Anda di halaman 1dari 4

Kisah Dakwah Nabi Nuh Terhadap Kaumnya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang bijaksana seterusnya para hadirin
sekalian.

Isi 1
Pantun:
Indah sungguh kejadian bumi,
Ciptaan Allah yang bijaksana,
Cerita saya pada kali ini,
Dakwah Nabi Nuh kepada kaumnya.

Nabi Nuh a.s. adalah nabi keempat yang diutus Allah sebagai RasulNya. Pada ketika itu,
kaum Nabi Nuh hidup di dalam kesesatan. Patung-patung berhala menjadi sembahan mereka.
Kemungkaran dan kemaksiatan sudah sebati dalam diri mereka.
Mereka terus lalai dan alpa dan tiada sesiapa yang mengingatkan mereka.
Yang kaya menindas yang miskin, ang kuat menganiaya yang lemah,

Maka Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Nuh untuk berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh
tersesat.

Di dalam surah Nuh ayat pertama Allah berfirman,

Maksudnya :

Sesungguhnya kami mengutuskan Nuh kepada kaumnya, (dengan memerintahkan) “Engkau


berilah peringatan kepada kaummu, sebelum datang kepada mereka siksa yang pedih”.

Kawan-kawan

Hendaklah kita menjauhi kemungkaran dan kemaksiatan. Allah mengutuskan Rasul untuk
membawa kebenaran. Maka taatilah segala ajarannya.

Isi 2
Nabi Nuh menyeru kaumnya agar kembali ke jalan yang benar. Meninggalkan syirik dan
menyembah Allah yang Esa.

“Wahai kaumku, sembahlah Allah yang Esa, tinggalkanlah patung-patung berhala ini dan
lakukanlah kebaikan , tinggalkanlah kejahatan” seru Nabi Nuh.

Baginda menarik perhatian kaumnya agar melihat kejadian alam ciptaan Allah s.w.t.
Dengan sifatnya yang sabar dan fasih serta tegas dalam kata-katanya, Nabi Nuh terus
berdakwah dengan lemah lembut dan bijaksana.
Syair:
Siang dan malam tidaklah jemu,
Baginda berdakwah bertalu-talu,
Hanya sedikit mendengar seru,
Para pembesar berhati batu.

Firman Allah s.w.t. ,

Surah Nuh ayat keenam yang bermaksud;


“Maka seruanku tiada menambah pada mereka, melainkan semakin lari daripadaku”.

Ya kawan-kawan,
Nabi Nuh a.s. amat bersedih hati , melihatkan kaumnya yang tidak ambil peduli. Mereka yang
beriman kebanyakannya adalah dari golongan miskin. Pembesar-pembesar dan orang –orang
yang berharta begitu degil sekali. Bukan sahaja mereka tidak mahu berimankepada Allah,
malah mereka mempersendakan pula baginda.

“ Bukankah engkau hanya seorang daripada kami .Tidak ada bezanya. Jikalau betul,
Allah akan mengutuskan seorang Malaikat untuk kami. Bukannya manusia biasa
seperti kamu. Kamu adalah pendusta. “ berkata mereka kepada Nabi Nuh dengan angkuh
dan sombong.

Kawan-kawan,
Terimalah kebenaran dengan mata hati yang bersih. Sesungguhnya Allah memberi hidayah
kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Isi 3
Kaum Nabi Nuh terus berdegil dan mahuberiman. Mereka berkata “Wahai Nuh, jika engkau
mahu kami beriman dengan agamamu, maka usirlah pengikut-pengikutmu yang miskin itu.
Kami tidak mahu bersama mereka”.

Lalu dijawab oleh baginda dengan tegas, “Ajaran agama yang aku bawa adalah untuk semua
orang samada kaya mahupun miskin”

Kaum Nabi Nuh tetap dengan kedegilan mereka. Mereka tidak mahu lagi mendengar seruan
Nabi Nuh, malah meminta baginda menurunkan ancaman kepada mereka untuk
membuktikan kebenaran.

Sepertimana firman Allah s.w.t. di dalam Surah Hud ayat 32,

Maksudnya;
Berkata mereka “ Hai Nuh, sungguh engkau telah berbantah dengan kami, banyak benar
bantahan engkau terhadap kami. Maka datangkanlah kepada kami siksaan yang engkau
janjikan kepada kami, jika engkau orang yang benar”.
Wahai kawan-kawan,
Usahlah memandang hina kepada golongan miskin. Sesungguhnya orang-orang yang mulia di
sisi Allah adalah mereka yang bertaqwa.

Isi 4
Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Namun
demikian hanya sedikit sekali yang beriman. Baginda sangat bersedih hati.

Baginda bermohon kepada Allah, “Ya Tuhanku janganlah engkau tinggalkan di atas bumi
seorang pun di antara orang-orang kafir itu. Mereka akan menyesatkan hamba-hambamu.
Mereka tidak akan melahirkan anak kecuali anak yang derhaka dan kafir”.

Doa baginda dikabulkan oleh Allah lalu memerintah Nabi Nuh membina sebuah kapal di atas
bukit. Nabi Nuh dan pengikiut-pengikutnya mula bekerja keras menyiapkan kapal tersebut.

Lagu:
Bahtera Nuh jadi bualan,
Umatnya engkar tidak beriman,
Dianggap gila bahan ketawa ,
Mengapa di atas bukit dibina

Ya kawan-kawan,
Mereka mengejek-ngejek Nabi Nuh . Setelah kapal siap dibina, kaumnya yang engkar itu
membuang najis di dalamnya. Berbagai-bagai kejahatan mereka lakukan.

Allah berfirman ;

Surah Hud ayat 38 yang bermaksud:


Dan mulalah Nuh membuat bahtera. Tatkala lalu segolongan kaumnya, mereka mengejek-
ngejeknya.

Allah s.w.t . Maha Berkuasa . Sesuatu perintahNya itu ada hikmah disebaliknya.

Isi 5
Kawan-kawan,
Tibalah hari yang dijanjikan.

Lagu:
Hari itu terbukti segala,
Kuasa Tuhan menurunkan hujan,
Banjir yang besar melanda dunia,
Dilindungi Allah yang beriman.

Selamatlah semuanya yang di atas bahtera,


Haiwan dan insan di bawah satu bumbung,
83 orang kecuali anaknya ,
Dan juga isterinya yang tercinta.
Begitulah azab siksaan yang diterima oleh mereka yang engkar termasuk anak dan isteri Nabi
Nuh. Matilah mereka di dalam kekufuran. Nabi Nuh sangat bersedih hati mengenangkan
puteranya.

Setelah semua kaum yang kufur itu mati, Allah memerintahkan langit agar memberhentikan
hujan dan bumi menelan air yang bergelombang itu.
Maka surutlah air dan terdamparlah bahtera Nabi Nuh di atas sebuah bukit yang bernama
Bukit Judi. Hal ini ada dinyatakan di dalam Surah Hud ayat 44,

Yang bermaksud;
Dikatakan; “Hai bumi telanlah air kau dan hai langit tahanlah hujan ! Kemudian surutlah air
itu, perintah pun diselesaikan, dan bahtera itu pun berlabuh di atas Bukit Judi

Ya kawan-kawan,
Ingatlah, azab siksaan Allah amat pedih dan dasyat sekali. Keimanan bukanlah warisan dari
seorang ayah yang bertaqwa. Persamaan akidah adalah lebih kuat dari ikatan darah dalam
sesuatu hubungan. Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara.

Pantun:
Senyum selalu hidup bahagia,
Sekian dahulu cerita dari saya.

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai