Anda di halaman 1dari 8

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Penggunaan Aplikasi Edmodo dalam Program Pengajaran dan


Pembelajaran

1 2
Farhana Nor Shuhada Muhammad Pozi , Fariza Khalid
1,2
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Malaysia
1
E-mel: farhananorshuhada@gmail.com
2
E-mel: fariza.khalid@ukm.edu.my

PENGENALAN
Perkembangan semasa dalam teknologi pendidikan khususnya aplikasi Web 2.0 dan
Internet telah banyak membantu para pendidik dalam usaha untuk memberi
pengajaran terbaik kepada para pelajar. Mengikut kajian Hinchcliffe dan Nickull
(2009), pengaruh internet sedang berkembang pesat, justeru para pendidik perlu
memahami dengan lebih mendalam tentang kegunaan teknologi, bagaimana ia
berfungsi, cara terbaik tentang penggunaannya serta kesannya terhadap
pembelajaran para pelajar. Web 2.0 secara amnya ditakrifkan sebagai koleksi
dinamik atau alatan integrasi web, aplikasi perisian dan teknologi mudah alih yang
mengintegrasikan ciri-ciri teknologi, pedagogi dan mempunyai akses Internet atau
World Wide Web untuk memudahkan proses reka bentuk, pembangunan,
penyampaian dan pengurusan pembelajaran itu disampaikan (Kitsantas & Dabbagh,
2009). Web 2.0 dapat memudahkan lagi proses pembelajaran para pelajar di mana
ia berfungsi untuk membawa satu inovasi dan gaya terkini dalam pengajaran
berbanding dengan cara tradisional.

Bab ini akan memberi fokus terhadap salah satu daripada aplikasi Web 2.0 iaitu
Edmodo dari sudut keberkesanannya terhadap pengajaran dan pembelajaran (PDP).
Edmodo merupakan satu platform bagi rangkaian sosial yang bertindak sebagai
Learning Management System (LMS), ia menyamai ciri susun atur dan reka bentuk
yang hampir serupa dengan ciri-ciri yang digunakan oleh Facebook (Suriadhi, 2014).
Aplikasi Edmodo telah mempunyai pengguna lebih daripada 6.5 juta di seluruh dunia
(Flanigan, 2011). Para pelajar yang mempunyai akaun Edmodo boleh membina
laman profil perbadi. Selain itu, pelajar-pelajar lain juga boleh turut serta dalam
perbincangan bersama ahli kumpulan yang disertai. Salah satu ciri yang ada dalam
Edmodo adalah resources. Resources membolehkan pelajar memuat naik gambar
profil, dokumen, pautan dan video. Fungsi ini membolehkan pelajar dan guru
menyimpan dokumen yang bersaiz besar di ruang library, untuk dikongsi bersama
dengan ahli-ahli yang lain dalam kumpulan perbincangan yang sama. Selain itu, ciri
utama laman Edmodo membolehkan pelajar membuka dan melihat dokumen yang
dikehendaki pada bila-bila atau di mana-mana sahaja. Pengguna Edmodo boleh
dikelaskan dalam kumpulan mengikut subjek pengajaran dan pembelajaran yang
sama, dan ciri ini dapat membantu pelajar untuk menggunakan platfom Edmodo
sebagai medium alternatif pembelajaran di luar bilik darjah dengan lebih menarik
dan berinovasi (Thompson, Lindstrom & Schmidt-Crawford, 2015).

50
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Rajah 1: Paparan Library di dalam aplikasi Edmodo yang membolehkan guru menyimpan fail
yang bersaiz besar untuk dikongsi kepada para pelajar.

Pendidikan berteknologi melalui laman Edmodo, membolehkan guru dan pelajar


mengakses maklumat pendidikan secara tersusun, pada bila-bila masa dan di mana
sahaja. Malah, fungsi laman Edmodo membolehkan pengguna saling berkongsi
sumber pembelajaran, bertanyakan soalan, serta mendapatkan idea mengenai
sesuatu topik dalam perbincangan. Apabila pengguna telah menyertai laman
Edmodo, setiap topik perbincangan atau pertanyaan dihantar melalui Really Simple
Syndication (RSS) melalui akaun peribadi pengguna. Ini bagi memudahkan
pengguna Edmodo di mana notifikasi akan dimaklumkan kepada pengguna apabila
berlaku aktiviti interaksi yang baharu. Selain itu, pelajar juga boleh berinteraksi
secara langsung dengan guru mereka, dengan tujuan memudahkan penerimaan
maklum balas dan jawapan serta memuatnaik kandungan pengajaran secara atas
talian.

EDMODO
Edmodo merupakan platform pembelajaran atas talian secara percuma yang dicipta
oleh Jeff O 'Hara dan Nick Borg pada tahun 2008 untuk guru-guru, pelajar, ibu bapa
dan institusi pendidikan (Kongchan, 2013), dan boleh diakses pada pautan:
www.Edmodo.com. Edmodo membolehkan guru mewujudkan kelas maya bagi
kelas-kelas yang diajarnya, kelas maya ini memberi peluang dan kemudahan untuk
pelajar berdiskusi dan saling bertukar idea bagi membantu meningkatkan kemahiran
sosial dan kemahiran komunikasi para pelajar, dimana ia dapat memberi kesan yang
mendalam terhadap aspek bagaimana pelajar berkolaborasi dan belajar berbanding
dengan kaedah tradisional iaitu di dalam bilik darjah (Bruce & Gushiken, 2013).
Paparan muka laman web Edmodo hampir menyerupai paparan Facebook.Namun
dari segi akses keselamatan, Edmodo lebih baik dan selamat kerana ia
membenarkan guru-guru untuk mendaftar dan menguruskan akaun hanya untuk
pelajar-pelajar mereka sahaja tanpa akses dari pengguna luar. Ciri keselamatan dan
privasi Edmodo juga hanya membolehkan pengguna yang menerima kod kumpulan
dan mendaftar dalam kumpulan sahaja untuk mengakses dan menyertai kumpulan
pembelajaran tertentu. Ciri-ciri ini menghalang pengguna yang tidak berdaftar dari

51
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

mengambil bahagian atau mengkases kumpulan tersebut tanpa persetujuan


moderator atau guru (Jarc, 2010).


Rajah 2: Paparan muka hadapan aplikasi Web 2.0, Edmodo.

Keberkesanan aplikasi Edmodo membolehkan pelajar untuk saling berkongsi


kandungan subjek, mengemukakan tugasan, kuiz, menerima maklum balas, memuat
turun nota serta lain-lain yang berkaitan pengajaran mereka (Jarc, 2010). Oleh itu
Edmodo boleh dilihat sebagai satu sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang
membolehkan guru untuk menyedia dan menguruskan kelas dalam talian dengan
mudah (Witherspoon, 2011). Edmodo telah diiktiraf oleh Persatuan ‘Amerika School
Librarian’ pada tahun 2011 sebagai salah satu daripada dua laman web yang
berjaya memupuk penyertaan dan kerjasama yang aktif dalam kalangan pelajar
(Habley, 2011).

Rangkaian Sosial dan Pendidikan


Edmodo merupakan platfom yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru
serta ahli dalam komuniti pembelajaran yang mereka sertai. Pengguna Edmodo
boleh memilih untuk berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang mempunyai akaun
Edmodo, khususnya mereka yang berada dalam kumpulan pembelajaran yang sama
(Baym, 2002). Namun begitu, menurut kajian Selwyn (2009), walaupun semakin
ramai pendidik memahami akan potensi rangkaian sosial ini, namun masih terdapat
beberapa kelemahan Edmodo yang antara lain boleh melalaikan pelajar. Hal ini
kerana wujudnya ruangan Chat room di dalam Edmodo, dimana pelajar mengambil
peluang untuk bersembang bersama rakan sehingga lupa dan lalai untuk
menyiapkan tugasan mereka.

52
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Rajah 3: Paparan muka aplikasi Edmodo yang hampir menyerupai paparan Facebook.

Impak penggunaan Edmodo terhadap pembelajaran pelajar


Tinjauan literatur menunjukkan dapatan yang pelbagai dari sudut penggunaan
Edmodo dari perspektif pelajar. Terdapat penyelidik yang mengemukakan dapatan
yang kurang memberangsangkan terhadap impak Edmodo kepada pembelajaran.
Misalnya kajian Enriquez (2014), yang menunjukkan bahawa para pelajar yang
terlibat menunjukkan reaksi yang negatif terhadap penghantaran tugasan dalam
talian menggunakan Edmodo dan sebaliknya lebih selesa dengan cara pembelajaran
tradisional di bilik darjah.
Namun demikian, kebanyakan kajian lepas memberikan dapatan yang positif.
Misalnya, Monalisa dan Ardi (2013) menyokong bahawa terdapat ramai pelajar yang
menerima aplikasi Edmodo sebagai platfom pembelajaran secara positif. Kajian ini
turut melaporkan bahawa dengan adanya arahan dan pengumuman atas talian, ia
telah membantu pelajar menjadi lebih aktif dan peka dalam proses pembelajaran
mereka. Kajian Dowling (2011), juga menunjukkan bahawa para pelajar berpendapat
yang Edmodo mudah untuk digunakan serta menarik minat mereka untuk belajar.
Hal ini turut memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kerana
Edmodo membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta kemahiran
pengkomputeran dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam kajian tersebut.
Selain itu, Edmodo juga memudahkan pengajaran guru di mana sistem LMS ini
membolehkan guru memuat naik soalan ujian dan kuiz dalam talian sebagai tugasan
pelajar di rumah. Kongchan (2012) dalam kajian beliau mendapati bahawa pelajar
yang terlibat sebagai peserta kajian bersetuju bahawa penggunaan Edmodo telah
meningkatkan kemahiran pembelajaran dan kemahiran menjawab soalan secara
efektif selain dapat meningkatkan tahap intelektual pelajar kerana kemudahan
memuat naik kuiz atas talian secara pantas dan efektif ini boleh membantu mereka
untuk membuat ulangkaji di luar kelas dan sentiasa mengikuti perbincangan
bersama rakan lain.
Penemuan penting mengenai aspek kemudahan menggunakan Edmodo juga
selaras dengan kajian daripada Balasubramanian, Jaykumar dan Fukey (2014) yang
mendapati bahawa platfom ini membolehkan pelajar mendapatkan bahan-bahan

53
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

kajian dan pembelajaran dengan mudah dan cepat. Ini menunjukkan bahawa
Edmodo juga berfungsi sebagai platform perkongsian sumber untuk memuat naik
nota kuliah, video dan dokumen. Selain itu, ciri-ciri lain seperti mesra pengguna dan
laman interaktif yang menarik, menjadikan Edmodo sebagai platfom pembelajaran
yang boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Platfom membantu meningkatkan kecekapan membaca dan menulis


Sesebuah pembelajaran akan menjadi lebih menarik apabila pelajar mencipta dan
membina pengetahuan mereka sendiri. Menurut Kongcham (2013), aktiviti yang
dilakukan dalam talian atau dilaman sosial dapat menyediakan pelajar dengan
proses aktif yang memberi makna signifikan kepada mereka. Pelajar dimotivasikan
secara semulajadi melalui amalan pedagogi yang berkesan dan penggunaan
teknologi. Kajian mengenai penerimaan positif Edmodo dalam pembelajaran turut
disokong oleh Al-Okaily (2013), dimana Edmodo menyediakan platform yang
memudahkan pelajar membangunkan kemahiran dan kecekapan untuk membaca
dan menulis kerana adanya aplikasi mudah untuk melakukan perbincangan,
perdebatan dan pertukaran idea mengenai subjek atau topik yang dibincangkan
dalam Edmodo. Shams-Abadi, Ahmadi & Mehrdad (2015) juga melihat bahawa
Edmodo boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran penulisan dan menjana
idea kreatif mereka.

PERANAN GURU DAN PENDIDIK


Hasil dari sorotan kajian lepas telah menunjukkan potensi dan keberkesanan aplikasi
Edmodo terutamanya dalam menjana idea semasa perbincangan maya, serta
membuka ruang untuk penjanaan idea yang efektif serta dapat membantu pelajar
dalam pencapaian akademik dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun,
keberkesanan sesuatu penggunaan aplikasi ini perlu disokong oleh usaha pelajar itu
sendiri. Sehubungan dengan itu, Monalisa dan Ard, (2013) berpendapat bahawa
guru juga perlu mengambil peranan dalam mengawal perbincangan maya ini dengan
menjadi moderator yang baik. Perbincangan dalam forum LMS juga perlulah
dijalankan secara terbuka dan tanpa provokasi tertentu. Walau bagaimanapun,
susulan pembelajaran didalam bilik darjah masih perlu diteruskan dengan baik
selepas perbincangan di dalam Edmodo dijalankan.

Cadangan peningkatan keberkesanan Edmodo dalam pembelajaran dan


pengajar
Penambahbaikan aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
bermula dari kefahaman dan kemahiran guru itu sendiri untuk menerima perubahan
dalam dunia pendidikan berteknologi, dan berusaha memantapkan kemahiran
teknologi dalam diri sendiri. Oleh itu, guru perlulah memanfaatkan penggunaan
Edmodo dan menggunakan aplikasi ini dengan cara yang paling efektif sebagai
platform pengajaran dalam kalangan pelajar. Peningkatan pembelajaran pelajar
boleh disokong melalui aplikasi Edmodo, namun guru juga perlu bersedia untuk
menukar perspektif dan idea tradisional mereka ke dalam senario semasa iaitu
pembelajaran berasaskan e-pembelajaran.
Cadangan lain adalah pihak sekolah perlulah memantapkan ilmu teknologi para guru
dengan menghadiri kursus dan seminar e-pembelajaran serta mempraktikkan model
pengajaran terkini sebagai langkah dinamik memajukan lagi sessi pembelajaran

54
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

interaktif dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar


(student-centered). Usaha ini perlu juga disokong oleh para ibubapa dan masyarakat
sekeliling dengan cara memberikan idea penambahbaikan terhadap program dan
modul pembelajaran LMS serta membantu anak-anak di rumah apabila mereka
memerlukan idea dan maklumbalas berkaitan topik dan subjek pembelajaran
mereka.
Namun begitu sudah menjadi lumrah, semakin banyak peluang yang ada semakin
banyak juga persoalan dibelakangnya. Melihat situasi di Malaysia, antara persoalan
penting adalah kemudahan insfrastruktur seperti komputer yang tidak mencukupi di
sekolah, talian internet dan juga jadual penggunaan makmal di sekolah. Perkara
tersebut tidak menjadi persoalan jika para pelajar tidak mempunyai masalah
menggunakan internet di luar sekolah seperti adanya internet di rumah. Guru-guru
perlu berfikiran kehadapan dan cuba memanfaatkan teknologi walaupun terdapat
pelbagai kekangan. Jika tidak dapat menggunakan sepenuhnya namun cukup jika ia
memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai sedikit suasana lain dalam
pembelajaran kerana arus teknologi yang semakin berkembang dan rugi jika
persiakan peluang yang ada.

KESIMPULAN
Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan kebiasaannya merupakan hasil daripada
pengetahuan yang kolektif, yang terbentuk melalui perkongsian idea dan
pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan
yang terbaik . Kajian konsep ini disokong melalui dapatan kajian lepas bahawa
terdapat keberkesanan terhadap penggunan aplikasi Edmodo sebagai platfom
pembelajaran bagi menyokong model pedagogi. Ia juga dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang bertanggungjawab melalui aktiviti dalam talian yang
dijalankan melalui gaya pembelajaran kendiri. Dengan menggunakan LMS sebagai
platfom pembelajaran yang berterusan, Edmodo akan menjadi fenomena yang boleh
menarik pelajar dan generasi akan datang. Pelaksanaan Edmodo sebagai platfom
pengajaran dan pembelajaran boleh menjadi medium aktif yang merangkumi
persekitaran pembelajaran yang bertanggungjawab di luar bilik darjah sekaligus
membantu sistem pendidikan negara untuk terus melahirkan generasi berteknologi
tinggi dan berbudaya saing untuk masa hadapan negara yang cemerlang.

RUJUKAN
Arroyo, C.G. (2011) .On-Line Social Networks: Innovative Ways towards the Boost of
Collaborative Language Learning: Dipetik dari
http://www.pixelonline.net/ICT4L [akses 21 Oct 2016]
Al-Okaily, R. (2013). Mobile learning and BYOD: implementations in an Intensive
English Program. Learning and Teaching in Higher Education: Gulf
Perspectives, 10 (2), 1-7.
Balasubramanian , K., Jaykumar, V., & Fukey, L. N. (2014). A Study on “Student
Preference towards the Use of Edmodo as a Learning Platform to Create
Responsible Learning Environment”. ProcediaSocialand Behavioral Sciences,
144, 416-422.
Baym, N. (2002). Interpersonal life online, in L. Lievrouw and S. Livingston (eds.)
Handbook of New Media. London: SAGE.pp. 62-76.

55
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Bruce K. Gushiken. (2013). Integrating Edmodo into a High school service club: To
promote Interactive online communication, 18th Annual TCC online
conference 2013, Hawai, USA.
Dowling, S. (2011). Web-based learning–Moving from learning islands to learning
environments. TESLEJ, 15 (2), 1-27.
Enriquez, M. A. S. (2014). Students’ Perceptions on the Effectiveness of the Use of
Edmodo as a Supplementary Tool for Learning. In DLSU Research
Congress, De La Salle University, Manila, Philippines.
Flanigan, R. (2011). Professional learning networks taking off. Education Week.
Dipetik dari http://www.edweek.org/ew/articles/2011 [akses pada 14 Oktober
2016].
Governor, J., Hinchcliffe, D., & Nickull, D. (2009). Web 2.0 Architectures: What
entrepreneurs and information architects need to know? California: O'Reilly
Media, Inc.
Habley, J. (2011) .AASL announces 2011 best websites for teaching and learning.
Dipetik dari http://americanlibrariesmagazine.or/news. [akses pada 15
Oktober 2016].
Jarc, J. (2010). Edmodo-a free, web2.0 classroom management tool. Dipetik dari
http://trendingeducation.com/?p=190, [akses Oktober 24, 2016.]
Kitsantas, A., & Dabbagh, N. (2010). Learning to learn with Integrative Learning
Technologies (ILT): Apractical guide for academic success. NC: Age
Publishing Incorporate.
Kongchan, C. (2012). How a Non-Digital Native Teacher Makes Use of Edmodo. In
5th Intenational Conference ICT for Language Learning, Florence, Italy.
Kongchan, C. (2013). How Edmodo and Google Docs can change traditional
classrooms. In The European Conference on Language Learning 2013.
Monalisa, M., & Ardi, H. (2013). Using “Edmodo” educational social network in
teaching English for high school students. Journal of English Language
Teaching, 2(1), 220-225
RASE pedagogical Model. (2014). Dipetik dari
https://sites.google.com/site/hkumoodle/pedagogical-model
Shams-Abadi, B. B., Ahmadi, S. D., & Mehrdad, A. G. (2015). The Effect of Edmodo
on EFL Learners‟ Writing Performance. International Journal of Educational
Investigations, 2 (2), 88-97
Selwyn, N. (2009). Faceworking: Exploring Students’ Education-Related Use of
“Facebook”. Learning, Media and Technology, 34 (2), 157-174.
Suriadhi (2014). Pengembangan E-Learning berbasis Edmodo pada Mata Pelajaran
IPA Pada Kelas VII SMP Negeri 2 Singaraja. Jurnal Edutech Vol 2, No 1.
Thompson, A. D., Lindstrom, D., & Schmidt-Crawford, D. (2015). NTLS 2014: Policy
and Practice. Journal of Digital Learning in Teacher Education, 31(2), 45-46.
Witherspoon, A. (2011). Edmodo A Learning Management System. Dipetik Dari

Cara menulis Rujukan Bab 5:

Farhana Nor Shuhada & Khalid, F. (2017). Penggunaan Aplikasi Edmodo dalam
Program Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam Rohaila Mohamed Rosly, Nabila Atika
Razali & Nur Atikah Jamilluddin. (Editor)., Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi
Teknologi (pp 50-57). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
56
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

http://www.plugintotechnology.com/2011/01/Edmodoa-
learningmanagement.html. [akses 15 Oktober 2016]

57

Anda mungkin juga menyukai