Anda di halaman 1dari 5

INHALAN

Menghidu Gam (Gum Sniffing)

 Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan bahan mudah meruap (volatile).
 Inhalan disalahgunakan untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan
minda.
 Kebiasaannya diambil dengan cara dihidu atau disedut.

Perbuatan ini jarang berlaku, akan tetapi penerangan tentang tanda-tanda untuk mengenal
pengguna dadah ini adalah penting dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi
komprehensif.

i) Bau barang yang dihidu iti adalah terdapat pada baju/pakaian dan nafasnya.
ii) Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan matanya adalah berair juga.
iii) Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam masa lima minit sesudah
terdedah kepada barang itu.
iv) Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri.
v) Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca mengandungi gam plastik yang kering.
vi) Pertuturannya yang tidak terang.
vii) Nafas yang berbau busuk.

JENIS-JENIS INHALAN

o Pelarut mudah meruap


a. Cecair, meruap pada suhu bilik
b. Murah, senang didapati
c. Kegunaan biasa dirumah dan industry
d. Contoh - thinner dan pembersih cat, cecair dobi, gasoline, gam, cecair pemadam dan
cecair penanda

o Aerosol
a. Cecair yang mengandungi penyembur dan pelarut
b. Contoh penyembur cat, pewangi, penyembur rambut, dan penyembur pelindung fabrik

o Gas
a. Pelali perubatan contoh: eter, klorofom, halothane, dan nitrus oksida
“laughing gas”
b. Digunakan dalam produk dirumah atau perniagaan contoh: pemetik api butane,
tangki propana dan gas peti sejuk.

o Nitrit
a. Nitrit bertindak dengan mengembangkan saluran darah dan mengendurkan otot
b. Bertindak merangsang sistem saraf pusat
c. Diguna sebagai perangsang seks
d. Butil nitrit haram dimiliki dan dijual

PENYALAHGUNAAN INHALAN

1. HIDU (sniffing)
2. HIDU (bagging )
o Menghidu wap dari bahan yang disimpan dalam beg plastik (bagging)
3. SEDUT (snorting)
4. SEDUT (ballooning )
o Sedut dari belon (ballooning) berisi gas Nitrous Oxide
5. SEDUT (huffing )
o Sedut melalui mulut kain yang telah direndam dengan inhalan.
6. MENYEMBUR
o Menyembur terus ke dalam mulut atau Hidung
KESAN INHALAN KEPADA OTAK DAN TUBUH
o Korteks serebral
kerosakannya boleh menyebabkan perubahan dalam personaliti, hilang daya ingatan,
halusinasi dan masalah pembelajaran

o Serebelum
kerosakanya boleh menyebabkan masalah pengimbangan dan pergerakan

o Hipokampus
kerosakanya boleh menyebabkan masalah daya ingatan

o Sistem penglihatan
kerosakan pada saraf periferi boleh menyebabkan gangguan penglihatan

KESAN INHALAN PADA SISTEM SARAF


A. BLOOD
Some substances like nitrites and methylene chloride (paint thinner) chemically block the oxygen
carrying capacity of the blood.

B. LUNGS
Repeated use of spray paint as an inhalant can cause lung damage.

C. HEART
Abuse of inhalants can result in "sudden sniffing death syndrome." This is due to a sudden and
unexpected disturbance of the heart's rhythm. All inhalants can produce sudden sniffing death
syndrome.

D. LIVER
Halogenated compounds like trichloroethylene (a component of aerosol paints and correction fluid) have
been linked to damage of this organ.

E. KIDNEY
Inhalants containing toluene impair the kidney's ability to control the amount of acid in the blood. This
is reversible when toluene leaves the body but, in the long-term, kidney stones may develop.

LAIN-LAIN KESAN INHALAN

Kerosakan saraf periferi


nitrous oxide (semburan whipping cream) dan hexame (gam dan minyak gas)

Hilang pendengaran
Toluene

Gangguan penglihatan
Toluene

Kerosakan paru-paru
semburan cat

Sesak nafas
nitrites and methylene chloride (thinner cat)

Kerosakan otak cerebellum


hilang koordinasi dan pertuturan tidak jelas

Penghidu gam akan mengalami tanda-tanda toksisiti ginjal termasuklah proteinuria,


hematuria, asidosis tubular ginjal distal dan kalkuli renal berulang. Penilaian yang dilakukan
terhadap 25 orang dewasa yang menghidu toluene menunjukkan terdapat 3 corak utama
iaitu:-
1) Lemah otot
2) Aduan gangguan gastrousus
3) Gangguan mental dan saraf

Mendatangkan maut yang disebabkan o1eh:


1. Asphyxiation
gas inhalan meningkat menyebabkan penurunan bekalan oksigen ke paru-paru.
2. Lemas
akibat penggunaan bag plastik menutupi kepala ketika menghidu gam secara meruap.
3. Sawan
disebabkan oleh gangguan otak akibat gas yang disedut dalam gam
4. Koma
otak tidak berfungsi kerana gas yang di hidu daripada gam menggantikan oksigen
5. Tercekik
muntah masuk ke paru-paru
6. Kemalangan jalanraya akibat hilang keseimbangan dan berada dalam keadaan
khayal
7. Sudden sniffing death syndrome akibat gas beracun yang telah di sedut yang
terdapat dalam gam

Manakala bahaya hidu gam juga boleh menyebabkan keadaan-keadaan berikut :-

Sudden Sniffing Death Syndrome


Jantung menjadi sensitif, laju. Kejutan boleh menyebabkan arithmia jantung serta kegagalan
jantung

Kerosakan Organ
Otak, hati dan ginjal

Lemas
Berlaku apabila mulut dan hidung tertutup atau oksigen diganti oleh bahan inhalan.

