Anda di halaman 1dari 3

Closed

Views: 4288
abah bagi balik tangan ita

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota


besar mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah
semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah


tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan
pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu
pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang
dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas
dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun


melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana
diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya
pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan
kreativitinya.Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat
kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.


Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri,
lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat


kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari


keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam
ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?"


herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya,
tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia
berkata "Ita buat ayahhh.. cantik
kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti
selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga


raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan
anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong
kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang


tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin
setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si


bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan
kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke
rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak
kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan
belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil


menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-
jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si
pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si
bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu
rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si
anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak
gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu
mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak
menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap
hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... "
jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas
si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik
tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat
anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup
semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya
bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa
ke klinik.
Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si
anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa


dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang
mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu
dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia
sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari
siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena
halilintar mendengar kata-kata
itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si
ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan
lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
madandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang
dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga
terpinga-pinga melihatkedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi


melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita
tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya
berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita
juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah
pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya
itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji
tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam
mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-
talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata
anaknya. Meraungdia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia
dapat menahannya.