1.0 PENGENALAN
Bilik bimbingan dan kaunseling adalah bilik yang dikendalikan di bawah Unit
B & K. Bilik ini disusun atur khas bagi memudahkan pelajar mendapatkan
perkhidmatan yang disediakan. Suasana dan susun atur bilik ini dirancang
khas agar ianya memberikan suasana yang teraputik dan kondusif kepada para
pelajar. Ianya menjadi pusat kunjungan pelajar untuk mendapatkan
perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
2.0 RASIONAL
Bilik yang selesa dan kondusif lebih sesuai dan relevan dijadikan pusat untuk
memberikan sebarang perkhidmatan kepada pelajar. Pelajar akan lebih
terdorong dan bersedia untuk berjumpa dengan kaunselor pelajar sekolah.
Keperluan Unit B&K menyediakan kemudahan bilik dan ruang seperti yang
disarankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah adalah sangat mendesak dan
keperluan yang perlu disediakan. Keperluan bilik yang mendesak adalah
untuk penyediaan Sudut Tayangan dan Ruang Belajar / Taklimat.
3.0 CADANGAN
1. Naik taraf Bilik Bimbingan Kaunseling
4.0 OBJEKTIF
JUMLAH RM900.00
5.0 PENUTUP
Penyediaan ruang yang lebih selesa dan kondusif ini diharap menjadi
pemangkin menjana perkhidmatan yang lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang. Ini sekaligus menjadi asas pembina insan modal di masa akan
datang.
………………………….................... …………………………….
(NOOR A’SYIKHIN BINTI OSMAN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling