Anda di halaman 1dari 5

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.para hakim, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk keperluan pada masa

hadapan. Kita boleh menggunakannya untuk waktu kecemasan.

Faedah menabung ialah membantu kita pada masa kecemasan. Contohnya kita boleh

menggunakan wang tabungan untuk membeli barangan keperluan. Kita tidak akan berasa

sangat susah .

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita merancang agar

sebahagian wang dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa

berhati-hati agar wang tidak digunakan sesuka hati.

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan

lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal. Ini

dapat mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk tujuan keperluan

sahaja.

Seterusnya, kita boleh menabung untuk membantu orang lain. Contohnya, kita boleh

meminjamkan wang kepada ibu bapa untuk membayar yuran sekolah kita pada waktu

kecemasan. Ibu bapa kita akan berasa sangat gembira.


Akhir sekali, marilah kita mengamalkan sikap menabung. Bak pepatah “melentur buluh

biarlah daripada rebungnya”. Sekian, terima kasih.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru-guru dan murid-murid

sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Kepentingan Menjaga Alam Sekitar.

Hadirin sekalian,

Alam sekitar ialah alam sekeliling kita. Kita perlu memelihara keseimbangan alam

supaya kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita.

Justeru, semua pihak haruslah memelihara sumber keperluan ini.

Alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya tarikan para pelancong.

Kedatangan para pelancong akan memajukan ekonomi negara kerana mereka akan

berbelanja di negara kita. Oleh sebab itu, jagalah alam sekitar untuk menarik minat

pelancong ke negara kita.

Selain itu, pemeliharaan alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam. Kita

bernafas menggunakan oksigen yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu,

jagalah tumbuh-tumbuhan agar udara disekeliling kita lebih bersih, sejuk dan segar.

Di samping itu, Hutan pula ialah habitat semula jadi haiwan. Oleh sebab itu, alam

sekitar yang terpelihara akan memastikan generasi seterusnya juga dapat melihat

pelbagai jenis kehidupan haiwan di dunia ini.

Para hadiri yang dikasihi,

Kesihatan kita juga dipengaruhi oleh alam sekitar. Pencemaran udara, air dan lain-lain

akan menyebabkan kita mudah sakit. Tumbuhan-tumbuhan seperti pokok pegaga pula
merupakan sumber ubat-ubatan. Oleh itu, kita harus menghargai dan menjaganya dengan

elok.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar. Marilah

kita sama-sama menyelamatkan alam sekitar daripada dimusnahkan.

Sekian, terima kasih


Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk syarahan

saya pada pagi ini ialah Faedah Makan Buah-buahan Tempatan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah makan buah-

buahan tempatan’’. Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah

negara. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah manggis, durian, tembikai dan

sebagainya.

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport.

Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh

menghadamkan makanan yang kita makan.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam negara kita. Oleh sebab itulah, buah-

buahan tempatan didapati lebih segar dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak

dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara.

Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan

import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos

pengangkutan berbanding buah-buahan yang diimport.

Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara. Contohnya buah nanas yang

ditinkan telah dieksport keluar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini

menunjukkan buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya.
Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain segar, murah,

berkhasiat dan bermutu, mengambil buah-buahan tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para

petani. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai