Anda di halaman 1dari 15

1.

0 KONSEP BUDI BAHASA


1.1 PENGERTIAN BUDI

Pengertian budi sangat luas, oleh itu ianya bergantung kepada konteks pemikiran dalam
sesuatu masyarakat. Perkataan budi berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang
bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia.Secara amnya, budi boleh didefinisikan sebagai akal,
kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010 ), budi ialah perangai, akhlak, tingkah laku,
kelakuan, dan watak. Hal ini bererti budi adalah kaitan perlakuan yang dikatakan mempunyai
pertalian dengan tingkah laku atau perwatakan individu.

Menurut Islam pula, budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan orang yang beriman.
Pengertian budi pekerti yang dihuraikan oleh Imam Al-Ghazali pula adalah budi pekerti
berasaskan pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah.Oleh itu, Sifat berakhlak mulia
seharusnya dipupuk sejak seseorang itu masih kecil sehinggalah dewasa.

Secara ringkasnya budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan, santun,
berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan
bijaksana. Budi yang baik melambangkan sikap manusia yang terpuji dengan perbuatan yang
berkakhlak serta memberikan kebaikan kepada individu yang lain.Budi yang baik juga akan
melahirkan bicara yang santun dan halus yang menggambarkan ketinggian akal fikiran dan
kebijaksanaan.

1.2 PENGERTIAN BAHASA

menurut Kamus Dewan edisi keempat ( 2010 ), menjelaskan maksud bahasa ialah sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia, dan percakapan yan baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun. Setiap bangsa
mempunyai sistem lambang bunyi suara yang tersendiri dan berbeza dengan bangsa - bangsa
lain. Sistem lambang bunyi ini diterima, dipersetujui, diguna pakai dan menjadi medium
komunikasi masyarakat tersebut.

Menurut Lutfi Abas ( 1985 ), mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik.
Bahasa ialah suatu sistem simbol - simbol yang terdiri daripada bunyi - bunyi yang diucapkan

1
dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok
manusia dan dengan simbol - simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.

Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan
masing-masing mempunyai makna iaitu hubungan abstrak antara kata. Bahasa adalah berbeza
mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri. Selain itu, bahasa juga
merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok
masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.

1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku,
tutur kata, tatacara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan
seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti
pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

1.3.1 KONSEP BUDI BAHASA

Budi bahasa dan amalan nilai murni amat penting dalam menjaga keharmonian hidup
bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa, dan mengamalakn nilai-nilai murni
dapat melahirkan satu bangsa Malaysia yang budiman. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada
tutur kata, kelakuan, sopan santun dan sebagainya.

Tegasnya, setiap tingkah laku, tutur kata, tatacara kehidupan, corak pemikiran, dan
perasaan positif terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat
terangkum dalam konsep budi bahasa.

Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia,
adil, hormat dan lain-lain. Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada
dalam komunikasi , ucapan atau perlakuan dapat dipraktikkan dalam institusi keluarga,
kemasyarakatan, pembelajaran dan perkhidmatan.

2
2.0 KEPENTINGAN KEPADA MASYARAKAT

Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam
kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang
remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah
seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada akhbar dan kaca
televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi
bahasa dalam kalangan masyarakat. Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik dan
mengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru,
masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan
mudahnya dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat.

Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita
kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu kepentingan amalan ini adalah dapat
mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang
berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu
tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya,
adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum
seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh,
bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju
dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat
yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan
masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain
pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dan
kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia.

Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho walaupun pada masa itu
teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Namun begitu, scenario hari ini yang
menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata
kesat amatlah memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita
masih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa
tersebut adalah sangat rendah. Perkara seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam

3
masyarakat kita lagi memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan.
Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi untuk
mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yang lebih sukar untuk
dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak
untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.

Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat yang
berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan
dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan
imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai
percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah
dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam
Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam
perlulah memainkan pereanan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman
dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing.

Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya


dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam
bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang
dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat
Jepun. Justeru, budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu
terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat menikmati
percutian yang menyeronokkan di negara kita.

Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang baik akan
dapat mentadbir negara dengan lancar kerana mendapat sokongan padu daripada rakyat.
Dalam pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada negara kerana
mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu,
budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat
menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta dapat membezakan yang mana baik dan
yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negara
kerana pemimpin dari negara lain akan kagum dan menghormati negara kita. Ironinya,
hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara dapat dijalankan
dengan mudah.

