Anda di halaman 1dari 190

1

KITAB PATI RAHSIA

Dihiasi di dalamnya nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi, Kelebihan, basmallah, Al-Fatihah,
Ayat-ayat, Hizib-hizib dan lain-lain.

Disusun Oleh:

Haji Nik Mahmud Bin Ismail

(Dato' Perdana Menteri Paduka Raja)

2
3
KITAB PATI RAHSIA

Haji Nik Mahmud Bin Ismail

(Dato' Perdana Menteri Paduka Raja)

2002

"Sebelum beramal dengan mana-mana ayat di dalam buku ini elok diperbetulkan dahulu bacaannya
dengan sesiapa yang ahli di dalam bahasa Arab supaya betul bacaannya."

4
KANDUNGAN MUKA SURAT
Prakata
Nama Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Tinggi 16
Fadilat (Kelebihan) Al-Fatihah 19
Fadilat Surah Al-Ikhlas 27
Kelebihan Surah Al-Falaq Dan An-Nas 30
Fadilat Ayat Al-Kursi 31
Ketika Yang Mustajab Berdoa 35
Syarat-Syarat Dan Adab Berdoa 35
"Ayat Lima" 37
Kaifiat Bagi Mendapat Mimpi 39
Hizbul Bahr 42
Fadilat Dua Ayat Yang Di Akhir Pada Surah Bara'ah 46
Fadilat Selawat 47
Fadilat Surah Al-Qadr 50
Pohonlah Petunjuk Daripada Tuhan Dengan Jalan Nafas Ilmu. Ini Ialah
Pakaian Hulubalang Dan Orang-Orang Soleh Pada Bicarakan Ilmu Nafas 52
Ayat Tujuh 60
Fadilat Surah Al-Kautsar 61
Fadilat Surah Ad-Dhuha 62
Fadilat Surah Alam Nasyrah 63
Fadilat Kalimah At-Tauhid 65
Fadilat Yaasin 65
Fadilat Surah Al-Waqi'ah 68
Fadilat Surah Al-Mulk 68
Hizbun Nasr Atau Hizbul Qahr 70
Nama-Nama Allah: Al-Mughni, Ar-Razzaq, Al-Fattah 72
Kerana Orang-Orang Zalim 73
Al-Haq - Nama Allah Yang Maha Perkasa 74
Al-Latif - Nama Allah S.W.T. 78
Mahabbah - "Bagi Mendatangkan Orang Yang Dikehendaki" 85
Doa Nabi Isa Menghidupkan Orang Yang Mati 89
Riadah Ayat Al-Kursi (Peraturan Bagi Mengamalkan Dia) 95
Bersahabat Dengan Jin Yang Mukmin 97
Riadah Surah Al-Jin 99
Pekerjaan Mendatangkan Za’zu’ Bagi Menunaikan Hajat 100
Doa Bagi Membukakan Hati Seseorang Supaya la Kasihan Belas Dan Kasih
Kepada Kita 103
Kaifiat Mengeluarkan Benda-Benda Menjadikan Perasapan 105
Rasi Di Antara Lelaki Dan Perempuan Bagi Menjadikan Ibu Rumah 105
Mandel Tilikan Yang Mujarab 105
Riadah Surah Al-Ikhlas 108
Riadah Ya Kariim Ya Rahiim 110
Khalwat Amalan Huruf Jim 112
Kelebihan Doa Burhatiah 114
Peringatan Mengamalkannya 116
Ayat Lima Belas 117
Hizbul Birri 119

5
Hizbun Nawawi 120
Kaifiat Memberi Salam Kepada Qutbul Aqtab 123
Kaifiat Memberi Salam Kepada Rijalul Ghaib 123
Keterangan Kepada Mengetahuikan Pihak-Pihak Yang Ada Padanya
Rijalul Ghaib (Dan Segala Masa Peredaran Mereka Dari Satu Ke Satu
Pihak Yang Lain) 124
Faedah Ayat Empat 125
Faedah Yang Amat Mujarab 126
Pada Menyatakan Hari Yang Bercahaya, Berkelam, Saasah (Selempang)
Dan Batil Buat Dan Kerjakan Apa-Apa Pekerjaan Di Dalam Hari Yang
Bercahaya Nescaya Dapat Kebaikan 128
Ketika Bintang Tujuh Perlangkahan Yang Masyhur 128
Siang Hari Ahad Dan Malam Khamis 129
Hari Isnin Dan Malam Jumaat 130
Hari Selasa Dan Malam Sabtu 130
Hari Rabu Dan Malam Ahad 131
Hari Khamis Dan Malam Isnin 132
Hari Jumaat Dan Malam Selasa 133
Hari Sabtu Dan Malam Rabu 133
Al-Malikul Quddus 134
Memberhentikan Perempuan Dan Lelaki Dari Berzina 135
Syabsyah Abu Riyah 135
Hai Penuntut-Penuntut Yang Bahagia!! 136
Hari Ahad 136
Hari Isnin 136
Hari Selasa 137
Hari Rabu 137
Hari Khamis 137
Hari Jumaat 137
Hari Sabtu 138
Hitungan Mengetahuikan Tabiat Seseorang Dengan Jalan Buruj Dan
Bintang-Bintang. 139
Bilangan Huruf-Huruf Alif, Ta Hingga Akhir 139
Pada Mengetahuikan Rahsia-Rahsia Segala Huruf, Khadam-Khadam Dan
Khalwatnya. 142
Huruf Alif 142
Huruf Ba 144
Huruf Jim 146
Huruf Dal 147
Huruf Ha 148
Huruf Wau 149
Huruf Zai 150
Huruf Ha 151
Huruf Tho 152
Huruf Ya 153
Huruf Kaf 154
Huruf Lam 155
Huruf Mim 156

6
Huruf Nun 157
Huruf Sin 158
Huruf Ain 159
Huruf Fa 160
Huruf Shad 161
Huruf Qaf 162
Huruf Ra' 163
Huruf Syin 164
Huruf Ta 165
Huruf Tsa 166
Huruf Kha 167
Huruf Dzal 167
Huruf Dhad 168
Huruf Dzha 169
Huruf Ghain 169
Pengenalan Khadam Hari-Hari Yang Tujuh 172
Peraturan Bagi Membukakan Hati Seseorang Mudah-Mudahan la Akan
Kasihan Belas Kepada Kita 173
Kaifiat Berjumpa Dengan Jin-Jin Dan Mendengar Suara Mereka Itu. 174
Pada Mengetahuikan Huruf-Huruf Ramal Tetapi Tidak Dinyatakan
Garisan-Garisan Rajahnya 175
Faedah Yang Amat Besar Bagi Menyenangkan Hati 176
Kaifiat Doa Zalzalah 177
Menahankan Lelaki Daripada Berzina 180
Faedah Bagi Memajukan Berjual Beli Dan Meluaskan Rezeki. 181
Peraturan Mendapatkan Khadam-Khadam 181
Bagi Menghapuskan Cinta Berahi (Kepada Siapa-Siapa Pun) 187
Khasiat Burung Belatuk Cerang 188
Penyudahan 190

7
Pujian bagi Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Maha Kaya cucuran rahmat sentosa ke atas Nabi Muhammad
galian segala rahsia, dan ke atas ahli keluarga dan semua sahabat serta pengikutnya yang berbahagia.

Waba'du,

Apakala telah dikurnia oleh Tuhan Yang Maha Mulia menatapkan kitab yang bernama "Pati Rahsia", saya
dapati apa yang saya faham daripada kandungannya, sangat bersetuju dan bersebetulan dengan
namanya dan kitab inilah - setahu saya - julung karangan yang baru ditimbulkan ke alam Melayu dari
lautan ilmu rahsia yang disimpan oleh Tuhan pada kejadian-Nya, maka tak payah lagi saya terangkan
kelengkapan kitab kerana kezahirannya daripada: Al Muhtaram Hj. Nik Mahmud Bin Ismail (Dato'
Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) telah memadai dan mencukupi.

Ditulis oleh yang berharap "futuh" Tuhan Yang Karim, hamba yang fakir Muhamad Nur Bin Ibrahim pada
hari Rabu (buah) bulan Jamadi As-Tsani bagi tahun (biji Pati Rahsia akan ditani lebih) yang bersamaan
dengan (raya) bulan Mei bagi tahun (patut minum ilmu Pati Rahsia).

Muhamad Nur

14.6.1320 H - 15.5.1946 M

8
Kehadapan majlis Dato' Lela Jasa,

Setiausaha Majlis Agama Islam,

Yang ada dengan kesejahteraannya.

Dato'

Dengan hormatnya saya kembarkan bersama-sama ini sebuah kitab yang bernama "Pati Rahsia",
harapkan Majlis tolong sahkan kitab ini supaya boleh cap bagi pergunaan anak-anak negeri ini dan lain-
lainnya.

Saya harap boleh dapat kebenaran ini tidak lewat 10 hari daripada tarikh ini dengan mendahului saya
berbanyak-banyak terima kasih adanya..

Sain: Mahmud Ismail

Dato' Menteri Kelantan.

Kota Bharu,

Pada 28 haribulan Mei 1946

9
Segala pujian itu bagi Tuhan yang mempunyai ihsan, rahmat dan salam di atas junjungan kita Nabi
Muhammad yang beramal dengan Quran, dan di atas keluarganya, sahabatnya dan sekalian pengikutnya
yang mempunyai 'irfan. Waba'du, maka dengan taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T. telah saya
tatap akan kitab "Pati Rahsia" karangan bagi Yang Amat Berhormat (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja
Kelantan) daripada awalnya hingga akhirnya - maka saya dapati apa-apa kandungan yang saya faham itu
sangatlah bersetuju dan berkenan.

Dan saya percaya ini kitab akan digunakan oleh yang ramai - betapa tidak? Kerana isinya sangat wangi
dan rasanya sangat manis.

Maka tak payahlah saya mensifatkan kelebihannya dan ketinggiannya kerana rahsia itu tak dapat
disifatkan - bahkan memadailah namanya itu menyaksikan.

(Katah Tarab Al-Aqdam)

Hj. Muhammad Ali Sollehuddin

(Murid Tua bagi Almarhum Tuan Guru Kenali)

Di Kota Bharu Kelantan pada hari Selasa 10 Sya'ban 1365 H.

10
Bilangan (3) dlm. m.a. 136/46

Kota Bharu, Kelantan

Pada 15 haribulan Jun 1946

Ke medan majlis Yang Amat Berhormat Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan.

Dengan beberapa amat kesejahteraannya.

Dato'

Adalah saya bagi pihak Majlis Agama dengan hormatnya memaklumkan kepada Dato' bahawa surat
Dato' yang bertarikh pada 28 haribulan Mei, 1946 berkenaan dengan meminta Majlis mengesahkan
sebuah kitab 'Pati Rahsia' kerana hendak dicap bagi pergunaan anak-anak negeri ini dan lain-lainnya itu
telah sampai dan faham.

Maka saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kitab yang tersebut itu sudahlah disahkan oleh
Majlis Agama dan diampuni oleh Duli Yang Maha Mulia Al Sultan pada 12 haribulan Jun, 1946 serta
diluluskan Dato' mengecapnya bagaimana maksud Dato' itu dan bersama-sama ini saya kembarkan balik
naskah kitab yang termaklum itu diharapkan Dato' terima dengan selamatnya.

Dan lagi saya bagi pihak Majlis Agama mengucapkan dengan sepenuh-penuh terima kasih kepada Dato'
yang telah berusaha pada menjalankan pekerjaan yang maha kebajikan bagi faedah orang muslimin dan
muslimat itu, mudah-mudahan Tuhan kabul jua maksud Dato' itu wassalam.

Saya dengan hormatnya,

Disain oleh Raja Muda

Indra Petra

Yang Dipertua Majlis Agama Islam.

11
Puji-pujian bagi Allah Tuhan yang menyusunkan perkataan daripada kalimah dan huruf yang
mengandungi bermacam-macam rahsia dan menghinggakan tiap-tiap suatu itu kepada zat-Nya Yang
Maha Suci, selawat dan salam atas Penghulu kami Nabi Muhammad yang mempunyai kelebihan yang
bersinaran dan atas ahli dan sahabatnya yang amat tinggi kemuliaan.

Amma ba'du,

Tatakala adalah tiap-tiap seorang itu berlainan kehendak dan tujuannya bagi menyucikan diri dan
menuntutkan segala hajat di bawah segala cahaya bintang yang bergerak maka inilah sehidangan
bermacam-macam ilmu daripada hantaran hukama dan ulama diterjemahkan daripada kitab Khuzbanah
Al-Asrar, Syamsul Maarif, Mujarobat Ad-Dhairaby, Al-Fuyudhat AlIlahiyah, Al-Sarurbani dan lain-lainnya
dan kami namakannya "Pati Rahsia" mudah-mudahan Allah S.W.T. mengurniai manfaat dan kebajikan
kepada laki-laki dan perempuan pada dunia dan akhiratnya serta mengelokkan kesudahan segala
pekerjaan kami dan melepaskan kami daripada kekejian dunia dan azab akhirat dan memulai kami
dengan menyatakan bilangan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi kemudian kelebihan
Bismillahirrahmanirrahim dan lain-lainnya.

(Al-Haqir)

Mahmud Bin Ismail,

Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan,

1 haribulan Rejab 1363 H.

12
Latar belakang Dato Paduka Raja

Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan

NAMA lengkapnya ialah Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail Qadhi bin Haji Mahmud bin Cik Seman.
Beliau meninggal dunia pada 1384 Hijrah/1964 Masihi. Ibunya bernama Wan Aisyah binti Wan
Utsman.

Ayahnya, Haji Nik Wan Ismail Qadhi bin Haji Nik Wan Mahmud adalah sahabat Syeikh Ahmad al-Fathani.
Kedua-duanya adalah ulama besar. Oleh itu Nik Mahmud mendapat pendidikan awal daripada ayahnya
sendiri di Kelantan.

Setelah ayahnya wafat pada 1315 Hijrah/1898 Masihi, dalam tahun itu juga ibunya Wan Aisyah
membawa Nik Mahmud dan tiga orang anaknya yang lain ke Mekah. Nik Mahmud diserahkan
pengurusannya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.

Oleh sebab ilmu-ilmu dalam bidang keislaman yang dipelajari oleh Nik Mahmud daripada ayahnya
dipandang sudah memadai, maka al-Fathani hanya mendidik Nik Mahmud dalam bidang-bidang
ilmu khusus, terutama ilmu pentadbiran dan siasah, serta diperlengkap lagi dengan ilmu
pertahanan diri.

Pati Rahsia. Diselesaikan pada 1 Rejab 1363 Hijrah. Cetakan yang ketiga Haji Daud bin Haji Abu
Bakar al-Ahmadi, 3296-B, Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu, Kelantan, 1389 Hijrah/1969
Masihi. Dicetak atas perbelanjaan Nik Ahmad Kamil (Datuk Seri Setia Raja) bin Nik Mahmud, dan
dicetak atas kebenarannya. Ditandatangani oleh Raja Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam,
Pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan pada tarikh 15 Jun 1946 Masihi, bilangan (3) 136/46.
Kandungannya mengupas ilmu hikmah menggunakan berbagai-bagai, isim, wirid, doa, dan lain-lain.

Di antara anak Datuk Nik Mahmud yang menjadi tokoh atau pembesar sama ada di Malaysia
mahupun peringkat antarabangsa ialah Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil (meninggal dunia 20 Disember
1977). Di antara anak Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil pula ialah Tan Sri Datuk Nik Ibrahim Kamil,
sekarang Pengerusi Southern Investment Bank Berhad, Kuala Lumpur.

13
KATA ALUAN DARI AL-MUALLIJ MUSTAQIM

Selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, keluarganya,
sahabatnya, para tabiin, para aulia, para ulama dan guru-guru sekalian. Syukur ke hadrat Allah Taala
kerana memberi masa dan ruang untuk saya siapkan buku terjemahan Pati Rahsia ini. Wa ba’du.

Sebelum membaca buku ini, bacalah kata aluan saya ini terlebih dahulu mudah-mudahan
mengerti apa niat saya dan apa yang telah saya karangkan ini.

Di dalam buku ini banyak terkandung hadis daif dan palsu. Hadis daif boleh diamalkan menurut
pendapat Imam Nawawi dan Ibnu Hajar al-Asqolani tetapi dengan syarat-syarat yang ketat. Boleh
digunakan untuk targhib dan fada'il amal. Tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk
hukum syarak dan aqidah seperti sifat-sifat Allah ia tidak boleh digunakan. syarat beramal menurut
pendapat al-hafiz ibn hajar al-asqolani ialah:

1. Daif yang ada pada hadis itu adalah tidak keterlaluan.

2. Maksud yang terkandung di dalam hadis daif itu tidak bercanggah dengan kaedah umum
agama Islam.

3. Hendaklah berhati-hati ataupun ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Supaya kita
tidak bersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan
hadis atau bukan perkataan nabi.

Ada juga sebahagian hadis daif yang sampai kepada peringkat hadis maudhu (palsu). Mana-mana
hadis daif yang sampai ke peringkat itu (maudhu) dilabelkan sebagai darjat hadis yang paling
buruk. Para ulama bersikap tegas terhadap hadis daif tersebut (yang sampai kepada peringkat
maudhu) pada penggunaannya terhadap sesuatu hukum. Malah haram untuk kita berpegang dan
beramal dengan hadis maudhu. Walau bagaimanapun ada di kalangan para Ulama mengambil sikap
yang lebih longgar dalam meriwayatkan hadis-hadis daif yang bersifat targhib (galakan) dan jua tarhib
(menakut-nakutkan). Penerangan lebih jelas Abu al-Sheikh Ibn Hibban dalam kitabnya al-Nawaib
meriwayatkan secara marfukhadis Jabir yang menyebutkan:

Buku ini diterbitkan sekadar untuk berkongsi ilmu dan pendedahan lanjut tentang apa yang
terkandung di dalam kitab pati rahsia ini. Bukanlah tujuan mengutip untung duniawi, tetapi untuk
perkongsian ilmu sahaja. Dihuraikan dengan lebih jelas serta dijelaskan sumber hadis, sumber doa
dan sumber perawi. Bukanlah bermaksud ingin mencacatkan atau menuduh syirik atau mengkafirkan
atau berkhilaf pendapat, tetapi pada dekad ini telah ramai yang mencari ilmu tanpa berguru di mana
kesudahannya mendapat gila isim. Tidak tahu asal-usul, tidak berguru, bertaklid sesuka hati,
bertambah ego dengan ilmu yang dimiliki dan bertegang urat menegakkan benang yang basah. Maka
terhasillah buku ini fisabilillah dengan niat ikhlas untuk memperbetulkan persepsi masyarakat
terhadap kitab yang pernah diajar di pondok-pondok di Malaysia. Isi kandungan asal telah
bercampur dengan isi huraian yang telah saya huraikan iaitu bagi membezakannya, tulisan isi

14
kandungan asal tegak dan tulisan nota tambahan dalam berbentuk italik. Saya tidak menjadikan
ulasan saya sebagai nota kaki kerana ia lebih mudah dan lebih mesra untuk dibaca.

Buku ini diterbitkan sebagai Edisi Asal kerana mereka yang pernah memiliki kitab syarah Pati Rahsia yang
telah saya terbitkan pada tahun lepas membuat permintaan agar dapat mencetaknya dalam bentuk
yang asal. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerosakan jiwa, gila isim atau apa sahaja bentuk ritual
syirik yang berlaku selepas buku ini diedarkan. Sekali lagi saya berpesan, di dalam kitab ini bukanlah
ilmu yang betul dan hampir 98% mengandungi hadis maudhu serta dinilai sebagai mengandungi
unsur yang boleh membawa ke arah syirik. Semoga Allah merahmati kalian, Insya Allah.

Al-Muallij Al-Quraisy

Ibnu Najib Al-Husaini

Masjid Tanah, Melaka.

28 Feb 2012

15
NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI

Sanya (Bahawasanya) Allah S.W.T. ada mempunyai 3,000 (tiga ribu) nama iaitu:-

1. Sebanyak 1,000 (satu ribu) nama - Allah Taala memberi ketahui kepada malaikat-malaikat sahaja.

2. Sebanyak 1,000 (satu ribu) nama - Allah Taala memberi ketahui kepada nabi-nabi sahaja.

3. Sebanyak 300 (tiga ratus) nama - Ada tersebut di dalam At-Taurat.

4. Sebanyak 300 (tiga ratus) nama - Ada tersebut di dalam Al-Injil.

5. Sebanyak 300 (tiga ratus) nama - Ada tersebut di dalam Az-Zabur.

6. Sebanyak 99 (sembilan puluh sembilan) nama - Ada tersebut di dalam Al-Quran.

Dan 1 (satu) nama khas tersimpan dalam pengetahuan Allah S.W.T.

Sekalian makna nama-nama Allah Taala yang 3,000 (tiga ribu) itu ada terkandung di dalam ayat (

) dan jika siapa-siapa membaca nescaya


mengurnia Allah S.W.T. kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurnia kepada orang
yang membaca sekalian nama Allah S.W.T. yang 3,000 (tiga ribu) itu.

Siapa-siapa banyak membaca pada mana-mana perkara yang dihajati


istimewa pula pada mendapatkan rezeki, nescaya memudah Allah Taala kepadanya, dan mengurnia
Allah Taala hebat pada hati mereka-mereka yang memandang kepadanya.

Siapa-siapa membaca 21 (dua puluh satu) kali ketika hendak tidur


terpeliharalah pada malam itu daripada syaitan dan daripada kejahatan manusia, dan jin dan daripada
kecurian dan kebakaran dan selamat daripada mati terkejut dan terjauh daripada bala dan penyakit.

Jika dibaca 100 (seratus) kali selama tujuh hari berturut-turut pada
mana-mana penyakit atau pun pada orang yang kena sihir nescaya sembuh orang itu daripada sihir dan
penyakitnya.

Siapa-siapa membaca 113 (seratus tiga belas) kali pada hari Jumaat
ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa bersama khatib dan memohon daripada Allah Taala akan
apa-apa hajat nescaya Taala apa-apa yang dipohonkan itu.

Siapa-siapa membaca 313 (tiga ratus tiga belas) kali ketika terbit
matahari pada hari Ahad dengan keadaan mengadap kiblat nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya
rezeki yang tiada terhingga banyaknya.

16
Siapa-siapa membaca 787 (tujuh ratus lapan puluh tujuh) kali dengan
hati yang suci pada suatu perkara yang diredhai akan dia oleh Allah Taala atau pada mencapai suatu
hajat, atau hendak menjauhkan apa-apa bala nescaya dapat berhasil apa-apa yang dipohonkannya.

Dan yang terlebih elok dibaca sebanyak 787 (tujuh ratus lapan puluh
tujuh) kali itu ialah dibaca ketika berpuasa di tempat yang sunyi (berkhalwat) selama tujuh hari berturut-
turut kerana kaifiat yang seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang dihajati.

Siapa-siapa membaca 2,500 (dua ribu lima ratus) kali tiap-tiap lepas
sembahyang Subuh, selama empat puluh hari berturut-turut serta ingat kepada fadilat-fadilat
(kelebihannya) nescaya dibuka Allah Taala akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu.

Siapa-siapa membaca 1,500 (seribu lima ratus) kali pada tiap-tiap hari,
nescaya dijadikan semua manusia bersetuju kepadanya.

Siapa-siapa sentiasa membaca 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari,


mudahlah memperolehi apa-apa yang dikehendakinya.

Siapa membaca 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari dan malam,
terlepaslah daripada bala dan kesusahan.

Jika dibaca 1,000 (seribu) kali pada suatu mangkuk air hujan, kemudian
diberi minum kepada orang yang bodoh ketika terbit matahari berturut-turut tujuh pagi, teranglah hati
dan mudahlah ingat apa-apa yang dipelajarinya.

Siapa-siapa mengekali membaca ketika memulai sesuatu pekerjaan,


atau ketika duduk, bangun, hendak berjalan, tidur, makan, mengambil wuduk, menulis, membaca dan
lain-lain lagi, nescaya mempermudah Allah Taala baginya keluar nyawa ketika hendak mati dengan tidak
merasai apa-apa kesakitan, dan fasih lidahnya menjawab apa-apa pertanyaan Munkar dan Nakir dan
memperluaskan Allah Taala akan kuburnya dengan keadaan cahaya yang gilang-gemilang dan pada hari
kiamat keluar dari kuburnya putih kulitnya dan bercahaya dan dapatlah kebahagiaan dan kesenangan
dan melalui titian dengan cepat seolah-olah seperti kilat lakunya masuk ke dalam syurga.

Siapa-siapa puasa tiga hari berturut-turut mulai hari Rabu, Khamis, Jumaat, serta pergi ke masjid pada
hari Jumaat dengan keadaan bersih dan bersedekah sekadar yang boleh, kemudian apabila selesai
sembahyang Jumaat berdoa dengan doa:

17
(sebut apa yang dihajati), nescaya dimakbulkan akan hajatnya oleh Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Allah Taala tiada menolak permintaan orang yang berdoa yang dimulai

dengan ".

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa daripada kamu hendak menulis, jadikanlah

pada awal tulisan kamu," dan lagi sabdanya: "Siapa-siapa menulis

dengan tiada dihapus nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya 1,000


(seribu) kebajikan dan menghapuskan 1,000 (seribu) kejahatan."

Siapa menulis dengan tulisan yang elok kerana memuliakan Allah Taala,
nescaya mengampunkan Allah Taala akan dosanya.

Siapa mengutip kertas yang ada padanya kerana takut terkena pijak
nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya masuk kumpulan As-Siddiqin.

Dan setengah daripada tanda-tanda kelebihan itu ialah surah-surah


dalam Al-Quran dimulai dengannya.

Jika ditulis 21 (dua puluh satu) kali pada suatu kertas, kemudian diberi
pakai kepada budak-budak kecil yang selalu terkejut ketika tidur, nescaya hilang penyakitnya itu.

18
Siapa-siapa menulis 35 (tiga puluh lima) kali pada suatu kertas
kemudian digantungkan di dalam rumah, terpelihara rumah itu daripada syaitan, jin dan diberi
kepadanya berkat yang banyak dan memelihara oleh Allah akan hartanya dan usahanya serta terjauh
daripada kesusahan.

Siapa-siapa menulis 101 (seratus satu) kali pada suatu kertas yang
putih, kemudian ditanamkan dalam kebun nescaya subur tumbuh- tumbuhannya dan terpelihara
daripada musuh-musuhnya.

**************************

FADILAT FATIHAH

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca fatihah nescaya mendapat pahala baginya
seumpama pahala orang yang membaca tujuh kali At-Taurat, Al-lnjil, Az-Zabur, Al-Quran dan Suhuf (Idris
dan Ibrahim)." Dan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurnia kepadanya satu darjah di dalam
syurga yang luasnya seumpama perantaraan bumi dengan langit.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya : "Demi Allah sanya Al-Fatihah itu ialah “Al Sab'ul masyaani” dan Quran
yang maha besar yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada aku dan tidak ada dalam At-Taurat, Al-lnjil, Az-
Zabur dan Quran yang serupa dengannya."

Al-Fatihah sunat dibaca pada tiap-tiap kali hadir di masjid sebelum keluar daripadanya, sabda Rasulullah
S.A.W. ertinya: "Barang-barang yang dikeluarkan daripada harta perbendaharaan 'Arasy ialah empat
perkara iaitu: Al-Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat yang penghabisan surah Al-Baqarah dan surah Al-
Kauthar."

Pahala orang yang membaca Al-Fatihah setimbang dengan pahala orang yang membaca dua pertiga
(2/3) Al-Quran.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya; "Yang terlebih afdal dalam Quran ialah .

Siapa-siapa membaca Al-Fatihah dan , nescaya sejahteralah daripada sekalian


bencana yang lain daripada mati.

Sunat melafazkan "Amiin" ketika lepas membaca Al-Fatihah sama ada Al-Fatihah yang kita baca sendiri
atau Al-Fatihah yang imam baca.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Apabila selesai imam daripada membaca Al-Fatihah hendaklah kamu
baca Amiin nescaya diperkenan permintaan kamu."

Hadith Rasulullah S.A.W.: "Pada suatu masa sedang Rasulullah S.A.W. dengan Abu Zaid berjalan pada
suatu jalan di Madinah tiba-tiba kedengaran suara seorang laki-laki sedang membaca Al-Fatihah lalu
bersabda Rasulullah S.A.W.: "kita berhenti dengarkan Al-Fatihah ini hingga sempurna bacaannya."

19
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa-siapa hadir mendengar orang membaca Al-Fatihah mulai dari awal
hingga akhirnya nescaya mendapat pahala baginya seumpama orang yang berperang sabilillah."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca Al-Fatihah maka mendapat pahala baginya
seumpama pahala orang yang membaca Al-Injil, Az-Zabur, At-Taurat, Al-Quran dan tiap-tiap satu ayat
yang dibacanya itu baginya pahala seumpama mensedekahkan beberapa banyak emas kerana sabiilillah,
dan terpelihara tubuhnya daripada masuk ke dalam api neraka dan kemudian daripada Nabi ialah orang
yang terlebih kaya daripada orang-orang yang masuk ke dalam syurga."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Pada malam dibawaku daripada Baitullah ke Baitulmaqdis, ketika
kuberhenti di 'Arasy dan aku nampak Al-Fatihah dan sekalian Quran tertulis pada luh mutiara dan yaqut,
kemudian ku pohon daripada Allah Taala akan dua perkara yang tersebut, supaya dikurniakan kepada
umatku, firman Allah Subha Nahu Wa Taala: "Dua perkara yang tersebut Aku berikanlah kepada engkau
dan umat engkau," kemudian aku bertanya pula: "Apa pahala orang yang membaca Al-Fatihah dan apa
pahala orang yang membaca Quran," berfirman Allah S.W.T.: "Wahai Muhammad Al-Fatihah itu ada
mengandungi tujuh ayat, maka Aku haramkan - tutupkan atas orang yang membacanya tujuh pintu api
neraka jahanam, dan orang yang membaca Quran Aku beri kepadanya pahala dengan tiap-tiap satu
huruf yang dibacanya itu, satu pohon kayu daripada tanaman syurga yang mempunyai beberapa banyak
nikmat."

Siapa-siapa membaca Al-Fatihah, nescaya adalah tiap-tiap satu ayat daripada Al-Fatihah itu mendinding
baginya daripada neraka jahanam.

Siapa-siapa yang di dalam bilangan masuk neraka, jika anaknya ada membaca

nescaya diberhentikan azabnya selama 40 hari.

Siapa-siapa membaca sepuluh perkara yang disebut di bawah ini nescaya sejahtera daripada sepuluh
perkara iaitu:-

1. Surah Al-Fatihah, menegahkan daripada kemurkaan Tuhan.


2. Surah Yaasin, menegahkan dahaga pada hari kiamat.
3. Surah Ad-Dukhan, menegahkan huru-hara pada hari kiamat.
4. Surah Al-Waqi'ah, menegahkan daripada fakir.
5. Surah Al-Mulk, menegahkan daripada seksa kubur.
6. Surah Al-Kauthar, menegahkan daripada perkelahian.
7. Surah Al-Kafirun, menegahkan daripada mati kafir.
8. Surah Al-Ikhlas, menegahkan daripada menjadi munafik.
9. Surah Al-Falaq, menegahkan daripada kena penjara.
10. Surah An-Naas, menegahkan daripada was-was.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas, ketika kembali ke
rumah, nescaya terjauh daripada fakir - papa - dan dapat kebajikan rumahnya beberapa banyak."

Jika dibaca fatihah 41 (empat puluh satu) kali dengan mewasalkan (menyambungkan) dan
dihembuskan kepada orang sakit nescaya sembuh penyakitnya itu.

20
Siapa-siapa sentiasa membaca Al-Fatihah 41 (empat puluh satu) kali pada masa antara sembahyang
sunat Subuh dengan sembahyang Subuh nescaya terlepas dari hutang, sihat tubuhnya dan mengurnia
Allah Taala akan dia kekayaan dan kemuliaan.

Siapa-siapa membaca Al-Fatihah dengan niat yang bersih 41 (empat puluh satu) kali pada mata orang
yang sakit ketika antara sembahyang sunat Subuh dengan sembahyang Subuh selama 40 hari berturut-
turut sembuh sakit matanya itu.

Siapa-siapa membaca Al-Fatihah 7 (tujuh) kali pada suatu penyakit dengan meletakkan tangan ke atas
tempat sakit itu dan berdoa,

7 (tujuh) kali nescaya sembuh penyakitnya itu.

Siapa-siapa membaca Al-Fatihah pada pagi-pagi dan dihembuskan pada tangan kemudian disapukan
pada muka dan perut, nescaya tiada merasa, dahaga dan lapar pada hari itu.

Jika ditulis Al-Fatihah pada suatu mangkuk yang bersih dan dihapuskan tulisan itu dengan air, kemudian
diberi minum kepada orang yang sakit, atau disapu pada sekalian badannya satu kali atau pun pada
tempat yang sakit sahaja tiga kali dengan berdoa:

nescaya sembuh penyakit itu.

Jika ditulis Al-Fatihah dengan za'faran (kunyit) pada suatu bijana (bekas) yang bersih dan kemudian
dihapuskan dengan air atau air mawar dan beri minum kepada orang yang benak selama tujuh hari
berturut-turut, teranglah hatinya.

Siapa-siapa sentiasa membaca Al-Fatihah pada tiap-tiap hari dan malam hilanglah pemalasnya dan
diperbaik Allah S.W.T. akan kelakuan zahir dan batin.

Siapa-siapa membaca Al-Fatihah 40 (empat puluh) kali dengan kaifiat di bawah ini, nescaya dapat apa-
apa yang dihajatinya, iaitu:-

Baca Al-Fatihah lepas selesai sembahyang Maghrib dan sunat Maghrib sebelum beralih daripada tempat
sembahyang itu, manakala selesai daripada membaca Al-Fatihah bermohon daripada Allah Taala apa-
apa yang dihajati dan baca:-

21
Siapa-siapa membaca Al-Fatihah di dalam keadaan berwuduk 70 (tujuh puluh) kali kemudian
dihembuskan pada air yang bersih dan minum air itu tiap-tiap hari selama tujuh hari, mengurnia Allah
Taala kepadanya ilmu hikmat dan kecerdikan dan bersihkan hatinya daripada perkara-perkara yang fasid
(fasad).

Jika engkau hendak memperbaiki antara dua orang laki isteri atau dua orang yang bersaudara, tulislah
Al-Fatihah menurut aturan yang tersebut di bawah ini:-

Tulisan ( ) itu hendaklah tulis dengan nama dua orang yang


dimaksudkan itu dan nama ibu kedua-duanya seumpama, Ahmad bin Fatimah li-Zainab binti A’isyah
atau Ahmad bin Fatimah li-Osman bin A’isyah.

Kaifiat menulisnya:-

1. Orang yang menulisnya itu hendaklah suci dari hadas.


2. Tulislah dengan za'faran, air mawar dan kasturi.

22
3. Ketika menulis hendaklah bakar kayu gaharu dan sebagainya.
4. Manakala selesai daripada menulis hendaklah cucukkan pada pertengahan sebatang jarum yang
berlubang dan gantunglah pada tempat angin yang bertiup kepada pihak orang yang
dimaksudkan nescaya sampailah maksudnya dengan segera.

Dan lagi siapa-siapa hendak memperbaikkan di antara dua orang laki isteri atau orang yang bersaudara
atau sahabat buatlah bagaimana yang tersebut di bawah ini:-

1. Ambil seurat benang pakaian daripada kedua-dua mereka yang dikehendak bagi membaikkan antara
keduanya.

2. Pintal kedua benang itu dan baca padanya:

7 (tujuh) kali.

Doa ini ada ijazah dari As-Sayid Baqir Al-Hasyimi, sebagaimana dalam bukunya iaitu At-Tuhfat Al-
Hashimiah fi Mujarobat Al-Atarah Az-Zakiah. Cuma di dalam versi Kitab Pati Rahsia agak berbeza sedikit
iaitu penambahan doa kalimah toyyibah yang boleh ditemui dalam gerakan Ikhwanul Muslimun, Mesir
(Surah Ibrahim: 24-25).

Maksudnya: Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai
berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-
musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang
yang bersaudara;. (Ali-'Imraan: 103) Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

23
(Al-Hujuraat: 013) Ya Tuhanku, satukan antara .............. dan ............... seperti bersatu antara Musa dan
Harun, dan juga satukan bersama-sama seperti bersatunya antara Mikail dan Jibrail a.s., dan antara
Khadijah Al-Kubro dengan Muhammad antara Fatimah Zahrah dengan Ali Mutadha Radiallahuanhu serta
Ya Tuhanku, satukan antara .................... dan ................... perumpamaan kalimat yang baik seperti
pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya
pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk
manusia supaya mereka selalu ingat. (Ibrahim: 24-25).

Pada tanda titik-titik itu hendaklah sebut nama kedua orang yang dimaksudkan serta nama ibunya
umpama: Husain bin Fatimah wa Uthman bin Zainab.

3. Tiap-tiap kali habis baca doa yang tersebut, simpullah benang itu sekali.

4. Kemudian beri pakai salah seorang daripada keduanya nescaya mereka itu akan berbaik-baik dan
berkasih-kasihan.

Asal Al-Fatihah yang tersebut di bawah ini ialah seorang alim dapat di Madinah Al-Munawarah dengan
tiada mempunya ijazah, tetapi disebabkan hajatnya sentiasa hendak mencari guru kerana mengambil
ijazah, tak berapa lama ia bermimpi berjumpa dengan Saidina Ali lalu dikucupnya tangan Saidina Ali dan
meminta ijazah kepadanya, kemudian dikhabarkan mimpinya kepada Sheikh Muhamad Sanusi Al-
Maghribi lalu jawabnya; "Ijazah yang seperti itu memadailah dan amalkanlah olehmu akan Al-Fatihah
yang engkau dapat itu."

24
25
Maka siapa-siapa sentiasa membaca Al-Fatihah yang tersebut itu satu kali pada tiap-tiap malam nescaya
dapat apa-apa yang dihajatinya dan terjauh daripada bala dunia akhirat dan lembut hati sekalian
manusia menurut kepadanya.

Jika dibaca Al-Fatihah yang tersebut dengan kaifiat yang di bawah ini nescaya dapat apa-apa perkara
yang dicintai iaitu:-

Berwuduk dan bersih sekalian anggota dan pakaian, kemudian sembahyang sunat dua rakaat, lepas
sembahyang baca istighfar 70 (tujuh puluh) kali dan menselawat kepada Nabi 70 (tujuh puluh) kali,
bacalah Al-Fatihah tersebut dan kemudian pohonkan apa-apa yang engkau kehendaki.

Siapa-siapa membaca Al-Fatihah 7 (tujuh) kali, surah Al-Ikhlas 7 (tujuh) kali, surah Al-Falaq 7 (tujuh) kali
dan surah An-Nas 7 (tujuh) kali lepas daripada sembahyang Jumaat iaitu sebelum mengubah
kedudukannya nescaya diampunkan akan dosanya.

Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Jibrail berada di sisi Nabi S.A.W. tiba-tiba terdengar suara
dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka,
dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: "(Bergembiralah dengan dua cahaya
penerangan yang diberikan oleh Allah kepadamu, dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi
sebelum kamu, iaitu: Fatihul kitab dan akhir surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf
daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi)." (Sahih Muslim).

Al-Syahid Hasan al-Banna dalam risalahnya - Mukadiman fi al-Tafsir - berkata: "Tiada syak siapa yang
tadabbur Al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta
keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya."

Al-Syahid Syed Qutub dalam tafsirnya - Fi Zilal al-Quran antara lain berkata: "Sesungguhnya surah ini
mengandungi intipati aqidah Islamiyyah Tasawuf Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang
diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat sembahyang."

26
Al-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma’arij al-Tafakkur
membahagikan intipati Al-Fatihah kepada empat, iaitu asas iman yang wajib diimani hamba-hamba
Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti, kedua tuntutan Allah terhadap hambanya
beribadat dan bergantung kepadanya tanpa sekatan dengan yang lain, ketiga, agama pilihan Allah bagi
hamba-hambaNya yang diuji hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon
hidayah kepadaNya dan keempat dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir
dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah. Justeru, dinamakan surah in Um al-Quran kerana
rangkuman segala inti pati al-Quran.

**************************

FADILAT SURAH AL-IKHLAS

Dari Abu Said al-Khudri Radiallahuanhu, pula bahawasanya ada seorang lelaki mendengar orang lelaki
lain membaca: Qul huwAllahu ahad, dan seterusnya - dan orang itu mengulang-ulanginya. Setelah
datang pagi harinya, orang yang mendengar itu pergi ke tempat Rasulullah S.A.W. lalu menyebutkan
pada beliau apa yang didengarnya, seolah-olah orang ini menganggapnya sebagai amalan yang kecil
saja - kurang bererti. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam
genggamanNya, sesungguhnya surat al-Ikhlas itu nescayalah menyamai - pahalanya dengan membaca -
sepertiga al-Quran." (Riwayat Bukhari).

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca , sekali dikurniakan


kepadanya pahala seumpama pahala orang yang membaca satu pertiga Quran."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 3 (tiga) kali nescaya


mendapat pahala seumpama pahala orang yang membaca Quran sekali khatam."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 11 (sebelas) kali nescaya


menyedia Allah Taala baginya satu mahligai di dalam syurga."

Siapa-siapa membaca 11 (sebelas) kali lepas daripada sembahyang Subuh, mudah-


mudahan terpelihara dosa pada hari itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 11 (sebelas) kali pada tiap-
tiap lepas sembahyang dibenarkan baginya mengahwini anak bidadari mana-mana yang disukainya."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 51 (lima puluh satu) kali
pada tiap-tiap hari nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya; "Siapa-siapa membaca 100 (seratus) kali dan tiada
menzalimkan manusia dan tiada mencuri, tiada berzina dan tiada minum minuman yang memabukkan,
nescaya mengampunkan Allah Taala baginya akan kesilapan yang diperbuatnya dalam masa lima puluh
tahun."

27
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 200 (dua ratus) kali pada
tiap-tiap hari serta ianya tiada mempunyai hutang nescaya dituliskan baginya seribu lima ratus kebajikan
dan dihapuskan dosanya yang telah diperbuat dalam masa lima puluh tahun."

Siapa-siapa membaca 21 (dua puluh satu) kali ketika hendak tidur dan merebahkan
dirinya mengiring kesebelah kanan nescaya menyeru Allah Taala kepadanya pada hari kiamat dengan
firman-Nya: "Wahai hamba Ku pergilah engkau ke pihak kanan masuk ke dalam syurga."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 100,000 (seratus ribu) kali
nescaya dikurnia kepadanya pahala seumpama orang yang telah menebus dirinya daripada neraka."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca 1,000 (seribu) kali dikurnia
kepadanya kesukaannya dan di tempatkan di syurga."

Sabda Rasulullah S.A.W ertinya: "Orang-orang membaca 1,000 (seribu) kali itu
dikasihi Allah Taala terlebih daripada orang yang membelanjakan dua ratus ekor kudanya kerana perang
sabil."

Siapa-siapa membaca 3 (tiga) kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpeliharalah


daripada papa dan dikasihi oleh jiran-jirannya.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sembahyang dan membaca dengan


kaifiat yang tersebut di bawah ini, nescaya terlepas daripada hutangnya, dan terjauh daripada papa dan
jika menjajah ke negeri asing, nescaya kembali ke negerinya dengan selamat dan sekiranya dipohonkan
anak daripada Allah Taala mudah-mudahan diperkenankan." Kaifiatnya:-

Sembahyang sunat empat rakaat dengan satu salam dan dengan wuduk yang baharu, pada suatu
tempat yang sunyi dan manusia.

1. Pada rakaat pertama: Baca Al-Fatihah sekali dan sepuluh kali.

2. Pada rakaat kedua: Baca Al-Fatihah sekali dan dua puluh kali.

3. Pada rakaat ketiga: Baca Al-Fatihah sekali dan tiga puluh kali.

4. Pada rakaat keempat: Baca Al-Fatihah sekali dan empat puluh kali.

Manakala selesai daripada memberi salam hendaklah membaca lima puluh kali,
dan menselawat keatas Nabi S.A.W. lima puluh kali, istighfar lima puluh kali dan membaca

28
lima puluh kali (50), kemudian pohonlah apa-apa yang
dihajati.

Hadith Rasulullah S.A.W. yang diceritakan oleh Anas R.A. : "Suatu masa ketika aku serta Nabi S.A.W.
sedang ada di Tabuk, kelihatan pada kami matahari terbit berwarna putih sahaja dengan tiada
mempunyai cahaya yang lain, sebagaimana bisanya sehingga jadilah kami kehairanan melihatnya, tiba-
tiba turun Jibrail berjumpa dengan Nabi S.A.W., lalu Nabi bertanya kepadanya: "Hai Jibrail apakah hal
yang terjadi pada matahari ini?" Jawab Jibrail: "Ada pun sebabnya ialah kerana dilindungi oleh sayap
tujuh puluh ribu malaikat yang diperintahkan turun ke Madinah kerana sembahyang mayat Muawiyah
Bin Muawiyah Al-Laith, lalu bertanya pula Nabi: "Hai Jibrail apakah kelebihan Muawiyah hingga
dimuliakan sedemikian itu?" Jawab Jibrail: "Adapun sebabnya ialah kerana Muawiyah itu sentiasa

beramal membaca siang dan malam. Ketika duduk atau berbaring, berdiri atau pun
ketika berjalannya."

Sabda Nabi S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa kasih membaca dengan sebenar-benar


kasih nescaya ditempatkan di syurga."

Sanya (Bahawasanya) Nabi S.A.W. membaca , dan

dengan dihembuskan kepada dua tangannya, dan disapukan kepada


sekalian tubuhnya iaitu pada masa sakitnya dan ketika hendak beradu, dan juga Rasulullah bersabda:
"Siapa-siapa sakit buatlah seperti yang demikian itu."

Siapa-siapa membaca 1,001 (seribu satu) kali serta membaca pada permulaannya
sekali sahaja dengan tiada berhenti hingga sampai genap bilangan yang tersebut itu, serta tidak campur
dengan perkataan yang lain nescaya memperoleh beberapa banyak kebajikan dan sejahtera daripada
kejahatan dunia dan akhirat.

Sabda Nabi S.A.W. ertinya; "Siapa-siapa lupa membaca bismillah pada permulaan makan, bacalah

ketika selesai daripada makan."

Sanya (Bahawasanya) seorang daripada wali Basrah ada bermimpi melihat Thabit Bin Al-Bannani
bersaing dengan malaikat seperti orang yang sama-sama terbang, lalu bertanya wali itu kepadanya:
"Apakah sebab engkau dapat pangkat yang semulia-mulia?" Jawabnya: "Adapun sebabnya ialah kerana
aku sabar dan mengucapkan syukur kehadhirat Tuhan dan aku beramal membaca qulhuallah huahad
beberapa banyak."

Jika ditulis dan 7 (tujuh) kali pada bekas-bekas seumpama mangkuk


yang diperbuat daripada tanah, kemudian dihapuskan dengan air dan diberi minum kepada orang yang
sakit, mudah-mudahan dengan kurnia Allah sembuh kesakitan itu.

29
Sanya adalah Rasulullah S.A.W., tiap-tiap kali berbaring hendak beradu, ada menghembuskan bacaan-

bacaan surah , dan kepada


dua belah tangannya, dan sapukan kepada muka kemudian pada sekalian tubuhnya, dengan tiga kali
diperbuatnya berturut-turut.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: 'Siapa-siapa membaca surah ,

dan 3 (tiga) kali pada tiap-tiap pagi dan


petang, nescaya tiada mengenai apa-apa kesusahan kepadanya'.

Siapa-siapa membaca surah , dan

7 (tujuh) kali kemudian daripada sembahyang Jumaat nescaya terpelihara


daripada perkara-perkara yang keji hingga Jumaat yang akan datang.

Siapa-siapa membaca dan hingga akhirnya nescaya Allah Taala


mengampunkan dosanya, yang terjadi pada masa lima puluh tahun.

Siapa-siapa membaca pada masa sakit yang membawa kepada matinya, nescaya
dapat kelepasan baginya daripada fitnah dan kepicikan kubur, dan apabila hari kiamat mengangkatkan
dia oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui Sirat (Siratalmustakim) dan masuk ke dalam
syurga.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa yang mengerjakan suruhan agamanya dan berkehendak
memelihara akan diri daripada api neraka hendaklah bersedekah sebanyak 12,000 (dua belas ribu)

dirham dan jika orang yang tiada mempunyai harta, hendaklah baca 12,000 (dua
belas ribu) kali.

Peringatan:

Telah dikira satu dirham itu dua belas sen setengah, maka 12,000 (dua belas ribu) dirham itu dijadikan
ringgit 1,500 (seribu lima ratus) ringgit ialah perbelanjaan pada masa ini (tahun 1365 Hijrah). Jika dikira
pada tarikh 6 Mei 2011, harga 1 dirham ialah RM30 dan 12,000 dirham bersamaan RM360,000.

**************************

KELEBIHAN SURAH Al-FALAQ DAN AN-NAS

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Jampi yang terlebih afdal dibaca kerana untuk menghilangkan

ketakutan, bacalah surah dan ".

30
Siapa membaca surah dan 41 (empat puluh satu)
kali pada orang yang kena sihir, insyaAllah akan terlepas daripada sihirnya itu, dan baca bagi orang yang
sakit selama tiga atau lima hari dan sebanyak-banyaknya tujuh hari, insyaAllah akan sembuh penyakit
itu.

**************************

FADILAT AYAT AL-KURSI

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi kemudian daripada sembahyang,
nescaya diberi pilih kepadanya mana-mana syurga ia suka masuk."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sentiasa beramal membaca Ayat Al-Kursi pada tiap-tiap
lepas sembahyang, nescaya diberi pahala kepadanya, seumpama pahala orang Muttaqin dan pahala
balasan amal Sodiqin."

Siapa-siapa sentiasa membaca Ayat Al-Kursi, sebagaimana yang diamalkan orang-orang siddiq dan 'abid,
iaitu pada tiap-tiap sembahyang, nescaya mendapat syurga.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi semasa hendak tidur nescaya mengurniakan Allah padanya dan jiran-
jirannya keselamatan.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi lepas daripada sembahyang, nescaya Allah memeliharakannya
hingga sampai sembahyang yang di hadapan.

Siapa-siapa selesai daripada sembahyang fardhu, sunat baginya membaca Ayat Al-Kursi dan akan
dikurniakan kepadanya balasan pahala yang banyak dan mendapat darjat yang tinggi di dalam syurga.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi serta ayat-ayat yang tersebut di bawah ini ketika selesai daripada
tiap-tiap sembahyang nescaya memperolehi apa-apa yang dihajati dan terpelihara daripada seteru dan
terlepas daripada kena hasad dan akan mengurniakan Allah kepadanya tempat kediaman di dalam
syurga, iaitu:

Baca Fatihah, Ayat Al-Kursi, ayat Ali Imran (18-19):

Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang
menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu [188] (juga menyatakan yang
demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-
orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana
kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka
sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNya.

31
Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali pada waktu tengah malam kerana
sesuatu hajat, nescaya diperoleh apa-apa yang dihajatinya.

Siapa-siapa kesusahan mencari rezeki, bacalah Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali dan kemudian

baca: 3000 (tiga ribu) kali, nescaya mudah rezekinya dan


memperolehi apa-apa yang dicitainya serta mewah kehidupan.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 201 (dua ratus satu) kali, kemudian berdoa memohonkan apa-apa
yang dihajati, nescaya dimakbulkan permintaanya itu.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 313 (tiga ratus tiga belas) kali, nescaya dikurnia kepadanya kebajikan
yang banyak dan mencukupi baginya apa-apa yang diusahakannya.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali, kemudian berdoa memohonkan hajat
ketika tengah malam pada tempat yang bersih dan sunyi daripada manusia nescaya diperoleh dengan
segera apa-apa yang dihajati itu.

Siapa-siapa naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, kemudian ludahkan ke sebelah kiri nescaya dijauhkan
daripada syaitan yang memanaskan hatinya dan berhenti marahnya itu.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali, nescaya beroleh pangkat yang mulia
serta dikasihi orang akan dia dan dibuka kepadanya jalan kebajikan.

Siapa-siapa beramal membaca Ayat Al-Kursi 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari dan malam selama
empat puluh hari berturut-turut nescaya mengurnia Allah kepadanya dapat memandang rohani yang
terang dan datang malaikat menziarahi kepadanya dan memperoleh apa-apa yang dimaksudkan.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi menjadikan wirid sebanyak 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari,
nescaya dapat apa-apa yang dicitainya.

Siapa-siapa hendak terang hatinya dan menambah kecerdikannya bacalah Ayat Al-Kursi 170 (seratus
tujuh puluh) kali pada satu bekas air hujan, kemudian minum air itu, nescaya mengurnia Allah akan
hajatnya.

Telah berkata As-Syeikh Abul Faraj menceritakan ajaran gurunya berkenaan dengan Ayat Al-Kursi,
katanya: "Amalkan olehmu akan Ayat Al-Kursi pada mana-mana masa kerana manfaatnya banyak dan
bacalah pada sesuatu kesusahan, nescaya engkau dapat faedahnya, ialah jikalau engkau orang yang
tidak berdosa dan tiada membuat perkara-perkara yang maksiat, setelah lepas membaca, iaitu ketika
berdoa, ingatkan aku (Syeikh Abul Faraj) sebelum dapat apa-apa yang engkau minta - janganlah berkata:
"Sudah aku baca, tetapi tidak juga makbul hajatku", hanya ingatlah sebab tiada makbul itu kerana
engkau berdosa ataupun tiada cukup syarat-syaratnya, ataupun Allah sudah makbul tetapi belum
sampai masanya lagi bagi mendapatnya.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 5 (lima) kali atau 7 (tujuh) kali ataupun 17 (tujuh belas) kali pada
tiap-tiap kali keluar dari rumahnya, nescaya selamat dalam perjalannya pergi dan balik.

Siapa-siapa menjadikan Ayat Al-Kursi itu wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu membaca 17
(tujuh belas) kali, nescaya dikasihi kepadanya oleh malaikat dan sekalian makhluk dan diterima orang
akan perkataannya dan hebat pada pandangan seterunya.

32
Siapa-siapa sentiasa berwirid membaca Ayat Al-Kursi pada tiap-tiap kali selepas sembahyang fardhu dan
pagi-pagi dan petang dan ketika masuk rumah dan hendak tidur, hendak pergi berjalan ke mana-mana
dan hendak musafir nescaya dijauh Allah daripada tipu daya syaitan dan terpelihara daripada aniaya
manusia dan daripada kejahatan binatang dan selamat ahlinya, anaknya dan rumahnya dengan
peliharaan Allah Taala.

Siapa-siapa sentiasa membaca Ayat Al-Kursi 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap hari, nescaya Allah Taala
masukkan dalam pemeliharaan-Nya.

Telah berkata Al-Ustaz Al-Fadhil Al-Kamil Haji Ibrahim kepada murid-muridnya: "Apabila susah bagi
kamu hendak mencapai sesuatu hajat atau lemah daripada menolakkan kejahatan bacalah Ayat Al-Kursi
sebagaimana yang kita baca dalam perjalanan kita di dalam hujan dan hujan tidak mengenai kita, iaitu
bacalah Ayat Al-Kursi beberapa banyak. Manakala sampai kepada perkataan

, ulangkanlah sampai 70 (tujuh puluh) kali pada tiap-tiap


sekali baca.

Siapa-siapa berjumpa dengan orang yang kita takut akan kelebihannya atau orang yang jahat, bacalah
ayat-ayat yang tersebut di bawah ini ketika hendak masuk berjumpa atau di mana-mana, nescaya tiada
dapat mereka bercakap kasar atau membuat aniaya, iaitu:

Baca Ayat Al-Kursi dan,

Siapa-siapa hendak menghilangkan penyakit balgham, bacalah Ayat Al-Kursi dengan kaifiat yang
tersebut di bawah ini, nescaya sembuh dengan izin Allah Taala, iaitu:

Ambil garam putih yang kecil-kecil tujuh buku pada tiap-tiap hari selama tujuh hari berturut-turut dan
pada setiap sebuku, baca Ayat Al-Kursi sekali dan kulum sampai hancur.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 170 (seratus tujuh puluh) kali dan berdoa seperti yang tersebut di
bawah ini sekali pada tiap-tiap hari, nescaya dibuka Allah Taala kepadanya akan rahsia-rahsia yang
dimaksudnya dan dengan mudah memperoleh apa-apa yang dihajati berserta sekalian manusia suka
akan dia, iaitu:

33
Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi 17 (tujuh belas) kali ketika lepas sembahyang Asar hari Jumaat,
mudah-mudahan memberi Allah Taala satu macam perubahan yang baik pada perasaannya, dan ketika
itu pohonkanlah apa-apa yang dihajati, nescaya dimakbulkan Allah S.W.T.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi pada hari Jumaat mulai lepas sembahyang Asar sampai waktu
Maghrib, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya hikmah dan kebajikan yang banyak.

34
Siapa-siapa menulis Ayat Al-Kursi pada bekas yang diperbuat daripada kaca dan minum airnya dengan
kaifiat yang tersebut di bawah ini, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya akan hikmah-hikmah yang
banyak dan ilmu-ilmu yang dihajati olehnya, iaitu:

Tuliskan Ayat Al-Kursi dengan za'faran, air mawar, air hujan, dan kasturi dengan huruf bercerai. Ketika
menulis hendaklah berpuasa mulai pada satu haribulan hingga sampai 50 (lima puluh) hari. Pada tiap-
tiap hari ketika hendak berbuka, bacalah:

Setelah sudah, berbukalah dengan air Ayat Al-Kursi yang ditulis itu.

Siapa-siapa menulis Ayat Al-Kursi di atas pintu rumahnya atau di atas pintu kebunnya, nescaya
mengurnia Allah Taala kepadanya rezeki yang banyak dan terpelihara daripada pencuri.

Siapa-siapa membaca Ayat Al-Kursi tatkala hendak keluar dari rumahnya nescaya menyempurna Allah
Taala segala hajatnya dan diampuni akan segala dosanya dan dihalau daripadanya akan segala syaitan
dan mewakili Allah Taala akan beberapa malaikat yang memelihara akan dia daripada usikan jin,
manusia dan daripada sebarang yang ditakuti olehnya.

**************************

KETIKA YANG MUSTAJAB BERDOA YANG TELAH MASYHUR DI SISI AHLINYA.

1. Tiap-tiap lepas sembahyang fardhu.


2. Satu pertiga yang akhir daripada mana-mana malam, istimewa pula pada malam Jumaat (dahulu
daripada masuk waktu Subuh).
3. Lepas daripada sembahyang Asar (di dalam waktu Asar hingga jatuh matahari tiap-tiap hari
Jumaat).
4. Lain ketika hendaklah mengikut bagaimana yang telah disebut pada tempat yang berkenaan
dengan mana-mana surah ayat selawat dan lainnya.
5. Jikalau sekiranya kita ada terkena kesusahan apa-apa, tiada masa bagi kita menunggu ketika
yang ditentukan itu, bacalah dan mintalah doa pada mana-mana ketika, Allah SW.T. sedia
menerima doa tiap-tiap seorang yang dikehendakinya dan yakinlah dengan kuat bahawa Allah
mengurnia apa-apa permohonan kita dan Allah jua yang berkuasa di atas tiap-tiap suatu.
Berserahlah kepada-Nya.

Hadis: Ertinya, "Siapa-siapa tiada berdoa memohon daripada Allah Taala nescaya mengenai ke atasnya
kemurkaan."

Hadis: Ertinya, "Siapa-siapa yang suka supaya Allah Taala menerima dan memperkenankan
permohonannya pada masa datang bala, atau pada mana-mana kesusahan, banyakkanlah berdoa pada
masa di dalam kesenangan."

**************************

SYARAT-SYARAT DAN ADAB BERDOA.

Siapa-siapa yang berdoa hendaklah menyempurnakan segala syarat-syaratnya dan mengikut


sebagaimana adab-adabnya. Adapun syarat-syaratnya ialah:-

35
1. Hendaklah berhenti daripada mengerjakan maksiat dan menjauhi daripada perkara-perkara
yang dilarang walau sedikit, umpama sesuap makanan yang tiada halal pun.
2. Hati tetap ingat kepada Allah S.W.T. dan sentiasa khudhu’ (tunduk) sehingga sekejap pun jangan
lupa atau lalai ke hadrat Allah S.W.T.
3. Yakin di hati dengan tiada syak lagi bahawa permintaan kita itu diperkenankan Allah S.W.T.
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Sanya Allah S.W.T. tuhan kamu ialah Tuhan yang
hidup dan sangat pemurah dan pemalu jika tiada memperkenankan permohonan hamba-Nya.”
4. Mana-mana hajat yang dipohon ketika berdoa itu janganlah tertinggal pada cita-cita sahaja
dengan tiada diusahakan ialah jika berkenaan dengan ringan tulang dan ikhtiar yang berhubung
di antara satu dengan lain.

Dan adabnya:-

1. Bersih daripada sekalian hadas.

2. Mengadap kiblat duduk bertimpuh seperti kedudukan baca tahiyat awal.

3. Waktu berdoa mengangkat dua tangan sampai berbetulan dengan bahu dan menjadikan tapak tangan
ke pihak muka dan jangan memandang ke pihak langit.

4. Mulai dengan memuji Allah S.W.T. umpama membaca “Alhamdulillah” dan menselawat kepada
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

5. Mengumumkan doa minta selamat sejahtera bagi kita dan bagi sekalian manusia.

6. Mengaku kejahatan diri sendiri dan bersungguh-sungguh meminta ampun kepada Allah S.W.T.
dengan membaca:

(Ya Allah ya Tuhanku, aku sungguh telah banyak ‘menganiaya’ diriku sendiri yang dapat
mengampuni dosa kecuali Engkau; maka berilah ampunan kepadaku ampunan dari sisiMu dan kasihilah
aku. Sungguh Engkaulah Sang Maha Pengampun dan Maha Pengasih). Kemudian pohonkanlah apa-apa
yang kita berkehendak.

7. Pada penghabisan, bacalah:

8. Apakala habis, sapukanlah dua tangan ke muka (meraup muka).

Sabda Rasulullah S.A.W.: “Siapa-siapa mencintai pada suatu pekerjaan hendaklah sembahyang
istikharah dua rakaat dan berdoa seperti yang tersebut di bawah ini, nescaya ditunjukkan kita oleh Allah
Taala - bahawa pekerjaan itu akan jadi kebajikan bagi kita atau tidak ataupun ditunjukkan mana-mana
yang lebih manfaat bagi kita, iaitu:-

1. Sembahyang dua rakaat dengan niat sembahyang sunat istikharah

36
2. Pada rakaat yang pertama, baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

3. Rakaat yang kedua, baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.

4. Apakala habis sembahyang, bacalah doa:-

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan
dengan kekuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui
segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam
agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta
berikanlah berakah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini
buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja di mana saja
adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

5. Ketika berdoa, ingatlah apa-apa yang dihajati.

6. Apabila habis berdoa, tetapi belum kita dapat apa-apa lagi yang kita akan menerima, hendaklah ulangi
lagi sembahyang dan berdoa hingga sampai tujuh kali.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa membuat sesuatu pekerjaan dengan dapat petunjuk
kerana sembahyang istikharah, nescaya selamat pekerjaan dan tiada terkena kesusahan apa-apa.”

**************************

"AYAT LIMA"

Ialah ayat yang masyhur kelebihannya beberapa banyak, tiada disebut di sini. Siapa-siapa
menjadikannya wirid pada pagi dan petang tiga kali atau dua kali, atau sekurang-kurangnya sekali,
nescaya terpeliharalah ia daripada kejahatan seteru serta menang atasnya, iaitu:-

37
Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka
berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di
bawah pimpinannya) di jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti
diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang." Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau
berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dari
anak-anak kami?" Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali
beberapa orang saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang zalim. [Al-
Baqarah: (246)]

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya Allah
miskin dan kami kaya". Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh
nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): "Rasakanlah
olehmu azab yang membakar." [Ali-'Imraan :(181)]

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tanganmu (dari
berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka
berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh),
seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami,
mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban
berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya
sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya
sedikit pun. [An-Nisaa' :(77)]

38
Ceriterakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang
sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka
berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!"
Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa".
[Al-Maaidah :(27)]

Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah." Katakanlah: "Maka patutkah
kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai
kemanfaatan dan tidak (pula) kemudaratan bagi diri mereka sendiri?". Katakanlah: "Adakah sama
orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gelita dan terang-benderang; apakah
mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya
sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah: "Allah adalah Pencipta
segala sesuatu dan Dia (Ar-Ra'd: 16)

**************************

KAIFIAT BAGI MENDAPAT MIMPI

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya "Mimpi yang baik yang terjadi pada orang-orang yang soleh ialah satu
bahagian menyamai dengan 1/46 kenabian."

Hadis riwayat Anas bin Malik, ia berkata: Rasulullah bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah termasuk
satu dari empat puluh enam bagian kenabian. (Sahih Muslim No.4201)

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Mimpi orang-orang yang mukmin itu ialah satu firman daripada Allah
S. W. T. kepada mereka itu."

Sabda Saidina Ali bin Abi Talib R.A. ertinya: "Siapa-siapa sembahyang 6 (enam) rakaat ketika hendak
tidur seperti kaifiat yang tersebut di bawah ini kerana sesuatu hajat supaya Allah Taala
menunjukkannya, nescaya ditunjukkan dengan jalan mimpi apa-apa yang dihajati itu oleh Allah Taala
pada malam itu atau malam besoknya atau selambat-lambatnya pada malam yang ketujuh, iaitu:-

1. Sembahyang sunat 6 (enam) rakaat.

39
2. Pada rakaat yang pertama, baca Al-Fatihah sekali dan surah , tujuh kali.

3. Rakaat yang kedua baca Al-Fatihah sekali dan surah tujuh kali.

4. Rakaat yang ketiga, baca Al-Fatihah sekali dan surah tujuh kali.

5. Rakaat yang keempat, baca Al-Fatihah sekali dan surah tujuh kali.

6. Rakaat yang kelima, baca Al-Fatihah sekali dan surah tujuh kali.

7. Rakaat yang keenam, baca Al-Fatihah sekali dan surah inna tujuh kali.
8. Apakala selesai sembahyang, berdoa:-

Siapa-siapa membaca bacaan yang tersebut ini ketika hendak tidur kerana hendak tahu akan kesudahan
pekerjaannya baik atau jahat, nescaya ditunjukkan dengan jalan mimpi oleh Allah Taala, iaitu:-

1. Lepas daripada sembahyang Isyak, baharuilah wuduk dan duduk di atas suatu hamparan yang
bersih.
2. Kemudian selawat kepada Nabi S.A.W. 3 (tiga) kali.
3. Baca Al-Fatihah 10 (sepuluh) kali.
4. Baca surah Al-Ikhlas sebelas kali.
5. Dan selawat kepada Nabi S.A.W. 3 (tiga) kali pula, kemudian tidur mengiring ke pihak kanan
dengan mengadap kiblat.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa bermimpi melihat aku, maka sesungguhnya ia melihat
akan tubuhku yang sebetulnya.”

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa bermimpi melihat aku, nescaya ia akan nampakku pada
hari akhirat."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Mimpi yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. dan mimpi yang
karut itu terjadi daripada syaitan atau lemah otak, kurang kuat badan atau makan terlampau kenyang."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sembahyang dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini
pada malam Jumaat kerana qasad hendak berjumpa dengan Nabi S.A.W., nescaya dapat melihatnya
dengan jalan mimpi iaitu:-

40
1. Sembahyang sunat dua rakaat.
2. Pada tiap-tiap rakaat, baca Al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi 15 (lima belas) kali.
3. Lepas daripada memberi salam, selawat kepada Nabi S.A.W. 1,000 (seribu) kali.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: 'Siapa-siapa bermimpi melihatku, nescaya mengurnia Allah S. W.T.
kepadanya akan sembilan perkara yang tersebut di bawah ini:-

1. Husnul khatimah.
2. Syafaat Nabi Muhammad S.A.W.
3. Berkediaman dalam syurga.
4. Mengampuni Allah S.W.T. akan dosanya dan dosa dua ibu bapanya.
5. Diberi pahala seumpama orang yang membaca al-Quran dua belas kali khatam.
6. Tiada merasai kesusahan waktu hendak matinya.
7. Terlepas daripada seksa kubur.
8. Terpelihara daripada huru-hara hari kiamat, dan
9. Diperoleh sekalian hajat pada dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa sembahyang pada malam Jumaat dengan kaifiat yang
tersebut di bawah ini, nescaya ia akan bermimpi melihat Rasulullah S.A.W. pada malam itu atau
selambat-lambatnya pada malam ketujuh, iaitu:-

1. Sembahyang sunat dua rakaat.


2. Pada tiap-tiap rakaat baca Al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas 15 (lima belas)
kali.
3. Lepas daripada memberi salam, baca selawat 1,000 (seribu) kali.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa sembahyang dua rakaat lepas daripada mandi pada malam
Jumaat dengan kaifiat pada tiap-tiap rakaat itu baca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas sebanyak 1,000
(seribu) kali, nescaya beroleh melihat Rasulullah S.A.W. dengan jalan mimpinya.”

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa sembahyang pada malam Jumaat dengan kaifiat yang
tersebut di bawah ini, nescaya dapat mimpi melihatku, iaitu:-

1. Sembahyang empat rakaat dengan dua kali salam.


2. Pada tiap-tiap rakaat, baca Al-Fatihah sekali, surah ad-dhuha sekali, surah alam nasyrah sekali,
surah al-qadr sekali dan surah al-zalzalah sekali.
3. Lepas daripada memberi salam, Selawat kepada Nabi S.A.W. 70 (tujuh puluh) kali.
4. Kemudian, tidur dan selawat ketika hendak tidur.

Siapa-siapa membaca surah al-Qadr 1,000 (seribu) kali pada hari Jumaat, nescaya beroleh mimpi melihat
Rasulullah S.A.W.

Siapa-siapa membaca bacaan yang tersebut di bawah ini ketika hendak tidur pada malam Jumaat,
nescaya beroleh mimpi melihat Rasulullah S.A.W., iaitu:-

1. Surah Al-Kautsar 1,000 (seribu) kali.

2. Baca Selawat:

41
seribu kali.

Siapa-siapa sembahyang sunat dua rakaat dan kemudian baca:-

seratus kali, nescaya akan beroleh mimpi melihat Rasulullah S.A.W.

Siapa-siapa bermimpi melihat Rasulullah S.A.W., nescaya hilang dukacita dan akan terbayar sekalian
hutang-hutangnya, menang di atas seteru dan terlepas daripada hukumannya, selamat kembali daripada
perdagangan , sembuh daripada penyakit dan akan mendapat kekayaan.

**************************

HIZBUL BAHRI

Kata masyaikh adalah Hizbul Bahr sampai kepada kita dengan beberapa silsilah yang tidak sama
menyatakan khasiatnya dan kita tidak 'ajib kerana hizib ini ialah hizib laut ilmu dan khasiat, sehingga tak
kuasa seorangpun memberi syarahan dengan sepenuhnya, cuma boleh dinyatakan setengah daripada
faedah membacanya, jika diamal tiap-tiap hari sekali waktu naik matahari, nescaya meluaskan kepicikan,
meninggikan darjat, menjilahkan tauhid hati, menyenangkan pekerjaan, memudahkan kepayahan
memelihara daripada kejahatan jin dan manusia serta mengamankan daripada timpaan bala malam dan
siang, iaitu:-

42
43
44
45
**************************

FADILAT DUA AYAT YANG DI AKHIR PADA SURAH BARA'AH

Siapa-siapa sentiasa membaca dua ayat yang di akhir surah Bara'ah, iaitu:-

46
(Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya
penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi
penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah:
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia
adalah Tuhan yang memiliki `Arsy yang agung". (At-Taubah: 128-129).)

Tujuh kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya bertukar kedaifannya dengan kekuatan dan
berganti kehinaannya jadi kemuliaan dan mendapat kemenangan atas gerak-geri seterunya, dan
mempermudah baginya oleh Allah S.W.T. akan sekalian pekerjaannya dan akan terbayar sekalian
hutang-hutangnya dan jauh daripada dukacita dan luas kehidupannya dengan mendapat rezeki yang
banyak.

Siapa-siapa sentiasa membaca dua ayat yang tersebut itu 41 (empat puluh satu) kali pada tiap-tiap lepas
sembahyang nescaya terlepas daripada aniaya.

Siapa-siapa sentiasa membaca dua ayat yang tersebut itu 41 (empat puluh satu) kali pada tiap-tiap hari,
nescaya akan diperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ajaib-ajaib oleh Allah S.W.T. dan akan
bermimpi melihat Rasulullah S.A.W.

Siapa-siapa membaca dua ayat yang tersebut itu pada mana-mana hari, nescaya selamat daripada mati
pada hari itu, dan tiada dapat orang hendak mencederakannya dengan senjata.

Pada suatu hari, Abu Bakar as-Syibli masuk berjumpa dengan Abu Bakar bin Mujahid al-Maqri, lalu Abu
Bakar bin Mujahid al-Maqri berdiri kerana memberi hormat kepadanya. Kemudian daripada itu,
bercakap-cakaplah sahabat-sahabat Abu Bakar bin Mujahid al-Maqri darihal perjumpaan kedua mereka
itu: Apakah sebabnya Abu Bakar bin Mujahid al-Maqri membesarkan Abu Bakar bin as-Syibli, sedangkan
ketika datang Ali bin Isa al-Wazir, tiada bangun ia seperti memuliakan Abu Bakar as-Syibli? Mereka
bertanyakan kepadanya akan hal tersebut. Jawabnya: “Adalah Abu Bakar as-Syibli itu, aku permuliakan
kerana ia seorang yang mempunyai kelebihan, sehingga Rasulullah sendiri menyuruhkan daku
memuliakan dia, sebagaimana yang telah jadi dalam mimpiku:-

Iaitu, pada suatu malam aku bermimpi melihat Rasulullah S.A.W. dan sabdanya kepada aku: “Besok akan
datang kepada engkau seorang ahli syurga, hendaklah engkau memuliakan dia.” Tiba-tiba Abu Bakar as-
Syibli datang lalu aku bangun memuliakannya.

Lepas dua malam daripada itu aku bermimpi pula berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. dan bersabda:
“Wahai Mujahid, sebagaimana engkau memuliakan seseorang ahli syurga, maka sesungguhnya memulia
pula akan engkau oleh Allah S.W.T.” Kemudian aku bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah,
apakah sebabnya Abu Bakar as-Syibli berbahagia mendapat kelebihan itu?” Sabdanya: “Ialah sebab Abu
Bakar as-Syibli itu sentiasa lepas sembahyang berwirid membaca ayat:

47
hingga akhirnya selama hidupnya lapan puluh tahun.

**************************

FADILAT SELAWAT

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya:. "Siapa-siapa membaca selawat kepada aku, nescaya akan menselawat
kepadanya oleh malaikat dan menurunkan rahmat kepadanya oleh Allah S.W.T. dan akan mengucapkan
selamat kepadanya oleh sekalian ahli langit dan bumi.”

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: “Siapa-siapa menselawat kepada aku 100 (seratus) kali pada tiap-tiap
hari, nescaya dihasilkan oleh Allah S.W.T. akan hajat-hajatnya sebanyak seratus macam, iaitu tiga puluh
daripadanya diperoleh di dalam dunia ini dan tujuh puluh lagi akan dapat di akhirat."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa banyak menselawat kepadaku, nescaya mengurnia Allah
S.W.T. kepadanya kekayaan selama hidupnya."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa menselawat kepada aku 500 (lima ratus) kali pada tiap-tiap
hari, nescaya memperoleh kesenangan dan keselamatan selama-lamanya."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Hendaklah kamu membanyakkan selawat kepada aku, sebab selawat
yang banyak itu akan menghilangkan kemurkaan dan menjauhkan bala."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Sanya aku kekasih Allah dan siapa yang menselawat kepada aku ialah
kekasihku yang bermakna kekasih bagi kekasih Allah."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa susah hendak mencapai sesuatu perkara yang dihajati,
bacalah selawat beberapa kali, nescaya akan diperolehnya. "

Siapa-siapa banyak membaca selawat kepada Nabi S.A.W., nescaya banyak mendapat rezeki yang berkat
dan memperoleh apa-apa yang dihajati, serta hilang dukacitanya dan terpelihara daripada bala.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya : "Pada suatu hari datang Jibrail kepada aku dengan rupa yang cantik,
dan berseri serta manis mukanya, lalu aku bertanya kepadanya: "Wahai Jibrail, adakah apa-apahal
engkau datang dengan rupa yang hebat ini?" Jawabnya: "Kudatang hendak menceritakan suatu perkara
yang ajaib-ajaib kepada tuan, iaitu ketika kusampai ke bukit Qaaf, kudengar suara orang mengerang dan
tadharru' memohon kepada Allah S. W. T. dengan tangisan. Kemudian ku pun pergi ke tempat itu dan
amat-amati, tiba-tiba ku dapati malaikat muqarrib yang mempunyai singgahsana di langit dan
mempunyai seribu saf malaikat yang setia berkhidmat kepadanya, lalu kubertanya kepadanya: "Apakah
dosa tuan hingga turun ke tempat ini?" Jawabnya: "Ketika Nabi Muhammad S.A. W. naik mikraj, aku
tiada berhadap memuliakannya, kerana asyik bekerja pada perkara yang telah ditanggungkan ke atas
aku, dan akhirnya jadilah aku dimurkai oleh Allah S.W.T. hingga diturun ke tempat ini. Dan sekarang aku
tadharru' bersungguh-sungguh hati memohonkan ampuni daripada Allah S.W.T. Setelah itu ku (Jibrail)
pergi mengadap hadrat Allah S.W.T., kerana memohonkan syafaat kepada-Nya, tetap, firman Allah
S.W.T. : "Aku tiada boleh menerima permohonan engkau pada mengampuni kepadanya, jika sebelum
malaikat Muqarrib itu menselawatkan kepada kekasih-Ku Nabi Muhammad S.A.W. 10 (sepuluh) kali,
kemudian ku (Jibrail) khabar kepadanya akan firman Allah S.W.T itu, lalu membaca ia selawat sepuluh
kali," dan dengan serta-merta Allah Taala mengurniakan kelebihan dan mengembalikan martabatnya
sebagaimana sediakala.

48
Siapa-siapa sakit atau dukacita ataupun kena bala atau berhajat hendak mendapat sesuatu perkara,
bacalah selawat beberapa kali, nescaya hilang kesusahan itu, dan memperoleh perkara-perkara yang
dihajatinya.

Selawat yang terpilih dan munasabah dibaca pada sesuatu hajat ialah:

Siapa-siapa membaca selawat yang tersebut itu 1,000 (seribu) kali ketika tengah malam kerana sesuatu
hajat, nescaya diperoleh apa-apa yang dihajatinya.

Selawat yang terlebih utama dibaca kerana menjauhkan bala dan mencapai sesuatu hajat ialah selawat

iaitu:

Selawat ini, siapa-siapa membacanya 4,444 (empat ribu empat ratus empat puluh empat) kali kerana
sesuatu hajat, nescaya diperoleh dengan segeranya.

Dan siapa-siapa membacanya 10 (sepuluh) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dikurnia kepadanya rezeki
yang banyak dan balasan yang berganda-ganda, umpama mendapat rezeki yang datang daripada segala
pihak bumi, dan yang turun dari langit.

Siapa-siapa membacanya 10 (sepuluh) kali, jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya
berkekalan selama-lamanya tiada merasai keputusan rezeki, dan mendapat martabat yang tinggi serta
kekayaan.

Siapa-siapa membacanya 41 (empat puluh satu) kali ketika tiap-tiap lepas sembahyang Subuh, nescaya
memperoleh apa-apa yang dicitainya.

Siapa-siapa sentiasa membacanya 100 (seratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya berhasil apa-apa yang
diusahakannya dan memperoleh sesuatu perkara lebih banyak daripada yang dihajatinya.

49
Siapa-siapa sentiasa membacanya 313 (tiga ratus tiga belas) kali pada tiap-tiap hari, kerana hendak
mendapat apa-apa perbendaharaan rahsia yang lebih tinggi atau yang lebih dalam, nescaya diperoleh
hajatnya.

Siapa-siapa membacanya 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari, nescaya beroleh pengurniaan Allah
S.W.T. yang tiada terperi banyaknya.

Siapa-siapa membacanya 41 (empat puluh satu) kali atau 1,000 (seribu) kali ataupun lebih lagi pada tiap-
tiap hari dengan syarat berkekalan selama-lamanya, nescaya dihapus oleh Allah S.W.T. akan
dukacitanya, dan terjauh daripada sekalian bala, dan mudah pada segala pekerjaannya, serta sentiasa
bercahaya-cahaya perkara batinnya, molek perangai, mewah rezekinya, diterima orang percakapannya,
walaupun pada membaiki sesuatu kaum dan siapa-siapa melihat nescaya kasih kepadanya dan
dimakbulkan oleh Allah S.W.T. akan sekalian permohonannya.

Siapa-siapa membaca selawat:

70 (tujuh puluh) kali, nescaya malaikat mendoa baginya dengan kata: "Hai fulan, mudah-mudahan
diturunkan rahmat kepada engkau oleh Allah S.W.T."

Siapa-siapa membaca selawat:

1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap malam mulai malam Jumaat hingga malam Jumaat hadapan, nescaya
beroleh apa-apa yang dihajatinya dengan segera dan berhasil sekalian maksudnya dunia akhirat.

**************************

FADILAT SURAH Al-QADR

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya : "Siapa-siapa membaca surah 100


(seratus) kali, nescaya terlukis pada hatinya nama Allah S.W.T. yang maha besar dan dimakbulkan
sekalian permohonannya."

Siapa-siapa membaca surah 1,000 (seribu) kali pada hari Jumaat, nescaya tiada sampai
ajalnya sebelum mendapat mimpi melihat Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya: "Adakah kamu berkehendak supaya Allah S.W.T.
mengawal akan kamu daripada iblis?" Jawab mereka itu: "Sememanglah kami berkehendak wahai

Rasulullah." Lalu bersabda Rasulullah: "Bacalah surah 3 (tiga) kali dan


doanya:

50
pada tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh sebelum bangun daripada tempat sembahyang
itu."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya : "Siapa-siapa membaca surah , ketika


sembahyang fardhu, nescaya terhadap baginya satu seruan yang berkata: "Wahai fulan: Sanya
mengampun oleh Allah Taala akan mana-mana dosa yang telah engkau perbuat, dan sekarang binalah
amalan engkau."

Siapa-siapa membaca surah yang tersebut itu dengan nyaring suaranya nescaya diberi baginya pahala
seumpama pahala orang yang berlawan dalam perang sabil, dengan menghunuskan pedangnya dan jika
dibaca perlahan-lahan diberi balasannya seumpama pahala orang yang berlumur dengan darah kerana
perang sabil.

Siapa-siapa membaca surah yang tersebut itu 10 (sepuluh) kali, mengampun oleh Allah Taala akan
seribu dosanya dan siapa-siapa membacanya ketika hendak musafir dan ketika keluar dari rumahnya,
nescaya selamat perjalanannya pergi balik.

Siapa-siapa membaca surah yang tersebut ketika mendaki bukit, nescaya terpelihara daripada syaitan,
dan siapa-siapa membaca ketika menaiki kenderaan nescaya selamat di atasnya dan ketika turunnya.

Siapa-siapa memegang ubun-ubun anaknya atau isterinya dengan membaca surah yang tersebut itu ke
atasnya nescaya memperlihat oleh Allah Taala kepadanya, bahawa anaknya dan isterinya itu membuat
perkara-perkara yang disukainya.

Siapa-siapa mengadap kiblat dan membaca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan Ayat Kursi dan surah

, kemudian berdoa apa-apa yang dihajatinya, nescaya dimakbulkan oleh


Allah S.W.T.

Siapa-siapa memegang ubun-ubun orang yang dikasihinya dan membaca surah

, nescaya ditunjuk oleh Allah Taala kepada orang itu, bagaimana hendak
membuat perkara-perkara yang disukai olehnya.

Siapa-siapa berkehendak sentiasa benar perkataannya amalkanlah membaca surah

Siapa-siapa membaca surah dan surah Al-Khafirun dan surah Al-Ikhlas 10


(sepuluh) kali pada air dan percikan kepada kain yang baharu, nescaya mendapatkan kehidupan yang
berkat selama masih ada kain itu.

51
Siapa-siapa membaca surah 41 (empat puluh satu) kali dan doanya:

41 (empat puluh satu) kali nescaya beroleh apa-apa yang dihajatinya.

Siapa-siapa membaca surah ketika pergi mengusahakan sesuatu


hajatnya, nescaya bersukacita masa kembalinya, dengan mendapat apa-apa yang dihajati.

Siapa-siapa menulis surah dan minum airnya, nescaya terpelihara


tubuhnya daripada perkara-perkara yang tiada disukai olehnya.

Siapa-siapa berkehendak mengetahui penghidupannya, tulislah surah


dan namanya serta nama ibunya dengan za'faran pada suatu punca kain, kemudian lipat dan letakkan di
atas dada ketika tidur nescaya diberi ketahui baginya pada masa tidurnya itu.

**************************

POHONLAH PETUNJUK DARIPADA TUHAN DENGAN JALAN NAFAS ILMU INI IALAH PAKAIAN
HULUBALANG DAN ORANG-ORANG SOLEH PADA BICARAKAN ILMU NAFAS

Nama-nama nafas:

Adalah pendeta pada ilmu nafas telah memberi fatwa bahawasanya nafas di liang hidung sebelah kanan
dan di liang hidung sebelah kiri adalah bermacam-macam jalan yang dibuat pengenalan dengan dia.

Ada pendeta menamakan nafas yang di sebelah kanan, hulubalang Allah dan nafas yang di sebelah kiri,
hulubalang Muhammad, dan ada pendeta menamakan nafas yang di sebelah kanan, matahari dan nafas
yang di sebelah kiri, bulan, dan ada juga pendeta menamakan nafas yang di sebelah kanan, ruh idhafi
dan yang di sebelah kiri, a'yan tsabitah, dan ada pendita menamakan nafas yang di sebelah kanan,
sejahtera dan nafas yang di sebelah kiri, bahaya.

Dan ada lagi nama-nama yang lain daripada yang tersebut itu maka tidaklah disebut di sini dengan
kerana tiada penggunaan yang banyak, hanya semata-mata hendak menjadi panggilan di antara
perkataan guru dengan murid-murid sahaja, apabila disebut matahari mengertilah nafas di sebelah
kanan, dan apabila disebut bulan, ialah nafas di sebelah kiri, demikian jua panggilan-panggilan di atas
yang lain lagi itu.

52
Jalan nafas keluar masuk dan gelaran- gelarannya:

Bahawa adalah jalan nafas yang keluar masuk di sebelah kanan dan kiri itu, iaitu lima pada sebelah
kanan dan lima pada sebelah kiri, iaitu:

Sebelah kanan:

Nafas digelar Abu Bakar

Yang pertama - Apabila keluar di sebelah bawah, digelar Abu Bakar dan istananya pada hati, dan
jikalau hampa berat (ada bernas sedikit-sedikit) tiadalah kesusahan atau kesakitan yang besar,
dan jikalau bernas benar (kuat benar bernasnya) itulah alamat akan beroleh harta yang banyak,
dan jikalau sedang bernasnya, pertengahanlah dapat harta dan jikalau sedikit sahaja bernasnya,
sedikit sahajalah dapat harta. Dan jika kita turun dengan nafas Abu Bakar, kerana hendak
mencari orang, kita akan bertemu orang yang kita berhajat itu, dan jika turun dengan nafas itu
niat hendak mencari barang-barang hilang hendaklah cari di hadapan dan di kiri kanan, sedikit
daripada perjalanan kita barang itu akan bertemu berhampiran dengan air atau di dalam air
atau di tempat-tempat rendah.

Nafas digelar Omar:

Yang kedua - Digelar Omar, istananya di limpa dan tempat keluarnya di juring hidung sebelah
kanan, jikalau keluarnya itu berasa kuat bernasnya ada juga sedikit-sedikit rezekinya, dan jikalau
tiada berasa kuat bernasnya, tiadalah rezekinya dan jikalau turun dengan nafas itu dengan niat
hendak mencari sesuatu atau hendak bertemu dengan orang, hendaklah cari di sebelah kanan,
tetapi sukar benar hendak dapat atau bertemu apa-apa yang kita berhajat.

Nafas digelar Osman:

Yang ketiga - digelar Osman istananya di paru-paru dan tempat keluarnya di susur juring sebelah
atas, dan jikalau keluarnya itu bernas benar, akan datang rezeki sedikit sebanyak daripada pihak
yang di atas seperti daripada raja-raja atau orang besar, atau daripada orang-orang yang jauh-
jauh. Dan jika ada orang yang berkhabar sesuatu, adalah perkhabaran itu setengahnya benar
dan setengahnya dusta. Dan jika kita mencari apa-apa barang, adalah barang yang kita cari itu
duduk pada tempat yang tinggi, dan jikalau orang hendak datang atau sudah datang berjumpa
dengan kita, alamat orang itu tinggi pangkatnya dan mulia kadarnya, atau handal pendirian
hidupnya.

Nafas digelar Ali:

Yang keempat - Digelar Ali, istananya di hempedu, tempat keluarnya tepi dinding hidung, dan
jika keluarnya kuat benar bernasnya, adalah pertengahan rezekinya dan jikalau turun hendak
bertemu dengan orang, boleh bertemu di atas rumah atau di atas tangga atau di hadapan
tangganya, jikalau kita turun dengan niat hendak mencari barang-barang hilang, bertemu
barang itu, tetapi ada kesusahan sikit hendak mendapat balik.

Nafas digelar Muhammad:

Yang kelima - Digelar Muhammad, istananya di jantung dan tempat keluarnya di tengah-tengah
liang hidung, inilah jalan yang terutama sekali bagi menyampaikan segala hajat yang kita citai
dan maha tinggi baiknya. Dan jika keluar nafas memenuhi alam hidung (ertinya kelima-limanya

53
keluar belaka) bahawa menunjuklah segala pekerjaan kita diperkenankan dan pada masa nafas
keluar semacam itu maha banyaklah kita akan dapat rezeki dan jikalau sekiranya hujan turun
ketika itu teramat lebat lagi besar butirnya, kiaslah atas nafas yang lain-lain lagi itu.

Dan sebelah kiri:

1. Yang pertama - Apabila keluar di sebelah bawah digelar Jibrail.


2. Yang kedua - Di juring sebelah kiri digelar Mikail.
3. Yang ketiga - Di Juring sebelah atas digelar Israfil.
4. Yang keempat - Di tepi dinding hidung digelar Izrail.
5. Yang kelima - Di tengah-tengah liang hidung digelar Fatimah.

Kelima-lima jalan nafas itu lebih kurang sama juga pengenalan sebagaimana jalan nafas sebelah kanan
juga, tetapi pada peredaran perjalanan sekalian hulubalang tiadalah dipakai atau digunakan bagi
melawan seteru. Sesungguhnya dipakai oleh mereka itu jalan nafas sebelah kanan sahaja, kerana nafas
yang di sebelah kiri itu dikirakan nafas yang bersemangat perempuan. Sungguhpun begitu ada juga
sedikit-sedikit orang menggunakan nafas yang di sebelah kiri itu. Diiktikadkan faedahnya serupa juga
dengan jalan nafas yang di sebelah kanan, bahkan dikatakan lebih baik lagi pada menjauhkan diri
daripada perkelahian.

Ada lagi dua pengenalan, iaitu yang pertama digelar nafas bisu atau digelar puteri berkurung, ialah tiada
memberi apa-apa perasaan pada keluar dan masuknya padahal kita bernyawa keluar dan masuk yang
keduanya rindu gaya panjang hingga ke tapak tangan, maka jika kita dapat nafas-nafas itu amatlah besar
faedahnya dan bagi yang pertamanya tidak dapat dipandang orang dan jika dapat dipandang pun tiada
dikenal dan bagi yang keduanya akan dapat rezeki yang banyak atau dapat kemuliaan, dan lain-lainnya
lagi faedahnya amat banyak.

Jalan hendak mengetahui kehendak kita sendiri:

Dan jikalau sekiranya kita hendak mengetahui apa-apa, hendaklah bertakbir Allahu Akbar tujuh kali,
kemudian hisap masuk nafas dan tahan selama tiga perempat daripada kita boleh menahankannya,
setelah itu lepaslah keluar dengan perlahan dan hisap masuk pula hingga genap tujuh kali, dan pada
tiap-tiap kali tahan nafas yang kita hisap masuk itu, hendaklah berniat apa-apa hajat, kemudian daripada
sempurna pekerjaan itu, hendaklah bersabar selama membaca sebanyak Bismillah empat puluh satu
kali, setelah itu bolehlah rasa di mana duduknya nafas itu, misalnya nafas duduk di Abu Bakar atau di
Jibrail, dapatlah apa-apa yang kita berniat itu sebagaimana pendapatan Abu Bakar atau Jibrail itu juga
kiaslah kepada yang lain-lain lagi.

Kalau ditanya apa-apa hajat:

Kalau sekiranya ada orang bertanya kita sesuatu hajat atau perkara dan diminta hendak mengetahui
lebih kurang pada waktu itu juga, maka hendaklah kita menimbang pertanyaan itu dengan berniat
mengikut apa-apa perkataannya, misalnya ditanya berkenaan kehilangan mata benda atau lainnya, bila
habis pertanyaannya hendaklah rasa nafas, selalu kalau kita dapati nafas bernas, insyaAllah akan
bertemu benda yang hilang atau lainnya itu dan jika nafas hampa berat, susah sedikit hendak mendapat
balik atau hendak mimpikan hajatnya, kalau dapat balik atau sampai hajatnya pun lebih kurang setengah
sahaja, dan jika nafas hampa layang, tiada boleh dapat apa yang dihajatinya.

54
Jalan hendak mengetahui perkara-perkara yang besar yang akan berlaku:

Apabila hendak mengetahui sesuatu perkara pekerjaan yang besar-besar seperti hendak mengetahuikan
hal ehwal diri sendiri atau orang lain atau apa-apa pekerjaan, hendaklah takbir Allahu Akbar tujuh kali
pada mulai masuk Zohor, tiap-tiap kali takbir hendaklah berniat dalam takbir itu apa-apa hajat, lepas itu
rasalah nafas di mana duduknya sama ada di sebelah kanan ataupun di sebelah kiri hendaklah ingat. Dan
apabila jatuh matahari hendaklah takbir pula tujuh kali, dan berniat sebagaimana yang sudah berniat
pada waktu Zohor itu juga setelah itu rasa pula nafas di mana duduknya, dan waktu hendak rebah tidur
yang biasa hendaklah takbir pula tujuh kali dan berniat seperti dahulu juga, maka rebahlah tidur jangan
mengiring ke kiri atau ke kanan. Dan bila tetap belakang di tempat tidur, hendaklah rasa nafas di mana
duduknya, misalnya didapati nafas waktu Zohor dan ketika Maghrib di sebelah kanan, dan ketika rebah
tidur di sebelah kanan dan pada ketika jaga dan bangun pada pagi besok pun ada di sebelah kanan juga,
Inilah alamat akan dapat apa-apa hajat - dikehendakkan demikian itu berturut-turut tiga hari tiga
malam, insyaAllah Taala sempurnalah segala cita-cita dengan tiada sedikitpun kesusahan, dan jika ketika
Zohor di kanan dan ketika Maghrib di kiri dan ketika tidur di kiri juga dan ketika bangun di kanan, itu
alamat dapat juga, tetapi pada pertengahan terkena kepayahan yang amat sangat, pendeknya pada
pagi-pagi hari ketika jaga dan bangun ada nafas di sebelah kanan, menunjuklah hasil apa-apa maksud,
dan jika jaga pagi bangun daripada tidur nafas di sebelah kiri, menunjuklah tiada sampai apa-apa
maksud, dan pada setengah pendita berkata inilah jalan yang baik (dapat apa-apa dengan lemah
lembut).

Jika sekiranya tiada masa bagi kita menimbang sampai tiga hari tiga malam berturut-turut boleh juga
dipakai dua malam atau satu malam sahaja, tetapi tiadalah berapa sah sama ada sampai hajat dengan
sempurna atau tiada.

Petua pendeta bersyahadah pada tiap-tiap pagi dan petang:

Dan ada lagi satu pendeta memfatwakan pada tiap-tiap hari ketika mulai bangun tidur hendaklah
bersyahadah tiga kali iaitu:

Setelah itu baca: Bismillahirrahmanirrahim, akulah sebenar-benar Muhammad bukan aku yang berkata
Muhammad, yang sebenar-benar Muhammad yang berkata, dahulu roh kemudian jasad, hari inilah
bapaku, binasa siang ini, binasalah aku, kalau tidak binasa siang ini, sekali-kali tak binasalah aku wujud-
Mu wujud aku, wujudku sewujud dengan-Mu, ghaiblah aku di dalam kandungan kalimah:, La ilaha

illallah hu ( ), lenyaplah aku di dalam kandungan kalimah: La ilaha illallah hu (

), kandunglah hai bapaku akan nur-nur Muhammad, maka hendaklah masukkan


nafas kita perlahan-lahan ke dalam fuad (hati) hingga penuh, kemudian lepas keluar perlahan-lahan
juga.

Pada ketika mulai jatuh matahari hendaklah bersyahadah pula seperti sebelah pagi juga, dan baca:
Bismillahirrahmanirrahim, serta berkata sebagaimana perkataan di atas juga, tetapi hendaklah tukar
perkataan "siang" itu dengan perkataan "malam" dan perkataan "bapaku" itu dengan perkataan "ibuku"
dan hendaklah mulai membaca dan memakai pada pagi hari Isnin sebelum purnama bulan, serta jadikan

55
amalan pada tiap-tiap pagi dan petang bersyahadah membaca "Bismillahirrahmanirrahim" hingga akhir
segala perkataan itu, insyaAllah Taala tiadalah kita binasa dengan peliharaan Allah.

Empat perasaan nafas di kiri dan di kanan:

Nafas yang di sebelah kanan dan kiri ada empat perasaan:-

1. Yang pertama - Jarum sepucuk, tempat keluarnya di tengah-tengah liang hidung dan rasanya
seperti jarum sepucuk halus lagi keras.
2. Yang kedua - Butir lada, tempat keluarnya di tengah-tengah liang hidung juga dan rasanya
berbutir seperti butir lada, kuat serta berasa berat tempohnya.
3. Yang ketiga - Pitis sekeping, keluarnya penuh liang hidung kanan atau kiri, dan setengah pendita
berkata, bahawa nafas pitis sekeping itu ada belaka: Muhammad, Abu Bakar, Omar, Osman dan
Ali, itulah sebenar-benarnya gelaran pitis sekeping.
4. Dan yang keempat - Nafas bisu atau puteri berkurung atau rindu kaya, ketika keluar masuknya
tiada berasa apa- apa walaupun sedikit.

Faedah empat perasaan nafas:

Tuah dan nasib empat perasaan itu, jika bertemu jarum Faedah empat sepucuk tiada berlawan, ialah
yang terutama sekali dan perasaan nafas sempurna segala hajat, dan jika berkekalan sampai tiga hari
tiga malam, atau tujuh hari tujuh malam ialah seorang yang bertuah di dalam peredaran hidupnya, dan
jika bertemu dengan nafas butir lada pada ketika itu kita jadi kebal, dan anggota kita akan bertambah
kuat, dan gagah kuasa ialah yang bernasib baik, dan jikalau bertemu dengan nafas pitis sekeping pada
masa itu kita jadi pelias, dan terpelihara daripada ditempuh orang atau binatang, dan terpelihara
daripada kecederaan, dan jika bertemu dengan nafas bisu atau rindu kaya, mudah di dalam tiap-tiap
pekerjaan kita - bahawa kedua-dua nafas ini alamat maha baik.

Pesanan pendeta nafas terlampau panas dan sejuk:

Telah dipesan oleh tiap-tiap pendeta, bahawa nafas yang berasa panas lebih daripada biasa itu kita akan
berdarah, dan jikalau nafas itu sejuk, menunjuklah kita akan lemah atau sakit. Dan jika nafas itu
berhampa berat sampai jua sedikit-sedikit maksud tetapi tiada sempurna, dan jika nafas berhampa
layang menunjuklah tiada hasil apa- apa hajat. Dan selagi nafas ada berasa bernas walaupun di dalam
sakit yang berat insyaAllah ada lagi rezeki kita di dalam dunia.

Sesungguhnya diperingatkan perjalanan nafas pada suatu ketika atau sekali atau beberapa kali sehari,
atau pada seminggu dua atau tiga kali, atau dalam masa empat puluh satu hari, dua tiga hari datang
sekali kesusahan nafas, iaitu menangis boleh terdengar kepada telinga kita sendiri keadaannya itu,
padahalnya kita ada di dalam sihat, tidak selsema, tidak sakit, tidak tumpat hidung dan tidak berhingus,
hal ini hendaklah kita beringat benar-benar itulah alamat akan datang bencana yang panjang dan
bahaya yang besar atau kesusahan yang teramat banyak kepada kita, atau kepada ahli kampung kita
atau kepada isi negeri sekalian, ialah seperti kedatangan penyakit cerah atau demam yang berat dan
lainnya, daripada segala yang mendatangkan huru-hara yang besar, maka hendaklah kita bersungguh
berdoa minta Allah S.W.T. menjauhkan kita dan sekalian ahli kampung dan isi negeri daripada segala
bala dan wabak dan hendaklah kita bersedekah kepada fakir dan miskin pada tiap-tiap hari selama kita
kuasa membuatnya, mudah-mudahan Allah S.W.T. memasukkan kita ke dalam peliharaan-Nya dan
mengurniai petunjuk kepada kita supaya terlepas kita sekalian daripadanya.

56
Alamat hendak terkena kesusahan nafas bergilir-gilir:

Jika kita hendak terkena kesusahan, apa-apa atau hendak datang seteru, atau perbuatan yang
menyusahkan kita, tak dapat tiada nafas kita bergilir-gilir sebentar di kiri dan sebentar di kanan, serta
berkemera pula, hendaklah kita menjaga diri, dan berikhtiar melepaskan diri kita daripada bertemu
dengan kesusahan itu, dan sungguhpun nafas kita bergilir-gilir menunjukkan susah, tetapi kalau kuat
bernas insyaAllah kesusahan-kesusahan itu tiada boleh mencederakan kita dan jikalau sekiranya kita
tengok ribut atau pokok awan yang kita boleh fikir hujan akan datang jika nafas tak berasa susah
nyatalah hujan itu tidak datang, kalau datang pun sedikit sahaja, dan jika nafas susah hujan itu akan
sampai, dan jikalau rumah di kampung- kampung atau di bandar hendak terbakar atau hendak datang
bah besar - sekurang-kurangnya tiga hari terlebih dahulu daripada masa hendak berlakunya, kita telah
mendapat alamat nafas bergilir-gilir sebagaimana yang tersebut di atas itu juga.

Jika kita duduk jauh dengan kampung atau rumah tangga, tiba-tiba terdatang kesusahan nafas, dan hati
kita pada ketika itu, teringat kepada hal ehwal di rumah atau di kampung atau anak buah kita atau
lainnya, maka hendaklah rasa baik-baik nafas itu bernas atau bekemera atau hampa, dan jika bernas
tiadalah apa-apa dan jika berkemera ataupun hampa, menunjuklah ada kesusahan, banyak atau sedikit
mengikut kadar keelokan dan kehodohan nafas itu.

Petua hendak turun berjalan:

Apabila kita hendak turun berjalan hendaklah cari nafas yang baik yang di sebelah kanan atau di sebelah
kiri, dan adalah makna nafas yang baik itu iaitu bernas serta tidak berkemera, insyaAllah sampailah
segala hajat mengikut kadar bernasnya dan sejahteralah daripada segala bahaya, dan jikalau sekiranya
nafas kurang bernas dan berkemera - kita turun juga pada ketika itu sukarlah segala pekerjaan dan tidak
diambil berat atau hirau sangat apa-apa perkataan kita oleh orang, dan jika turun dengan nafas yang
berkemera atau yang hampa - semua pekerjaan tiada berjaya dan tiada pula dapat apa-apa hajat kita.

Nafas yang hampa itu ada setengah pendeta berkata adalah seperti asap kalau datang seteru pada
ketika itu sampailah kepada tubuh kita.

Jalan-jalan supaya menjadikan anggota kebal dan timbul:

Apabila kita berhajat hendak menjadikan anggota kita kebal dan timbul boleh menahan apa-apa
perbuatan seteru, hendaklah kita gontel nafas dengan ibu jari dan telunjuk sehingga berasa berbutir-
butir lebih kurang seperti lada hitam, dan apabila kita dapat seperti itu, hendaklah memenuhkan alam
diri hingga sampai tujuh kali dan pada kali yang kemudian sekali, hendaklah kita tahan jangan beri keluar
nafas itu, dan jika kita berasa penuh tumpat dan tidak pula berasa bocor atau pecah di mana-mana -
insyaAllah tiadalah apa-apa yang boleh mudaratkan diri kita.

Jalan-jalan hendak mengenalkan budak yang baharu zahir (belum dilihat) dan tuah nasibnya:

Jikalau kita ada di mana-mana, tiba-tiba datang perkhabaran mengatakan si fulan itu beranak, jika nafas
di kanan budak itu laki-laki dan jika nafas di kiri, budak itu perempuan dan tuah nasib budak itu
tengoklah keras lembut dan bernasnya, jika keras dan bernas menunjuklah budak itu baik qadarnya, dan
jika hampa berat menunjuklah budak itu kehidupannya, tiada lebih daripada kebanyakan orang, dan jika
hampa layang ataupun berasap alamatnya budak itu tiada boleh kesenangan sebagaimana kebanyakan
orang.

57
Hendak mencari atau menurut orang:

Apabila kita hendak pergi mencari atau menurut orang, hendaklah nafas kita berada di sebelah kanan,
dan di sebelah kiri (berganding) lebih kurang berat sedikit di sebelah kanan serta ada bernas, turunlah
pergi, insyaAllah kita akan berjumpa dan tak usahlah takut kejahatannya.

Kita tengah berjalan nafas lebih kurang sama berat:

Jikalau kita tengah berjalan atau berhenti daripada perjalanan tiba-tiba kita berasa nafas sama berat,
akan bertemu dengan seteru atau seorang yang bengis, dan pada ketika berjumpa hendaklah kita lalu
atau duduk tindih nafas kita kepada pihaknya, demikian juga pada masa kita berkelahi hendaklah kita
berkata pada ketika itu: Ya hayyu, Ya Qayyum, hai tuhanku pelihara olehmu akan daku daripada segala
kejahatan seteruku, bahawa engkau ada sertaku," katalah beberapa kali, insyaAllah selamatlah kita
daripada kejahatan seteru.

Bertemu dengan orang hendak pergi mencari ikan atau lainnya:

Jika kita bertemu dengan orang yang hendak mencari ikan seperti mengail, memukat, menjala dan
sebagainya, nafas kita ada pada Abu Bakar, kalau kuat bernasnya banyaklah dapat ikan, dan mata
kailnya tersangkut di bibir mulut ikan sebelah bawah dan kebanyakan ikannya jantan belaka, dan jika
nafas di Omar atau di Usman atau di Ali kalau bernas benar-benar, ada dapat juga ikan tetapi tidak
banyak ialah mengikut kadar bernas jua, dan jikalau hampa berat atau hampa layang, tidaklah mendapat
ikan, jikalau bertemu dengan ikan pun boleh tengok sahaja, demikian jua nafas di sebelah kiri tetapi
kebanyakan ikannya betina belaka, hendaklah kiaskan lagi pada lain-lain hal dan pekerjaan dan
pendapatannya.

Rasa nafas waktu hendak tidur:

Sebagai lagi pada ketika kita hendak tidur, jika ada berasa keras di sebelah kanan, hendaklah kita tidur
tindih kanan, dan jika berasa keras di sebelah kiri, hendaklah tidur tindih kiri. Dan jika hendak bangun,
hendaklah bangun dengan nafas yang kita tidur itu juga.

Perkhabaran yang datang kepada kita:

Jikalau datang orang laki-laki membawa apa perkhabaran, dan pembawa khabar itu ada di sebelah
kanan dan nafas kita pun di sebelah kanan juga, menunjuklah perkhabaran itu benar, dan jika orang itu
di sebelah kiri menunjuklah perkhabaran itu dusta.

Dan jika orang perempuan membawa khabar apa-apa, nafas di sebelah kiri, dan perempuan itu ada di
sebelah kiri juga, menunjuklah perkhabaran itu betul, dan jika perempuan itu ada di sebelah kanan,
menunjuklah perkhabaran itu dusta, tetapi ada setengah pendeta berkata tiap-tiap datang perkhabaran
kepada kita sama ada daripada laki-laki atau perempuan hendaklah rasa baik-baik, dan jika cukup
bernas, menunjuklah perkhabaran itu betul semuanya dan jika setengah sahaja bernas, menunjuklah
perkhabaran itu setengah sahaja yang betul dan setengahnya dusta, dan jika sedikit sahaja bernas,
menunjuklah sedikit sahaja perkhabaran itu betul, banyak yang dusta, dan jika hampa semuanya
sedikitpun tidak bernas, menunjuklah perkhabaran itu semua dusta.

58
Simpan nafas ke dalam fuad:

Jika kita bertemu nafas yang baik, hendaklah kita kirim kepada fuad dengan perkataan: “Ya Hu, Ya man
Hu”, apabila berkehendak nafas yang kita kirim di fuad (had) itu keluar hendaklah berniat minta nafas
yang baik itu keluar dengan perkataan: “Ya Hu, Ya man Hu” juga.

Siapa-siapa hendak memakai ilmu nafas:

(Fatwa) bagi sesiapa yang hendak memakai ilmu ini, hendaklah menyempurnakan segala pesanan
bagaimana di bawah ini:-

1. Yang pertama - Taubat segala dosa.


2. Yang kedua - Menjauhkan diri daripada segala maksiat.
3. Yang ketiga - Memeliharakan lidah daripada bercakap dusta, dan apabila kita bercakap dusta
dengan mana-mana jalan sekalipun akan jadi baka yang menarikkan nafas kepada jalan yang
mungkar, pada sekali berdusta, akan jadi beberapa kali mungkar.
4. Yang keempat - Hendaklah berserah kepada Allah S.W.T. segala pekerjaan dan gerak diam kita.
5. Yang kelima - Hendaklah berpegang dengan kuat bahawa Allah ada berserta kita di mana-mana
kita ada, dan mengurniai petunjuk kepada kita pada segala pekerjaan zahir dan batin.
6. Yang keenam - Hendaklah sentiasa berzikir: Allah Hu, inilah perkataan berhajat kepada ahli yang
boleh mengijazahkannya.
7. Yang ketujuh - Berzikir hendaklah berkekalan, dikecualikan mata jenera (tidur nyenyak).
8. Yang kelapan - Sentiasa ada air sembahyang pada tubuh.
9. Dan yang kesembilan - Memeliharakan diri daripada makan dan minum harta yang tiada halal,
dan apabila kita dengan keadaan yang demikian, nescaya sampailah kita kepada martabat yang
tinggi.

Dan lagi hendaklah ingat pada tiap-tiap pagi atau waktu jaga daripada tidur hendaklah takbir, Allahu
Akbar, tujuh kali, istimewa pula pada ketika naik matahari dan ketika jatuhnya.

Beramal dalam masa empat puluh satu (41) hari:

Siapa-siapa hendak memakai ilmu nafas, hendaklah beramal dalam masa empat puluh satu hari, pada
malam sahaja atau pada siang sahaja, atau pada malam dan siang mulai daripada hari Isnin atau pada
malamnya, sebelum bulan purnama, kerana mencari pengenalan dan pengecaman yang tentu pada tiap-
tiap jalan nafas yang lima dan nafas bisu, terutama sekali terlebih dahulu daripada kita hendak mencari
dan mengenal itu, hendaklah mendahului sembahyang sunat hajat dua rakaat lepas daripada
sembahyang fardhu dikecualikan sembahyang Asar dan Subuh, dikehendakkan sembahyang sunat
terlebih dahulu dan kedudukan kita mengamalkannya hendaklah mengadap kiblat dengan bersila (tidak
bertimpuh) dan kedudukan tubuh kita betul atau condong sedikit ke pihak hadapan dan berniat minta
Tuhan menunjukkan jalan nafas yang lima dan nafas bisu yang keluar masuk di kedua-dua alam hidung
itu, dan setelah berniat hendaklah kita berzikir, “Allah Hu, Allah Hu”, sekurang-kurangnya tujuh puluh
kali atau seratus kali, dan pada tiap-tiap dua puluh kali kita berzikir hendaklah kita rasa di mana nafas
duduk dan apabila genap berzikir bolehlah beredar makan minum dan membuat apa-apa pekerjaan,
setelah genap empat puluh satu hari, hendaklah kita keluar daripada amalan itu dengan memberi
sedekah sedikit atau banyak kepada fakir miskin.

59
Ilmu nafas amatlah panjang dan luas peredarannya:

Telah berkata dan berpesan sekalian pendeta, bahawasanya pengenalan dan pengetahuan ilmu nafas
itu, teramatlah panjang dan luas peredarannya yang boleh dapati daripadanya. Maka dengan sebab itu
tiadalah diberi fatwa tiap-tiap satu perkara dengan secukupnya, hanya diberi fatwa kadar menjadikan
ibu pengenalan sahaja dan bagi mendapatkan tiap-tiap satu pengenalan dengan panjang dan luas itu
hendaklah dengan timbangan dan pengecaman sendiri, maknanya pada tiap-tiap hari dan malam
hendaklah kita menaruh peringatan dengan terangnya apa-apa nafas yang berlaku pada siang dan
malam itu sama ada baik atau jahat, dan jikalau sekiranya terkeluarlah nafas sebagaimana yang telah
sudah kita perhati dan cam itu pada mana-mana masa yang lain, faedahnya atau kejadiannya insyaAllah
tiada mungkir lagi daripada apa-apa yang kita sudah ketahui dalam masa yang telah lalu itu.

Pesanan:

Ingat-ingat, hendaklah amal dan pakai dengan cermat menimbangkan tiap-tiap perkara itu, mudah-
mudahan dapat petunjuk daripada Tuhan Yang Maha Kuasa melakukan kudrat dan iradat di atas tiap-
tiap suatu.

"Wallahua'lam"

**************************

AYAT TUJUH

Kata Ka'ab al-Akhbar R.A., "Tujuh ayat daripada kitab Allah bila kubacakan dia, tidak kuendahkan apa-
apa, hingga terbalik bumi sekalipun lepas aku dengan izin Allah, dan kata Saidina Ali R.A., siapa
menjadikan tujuh ayat ini wirid pagi dan petang, selamatlah daripada kebinasaan masa kedatangan bala,
serta bersepakailah dengan pakaian peliharaan Allah daripada tipu daya seteru, iaitu:-

60
FADILAT SURAH AL-KAUTSAR ( )

Siapa-siapa membaca surah nescaya dapat minum air sungai yang


mengalir dalam syurga dengan kurnia Allah Taala.

Siapa-siapa beramal dengan bersungguh-sungguh membaca surah


nescaya lembut hatinya, dan sentiasa taat dan khusyuk kepada Allah S.W.T.

Siapa-siapa membaca surah 100 (seratus) kali pada mata air yang tiada
berapa mengalir, serta kurang airnya nescaya menjadi banyak air itu.

61
Siapa-siapa membaca surah pada air mawar dan sapukan airnya ke
mata pada tiap-tiap hari, nescaya bertambah-tambah terang pandangannya dan selamat daripada sakit.

Siapa-siapa membaca surah pada suatu rumah yang kena sihir serta
tiada diketahui di mana benda yang dijadikan penyihir itu diletakkan, nescaya tiada jadi mudarat
kepadanya sihir itu, dan ditunjukkan oleh Allah Taala kepadanya akan tempat yang diletaknya.

Jika ditulis surah dengan manisan madu pada suatu bijana yang bersih
dan dicampur ke dalam makanan orang-orang yang tiada mahu berbuat kebajikan, umpama tiada suka
puasa, bersedekah dan menolong orang yang kena kesusahan, kemudian diberi makan akan dia, nescaya
dibuka oleh Allah Taala akan hatinya pada membuat kebajikan dan terbuang daripadanya perkara-
perkara yang kekejian.

Siapa-siapa hendak terkena jel, bacalah surah 71 (tujuh puluh satu) kali,
mudah-mudahan dapat terlepas daripadanya dengan izin Allah S.W.T.

Siapa-siapa membaca surah 300 (tiga ratus) kali pada tempat yang
sunyi dengan niat hendak mendapat kemenangan di atas seterunya, nescaya ditolong akan dia oleh
Allah Taala pada menyempurnakan hajatnya.

Siapa-siapa membaca surah 300 (tiga ratus) kali kerana bermaksud


hendak melepaskan orang daripada penjara atau daripada pendakwaan, nescaya beroleh apa-apa yang
dimaksud itu.

Siapa-siapa membaca surah 1,000 (seribu) kali kerana suatu hajat,


nescaya berhasil dengan segera.

**************************

FADILAT SURAH AD-DHUHA

Siapa-siapa membaca surah 7 (tujuh) kali ketika terbit matahari, dan ketika jatuhnya,
nescaya tiada datang kepadanya kebinasaan dan apa-apa pun tiada dapat lari melepaskan diri
daripadanya, terpelihara rumahnya daripada pencuri dan taun, serta dijadikan Allah Taala di keliling
rumahnya itu suatu kota besi pada pemandangan pencuri atau orang jahat yang hendak memasukinya.

62
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya "Siapa-siapa keciciran atau kehilangan barang- barang atau ada siapa-
siapa melarikan diri daripadanya hendaklah sembahyang sunat Dhuha, pada hari Jumaat sebanyak lapan

rakaat, lepas daripada sembahyang baca surah 7 (tujuh) kali, dan berdoa:

Dan jika sembahyang itu kerana harta orang lain, hendaklah sebut nama tuannya tukar pada tempat “

” iaitu umpama:

nescaya dapat balik barang-barang dan kembali yang lari itu.

Siapa-siapa beramal membaca surah 40 (empat puluh) kali sehari selama empat puluh hari
dan doanya:

nescaya diperintahkan Allah Taala orang datang mengajar hikmat-hikmat padanya iaitu pada waktu
jaganya ataupun dengan jalan mimpi.

**************************

FADILAT SURAH ALAM NASYRAH ( )

Siapa-siapa membaca surah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang


fardhu, nescaya hilang dukacitanya dan mengurnialah oleh Allah S.W.T. akan rezekinya dengan
beberapa banyak.

Siapa-siapa sentiasa banyak membaca surah nescaya mudah mendapat


rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya malas.

Siapa-siapa membaca surah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas


sembahyang nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan memudah oleh Allah S.W.T. akan rezekinya.

63
Siapa-siapa membaca surah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas
sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia oleh Allah S.W.T. kepadanya
kekayaan.

Siapa-siapa susah pada sesuatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan kaifiat yang tersebut di
bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:-

1. Sembahyang sunat dua rakaat.


2. Pada tiap-tiap rakaat baca Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah).
3. Lepas sembahyang duduk mengadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan

Allah S.W.T., dan baca surah sebanyak bilangan hurufnya,


iaitu:-

4. Sesudah membaca surah , pohonkanlah apa-apa yang dihajati


daripada Allah S.W.T.

Siapa-siapa membaca surah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari
ketika matahari naik (waktu dhuha) nescaya memperlihat oleh Allah S.W.T. kepadanya perkara-perkara
yang ajaib-ajaib.

Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah surah 700 (tujuh ratus)


kali atau 1,000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya nescaya beroleh apa-apa
yang dihajati.

Siapa-siapa menulis surah pada suatu bekas dan hapuskannya dengan


air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.

Setengah daripada khasiat surah itu ialah dibaca kerana jadi ubat
demam, dengan kaifiat:-

1. Ambil seurat benang daripada kulit kayu dan bacakan surah .


2. Tiap-tiap ketika baca huruf "Kaf" daripadanya simpullah benang itu sekali, hingga cukup jumlah
semuanya tujuh kali simpul.
3. Kemudian ikatkan benang itu ke tangan orang yang demam pada pergelangannya yang di
sebelah kiri.

Siapa-siapa benak menghafal, tulislah surah dan minum airnya


bersama- sama menelan air liur ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut nescaya mudah
ingat apa-apa yang dihafalnya, dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, tetapi
yang baiknya ialah pada masa yang tersebut.

64
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah , akan
dikurniakan kepadanya kelebihan umpama orang yang datang menyukakan hatiku ketika aku duduk di
dalam kedukaan."

**************************

FADILAT KALIMAH AT-TAUHID

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya "Siapa-siapa membaca dua kalimah syahadah iaitu:

dengan yakin bahawa sesungguhnya tiada ada disembah


yang lain daripada Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh-Nya serta menunai akan hak-hak kalimah
syahadah itu iaitu dengan menjunjung membuat perintah Allah dan menjauhi apa-apa larangan-Nya,
nescaya mejauhkan dia oleh Allah S. W. T. daripada api neraka."

Sabda rasulullah S.A.W. ertinya: "Iman yang terlebih afdal ialah ketahui dan ingat bahawasanya Allah
Taala itu sentiasa ada berserta engkau walau ke mana-mana engkau pergi."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca kalimah

100 (seratus) kali nescaya dibangkitkan dia pada hari


kiamat dengan rupa yang molek umpama bulan purnama."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Seafdal-afdal perkataanku dan perkataan sekalian nabi-nabi yang

terdahulu daripada aku, ialah kalimah .

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa mati di dalam masa iktikad yang tidak putus pada kalimah

dengan yakin tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah,
nescaya masuk syurga."

**************************

FADILAT YAASIN

Sabda Rasulullah SA.W. ertinya: "Surah Yaasin ialah hati bagi Quran, dan siapa-siapa membacanya
kerana menilik kepada balasan akhirat nescaya diampunkan dosanya oleh Allah S.W.T., dan juga bacalah
surah Yaasin itu pada orang-orang yang mati."

Sabda Rasulullah SA.W. ertinya: "Tiap-tiap suatu itu ada mempunyai hati, begitu juga Quran iaitu hatinya
surah Yaasin, maka siapa-siapa membacanya, nescaya ditulis akan pahalanya sebanyak sepuluh kali baca
Quran."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa membaca surah Yaasin kerana Allah Taala pada mana-mana
malam, nescaya diampunkan dosanya oleh Allah S. W. T. dan bacalah surah Yaasin pada orang-orang
yang mati daripada kamu."

65
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sentiasa membaca surah Yaasin jadi wiridnya pada tiap-
tiap malam hingga sampai ajalnya, nescaya beroleh mati syahid."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Yaasin pada tiap-tiap malam nescaya
diampunkan dosanya oleh Allah S.W.T. pada paginya."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Yaasin dengan niat yang bersungguh-
sungguh mengadap Allah Taala, nescaya diampunkan dosanya oleh Allah Taala, mengurnia pahala yang
berganda-ganda kepadanya, seumpama membaca Quran dua puluh dua kali khatam."

Siapa-siapa daripada orang muslim yang dibacakan kepadanya surah Yaasin ketika Malakulmaut
berbetulan turun hendak mengambil nyawanya, nescaya datang sertanya beberapa malaikat yang lain
sepuluh kali ganda daripada sekalian huruf surah Yaasin itu dan semua mereka itu berdiri bersaf-saf di
hadapan dengan mengucap selawat dan memohonkan ampuni baginya dan hadir mereka itu ketika
dimandikannya dan sembahyang mereka itu akan dia dan mengiring ke kubur hingga selesai
dikuburkannya.

Siapa-siapa membaca surah Yaasin, nescaya menolong baginya dua puluh orang saksi dan siapa-siapa
yang mendengarnya, dikurnia kepadanya pahala umpama orang yang mensedekahkan seribu dinar
kerana fisabilillah.

Siapa-siapa menulis surah Yaasin dan minum airnya, nescaya masuk ke dalam rongganya seribu macam
ubat, dan seribu nur, seribu berkat dan seribu rahmat, dan keluar dari dalamnya sekalian penyakit-
penyakit dan kejahatan-kejahatannya.

Siapa-siapa membaca surah Yaasin ketika Subuh, nescaya sentiasa beroleh sukacita pada siangnya dan
apabila dibaca ketika petang, beroleh sukacita pada malamnya hingga sampai Subuh.

Tersebut pada hadis: "Baca olehmu akan surah Yaasin dan di dalamnya ada dua puluh berkat, dan jika
dibaca oleh orang yang lapar, nescaya jadi kenyang dan jika dibaca oleh orang yang tiada mempunyai
pakaian bagi menutup auratnya, nescaya mendapat ia, dan jika dibaca oleh orang yang tiada beristeri,
nescaya mendapat akan dia, dan jika dibaca oleh orang yang takut, nescaya hilang ketakutannya dan jika
dibaca oleh orang yang terkena kurung, nescaya terlepas daripadanya, dan jika dibaca oleh orang yang
musafir, nescaya dapat pertolongan di dalam perjalanannya, dan jika dibaca orang yang kehilangan
harta bendanya, nescaya dapat balik benda yang hilang itu, jika dibaca pada mayat, mudah-mudahan
diringankan azabnya, dan jika dibaca oleh orang yang dahaga, nescaya hilang kedahagaannya, dan jika
dibaca oleh orang yang sakit nescaya sembuh kesakitannya."

Tersebut pada hadis rasulullah S.A.W.: "Surah Yaasin itu jika dibaca pada sesuatu hajat, nescaya
diperoleh apa-apa yang dicitainya."

Siapa-siapa membaca Yaasin hingga sampai kepada ayat ke-13:

kemudian berdoa apa-apa maksud, nescaya makbul doanya itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Yaasin pada mana-mana waktu, nescaya
terpelihara dirinya daripada dosa pada hari itu."

66
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Sanya di dalam Quran itu ada suatu surah, namanya surah Yaasin, dan
surah itu mensyafaatkan bagi siapa-siapa yang membacanya dan menentukan ampuni bagi orang yang
mendengarnya."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa yang beriman membaca surah Yaasin dan surah Ad-
Dukhan, pada malam hari dengan niat mengharap kurnia Allah Taala, nescaya diampunkan dosa-
dosanya oleh Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat dan
membaca pada rakaat yang pertama kemudian daripada Al-Fatihah, surah Yaasin dan pada rakaat yang

kedua surah (Al-Mulk), nescaya mengurnia oleh Allah Taala baginya


nur sebanyak huruf daripada surah yang dibacanya dan sekaliannya menuju kepadanya, dan akan
menerima suratan amalan dengan tangan kanan, dan mudah-mudahan terlepas daripada neraka."

Siapa-siapa membaca surah Yaasin 7 (tujuh) kali atau 21 (dua puluh satu) kali, ataupun 41 (empat puluh
satu) kali ketika bermaksud kepada sesuatu, nescaya berhasil maksudnya itu.

Siapa-siapa membaca surah Yaasin 7 (tujuh) kali dengan kaifiat yang tersebut di bawah ini pada
menghasilkan hajatnya, nescaya beroleh yang dihajatnya itu, iaitu:-

1. Pada permulaannya baca Yaasin tujuh kali.

2. Apakala sampai kepada ayat 38: , baca empat belas kali.

3. Apakala sampai kepada ayat 58: , baca enam belas kali.


4. Apakala sampai kepada ayat:

,
baca empat belas kali.

Siapa-siapa menulis surah Yaasin 7 (tujuh) kali, dengan air mawar yang bercampur za'faran pada sesuatu
bijana, dan minum airnya tujuh pagi berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang didengarnya dan
boleh kesukaan di dalam perbahasan dan besar darjatnya.

Siapa-siapa menulis surah Yaasin dengan kasturi yang bercampur za'faran dan minum airnya, nescaya
mudah menghafal apa-apa yang dipelajarinya.

Jika ditulis surah Yaasin dengan kasturi yang bercampur za'faran, kemudian dihapuskan dengan air dan
beri minum kepada perempuan yang menyusukan kanak-kanak, nescaya anak yang menyusu
daripadanya itu mendapat susu yang mengenyangkan, lagi menjadi ubat baginya.

Jika ditulis surah Yaasin dan surah Al-Fatihah , surah Al-Alaq dan surah An-Nas, pada suatu bekas
kemudian, dihapuskan dengan air hujan dan beri minum kepada orang sakit dengan membaca:

ketika hendak minumnya, nescaya sembuh


penyakitnya.

67
**************************

FADILAT SURAH AL-WAQI'AH

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah nescaya selamat daripada
papa selama-lamanya."

Tersebut di dalam Hadis: "Siapa-siapa sentiasa mengamalkan surah Al-Waqi'ah menjadi wiridnya,
nescaya beroleh kesenangan selama-lamanya, dengan tiada berhajat kepada sesuatu apapun."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa sentiasa membaca surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam,
nescaya tiada akan merasai kepapaan. Dan surah Al-Waqi'ah itu ialah suatu surah bagi kekayaan, maka
bacakanlah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu."

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barang siapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap
hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan
rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula.

Siapa-siapa berkehendak mengetahui cerita orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian
dan perkhabaran ahli dunia dan akhirat dan hal orang-orang yang di dalam syurga dan neraka, bacalah
surah Al-Waqi'ah.

Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah dengan bersungguh-sungguh hatinya sebanyak 40 (empat


puluh) kali pada tiap-tiap hari selama empat puluh hari berturut-turut, nescaya mengurnia oleh Allah
Taala kepadanya akan rezeki yang banyak dan tiada merasai kepenatan baginya.

Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah 14 (empat belas) kali, kemudian daripada sembahyang Asar,
nescaya dikurnia kepadanya akan rezeki yang banyak oleh Allah S.W.T.

Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah 41 (empat puluh satu) kali dalam masa sekali duduk, pada
menghasilkan suatu maksud, nescaya beroleh perkara yang dimaksudnya itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Mereka-mereka yang mengamalkan surah Al-Hadiid , surah Al-Waqi'ah
dan surah Ar-Rahman, beroleh gelaran daripada Yang Maha Besar kerajaan bumi dan langit dengan
seruan "penduduk Jannatul (Syurga) Firdaus".

**************************

FADILAT SURAH AL-MULK ( )

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Sanya di dalam al-Quran ada tiga puluh ayat yang bernama surah Al-
Mulk dan surah ini mensyafaatkan mereka-mereka yang membacanya dan mengampun oleh Allah Taala
akan dosa-dosa mereka dengan syafaatnya itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Bermula surah Al-Mulk itu akan memelihara dan melepaskan orang-
orang yang membacanya daripada kena azab kubur."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Aku sukacita benar sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah
Al-Mulk hingga jadi seolah-olah surah itu ada tertulis di dalam hati mereka itu."

68
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Al-Mulk pada tiap-tiap malam diselamat
akan dia daripada kena azab kubur."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya
datang ke dalam kuburnya, surah itu kerana bersoal jawab menggantikan yang membacanya."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Suatu surah di dalam Quran yang hanya sebanyak tiga puluh ayat, iaitu
surah Al-Mulk, akan datang menolong orang-orang yang membacanya bersoal jawab pada kuburnya
hingga mereka itu selamat masuk ke dalam syurga. "

Sanya surah Al-Mulk itu akan memeliharakan orang-orang yang membacanya daripada azab kubur, iaitu
waktu azab hendak datang ke pihak kepalanya, berkata kepala itu tiada boleh engkau mengusik ke pihak
ini kerana di sini tempat membaca surah Al-Mulk, dan ketika azab datang ke pihak perut, berkata perut:
Tiada boleh engkau datang ke sini, kerana di sini ada tersimpan surah Al-Mulk, dan ketika azab datang ke
pihak kaki, berkata kaki tiada boleh engkau datang ke sini kerana aku berdiri bagi membaca surah Al-
Mulk.

Sanya Nabi S.A.W., apakala hendak beradu membaca ia akan surah dan surah

, dan jika belum membaca surah yang tersebut, nescaya tiada beradu ia.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Setengah daripada surah-surah yang tersebut di dalam Quran ialah
surah, ayatnya tiga puluh, surah ini mensyafaatkan pada hari kiamat kepada mereka-mereka yang
membacanya dengan mengeluarkannya daripada neraka dan memasukkannya ke dalam syurga."

Sanya surah itu melepaskan mereka-mereka yang mengamalkannya


daripada kena azab, iaitu dengan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menentukan
kelepasan mereka-mereka yang mengamalkannya daripada azab.

Bahawa adalah pada suatu masa, berkata Ibnu Abbas R.A. kepada seorang laki-laki ketika hendak
mengajar kepadanya ilmu yang memberi manfaat, dan akan mendapat sukacita sebab

mengamalkannya, katanya: "Hafal olehmu akan surah serta jadikan


amalan engkau, dan ajarkan kepada ahli engkau, anak engkau dan lain-lain orang yang ada di rumah
engkau dan jiran-jiran engkau, kerana surah itu akan melepaskan dan menolong orang-orang yang
mengamalkannya dengan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan dan memohonkan daripada
Allah S.W.T. supaya mereka-mereka yang mengamalkannya itu Allah menjauhkannya daripada api
neraka.

Sabda Saidina Ali R.A. ertinya : "Siapa-siapa mengamalkan surah , nescaya


dibawa akan dia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta rupanya yang elok seperti rupa Nabi
Yusuf."

Sanya pada suatu hari meletak oleh Ibnu Abbas akan kain selendangnya pada suatu tempat yang
berbetulan dengan tanah perkuburan, tiba-tiba kedengaran padanya suara orang membaca surah

, lalu ia pun pergi mengadap Rasulullah S.A.W. kerana mengkhabarkan hal

69
yang telah jadi itu, maka sabda Rasulullah S.A.W.: "Itulah surah yang
telah diamal olehnya melepaskan dia daripada azab."

Sabda Ibnu Abbas R.A. ertinya : "siapa-siapa mengamalkan surah ,


menjadi wiridnya, nescaya beroleh pertolongan Allah S.W.T. iaitu di dalam kubur, apakala azab hendak
datang ke pihak kepalanya menyerulah satu seruan : "Tiada boleh engkau datang ke pihak kepala itu

kerana di situ ada membaca surah , begitulah seruannya apakala azab

datang ke pihak kakinya dan perutnya, kerana ia mengandungi , ialah


bagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang telah disebut dahulu."

Sanya surah Yaasin dan surah , ada mempunyai beberapa rahsia-rahsia


kelebihan, dan siapa-siapa beramal membacanya, nescaya beroleh kelebihan itu (martabat yang tinggi -
pangkat yang besar) dan lain lagi dikasihi oleh sekalian manusia laki-laki dan perempuan dan menjadi
hebat pada pandangan makhluk.

**************************

HIZBUN NASHR ATAU HIZBUL QAHAR

Hizbun Nasr yang ialah doa pedang mukminin, hizib ini, janganlah didoa ke atas mereka yang tidak
mustahak takut olehmu akan Allah.

70
71
**************************

NAMA-NAMA ALLAH: AL-MUGHNI, AR-RAZZAQ, AL-FATTAH ( )

Siapa-siapa mengamalkan nama Allah S.W.T. Al-Mughni, Ar-Razzaq, Al-Fattah nescaya turunlah
kepadanya berkat dengan mengurniai Allah Taala kepadanya akan rezeki yang tiada terhingga

72
banyaknya dengan mudah didapatinya daripada mana-mana pihak. Dan siapa-siapa membaca pada
makanan atau minuman nescaya zahirlah bertambah-tambah berkat pada makanan dan minuman itu
dengan terang- terangnya, dan siapa-siapa berkekalan menjadikan wirid membaca pada tiap-tiap hari
1,990 (seribu sembilan ratus sembilan puluh) kali atau pada tiap-tiap lepas sembahyang membaca
sebanyak 398 (tiga ratus sembilan puluh lapan) kali, nescaya jadilah ia seorang yang tiada merasai fakir
selama-lamanya dan hasillah faedahnya bagaimana yang tersebut, iaitu hendaklah baca “Ya Allah” 3 kali

kemudian sebanyak yang tersebut.

Dan siapa-siapa membuat wafak ( ) ruang empat bagaimana di bawah ini, akan bilangan nama Allah
S.W.T. yang tersebut pada kain sutera yang kuning, kemudian masukkannya ke dalam peti atau ke dalam
kekandi wang, nescaya harta benda yang di dalamnya jadi subur dan bertambah-tambah dengan izin

Allah Taala inilah wafaqnya - hendaklah dibuat pada ketika .

**************************

KERANA ORANG-ORANG ZALIM

Adapun kaifiatnya: Hendaklah engkau puasa selama tiga hari bersahur dan berbuka puasa dengan
benda-benda yang tidak bernyawa, pada hari yang ketiga ambillah benda dan baca pada tiap-tiap satu
surah Al-Lahab dengan tidak baca Bismillah walau sekalipun hingga habis dan baca doa yang akan
datang sekali, begitulah perbuatannya hingga habis seribu benda itu kemudian bungkuslah benda itu di
dalam kain putih dan campak ke dalam telaga atau sungai dan umpamanya nescaya binasalah orang
zalim atau seteru itu dalam masa atau kemudian daripada telah ghaib benda itu.

Ingat olehmu! Amalan ini sangat mujarab, maka jangan sekali-kali engkau amalkan dia kepada orang
yang tidak mustahak, inilah doanya:-

73
**************************

AL-HAQ - NAMA ALLAH YANG MAHA PERKASA

Nama Allah yang tersebut iaitu Al-Haq ialah pedang perkasaan Allah di muka bumi bagi meruntuhkan
gunung keaniayaan dan kezaliman, dan mendirikan hak kebenaran kepada orang yang mengamalkan
dia, adapun penjaga-penjaga nama ini, empat pasukan malaikat yang diketuai oleh malaikat

(Sarafail), pada tiap-tiap satu pasukan 108 baris, dan pada tiap-tiap satu barisan 108
malaikat, semuanya diwakilkan oleh Allah pada menjagakan barang yang benar lagi betul. Siapa-siapa
menjadikan dia wind pada tiap-tiap lepas sembahyang, atau sekurang-kurangnya tiap-tiap lepas
sembahyang Maghrib dan Subuh dengan memulai katanya, "Ya Allah" 3 kali, kemudian baca "Ya Haqq"
108 (seratus lapan) kali, setelah itu bacalah doa ini, iaitu:-

nescaya datanglah malaikat menunaikan segala hajatnya dengan tiada syak bahawa, Allah S.W.T.
berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Siapa-siapa berkehendakkan sesuatu perkara daripada Allah Taala atau terkena apa-apa kesusahan,
dukacita dan seumpamanya, hendaklah bangun tengah malam dan mengambil air sembahyang dengan
sempurna, kemudian sembahyanglah dua rakaat, baca kemudian daripada Al-Fatihah apa-apa surah
yang engkau sukai, setelah selesai daripada sembahyang bacalah selawat ini:-

74
sebanyak 1,000 (seribu) kali, nescaya Allah Taala menunaikan segala hajat dan menjauhkan segala bala,
maka berpeganglah dan beramallah olehmu dengan perbendaharaan yang berharga ini.

Siapa-siapa hendak melihat di dalam mimpi seorang, sama ada yang masih hidup lagi atau sudah mati
demikian juga kalau ada sesuatu hajat daripada Allah Taala hendaklah tidur dengan keadaan hamparan
dan tubuh badan yang suci berpakaian putih berbau harum dan berseorang diri, tetapi sebelum
daripada itu hendaklah sembahyang dua rakaat baca pada rakaat yang pertama Al-Fatihah dan surah
Ad-Dhuha 7 (tujuh) kali, pada rakaat yang kedua baca Al-Fatihah dan surah Al-Lail 7 (tujuh) kali juga,
apakala selesai daripadanya, hendaklah selawat kepada Nabi sekadar yang kuasa kemudian tulislah
huruf-huruf ini, letakkan dia di bawah kepala ketika hendak tidur iaitu:-

nescaya dapat apa-apa yang engkau hajati.

Siapa-siapa hendak mengetahui di dalam mimpi, seseorang yang ghaib adakah dia masih hidup atau
sudah mati dan hendak bertanya apa-apa pertanyaan yang engkau kehendaki, hendaklah tidur dengan
hamparan dan tubuh badan yang suci, berpakaian putih lagi pula ada air sembahyang mengiringkan
sebelah kanan ke pihak kiblat, kemudian bacalah surah Ad-Dhuha 7 (tujuh) kali dan surah Al-Lail 7
(tujuh) kali dan surah At-Tin 7 (tujuh) kali dan surah Al-Ikhlas 7 (tujuh) kali, kemudian bacalah doa ini:-

nescaya dapatlah pertunjukan apa-apa yang dihendaki, pada malam itu juga, kalau tidak dapat apa-apa,
buatlah berturut-turut tujuh malam, di dalam tempoh tujuh malam itu kalau sekiranya tak dapat apa-
apa juga pada salah satu daripadanya menunjuklah ada kesilapan ketika beramal dengan kaifiat yang
tersebut, maka hendaklah bersungguh-sungguh hati dan perbaikkan betul-betul niat dan azam engkau
itu, mudah-mudahan hasillah cita-cita engkau itu.

Siapa-siapa hendak ketahui di dalam mimpi barang yang dicitainya, maka bacalah doa ini ketika hendak
tidur iaitu:

75
Kemudian ulang-ulangkan "Ya Khabir" hingga jenera (tidur nyenyak), nescaya dapat melihat apa-apa
yang dikehendaki dan dicitai oleh engkau dengan izin Allah Taala.

Siapa-siapa hendak mendapat kemenangan atas seteru, hendaklah baca doa ini, siang malam sekadar
kuasanya, Sesungguhnya tidak mengenai akan dia oleh sesuatu kecederaan daripada seteru, sama ada
kesakitan atau kematian selama ia membuat wirid dengan dia kalau sekiranya sampai masa - ajal -
kematiannya nescaya lupalah ia daripada membacanya. Dan bacalah tiap-tiap lepas sembahyang
Maghrib dan Subuh sekurang-kurangnya sekali, inilah doanya:-

Ulang tujuh kali hingga akhirnya.

Sesungguhnya amatlah banyak kelebihan ayat ini bagaimana sabda Rasulullah S.A.W. erti tujuannya:
"Siapa-siapa membacakan dia siang atau malam tidaklah mengenai sesuatu kecederaan pun sama ada

76
kematian atau kesakitan." Dan telah diriwayatkan, manakala sampailah kepada setengah orang yang
soleh-soleh persabdaan Nabi S.A.W. bagaimana yang tersebut di atas, beramallah ia dengan berkekalan
membacakan ayat itu dari semenjak umurnya 70 (tujuh puluh) tahun hingga sampai umurnya 130
(seratus tiga puluh) tahun, tatkala sampai ajal - kematiannya, melihat di dalam mimpinya akan
Rasulullah S.A.W. seraya bersabda kepadanya: "Hai engkau! Hingga bilakah engkau hendak lari daripada
kami?" Orang itu pun meninggallah membaca ayat itu, maka kembalilah ia ke rahmat Allah."

Diriwayatkan pula, siapa-siapa membaca:

7 (tujuh) kali, tiap-tiap hari, nescaya Allah Taala menjauhkan dia daripada apa-apa kesusahan dan
kepayahan dan dikasihani oleh segala manusia, maka berpeganglah olehmu dengan amalan yang
berguna ini, dengan hati yang suci dan tetap berserahlah kepada Allah Taala, mudah-mudahan dapatlah
keluasan dan kesenangan daripada segala kepicikan dunia dan akhirat.

Doa ini amat besar kelebihannya bagi menggunakan diri daripada keaniayaan dan kezaliman siapa-siapa
pun, dan siapa-siapa menjadikan dia wirid-wirid yang berkekalan siang malam nescaya dikasihani oleh
orang, dan terlepas ia daripada apa-apa yang menyakitinya, walau di bawah mata pedang sekalipun,
sebenarnya inilah suatu perbendaharaan yang amat berharga bagi siapa-siapa yang mengamalkan dia
dengan hati yang tetap, berserah kepada Allah Taala, iaitu:-

Siapa-siapa hendak menjauhkan dirinya daripada keaniayaan seteru, hendaklah berkekalan membuat
bagaimana di bawah ini, yang telah diakui mujarab oleh Al-Imam Al-Ghazali Raimahullahutaala, iaitu
kaifiatnya:-

77
Sembahyanglah sunat dua rakaat dahulu daripada sembahyang Subuh baca pada rakaat yang pertama
kemudian daripada Al-Fatihah, surah ‘al-Insyirah’ dan pada rakaat yang kedua kemudian daripada Al-
Fatihah, surah ‘Al-Fil’ nescaya terpelihara ia daripada apa-apa yang menyakitinya dan adalah ia di dalam
aman dan sentosa.

**************************

AL-LATIF - NAMA ALLAH S.W.T.

Siapa-siapa berkekalan membaca “Ya Allah” 3 (tiga) kali kemudian membaca “Ya Latif” sekurang-
kurangnya 129 (seratus dua puluh sembilan) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang dan seberapa banyak
dengan tiada dikirakan bilangannya siang dan malam, serta membaca doanya, beberapa kali, nescaya
mudahlah mendapat rezeki dan melepaskan dukacita dan menjauhkan bala dan menyampaikan segala
perkara pekerjaan, yang tiada kurang daripada apa-apa yang terupa pada cita-citanya, ialah dengan
liputan kehalusan kekuasaannya.

Siapa-siapa dapat ijazah daripada ahlinya pada membacakan nama ini sebanyak 16,641 (enam belas ribu
enam ratus empat puluh satu) kali siang malam dengan hari yang tertentu dan syarat-syaratnya, di
dalam bilik yang suci lagi bersih, nescaya turunlah kepadanya malaikat yang bernama Atafiyail pada
ketika tidur atau jaga, ialah mengikut kadar amalannya, kedatangan malaikat ini menyarung dua
pakaian, pakaian batin ialah melengkapi segala kehalusan 'lemah lembut' dan yang kedua pakaian zahir
memudahkan segala kepayahan dengan kurnia Allah S.W.T. kerana menunaikan hajat-hajatnya, dan
doanya ialah:

Dan lagi setengah kaifiat mengamalkan nama ini kerana mendatangkan rezeki menolakkan bala,
menunaikan segala hajat, hendaklah baca nama ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, buat wirid
dengan dia, setidak-tidaknya sebanyak 129 (seratus dua puluh sembilan) kali. Dan pada suatu pekerjaan
yang khas hendaklah baca sebanyak 9,000 (sembilan ribu) kali, kemudian bacalah doa ini:-

78
7 (tujuh) kali, dan baca:-

(Kata setengah Ulamak): Siapa berkehendakkan sesuatu hajat daripada Allah Taala hendaklah baca
Asma Latif sebanyak 9,000 (sembilan ribu) kali kemudian baca ayat:

(Katakanlah: "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, yang kamu
berdoa kepadaNya dengan rendah diri dengan suara yang lembut (dengan mengatakan:
"Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang
yang bersyukur"". Katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala
macam kesusahan. (Al-An`aam: 63-64))

sebanyak 270 (dua ratus tujuh puluh) kali, dengan syarat jangan bercakap-cakap ketika mengamalkan
dia nescaya Tuhan menunaikan segala hajat, serta dapat kesenangan selama-lamanya.

Kalau sekiranya engkau hendak beramal dengan bilangan yang besar dengan asma al-Latif, kerana
hendak mendapatkan sesuatu kehendak yang khas, hendaklah duduk di tempat yang suci tubuh badan
pun suci juga, sembahyanglah dua rakaat dan bacalah isim yang tersebut 16,641 (enam belas ribu enam

79
ratus empat puluh satu) kali, kemudian baca doa akan datang tiga kali atau sekali tiap-tiap lepas seribu
kali hingga cukup sempurna sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali. Inilah
doanya:-

3 (tiga) kali.

(Kata setengah ahli-ahli khalwat): Siapa-siapa berkehendakkan sesuatu hajat hendaklah baca “Ya Latif”
sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali dengan keadaan engkau
merupakan barang yang engkau kehendaki itu di dalam had engkau, dan di hadapan mata pandangan
engkau - ketika baca isim ini - apakala sudah selesai daripada membaca sebanyak 16,641 (enam belas
ribu enam ratus empat puluh satu) kali, hendaklah baca Al-Fatihah tujuh kali, hadiahkan pahalanya
kepada penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. dan juga kepada Kutubul Fard Al-Ghawath dan aulia,
nujaba, autad, orang yang soleh-soleh kemudian bacalah doa ini tujuh kali:-

(Kata setengah ulamak): Kalau engkau hendak mendapatkan sesuatu hajat atau kerana menghilangkan
kesusahan dan kepayahan, sembahyanglah dua rakaat dan duduk berhadap ke kiblat dengan memulai
katanya: “Ya Latif” sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali, apakala selesai
bilangannya yang tersebut berdoalah dengan doa ini:-

80
Didapati pada tulisan setengah-setengah ulamak bahawa “Latif” itu ada baginya empat perhubungan:

1. Yang pertama - mendatangkan rezeki


2. Yang kedua - menunaikan segala hajat.
3. Yang ketiga - melepaskan daripada kena penjara.
4. Yang keempat - menyembunyikan diri daripada pandangan seteru.

Adapun kaifiat mengamalkan dia (isim Latif) hendaklah tubuh badan dan tempat duduk bersih suci,
kemudian bacalah sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh satu) kali, tiap-tiap lepas
129 (seratus dua puluh sembilan) kali, hendaklah baca mana-mana satu daripada ayat-ayat yang akan
datang mengikut barang yang engkau kehendaki:

1. Ayat mendatangkan rezeki, iaitu:

(Allah Maha lembut terhadap hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada yang dikehendakiNya
dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Syura:19))

Dan doanya:

81
2. Ayat melepaskan daripada kena penjara iaitu:

(Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Yusuf:100))

3. Ayat menyembunyikan diri pandangan seteru iaitu:

(Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan
Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Al-An’am:103))

Kata Al-Allamah Al-Buni, di dalam kitab Syamsul Ma’arif Al-Kubro, siapa-siapa hendak mengamalkan isim
Latif kerana sesuatu kehendak, hendaklah sembahyang dua rakaat baca kemudian daripada Al-Fatihah
surah Al-Insyirah, kemudian baca “Ya Latif” sebanyak 16,641 (enam belas ribu enam ratus empat puluh
satu) kali, maka berdoalah dengan apa-apa doa yang engkau kehendaki atau dengan doa ini, iaitu:

82
Siapa-siapa hendak membinasakan orang yang zalim bacalah “Ya Latif” sebanyak 16,641 (enam belas
ribu enam ratus empat puluh satu) kali, dengan keadaan engkau ada air sembahyang, dan jangan
berkata-kata ketika beramal dengan dia, dan hendaklah kuat niat dan cita-cita engkau dengan Allah
berpegang kukuh bahawa Tuhan memperkenankan permintaan engkau itu, kemudian apakala sudah
selesai bilangan yang tersebut bacalah doa ini, iaitu:-

83
hingga akhirnya, kemudian baca “Ya Allah” 3 (tiga) kali dan,

sebanyak 129 (seratus dua puluh sembilan) kali.

Dan sayugia ditambahkan doa ini nescaya bertambah molek lagi iaitu:

sebanyak 129 (seratus dua puluh sembilan) kali, di bawah ini wafak isim Latif:-

84
Siapa-siapa membaca ayat:

sebanyak 1,210 (seribu dua ratus sepuluh) kali nescaya beroleh pangkat dan kemuliaan dan akan diberi
ketahui kepadanya perkara yang ghaib-ghaib dan terjauh daripada bala dan jika sakit nescaya akan
dapat sembuh.

(Tambahan) Kelebihan “Ya Latif” amatlah panjang lebarnya dan tinggi kemuliaannya, pendeknya
hendaklah amal berkekalan hingga jadi daging darah, insyaAllah Taala dapatlah merasai kelebihannya.

**************************

MAHABBAH - "BAGI MENDATANGKAN ORANG YANG DIKEHENDAKI"

Hendaklah tulis huruf ( ) sebanyak dua puluh tiga kali di atas dua puluh satu keping kertas yang suci
dan bersih, kemudian tulis di sekelilingnya ayat ini:

disambungkan di hujung ayat ini perkataan:

Setelah selesai menulisnya, hendaklah baca 343 (tiga ratus empat puluh tiga) kali ayat yang tersebut
serta sambungan itu. Atas tiap-tiap sekeping kertas yang dua puluh keping sahaja, dan sekeping yang
tinggal lagi itu hendaklah baca ayat itu juga serta dengan sambungannya sebanyak 344 (tiga ratus empat
puluh empat kali) kemudian jadikan kertas-kertas itu umpama kelongsong dan bubuh ke dalam tiap-tiap
satu daripadanya sebuku kemenyan arab, bakarlah sekaliannya dengan bara api, nescaya datanglah
orang yang dikehendakinya dan ingat-ingat jangan sekali-kali buat, melainkan kepada orang yang
mustahak dibuat umpama laki bini jua.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa berkehendakkan bangun daripada tidur pada ketika yang
dihajati, bacalah pada masa hendak tidur doa:

85
Pada lafaz hendaklah tukar dengan nama-nama waktu yang dikehendaki bangun.

Siapa-siapa hendak bangun pada mana-mana waktu yang dikehendaki olehnya, bacalah ketika hendak
tidur ayat dan doa yang tersebut di bawah ini:

nescaya terjaga pada waktu yang dihajatinya (pada tanda titik-titik itu hendaklah sebut mana-mana
waktu yang dihajati).

Siapa-siapa membaca doa khawas yang tersebut di bawah ini pada sesuatu kesusahan atau kedatangan
bala atau pada pencuri-pencuri dan pada orang-orang zalim, nescaya mendapat pertolongan Allah Taala
dengan segera, iaitu:-

86
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca doa:

pada memohonkan pertolongan daripada Allah Taala ketika datang sesuatu bala, nescaya
diperkenankan Allah Taala permohonannya itu."

Dan setengah daripada mereka-mereka itu yang telah beroleh manfaat daripada doa yang tersebut
ialah: Zaid bin Harithah iaitu waktu ia musafir membawa harta perniagaannya, manakala sampai di
tengah jalan berjumpa ia dengan perompak dan merampas hartanya serta hendak membunuh akan dia,

87
Ia pun sembahyang dua rakaat dan berdoa dengan doa yang tersebut, apakala selesai daripada
sembahyang dan berdoa tiba-tiba datanglah Jibril membunuh perompak itu kerana menyelamatkan Zaid
bin Harithah.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa susah hati dan dukacita, amalkanlah doa ini:

Siapa-siapa mengamalkan doa:

nescaya Allah Taala sedia memberi pertolongan kepadanya.

Siapa-siapa mengamalkan doa:

nescaya terbayar sekalian hutangnya walau beberapa banyak sekali pun.

88
**************************

DOA NABI ISA MENGHIDUPKAN ORANG YANG MATI

Diriwayatkan daripada Abi Huzail R.A., sanya Nabi Allah Isa A.S., apakala hendak menghidupkan orang
yang mati, sembahyang olehnya dua rakaat kemudian sujud ia dan membaca doa:-

Dan telah berkata Muqatil bin Sulaiman R.A., doa yang dibaca oleh Nabi Isa pada menghidupkan orang
yang mati ini, sudah empat puluh tahun lamanya aku mencarinya, barulah aku dapat iaitu daripada
seorang syeikh ahli ilmu, berkata syeikh itu: "Siapa-siapa membacanya 100 (seratus) kali lepas
sembahyang Subuh dan memohon daripada Allah Taala akan sesuatu hajat, Nescaya dimakbulkan oleh
Allah Taala".

Dahulu sedikit daripada masa Nabi Isa diangkat naik ke langit, iaitu ketika puak-puak Yahudi datang
hendak membunuhnya, ia ada berdoa kerana hendak melepaskan dirinya daripada mereka itu iaitu:

Telah bersabda Rasulullah S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya ertinya: "Baca olehmu doa yang tersebut
itu pada mana-mana kesusahan kamu nescaya beroleh pertolongan daripada Allah Taala,"

Telah berwasiat Imam Ghazali kepada murid-muridnya, supaya mengamalkan doa yang tersebut di
bawah ini pada mana-mana waktu, istimewa pula lepas daripada sembahyang fardhu, kerana banyak
faedahnya, iaitu:-

89
Siapa-siapa membaca surah Yaasin dan berdoa:

ketika hendak berhadap dengan orang yang zalim dan jahat, nescaya terjauh kita daripada kezalimannya
dan kejahatannya. Pada titik-titik itu sebutlah mereka-mereka yang kita hendak berhadap itu.

Siapa-siapa membaca surah Yaasin 4 (empat) kali dengan tiada diceraikan oleh perkataan yang lain dan
doa:

90
4 (empat kali), nescaya beroleh pekurniaan daripada Allah S.W.T.

Siapa-siapa membaca surah Yaasin 41 (empat puluh satu) kali dengan tiada berkata-kata yang lain ketika
membacanya dan berdoa:

nescaya beroleh rezeki yang tiada disangka-sangkanya dengan kurnia Allah S.W.T. dan juga doa ini
tersangat baik jika dibaca lepas daripada membaca surah al-Waqi'ah.

Sabda Rasulullah S A.W. ertinya: "Siapa-siapa mengamalkan membaca ayat:

(Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang;
Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka. Dia lah
Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang
tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari
kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan), dan Dia lah Allah (yang
disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; ia mengetahui apa Yang kamu rahsiakan dan
apa Yang kamu lahirkan, dan ia juga mengetahui apa Yang kamu usahakan. (Al-An'am:1-3))

nescaya dititahkan oleh Allah S.W.T., empat puluh (40) malaikat datang mengawal akan dia supaya tiada
terkena was-was syaitan."

91
Sabda Rasulullah S A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca:

10 (sepuluh) kali pada malam Jumaat, nescaya disuratkan baginya oleh Allah Taala beribu-ribu
kebajikan.

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca:

7 (tujuh) kali ketika menziarahi orang sakit nescaya mudah-mudahan sembuh orang itu).

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca:

3 (tiga) kali pada tiap-tiap pagi dan petang, nescaya terpelihara daripada bermacam-macam penyakit
dan akan hilang daripadanya segala dukacita."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Siapa-siapa membaca:

100 (seratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya tidak merasai kepapaan selama-lamanya."

Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Orang-orang yang beroleh semulia-mulia darjat pada hari kiamat, ialah

mereka-mereka yang banyak berzikir menyebut kalimah "

Siapa-siapa membaca:

3 (tiga) kali pada tiap-tiap pagi dan petang, nescaya dipelihara akan dia oleh Allah S.W.T. daripada
sekalian bala dan kebinasaan dan daripada orang-orang zalim.

Siapa-siapa membaca kalimah:

92
pada mana-mana kesusahannya, nescaya beroleh pertolongan Allah Taala dengan kaifiat genggamkan
tangan kanan waktu membacanya.

Siapa-siapa mengamalkan:

nescaya dibuka baginya pintu rezeki dan ditutup daripadanya pintu kepapaan oleh Allah Taala.

Siapa-siapa mengamalkan istighfar:

4 (empat) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib nescaya boleh husnul khatimah apakala
matinya.

Siapa-siapa takut sebab ada hantu atau syaitan atau pun jin, hendaklah bang baca Ayat Al-Kursi ataupun
baca:

nescaya hilang ketakutan itu.

Siapa-siapa takut terkena sesuatu kesusahan atau huru-hara, bacalah:

pada mana-mana masa.

Siapa-siapa membaca surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap hari, nescaya tidak mengenai kepapaan selama-
lamanya, dan jika dibaca pada tiap-tiap malam Jumaat, nescaya dikasihi akan dia oleh Allah Taala dan
sekalian manusia.

Dan yang terlebih afdal lagi mengamalkan surah Al-Waqi'ah itu ialah apakala habis dibaca, hendaklah
dibaca doanya:-

93
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya: "Bahawa ada pada malam-malam itu suatu masa yang terlebih makbul
padanya berdoa, maka siapa-siapa berkehendakkan mengetahui masa itu, bacalah ketika hendak tidur
ayat:

94
**************************

RIADAH AYAT AL-KURSI (PERATURAN BAGI MENGAMALKAN DIA)

1. Hendaklah berserah dengan bersungguh-sungguh hati kepada Allah S.W.T.


2. Bersihkan hati daripada segala maksiat dan bersungguh-sungguh berhadap ke hadrat Allah
S.W.T.
3. Bersih pakaian dan tempat beribadat daripada sekalian najis dan kekotoran.
4. Bersihkan niat dengan seikhlas-ikhlasnya.
5. Dimulakan berkhalwat (masuk beramal) pada hari Selasa waktu Fajar lepas sembahyang Subuh.
6. Dalam masa beramal itu banyakkanlah memakai bau-bauan dan membakar setanggi.
7. Apabila lepas tiap-tiap sembahyang fardhu bacalah doa Ayat Al-Kursi yang tersebut di bawah ini
72 (tujuh puluh dua) kali.

Adapun lama masa berkhalwat mengamalkan dia, ialah empat hari empat malam, pada malam yang
pertama akan kedengaran suara seperti jerit himar daripada bucu tempat berkhalwat itu, malam yang
kedua pertengahan malam akan kedengaran suara kuda di atas tempat berkhalwat itu. Malam yang
ketiga waktu tengah malam, datang tiga ekor kucing berupa merah, putih dan hitam daripada pintu
kemudian hilang di tengah-tengah tempat berkhalwat itu. Maka janganlah takut dan gerun, sebab
semuanya itu tiada mengusik dan membinasakan kita, kerana doa Ayat Al-Kursi itu jadi pendinding
daripadanya, dan malam yang keempat bakarlah banyak-banyak setanggi dan mengadap kiblat serta
bacakan doa Ayat Al-Kursi berturut-turut, dan apakala terjadi sesuatu hal janganlah takut kerana malam
itu akan nampak terbuka dinding tempat berkhalwat itu dan masuk khadam daripada nur memberi
salam dengan katanya: "Assalamaualaika ya waliyyallah (wahai wali Alah)" dan hendaklah jawab:
"Waalaikasssalam w.b.t.", berkata pula khadam itu: "Apa engkau kehendak daripada kami wahai wali
Allah". Hendaklah jawab: "Tiada aku berkehendakkan kepada engkau apa-apa melainkan suatu khadam
yang boleh mengkhidmatkan daku seumur hidupku", berkata khadam itu : "Ambillah cincin ini kepada
engkau, padanya ada tersebut nama Allah Yang Maha Besar, Inilah perjanjianku dengan engkau,
manakala engkau berhajat aku datang kepada engkau, pakailah cincin ini di jari tangan kanan engkau,
dan baca doa Ayat Kursi 3 (tiga) kali, dan serulah namaku dengan perkataan: "Ya Malika Kandias Ajbani

Bihudhurika" ( ) dan sebutlah apa-apa yang engkau hajati, seumpama


hendak memendekkan sesuatu perjalanan, berjalan di atas air dan lain-lain lagi yang engkau kehendaki
yang masuk dalam bahagian keramat.

(Peringatan): Siapa-siapa hendak mengamalkan riadah Ayat Kursi ini, hendaklah lebih dahulu mendapat
ijazah.

95
Adapun doa Ayat Kursi yang dikehendaki baca (yang tersebut pada bilangan yang ketujuh) dalam
peraturan bagi mengamalkan riadah Ayat Kursi itu ialah:-

Siapa-siapa membaca Ayat Kursi 313 (tiga ratus tiga belas) kali dan doanya 7 (tujuh) kali lepas
sembahyang Isyak pada tempat yang lindung lagi sunyi daripada manusia ketika datang sesuatu bala ke
atasnya, nescaya terlepas daripadanya bala itu.

96
**************************

BERSAHABAT DENGAN JIN YANG MUKMIN

Siapa-siapa hendak mengamalkan amalan yang tersebut di bawah ini, kerana hendak bersahabat dengan
jin supaya beroleh pertolongan daripada mereka itu pada sesuatu hajat, hendaklah mempunyai hati
yang kuat, cita-cita yang tetap, berhemah tinggi, fikiran yang tenang, dan sekiranya tiada seperti yang
tersebut itu, boleh jadi mendatangkan mudarat ke atas tubuh mereka yang beramal.

Peraturan mengamalkannya:-

1. Bersihkan sekalian pakaian dan tubuh.

2. Puasa empat hari - mulai pada hari Rabu hingga hari Sabtu.

3. Baca surah Al-Ikhlas 1,000 (seribu) kali, surah Yaasin sekali, surah Ad-Dukhan sekali, surah As-
Sajadah sekali dan surah Al-Mulk sekali.

4. Apabila sampai waktu Asar pada hari keempat (iaitu hari Sabtu) hendaklah menjauhkan diri
daripada manusia dan berkhalwat pada suatu tempat yang bersih dan bawa tujuh helai kertas, lilin dan
benang, kemudian tuliskan pada kertas itu dengan aturan:-

a. Kertas yang pertama tulis:

(Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam
dan siang. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Al-Mu`minuun:080)

b. Yang kedua:

(Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. Al-Mukmin: 068)

c. Yang ketiga:

(Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. Al-Baqarah:137)

d. Yang keempat:

(Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu (juga) kamu
keluar (dari kubur). Ar-Ruum:025)

97
e. Yang kelima:

(Dan ditiuplah sangkakala [1271], maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari
kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. (Yasin: 51))

f. Yang keenam:

(Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa
yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka
berdiri menunggu (putusannya masing-masing). Az-Zumar: 068)

g. Dan yang ketujuh:

(pada hari mereka keluar dari kubur dengan cepat, Al-Ma`aarij:043 Maka Allah akan memelihara
kamu dari mereka. Dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Baqarah: 137)

5. Setelah itu cucuk dengan benang buat seperti kupiah dan pakai di kepala, kemudian sembahyang
empat rakaat satu salam.

a. Rakaat yang pertama baca Al-Fatihah dan surah Yaasin.


b. Rakaat yang kedua baca Al-Fatihah dan surah Ad-Dukhan.
c. Rakaat yang ketiga baca Fatihah, surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk.
d. Rakaat yang keempat baca Al-Fatihah dan mana-mana surah.

Pada tiap-tiap kali sujud hendaklah baca:

6. Apakala sudah sembahyang angkatkan kepala dan berdoa:

98
Setelah kita selesai daripada berdoa itu datanglah tujuh ketua jin yang mulia-mulia semuanya memberi
salam dan menerima perintah kita, apakala mereka sudah memberi salam, ambilkan kertas yang tujuh
helai itu dan baca sehelai daripadanya kepada mereka itu dan tanya siapa di antara kamu yang
mempunyai ini? Menjawab seorang daripada mereka itu: "Akulah tuannya," kemudian tanya pula:
"Siapa nama engkau?" Apakala disebutkan namanya tulislah pada kertas itu pada pihak sebelah atas
kemudian minta cincinnya dan ambilkan benang bubuh di bawah lilin dan capkan atasnya cap itu
dikehendakkan di sebelah bawah tulisan ayat itu, kemudian ambil sekeping lagi dan buat seperti itu juga
hingga habis ketujuhnya. Setelah itu katakan kepada mereka itu: "Aku bersumpah kepada kamu dengan
isim-isim yang ada pada surat ini apakala aku sera hendaklah kamu hadir dan perkenankan
permintaanku." Kemudian suruhlah mereka itu kembali dan kata baginya, Barakallahu fikum waalaikum.

Sekalian surat-surat itu hendaklah simpan baik-baik pada tempat yang suci, dan apakala berhajat kepada
suatu perkara serulah mereka itu, nescaya datanglah mereka itu dengan segera.

**************************

RIADAH SURAH AL-JIN

Adapun masa mengamalkan riadah surah Al-Jin itu ialah selama tiga hari iaitu mulai hari Selasa sampai
hari Jumaat, apakala hendak masuk mengamalkannya hendaklah berpuasa tiga hari yang tersebut itu,
dan janganlah makan benda-benda yang bernyawa dan yang keluar daripadanya, ketika
mengamalkannya itu bakarlah kemenyan berturut-turut siang dan malam jangan putus-putus.

Dalam masa tiga hari yang tersebut itu bacalah surah Al-Jin 1,000 (seribu) kali iaitu 333 (tiga ratus tiga
puluh tiga) kali sehari ataupun berlebih kurang, tetapi dengan syarat cukup semuanya 1,000 (seribu) kali
itu dalam masa tiga hari, serta hendaklah bersungguh-sungguh membacanya sekira-kira dapat sempurna
semua bacaan itu di pertengahan malam yang ketiga (malam Jumaat) itu akan datang khadamnya iaitu
seorang laki-laki yang pendek lagi panjang dua tangannya dan mempunyai rupa yang hebat, namanya
Abu Yusuf berserta tiga orang pengiringnya duduk di hadapan kita dan berkata: "Assalamualaika," ia ini
ialah seorang raja bagi sekalian jin yang mukmin yang semua mereka itu telah masuk Islam di hadapan
Rasulullah SA.W. lagi, hal ini janganlah takut atau gerun kepadanya, kerana jika takut atau lemah
bercakap-cakap dengan dia, nescaya mereka kembali berpaling daripada kita dan jadilah cita-cita,
amalan dan usaha kita itu sia-sia sahaja, bahkan hendaklah beranikan hati dan mengelokkan percakapan
dengannya, tetapkan kedudukan dan jawab salamnya itu kemudian katalah kepadanya:

99
(Wahai Abu Yusuf telah menjadi kewajiban pada dirimu untuk melaksanakan hak-hak aku, Dan
sebagaimana yang engkau lihat keadaanku yang fakir dan dalam kesempitan dan aku menginginkan
darimu pada saat ini juga sesuatu yang mubah yang halal yang dapat menolong dengan harta
tersebut pada keperluan harian dan Nafaqoh keluarga aku, dan yang dapat menolong harta
tersebut pada ibadah Haji ke Baitullah Al-haram, dan Allah lah yang akan membalas kamu.)

Bacaan ini jika kita baca dengan hati yang berani dan cekal, nescaya berpaling jin itu kepada
pengiringnya menyuruh mereka mengambil sesuatu benda, dan pada ketika itu juga mereka pergi serta
kembali dengan segera membawa benda-benda itu dan diberikannya kepada kita dan hendaklah kita
terima serta ucapkan terima kasih dan syukur kepada mereka itu, setelah itu ucapkan pula kepadanya
selamat tinggal (wida').

(Peringatan): Siapa-siapa beroleh kelebihan dengan mengamalkan surah-surah dan amalan yang
tersebut hendaklah bersungguh-sungguh takut kepada Allah S.W.T. sama ada ketika zahir atau
tersembunyi, kerana sanya amalan yang tersebut itu ialah rahsia-rahsia yang tersembunyi dan diambil
daripada kitab-kitab aulia dan asrar (rahsia) mereka itu.

Di dalam kitab Syamsul Ma’arif Al-Qubro Hal 122 dalam bab Riadah Qul Uhiya Yang Terkenal berkata
Syeikh Ahmad Al-Buny penyusun kitab ini, ketahuilah wahai saudaraku apabila engkau hatimu kuat dan
kamu mengucapkan ucapan tadi di atas, Maka sesungguhnya khadam Syeikh Abu Yusuf akan menoleh
ke belakang kepada salah satu pengiringnya kemudian memerintahkan sesuatu, maka pengiringnya
tersebut akan datang lagi lebih cepat dari kilat dan dia membawa harta yang Allah telah
membagikannya padamu, maka ambillah apa-apa yang sampai padamu dan ucapkan terima kasih
pada mereka serta doakanlah mereka maka mereka pun akan pergi.

Diriwayatkan dari Syeikh Salih Abi Abdillahi Husain bin Mansur sesungguhnya beliau mengerjakan
riadah ini, Maka datanglah khadamnya dengan membawa 10000 dinar emas dan diberikan pada Syeikh
tersebut, kemudian muridnya Syeikh Salih yang bernama Yahya mengerjakan juga Riadah ini, maka
tatkala Khadam (Syeikh Abu Yusuf) datang di hadapannya dia takut dan menggigil sehingga terdengar
giginya beradu dan terkunci lisannya sehingga tidak bisa berbicara, tiap-tiap dia membuka kedua
matanya khadam tersebut ada di depannya , maka setelah beberapa lama Yahya tidak dapat
berbicara Para khadam pun pergi dari Yahya. Maka haruslah wahai saudaraku bagi engkau untuk
berani kerana sesungguhnya Khadam dari surah ini tidak akan mampu untuk mencelakakan engkau
yang memegang azimatnya, azimat dan doa bersatu dengan surahnya dan ketahuilah wahai
saudaraku bahawa khususnya, rahsia ini terletak pada kitab para aulia dan asrar mereka itu.

**************************

PEKERJAAN MENDATANGKAN ZA’ZU’ BAGI MENUNAIKAN HAJAT

Amalan bagi mendatangkan za’zu hendaklah gali kubur yang lama dan turun dengan belakang, tiada
boleh bercakap. Pada hari Jumaat. Ambil batu atau benda yang seumpamanya daripada liang
lahad dan hendaklah engkau kata inilah nama za’zu’ dan balutkan dia dengan kain putih yang baharu
dan bersih. Jadikan seperti kanak-kanak kecil di dalam badung.

Setelah itu baliklah engkau ke rumah dan jangan engkau bercakap sepatah pin engkau
letakkannya di atas dapur yang tidak berapi serta engkau duduk di atas dapur itu berkeadaan
telanjang bogel dan tidak tertutup kepala. Bacalah engkau doa dan perasapan yang tersebut di bawah
ini sehingga engkau berada dapur itu bergerak terangkat dan bergoyang seolah-olah engkau

100
hendak jatuh daripadanya ketika itu turunlah engkau daripada dapur. Ambil yang dibedung itu dan
bubuh ke dalam peti dan kunci.

Kemudian engkau balik ke dapur dan baca doanya 21 kali, setelah itu engkau pergi tidur pada tempat
engkau. Apabila masuk waktu subuh, pergilah engkau buka peti itu, nescaya engkau nampak di
dalamnya kanak-kanak yang menangis menyerukan ibunya dan berkata ia, “bawa pergilah za’zu’
kepada ibunya”.

Apakala engkau dengar perkataan itu, hendaklah engkau jawab: Aku tidak boleh bawa engkau kepada
ibu engkau hingga engkau mendatangkan si anu anak si anu dan hendaklah engkau cium dan kucup
pipinya.

Letakkan ke dalam petik balik dan tutup sekali lagi dan pergilah engkau pada tempat engkau
tidur sekadar satu masa yang pendek. Sesungguhnya orang yang engkau kehendak sudah hadir.

Apakala sudah datang orang yang kamu kehendaki bukalah kain bedung serta beri cium kepada za’zu’
kain-kain najis daripada perempuan. Setelah itu lepaskanlah ia kepada ibunya dengan kata,
baliklah engkau kepada ibu engkau. Serta membaca surah al-zalzalah.

Simpan baik-naik batu itu atau benda yang seumpamanya itu bagi menggunakan pula pada bila-bila
masa yang kamu kehendaki.

(Peringatan) Perasapan yang tersebut ialah ketumbar mudah, jintan putih, sabat dan kemenyan Arab,
bunga cengkih, mustak, kayu gaharu berat. Inilah doanya:

101
**************************

102
DOA BAGI MEMBUKAKAN HATI SESEORANG SUPAYA IA KASIHAN BELAS DAN KASIH KEPADA KITA

Siapa-siapa berhajat supaya orang kasih kepadanya, hendaklah ia puasa selama dua hari iaitu pada hari
Isnin dan Khamis dan bacakan doa yang tersebut di bawah ini 15 (lima belas) kali ketika berbuka puasa
dan 15 (lima belas) kali ketika terbit fajar (Subuh), iaitu:-

103
(Juga dikenali dengan nama Doa selepas surah Al-Fatihah Aqidah Al-Akbar Al-Ghaut Al-Izhom Syeikh
Abdul Qadir Al-Jailani)

104
kemudian sebutlah nama orang yang dihajati itu serta pohonkan daripada Allah Taala supaya
dipalingkan hatinya kasih akan kita.

**************************

KAIFIAT MENGELUARKAN BENDA-BENDA MENJADIKAN PERASAPAN

Hendaklah keluarkan bilangan bintang yang dikehendaki, tolak daripadanya tiga - tiga. Jika baki satu
menunjukkan benda itu daripada binatang-binatang. Jika baki dua menunjukkan daripada galian-
galian, jika baki tiga menunjukkan daripada tumbuh-tumbuhan

Jika hendak mengetahui tabiat-tabiat satu daripadanya hendaklah jumlahkan bilangan tabiat yang
empat, tolak daripadanya 4 - 4, jika baki satu menunjukkan tabiatnya api, jika baki dua tabiatnya angin,
jika baki tiga tabiatnya air dan jika baki empat tabiatnya tanah. (Shin)

**************************

RASI DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN BAGI MENJADIKAN IBU RUMAH

(RASIKAH ATAU TIDAK)

(BAGINYA DUA ATURAN)

1. Jumlahkan nama lelaki dengan bilangan nama perempuan dan tambah atas jumlah itu bilangan
tujuh, kemudian tolak daripadanya jumlah besar lapan-lapan bilangannya. Jika baki satu
menunjukkan baik dan beruntung. Jika baki dua berkahwinlah dengan dia dan dapat anak. Jika
baki tiga, tak usah berkahwin dengan dia kerana tidak berkebajikan. Jika baki empat, tak usah
berkahwin dengannya. Jika baki lima, menunjukkan permulaan payah, jika baki enam, baik
perkahwinan itu dapat anak dan dikasihi oleh pembesar-pembesar dan orang ramai. Jika
baki tujuh berkahwinlah dengannya dan dapat anak. Jika baki lapan, menunjukkan ramai
benar di antara keduanya dan dapat anak.
2. Jumlahkan bilangan nama lelaki dan perempuan, kemudian tolak daripada jumlah besar
sembilan-sembilan. Jika baki satu menunjukkan baik ia tetap tidak kekal. Jika baki dua
menunjukkan ramai dapat kebajikan dan berkat. Jika baki tiga permulaan nahas akhirnya
muafakat dan bahagia dapat ana-pinak dan rezeki. Jika baki empat, perkahwinan ini tidak kekal.
Jika baki lima, menunjukkan perkahwinan dapat kebaikan. Jika baki enam, tiada kebajikan. Jika
baki tujuh, kahwinlah dapat kebaikan. Jika baki lapan, menunjukkan kejahatan, dengki
umpamanya dan jika baki sembilan menunjukkan perkahwinan itu berkekalan di dalam
kesusahan dan kesempitan. Wallahu a’lam. (Al-Sirr Ar-Rabani)

**************************

MANDEL TILIKAN YANG MUJARAB

(BAGINYA DUA ATURAN)

Kaedah pertama:

1. Sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun di dalam cawan.

2. Suci bersih tubuh badan engkau daripada kekotoran.

105
3. Seorang kanak-kanak yang belum sampai umur lagi suci bersih tubuh badan dan pakaiannya.

4. Tulis di dahi kanak-kanak itu:

5. Bakar kemenyan dan budak itu hendaklah tilik (tengok) ke dalam cawan minyak itu serta
membaca engkau:

Apakala hadir khadam-khadam itu hendaklah budak itu memberi salam kepadanya serta berkata atau
meminta ketahui apa-apa yang dikehendaki dan apakala sudah selesai daripada pekerjaan itu hendaklah
suruh ia pulang balik dengan kata engkau.

Kaedah kedua:

1. Tulis rajah azimat di bawah ini di tapak tangan kanak-kanak lelaki atau perempuan yang belum
sampai umur.

2. Tulis di atas ibu jarinya:

Tulis di jari telunjuknya:

Di jari tengahnya:

Tulis di jari manis:

Tulis di jari kelingking:

106
3. Apakala selesai daripada pekerjaan yang tersebut, bacalah engkau bacaan ini di sisi kanak-kanak
itu:

Apakala datang khadam hendaklah memberi salam kepadanya serta suruh khadam itu pergi ambil
kambing, sembelih, masak dan sediakan dalam hidangan. Setelah itu suruh khadam sembah sultan
duduklah atas kerusi kemudian daripada sudah santap, jamuan itu bolehlah engkau bertanya atau
meminta ketahui apa-apa yang dikehendaki. Kemudian daripada telah sempurna pekerjaan engkau
suruhlah khadam itu balik kepada tempatnya. (Al-Sirr Ar-Rabani)

Inilah rajah azimat:

107
**************************

RIADAH SURAH AL-IKHLAS

Syarat-syarat mengamalkan riadah surah Al-Ikhlas itu: Bersihkan niat, mandi dan bersuci daripada
sekalian kekotoran, duduk pada tempat yang sunyi (berkhalwat) Jangan bercakap dengan siapa-siapa
dan jangan dibiarkan orang masuk ke tempat berkhalwat itu, melainkan seorang sahaja laki-laki untuk
berkhidmat akan kita, dan laki-laki itu pula, hendaklah orang yang soleh baik perangainya, membersih
dan suci daripada hadas, Ketika berkhalwat itu perbanyakkan bau-bauan dengan membakar kemenyan,
lama masanya berkhalwat itu ialah lima belas hari, mulai hari Khamis berbetulan dengan awal daripada
mana-mana bulan dan pada dap-tiap kali berbuka puasa itu hendaklah memakan makanan yang
diperbuat daripada gandum, garam dan minyak zaitun (barangkali di negeri yang tiada gandum bolehlah
diganti dengan nasi dan minyak zaitun diganti dengan minyak kelapa) dan lain-lainnya daripada benda
yang tidak bernyawa dan yang keluar daripadanya seperti telur dan sebagainya.

Amalan-amalan yang dikehendaki baca:-

Pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu bacalah surah Al-Ikhlas 1,000 (seribu) kali dan ketika tiap-tiap
tengah malam pula bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak yang tersebut di atas selama empat belas hari -
jadilah jumlah semuanya -84,000- (lapan puluh empat ribu) dalam masa lepas membaca sebanyak yang
ditentukan itu hendaklah baca pula lain-lain bacaan umpama berzikir, selawat dan sebagainya. Pada hari

108
yang kelima belas baca lagi surah Al-Ikhlas 16,000 (enam belas ribu) kali dengan dikhatamkan pada
malamnya (malam Jumaat).

Apakala sempurna membaca enam belas ribu (16,000) kali itu bacakan pula doa:

Kemudian kata:

nescaya pada ketika itu datang tiga orang pembesar daripada malaikat mukanya seperti bulan purnama
dan cahayanya menyilaukan pandangan mata, berkata mereka itu; " Assalamualaikum Ya Ibadi Soliha
Warahmatullahi Wabarakatuh, kami ialah khadam bagi surah yang mulia dan yang maha besar ini, maka
apakah engkau kehendaki kepada kami?" Setelah selesai daripada ia berkata-kata ini jawablah salamnya
dan katakan baginya: "Kerana memuliakan dan membesarkan Tuhan yang bersifat dengan sifat-sifat
yang ada pada surah itu, aku berkehendakkan supaya kamu berkhidmat kepada aku dan taat akan apa-
apa suruhanku yang diwajib ke atas kamu taat sesungguhnya aku tiada minta daripada kamu melainkan
hajat-hajat yang diredai Tuhan." Jawab mereka itu: "Kami taat pada menyempurnakan perkataan
engkau itu dan memperkenankan seruan engkau, tetapi mulai masa ini wajib atas engkau mengikut akan
syarat-syarat ini:-

Jangan engkau mengambil manfaat pada perkara-perkara yang maksiat dan dusta, jangan makan
bawang putih, bawang merah dan ikan, hendaklah mandi pada hari Jumaat dan puasa pada tiap-tiap
hari Khamis, melainkan jika berbetulan dengan hari raya, dan pada tiap-tiap malam Jumaat hendaklah
baca surah Al-Ikhlas 1,000 (seribu) kali hadiahkan pahalanya kepada orang-orang muslim yang telah
mati, dan pada tiap-tiap hari Sabtu hendaklah pergi ke kuburnya (orang-orang muslim) sebelum
daripada terbit matahari, dan baca surah Al-Ikhlas 11 (sebelas) kali niat hadiah kepadanya.

Setelah selesai jawablah dengan perkataan: "Ya ( ) Allah menunjukkan jalan yang betul dan Allah
menjadi saksi di atasku akan yang demikian itu." Kemudian mereka itu berjabat salam dengan kita dan
katanya: "Sungguhnya adalah engkau ini menjadi saudara kami, dan apa-apa hajat yang engkau minta
insyaAllah kami sedia menunaikannya."

Kemudian kata kepada mereka itu: "Haraplah tiap-tiap seorang daripada kamu memberi tanda
bagaimana isyarat yang akan aku perbuat. Maka jawablah yang pertama aku bernama Abdul Wahid
hendaklah baca surah Al-Ikhlas dan serulah namaku, nescaya aku perkenankan seruan engkau itu wajib
atasku membawa engkau ke mana-mana, dan pada saat itu juga boleh aku bawa engkau kembali ke
tempat engkau." Berkata yang kedua: "Aku bernama Abdul Somad - jika engkau berhajat kepadaku
bacalah surah Al-Ikhlas, apakala membaca As-Somad, serulah aku dengan kata, "ya Abdul Somad
nescaya aku perkenankan seruan engkau dan wajib atasku menghadirkan kepada engkau apa-apa yang

109
engkau kehendaki umpama: makanan, minuman ataupun emas dan perak." Berkata yang ketiga: "Aku
bernama Abdul Rahman, jika engkau berhajat kepada aku, bacalah surah Al-Ikhlas dan serulah namaku
dengan kata "ya Abdul Rahman nescaya aku perkenankan seruan engkau dengan izin Allah Taala dan
aku akan berkhidmat kepada engkau atas tiga perkara, iaitu: Aku sembunyikan engkau daripada
pandangan manusia, aku akan bawa kepada engkau perkhabaran-perkhabaran daripada lain-lain negeri,
dan aku akan bekukan air bagi perjalanan engkau." Setelah itu hendaklah kita sujud ke hadrat Allah
Taala kerana syukurkan nikmat-nikmat-Nya yang besar itu. Kemudian katakan kepada mereka itu:

(Sekalian apa-apa yang diterima daripada perkara-perkara yang tersebut hendaklah ingat dan pelihara
baik-baik serta sembunyikan daripada orang-orang yang jahil, jangan sekali-kali buka kepada mereka
itu).

**************************

RIADAH YA KARIIM YA RAHIIM

Syarat-syarat mengamalkannya ialah bersih pakaian dan badan daripada sekalian kekotoran dan hadas.
Tempat mengamalkannya di dalam khalwat (bilik) yang sunyi daripada manusia dan jauh daripada suara,
berkhalwat itu selama tujuh hari, mulai hari Ahad sampai hari Sabtu, dan tiap-tiap hari itu hendaklah
puasa, dan pada tiap-tiap kali berbuka puasa tiada boleh memakan makanan yang lain daripada zabib,
minyak zaitun, tepung yang diperbuat daripada gandum dan cuka. Tetapi di negeri yang tiada minyak
zaitun bolehlah diganti dengan minyak kelapa dan gandum diganti dengan beras.

Dalam masa berkhalwat itu hendaklah baca, "Ya Kariim Ya Rahiim" dengan tiada berkeputusan dan pada
tiap-tiap lepas sembahyang Subuh hendaklah baca surah Al-Kafiruun 21 (dua puluh satu) kali dan baca:

3 (tiga) kali dan lazimkan membaca "ya kariim ya rahiim".

Apakala sampai malam Jumaat hendaklah sembahyang sunat dua rakaat, kemudian duduk di tempat
sembahyang itu mengadap kiblat dengan ada air sembahyang, dan bacalah selawat kepada Nabi
Muhammad S.A.W. 1,000 (seribu) kali, kemudian baca " ya kariim ya rahiim" 1,000 (seribu) kali, dan

ketika tengah malam bacalah bacaan yang telah dibaca itu iaitu: hingga habis 41

110
(empat puluh satu) kali dengan kaifiat apakala sampai bacaan hendaklah sujud kepada
Allah S.W.T., kemudian bangun dan baca doa ini:-

Apakala malam Ahad di waktu tengah malam datanglah khadam isim ini iaitu malaikat yang tiada berupa
dan tiada terbayang-bayang pada pandangan kita. Mereka ini tiada menyakiti dan dada menakuti akan
kita, tetapi hendaklah kita bersungguh-sungguh takut kepada Allah S.W.T., dan ketika berkhalwat itu
hendaklah banyakkan membakar bau-bauan (setanggi).

111
Khadam yang datang itu berkata kepada kita: "Wahai hamba Allah, apakah engkau tuntut dan engkau
kehendaki?" Jawablah perkataannya itu dengan kata: "Aku kehendaki dengan kemurahan engkau dan
dengan kelebihan Allah S.W.T. supaya engkau bawa kepada aku tiap-tiap hari dinar emas atau paun
emas - sebutlah bilangan sebanyak mana yang kita berhajat kepadanya untuk perbelanjaan sehari bagi
kita sendiri atau bagi fakir miskin, lalu dijawab olehnya: "Baiklah, hal ini ia akan mensyaratkan kepada
kita dengan beberapa syarat, setengah daripadanya hendaklah kita menziarahi kubur-kubur orang mati
pada tiap-tiap hari Sabtu. Dan tiap-tiap lepas sembahyang fardhu hendaklah berwirid membaca : "Ya
Kariim Ya Rahiim" 528 (lima ratus dua puluh lapan) kali, bersedekah kepada fakir-fakir miskin dan
kepada orang-orang yang berhajat kepada pertolongan.

Sekalian syarat-syarat yang disebutkan itu hendaklah terima dan kemudian ucapkan kepadanya:

Apakala kita telah sempurnakan segala yang tersebut itu, nescaya pada malam itu juga kita dapat dinar
emas atau paun emas yang kita berkehendak itu di bawah kepala tidur kita.

(Peringatan): Lebih dahulu daripada hendak membaca "ya kariim ya rahiim" itu hendaklah baca "ya
Allah, ya Allah, ya Allah".

**************************

KHALWAT AMALAN HURUF JIM ( )

Siapa-siapa hendak mengamalkan huruf hendaklah berkhalwat, bersih daripada sekalian kekotoran dan
hadas, kemudian masuklah berkhalwat dan baca doa yang tersebut di bawah ini, dan permulaan
berkhalwat itu tuliskan wafak pada kertas dan pakai di kepala kita.

Dan pada tiap-tiap lepas sembahyang bacalah doa:

112
berulang-ulang sehingga datang khadam huruf jim itu namanya "Tho’iyail" dan ketika datangnya ke
tempat berkhalwat itu hendaklah pandang kepadanya dan ikatkan perjanjian dengan apa-apa yang kita
kehendaki, umpama minta ia menunaikan apa-apa perkara yang kita berhajat, pada lafaz doa "

" hendaklah tukar dengan perkataan apa-apa yang kita hajati, tetapi jangan minta apa-
apa yang mustahil atau apa-apa yang mendatangkan kecederaan bagi kita dan bagi orang lain.

Siapa-siapa sentiasa berwirid membaca nama Allah S.W.T. nescaya mengurnia oleh
Allah S.W.T. kepadanya kekayaan dan memberi ilham kepadanya sehingga sentiasa ia mengucap tahmid
dan syukur kehadrat Allah S.W.T. sama ada waktu kesenangannya ataupun kesusahannya.

Dan siapa-siapa bertabiat bakhil apakala ia berwirid mengamalkan bacaan dua nama Allah Taala yang
tersebut, nescaya menukar Allah Taala kebakhilannya itu menjadi pemurah dan pemaaf, bacalah pada

pagi dan petang "ya Allah ya Allah" 3 (tiga) kali, dan kemudian bacalah sebanyak
bilangannya 1,586 (seribu lima ratus lapan puluh enam) kali.

Siapa-siapa membuat wafak nama Allah S.W.T. menurut sebagaimana bilangannya pada
sekeping timah, dan rendamkan ke dalam air minuman yang diminum setiap-setiap hari nescaya beroleh
perusahaan yang sentiasa di dalam kekayaan serta mendapat keredhaan Allah S.W.T., bacalah pada pagi

dan petang "ya Allah ya Allah" 3 (tiga) kali, dan kemudian bacalah sebanyak bilangannya
1,100 (seribu seratus) kali.

Siapa-siapa membaca nama Allah S.W.T. pada sepanjang-panjang masanya nescaya


mengurnia kepadanya kecantikan dan dijauhkan daripadanya kekejian dan sentiasa beroleh nikmat
dengan kurnia Allah Taala dan kembali kepadanya apa-apa yang melarikan diri daripadanya bacalah

pada pagi-pagi dan petang "ya Allah ya Allah" 3 (tiga) kali dan kemudian bacalah sebanyak
bilangannya 526 (lima ratus dua puluh enam) kali.

113
Siapa-siapa membaca nama Allah Taala dan doanya:

100 (seratus) kali ketika hendak tidur dengan niat minta Allah Taala membuka kepada kita akan isim-isim
yang dibangsakan kepada perbuatan dan perkataan, nescaya Allah Taala memperlihatkan kita akan apa-
apa yang kita pohonkannya di dalam tidur dengan bawaan malaikat doa yang tersebut hendaklah baca
pada tiap-tiap kali lepas membacanya, dan apakala telah sempurna di baca 1,000 (seribu) kali,
hendaklah baca hingga kita jenera dengan bacaan itu. Dan jika belum Allah Taala memperlihatkan apa-
apa yang kita citai pada malam itu, hendaklah ulangi lagi pada malam esoknya supaya dapat kita
melihatnya.

**************************

KELEBIHAN DOA BURHATIAH

Bab ini pada menyatakan doa burhatiah dan digelarkan juga doa perjanjian Nabi Sulaiman dan
perjanjian faqtash iaitu satu doa yang masyhur mustajabnya dan besar kesannya, segala isim-isim yang
tersebut di dalamnya melebihi pangkat darjahnya daripada isim-isim yang terkandung di dalam mana-
mana doa yang lain. Kerana ini suatu perjanjian yang Nabi Allah Sulaiman A.S. berikat dengan jin
kemudian daripada ianya menduduki singgahsana kebesaran dan kemuliaan di dalam dunia. Maka
mengakulah segala jin, yang mereka itu tidak akan derhaka sekali-kali hingga kepada hari kiamat dengan
berkatnya dan berkat segala isim-isim (nama-nama) yang dikandunginya.

Berkata ahli-ahli ilmu ini, doa ini bila seseorang memakainya terkayalah daripada segala isim-isim yang
lain sama ada pada bab hendak menghadirkan jin ataupun mana-mana rohani, khadam dan sebagainya,
ataupun membatalkan sihir-sihir dan bagi menggunakan supaya menjadi berkasih sayang di antara dua
orang yang berbenci-benci ataupun menceraikan di antara dua orang yang berkasih-kasih atau
mengembalikan orang yang jauh atau membinasakan orang yang zalim, menenggelamkan perahu atau
apa-apa jua yang dimaksudkan di dalam alam ini. Maka doa ini berfaedah bagi semua perkara yang
tersebut, dan doa itu ialah:

Setengah guru-guru telah memperbuat satu doa untuk dibaca dahulu daripada membacanya dan
dijadikan sebagai pagar tubuh supaya tidak dapat khadam itu membuat apa-apa angkara dan inilah
doanya:

114
hingga akhirnya. Adapun doanya hendaklah dibaca kemudian daripada isim Burhatiah yang tersebut:

Sebutlah apa-apa hajat. Dan apabila hendak mengamalkannya dengan jalan wirid sahaja, maka

hendaklah dibaca kemudian daripada :

115
PERINGATAN MENGAMALKANNYA

Jikalau siapa-siapa mengamalkannya dengan tujuan yang tertentu seperti murah rezeki, mendapat
bahagia, melepaskan apa tuduhan, menarik kasih sayang dan sebagainya, hendaklah ia puasa tujuh hari
dan jauhi jangan memakan perkara yang bernyawa serta hendaklah dibaca isim ini empat puluh lima kali
lepas daripada sembahyang fardhu yang lima waktu, dan hendaklah ditulis tiap-tiap hari di dalam
mangkuk sabun dengan air mawar, kasturi dan za'faran kemudian membasuhkan dengan air serta
minum berbuka puasa.

Apabila telah dibaca sebanyak yang tersebut kemudian daripada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu
hendaklah ia wakilkan kepada khadam-khadam supaya menjaga dan memelihara tubuh badannya dan
segala gerak-geri amalannya serta menunaikan hajatnya. Apabila sudah sempurna riadah tujuh hari itu,
maka hendaklah diamalnya untuk apa-apa yang ia kehendaki dengan menurut peraturannya, Pada masa
itu mustajablah doa itu dengan izin Allah Taala, misalnya, jika ia hendak menghadirkan roh, sama ada
roh ulwiyyah atau sufliyyah, maka hendaklah ia puasa dengan kerana Allah Taala pada hari ia hendak
beramal itu, dan jika berbetulan dengan hari yang ditetap kepada roh yang hendak dipanggilnya makin
menjadi sangat baik, kemudian hendaklah ia duduk pada tempat yang suci dan dengan keadaannya suci
serta perasapkan dengan gaharu cendana dan dibacanya doa ini tujuh kali, lepas itu dipanggil mana-
mana roh yang ia maksudkan serta disuruh kepadanya membuat apa-apa pekerjaan, roh itu akan hadir
dan menunaikan hajatnya, demikianlah seterusnya tiap-tiap satu kehendak hendaklah diturut peraturan
yang ditetapkan untuknya, segala peraturan yang lain ada tersebut di dalam syarahnya yang khas.

**************************

116
AYAT LIMA BELAS

Tersebut di dalam Fawa'idul Yumna bahawa setengah daripada kelebihan ayat ini memeliharakan tubuh
badan dan harta benda daripada jin dan manusia, kata Ibnu Ujail: "Sungguhnya berkata al-Faqih Ismail
al-Hadhrami, sabda Rasulullah S A.W.: "Barang siapa membaca ayat ini pada ketika takut, nescaya
beroleh aman atau ketika menuntut hajat, nescaya dapat atau musafir nescaya dikembali ke negerinya,
di baca pagi dan petang sekali, iaitu:-

1. Ali Imran: 1-2 dan 18

2. Al-Mukmin: 62

3. Ar-Ra’d: 31

117
4. Yasin: 82

5. Al-Fatihah: 2

6. Qaf: 15

7. Al-Hadid: 4 dan 25

8. Ath-Thalaq: 3

9. Al-Jinn: 28

10. Al-Muzzammil: 9

11. An-Naba: 38

12. Abasa: 18-19

13. At-Takwir: 20

14. At-Takwiir: 021

118
15. Al-Buruj: 20-22

*******************

HIZBUL BIRRI ( )

Kata ulamak, hizib ini khasiatnya jika dibaca pagi dan petang sekali terpelihara daripada diusikkan
seteru, kemalangan siang dan malam serta terbelenggulah kaki tangan mereka yang berniat salah:-

119
**************************

HIZBUN NAWAWI ( )

Kata masyaikh: Hizib inilah yang tidak sunyi seorang pun daripada ulamak membacakan dia istimewa
segala ulamak Syafie. Khasiatnya menyelamatkan diri anak bini, harta benda dan sahabat handai
daripada segala seteru manusia, jin dan binatang buas, dibaca pagi petang sekali, iaitu:-

120
(Di ijazahkan oleh: Tuan Guru yang dikasihi, Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi al-
Ahmadi)

121
**************************

122
KAIFIAT MEMBERI SALAM KEPADA QUTBUL AQTAB ( )

**************************

KAIFIAT MEMBERI SALAM KEPADA RIJALUL GHAIB ( )

Rijalul Ghaib sebahagian ulama menggelarinya untuk arwah para solihin dan malaikat yang
membantu para mukminin dalam perjuangan dakwahnya, ada doanya, namun tidak mengizinkan untuk
mengamalkannya, cukup Allah dan Rasul Nya, maka semua rijalul ghaib akan ditundukkan Allah
Subhanahu Wa Taala untuk membantu.

Imam Ahmad bin Ali Al-Buni dalam Manba Ushul Al-Hikmah-nya menjelaskan tentang rijalul ghaib ini
sebagai berikut:

"Ketahuilah, bahawa Allah Yang Maha Agung dan Maha Luhur dengan kemurahannya yang besar
terhadap manusia, Ia menciptakan roh-roh berkarakter malaikat yang berkeliling di seluruh penjuru
bumi. Para roh tersebut membahagiakan orang-orang yang memiliki hajat dengan membantu
menunaikan hajat-hajat mereka dan membantu mencapai keinginan-keinginan mereka.

Maka barang siapa yang bertepatan waktu hajatnya dengan arah di mana para rijalul ghaib itu berada
dan berdoa kepada Allah pada saat itu juga, para rijalul ghaib itu akan mengamini doanya tersebut maka
akan terkabulkan hajatnya serta tercapai apa yang ia minta".

123
Yang penting kita ketahui iaitu para Rijalul Ghaib merupakan hamba-hamba Allah yang soleh yang
banyak diberi pengetahuan hal yang ghaib oleh Allah S.W.T. Mereka bertebaran di muka bumi dan
disamarkan oleh Allah dari kebanyakan makhluknya, dan kerana kesolehannya doanya di ijabah Allah.

Hal ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ya`la, Ibnu al-Sunni, and At-Thabrani dalam al-
Mu`jam al-Kabir bahawasanya Rasulullah bersabda:

"Apabila seorang daripada kamu kehilangan sesuatu atau memerlukan pertolongan sedangkan dia
berada di suatu tempat yang tiada orang dapat menolongnya, maka hendaklah dia berseru: "Wahai
hamba-hamba Allah, tolonglah aku..!" sesungguhnya bagi Allah itu ialah hamba-hamba yang kita tidak
nampak."

Oleh kerananya banyak orang yang bertawassul kepada mereka agar Allah mengijabah doa mereka
dengan keramat para Rijalul Ghaib tadi.

**************************

KETERANGAN KEPADA MENGETAHUIKAN PIHAK-PIHAK YANG ADA PADANYA RIJALUL GHAIB

(DAN SEGALA MASA PEREDARAN MEREKA DARI SATU KE SATU PIHAK YANG LAIN)

Ketahuilah olehmu bahawa rijalul ghaib atau Al-Arwahul Muqaddasah (roh kudus) pada hari yang
ketujuh (7) dan yang keempat belas (14) dan yang kedua puluh (20) dan yang kedua puluh sembilan
(29), berhadap mereka itu ke pihak masyriq (timur) dan pada hari yang keenam (6) dan yang kedua
puluh satu (21) dan yang kedua puluh lapan (28), ada mereka itu di antara timur dan utara. Dan pada
hari yang ketiga (3) dan kelima belas (15) dan yang kedua puluh tiga (23) dan yang ketiga puluh (30)
berhadap ke pihak juring (seseran) utara. Dan pada hari yang kelima (5) dan yang ketiga belas (13) dan
yang kesembilan (9) dan yang kedua puluh tujuh (27) daripadanya berhadap mereka itu ke pihak
maghrib (barat). Dan pada hari yang kedua (2) dan yang kesepuluh (10) dan yang ketujuh belas (17) dan
yang kedua puluh lima (25) daripadanya, berhadap mereka itu ke pihak yang di antara maghrib (barat)
dan kiblat. Dan pada hari yang kelapan (8) dan yang kesembilan (9) dan yang kelapan belas (18) dan
yang kedua puluh enam (26) dan yang kedua puluh empat (24) daripadanya berhadap mereka itu di
antara masyrik (timur) dan kiblat.

Maka ayuhai saudaraku! setelah engkau ketahui pihak-pihak peredaran mereka, hendaklah berserah diri
kepada Allah dan bersandar kepada mereka itu.

Dan apakala sudah selesai engkau daripada membaca segala wirid-wirid hendaklah engkau berkata
demikian:-

Dan sebutlah apa-apa hajat engkau yang dikehendaki kemudian daripada berkata itu,
mudah-mudahan dengan berkata rijalul ghaib, dapatlah segala cita-cita dan kehendak-kehendak engkau
insyaAllah Taala.

124
(Peringatan): Lebih dahulu daripada kamu hendak memberi salam kepada Qutbul Aqtab atau Rijalul
Ghaib yang tersebut hendaklah kamu baca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas tiga kali dan kedua-dua

sekali dan baca Al-Fatihah serta Al-Baqarah sambung hingga penghabisan Ayat Kursi
(hadiah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan segala keluarganya juga kepada qutbul aqtab atau rijalul
ghaib), setelah itu bacalah:

atau,

Syarat-syarat yang terutama sekali hendaklah penuhkan hati engkau berserah kepada Allah Taala serta
percaya bahawa Allah menunaikan apa-apa permohonan engkau dengan wasitah mereka itu adanya.

**************************

FAEDAH (AYAT EMPAT)

Ini ayat empat yang sangat besar kelebihannya iaitu:-

Amalannya tiga jalan:-

1. Jalan yang pertama: Kemudian daripada tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh atau tiap-
tiap lepas sembahyang lima waktu baca ayat yang pertama 10 (sepuluh) kali, dan ayat yang kedua 33
(tiga puluh tiga) kali, dan ayat yang ketiga 33 (tiga puluh tiga) kali, dan ayat yang keempat 33 (tiga puluh
tiga) kali, atau seberapa banyak ikut kuasa.

2. Jalan yang kedua: Baca pada waktu lain daripada lepas sembahyang iaitu ayat yang pertama 130
(seratus tiga puluh) kali dan ayat yang kedua 110 (seratus sepuluh) kali, dan ayat yang ketiga 100
(seratus) kali dan ayat yang keempat 1,999 (seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan) kali.

3. Jalan yang ketiga: Tiap-tiap ayat itu hendaklah baca 2,000 (dua ribu) kali, kecuali ayat

tiada mengapa lebih daripada 2,000 (dua ribu) itu, tetapi disyaratkan pada

125
jalan yang ketiga ini dengan berasing diri dan puasa, permulaan amalan itu pada hari Ahad hingga tujuh
hari, dan jika tidak dapat hikmat, hendaklah amalkan sehingga mendapat hikmat, iaitu melihat rupa
singa kepala manusia, tersurat pada kepalanya itu Al-Fatihah dan pada tubuhnya Yasiin, atau datang
Nabi S.A.W. menyurat pada tubuhnya. Hikmat ini alamat dapat menjadi hulubalang yang terutama
sekali.

Jika datang lain-lain nabi atau malaikat menyurat pada tubuh kita, atau kita sendiri menyurat ayat-ayat
itu, hikmat ini alamat dapat jadi hulubalang yang kedua.

Jika dapat kain baju dan kupiah, atau nampak suratan pada tubuh, atau timbul seumpama bintang pada
tubuh kita, hikmat ini boleh jadi hulubalang yang ketiga.

Hikmat yang terutama dapat ajaran ayat seribu jadi, dan yang keduanya datang malaikat membelah
perut kita, dan memasukkan hikmat. Dan yang ketiga dapat ajaran satu-satu ayat bagi satu faedah jua,
dan manakala dapat hikmat-hikmat itu, hendaklah buat bubur putih sebagai nasi kanji bagi jamuan
orang ramai.

**************************

FAEDAH YANG AMAT MUJARAB

Bagi mustajabkan doa dengan wasitah hadhratul ghauth Abdul Qadir Al-Jilani qudus serah dengan syarat
sebenar-benar berkehendak dan bulat berhadapan kepada Tuhan.

Sekiranya engkau berkehendak sesuatu hajat sama ada dunia ataupun akhirat hendaklah bangun
daripada tidur pada malam Selasa sebelum fajar dan ambil wuduk kemudian sembahyang Hajat dua
rakaat. Engkau baca di dalam rakaat yang pertama lepas daripada Al-Fatihah surah Al-Kafirun sebelas
kali dan dalam rakaat yang kedua lepas daripada Al-Fatihah surah Al-Ikhlas sebelas kali, kemudian
daripada itu engkau seru akan hadhratul ghauth sebelas kali, seruan itu seperti berikut: "Ya sayyidi abdul
qadir muhyiddin" setelah itu engkau melangkah kepada pihak timur sebelas langkah dan engkau kata
pada tiap-tiap langkah itu: "Ya syeikh Abdul Qadir ya Jilani," kemudian engkau ulangi dua baris syair tiga
kali, syair itu seperti di bawah ini:-

Kemudian engkau kata: "Ya Sayyidi Abdul Qadir al-Jilani dapatkan daku dan engkau tolongkan daku
........." serta engkau pun pohon akan hajat engkau daripada Allah dengan wasitah al-Ghauth yang
tersebut itu maka ia mendapatkan engkau bagi menyempurnakan kehendak engkau itu.

Wasitah dan konsep yang seumpamanya seperti tawassul (mengambil wasilah) dan tasyaffu'
(memohon syafaat) kepada Allah dengan (perantaraan)para wali Nya ada beberapa macam.

Pertama. - Seseorang memohon kepada wali yang masih hidup agar mendoakannya supaya
mendapatkan kelapangan rezeki, kesembuhan dari penyakit, hidayah dan taufik, atau (permintaan-
permintaan) lainnya. Tawassul yang seperti ini dibolehkan. Termasuk dalam tawassul ini adalah
permintaan sebagian sahabat kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam agar beristsiqa (meminta hujan)

126
ketika hujan lama tidak turun kepada mereka. Akhirnya, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam
memohon kepada Allah agar menurunkan hujan, dan Allah mengabulkan doa beliau itu dengan
menurunkan hujan kepada mereka.

Begitu pula, ketika para sahabat beristisqa dengan perantaraan Abbas Radiallahuanhu pada masa
kekhalifahan Umar Radiallahuanhu. Mereka meminta kepadanya agar berdoa kepada Allah supaya
menurunkan hujan. Abbas pun lalu berdoa kepada Allah dan diamini oleh para sahabat yang lain. Dan
kisah-kisah lainnya yang terjadi pada masa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan setelahnya berupa
permintaan seorang Muslim kepada saudaranya sesama Muslim agar berdoa kepada Allah untuknya
supaya mendatangkan manfaat atau menghilangkan bahaya.

Kedua - Seseorang menyeru Allah bertawassul kepadaNya dengan (perantaraan) rasa cinta dan
ketaatannya kepada nabiNya, dan dengan rasa cintanya kepada para wali Allah dengan berkata, 'Ya
Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu agar Engkau memberiku ini (menyebutkan hajatnya)'.
Tawassul yang seperti ini boleh kerana merupakan tawassul dari seorang hamba kepada rabbnya
dengan (perantaraan) amal-amal solehnya. Termasuk tawassul jenis ini adalah kisah yang sahih
tentang tawassul tiga orang, yang terjebak dalam sebuah gua, dengan amal-amal soleh mereka.
[Hadis Riwayat Imam Ahmad II/116. Bukhari III/51,69. IV/147. VII/69. dan Muslim dengan Syarah
Nawawi XVII/55].

Ketiga - Seseorang meminta kepada Allah dengan (perantaraan) kedudukan para nabi atau
kedudukan seorang wali dari wali-wali Allah dengan berkata -misalnya- 'Ya Allah, sesungguhnya
aku meminta kepadaMu dengan kedudukan nabiMu atau dengan kedudukan Husain. Tawassul
yang seperti ini tidak boleh kerana kedudukan wali-wali Allah dan lebih khusus lagai kekasih kita
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, sekalipun agung di sisi Allah, bukanlah sebab yang
disyariatkan dan bukan pula suatu yang lumrah bagi terkabulnya sebuah doa.

Kerana itulah ketika mengalami musim kemarau, para sahabat Radiallahuanhu berpaling dari
tawassul dengan kedudukan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ketika berdoa meminta hujan dan lebih
memilih bertawassul dengan doa paman beliau, Abbas Radiallahuanhu, padahal kedudukan Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berada di atas kedudukan orang selain beliau. Demikian pula, tidak
diketahui bahawa para sahabat ada yang bertawassul dengan (perantaraan) Nabi setelah beliau
wafat, sementara mereka adalah generasi yang paling baik, manusia yang paling mengetahui hak-
hak Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, dan yang paling cinta kepada beliau.

Keempat - Seorang hamba meminta hajatnya kepada Allah dengan bersumpah (atas nama) wali atau
nabiNya atau dengan hak nabi atau wali dengan mengatakan, 'Ya Allah, sesungguhnya aku meminta ini
(menyebutkan hajatnya) dengan (perantaraan) wali Mu si Fulan atau dengan hak nabiMu Fulan',
maka yang seperti ini tidak boleh.

Sesungguhnya bersumpah dengan makhluk terhadap makhluk adalah terlarang, dan yang demikian
terhadap Allah Sang Khalik adalah lebih keras lagi larangannya. Tidak ada hak bagi makhluk terhadap
Sang Khalik (pencipta) hanya semata-mata kerana ketaatannya kepadaNya sehingga dengan itu dia
boleh bersumpah dengan para nabi dan wali kepada Allah atau bertawassul dengan mereka. Inilah
yang ditampakkan oleh dalil-dalil, dan dengannya aqidah Islamiah terjaga dan pintu-pintu kesyirikan
tertutup.

[Fatawa Li Al- Lajnah Ad-Da'imah 1/498-500, Pertanyaan ke-2 dari Fatwa no. 1328 Di susun oleh
Syaikh Ahmad Abdurrazzak Ad-Duwaisy, Darul Asimah Riyadh. Di salin ulang dari Majalah Fatawa
edisi 3/I/Dzulqa'dah 1423H]

127
**************************

PADA MENYATAKAN HARI YANG BERCAHAYA, BERKELAM, SAASAH (SELEMPANG) DAN BATIL BUAT
DAN KERJAKAN APA-APA PEKERJAAN DI DALAM HARI YANG BERCAHAYA NESCAYA DAPAT KEBAIKAN

Muharam - Daripada 1 hingga 5 bercahaya kemudian 5 kelam kemudian 8 bercahaya kemudian 3 saasah
kemudian 6 bercahaya kemudian 3 batil. (30 Muharam).

Safar - Daripada 1 hingga 3 kelam, kemudian 5 bercahaya kemudian 6 batil kemudian 6


bercahaya kemudian 2 saasah kemudian 5 batil kemudian 3 kelam (29 Safar).

Rabiulawal - Daripada 1 hingga 9 bercahaya kemudian3 kelam kemudian 7 bercahaya kemudian 4


saasah kemudian 7 bercahaya (30 Rabiulawal).

Rabiulakhir - Daripada 1 hingga 7 kelam, kemudian 3bercahaya, kemudian 5 saasah kemudian 4


bercahaya, kemudian 5 batil, kemudian 5 bercahaya kemudian 1 batil (20 Rabiulakhir).

Jamadilawal - Daripada 1 hingga 4 saasah, kemudian 4 batil, kemudian 5 bercahaya, kemudian 4 kelam,
kemudian 8 bercahaya, kemudian 4 batil kemudian 5 bercahaya (30 Jamadilawal).

Jamadilakhir - Daripada 1 hingga 6 kelam, kemudian 6 bercahaya, kemudian 6 kelam, kemudian 6


bercahaya, kemudian 4 batil kemudian 2 kelam (29 Jamadilakhir).

Rejab - Daripada 1 hingga 3 kelam, kemudian 5 bercahaya, kemudian 8 kelam, kemudian 4


bercahaya, kemudian 4 batil, kemudian 5 bercahaya kemudian 1 batil (30 Rejab).

Syaaban - Daripada 1 hingga 3 kelam, kemudian 4 bercahaya, kemudian 5 batil, kemudian 8


bercahaya, kemudian 5 batil, kemudian 3 bercahaya, kemudian 2 batil (29 Syaaban).

Ramadan - Daripada 1 hingga 7 bercahaya, kemudian 3kelam, kemudian 5 bercahaya, kemudian 2 batil,
kemudian 6 bercahaya, kemudian 5 kelam, kemudian 2 batil (30 Ramadan).

Syawal - Daripada 1 hingga 12 bercahaya, kemudian 2 kelam, kemudian 4 batil, kemudian 2


saasah, kemudian 8 bercahaya kemudian 2 batil. (29 Syawal).

Zulkaedah - Daripada 1 hingga 10 malam kelam, kemudian 6 saasah, kemudian 5 batil, kemudian
9 bercahaya (30 Zulkaedah).

Zulhijah - Daripada 1 hingga 6 kelam, kemudian 3 bercahaya kemudian 2 batil, kemudian 6


bercahaya kemudian 4 saasah, kemudian 5 batil kemudian 4 kelam (29 Zulhijah).

**************************

KETIKA BINTANG TUJUH PERLANGKAHAN YANG MASYHUR

Bahawa adalah ketika jam-jam yang tersebut di bawah ini ialah permulaan daripada terbit atau masuk
matahari, dan pada musim panjang atau pendek pada siang dan malam hari, hendaklah dibahagi
kepada 12 sampai boleh diketahui betul ketika mulai masuk bintang-bintang itu dan keluarnya
(masuk kepada ketika bintang yang lain pula):

1. Tengoklah takwim bagi waktu sembahyang berkenaan dengan panjang dan pendek malam dan siang
itu.

128
(Peringatan) Apabila berpindah daripada satu bintang kepada satu bintang hendaklah tunggu
sampai 12 minit, supaya tentu bintang itu telah ada di dalam jam itu pada semua pekerjaan.

Segala hari dan malam itu ada ketika (jam) yang menunjukkan baik atau tidak pada segala
pekerjaan.

**************************

SIANG HARI AHAD DAN MALAM KHAMIS

Ketika yang pertama jam pukul 6 matahari, ketika ini baik bagi musafir memakai pakaian baru,
menggunting pakaian dan menghadap pemerintah dan orang-orang kaya.

Ketika yang kedua jam pukul 7 Zuhrah, ketika ini baik bagi pekerjaan mengakad nikah
(berkahwin) dan menulis apa surat kerana berkasih atau kerana membuat azimat pengasih dan bagi
menyambungkan kira bicara yang baik berkenal-kenalan dan berbaik-baik. Kata setengah pendeta,
jangan berbuat pekerjaan yang amat besar.

Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Utarid, ketika ini baik bagi musafir dan memohon apa-apa hajat daripada
pemerintah-pemerintah, berjual-beli dan mendirikan rumah dan akad nikah.

Ketika yang keempat, jam pukul 9 Bulan - Ketika ini tiada baik bagi berjual beli selama-lamanya,
tetapi tiada ditegah pada lain-lain pekerjaan.

Ketika yang kelima, jam pukul 10 Zuhal - Ketika ini nahas, janganlah berbuat sesuatu apa pun.

Ketika yang keenam, jam pukul 11 Musytari - Ketika ini baik bagi segala pekerjaan seperti
memohon apa-apa daripada pemerintah-pemerintah dan orang-orang besarnya, dan terima baik
berjual beli, membangunkan rumah dan berlangkah ke negeri asing dan akad nikah dan
menanam.

Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Marikh - Ketika ini baik bagi berbekam (membuang darah), tetapi
ditegah turun berjalan kerana bercadang hendak berkelahi dan sebagainya supaya terlepas daripada
dipaksakan kita oleh musuh.

Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Matahari - ketika ini munasabah berkhidmat bagi raja-raja dan lain-
lainnya dan memohonkan apa-apa daripadanya dan musafir ke negeri yang jauh dan baik juga
bagi pekerjaan akad nikah.

Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Zuhrah- Ketika ini patut mengerjakan apa-apa yang baik seperti
kira bicara dan bercakap yang halus manusia dengan perempuan-perempuan dan membaiki
kelakuan mereka itu pada segala yang membawa kepada kebajikan, terutamanya pekerjaan akad
nikah dan menanam.

Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Utarid - Ketika ini baik bagi membuat apa-apa pekerjaan, melawat
orang besar, orang-orang alim dan orang-orang yang mulia mudah-mudahan dapatlah apa yang kita
citai.

Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Bulan - Ketika ini baik bagi memulai membuat rumah,
mengasaskan apa-apa pembinaan yang berkehendakkan tahan lama, menanam pokok, atau sayur-
sayuran dan lain pekerjaan.

129
Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Zuhal – Ketika ini berjaya membuat perkara-perkara yang keji-keji,
tetapi lebih baik jangan buat apa-apa.

**************************

HARI ISNIN DAN MALAM JUMAAT

Ketika yang pertama jam pukul 6 Bulan - Ketika ini tiada patut bekerja pada perkara-perkara
kebajikan.

Ketika yang kedua jam pukul 7 Zuhal - Ketika ini nahas, tiada baik apa-apa pekerjaan.

Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Musytari - Ketika ini baik bagi apa=apa pekerjaan pun seperti bercucuk
tanam, berjual beli, mendirikan rumah dan akad nikah, dan lain-lainnya daripada pekerjaan baik.

Ketika yang keempat, jam pukul 9 Marikh - Ketika ini baik bagi berbekam (mengeluarkan darah).

Ketika yang kelima, jam pukul 10 Matahari - Ketika ini baik bagi berniaga dan lainnya daripada segala
pekerjaan yang memberi manfaat seperti akad nikah dan kira bicara yang kebajikan.

Ketika yang keenam, jam pukul 11 Zuhrah - Ketika ini baik bagi menunaikan apa-apa hajat
seperti berkahwin, meminang, dan lainnya dan meminta apa-apa hajat daripada perempuan yang mulia.

Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Utarid - Ketika ini baik bagi menulis, berhitung, mengambil harta dan
sebagainya daripada pekerjaan yang berkenaan dengan surat-menyurat dan azimat.

Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Bulan - Ketika ini tiada sesuatu pun pekerjaan yang baik.

Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Zuhal - Ketika ini nahas pada pekerjaan yang baik.

Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Musytari - Ketika ini baik bagi menghadap ulama-ulama, qadi-qadi,
dan penulis-penulis dan menghasilkan apa-apa maksud daripada mereka itu dan pekerjaan akad
nikah dan memulai apa-apa pekerjaan.

Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Marikh - Ketika ini baik bagi berbekam (mengeluarkan darah).
Lain daripada ini tiada ada padanya pekerjaan yang baik.

Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Matahari - Ketika ini baik bagi menuai padi, menyimpan apa-apa
perbendaharaan dan berlayar melalui lautan.

**************************

HARI SELASA DAN MALAM SABTU

Ketika yang pertama jam pukul 6 Marikh - Ketika ini nahas dan sangat mudah bagi mereka-
mereka yang membuat pekerjaan dan akan terkena bala atasnya.

Ketika yang kedua jam pukul 7 Matahari - Ketika ini baik bagi meminang sesiapa yang
dikehendaki dan belilah binatang-binatang nescaya akan beroleh keuntungan, demikian juga apa-apa
yang berkenaan dengan perempuan, kata setengah pendeta tidak boleh buat sesuatu yang lain
melainkan daripada itu.

130
Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Zuhrah- Ketika ini tiada baik membuat kebajikan ataupun
kejahatan, tetapi kata setengah pendeta baik bagi membuat pengasih dan mengakad nikah dan
menanam.

Ketika yang keempat, jam pukul 9 Utarid - Ketika ini buatlah apa-apa bagi menarik harta dan berjual
beli, kata setengah pendeta bekerjalah pada pekerjaan yang mendatangkan rezeki dan akad nikah.

Ketika yang kelima, jam pukul 10 Bulan - Ketika ini baik bagi berjual beli, tetapi kata setengah pendeta
tiada baik buat apa-apa pekerjaan pun.

Ketika yang keenam, jam pukul 11 Zuhal - Ketika ini tiada baik buat apa-apa pekerjaan pun.

Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Musytari - Ketika ini tiada baik bagi segala pekerjaan istimewa
akad nikah.

Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Marikh - Ketika ini baik bagi membuat ubat dan mengubatkan.

Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Matahari - Ketika ini baik bagi mengubati perempuan-perempuan
dan membuat pengasih dan akad nikah dan menanam.

Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Zuhrah- Ketika ini baik bagi membaikkan anak, isteri,
pembesar-pembesar dan pada pekerjaan perkahwinan mereka itu tetapi kata setengah pendeta,
tiada baik.

Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Utarid - Ketika ini baik bagi berkasih-kasihan (berjinak-jinak)
dengan penulis dan orang yang lebih-lebih tetapi tiada baik pada pekerjaan musafir dan nikah kahwin.

Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Bulan – Ketika ini baik bagi membuat berkasih-kasihan dan tiada
baik berpindah daripada tempat kediaman tetapi kata setengah pendeta baik belaka.

**************************

HARI RABU DAN MALAM AHAD

Ketika yang pertama jam pukul 6 Utarid - Ketika ini tuntutlah apa-apa yang dikehendaki daripada
pemerintah dan mengubat mereka itu dan menerima atau menjalankan perkara-perkara yang berkasih-
kasihan.

Ketika yang kedua jam pukul 7 Bulan - Ketika ini baik bagi membuat pengasih dan mendampingi
diri dengan pemerintah-pemerintah dan mengubat mereka itu, kata setengah pendeta tiada baik.

Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Zuhal - Ketika ini baik bagi mengubati pemerintah-pemerintah.

Ketika yang keempat, jam pukul 9 Musytari – Ketika ini lawanlah ahli-ahli penulis (pengarang) dan
tuntutlah apa-apa yang dihajati daripadanya nescaya dapat.

Ketika yang kelima, jam pukul 10 Marikh - Ketika ini di tengah-tengah (ada baik dan jahat) dan orang
yang zalim boleh terkena perbuatan orang ke atasnya.

Ketika yang keenam, jam pukul 11 Matahari - Ketika ini baik bagi berniaga, musafir dan lain-lain.

131
Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Zuhrah - Ketika ini di tengah-tengah (ada biak dan ada jahat) dan
boleh berlaku kesusahan atas orang-orang yang zalim kata setengah pendeta bersetuju semua daripada
apa-apa pekerjaan yang dikehendaki.

Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Utarid - Ketika ini baik bagi membuat azimat budak-budak menangis
dan yang kena pandangan jin dan baik pada menolak segala kejahatan.

Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Bulan - Ketika ini baik dan bahagia apa-apa yang
dikehendaki, tetapi kata setengah pendeta tiada baik, perkataan yang baik itu lebih sah.

Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Zuhal - Ketika ini baik bagi membuat apa-apa atas orang jahat.

Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Musytari - Ketika ini baik bagi berkasih-kasih dengan ahli tarekat,
ahli-ahli tasawuf dan menghadap mereka itu dan menuntut apa-apa hajat daripadanya dan baik
akad nikah.

Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Marikh - Ketika ini bagi mencederakan orang dengan
perbuatan atau perkataan.

**************************

HARI KHAMIS DAN MALAM ISNIN

Ketika yang pertama jam pukul 6 Musytari - Ketika ini baik bagi segala pekerjaan dan membuat minyak
atar, bau-bauan dan membuat sira-menyira dan akad nikah.

Ketika yang kedua jam pukul 7 Marikh - Ketika ini baik bagi membuat ubat dan mengubat dan membuat
azimat.

Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Matahari - Ketika ini baik tetapi janganlah mengambil dan jangan
memberi dan tidak boleh musafir.

Ketika yang keempat, jam pukul 9 Zuhrah- Ketika ini akad nikah dan hantarlah apa-apa kiriman kepada
perempuan-perempuan yang dikehendaki dan pinanglah akan dia. Kata setengah pendeta, tiada baik
buat apa-apa pekerjaan yang besar.

Ketika yang kelima, jam pukul 10 Utarid - Ketika ini baik bagi berniaga dan akad nikah.

Ketika yang keenam, jam pukul 11 Bulan - Ketika ini baik bagi menghantar apa-apa hadiah
berkirim-kiriman dan musafir dan akad nikah.

Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Zuhal - Ketika ini baik bagi berburu dan mengambil peluang pada
perkara yang lazat-lazat dan menangkap sesuatu.

Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Musytari - Ketika ini baik bagi mendamaikan antara laki-laki dan
perempuan dan memulakan membuat rumah dan mendirikan dan akad nikah.

Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Marikh - Ketika ini baik bagi membuat ubat dan
mengubatkan.

Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Matahari - Ketika ini baik bagi belayar ke laut dan membuat azimat
dan kerana memberi pertolongan kepada orang yang susah.

132
Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Zuhrah - Ketika ini baik bagi musafir, berniaga, meminang dan akad
nikah.

Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Utarid - Ketika ini pergilah ke mana-mana nescaya hasillah
maksud, kata setengah pendeta tidak boleh membuat sesuatu daripada pekerjaan besar.

**************************

HARI JUMAAT DAN MALAM SELASA

Ketika yang pertama jam pukul 6 Zuhrah- Ketika ini bagi mendampingi diri kepada perempuan dan
menarikannya dan akad nikah.

Ketika yang kedua jam pukul 7 Utarid - Ketika ini berbahagia dan beruntung di dalam apa-apa pekerjaan
pun.

Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Bulan - Ketika ini baik dan bahagia di dalam apa-apa pekerjaan kata
setengah pendeta: Tak boleh buat pekerjaan mendirikan rumah dan memulai menjalankan perniagaan.

Ketika yang keempat, jam pukul 9 Zuhal - Ketika ini nahas segala pekerjaan tidak baik.

Ketika yang kelima, jam pukul 10 Musytari - Ketika ini baik bagi segala pekerjaan dan akad nikah
dan mulai menanam.

Ketika yang keenam, jam pukul 11 Marikh - Ketika ini nahas, janganlah berbuat sesuatu apa pun.

Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Matahari – Ketika ini peredarkanlah segala pekerjaan yang baik dan
akad nikah dan menanam pokok yang kekal.

Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Zuharah - Ketika ini baik bagi mengakad nikah (berkahwin), membuat
pengas dan azimat dan tolong-menolong dan memulai menanam.

Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Utarid – Ketika ini baik bagi mendirikan rumah, menanam sayur-
sayuran dan lain-lainnya dan akad nikah dan menanam pokok buah-buahan yang kekal.

Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Bulan - Ketika ini tiada baik bagi pekerjaan yang halus-halus
sahaja.

Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Zuhal - Ketika ini kemenangan.

Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Musytari - Ketika ini baik dan bahagia pada segala
pekerjaan istimewa pula pekerjaan akad nikah dan memulai apa-apa pekerjaan.

**************************

HARI SABTU DAN MALAM RABU

Ketika yang pertama jam pukul 6 Zuhal - Ketika ini nahas.

Ketika yang kedua jam pukul 7 Musytari - Ketika ini berbahagia dan baik akad nikah.

Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Marikh - Ketika ini nahas segala pekerjaan.

133
Ketika yang keempat, jam pukul 9 Matahari - Ketika ini baik bagi kira bicara dan membuat apa-apa
pekerjaan dan akad nikah.

Ketika yang kelima, jam pukul 10 Zuhrah- Ketika ini nahas tiada boleh buat apa-apa pekerjaan yang
besar dan kata setengah pendeta, baik semuanya.

Ketika yang keenam, jam pukul 11 Utarid - Ketika ini baik dan jaya dalam pekerjaan kira bicara.

Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Bulan - Ketika ini baik bagi apa-apa pekerjaan pun.

Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Zuhal - Ketika ini nahas apa pekerjaan pun tetapi kata
setengah pendeta, baik mendirikan rumah, menanam pokok buah-buahan.

Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Musytari - Ketika ini baik pada pa-apa pekerjaan pun,
istimewa pula pada pekerjaan menanam, seperti menanam padi, jagung dan sebagainya.

Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Marikh - Ketika ini tiada molek bagi turun berjalan jauh dan dekat.

Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Matahari - Ketika ini baik bagi segala pekerjaan zahir dan batin
seperti mendamaikan yang berkelahi, istimewa pula pekerjaan akad nikah dan turun berjalan jauh
dan dekat.

Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Zuhrah- Ketika ini baik bagi menghasilkan kemegahan di sisi orang-
orang besar negeri dan berdamping diri dengan perempuan-perempuan dan memulai apa-apa
pekerjaan.

Wallahu Alam

**************************

AL-MALIKUL QUDDUS ( )

Ialah nama Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Setengah daripada khasiatnya:-

Siapa-siapa yang mengamalkan kedua-duanya, nescaya masyhurlah namanya dengan kebaikan dan
dapat martabat yang tinggi serta bersih batinnya daripada kekotoran dosa.

Sesiapa menulis bilangan nama melainkannya menjadikan wafak empat persegi (4 X 4) atas batu akik
jadikannya cincin, iaitu buat pada hari Isnin bulan suci daripada najis dan pakaikan dia, nescaya
berkekalanlah dengan segala kelakuan yang baik dan taatlah orang kepadanya.

**************************

134
MEMBERHENTIKAN PEREMPUAN DAN LELAKI DARI BERZINA

Jika kamu berkehendak memberhentikan lelaki dan perempuan daripada berbuat zina, ambillah
sekeping kertas atau kain dan tulis di atasnya:

Kemudian tanamlah kertas atau kain itu di bawah pelangkahan pintunya.

Pada tempat pulan itu, tuliskan nama orang yang dikehendaki itu nama ibunya dan boleh juga diperbuat
bagi perempuan.

**************************

SYABSYAH ABU RIYAH ( ).

Syabsyah Abu Riyah ini setengah daripada ilmu ahli Al-Rawasikh dan sudah dicuba beberapa kali sangat
mujarab bagi laki-laki atau perempuan.

Siapa-siapa berkehendak diperkenankan apa-apa yang dihajatinya atau hendak menghadirkan siapa-
siapa pergilah ke tempat yang sunyi dan jauh dengan manusia, perbuatlah gambar atas kertas lebih
kurang mengikut rupa orang yang dihajati itu laki-laki atau perempuan dan gantungkan kepada angin
yang bertiup kepada pihaknya.

Hendaklah engkau berdiri di hadapan gambar itu dengan terbuka, kemudian baca doa yang tersebut di
bawah ini 21 (dua puluh satu) kali dan mintalah khadam itu menarikkan orang yang dikehendaki -
sebutlah namanya dan nama ibunya.

Ketika berbuat pekerjaan itu hendaklah mengadakan pembaraan yang diperbuat daripada ketumbar,
jintan putih, kemenyan arab, kemenyan melayu tanaseri - maka sungguhnya akan hadirlah yang
dikehendaki itu. Pada masa itu bakarlah kertas atau kain itu selalu nescaya jadilah orang-orang itu
menurut apa-apa yang kamu kehendaki padanya.

Ingat!! Ini kerana membaiki di antara laki bini - jangan kamu perbuat lain daripada itu, takut olehmu
akan Allah, Inilah doanya:-

135
**************************

HAI PENUNTUT-PENUNTUT YANG BAHAGIA!!

Bahawa di bawah ini kaedah yang patut bagi seseorang mengetahuikan ketika-ketika dan hari yang jadi
permulaan tahun adakah baik atau tidak, mengikut kaedah Al-Hakim Daniel katanya kalau sekiranya
masuk permulaan mana-mana tahun.

**************************

HARI AHAD

Tahun ini bagi Al-Syams (matahari), burujnya "Al-Qasus", bintangnya Musytari menunjukkan kezaliman
pemerintah-pemerintah, pembesar-pembesar, penyakit- penyakit, kemarau pun ada, buah-buahan
murah, penduduk-penduduk negeri berpindah ke lain-lain tempat kerana mencari kesenangan, pada
musim panas udaranya lembab basah, padanya berlaku kematian-kematian, dan pada musim sejuk
udaranya banyak kering, angin pun kering juga, perniagaan bertambah maju, tumbuh-tumbuhan,
tanam-tanaman subur dan ada berkat padanya, pemerintah-pemerintah dapat kemenangan.

**************************

HARI ISNIN

Tahun ini bagi Al-Qamar (bulan), burujnya "Al-Sarthon", menunjukkan keadilan pemerintah-pemerintah
dan kebaikan rakyat, subur bumi dengan tumbuh- tumbuhan, lembu kerbau kebanyakannya beranak.
Murah harga-harga jualan di pasar-pasar umpama padi, beras, jagung dan mahal ia pada bulan
"bersamaan dengan Al-Jadi" hingga kepada bulan "bersamaan dengan Al-Thur" juga barang- barang
umpama minyak-minyak dan pakaian-pakaian selama lima bulan, dan berlaku perkelahian dan
perbunuhan-perbunuhan besar, pada musim sejuk udaranya lembut dan pada musim panas udaranya
sangat keras dan banyak padanya berlaku kematian dan wabak (hawar).

**************************

136
HARI SELASA

Bintangnya Marikh, burujnya "Al-'Iqrab" menunjukkan banyak kematian pembesar-pembesar daripada


pemerintah-pemerintah dan ulamak-ulamak, berlaku pertelingkahan di antara pembesar-pembesar,
kesusahan-kesusahan, kepayahan kepicikan di serata alam, pada musim sejuk udaranya amat sejuk dan
berlaku pembunuhan-pembunuhan dan kematian kanak-kanak di dalam perut ibunya, dan juga samun
menyamun (perompak) dan kerosakan, pada musim panas udaranya sangat panas, tanam-tanaman
rosak, harga barang-barang mahal, dan banyak berlaku kesusahan di dalam pelayaran dan putus
perjalanan darat dan berlaku permusuhan di antara pembesar-pembesar.

**************************

HARI RABU

Tahun ini bagi Utarid, burujnya "Al-Sanabilah", menunjukkan keadilan pemerintah- pemerintah, air
sungai banyak, kanak-kanak mati, banyak pencuri, perbunuhan-perbunuhan, permusuhan-permusuhan
berlaku di dalam negeri, murah padi beras pada bulan "bersamaan dengan Al-Mizan" dan naik harganya
"pada bulan "bersamaan dengan Aqrob" dan murah pula pada penghabisan tahun dan akan nampak
(zahir) satu bintang yang pelik tak pernah zahir pada beberapa tahun yang lepas iaitu menunjukkan
banyak berlaku kejahatan-kejahatan, kerosakan, fitnah-fitnah dan permusuhan, buah-buahan banyak
dan orang yang kena bunuh pun banyak. Udaranya sejuk, lelaki-lelaki kerajaan dapat pangkat kebesaran,
demikian juga kadi-kadi, ulamak-ulamak, guru-guru, penulis-penulis dan orang-orang kenamaan,
permainan-permainan banyak dan banyak berlaku gempa bumi dan kekurangan keuntungan berjual beli
dan banyak ikan dan perburuan-perburuan darat. Kekurangan air sungai dan perigi (telaga) pada
penghabisan tahun.

**************************

HARI KHAMIS

Tahun ini bagi Musytari, burujnya "Al-Qus" menunjukkan kematian pembesar-pembesar negeri daripada
pemerintah-pemerintah, ketua-ketua- bala tentera, ulamak-ulamak, ahli-ahli kenamaan, air sungai
pasang dan tidak baik barang-barang makanan kecuali pada lembu kerbau, minyak dan pakaian-pakaian,
banyak perburuan laut dan darat, kerajaan negeri adil, ehwal rakyat aman sentosa, ulamak- ulamak
kadi-kadi, guru-guru, ahli ugama dapat pangkat belaka, raja negeri ialah seorang yang adil lagi soleh.
Angin kuat (deras) sangat, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan subur dan banyak, daging minyak murah,
kejahatan kurang benar, perasaan tolong-menolong kasihan belas kepada faqir miskin berjadi-jadi
keriaan, kesukaan pun banyak, pendeknya ialah Tuhan yang berkat pada serata alam dunia.

**************************

HARI JUMAAT

Tahun ini bagi Zuhrah, burujnya "Al-Mizan", menunjukkan perubahan pemerintah-pemerintah negeri
dan pembunuhan menteri-menteri dan kejatuhan pembesar- pembesar, berlaku perbalahan di antara
pemangku-pemangku raja, dan permusuhan-permusuhan di antara tentera, ehwal rakyat lemah dan
susah, air sungai surut sedikit, ahli-ahli perniagaan dan pertukangan dapat keuntungan dan berlaku
kerosakan-kerosakan perangai umpama zina, liwat, minum arak, kebakaran, kebinasaan orang-orang
musafir laut dan darat, perompak-perompak banyak, kerosakan di antara perempuan-perempuan,
perceraian pun banyak, murah harga padi beras dari bulan "bersamaan dengan al-mizan hingga

137
bersamaan dengan "Al-Jadi" kemudian mahal semula. Keadilan pemerintah berhenti seketika beberapa
bulan, rakyat-rakyat negeri dalam huru-hara, kemudian berubahlah kesusahan itu kepada kesenangan,
kesukaan, kebaikan, kenikmatan dan keberkatan selama lebih kurang tujuh bulan, kemudian pula
berlaku kematian ramai, kebanyakannya daripada perempuan-perempuan dan rosak segala tanam-
tanaman, tumbuh- tumbuhan dan lainnya - pendeknya ialah tahun yang tidak kebajikan.

**************************

HARI SABTU

Tahun ini bagi Zuhal, burujnya "Al-Jadi", menunjukkan orang-orang hina (rendah) menduduki kerusi-
kerusi kerajaan, perseteruan di antara orang ramai, berlaku kemarau dan kelaparan air sungai pasang
besar dan berlaku wabak (hawar) , kematian orang-orang tua, ulamak-ulamak, ahli-ahli kenamaan, kadi-
kadi dan orang-orang yang tak pernah berkata-kata pun dapat berkata-kata, pertukangan- pertukangan
banyak hampir tidak laku, kerugian ahli-ahli perniagaan, kenaikan hasil-hasil cukai, dan kezaliman ahli-
ahli ugama, ulamak, hukum kadi tidak dihiraukan, maka banyaklah kerosakan-kerosakan, kejahatan-
kejahatan, ahli pengarang dihinakan dan dizalimkan, berlaku perbunuhan di antara orang bangsa negeri
dan perhubungan perjalanan diputuskan, pemerintah-pemerintah sangat bersusah payah, dan mati
kanak-kanak di dalam perut ibunya pada penghabisan tahun ini - kemakmuran, keluasan, keamanan,
keadilan dan banyak penyakit kanak-kanak.

(Kata ulama): Bahawa semua segala tahun-tahun itu tetap bagi zuhal, tetapi jika ada ia (zuhal) iaitu pada
buruj yang dibangsakan kepada air maka menunjukkan banyak hujan pada tahun itu (bah besar)
umpama taufan dan kemakmuran di dalam negeri, jika ada ia (zuhal) itu pada buruj angin, kebanyakan
mahal barang-barang dan murahnya sederhana jua, kalau sekiranya pada buruj api menunjukkan banyak
penyakit-penyakit, hujan pun sedikit (kemarau) kejahatan banyak, jika ada ia pada buruj tanah,
menunjukkan banyak kematian dan anginnya panas. wallahua'lam.

Tersebut di dalam Syamsul Maarif, kata setengah ulamak pada firman Tuhan:

Ertinya : "Maha Suci Allah Taala yang menjadikan di petala langit beberapa buruj (petak-petak) iaitu bagi
12 bintang, 1. Al-Himal, 2. At-Thur, 3. Al-Jawza’, 4. Al-Sarthon, 5. Al-Asad, 6. Al-Sanabilah, 7. Al-Mizan, 8.
Al-Aqrob, 9. Al-Qus, 10. Al-Jadi, 11. Ad-Dalu dan 12. Al-Hut.

Maka Hamal dan Aqrob pada ketika Marikh, dan At-Thur pada ketika Zuhrah, ZuHadis Riwayatah, Jawza’
dan Sanabilah pada ketika Utarid, Sarthon pada ketika Qamar, Asad pada ketika Syams, Hut pada ketika
Musytari, Jadi dan Dalu pada ketika Zuhal.

Dan segala bintang-bintang itu dibahagi pula tiga bahagi mengikut tabiat empat (air, tanah, api dan

angin) yang digelarkan dia ( ) sambungan tiga bagaimana jadual yang di bawah ini:-

138
Maka hendaklah kamu pilih mana-mana ketika yang munasabah dengan pekerjaan- pekerjaan kamu itu
supaya sempurna segala-cita-cita kamu, misalnya: Jika di bintang itu pada sambungan api hendaklah
berbuat padanya pekerjaan yang membetuli dengan (anasir) tabiat seseorang.

**************************

HITUNGAN MENGETAHUIKAN TABIAT SESEORANG DENGAN JALAN BURUJ DAN BINTANG-BINTANG.

Jumlahkan bilangan huruf nama orang yang dikehendaki serta dengan nama ibunya, kemudian tolak
dua-dua belas:

1. Jika tinggal 1, burujnya Al-Hamal bintangnya Marikh - api.


2. Jika baki 2, burujnya At-Thur bintangnya Zuhrah - tanah.
3. Jika baki 3, burujnya Al-Jawza' bintangnya Utarid - angin.
4. Jika baki 4 burujnya Al-Sarthon bintangnya Qamar (bulan) - air.
5. Jika baki 5, burujnya Al-Asad bintangnya Syams (matahari) - api.
6. Jika baki 6, burujnya Al-Sanabilah bintangnya Utarid - tanah.
7. Jika baki 7, burujnya Al-Mizan bintangnya Zuhrah - angin.
8. Jika baki 8, burujnya Al-Aqrob bintangnya Marikh - air.
9. Jika baki 9, burujnya Al-Qus bintangnya Musytari - api.
10. Jika baki 10, burujnya Al-Jadi bintangnya Zuhal - tanah.
11. Jika baki 11, burujnya Al-Dalu bintangnya Utarid - angin.
12. Jika baki 12 burujnya Al-Hut bintangnya Musytari - air.

**************************

BILANGAN HURUF-HURUF ALIF, TA HINGGA AKHIR

Ketahuilah olehmu bahawa telah menghantar ulamak-ulamak falak bilangan-bilangan bagi tiap-tiap satu
daripada huruf-huruf alif ba ta yang 28 huruf itu bagaimana bacaan-bacaan di bawah ini:-

139
140
Ada enam huruf Melayu dipakai di dalam bahasa melayu dan ada bagi huruf melayu ini bilangan yang
disebutkan di dalam kitab buku "Katan Jauhar" (kamus melayu):

Tetapi telah difahamkan bahawa bilangan huruf-huruf melayu itu tidak dipakai bagi perjalanan ini dan

hendaklah digantikan huruf dengan , dengan , dengan , dengan ,

dengan , dengan .

Nama tambahan atau nama bangsa keturunan tidak boleh diambil bilangan hurufnya, hanya yang boleh
diambil dipakai nama yang diletak oleh ibu bapanya sahaja, kiaslah kepada yang lain.

**************************

141
PADA MENGETAHUIKAN RAHSIA-RAHSIA SEGALA HURUF, KHADAM-KHADAM DAN KHALWATNYA.

HURUF ALIF ( )

Ketahui olehmu huruf Alif ini awal-awal kejadian huruf iaitu bilangan satu ialah kandungan rahsia
tuturan atau percakapan. Adapun huruf-huruf yang lain kandungan rahsia perbuatan jua, huruf ini
memberi sebab-sebab, kesan-kesan, ketinggian bagi mereka yang berkekalan amalannya zahir dan batin
dan di bawah kehendaknya segala isi alam ini, yang semuanya daripada kurniaan Tuhan Yang Maha
Kuasa.

Ketahuilah huruf Alif ini pati segala kejadian alam dan perhinggaan kemuncak kemuliaan yang amat
tinggi, yang membawa kepada setinggi-tinggi rahsia kesempurnaan.

Huruf Alif kandungan rahsia nama Allah al-Qayyum dan ialah permulaan huruf isim Allah Al-A'zom,
permulaan Al-Fatihah, permulaan segala surah-surah, huruf ini dibangsakan kepada (nurani) cerah
cuaca, baginya beberapa khasiat yang banyak.

Daripada khasiat huruf ini jika ditulis 1,000 (seribu) kali di secopeng kain sutera dan ditanggung oleh
kanak-kanak yang bodoh, nescaya cerdik dan kuat ingatan.

Jika ditulis sebanyak bilangan asalnya 111 (seratus sebelas) kali dikembarkan bersama-samanya nama
engkau dan nama orang yang dikehendak dan ditanggungnya, nescaya dapat kasihan belas dan
mudahlah segala pekerjaan.

Jika ditulis huruf ini serta nama engkau nescaya dikasihi oleh tiap-tiap orang atau nama yang
dikehendaki pada hari Ahad pada ketika As-Syams dan ditanggungnya nescaya dikasihani olehnya.

Jika ditulis wafak huruf ini bilangannya 111 (seratus sebelas) kali dengan bilangan nama yang
berkehendak serta nama yang dikehendak di atas emas pada ketika Al-Qamar pada burujnya Al-Hut,
bertentangan dengan bintangnya dibaca bacaan serta doa pada waktu menurunkan angka-angka atas
emas itu, nescaya dapatlah apa-apa yang dikehendak.

Jika engkau hendak ke tempat perbendaharaan di dalam gua atau di dalam tanah tulis huruf alif serta
nama khadam dan bacaannya dan engkau tanggung, nescaya terbuka dan tidak tertutup pintu
perbendaharaan itu.

Jika ditulis huruf ini bilangannya 111 (seratus sebelas) di batu serta bacaaanya, diletak di tempat harta
benda dan engkau berkata: "Ayuhai khadam huruf ini, pelihara olehmu akan harta ini, nescaya
terpeliharalah."

Jika dirupakan rupa kibas dengan kulit atau perutnya dan ditulis bilangan huruf alif dengan nama
khadam, kemudian diletak di binaan-binaan atau rumah-rumah nescaya runtuh ia.

Jika hendak dijadikan pengasih tulis nama orang yang berkehendak dan nama orang yang dikehendak
serta dengan nama ibu keduanya dengan bilangan huruf alif, himpunkan semua-semua itu pada hari
Ahad pada ketika Al-Syams pada burujnya Al-Asad dan tulis segala huruf-huruf itu di sekeping kaca atau
di secopeng kain sutera atau tulis wafaknya pada ketika dan burujnya diperasap dengan kemenyan pada
waktu menulis, maka orang yang dikehendak itu tidak tertahan daripada menyerahkan dirinya kepada
engkau.

142
Ada satu aturan lagi bagi menjadikan pengasih - hendaklah tulis nama orang yang berkehendak dengan
nama orang yang dikehendak dengan huruf bercerai-cerai pada wafak ruangan empat, dan tulis padanya
nama khadam di penjuru wafak itu, dan tulis huruf alif pada tiap-tiap penjuru tiga puluh kali, kecuali
penjuru yang keempat, hendaklah tulis sebanyak tiga puluh satu kali, jadi jumlah semuanya seratus dua
puluh satu kali, di sekeping emas beratnya dua misqal (bersamaan dengan tiga dirham berat) pada hari
Ahad dan perasap dengan benda-benda yang dikeluar daripada bilangan hurufnya, kemudian
tanggunglah, nescaya dikasihani olehnya.

Jika ditulis huruf ini dengan nama khadamnya di sebilah pisau, kemudian diisyarat mengeratkan
penyakit di limpa, pitam atau pengsan, nescaya sembuh ia.

Dan lagi daripada khasiat huruf ini bagi melindungkan diri daripada pandangan orang hendaklah lumur
kulit burung hantu dengan inai dan syabat kemudian tulis huruf ini, nama khadam, doa dan bacaannya,
dan pakailah di atas kepala engkau nescaya terlindunglah engkau daripada pandangan orang.

Jika diceraikan huruf ini di tapak ruangan enam pada ketika Syaraful Syam di bintang Marikh di sekeping
kertas ditulis dengan dakwat merah dan ditanggung oleh siapa pun, nescaya kebal tubuh badannya.

Jika ditulis huruf ini dengan darah di atas tangan kanan oleh tangan kiri engkau pada ketika Al-Qamar di
bintang An-Natoh, bertentangan dengan Marikh kemudian engkau letak tangan kanan ke atas dada
orang tidur atau berjabat tangan dengan orang yang sedar (jaga) nescaya bercakaplah ia dengan
bermacam-macam perkataan yang ajaib.

Dan bagi huruf ini khalwat dan riadah selama dua puluh lapan (28) hari, pada hari-hari berkhalwat itu
hendaklah bersih dan suci (zahir dan batin).

Bagi mendatangkan khadamnya hendaklah baca doa dan bacaannya (akan datang) tiap-tiap lepas
sembahyang fardhu seratus sebelas kali, inilah bacaannya pada ketika itu:

InsyaAllah bercuacalah tempat khalwat itu, dan nampaklah khadam huruf ini di antara langit dan bumi.
Mintalah daripadanya apa yang engkau kehendak.

Adapun doa huruf Alif ini jika engkau baca jadikan wirid yang berkekalan nescaya diperkenankan oleh
segala 'awalim (malaikat rohani dan sebagainya) dan dikasihani oleh manusia, inilah doanya:-

143
Inilah bacaan huruf "Alif':

**************************

HURUF BA ( )

Tabiatnya sejuk kering. Huruf ini kandungan rahsia wujud dan penunjuk pada mengesakan Allah.
Sungguhnya dimulia oleh Tuhan yang menjadikannya permulaan Bismillah dan ialah permulaan kitab
yang diturunkan kepada Nabi Allah Adam dan nama segala benda-benda. Ketahui olehmu apakala
menurun Jibrail Quran yang maha mulia kepada junjungan kita Muhammad S.A.W. menyuruh ia

membaca, maka ( ) pada itu mengandungi pengertian zat


dan sifat Allah Taala.

Dan lagi manakala Tuhan menjadikan huruf ( ) ini Allah Taala menjadikan sertanya dua puluh empat
malaikat-malaikat (khadamnya) yang tidak terbilang banyaknya malaikat-malaikat yang di bawah
jagaannya membesarkan Allah Taala; Oleh itu huruf ( ) ini anak kunci perbendaharaan rahsia dan
pembukaan segala kitab-kitab.

Ketahui olehmu jika ditulis huruf ( ) sebanyak bilangan asalnya (empat) dengan nama Allah
permulaannya ba ditanggung oleh orang yang kepicikan dan kepayahan rezeki, nescaya dapat keluasan
ia.

Jika ditulis seperti yang tersebut di pinggan, dihapuskan dengan air kemudian diminum oleh orang yang
penyakit kurus kering, nescaya sembuh ia.

144
Dan jika ditulis huruf ( ) enam belas kali dan sembilan belas kali dengan firman Tuhan:

nescaya berguna bagi segala pekerjaan dan tujuan yang baik-baik.

Jika ditulis huruf ( ) dengan nama yang berkehendak serta nama yang dikehendak dengan segala
nama Allah (Asmaul Husna) serta bacaannya pada ketika Al-Qamar, dibintang "Al-Batin" dan ditanggung,
nescaya dapat kasihan belas, dan mudah segala pekerjaan, diperkenankan apa-apa yang dihajat.

Jika hendak jadikan pengasih, tulis huruf ( ) enam belas kali serta bacaannya enam belas kali dengan
berkata engkau:

pada malam seharibulan (nampak anak bulan) apakala selesai menulisnya berhadaplah engkau ke pihak
bulan dan letaklah kertas itu di muka engkau dan hapuskanlah tulisan itu dengan lidah engkau.
Peraturan ini hendaklah dibuat hingga empat belas haribulan (bulan purnama) nescaya datanglah
khadam yang menunaikan segala kehendak.

Siapa-siapa tulis huruf ( ) dengan serta nama-nama Allah yang


permulaannya ba dan bacaannya dan ditanggung, nescaya kuatlah amal ibadatnya. Siapa-siapa tulisnya
enam belas (16) kali di tiga keping kertas kemudian dibubuh dalam air diberi minum kepada orang
demam nescaya sembuh ia.

Jika hendak jadikan pengasih di sisi semua makhluk, tulislah huruf ( ) serta dengan isim "budduh" (

) atas sekeping perak dan bubuh permata yaqut ( ) kemudian engkau pakailah, nescaya
dapat apa-apa yang tersebut.

Wafak huruf ( ) ruangan empat jika diletakkan di dinding rumah, nescaya tidak dimasuk oleh pencuri,
jika hendak mengeringkan air di dalam kolam atau telaga tulislah wafaknya di sekeping bata jatuhkan ke
dalam air nescaya kering ia.

Jika hendak melindungkan diri daripada seteru hendaklah baca doa huruf ini di segenggam debu tanah
atau pasir, kemudian tabur di hadapan mereka itu, nescaya tertutup mata dan lidahnya terkunci.

Inilah doa huruf ( ):-

145
Inilah bacaannya:-

Tambahan di dalam kitab Syamsul Maarif Al-Kubro Huruf Ba’

**************************

HURUF JIM ( )

Tabiatnya huruf ini sejuk belengas yang dibangsakan kepada "Jamal" keelokan dan "Jalal" kebesaran.
Jika ditulisnya dengan nama-nama Allah yang permulaannya huruf jim di kertas atau di pinggan, diberi
minum air kepada orang yang demam panas nescaya sembuh ia.

Jika ditulis bagaimana yang tersebut di sekeping kulit dengan dakwat merah, serta bacaannya dan
ditanggung, nescaya jadi pengasih.

Ketahui olehmu bahawa 'awalim huruf inilah yang menanggung pekerjaan melembut kepanasan
matahari supaya tidak terbakar segala makhluk. Oleh yang demikian jika ditulis huruf ini di cincin serta
tulis bacaannya kemudian membaca doanya dan membaca huruf jim lima puluh tiga kali kemudian
engkau tanggung, nescaya tidak merasai dahaga.

Jika hendak mendatangkan khadam huruf ini, hendaklah berkhalwat tubuh, tempat yang suci dan tulis
rupa huruf jim dijadikan azimat pakai di kepala engkau dan hendaklah baca doanya tiap-tiap lepas
sembahyang. Maka datanglah khadam nama "Tho’aya’ail" dan berjanjilah dengan apa-apa yang engkau
kehendaki.

146
Inilah doa huruf ( ):-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF DAL ( )

Huruf ini sejuk belengas, huruf ini kandungan rahsia perkekalan jika hendak jadikan pengasih, tulislah
huruf dal ini di pinggan serta tulis nama orang yang berkehendak dan nama orang yang dikehendaki dan
nama ibu keduanya dan baca segala isim yang bermakna perkasihan - daripada Asma' ul-Husna
sebanyak bilangan huruf isim-isim itu. Airnya diberi minum kepada orang yang dikehendaki, nescaya
sampailah hajatnya.

Jika ditulis huruf ini tiga puluh enam huruf atau dibuat wafak dengan bilangannya dan tulis huruf itu
pada sekelilingnya sebanyak bilangannya dan dipakainya nescaya dapat berkat pada kehidupannya.

Jika ditulis di secopeng kain dua puluh enam kali dengan firman Tuhan:-

147
(hingga akhir surah) dan nama khadam serta bacaannya, nescaya dapat melihat rahsia kebesaran Allah
Taala yang tidak terhingga.

Huruf ini ada baginya riadah dua puluh lapan hari dan berkhalwat selama empat belas hari kemudian
daripada sudah beriadah itu dan baca doanya tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya datanglah khadam
bernama Syalahail.

Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF HA ( )

Tabiat huruf ini dibangsakan kepada hawa-i, rohani dan batini ( ). Jika ditulis
dua puluh lima kali dengan nama dan nama ibu yang dikehendak di secopeng kain biru dijadikan sumbu
pelita serta membaca bacaannya dengan niat pada tempatnya di dalam doa (akan datang) nescaya
datanglah orang yang dikehendak itu.

Jika ditulis empat puluh lima (45) kali dengan nama Allah ( ) ditanggung oleh orang yang bodoh,
nescaya Allah Taala tambahkan kecerdikan dan fahamannya.

Jika ditulis huruf ( ) atau bilangannya dibuat wafak pada cincin emas atau perak pada hari Jumaat
ketika Al-Qamar di bintang “Al-Hina’ah” ditanggungkan dia, nescaya dapat kehebatan dan kebesaran.

Jika hendak menahankan daripada bermimpi yang karut-karut hendaklah tulis huruf ini dengan
bacaannya diletakkan dia atas kepala, nescaya tidaklah bermimpi ia.

148
Jika seorang sakit tidak diketahui apakah penyakitnya hendaklah tulis huruf ini tujuh kali di pinggan
diberi minum airnya kepada orang itu, nescaya bermimpi melihat ia akan penyakitnya di dalam tidur.

Jika dibuat wafak huruf ini dengan ditulis nama dan nama orang yang dikehendak dan dicampur dengan
nama dan nama ibu orang yang dituntut kemudian dipakai olehnya, nescaya jadi pengasih.

Huruf ini ada khalwat selama empat puluh lima (45) hari bagi mendatangkan khadam hendaklah baca
doanya tiap-tiap lepas sembahyang serta bacaannya empat puluh lima kali, nescaya dapatlah
khadamnya menunaikan hajat.

Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF WAU ( )

Huruf ini huruf pengasih, khasiatnya menyembuhkan penyakit cerah perut. Jika ditulis huruf ini atas rupa
bahu dan baca bacaannya kemudian ditanggung oleh orang itu, nescaya sembuh ia.

Jika ditulis huruf ini dengan nama Allah yang permulaannya huruf wau dan baca bacaannya, nescaya jadi
pengasih.

Huruf ini ada baginya khalwat, hendaklah terlebih dahulu tulis wafak huruf ini di cincin emas pada ketika
al-qamar di bintang huruf ini diperasap dengan kayu gaharu dan mustoka dan baca doa serta bacaannya
(di bawah ini) empat puluh lima (45) kali tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya datanglah khadam
menunaikan segala hajat.

Inilah doanya:-

149
Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF ZAI ( )

Tabiatnya sejuk belengas, khasiatnya menjinakkan binatang-binatang liar, huruf ini ada pada nama Allah
Al-Razaq dan Al-Aziz.

Siapa jadikan wafak bilangannya dan bilangan “Al-Aziz” pada hari Khamis ketika Al-Qamar di bintang
Musytari dan dipakai, nescaya dapat kemuliaan dan kehebatan di antara segala 'awalim.

Jika ditulis huruf ini pada ketika dan bintang yang tersebut pada tulang betis unta, nescaya yang
menanggungnya tidak letih daripada perjalanannya dan jika tidur ia di mana-mana tempat pun tidak
diusik oleh binatang-binatang buas.

Jika engkau berkehendak hujan, tulislah huruf ini di kulit (belulang) kambing hitam, kemudian letakkan
di kepala biri-biri serta berdoa dan membaca bacaannya dengan bersungguh-sungguh bergantung kuat
kepada Allah Taala dan berkata engkau:

insyaAllah turunlah hujan.

Jika ditulis huruf ini dihapuskan dengan air dan dicampur pada makanan atau minuman, nescaya dapat
berkat kepadanya.

150
Jika ditulisnya pada ketika qamar di bintangnya, di sekeping perak serta bacaannya diletak di dalam
bekas minyak nescaya dapat berkat padanya.

Jika ditulis huruf ini serta bacaannya dan ditanggungkan dia, nescaya luaslah rezekinya. Jika ditulis wafak
huruf ini dengan kasturi dan za'faran nescaya jadi pengasih.

Huruf ini ada baginya khalwat mendatangkan khadam hendaklah berdoa dan membaca bacaannya tiap-
tiap lepas sembahyang dua puluh satu kali dan perasap dengan za'faran, zabib (kecil) dan butir zaitun
hendaklah diwafak di atas cincin dan pakainya pada masa berkhalwat.

Inilah doanya:-

Doa ini jika dibaca di tempat binatang-binatang hutan, nescaya datanglah ia kepada engkau (jinak).

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF HA ( )

Huruf ini rahsia hidup bilangannya lapan, khasiatnya jika ditulis huruf ini dengan bilangan nama orang
sakit serta dengan tiap-tiap isim daripada Asma'ul-Husna yang permulaannya ( ) diberi minum airnya
dengan manisan lebah selama dua minggu nescaya sembuh ia.

151
Siapa-siapa buat berzikir segala isim-isim Allah yang permulaannya ( ) pagi petang pada musim panas
atau musafir ia pada ketika panas, nescaya tidak merasai kepanasan matahari atau dahaga ia.

