Anda di halaman 1dari 3

Sketsa Hari Kemerdekaan Untukmu, Anakku...

Bilangan Peserta : 17 murid (semua sekali member kelas kakak Amirah le ni)
Suasana Di Pentas : 14 murid sedang duduk dalam dua kelompok..sekelompok
murid perempuan, sekelompok murid lelaki..(kasi suasana soleh sikitlah, tak
bercampur gaul lelaki & perempuan..)

Ali naik ke pentas sambil memberi salam..

Ali : Assalamualaikum!

Murid-Murid (menjawab serentak) : Waalaikummussalam Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Kemudian Ah Chong pula naik ke pentas...

Ah Chong : Hello kawan-kawan...Selamat Pagi!

Murid-Murid : Selamat Pagi Ah Chong... Ramasamy pula naik...

Ramasamy : Good morning…Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

Murid-Murid : Merdeka! Merdeka! Merdeka! (sambil mengangkat & mengibarkan


bendera Malaysia serentak)

Suasana : Ali, Ah Chong & Ramasamy berdiri di pentas..murid-murid lain masih


duduk...

Ali : Eh, apa tema hari kemerdekaan tahun ini?

Ah Chong : Laa..engkau tak tau lagi ke? Apalah engkau ni

Ali. Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah Perpaduan Teras Kejayaan!

Ramasamy : Hmm..bagus bunyinya tu. Perpaduan ertinya bersatu. Kalau kita


bersatu kita akan gagah, kalau kita bercerai kita akan rebah!

Ali : Wah! Pandai pulak kau bermadah, Ramasamy. Betul-betul…aku


setuju…berpadu bulat kata sepakat, menjadi cita negara jaya!

Ah Chong : Hayya! Manyak pandai kawan-kawan aku aa..Siapa tau apa bentuk logo
sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan tahun ini?

Murid-Murid : Kami tau! Ni dia...! (sambil mengangkat tinggi-tinggi logo hari


kemerdekaan)

Ramasamy : Wau..hebatnya! Tapi aku tak fahamlah. Yang warna biru, kuning,
merah tu apa dia?
Amirah (bangun) : Yang warna biru, kuning, merah tu adalah bentuk gambaran
manusia yang saling berganding bahu, Ramasamy! Ia menunjukkan sebuah
perpaduan yang erat bagi melambangkan ’Perpaduan Teras Kejayaan’!

Ramasamy : Oooo..itu macam...

Amirah : Selain daripada itu, 3 ikatan bentuk manusia yang saling berganding bahu
itu juga membawa maksud…rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain
dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

Ramasamy : Ok, faham-faham… Ali : Kenapa ia diwarnakan berlainan pulak? Ada


merah, ada kuning, ada biru?

Ammar (bangun) : Itu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia..ada melayu, ada


cina, ada india dan macam-macam lagilah..tetapi mereka tetap berganding bahu
dan saling faham memahami sehingga tercapainya perpaduan.

Ali : Hmmm..(sambil mengangguk-angguk)... Ah Chong : Kenapa pulak warna


putih, merah, biru, kuning yang dipilih? Bukannya warna lain? Wani (bangun) :
Haa..kasi Wani jawab yang ini. Warna merah – simbol keberanian rakyat. Warna
putih – simbol kesetiaan seluruh rakyat Malaysia. Warna biru pula – melambangkan
perpaduan yang dijalin oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning –
melambangkan sistem beraja dan Yang Dipertuan Agong. Ia juga membawa
maksud warna kegemilangan atau keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Ramasamy : Wah, hebat sungguh kawan-kawan kita ni. Hmm..kalau dah ada tema
dan logonya, mestilah tak lengkap kalau tidak ada lagu khas untuknya, kan? Ali :
Betul tu. Jom kita nyanyi sama-sama lagu tema hari kemerdekaan tahun ni. Nak
tak kawan-kawan? Murid-Murid : Nakkkk... Amirah : Tunggu dulu! Ali : Apa lagi
Amirah ni? Amirah : Sebelum kita nyanyi, Amirah nak peringatkan kat kauorang
semua erti kemerdekaan yang sebenar. Nak tau tak? Murid-Murid : Nakkk...(asyik
nakkk je..he,he..skrip untuk yang ramai-ramai ni kena kasi simple) Amirah : Ingat
ya...erti kemerdekaan yang sebenar ialah pembebasan diri kita dari belenggu
jahiliyah..maksudnya, kita bebaskan diri kita dari yang sesat menjadi ? Murid-Murid
: Tidak sesat! Amirah : Dari yang jahat menjadi? Murid-Murid : Tidak jahat! Amirah
: Baiklah tu maksudnya! Dari yang mungkar menjadi? Murid-Murid : Nakir! (sambil
ketawa) Amirah : Hoi, tak betul tu! Dari yang mungkar kepada? Murid-Murid : Yang
benar! Amirah : Hmm..bagus murid-murid..(berlagak jadi cikgu daa...). ok, jom
kita nyanyi sekarang... Suasana : Beramai-ramai menyanyikan lagu ’Perpaduan
Teras Kejayaan’...klik di sini untuk download... PERPADUAN TERAS KEJAYAAN Kini
Semangat Jalan Seiring Satu Amanah Kerjasama Jadi Teras Bangsa Mulia Sehati
Sejiwa Bangun Membantu Agar Sepakat Moga Terserlah Perpaduan Agar Teguh
Dipersada Dalam Hidup Harmoni Sirami Rasa Kasih Sayang Jadi Benteng Hidup
Yang Harmoni Nurani Ikhlas Dihati Murni Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu Bersatu Gagah Bercerai Rebah Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan Berpadu......Berpadu Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya Perpaduan Teras Kejayaan Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan Tamat...maka pagi ini puteriku Amirah melangkah ke
sekolah dengan penuh bersemangat kerana telah berjaya 'membuli kasih' ummi
untuk menyiapkan sketsa ini dalam masa 30 minit! Huwaaa...

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai