Anda di halaman 1dari 6

PANTUN NASIHAT

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

Saya akan mem baca 3 rangkap pantun .

Pertama ,

Angin teluk menyisir pantai

Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati.

Kedua,
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Ketiga
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Sekian , Terima Kasih

PUISI –GURU TERCINTA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

Saya akan sebuah puisi .

Guru………..
Engkaulah harapanku
Engkau yang mendidik kami
Aku berterima kasih kepadamu ibu guru

Guru………..
Hampir setiap hari kita bertemu
Kita bartemu disekolah
Disekolah kami mencari ilmu dengan mu guru

Guru…………
Kau selalu disisiku
Kalau kita berpisah aku rela
Aku menyayangimu guru

Sekian , Terima Kasih

BERCERITA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

Saya menyampaikan cerita yang bertajuk “RUSA yang BONGKAK”.

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang

bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi
kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu
berasa bangga melihat tanduknya yang
cantik.

”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian,
rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa
kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari
kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam,

rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu
sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut

pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk
melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas
apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus
tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya
sedikit.

Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia
boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah
membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu
yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu
kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa
kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.

Sekian , Terima Kasih

MEMBACA KARANGAN PENDEK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

Saya akan membaca satu karangan yang bertajuk ” CARA-

CARA MENGHORMATI IBU BAPA”

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda

menghormati ibubapa . Antaranya ialah

1. Kita perlulah patuh taat kepada mereka

2. Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka

dengan cara mendengar nasihat dan menerima setiap teguran
daripada mereka dengan hati yang terbuka.

3. Di samping itu belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran

juga merupakan satu cara yang boleh kita lakukan sebagai
tanda menghormati ibu bapa.

4. Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah

yang bersesuaian seperti mengemas rumah, mencuci pinggan
mangkuk selepas makan, membersihkan halaman rumah serta
membantu menjaga adik juga adalah merupakan satu lagi cara
menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap mereka.

Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak

cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa
kita. Menghormati dan membalas jasa ibu bapa merupakan
tanggungjawab anak-anak dan ia juga dituntut oleh agama. Hormati
dan sayangilah ibu bapa sementara mereka masih ada.

MEMBACA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

Saya akan membaca 4 ayat majmuk:

Pertama ,

1. Pada setiap petang pekerja-pekerja kelapa sawit itu

akan mengambil buah yang telah dikumpulkan untuk
dibawa pulang.

2. Abang dan ayah memetik buah betik yang telah masak

untuk dijual di pasar.

3. Pak Mat telah menurunkan buah kelapa yang telah tua

dengan menggunakan sebatang galah.

4. Makcik Limah dan Makcik Busu telah berpakat untuk

menjual kuih di gerai Pak Ali bagi menambah pendapatan

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai