Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Kaedah seni dalam Pendidikan telah diperkasakan di seluruh sekolah pada masa
kini bertujuan supaya dapat melahirkan individu atau pelajar yang mengamalkan
budaya kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Dalam sesi pembelajaran, guru sering kali berhadapan dengan dengan pelajar yang
berbeza dari segi kemahiran mereka. Guru perlu menggunakan kemahiran yang
mantap dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran termasuklah
menggunakan kaedah penggabungan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
semasa dalam bilik darjah. Hal ini secara langsung dapat melahirkan insan yang
bersifat holistik.

Oleh itu, dalam memenuhi tugas ini pengkaji akan memfokuskan secara terperinci
tentang teori-teori pembelajaran, konsep asas dan elemen seni dalam Pendidikan
yang mana merupakan teras utama dalam bidang Pendidikan di negara kita pada hari
ini.

2.0 KONSEP ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN

Aspek seni dalam pendidikan di Malaysia ini merangkumi beberapa seni iaitu seni
muzik, seni visual dan seni pergerakan yang mampu melahirkan insan yang bersifat
holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini kerana, subjek ini
memberi fokus utama kepada penglibatan murid dalam mencungkil bakat dengan cara
imaginasi, ekpresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai untuk menguasai sesuatu
kemahiran.

Konsep asas utama seni dalam pendidikan adalah konsep integrasi. Konsep
Integrasi Seni dalam Pendidikan menjurus ke arah pembangunan individu untuk
menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani (Ismail Saiman, Johar Jonid, Manan Sarbini, etc;, 2014). Konsep integrasi ini
dilaksanakan menggunakan teknik atau kaedah penggabungan jalinan, penyerapan
dan penerapan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan
sebagai pemudah cara kepada murid-murid yang mana kaedah ini sesuai digunapakai
menjelang abad-21 ini. Cara mudah bagi guru untuk mengintegrasikan sesuatu
pelajaran adalah, memberi peluang kepada murid meneroka, mengalami dan mencari
peluang mengekspresikan sesuatu tema dengan kemahirannya sendiri. Di dalam buku
Seni dalam Pendidikan terdapat 6 saranan tema yang utama iaitu, berasaskan
konsep, kemahiran, kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, projek dan

1
berorentsaikan Islamik. Di sini, guru boleh menggunakan tema tersebut sebagai satu
panduan untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN


Dalam mengharungi zaman pendidikan yang semakin mencabar ini, guru perlu
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan menggunakan
beberapa kaedah atau teori yang telah diperkenalkan. Berikut merupakan teori-teori
pembelajaran yang boleh diterapkan dalam kaedah pendidikan pada masa kini.

3.1 TEORI KONTRUKTIVISME

Pertama sekali, teori kontruktivisme. Teori ini menjelasakan bahawa proses


pembentukan pengetahuan terjadi apabila seseorang itu didedahkan dengan
tantangan, ransangan dan persoalan dan ditentukan oleh keaktifan individu tersebut
menghadapi perkara tersebut (Paul Suparno, 2007). Dalam konteks di sekolah teori
kontruktivisme menuntut kepada murid membina sendiri pengetahuan atau konsep
secara aktif berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Antara ciri pembelajaran
kontruktivisme adalah menggalakkan murid bertanya kepada murid atau guru,
menyokong pembelajaran secara koperatif, menggalakkan proses inkuiri murid
melalui kajian. Oleh hal yang demikian, tugas para guru adalah untuk
mengintegrasikan seni dalam pendidikan dengan pengetahuan sedia ada yang
terdapat pada murid. Contoh aktiviti yang menggalakkan inkuiri murid adalah melalui
aktiviti “puzzle” rukun haji dan sebagainya.

Ahli konstruktivisme juga berpendapat, manusia belajar secara aktif dengan


membina ilmu yang didapati memberi makna kepada dirinya (actively construct
knowledge that they find personally meaningful). Dalam proses ini murid akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru serta cuba untuk mencari idea, membuat kajian dan
dapat berinteraksi dengan yakin yang akhirnya proses inkuiri terhasil.

3.2 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK

Seterusnya, kita beralih pula kepada teori humanistik yang mana teori ini diasaskan
oleh Abraham Maslow. Teori ini berkait rapat dengan personality dan menitikberatkan
beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Teori-teori ini juga memberi
penekanan kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam mengembangkan lagi potensi setiap
individu dan mementingkan moral. Teori ini juga melibatkan beberapa aspek iaitu dari

2
segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri, dan harga diri dalam menentukan
sesuatu keputusan yang dibuat.

Menurut Abraham Maslow, seseorang individu itu dilihat kepada integrasi dan
penyusunan keseluruhan. Sebagai contoh, ketika seseorang itu kesedihan, kita boleh
perhatikan disini bahawa ianya bukan hanya sebahagian daripada dirinya sahaja yang
sedih itu namun merangkumi keseluruhan aspek pada dirinya yang kesedihan itu.
Abraham Maslow juga menekankan aspek personality dan menitikberatkan andaian-
andaian yang berkaitan dengan motivasi. Hal ini kerana, motivasi merupakan suatu
yang kompleks, yang mana tingkah laku seseorang itu dilihat dari segi luaran. Secara
tidak langsung, individu akan membuat keputusan atau sesuatu perkara semata-mata
untuk mencapai sesuatu matlamat hasil daripada pegangan motivasi pada dirinya
sendiri .

Oleh itu, teori ini boleh dikaitkan dengan konteks di sekolah yang mana guru
boleh menjalankan pelbagai pertandingan atau aktiviti yang menarik minat pelajar
untuk mencungkil lagi bakat-bakat yang ada pada diri mereka. Contohnya
mengadakan pertandingan khat, nasyid, melukis komek islamik dan lain-lain lagi.
Dengan adanya pertandingan ini, guru dapat melihat murid-murid yang mempunyai
bakat dan seterusnya menggalakkan mereka untuk mengasah bakat semulajadi yang
mereka ada yang akhirnya mampu menyumbang bakatnya kepada pendidikan di
negara kita.

3.3 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


Teori yang seterusnya ialah teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert
Bandura. Menurut beliau, pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan
orang lain melakukan sesuatu atau permodelan (modelling).

Teori ini menekankan tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan


atau pemodelan yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peniruan secara
langsung iaitu murid memerhatikan apa yang diajar oleh guru yang mana guru
merupakan role model kepada pelajar yang boleh memberi kesan positif kepada
murid. Kedua, peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan
merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada
situasi yang lain. Contohnya: murid membuat peniruan dalam berkarya tetapi tidak
sesuai lagi apabila murid tersebut bergelar pelukis yang amalan meniru ini dianggap
suatu kerja menciplak atau plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid juga
membuat kerja taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus menerus meniru dalam

3
semua situasi. Contohnya, walaupun kerja meniru dalam berkarya itu suatu yang
ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia akan menjadi
satu kebiasaan. Yang ketiga pula, peniruan elitasi perlu dielakkan. Ini kerana, murid
terus-menerus membuat peniruan kerana gagal membina keyakinan diri.

Jelaslah disini bahawa, teori-teori ini banyak membantu guru untuk


meningkatkan mutu pengajaran mereka dengan menerapkan unsur seni dalam
pendidikan. Alat bantu mengajar guru bukan sahaja menarik, malahan juga mudah
mencapai objektif pengajaran berpandukan teori yang digunapakai pada seni dalam
pendidikan

4.0 ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN


Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan
difahami, guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang
merangkumi bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam tajuk mata
pelajaran yang diajar.
4.1 UNSUR SENI VISUAL
Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil
penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Antara
contoh aktiviti yang melibatkan seni visual adalah seperti seni persembahan, Bahasa
dan masakan. Menurut Ismail Saiman, Johar Jonid dan Manan Sarbini, 2014,
“manusia perlukan fantasi fantasi dan khayalan untuk memperoleh ilham yang
melangkauibatasan”. Justeru seni visual yang diterapkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dilihat sebagai pemangkin utama kepada murid untuk berimaginasi
tentang perkara futuristik atau membayangkan dengan lebih jelas perihal keadaan
masa lalu. Sebagai contoh guru menunjukkan beberapa gambar atau ilustrasi haiwan
atau tumbuhan, kemudian meminta murid untuk menjawikan semula perkataan
tersebut. Model ini sebenarnya telah banyak membantu murid untuk memahami dan
membayangkan keadaan nabi berhijrah melalui seni visual.