Jika ditulis huruf ini serta nama khadam dan bacaannya dan ditanggungnya nescaya jadi pelemah
syahwat. Huruf ini ada baginya khalwat dan doanya tiap-tiap lepas sembahyang lapan belas (18) kali:-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF THO ( )

Huruf ini perhimpunan dua kepanasan, jika ditulis pada ketika Al-Qamar sembilan kali ( ) dan lima kali
( ) serta bacaannya dan nama khadam nescaya dapat mengalah segala 'awalim. Jika ditulisnya dan
ditanggung oleh orang yang sakit kepala nescaya sembuh ia.

Jika ditulis sembilan (9) kali ( ) dan lima (5) kali ( ) pada ketika Al-Qamar di tempatnya (di
manzilahnya) dan ditanggung oleh kanak-kanak kecil nescaya tidak diusik oleh binatang-binatang buas.

Jika ditulis lapan puluh satu (81) kali ( ) pada ruangan sembilan empat persegi di kulit belulang kijang
pada empat belas haribulan dan ditanggungnya oleh orang yang hendak musafir (berjalan jauh) nescaya
tidak letih di dalam perjalanannya.

152
Jika ditulisnya dan ditulis kelilingnya bacaan huruf ( ) dan digantungnya di mana-mana kedai, nescaya
jadi pelaris dan siapa-siapa tanggungnya dapatlah rezeki yang banyak. Jika diletakkan di bawah bantal
tidur, nescaya terpelihara daripada bermimpi yang karut-karut.

Jika dibaca lapan puluh satu (81) kali ( ) oleh kanak-kanak yang bodoh, nescaya bertambahlah
fahamannya.

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah empat belas hari dan berdoa 81 (lapan puluh satu) kali tiap-
tiap lepas sembahyang sembilan hari nescaya zahirlah khadam bernama “Athoail”.

Inilah doanya:

Inilah bacaannya:

**************************

HURUF YA ( )

Tabiatnya api daripada huruf alam kursi, jika ditulis ( ) sepuluh kali serta nama-nama Allah yang
permulaannya ( ) dan diminum airnya oleh orang yang baharu mulai masuk di dalam amalan suluk
nescaya padamlah kepanasan hawa nafsu.

Jika ditulisnya seratus kali di kulit (belulang) serta bacaannya dan diberi minum airnya kepada orang
yang kuat mengikut hawa nafsunya dan berbuat maksiat- maksiat nescaya hilanglah keinginannya dan
berhadaplah kepada membuat amal-amal yang soleh jika ditulis sebanyak bilangan yang tersebut di
perkakas penggali telaga nescaya lekaslah keluar air dan dapat berkat padanya.

Sungguhnya huruf ( ) ini daripada isim Allah Taala maka mana-mana permohonan yang tidak dimulai
dengan ( ) serta ( ) adalah permohonan itu lambat diterima oleh Allah.

153
Huruf ini ada baginya riadah dan khalwat, khadamnya “Harqiyail”, cahayanya putih, inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF KAF ( )

Ketahui olehmu bahawa huruf ( ) ini rahsia segala kejadian, Asal rupanya tiga Alif khasiatnya ialah
khasiat huruf Alif. Huruf ini ada khadam warnanya hijau. Inilah doanya: -

154
Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF LAM ( )

Ialah satu huruf permulaan Asmaul Izhom ( ) dan salah satu daripada huruf

dan ada pada isim latif, siapa-siapa faham akan rahsia huruf ini
nescaya tinggilah hemahnya. Siapa-siapa tulis sebanyak tujuh puluh satu kali diberi minum airnya
kepada orang sakit nescaya sembuh ia.

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam dan berdoa dua puluh lima kali tiap-
tiap lepas sembahyang, maka datanglah khadam kepada engkau menyempurnakan hajat. Inilah
doanya:-

155
Inilah bacaaanya:-

**************************

HURUF MIM ( )

Huruf ini ada baginya tiga 'awalim: Alamul Muluk, Alamul Malakut, Alamul Jabarut. Jika ditulisnya serta
dengan ayat “Muhammad Rasulullah” hingga akhir ayat dan ditanggungnya nescaya terbuka baginya
beberapa rahsia yang tersembunyi.

Jika ditulisnya dengan isim-isim yang permulaannya ( ) empat puluh isim dan ditanggungnya nescaya
dapat kehebatan. Jika ditulisnya dengan nama khadam serta bacaannya dan disarung dengan emas atau
perak pada ketika al-qamar pada buruj “Al-Hut” nescaya jadi pengasih.

156
Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam yang menunaikan hajat maka
hendaklah berdoa empat puluh kali tiap-tiap lepas sembahyang dalam masa khalwat.

Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF NUN ( )

Huruf ini dibangsakan kepada (nurani) cerah dan (zalamani) gelap. Tabiatnya sejuk kering.

Jika ditulisnya di sekeping timah serta dengan nama khadam diletak di dalam sungai atau laut, nescaya
datanglah berkerumun segala ikan di tempat itu. Jika diletakkan di hutan rimba, nescaya datanglah
binatang perburuan.

Jika ditulis huruf ini serta dengan segala isim-isim daripada Asma'ul-Husna yang permulaannya huruf (
) dan ditanggungnya nescaya terbukalah segala pintu rezeki.

157
Jika engkau hendak mengambil harta perbendaharaan di mana-mana tempat, hendaklah tulis huruf ini
di batu dan letak pada tempat itu, bolehlah engkau ambil daripadanya sebanyak mana-mana dengan
keadaan engkau membaca doanya pada ketika itu.

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam dengan membaca doanya lima puluh
kali serta bacaannya tiap-tiap lepas sembahyang dalam masa khalwat. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF SIN ( )

Tabiatnya kering panas, jika ditulis huruf ini serta bacaannya dan dipakai oleh orang sakit di kepala
nescaya sembuh. Jika ditulisnya serta dengan segala isim-isim yang permulaannya ( ) di secopeng
kain sutera, dan ditulis padanya surah Yasin (hingga akhir) dan ditanggung nescaya dikasihani oleh
orang.

Jika ditulisnya di sebutir telur kemudian direbus, dan diberi makan perempuan payah beranak, nescaya
mudahlah beranak. Jika ditulisnya di suatu bekas airnya dibuat basuh luka atau bisul dan umpama,
nescaya sembuh..

158
Huruf ini ada khalwat dan riadah bagi mendatangkan khadam, maka hendaklah baca doanya tiap-tiap
lepas sembahyang sembilan puluh kali nescaya datanglah khadam bernama “Tohfiail” menunaikan
hajat. Inilah doanya:-

Inilah bacaaanya:-

**************************

HURUF 'AIN ( )

Tabiatnya sejuk belengas, jika ditulis sebanyak bilangannya dengan isim-isim yang permulaannya ( ) di
secopeng kain pada ketika al-qamar di manzilahnya, maka jadilah pengasih dan mentaatkan segala
makhluk. Jika ditanggung copengan kain itu oleh kanak-kanak yang bodoh, nescaya bertambahlah
fahamannya.

Jika ditulis huruf ini dengan firman Tuhan: , diberi minum kepada orang yang
sesak nafas nescaya sembuh.

Jika ditulis pada hari Jumaat serta bacaan di secopeng kain sutera putih dan dibungkus dengan perak
atau emas, maka jadilah pengasih.

Huruf ini ada khalwat dan riadah bagi mendatangkan khadam. Inilah doanya:-

159
Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF FA ( )

Tabiatnya panas belengas (di antara dua kepanasan) khasiatnya menuturkan kanak-kanak yang bisu, Jika
ditulis sebanyak bilangannya serta bacaannya ditanggung oleh kanak-kanak itu nescaya membawalah
sedikit-sedikit kepada berkata-berkata dengan sempurna. Inilah doanya:-

160
Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF SHAD ( )

Huruf ini satu daripada huruf Asma Allah Al-Izhom ( ). Jika ditulis di secopeng kain
sutera dengan nama khadam serta bacaannya dibungkus dengan emas atau perak dan dipakai, maka
jadilah pengasih yang mendatangkan kebajikan dan kebaikan dan terpelihara daripada usikan-usikan,
khasiatnya lebih kurang serupa dengan khasiat huruf jim ( ).

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam, hendaklah baca doa dan bacaannya
tiap-tiap lepas sembahyang tujuh puluh kali dan doa ini jika dibaca buat berkekalan nescaya kuat ia
mengamalkan amal ibadat. Inilah doanya:-

161
Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF QAF ( )

Tabiatnya kering pada darjah yang kelima. Khasiatnya jika ditulis huruf ini serta segala nama-nama Allah
yang permulaannya ( ) di secopeng kain sutera dibungkus dengan emas atau perak dan dipakai,
nescaya jadi pengasih.

Jika hendak menolakkan kejahatan seteru atau hendak menahankan tutur kata orang atas engkau,
hendaklah tulis huruf ini seratus kali serta nama yang dikehendaki pada sekeping kertas digantungnya di
hawa (angin) nescaya jadilah bagaimana yang dikehendak itu.

Jika ditulis di atas sekeping perak serta dengan firman Tuhan:

162
dan ditanggungnya, nescaya mudahlah dapat rezekinya.

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam, hendaklah berdoa serta bacaan tiap-
tiap lepas sembahyang seratus kali dengan memakai rupa huruf ini di kepala engkau nescaya datanglah
khadam itu bercahaya-cahaya umpama matahari. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:

**************************

HURUF RA’ ( )

Tabiatnya sejuk pada darjah yang kelima jika ditulis huruf ini pada ketika Al-Qamar di bintangnya, pada
sekeping timah dan ditanggungnya nescaya jadilah pembukaan rahsia kebesaran Allah kepada engkau.
Jika ditulisnya dan diletakkan ke dalam bekas penjirus tanam-tanaman nescaya subur dan berbuahlah.

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam, hendaklah doa dan bacaannya tiap-
tiap lepas sembahyang, inilah doanya:-

163
Inilah bacaannya:-

Doa ini lebih kurang sama dengan Doa Untuk Mendapatkan Bantuan Ghaib/Ruhaniyah, AsSyaikh
Ali Al-Makki R.A, Ini adalah suatu warisan yang berharga dari Ulama salafus-sholih. Doa ini
termasuk doa besar. Di ajarkan oleh As-Syaikh Ali Al-Makki R.a. Beliau menceritakan suatu kesulitan
yang pernah dialaminya. Terjadi perselisihan faham yang mengancam keselamatan jiwa beliau.
Keadaan itu membuat beliau susah dan cemas. Sampai suatu hari didapatinya di dalam sakunya
sepotong kertas berisi sebuah lafaz doa. Dan beliau sedar betul bahawa tidak seorang pun yang
memberikan kertas berisi doa tersebut kepadanya. Yang menghairankan lagi pada malamnya
beliau bermimpi bertemu seseorang yang berpakaian lazimnya dipakai orang-orang soleh yang
zahid. Dan berkata padanya,” Kami berikan doa itu padamu, maka engkau berdoalah dengannya.
Nescaya engkau akan selamat dan lolos dari kesulitan yang menimpamu.”

**************************

HURUF SYIN ( )

Tabiatnya panas belengas, khasiatnya membaiki di antara yang berkelahi. Hendaklah tulis huruf serta
dengan nama yang dikehendaki dan bacaannya pada ketika yang baik dan ditanggung nescaya hasillah
kebaikan di antara keduanya.

Jika ditulis huruf ini dengan terbalik atas timah serta bacaannya dan ditanam pada tempatnya nescaya
jadi pembenci dan memperkelahikan. Jika ditulisnya serta dengan nama-nama Allah yang dimulai
dengan huruf ( ) dan ditanggungnya, nescaya luaslah rezekinya dan dapat kehebatan dan kebesaran.

164
Huruf ini ada baginya riadah dan khalwat selama dua puluh lapan hari serta berdoa dan membaca
bacaannya seberapa yang kuasa, nescaya datanglah khadam yang menunaikan segala hajat.

Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF TA ( )

Tabiatnya sejuk kering, khasiatnya jika ditulis huruf ( ) sebanyak bilangannya serta bacaannya dan
surah Al-Mulk dan ditanggungnya nescaya jadi penahan daripada bermimpi-mimpi karut di dalam tidur.
Huruf ini ditulis bagi menahankan seseorang daripada bertutur kata bahawa ditanam di bawah bendul
pintu yang dikehendaki.

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah selama dua puluh lapan hari dan datanglah khadamnya
bernama “Nuyaiil” cahayanya umpama matahari, menolong ia akan kamu.

Inilah doanya:-

165
Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF TSA ( )

Tabiatnya sejuk kering, jika ditulis huruf ini serta dengan bacaannya di sekeping perak dan di tanggung
oleh orang yang demam, nescaya sembuh. Khasiatnya lebih kurang serupa dengan huruf Alif.

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah selama empat puluh satu hari dengan berdoa serta bacaannya
tiap lepas sembahyang. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

166
**************************

HURUF KHA ( )

Huruf ini dibangsakan kepada air, tabiatnya sejuk kering khasiatnya jika ditulis dengan tulisan terbalik di
sekeping bata (yang belum dibakar) serta bacaannya dan dihancurkan (bata itu) di dalam air yang
diambil daripada pancur atau sungai kemudian dicuah di tempat orang yang berbuat maksiat, nescaya
berpecah belah mereka itu dengan izin Allah Taala. Jika ditulis di sekeping timah dan ditanam di tempat
berjual beli, nescaya tidak laku perjualan itu.

Jika ditulis wafak huruf ini di perut jari engkau serta bacaannya dan berkata engkau: “ayuhai fulan,
takutlah kepada aku!” serta membuka tangan engkau di hadapannya, nescaya takut ia kepada engkau.
Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF DZAL ( )

Tabiatnya panas basah, iaitu kandungan panas dan sejuk. Khasiatnya jika ditulis huruf ini dan ditanggung
oleh orang yang musafir nescaya tidak merasai penat atau lelah.

Huruf ini ada baginya riadah dan khalwat mendatangkan khadam dengan membaca doanya sebanyak
seratus kali tiap-tiap lepas sembahyang nescaya datanglah khadam menunaikan segala hajat engkau.

167
Inilah doanya: -

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF DHAD ( )

Tabiatnya sejuk kering, jika ditulis huruf ini serta bacaannya di secopeng kain sutera pada ketika al-
qamar dibintang huruf ini, dan ditanggungnya nescaya dapat kehebatan dan kebesaran.

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah mendatangkan khadam, inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

168
**************************

HURUF DZHA ( )

Tabiatnya kering sejuk, khasiatnya serupa dengan huruf Tho. Jika ditulis huruf ini ditanggung oleh kanak-
kanak nescaya terpelihara daripada usikan. Jika ditulis serta bacaannya (dengan tulisan terbalik)
diletakkan pada mana-mana tempat nescaya penduduknya berpecah belah.

Huruf ini ada baginya khalwat dan riadah hendaklah baca doanya tiga ratus kali nescaya datanglah
khadamnya menunaikan hajat kamu. Inilah doanya:-

Inilah bacaannya:-

**************************

HURUF GHAIN ( )

Tabiatnya sejuk kering. Jika ditulis huruf ini serta nama-nama Allah yang permulaannya Ghain ( ) dan
ditanggungnya, nescaya dapat kemuliaan dan kekayaan. Jika ditulisnya pada ketika as-syams nescaya
jadi pengasih.

Huruf ini ada baginya khalwat dan khadam bernama "Saqsaiil". Hendaklah baca doa serta bacaannya
tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak seratus dua puluh kali.

Inilah doanya:-

169
Inilah bacaannya:-

(Peringatan): Ketahui olehmu bahawa khasiat mana-mana huruf yang tersebut tidak ditentukan
amalannya dengan sesuatu masa.

Jika engkau hendak mengetahuikan bilangan hari berkhalwat mana-mana huruf, hendaklah engkau
tolakkan tiga puluh tiga daripada bilangan huruf yang lebih bilangannya daripada tiga puluh, yang baki
ialah hari berkhalwat.

Jika engkau berkehendakkan sesuatu hajat umpama hendak menghalaukan seteru, ambil bilangan huruf

permulaan kalimah yang bermakna "halau" di dalam bahasa arab iaitu seperti dan umpama

berkehendakkan jadi pengasih, ambil bilangan huruf permulaan kalimah iaitu ( ) campurkan
dengan bilangan huruf-huruf nama orang yang dikehendaki.

Pendeknya tiap-tiap kalimah bahasa lain daripada bahasa Arab, hendaklah dijadikan kalimah atau
perkataan arab yang bertentang dengan makna bahasa lain.

Pada ketika berkhalwat hendaklah makan makanan dan minuman yang bersih dan halal dan memakai
pakaian-pakaian yang berbetulan mengikut warna cahaya bintang.

Jika pada bintang Zuhal hendaklah pakaian daripada warna hijau atau hitam bercampur hijau.

Jika pada bintang Musytari hendaklah berpakaian daripada benang yang halus berwarna putih
bercampur kuning.

170
Jika pada bintang Syams (Marikh) hendaklah berpakaian daripada benang yang berkasat berwarna
merah bercampur kuning.

Jika bintang matahari, hendaklah berpakaian daripada benang yang kesat berwarna merah campur
kuning.

Jika pada bintang Zuhrah hendaklah berpakaian daripada sutera yang halus berwarna putih atau
bercahaya hijau pucuk pisang atau biru air laut dan merah darah ikan.

Jika pada bintang Utarid hendaklah berpakaian yang halus warnanya mengikut warna yang engkau
kehendaki.

Jika pada bintang Al-Qamar hendaklah berpakaian daripada kain katan (kain daripada kulit kayu) atau
sutera yang halus berwarna putih bercampur hijau.

Berkhalwat itu hendaklah di tempat yang suci dan sunyi dan berkekalanlah engkau membaca huruf yang
engkau kehendaki itu sebanyak bilangannya, istimewa pada ketika malam dan zahirlah kepada engkau
beberapa cahaya. Apabila sempurna bilangan bacaan itu, datanglah pada permulaannya rupa seekor
kucing yang beransur-ansur jadi cahaya umpama bulan purnama jadi rupa malaikat (khadam) yang
menunaikan hajat engkau. Inilah doanya:-

171
**************************

PENGENALAN KHADAM HARI-HARI YANG TUJUH

Hari Ahad : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Dibaj Al-Mazhab, dan dari atas (pihak langit)
Salsiaiil.

Hari Isnin : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Ka’ab Masrah, dan dari atas (pihak langit) Jibrail.

Hari Selasa : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Mihraz Al-Ahmar, dan dari atas (pihak langit)
Samsamail.

Hari Rabu : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Al-‘Ijaib Basraqan, dan dari atas (pihak langit)
Mikail.

Hari Khamis : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Al-Hakam Al-Qadi, dan dari atas (pihak langit)
Wirdayail.

172
Hari Jumaat : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu An-Nur Al-Abidh, dan dari atas (pihak langit)
‘Inayaiil.

Hari Sabtu : Khadamnya dari bawah (pihak bumi) Abu Riah Maimun, dan dari atas (pihak langit)
Kasfiyaiil.

**************************

PERATURAN BAGI MEMBUKAKAN HATI SESEORANG MUDAH-MUDAHAN IA AKAN KASIHAN BELAS


KEPADA KITA

Hendaklah tulis wafak di bawah ini di tapak tangan engkau dan tulis bacaannya di sekelilingnya pada
ketika Marikh.

Kemudian bacalah bacaannya di atas tapak tangan engkau, setelah itu hendaklah genggam tangan
engkau, ingat-ingat jangan engkau buka melainkan di hadapan (muka) orang yang dikehendaki dan
jangan engkau berkata-kata dengan siapa-siapa pun.

Waktu engkau membaca bacaannya itu hendaklah perasap dengan ketumbar dan rambut yang
dikehendaki. Inilah bacaannya:-

**************************

173
KAIFIAT BERJUMPA DENGAN JIN-JIN DAN MENDENGAR SUARA MEREKA ITU.

Jika engkau hendak melihat dan bercakap-cakap dengan mereka, hendaklah engkau tulis nama-nama
(akan datang) di belulang kambing jantan, kemudian bakar jadikan abu, buat bercelak dengannya
mudah-mudahan nampak dengan pandangan mata engkau jin-jin itu.

Apabila engkau hendak berkata-kata dengannya terlebih dahulu hendaklah engkau baca segala namanya
(akan datang) serta berkata engkau;

Setelah itu mudah-mudahan bolehlah engkau berkata-kata dengan mereka.

Jika engkau berkehendak sesuatu hajat, hendaklah duduk di tempat suci dan membaca nama-nama
(akan datang) tiap-tiap lepas sembahyang tujuh kali salam tiga hari, nescaya datanglah kepada engkau
ketua-ketua dan bilangan yang banyak daripada jin-jin.

Hendaklah engkau sujud syukur kepada Allah Taala atas pengurniannya itu dan pohonlah apa-apa yang

engkau kehendak. Inilah bacaannya di dalam sujud engkau itu:- , tiga kali, kemudian
engkau angkat kepala engkau (bengah daripada sujud) dan berkata;

Inilah nama-nama yang hendak ditulis dan dibaca:-

Dan hendaklah engkau baca isim-isim ini kebanyakannya daripada isim-isim Suryani yang digelar isim-
isim Syamkhutiah. Inilah bacaannya:-

174
**************************

PADA MENGETAHUIKAN HURUF-HURUF RAMAL TETAPI TIDAK DINYATAKAN GARISAN -GARISAN


RAJAHNYA (BAGI MENJAWABKAN APA-APA PERTANYAAN).

Hendaklah engkau kira nama orang yang dikehendaki, dan nama hari berserta dengan nama bulan, dan
tambahkanlah 16 di atas bilangan-bilangan yang didapati itu. Kemudian tolak 16 dari jumlah besar, kalau
baki satu (1), hurufnya Alif ( ) menunjukkan kehilangan dapat balik, berjual beli baik, orang yang sakit
sembuh, yang mengandung dapat anak perempuan.

Kalau baki dua (2), hurufnya Ba ( ) menunjukkan waris-waris baik belaka, dan dapat perkhabaran
yang menyukakan, dapat surat daripada orang yang jauh dan balik ia dengan selamat, datang waris-
waris dari dekat, orang yang mengandung beranak lelaki. Perkahwinan itu sempurna, orang yang lari,
pencuri, orang yang di dalam perjalanan jauh balik dengan segera, pelayaran (musafir) tergendala.

Jika baki tiga (3), berbetulan dengan huruf Jim ( ), maka perkahwinan itu kurang sempurna pekerjaan,
tak ada kepercayaan, harta benda kena tahan, orang yang kena penjara berpanjangan di dalamnya,
orang yang sakit mati.

Jika baki empat (4), berbetulan dengan huruf Dal ( ) maka orang yang sakit itu berat benar
kesakitannya, orang yang kena penjara lama di dalamnya, orang yang berkehendak itu dapat harta
daripada perak, dan yang dikehendak itu payah boleh.

Jika baki lima (5), hurufnya Ha ( ) menunjukkan kehilangan itu dapat, orang yang sakit mati, orang
yang ghaib lambat kembali.

Jika baki enam (6), hurufnya Waw ( ) menunjukkan kesudahan sesuatu baik, kehilangan lembu kerbau
itu balik, perempuan yang mengandung beranak lelaki, orang yang ghaib kembali, dapat perkhabaran
yang menyukakan hati daripada pembesar-pembesar dan dapat harta benda, benda kehilangan atau
kecurian dapat balik.

175
Jika baki tujuh (7), hurufnya Zai ( ) menunjukkan bahawa menduduki jawatan itu berguna, rezeki
dapat, perempuan yang mengandung beranak lelaki., apa-apa yang dikehendaki berhasil walau daripada
raja-raja, pelayaran (musafir) berserta raja-raja baik, orang yang ghaib pulang, orang yang sakit sembuh,
kehilangan atau kecurian dapat balik.

Jika baki lapan (8) hurufnya Ha ( ) orang yang musafir atau lari itu kembali, perkahwinan kurang baik,
orang yang sakit mati, dan menunjukkan atas kerugian.

Jika baki sembilan (9) hurufnya Tho ( ) menunjukkan kebaikan dan kebajikan.

Jika baki sepuluh (10), hurufnya Ya ( ) menunjukkan harta benda dan perkahwinan hasil dan apa-apa
yang dikehendaki dapat dan dapat kesukaan kerana kedatangan orang yang ghaib (jauh).

Jika baki dua puluh (20), hurufnya Kaf ( ) menunjukkan apa-apa yang ditanya itu tidak ada apa-apa
kerosakan dan mendapat harta benda dan binatang peranakan, perkhabaran yang menyukakan, orang
yang ghaib datang serta-merta, perkahwinan, pelayaran (musafir) baik.

Jika baki tiga puluh (30), hurufnya Lam ( ) menunjukkan pelayaran (musafir) baik, orang yang ghaib itu
kembali tidak berapa lama, orang yang di dalam penjara dapat keluar, orang yang mengandung beranak
perempuan, kehilangan tidak kembali.

Jika baki empat puluh (40), hurufnya Mim ( ) menunjukkan lambat dapat, perempuan yang
mengandung sentosa, kehilangan dapat kembali, dan hasil segala kehendak.

Jika baki lima puluh (50), hurufnya Dal ( ) menunjukkan orang yang ghaib itu hadir ia, perkahwinan
kurang baik, pelayaran (musafir) berniaga baik, kehilangan atau yang lari tidak merbahaya apa-apa.

Jika tinggal enam puluh (60), hurufnya Sin ( ) menunjukkan perjalanan, perkahwinan, persahabatan
kurang baik pada permulaan tetapi baik pada kesudahannya, wallahua'lam.

(Peringatan): Kemudian daripada ditolak enam belas (16) kalau ada baki 60, 50, 40, 30 atau 20,
hendaklah masuk selalu tengok jawabnya yang bertentang dengan bilangan itu dan jika ada baki
bilangan lebih daripada 10 tetapi tidak lebih daripada 16 hendaklah ambil jawapannya pada bilangan 20.

**************************

FAEDAH YANG AMAT BESAR BAGI MENYENANGKAN HATI

Siapa-siapa terkena dukacita daripada mana-mana sebab dan hendak daripadanya hendaklah
sembahyang empat rakaat seperti aturan di bawah ini:-

1. Pada rakaat yang pertama baca kemudian daripada Al-Fatihah, Ayat Kursi.

Pada rakaat yang kedua baca kemudian daripada Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas.

Pada rakaat yang ketiga baca kemudian daripada Al-Fatihah, surah Ad-Dhuha.

176
Pada rakaat yang keempat baca kemudian daripada Al-Fatihah, surah Al-Falaq dan surah An-Nas
(tujuh kali).

2. Pada tiap-tiap kali sujud hendaklah baca:

**************************

KAIFIAT DOA ZALZALAH (BAGI KEBAIKAN DAN KEROSAKAN)

Yang pertama:

(a) Bagi kebaikan dan perkasihan, Tulis huruf-huruf ini:

dan huruf-huruf nama yang dikehendaki serta nama ibunya dan tulis wafak ini pada waktu yang
baik dan berbetulan dengan bintangnya serta baca doanya (akan datang) dua puluh satu kali,
nescaya datanglah orang yang dikehendak, walau dibelenggu dengan rantai besi sekalipun.

(b) Jika hendak mendapatkan perbendaharaan di dalam tanah atau di dalam gua tulis wafak ini
juga di sekeping kertas diletakkan di tempat perbendaharaan serta baca doanya dalam keadaan
tubuh badan bersih sebanyak dua puluh satu kali nescaya dapatlah perbendaharaan itu dan
dapat mengambil daripadanya sebanyak mana-mana pun.

177
Yang kedua: Jika hendak membinasakan siapa-siapa yang dikehendak campurlah huruf namanya dengan
huruf-huruf ini:

serta tulis wafaknya dan baca doanya dua puluh satu kali kemudian bakar yang ditulis itu, nescaya
binasalah ia.

Yang ketiga: Jika hendak merosakkan (meruntuhkan) mana-mana rumah, hendaklah puasa hari Khamis
dan sembahyang lima rakaat dengan dua puluh lima kali salam, kemudian baca doanya dua puluh satu
kali, pada ketika itu datanglah khadam dan suruhlah apa yang dikehendak, nescaya hasillah.

Yang keempat: Jika hendak mengeringkan air di mana-mana tempat, hendaklah tulis wafak yang
pertama dan yang kedua, kemudian diletakkan dalam tempat air serta baca doanya dua puluh satu kali,
maka keringlah air itu.

Yang kelima: Jika hendak memperlindungkan diri daripada pandangan mata orang, hendaklah tulis
wafak yang pertama dan yang kedua pada suatu pasu, kemudian bubuh air dalamnya (simpan baik-baik),
tanam tujuh biji butir pula (sejenis kacang di tanah arab) di dalam pasu yang suci, dan jiruslah dengan air
wafak itu, apakala berbuah ambil buahnya letak di bawah lidah engkau dan tilik ke dalam cermin, jika
nampak muka engkau di dalamnya janganlah engkau gunakan dia. Kalau tak nampak biarlah di bawah
lidah engkau, dan pergilah ke mana-mana engkau kehendak.

Inilah doa Zalzalah:-

178
179
**************************

MENAHANKAN LELAKI DARIPADA BERZINA

BAGINYA DUA PERATURAN

Yang pertama - Tulis perkataan ini di sekeping kertas:

Kemudian diletak di bawah bendul pintu orang yang dikehendaki.

Yang kedua - Pintal tujuh urat sutera tujuh warna, kemudian simpulkan tujuh simpulan pada tiap-
tiap simpulan baca perkataan ini:

180
**************************

FAEDAH BAGI MEMAJUKAN BERJUAL BELI DAN MELUASKAN REZEKI.

Siapa-siapa berkekalan membaca doa ini tujuh kali petang, nescaya mudahlah pencarian hidupnya,
iaitu:-

**************************

PERATURAN MENDAPATKAN KHADAM-KHADAM

Ketahui olehmu, inilah satu amalan yang amat besar bagi Ismul Izhom ( ) dari huruf-huruf

tujuh, iaitu:- ( ), huruf-huruf ini tak ada di dalam Al-Fatihah dan


terbahagi ia kepada tujuh hari, satu hari satu huruf bagi tiap-tiap huruf khadamnya yang khas.

Jika engkau hendak mengamalkan isim-isim ini kerana hendak mendapatkan khadam-khadam engkau
pada mana-mana pekerjaan pun, hendaklah puasa tujuh hari dan membaca doanya (akan datang) tujuh
kali tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari. Pada hari yang pertama khadam-khadam itu
melontarkan engkau dengan anak-anak batu, pada hari yang kedua berupa mereka itu dengan rupa ular
yang besar, pada hari yang ketiga berupa dengan rupa harimau, pada hari yang keempat berupa dengan
rupa perawan-perawan muda, hari yang kelima dan keenam membawa mereka itu emas dan perak -
jangan engkau ambil walau sedikit pun, hari yang ketujuh datanglah kepada engkau tiga puluh laki-laki
daripada jin yang baik-baik (soleh), maka berkata mereka itu: "Apakah hajat engkau?" Jawablah kepada
mereka: "Aku berkehendak tiga puluh daripada kamu - sebanyak bilangan haribulan - tiap-tiap satu hari
satu daripada kamu yang boleh berkhidmat kepada aku." maka sangguplah mereka itu.

Tinggal lagi satu syarat yang mesti dijaga betul, ketika engkau beramal hendaklah engkau bersuci dan
bersih zahir dan batin, dan pada tempat duduk hendaklah bersih daripada najis dan kekotoran dan
jangan makan makanan-makanan yang bernyawa dan yang keluar daripada yang bernyawa, dan lagi

181
hendaklah sentiasa membakar benda-benda yang wangi seperti kemenyan dan lain-lain yang
seumpamanya, dan hendaklah engkau tulis rajah yang di bawah ini letak di tapak tangan engkau ketika
membaca doanya (akan datang) sebenarnya inilah dinding dan kota yang amat kukuh pada
menyekatkan segala kejahatan mereka itu, hendaklah kamu pelihara daripada orang yang tidak layak
mengamalkannya.

Inilah wafaknya:-

Inilah doanya:-

182
183
184
185
186
Kaifiat salam di atas mereka itu tatkala hadir mereka itu di dalam khalwat hendaklah engkau kata:-

**************************

BAGI MENGHAPUSKAN CINTA BERAHI (KEPADA SIAPA-SIAPA PUN)

Siapa-siapa cinta berahi (asyik) kepada siapa pun dan hendak melepaskan diri daripada bencana itu,

hendaklah tulis huruf-huruf ini ( ) serta firman Tuhan:

(Pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu
ini (Al-Jaatsiyah: 034))

(Dan lupa apa yang tangannya telah membuat perjanjian dengan Adam, tetapi ia lupa dan Kami tidak
menemukan keteguhan dalam dirinya serta pulan bin pulanah lupakan pulanah binti pulanah)

di pinggan putih, setelah itu hapus dan minumkan airnya selama tiga pagi tiap-tiap hari tiga kali minum,
nescaya hilanglah cinta (asyik) insyaAllah Taala.

(Peringatan): Di tempat perkataan "fulan" itu hendaklah dituliskan nama yang asyik dan tempat
perkataan "fulanah binti fulanah" itu nama yang diasyikkan.

187
Siapa-siapa membaca doa yang tersebut di bawah ini pada pagi petang berkekalan menjadikan wirid,
nescaya dapat melihat beberapa rahsia yang ajaib. Inilah doanya:-

**************************

KHASIAT BURUNG BELATUK CERANG (DAN KATA ORANG, BELATUK KAMPUNG PUN BERKHASIAT
SEBAGABMANA BELATUK CERANG JUGA, WALLAHUA'LAM)

Siapa-siapa campur otak burung belatuk cerang dengan manisan madu atau gula sama berat, nescaya
kuatlah ingatannya. Jika ditanggung matanya oleh orang yang pelupa nescaya kuatlah ingatan.

Jika dibakarkan hatinya dicampurkan dengan syadab, dan dimakan nescaya kuatlah ingatannya.

188
Jika ditanggung perut panjangnya oleh orang yang keluar darah, nescaya tertahanlah darah itu,
paruhnya jika diletak pada suatu benda, nescaya terpelihara daripada kerosakan. Jika ditanggungnya
oleh orang yang hendak mengadap pembesar- pembesar nescaya dihormati dan hasil segala maksud.

Tanah sarangnya jika ditanggung oleh orang yang kena penjara, nescaya keluar ia daripadanya.

Kukunya jika ditanggung oleh kanak-kanak kecil atau lainnya nescaya terpelihara bencana daripada
pandangan orang.

Ekor belatuk dilumur dengan darahnya, jika digantung di pokok kayu nescaya tidak berbuah ia dan jika
ditanggung oleh orang yang berdarah, nescaya berhenti darah itu.

Sayapnya jika ditanggung oleh orang yang berlawan, nescaya dapat kemenangan dan hasil segala hajat.

Jika dimakan dagingnya (yang masak) nescaya jadi ubat bagi anggota yang tidak berjalan kekuatannya.

Otak belatuk bakar dan campur sesuatu daripada anggota setelah itu dicampur dengan makanan dan
diberi makan kepada orang yang dikehendaki dengan katanya: "Ayuhai si anu binti si anu, aku beri
makan akan dikau burung belatuk dan hendaklah kamu dengar dan taat perintahku, dan aku menaik
saksi akan dikau bagaimana menaik saksi oleh hud-hud kepada Nabi Allah Sulaiman A.S., nescaya orang
itu kasih dan taat kepada engkau.

Mata belatuk di sebelah kanan jika dibalut dengan kain yang bersih, dan digantungnya di lengan kanan,
nescaya dikasih oleh orang.

Otak belatuk jika dilumur di muka (dijadikan umpama bedak) nescaya membersih dan menggilat cahaya
muka.

Hati belatuk diletak di atas dada perempuan yang tidur nescaya berkata-kata ia dengan apa yang ia telah
buat.

Darahnya jika dititik ke dalam mata yang masuk sesuatu yang kelabunya nescaya hilang ia.

Jika diperasapkan sarang mana-mana burung dengan asap dagingnya, nescaya terpelihara burung itu
daripada usikan binatang-binatang buas.

Jika digantung burung belatuk yang sembelih di mana-mana rumah, nescaya terpelihara ahlinya
daripada terkena sihir.

Siapa-siapa minum air asahan tulang kepala belatuk dengan za'faran, nescaya terpelihara daripada
usikan jin.

Jika dicampur air asahan itu dengan susu dan diminumnya, nescaya terpelihara daripada usikan syaitan.

Siapa-siapa minum air asahan lidahnya dengan air hujan, nescaya terpelihara daripada segala penyakit.

Siapa-siapa perembun hati belatuk dengan air tiga malam dan diminumnya nescaya kuat ingatannya -
wallahua'lam.

**************************

189
PENYUDAHAN

Sungguh pun kitab ini diterjemahkan daripada kitab-kitab yang terbilang dan yang panjang syarahnya
tetapi tiadalah diterjemah sampai menghabisi syarahan-syarahan yang ada di dalam kandungan ibunya

yang asal itu. Kerana takut jatuh kitab ini ke dalam tangan As-Sufaha ( ). Hanya disebut
sekadar yang boleh jadi pembuka hati dan punca peringatan jua.

Ahli isyarat berkata: Bahawa perkataan engkau bismillahirrahmanirrahim (

) itu menepati firman Tuhan "KUN" ( ) ertinya "Jadilah". Pendeknya


jika engkau menyebutkan nama Allah dengan kepercayaan penuh dan tetap, nescaya Allah Taala
mengadakan apa-apa hajat engkau dan mengurniakan apa-apa yang engkau pohon daripadanya dengan
serta merta.

Dengan limpah kurnia Tuhan Yang Maha Kuasa sempurnalah terjemahan kitab ini pada 1 haribulan
Rejab tahun 1363 H.

190