Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Ayat HARAPAN
Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk mencapai visi kudsi negara iaitu
Wawasan 2020 tidak akan menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.
Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
akan menjadi realiti dan nama negara akan sentiasa gah di pentas dunia.
Jika perpaduan dapat dipupuk maka impian negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan
menjadi kenyataan dan sekali gus Wawasan 2020 dapat dicapai dengan mudah untuk memastikan
Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi di persada
antarabangsa.
Hubungan ukhuwah antara semua pihak dapat merealisasikan impian untuk mencapai tahap
negara kelas pertama seperti kata falsafah Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur
sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi
kita tetap sama.
Wahai anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak
berganti beliung (semangat rajin bekerja) / biar putih tulang, jangan putih mata (semangat
berjuang bersungguh-sungguh) untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang,
gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!
Secara tuntasnya,
Sebagai konklusinya
Sebagai penghias bicara akhir,
Secara keseluruhan,
Secara total,