Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2019

SK KEMUBU

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil
tempat
tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-
tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


………………………………………………………………..
dengan diiringi oleh En. Nik Zamri Bin Nik Husin@Nik
Mahmud, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemubu,
__________________________________________,
PPD Kuala Krai,
En. Ghazalli Bin Saad Yang Dipertua PIBG, guru-guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin diminta berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu


LAGU
Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan lagu sekolah.
NEGARAKU
*************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang berbahagia Encik Iskandar Zulkarnain Bin Ibrahim


Pengurus Besar KESEDAR

Yang Berusaha En. Nik Zamri Bin Nik Husin@Nik


Mahmud, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemubu,

Yang dihormati _____________________________________


__________________________________________________
KPPD Kuala Krai,

Yang Dihormati, En. Ghazali Bin Saat, Yang Dipertua


PIBG Sekolah Kebangsaan Kemubu,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Khairul Anuar


Bin Abd Ghani

Guru Penolong Kanan HEM, Encik Md Zidee Yusmi Bin


Yusoff

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Zamani Bin


Mohd Azmi
AJK PIBG sekolah Kebangsaan Kemubu, barisan Guru-
guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda
dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental
untuk sama-sama berkumpul di Dewan ini bagi
menjayakan MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah
Kebangsaan Kemubu.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa

Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Shamsudin untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Amin amin ya rabal alamin. Majlis merakamkan terima


kasih kepada ustaz Mohd Shamsudin atas pimpinan doa
itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan
terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Ucapan YDP . Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,
majlis menjemput dan mempersilakan En. Ghazali Bin
Saat selaku yang dipertua PIBG untuk menyempurnakan
bingkisan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Ghazalli Bin Saat


atas ucapan sebentar tadi.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan Guru
Besar
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Encik Nik Zamri Bin Nik Husin@Nik Mahmud,
selaku tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemubu.
Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan Guru
Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan KPPD Seterusnya, bagi meneruskan majlis kita pada hari ini,
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan En
________________________________________
_____________________________________________
Untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

***********************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En.
____________________________________________
Di atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini, majlis sangat


berbesar hati menjemput
Yang Berbahagia Encik Iskandar Zulkarnain Bin Ibrahim
selaku Pengurus Besar KESEDAR
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK KEMUBU
kali ke-38. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berbahagia Encik Iskandar Zulkarnain Bin
Ibrahim
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian
Hadirin yang Dimuliakan,
Cenderahati
Kepada Bagi menghargai tetamu kehormat kita pada hari ini,
Perasmi
majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan
…………………………………………………………….
untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu
kehormat kita iaitu _____________________________
__________________________________________
Atas kesudian menyempurnakan majlis kita pada hari ini.
Dipersilakan.

*************************************************
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar di atas
kesudian menyampaikan cenderahati itu tadi.

Penutup
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Kemubu, merakamkan


penghargaan terima kasih kepada
……………………………………………………………
……………………………………………………………
atas kesudian meluangkan masa pada petang ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- ….. Tidak
dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-
tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

MESYUARAT Seterusnya, says serahkan kepada


PIBG 2019
………………………………..
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK
Kemubu kali ke 38 bagi tahun 2019
CABUTAN Hadirin warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,
BERTUAH
Sambil kita bermesyuarat, kita selitkan acara cabutan
bertuah untuk semua.
Dijemput Tuan Guru Besar untuk mencabut nombor
Dijemput PKP
Dijemput PK HEM
Dijemput PK KO

Jamuan Ringan