Anda di halaman 1dari 14

KARANGAN CEMERLANG

KARANGAN KUMPULAN POTENSI CEMERLANG

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum lebih mendatangkan kebaikan kepada para


pelajar.

Kegiatan kokurikulum merangkumi persatuan,kelab, permainan dan


sukan. Ia kini diadakan di semua sekolah. Dengan adanya kegiatan
kokurikulum, para murid akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti.
Dengan ini murid-murid dapat mengasah bakat mereka yang sedia ada.

Melalui kegaitan kokurikulum ini juga, murid-murid dapat dilatih


menjadi seorang yang berdisiplin. Contohnya, melalui penyertaan di
dalam pasukan pengakap, murid-murid dikehendaki menghormati
pemimpin dan sentiasa menjaga keperibadian diri.

Oleh yang demikian, setiap murid harus menyertai kegiatan


kokurikulum yang diadakah di sekolah demi kebaikan masing-masing .
Cara Mengisi Masa Lapang

Masa lapang boleh diisi dengan pelbagai cara. Pelbagai aktiviti boleh
dilakukan pada masa lapang. Masa lapang memberikan banyak faedah
kepada kita.

Kita boleh membaca pada masa lapang. Jika banyak membaca, kita
akan dapat menulis karangan dengan baik. Kita boleh membaca buku
cerita dan surat khabar.

Hobi juga dapat mengisi masa lapang kita. Contohnya, mengumpul


setem, berkebun dan menanam pokok bunga. Aktiviti ini dapat
menambah pengetahuan dan pengalaman kita.

Masa lapang harus diisi dengan kegiatan yang berfaedah.


Janganlah biarkan masa terbuang dengan sia-sia sahaja.
Saya Sebuah Basikal

Saya sebuah basikal. Nama saya ialah ‘BMX’. Saya dilahirkan di sebuah
kilang membuat basikal di Shah Alam.

Badan saya diperbuat daripada besi. Saya berwarna biru. Badan


saya dipasang dengan dua tayar.

Setelah siap, saya dihantar ke kedai menjual basikal. Saya dihantar


melalui sebuah lori ke kedai. Pemilik kedai telah membersihkan saya.
Saya dipamerkan di kedai.

Pada suatu hari, datang seorang budak ke kedai. Nama budak itu
ialah Rajan. Rajan telah membeli saya. Rajan menjaga saya dengan baik.
Dia menunggang saya ke sekolah tiap-tiap hari. Rajan mencuci saya dua
kali seminggu.

Saya berasa gembira dan bangga mendapat tuan sepertinya.


Aku Sebatang Pen

Aku sebatang pen. Nama aku ialah ‘Kilometriko’. Aku dilahirkan di


sebuah kilang membuat pen.

Badan aku diperbuat daripada plastik. Perut aku diisi dengan


dakwat. Dakwat aku berwarna biru. Bentuk aku panjang.

Setelah siap, aku dihantar ke sebuah kedai buku. Aku disimpan di


dalam sebuah kotak bersama-sama kawan aku. Pemilik kedai telah
membersihkan aku. Beliau meletakkan tanda harga padaku.

Pada suatu hari datang seorang gadis. Nama gadis itu ialah Aini.
Dia tertarik hati pada diriku. Dia terus membeli aku pada harga RM 3.50.

Aini menjaga aku dengan baik. Dia menggunakan aku untuk


menulis. Aini membawa aku ke sekolah tiap-tiap hari. Aku berasa gembira
dan bangga mendapat tuan sepertinya.
Kebaikan Membaca

Membaca ialah jambatan ilmu. Ini bermaksud dengan membaca kita


memperoleh banyak ilmu.

Orang yang banyak membaca pengetahuannya luas. Mereka dapat


memberikan buah fikiran yang bernas. Melalui membaca, kita dapat
mengetahui keadaan di dalam dan di luar negeri.

Melalui membaca, pengetahuan ini dapat digunakan untuk


memajukan diri, bangsa dan negara. Orang yang banyak membaca akan
menjadi tempat rujukan ramai. Ahli bijak pandai kesemuanya rajin
membaca.

Kesimpulannya, kita memperoleh banyak ilmu daripada


pembacaan. Rakyat yang rajin membaca dapat memajukan negara.
KARANGAN UNTUK KUMPULAN POTENSI LULUS

Hobi Saya

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Setiap


orang ada hobi.

Hobi saya ialah membaca buku. Saya dapat banyak faedah dengan
membaca. Saya membaca buku pada masa lapang.

Membaca menambahkan ilmu pengetahuan kepada saya. Saya


selalu meminjam buku dari perpustakaan.Saya meminjam buku-buku
seperti buku rujukan, sejarah, cerita dan lain-lain.

Saya akan mengamalkan hobi ini untuk selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai