Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti 2

VLE-VIRTUAL LEARNING ENVIRONTMENT


PEMBANGUNAN KOMPETENSI GURU
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang
menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional
dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan
secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.

Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan
kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
Melalui medan maya VLE amalan kolaboratif dan bimbingan guru dapat dilaksanakan dimana guru boleh
bertemu dan berbincang pelbagai penambahbaikan melalui talian internet tanpa perlu bersemuka.

1. Melalui VLE, guru mewujudkan aplikasi ruang (pages) untuk guru melibatkan diri dalam forum
yang dianjurkan panitia seklolah.
2. Guru dapat melaksanakan aspek latihan melalui medan maya tanpa perlu guru bersemuka.

Sistem yang mudah digunakan ini membolehkan para guru untuk menemui hampir segala-galanya di
internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa
memerlukan sebarang kepakaran teknikal. VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran
dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan
telah ditapis.
Para guru boleh mencipta komuniti sendiri di institusi masing-masing bersama-sama ahli seperti guru,
murid , pentadbir atau ahli-ahli lain yang berkaitan untuk memenuhi amalan pembelajaran dan pengajaran
dalam bilik darjah.

Guru juga dapat menerapkan langkah/ strategi dalam pembelajaran kolaboratif maya:
kaedah 1: Pembelajaran kolaboratif sosial dimana guru dalam panitia memuatnaik video pembelajaran dan
ditonton oleh guru yang lain.
kaedah 2: Kedah strategi pembelajaran dikenalpasti dan mendapat komen setiap ahli serta ketua panitia.
kaedah 3: Komen pembelajaran dapat dilakukan pada masa ditetapkan dan dimana-mana sahaja.
kaedah 4: Teknik pembelajaran lebih berkesan dikenalpasti dari segi editan video serta komen ahli komuniti
pembelajaran.
Kaedah 5: Video terbaru bagi topik pembelajaran seterusnya dilaksanakan serta diubahsuai dari segi teknik
pembelajaran kelas yang lalu.
Kaedah 6: komen secara berku mpulan bersama ahli forum dan refleksi dilaksanakan.