4
Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai kemaslahatan, antaranya
mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang berbudi bahasa sentiasa lemah
lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan
mengeluarkan katakata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tidak
akan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh
orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama baik dan maruah individu tersebut dan
keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah
digarapkan oleh ibubapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah
dari rebungnya. .

Kesimpulannya, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi
kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan
semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan
yang negara kita akkan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama
tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan
budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai
taraf negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara
gergasi lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama dan mengelakkan
sikap pentingkan diri. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan
dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat.

3.0 ASPEK KESANTUNAN BERBAHASA

Aspek kesantunan berbahasa terbahagi kepada tiga iaitu kesantunan penulisan, kesantunan
lisan dan kesantunan verbal dan non-verbal.

4.0 BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

Yang pertama adalah kesantunan penulisan. Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan
idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada
masa akan dating. Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama
ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Contohnya, surat kiriman rasmi,
laporan kertas kerja, ucapan rasmi, pidato dan minit mesyuarat. Manakala bentuk komunikasi
bertulis secara tidak rasmi pula seperti penulisan surat kepada sahaba atau ibu bapa.

5
Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah
seperti penggunaan kata panggilan yang betul, kata sapaan yang betul,gaya bahasa yang
tepat, pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks, isi yang tidak sensitive dan sesuai.

Seterusnya kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan penggunaan bahasa yang


sopan, beradab dan halus serta penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan
bertatasusila.Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat
didengar dan dilihat serta-merta. Sehubungan dengan itu, aspek-aspek kesantunan yang perlu
diambil perhatian dari segi bahasa ialah ciri-ciri sebutan sempurna yang menunjukkan sikap
yang sopan, suara dan intonasi yang sopan, pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus,
penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai, penggunaan sistem panggilan yang betul,
gaya bahasa yang sesuai dan isi perbincangan yang tidak sensitif

Dari segi bahasa tubuh badan pula ialah gaya percakapan yang sopan, pandangan mata
yang sesuai, gerak laku yang bertatasusila, mimik muka yang positif, hayunan tangan yang
sesuai dan imej diri. Komunikasi secara lisan terdapat dalam dua bentuk iaitu secara rasmi
(formal) atau tidak rasmi (tidak formal). Contoh rasmi/formal seperti mesyuarat,
syarahan,ucapan, pidato dan forum.Manakala tidak rasmi/ tidak formal pula ialah perbualan
telefon, perbualan di kedai kopi dan perbualan di majlis kenduri. Namun kedua-dua bentuk ini
mempunyai peraturan masing-masing.

Akhir sekali adalah kesantunan verbal dan non-verbal. Kesantunan verbal ialah komunikasi
seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab. Aspek-aspek kesantunan
verbal ialah cara sapaan lisan atau bertulis dengan Bahasa Melayu dengan sopan santun dan
tidak biadap. Kemudian, kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa.

Seterusnya sistem sapaan dan panggilan tersendiri. Selain itu,ia juga mempunyai ciri-ciri
tertentu dan penggunaan kosa kata diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan,
pangkat, umur dan keakraban hubungan. Di samping itu, termasuk juga bahasa istana seperti
berangkat, bersiram dan bercemar duli. Tambahan pula, sistem panggilan kekeluargaan dan
gelaran pergaulan tak bersahaja iaitu secara formal. Akhir sekali ialah gelaran warisan dan
gelaran kurniaan.

6
Kesantunan non verbal pula ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau menggunakan
bahasa tubuh secara sopan dan tidak biadap. Bahasa tubuh dirujuk kepada proses
menyampaikan mesej melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan
tubuh. Antara aspek kesantunan non-verbal ialah gerakan anggota badan seperti isyarat
gerakan tangan, isyarat air muka dan bahasa tubuh. Selain itu, gerakan mata, gerakan tangan
dan mimik muka.

7
2.0 ISU GEJALA SOSIAL

2.1 PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan masa kini, Malaysia menghadapi masalah dalam usaha
menyelesaikan peningkatan demi peningkatan yang berlaku dalam statistik keruntuhan moral
dalam kalangan generasi muda.Hal ini amat merisaukan lapisan masyarakat kerana
peningkatan yang berlaku adalah sejajar dengan perkembangan kemajuan negara. Hal ini telah
menjadi satu bahana yang boleh menjurus kepada pelbagai masalah yang akan berlaku akibat
masalah keruntuhan moral.

