juga mempunyai hobi . Hobi saya ialah bermain bola
sepak. Hobi ini saya lakukan pada waktu petang selepas belajar dan menyiapkan
kerja sekolah yang diberi oleh guru.

Saya bermain bola sepak di satu kawasan lapang bersama rakan-rakan yang
tinggal berdekatan dengan rumah saya. Biasanya kami mula bermain pada pukul
5.30 petang. Kami sering mengadakan perlawanan sesama sendiri. Ibu bapa saya
memberikan galakan kepada saya dengan membeli kasut bola dan sebiji bola sepak
yang bermutu. Hal ini kerana hobi bermain bola sepak banyak faedahnya.

Melalui hobi ini saya dapat menyihatkan badan. Apabila bermain bola sepak,
saya menggunakan banyak tenaga dan pergerakan. Lemak dan kalori yang
berlebihan dapat dibakar. Dengan ini berat badan saya dapat dikawal dan
mengelakkan terjadinya obesiti.

Selain itu, melalui hobi ini saya mendapat ramai kawan. Secara tidak langsung
saya dapat belajar bergaul dengan orang lain dan merapatkan hubungan
persahabatan dengan jiran-jiran saya. Jiran-jiran sangat penting kepada kita kerana
merekalah yang akan membantu kita jika menghadapi masalah.

Seterusnya, dengan bermain bola sepak saya dapat meningkatkan kecergasan


mental dan fizikal. Hal ini demikian kerana dalam permainan bola sepak kita perlu
mahir mengawal bola dan melakukan tendangan yang baik. Kita juga perlu cepat
berfikir dan bertindak sekiranya ingin mencapai kemenangan.
Kesimpulannya, hobi bermain bola sepak yang saya lakukan ini memberi
pelbagai faedah. Hobi ini akan saya teruskan dan amat berharap suatu hari nanti
saya dapat mewakili sekolah dalam permainan ini.
Hobi Saya

Semua orang mempunyai hobi. Begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah
menunggang basikal.
Saya suka menunggang basikal sejak berumur lima tahun lagi. Pada hari jadi
saya, ibu bapa telah menghadiahi saya sebuah basikal BMX. Setiap petang, bapa
mengajar saya menunggang basikal di padang yang luas.
Pada mulanya, saya asyik terjatuh dari basikal. Namun, saya tidak berputus
asa. Ibu bapa juga mendorong saya supaya mencuba lagi. Selepas beberapa
minggu, saya pun pandai menunggang basikal.
Pada masa lapang, saya akan menunggang basikal di taman rekreasi
bersama-sama kawan saya. Kadang kala, saya berbasikal ke sekolah. Hobi ini
bukan sahaja dapat mengisi masa lapang saya malahan dapat menyihatkan badan
saya. Oleh itu, badan saya cergas dan otak saya cerdas.
Pada setiap hari minggu, saya akan mencuci basikal saya dengan air sabun.
Saya juga menggilap basikal saya sehingga berkilat-kilat. Pada waktu malam, saya
akan mengunci basikal saya di garaj kereta agar tidak dicuri orang. Saya sangat
sayang akan basikal saya.
Saya berasa gembira kerana mempunyai hobi yang baik. Saya berharap
agar hobi saya akan berterusan sehingga saya dewasa.
Pada cuti semester yang lalu, aku bersama keluargaku pergi bercuti di Melaka. Kami
bertolak pada pukul 3.00 petang. Sepanjang perjalanan, aku menikmati keindahan
yang cantik dan indah. Selepas beberapa jam, kami tiba di tempat yang dituju. Kami
terus ke hotel yang telah ditempah oleh ayah. Kami sekeluarga membawa barang
masingmasing masuk ke dalam hotel. Kemudian, kami terus membersihkan diri dan
berehat.

Pada pukul 8.00 pagi keesokan harinya, kami bangun dan bersiap untuk melawat
tempat-tempat menarik di Melaka.Kami melawat Zoo Melaka yang terletak di sekitar
Ayer Keroh. Kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan di sana. Kami juga
menyaksikan persembahan haiwan yang menarik. Aku berasa sungguh terpegun.
Kemudian, aku dan adik-adikku berpeluang memberi makan kepada haiwan-haiwan
di situ.

Setelah itu, kami melawat Muzium Melaka iaitu muzium yang sangat terkenal di
Malaysia. Aku dapat melihat bahan-bahan bersejarah di sana. Dalam keseronokkan,
aku juga mendpat ilmu pengetahuan yang banyak. Aku boleh menggunakan ilmu
pengetahuan tersebut dalam ujian penulisan dan berkongsi dengan rakan-rakan di
sekolah.

Selepas itu, kami sekeluarga berehat dan makan tengah hari. Kemudian, kami
meneruskan perjalanan. Kami melawat Bandar Hilir. Di sana, terdapat Kota
A'Famosa, bangunan Stadhuys, River Cruise dan lain-lain lagi. Tempat-tempat yang
menarik ini telah membuatku lupa akan keletihan sepanjang hari. kami sekeluar
bergambar di tempattempat yang menarik sebagai kenangan.

Akhir sekali, kami membeli hasil kraf tangan di kedai berhampiran sebagai
cenderamata. Aku membeli cenderamata untuk guru dan rakanrakanku. Hasil kraf
tangan tersebut sangat cantik dan unik. Aku pasti mereka akan gembira setelah
menerima cenderamata tersebut. Setelah itu, kami pulang semula ke hotel untuk
berehat kerana hari sudah larut malam.

Pada keesokan harinya, kami mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah.


Walaupun kami sekeluarga berasa sungguh penat, kami tetap gembira dan
mendapat banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman yang menarik.
Soalan

Tulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-
cara menjaga kesihatan diri

Contoh Jawapan

Kesihatan diri amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita
perlu mengutamakan kesihatan diri dengan mengambil langkah-langkah yang perlu
untuk memastikan kesihatan kita sentiasa baik.

Antara cara untuk mengekalkan kesihatan diri adalah dengan bersenam. Bersenam
sekurang-kurang tiga kali seminggu, kira-kira 30 minit bagi setiap sesi, dapat
menguatkan otot jantung, melancarkan peredaran darah, serta mencergaskan
badan. Kita juga boleh berjoging atau bersukan sebagai satu daripada kaedah
bersenam.

Kebersihan juga penting dalam menjaga kesihatan diri. Kita perlu sentiasa
membersihkan badan, contohnya dengan mandi, menggosok gigi, dan bersyampu.
Hal ini dapat menjauhkan kuman yang menjadi punca pelbagai penyakit.

Kebersihan pakaian dan persekitaran juga perlu dijaga untuk kekal sihat. Elakkan
memakai pakaian yang kotor untuk mengelakkan jangkitan kuman. Selain itu,
pastikan persekitaran kita bebas daripada serangga perosak atau bahan cemar yang
boleh mendatangkan penyakit.

Kita juga perlu memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Elakkan
pengambilan gula, garam, dan lemak yang berlebihan yang boleh menyebabkan
pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetis, darah tinggi, dan penyakit jantung.

Kesimpulannya, kita harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Sayangi diri
demi kesejahteraan hidup.
KARANGAN CERITA TINDAKAN
Kamu dan dua orang kawan menaiki basikal ke sekolah untuk
menyertaiaktiviti kokurikulum.
Tiba-tiba seorang daripada kawan kamuterlanggar batu lalu jatuh.

Ceritakan apa yang kamu dan kawan kamu lakukan.


Pada suatu petang, saya bersama dua orang kawan sekelas, Zamarul dan Naim
berbasikal ke sekolah untuk menyertai aktivitikokurikulum. Oleh sebab sudah
lewat, kami mengayuh basikal masing-masing agak laju. Tiba-tiba, Zamarul terjatuh
setelah terlanggar seketul batu di tepi jalan.
Saya dan Naim, yang ketika itu sudah berada jauh di depan
segera memberhentikan basikal dan berlari mendapatkan Zamarul. Zamarul
terduduk sambal memegang kakinya dan mengaduh kesakitan.
Sambil memeriksa kaki Zamarul, kami memintanya sambil bertenang. Kami dapati
buku lalinya berdarah. Zamarul juga tidak dapat bergerak kakinya. Berdasarkan
keadaan itu, kami percaya kaki Zamarul terseliuh.
Sementara Naim melipatkan kaki seluar Zamarul, saya segera menyelongkar beg
galas untuk mencari ubat luka dan kain pembalut.Sejak menyertai Persatuan Bulan
Sabit Merah, saya sentiasa membawaubat-ubatan. Setelah menyapu
ubat, saya dengan bantuan Naimmembalut kaki luka Zamarul.
Oleh sebab Zamarul tidak dapat berjalan, kami membantunya berdiri dan
memapahnya ke arah basikal saya. Setelah itu, kami berjalan balik sambil Zamarul
membonceng di belakang basikal saya. Naim pula menuntun basikalnya dan
Zamarul.
Walaupun tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum pada petang itu, saya dan Naim
bersyukur kerana dapat membantu Zamarul.