Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN AKTIVITI BULAN BAHASA

SK ULU SUNGAI MERAH 2015

TARIKH : 14 Oktober 2015


HARI : Rabu
MASA : 02:00 – 04:00 Petang
TEMPAT : Dewan Sri Nyamabang SK Ulu Sungai Merah
KEHADIRAN : Murid Tahun 4, 5 dan 6 dan para peserta Tahap 1
Semua guru SK Ulu Sungai Merah

Pada 14 Oktober yang lalu, Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan


pertandingan bercerita bersempena dengan Bulan Bahasa. Matlamat utamanya
adalah untuk menarik minat murid-murid untuk mencintai bahasa melalui buku dan
bahan di PSS serta menggalakkan murid-murid mengunjungi seterusnya
menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang
efektif dan berfungsi.

Antara objektif penganjuran Bulan Bahasa adalah untuk:


i. Mendedahkan murid-murid kepada pelbagai aktiviti bahasa seperti
bercerita, berpidato, berpantun, bersyair dan mendeklamasi sajak.
ii. Menambahkan pengetahuan murid mengenai Pusat Sumber Sekolah
iii. Menarik minat murid untuk mengunjungi seterusnya menggunakan
Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan
iv. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan
dan mengendalikan program.
v. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan murid-
murid sekolah ini.
Keseluruhan

Program berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh


semua ahli jawatankuasa pengelola. Program seperti ini wajar dilaksanakan setiap
tahun untuk memberi ruang dan peluang kepada para pelajar sekolah untuk
menonjolkan bakat yang mereka miliki. Selain itu juga,program ini dapat
mengeratkan lagi silaturrahim antara semua warga SK.Ulu Sungai Merah.

Disediakan oleh:

…………………………….

(NUR FARADHILLAH MOHD NOOR)

Disahkan oleh:

…………………………….

(ENCIK HASNUL BIN ABU SAMAT)


Penolong Kanan Kokurikulum
SK.Ulu Sungai Merah Sibu.
Gambar-gambar sekitar Aktivti Bulan Bahasa 2015 SK.Ulu Sungai Merah
2015

02 September 2015 (Rabu)

Guru-guru yang turut sama memeriahkan majlis dan mengawalperjalanan


majlis.

Peserta Tahap 2 pertandingan bercerita sedang membuat persembahan.


Peserta Tahap 1 membuat persembahan.

Peserta Tahap 1 membuat persembahan dengan begitu bersemangat.


Para penonton sedang mendengar persembahan dengan khusyuk sekali.

Pengerusi majlis sedang memperkenalkan hakim-hakim yang adil lagi


bijaksana.
Para guru dan murid-murid yang menghadirkan diri ketika pertandingan
berlangsung.

Para peserta sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan.


Para peserta tahap 2 sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan.

Para peserta pertandingan sedang berdebar menunggu keputusan.


Para peserta ‘story telling’ sedang menunggu giliran untuk membuat
persembahan.

Murid-murid sedang menonton persembahan.


Murid-murid sudah tidak sabar menanti keputusan dari juri.

Murid-murid tahun 5 sedang menikmati persembahan.