Dalam tahun 1995, 1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi
kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari
324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan
kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%)
dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan
kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Mengikut perangkaan yang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun
2005, sebanyak 76 403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut iaitu yang melibatkan
kekerasan dan jenayah harta benda. Menurut kajian,masalah ini kebanyakannya adalah
bermula daripada terlibatnya para remaja dalam kegiatan gejala sosial.

Di antara sebab berlakunya isu gejala sosial ini ialah kegoyahan dalam sesebuah institusi
kekeluargaan. Hal ini kerana institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan
gejala social yang melampau. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai murni dalam
kalangann anak-anak mereka sejak kecil lagi. Hal ini akan melahirkan anak yang berdisiplin dan
dapat seterusnya dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Selain itu, anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari
alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang yang semakin berkurangan.
Hal ini kerana ibu bapa yang hanya menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap kerjaya
masing-masing akan menyebabkan masa yang sepatutnya diluangkan untuk keluarga akan
berkurangan atau terus tiada.

8
Selain itu, rumah tangga yang bermasalah juga seperi penceraian dan pergaduhan turut
mempengaruhi remaja untuk terlibat aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

2.2 DEFINISI GEJALA SOSIAL

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2010), gejala bermaksud tanda-tanda, alamat atau
petanda dan menurut padanan yang kerap diberikan, gejala bermaksud tanda-tanda yang
akanmembawa implikasi buruk. Sosial pula bermaksud segala yang berkaitan dengan
masyarakat perihal masyarakat, kemasyaralatan, berkaitan persahabatan, pergaulan dan
aktiviti masa lapang, suka bergaul dan bermesra.maksud gejala sosial ialah kegiatan-kegiatan
yang membawa keburukan kepada diri, masyarakat setempat dan negara.

3.0 ISU GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA


3.1 GENGSTERISME
Gengsterisme dalam kalangan remaja amat popular dan menjadi satu tarikan buat para remaja
khususnya mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru kononnya ingin memuaskan
kehendak nafsu remaja mereka yang melonjak-lonjak mahukan keseronokan dan
kebebasan.Kebanyakan kegiatan samseng dan gengsterisme bermula daripada bangku
persekolahan lagi.Permasalahan ini kebanyakannya adalah disebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya.Namun yang lebih membimbangkan apabila mereka mula menyertai kumpulan-
kumpulan samseng di luar. Mereka langsung tidak takut dengan sebarang tindakan yang
diambil oleh pihak polis, sekolah, apa lagi ibu bapa. Bagi mereka kumpulan samseng ini
menjadikan mereka kuat dan hal ini menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan kegiatan
jenayah.Jika di sekolah, mereka membuli pelajar-pelajar yang lemah dengan mengugut dan
membelasah pelajar tersebut.Jika kumpulan samseng di luar, mereka sanggup merompak,
meragut, merogol dan sebagainya.Hal ini semakin membarah apabila kumpulan-kumpulan ini
terlibat dengan kegiatan mengedar dan menagih dadah.

Antara contoh kumpulan-kumpulan samseng ialah skin head, punk dan black metal.
Kebanyakan mereka yang baru menyertai kumpulan-kumpulan ini mengatakan hanya untuk
berseronok bukan untuk melakukan jenayah.Namun, ada sahaja masalah yang ditimbulkan
oleh kumpulan-kumpulan ini sehingga memaksa pihak polis mengambil tindakan keras
terhadap mereka. Oleh itu, nilai kesantunan perlu diterapkan dalam diri mereka supaya tidak

9
mudah terpedaya dengan kerosakan-kerosakan seperti ini. Berbudi bahasa, sopan santun dan
pelbagai lagi mampu mengelakkan mereka terpedaya dari perkara ini.

3.2 LUMBA HARAM

Lumba haram atau pun lebih terkenal dengan nama kumpulan mat rempit merupakan salah
satu kegiatan gejala sosial yang kian meruncing dalam kalangan remaja. Gejala ini mula
popular dalam kalangan anak muda sekitar tahun 90-an. Kegiatan utama kumpulan mat rempit
adalah lumba haram. Pemenang bagi setiap perlumbaan akan mendapat hadiah seperti wang
dan kadangkala wanita yang telah dipertaruhkan oleh pelumba yang kalah. Mereka
kebiasaanya akan berlumba pada waktu malam dan lazimnya di kawasan bandar.

Dalam pada itu, kebiasaanya terdapat dalam kalangan ahli mat rempit yang mengambil
kesempatan mengaut keuntungan dengan mengedar dadah. Hal ini mengakibatkan ramai
dalam kalangan mat rempit yang secara tidak langsungnya menjadi penagih dadah. Hal ini
menjadi lebih kronik apabila mereka menunggang semasa di bawah pengaruh dadah.
Akibatnya, berlakulah kemalangan jalan raya sama ada melibatkan kumpulan mereka sendiri
ataupun melibatkan orang awam sekaligus meningkatkan bilangan kemalangan jalan raya di
Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, kumpulan mat rempit mempunyai semangat kumpulan yang
sangat tinggi. Sekiranya salah seorang rakan mereka diganggu atau kumpulan mereka akan
bertindak agresif seperti memukul, membelasah, memeras ugut dan yang lebih parah adalah
mereka sanggup membunuh walaupun disebabkan hal-hal kecil. Dalam pada itu, kumpulan mat
rempit tidak mempunyai rasa takut atau insaf walaupun ramai daripada kalangan mereka yang
telah mati di jalan raya. Bagi mereka mati dalam perlumbaan adalah ‘anak jati’.Hal inilah yang
membimbangkan kita kerana mereka mempunyai ketaksuban yang sangat tinggi terhadap
kegiatan merempit atau lumba haram. Oleh itu, sejak dari awal bangku sekolah lagi, nilai
kesantunan seperti menghormati orang lain, bersopan santun, beradab dan pelbagai lagi perlu
diterapkan dalam diri anak-anak ini sejak kecil lagi.

10
3.3 SEKS BEBAS

Seks bebas juga menjadi satu trenda dalam kalangan remaja pada masa kini.Dari hari ke
hari, masalah ini kian meruncing.Perbuatan terkutuk ini bukan sahaja dilakukan oleh lapisan
muda sahaja, malahan tidak kurang juga golongan tua yang terlibat melakukan hubungan yang
diharamkan syariat Islam ini.Paling menyedihkan kita adalah tidak kurang juga kanak-kanak
yang terlibat dengan perbuatan ini. Bermula seawal usia 12 tahun, kanak-kanak sudah tahu
perkara yang tidak sesuai dengan batasan umur mereka. Hal ini kerana mereka terdedah
dengan pelbagai anasir-anasir buruk di sekeliling mereka. Contohnya seperti pengaruh
daripada rakan sebaya, tiada had dalam melayari interne yang membolehkan mereka
mengakses masuk ke laman-laman yang tidak sepatutnya, dan sebagainya.

Dunia hari ini, kita dapat menyaksikan semakin banyak kes-kes pembuangan anak-anak
kecil yang tidak bersalah disebabkan perbuatan kotor ‘ibu dan bapa’ yang tidak sah di sisi
agama.Amat menyayat hati apabila setiap hari kita dihidangkan dengan berita bayi yang ditemui
mati di dalam longkang, di dalam tong sampah, di dalam semak, dan yang paling menyentuh
hati kita ialah bayi yang ditemui di dalam simen.Nah, inilah akibat dari perbuatan seks
bebas.Banyak akibat dan implikasi buruk yang bukan sahaja menimpa mereka yang melakukan
seks bebas, malah Malaysia sendiri turut mendapat malu apabila dari tahun ke tahun berlaku
peningkatan dalam statistik pembuangan bayi. Nilai-nilai kesantunan seperti menjaga adab,
menjaga perilaku, menjaga aurat merupakan nilai kesantunan yang perlu kita lihat penting untuk
semai pada anak-anak remaja perempuan hari ini supaya mereka tidak terjebak dengan
perkara-perkara mazmumah seperti ini.

3.4 PONTENG SEKOLAH

Apabila menyebut hal berkaitan ponteng sekolah, bukanlah menjadi suatu perkara yang
asing bagi pelajar-pelajar sekolah di Malaysia khususnya para pelajar sekolah
menengah.Berdasarkan maklumat yang diperolehi, statistik salah laku disiplin murid yang
direkodkan oleh Kementerian Pelajaran dalam tempoh 5 tahun (2008 hingga 2012) menjangkau
107,191 orang yang merangkumi 10 jenis kesalahan. Sebanyak 17,343 daripadanya adalah
ponteng sekolah, 14,321 daripadanya adalah berunsurkan jenayah dan 14,298 daripadanya
adalah merokok.Kebanyakan yang terlibat dengan gejala sosial bermula daripada tabiat
ponteng sekolah.Pada mulanya, mereka banyak menghabiskan masa di pusat siber, pusat

11
hiburan dan pusat membeli belah. Namun, lama kelamaan mereka akan mula mencuba
perkara-perkara baru yang kebanyakannya adalah berunsur negatif.Sewajarnya tabiat ini perlu
diatasi segera sebelum nasi menjadi bubur.

Berdasarkan beberapa kegiatan gejala sosial yang telah dinyatakan, kita mendapati masalah
ini semakin meruncing. Tiada langsung petanda bahawa akan berlakunya penurunan dalam
statisik dan hal ini amat membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia. Bagaimanakah keadaan
negara kita di masa hadapan jika generasi muda kian leka dengan arus kemodenan yang tiada
henti ini?Jika dikaji semula semua masalah ini amat berkait rapat dengan nilai kesantunan yang
semakin dilupakan dalam kalangan rakyat negara ini terutama bagi lapisan remaja.Oleh yang
demikian, nilai ini hendaklah dipupuk kerana kesantunan amat penting bukan sahaja dalam
menjaga peribadi seseorang, malah amat penting dalam menjamin keamanan sesebuah
negara.Ramai yang memandang remeh terhadap nilai kesantunan walhal nilai ini merupakan
tunjang utama dalam membentuk kemajuan, keamanan dan perpaduan sesebuah negara.
Maka, nilai kesantunan seperti mematuhi arahan perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar
supaya mereka boleh mengikut peraturan dengan sebaiknya

4.0 PENUTUP

Setiap daripada rakyat Malaysia adalah bertanggungjawab di atas masalah gejala


sosial.Begitulah kita yang hidup berbilang bangsa.Kita mestilah bersatu padu dalam usaha
membanteras gejala sosial yang semakin membarah.Bukannya meneruskan perbalahan yang
tiada noktahnya sedangkan remaja kita semakin leka dengan dunia khayalan mereka.

Kita mesti belajar daripada sejarah.Contohnya seperti pada zaman kegemilangan


pemerintahan Islam di Andalusia. Setelah 300 tahun Islam memerintah, akhirnya runtuhlah
kerajaan Islam di sana. Hal ini kerana betapa buruknya akhlak remaja Islam ketika itu.Mereka
begitu lalai dengan hiburan yang dihidangkan oleh puak-puak Barat agar suatu hari mereka
dapat menawan Andalusia.Apabila Andalusia diserang, remaja bertempiaran lari kerana takut,
dan tiada pegangan yang kuat terhadap agama.Akhirnya Andalusia yang sudah lama diperintah
Islam, akhirnya dengan mudah ditawan oleh Barat.

12
Jika tidak cukup dengan itu, kita lihatlah mereka yang sedang mempertahankan nyawa di
Palestin. Sebelum diserang, Hamas dan Fatah tidak pernah bersatu, saling berbalah antara
satu sama lain. Tiada tolak ansur anatara mereka menunjukkan tiada nilai kesantunan antara
mereka. Apabila Gaza diserang barulah mereka cuba bersatu. Namun sudah terlambat kerana
negara tidak lagi aman.

Natijahnya, kesantunan dalam kehidupan amat penting dalam menjadikan kita insan yang
berakhlak dan bersahsiah mulia. Oleh yang demikian, kita mestilah memainkan peranan
masing-masing agar hasrat menanam nilai kesantunan dan membanteras gejala sosial yang
berlaku pada hari ini.Bertindaklah sebelum nasi menjadi, kerana ketika itu, sesal dahulu
pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi.

13
RUJUKAN

BUKU :

Dr. Nazariah Sani & Husin Fateh Din. (2015). Kesantunan MAsyarakat Malaysia. Selangor.
Sasbadi Sdn. Bhd.

Noor Azilawati Mohd Sabda. (2011) . Remaja dan gejala social. Selangor Darul Ehsan. Content
Plus Sdn. Bhd.

Nasrulnizamwati Mohamed. (2007). Mengamalkan budi bahasa Kuala Lumpur . Penerbitan


Hartamas.

Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof. (2012). Prinsip dan aplikasi
kesantunan berbahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan (1984). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

INTERNET :

http://gsbgt.blogspot.my/2013/10/isu-gejala-sosial.html dilayari pada 23 Ogos 2016

http://muzkesantunanmasyarakat.blogspot.my/2015/09/bentuk-dan-jenis-kesantunan.html
dilayari pada 25 Ogos 2016

14
15

Anda mungkin juga menyukai