Anda di halaman 1dari 11

COLLEGE OF LAW, GOVERNMENT, AND INTERNATIONAL STUDIES

(COLGIS)

SCHOOL OF GOVERNMENT

GMGA 1013
INTRODUCTION OF PUBLIC ADMINSTRATION

DEFINITION OF PUBLIC ADMINSTRATION TERM


(ETHICS IN PUBLIC ADMINSTRATION)

NAMA : NOR AQILAH BINTI ABDUL HAMID


NO. MATRIK : 267931
1.0 PENGENALAN

Asas pentadbiran awam ini memberi tumpuan kepada pentadbiran awam dalam konteks
amalan di Malaysia. Pentabiran ialah perlaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan ke arah
mencapai matlamat tertentu. Contonya, pentadbiran sesebuah negara adalah bertujuan mencapai
kesejahteraan ekonomi, politik dan sosial.

Perkataan pentadbiran dan pengurusan sering menimbulkan kekeliruan, terutamanya dari


segi makna dan pemahamannya. Malahan dalam keadaan tertentu, kedua istilah ini di guna secara
bertukar ganti. Sebenarnya, terdapat kata kunci yang boleh dikenal pasti bagi menunjukkan
perbezaan di antara kedua-duanya. Hal yang demikian, bagi memudahkan lagi pemahaman
tugasan ini akan menerangkan beberapa definisi penting dalam asas pentadbiran awam dan etika
dalam pentadbiran awam.

1.2 PENTADBIRAN AWAM

Pentadbiran awam ialah satu operasi pengeluaran barangan dan perkhidmatan untuk
memenuhi kehendak rakyat selari dengan padangan bekas presiden Amerika. Beliau melihat
pentadbiran awam sebagai pelaksanaan dan menjalankan urusan kerajaan demi untuk mencapai
matlamat memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan citarasa rakyat, (Dimock et
Al. ,1983). Manakala menurut Galdon & Milokovich, 1995 pentadbiran awam didefinasikan
sebagai segala proses, organisasi dan individu yang terlibat dalam pelaksanaan undang-undang
dan peraturan yang diputuskan atau dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan
kehakiman, di samping terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan peraturan
berkenaan.

Doktor Ahmad Atory Hussin, 2002 pula memetik dua definasi klasik Dwight Waldo
daripada buku Classics of Public Adminstration yang mengatakan pentadbiran awam sebagai
sebuah organisasi yang mengurus manusia dan harta benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan
serta merupakan satu seni sains pengurusan yang dapat dikaitkan dengan hal ehwal sebuah negeri
atau negara.

Berdasarkan beberapa definisi yang tersebut, maka jelaslah bahawa pentadbiran awam
adalah badan yang melaksanakan pentadbiran negara. Pelaksanaan itu di realisasikan melalui
dasar-dasar dan peraturan yang diwujudkan oleh kerajaan demi mencapai matlamat pentadbiran.

1.3 PENGURUSAN AWAM

Pengurusan awam merupakan jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam


melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat
negara. Peranan pengurusan awam ialah membantu kerajaan dalam penggubalan dasar-dasar
negara, memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dan melaksanakan pelaksanaan dasar. Secara
ringkasnya, apa jua dasar-dasar dan keputusan yang diputuskan oleh kerajaan perlu dilaksanakan
oleh setiap kumpulan individu yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam mengikut bidang tugas
dan tanggungjawab masing-masing.

Selain itu, pengurusan awam juga merupakan proses menyatukan sumber-sumber dan
menggunakannya melalui aktiviti dan proses ke arah mencapai matlamat kebajikan sosial (service
oriented) dan kurang mementingkan keuntungan. Secara konklusi, definisi pengurusan awam lebih
kurang sama dengan pentadbiran awam iaitu melaksanakan urusan kerajaan demi untuk mencapai
matlamat memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan citarasa rakyat dan mengawal
institusi yang melibatkan perancangan bagi mencapai matlamat organisasi masing-masing.
1.4 Pengurusan awam baru (New Public Management)

Pengurusan awam baru merujuk kepada pelbagai pembaharuan dalam sektor awam yang
bertujuan untuk menjadikannya lebih efisyen, ekonomik, berdaya saing dan lebih berkesan.
Pengurusan awam baharu telah menawarkan kaedah penyelesaian yang sangat berkesan bagi
menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku di dalam sektor awam yang sejak sekian lama
dibelenggu dengan kerenah birokrasi.

Model pembaharuan ini menjadi sangat popular dan telah menjadikan perubahan yang
radikal di dalam pengurusan awam. Pengurusan awam baru juga dikenali sebagai entrepreneurial
government yang mengutamakan kecekapan, keberkesanan dan prestasi ekonomi dalam sektor
awam dengan menggunakan kaedah pengurusan moden seperti pengukuran prestasi, pengurangan
kos, kuasa autonomi, insentif kewangan, peningkatan daya pengeluaran, orientasi pasaran,
responsive, akauntabiliti dan inovasi. Pengurusan awam baru diasas untuk mencipta kaedah baru
bagi menambah baik pengurusan awam sedia ada bagi mencapai matlamat dalam persekitaran
sejajar dengan perubahan globalisasi. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pengurusan awam
baru meminjam prosedur dan kaedah pengurusan sektor korporat untuk diterapkan ke dalam sektor
awam.

1.5 Perkhidmatan awam baru

Komuniti masyarakat dan organisasi mempunyai satu hubungan yang rapat untuk
membuat satu jalinan perkhidmatan awam baru. Masalah yang ada ini pihak kerajaan akan
berusaha untuk mengatasi masalah penstrukturan semula dengan lebih berkesan. Kepentingan
awam adalah hasil daripada perbincangan mengenai nilai-nilai bersama dan bukannya daripada
keputusan seseorang secara bersendirian. Penjawat awam tidak hanya bertindak balas dengan
pelanggan tetapi lebih memberi tumpuan kepada membina hubungan dan kerjasama dengan
rakyat.

Pelanggan dianggap sebagai seorang yang berurusniaga dengan kerajaan dan dalam pada
masa yang sama pelanggan dikehendaki mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Infrastruktur seperti air, jalanraya, dan pelabuhan merupakan sebahagian tanggungjawab
yang besar kerajaan menyediakan kepada rakyat di dalam negara. Salah satu usaha untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan bermula dengan memastikan membezakan di antara
pelanggan dan rakyat (Schimidt and Strickland 1998). Kerajaan membaiki perkhidmatan awam
baru ini dengan mengukur sejauh mana perkhidmatan kerajaan dapat dicapai dan disediakan
kepada masyarakat. Perkhidmatan yang memenuhi standard seperti ketepatan masa dan boleh
dipercayai ini memberi kelebihan kepada rakyat untuk disampaikan secara adil. Rakyat
mempunyai peluang dalam perkhidmatan yang mereka terima dengan kualiti perkhidmatan yang
disediakan oleh pihak kerajaan. Tambahan lagi, masyarakat boleh mengadu dan memberi komen
kepada pihak kerajaan tentang kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan terhadap mereka
yang menerima perhidmatan tersebut. Ahli-ahli teori telah mengenal pasti 5 faktor utama iaitu
akses, pilihan, maklumat, keadilan dan perwakilan. Walaupun faktor ini asalnya berhubung dengan
barangan dan perkhidmatan, masyarakat mempunyai beberapa cara rungutan dan aduan untuk
membuat penyelesaian. Kerajaan perlu menyedari bahawa perkhidmatan awam menjadi perhatian
penuh terhadap permintaan pelanggan. Perkhidmatan yang berkualiti adalah langkah pertama ke
arah meluaskan usaha kerajaan untuk memperbaiki kualiti dari semasa ke semasa.

Penjawat awam mempunyai peranan yang penting dalam membantu rakyat untuk
menyuarakan kepentingan awam dan berkongsi nilai serta membimbing rakyat dalam membuat
keputusan dalam pentadbiran awam. Rakyat boleh bersuara untuk menyatakan tidak puas hati yang
diterima dalam setiap peringkat tadbir urus dalam negara kerana yang mengerakkan jentera
pentadbiran kerajaan adalah dari sumber fizikal manusia yang berfikir dan melakukan kerja untuk
menguruskan sesuatu masalah bagi mengecapi kemajuan dalam sistem pentadbiran pada masa
kini. Perkhidmatan Awam Baru ini adalah untuk kepentingan bersama bagi menikmati kekayaan
dalam negara dapat diagih bersama. Selain itu, kerajaan perlu menunjukkan keprihatinan mereka
terhadap masyarakat. Keputusan yang dibuat hanyalah untuk memberi pendedahan kepada semua
rakyat akan bersetuju apabila sesuatu dasar digubal dalam perbincangan. Hal ini sangat sesuai
dilaksanakan bagi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan secara Demokratik seperti
Malaysia ini.

Kesimpulannya, Kerajaan perlu menyediakan langkah yang strategik dalam memberi


perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Setiap perkhidmatan yang diberikan perlu ada
latihan kepada pekerja. Tadbir urus yang seragam dapat memberi perkhidmatan yang lancar
supaya setanding dengan perkhidmatan dengan negara maju
1.6 ETIKA

Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami
tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan. (Nilai Dan Etika
Dalam Perkhidmatan Awam – INTAN 1991). Menurut kamus pelajar edisi kedua, etika
didefinasikan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan manusia.

1.7 EFISYEN

Menurut kamus dewan edisi keempat, efisyen membawa maksud individu, organisasi,
mesin dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan
tenaga.

1.8 ADAB

Adab merupakan budi pekerti yang halus atau tingkah laku yang baik (kamus pelajar),
Manakala, menurut kamus dewan edisi ketiga, adab di definisikan sebagai tingkah laku serta tutur
kata yang halus,kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu, budi
Bahasa dan tingkah laku, dan pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia. Menurut
Faisal Ahmad Shah, adab merupakan sesuatu yang disandarkan kepada perkara yang dipuji
samaada dari sudut perkataan atau perbuatan. Masnizah Mohd,2005 menyatakan bahawa adab
adalah akhlak.
1.9 INTEGRITI

Integriti secara umunya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu
pada individu dan organisasi.Integriti berkait rapat dengan etika. (Pelan Integriti Nasional,2004).
Integriti juga membawa maksud kejujuran serta keadaan sempurna dan utuh (Kamus Dewan Edisi
Keempat).

1.10 Profesionalisme

Profesionalisme ialah satu set ciri, pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai dalam
sesuatu profesion. Sifat dedikasi terhadap kerja dan tidak mementingkan diri sendiri juga
menunjukkan ciri profesioanalisme. Menurut Sufiah Hussein dalam Esah Sulaiman (2003),
menakrifkan sebagai satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang dalam
mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan kebertanggungjawaban.

Menurut Hedderdof dalam Esah Sulaiman (2003) pula, profesionalisme bermaksud


satu nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawanya dengan penuh dedikasi dan
tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan. Pelaksanaan tugas dengan bersungguh-
sungguh dan tidak terlalu berkira dalam menjalankan tugas. Bagi profesion perguruan, seorang
pengetua/guru besar perlu berusaha meningkatkan profesionalismenya dari semasa ke semasa dan
sentiasa memberi khidmat yang terbaik.

Menurut Lieberman (Sufiah Hussein, 1996) dalam Esah Sulaiman (2003), ciri sesuatu
profesion itu ialah perkhidmatan yang diberikan adalah unik dan penting serta mempunyai
matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Menurutnya lagi, semasa menjalankan tugas,
banyak keupayaan dan kebolehan intelek digunakan.

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, profesionlisme bermaksud ciri-ciri kualiti bagi


sesuatu profesion memerlukan semua ahlinya menjalani latihan, dedikasi menjalankan tugas,
mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas, menggunakan keupayaan intelek, menganggotai
organisasi profesional dan mematuhi etika profesion.

1.11 Berkecuali / neutrality

Prinsip yang terkandung dalam Penyata Mesyuarat Perlembagaan PersekutuanTanah


Melayu dipersetujui oleh Jawatankuasa Reid dan diterima oleh PerlembagaanMalaysia. Keadaan
berkecuali iaitu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik adalahmenjadi asas perkhidmatan
awam negara ini dan bolelah dikatakan sebagai satu daripadaciri-ciri Perlembagaan Malaysia.1Ini
bererti bahawa pegawai-pegawai dalam perkhidmatanawam, baik askar, polis mahupun pegawai
biasa adalah tetap bekeja dan memegangjawatan mereka walaupun Perdana Menteri dan menteri-
menteri lain terpaksa berhentidengan sebab kekalahan undi dalam Parlimen atau dalam pilihan
raya. Apabila peristiwa iniberlaku, tentulah seorang Perdana Menteri baru dan beberapa orang
menteri lain dilantik. Disini pegawai-pegawai dalam perkhidmatan patuh kepada menteri-menteri
yang baru dilantikitu. Keadaan ini sukar hendak dicapai melainkan pegawai-pegawai dalam
perkhidmatanawam ditegah mencampuri politik, dan taat setia mereka mesti ditumpukan kepada
perkhidmatan mereka.

1.12 Kompetensi

Kompetensi adalah ciri-ciri yang diperlukan bagi melakukan sesuatu (Chen & Naquin
2006; Bass & Bass 2008). Chen dan Naquin (2006) mendefinisikan kompetensi sebagai ciri-ciri
asas individu yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu kerja contohnya, kemahiran,
pengetahuan, sikap, kepercayaan, motif, dan sifat-sifat; yang membolehkan penghasilan kerja
yang cemerlang selaras dengan fungsi strategik organisasi. Pemimpin yang efektif adalah
pemimpin yang mempunyai kompetensi (Hollenback et al. 2006; Bass & Bass 2008; Rothwell
2010). Kompetensi perlu dikenal pasti kerana ia adalah asas utama bagi pengurusan yang efektif
(Rothwell 2010). Oleh itu, bagi memastikan kecemerlangan organisasi, adalah penting pemimpin
yang kompeten dilantik untuk memimpin organisasi (Hollenback et al. 2006; Rothwell 2010).
1.13 Keterbukaan

Istilah keterbukaan atau transparansi berasal dari kata dasar terbuka atau transparan
yang berarti suatu keadaan yang tidak tertutupi, tidak ditutupi, keadaan yang tidak ada rahasia
sehingga semua orang memiliki hak untuk mengetahui. Istilah transparansi berasal dari kata bahasa
Inggris transparent yang berarti jernih, tumbuh cahaya, nyata, jelas, mudah dipahami, tidak ada
kekeliruan, tidak ada kesangsian atau keragu-raguan.

Keterbukaan atau transparansi menunjuk pada tindakan yang memungkinkan suatu


persoalan menjadi jelas, mudah dipahami dan tidak disangsikan lagi kebenarannya. Keterbukaan
dalam kehidupan berbangsa dan bernegara berhubungan dengan informasi berita, pernyataan, dan
kebijakan publik. Keterbukaan diartikan sebagai keadaan yang memungkinkan ketersediaan
informasi yang dapat diberikan dan didapatkan oleh masyarakat luas. Sikap terbuka adalah sikap
untuk bersedia memberitahukan dan sikap untuk bersedia menerima pengetahuan atau informasi
dari pihak lain.

1.14 Ketelusan

Menurut buku why we want you to be rich, Donald J Trump dan Robert T Kiyosaki
ketelusan membawa maksud bebas dari kepura-puraan dan penipuan, cukup jelas dan sedia
difahami.

1.15 Akauntabiliti

Akauntabiliti merupakan tanggungjawab terhadap tindakan atau keputusan yang


dibuat oleh pekerja terhadap tugasnya yang mempunyai kaitan dengan interpersonal, sosial dan
struktur organisasi yang mana ia juga terkandung dalam konteks sosiobudaya secara khas. (Frink
& Klimoski,1998). Menurut Schlenker & Weigold,1989 akauntabiliti boleh mewujudkan satu
sistem penyelarasan di sesebuah organisasi.
RUJUKAN