Tercekik
Menghidu (sniffing) menyebabkan loya. Jika muntah waktu tidak sedar diri. tercekik muntah
sendiri.

SURAT PEKELILING IKHTISAS

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983. Ruj.KP(BS)8591/Jld.ll/(17)


bertarikh 7hb November 1983.
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku
Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13)


bertarikh 29 Disember 1986
Penyalahgunaan Inhalan

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47)


bertarikh 27 Ogos 1998
Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat Batuk (Borang ADIUB
1A)
Segerakan akta penyalahgunaan inhalan maut

Oleh Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz


Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pada 2007, PEMADAM pernah mencadangkan supaya suatu Akta khusus untuk
menangani gejala ini. Akta Dadah Berbahaya tidak boleh digunakan ke atas penghidu
gam kerana gam tidak termasuk di bawah definisi 'dadah' mengikut seksyen2Akta

Dadah Berbahaya 1952. Sehingga kini undang-undang yang paling relevan dalam
menangani perbuatan menghidu gam ini ialah Akta Racun.

Perbuatan itu boleh dikategorikan sebagai suatu kesalahan penyalahgunaan racun di


bawah Akta Racun.

Akta Racun digubal dan mula berkuat kuasa sejak 1952 bertujuan mengawal
pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun.
Menurut Seksyen2Akta ini, 'racun' bermaksud bahan yang dinamakan dan disenaraikan
dalam senarai racun, termasuk apa juga campuran, sediaan, larutan atau berbentuk
asli yang mengandungi bahan berkenaan.

Seksyen yang relevan dalam hal berkaitan penyalahgunaan gam ialah Seksyen 30 Akta
Racun, secara spesifiknya seksyen 30(3) yang memperuntukkan, antara lain, bahawa
sebarang perbuatan mengimport, mengeksport, mengilang, menjual, membekalkan,
memiliki atau menggunakan apaapa bahan psikotropik yang tidak mematuhi peraturan
adalah melakukan kesalahan.

Menurut Seksyen 30(5) pula, sekiranya disabitkan seseorang boleh dihukum dengan
dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi empat
tahun atau kedua-duanya.

Bahan psikotropik dalam Seksyen 30(3) secara ringkas bermaksud apa-apa bahan yang
boleh menjejaskan minda, emosi dan tingkah laku seseorang. Sementara itu, pada 1986,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas 8/1986
mengenai Penyalahgunaan Inhalan.

Tindakan KPM dibuat apabila mendapati perbuatan menghidu gam dalam kalangan
pelajar sekitar 1983. 'Penyalahgunaan inhalan' bererti menyalahgunakan suatu bahan
daripada fungsi asalnya, seperti menghidu gam, najis haiwan, aerosol, petrol atau
thinner yang bertujuan mendapatkan kesan khayal.

Pekeliling berkenaan juga menyatakan bahawa ibu bapa dan guru hendaklah bersama-
sama menangani masalah terbabit dengan melakukan pengawasan rapi. Tugas
mendisiplinkan pelajar di sekolah adalah tanggungjawab guru besar atau pengetua atau
guru lain yang diberikan kuasa.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 mengenai Kuasa Guru Merotan Murid
mengkategorikan tindakan disiplin kepada tiga kategori, iaitu kategori berat, sederhana,
dan ringan. Berdasarkan pekeliling itu, ada 35 kesalahan berat yang boleh dihukum
rotan, termasuk antara lain, menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit
dalam kegiatan dadah; membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan
tembakau dan membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan atau mengkhayalkan.

Akta Racun 1952

Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan
racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai
Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi
bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual
Kedua Akta ini.

Akta Inhalant bagi membanteras salah guna gam – AADK

Bernama | Jun 11, 2014 09:06 MYT

MELAKA: Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan satu undang-undang dikenali


sebagai Akta Inhalant bagi membanteras penyalahgunaan gam terutama di kalangan remaja.

Ketua Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Suhaimi Abdullah berkata undang-
undang tersebut yang kini dalam proses akhir penggubalan akan dihantar ke Jabatan Peguam
Negara untuk semakan dalam masa terdekat.

"Perkara ini telah lama dibincangkan namun dari segi pelaksanaannya agak sukar jadi kita
berharap akta baharu ini dapat membantu menangani isu penyalahgunaan gam di kalangan
rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka
Datuk Seri Idris Haron di sini, pada Selasa.

Beliau berkata pelaksanaan akta tersebut penting ekoran pembabitan remaja dalam
penyalahgunaan gam dilihat semakin meningkat dan tiada akta khas untuk menyekat atau
menghukum mereka yang terlibat.

Katanya isu penyalahgunaan gam perlu dipandang serius kerana ia boleh merosakkan mental
penagih dalam masa yang singkat berbanding penyalahgunaan dadah lain.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata peningkatan isu itu juga didorong pelbagai faktor termasuk
harga gam yang murah dan mudah didapati.

Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri bercadang untuk menggubal Enakmen baharu bagi
mengawal penjualan gam di beberapa premis tertentu bagi menghalang bahan itu dijual secara
berleluasa.

Beliau berkata melalui enakmen itu, penjualan gam mengikut isipadu tertentu akan dihadkan
kepada perniagaan yang terlibat dengan penggunaan gam seperti kedai basikal, motor, kereta
dan kasut.

"Jika perlu nama pembeli gam tersebut perlu direkodkan bagi tujuan semakan dan kedai yang
tiada kaitan dengan penggunaan gam dilarang sama sekali penjualannya," katanya.

Anda mungkin juga menyukai