4.2 UNSUR SENI MUZIK

Seterusnya, seni muzik yang mana unsur muzik mempunyai impak yang positif
terhadap pebagai domain perkembangan kanak-kanak. Percaya atau tidak ianya juga
mampu membantu perkembangan kreativiti manusia. Seni muzik memberi penegasan
kepada perkembangan ekspresi diri, kreativiti dan kegiatan amali secara aktif kepada
murid dari aspek psikomotor, nilai sosialisasi, kecerdasan mental, nilai estetika dan

4
mengenali budaya tanah air (Faridah Nakir, Nik Zulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad,
etc;, 2015). Kesan kepada penerapan muzik dalam pendidikan adalah dapat
meningkatkan pelbagai kecerdasan murid dengan mngambil kira gaya pembelajaran
murid yang tersendiri. Antara contoh aktiviti mudah untuk para guru laksanakan
berkaitan seni muzik dalam pendidikan Islam adalah nyanyian lagu tradisioanal dan
bernasyid. Sebagai contoh, menyanyikan atau bernasyid tentang rukun-rukun
shahadah versi kanak-kanak seperti lagu “Omar dan Hana” Guru-guru perlu
membimbing murid kemahiran asas dalam nyanyian terlebih dahulu. Melalui cara ini,
sudah tentu aktiviti itu tidak menjadi hambar dan murid akan merasa lebih seronok.
Selain itu, kehadiran Irama juga secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak
untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih bersemangat akhirnya objektif yang
dibawa oleh guru itu terhasil..

4.3 UNSUR SENI PERGERAKAN

Akhir sekali, merupakan seni pergerakan. Melalui pergerakan, kanak-kanak


berpeluang mencuba sesuatu kemahiran dan pengalaman yang dapat membawa
kepada perkembangan jasmani, fizikal dan sosial (Faridah Nakir, Nik Zulkefli Ibrahim,
Samsir Alam Arshad, etc;, 2015). Melalui kaedah ini, guru bolehlah membuat proses
pengajaran dan pembelajaran seperti pergerakan melompat, berlari, bertepuk,
berjalan dan sebagainya mengikut kesesuain tempat dan topik yang diajar. Sebagai
contoh, guru mengajar topik gembira, guru bolehlah memasang lagu “kalau rasa
gembira, tepuk tangan”. Melalui ini, pelajar akan bersama-sama bertepuk tangan
mengikut irama muzik. Oleh itu, kanak-kanak akan merasa lebih seronok dan
pembelajaran menjadi lebih menarik.

5.0 PENUTUP
Jelaslah disini, subjek seni dalam penindikan ini menepati hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan perkembangan individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani juga (Mohd Fathi Adnan, Rohana
Hamzah, Aminudin Udin, 2008). Sesuai dengan falsafah tersebut maka matapelajaran
Seni dalam Pendidikan diajar di seluruh Institut Pendidikan Guru kepada semua guru
pelatih mengikut subjek-subjek major yang diambil di setiap Kampus yang mampu
memberi kesan apabila berada di sekolah kelak sebagai pendidik.

5
6.0 RUJUKAN

Ab Halim Tamuri, Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Berkesan berteraskan Konsep Mu'allim. Journal of Islamic and Arabic Education, 43-
45.

Faridah Nakir, Nik Zulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, etc;. (2015). Seni Dalam Pendidikan.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Ismail Saiman, Johar Jonid, Manan Sarbini, etc;. (2014). Seni Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Freemainds Horizons Sdn. Bhd.

Mohd Fathi Adnan, Rohana Hamzah, Aminudin Udin. (2008). Implikasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Falsafah, 1-16.

Paul Suparno. (2007). Teori Perkembangan Kognotif Jean Piaget. Indonesia: Kanisius Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai