Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Nama saya Nur Syahirah binti Abd Razak, pelajar
Bimbingan dan Kaunseling dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Pertama sekali saya
ingin berterima kasih kepada pihak puan kerana melapangkan diri dan masa untuk sesi
temubual pada hari ini walaupun puan memiliki pelbagai tugas dan komitmen yang memerlukan
perhatian yang lebih penting. Sesi temubual pada pagi ini adalah bagi melihat keselarasan
personaliti dengan persekitaran kerjaya yang dilalui oleh puan.
1. Bolehkah saya tahu berkenaan dengan latar belakang keluarga puan dan biodata diri
puan ?
2. Apakah pengkhususan yang puan ambil sewaktu sarjana muda dan semasa master?
3. Sejak bila puan mula berkhidmat di institut pengajian ini dan pengalaman kerjaya puan
sebagai kaunselor?
4. Apakah pandangan puan sendiri berkenaan dengan profesion kaunseling itu sendiri
5. Apakah perjalanan pekerjaan puan setelah habis SPM sehingga puan menjadi
kaunselor di institut pengajian ini?