Anda di halaman 1dari 5

JAMUAN AKHIR TAHUN SMK SEBERANG PERAK 2018

TEKS PENGACARA MAJLIS

Kata-kata aluan Bismillahirrahmanirrahim

Ke pekan Kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula Tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Yang Berusaha
Tn Haji Ahmad Saifuddin bin Abd Aziz
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Perak

Yang Berusaha
En Mohd Nadzri bin Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha
Pn Sharifah binti Isa
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha
Pn Hashroh binti Mehad
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha
Pn Tuan Pah Norhafiza binti Sharif Abd Aziz
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru-guru kanan bidang


Dan rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat


Pencipta kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka kita
diberikan ruang dan waktu untuk kita bersama-sama
berkumpul di dewan yang indah ini, Keriang Hill Resort
untuk majlis Jamuan Akhir Tahun Sekolah Menengah
Kebangsaan Seberang Perak bagi tahun 2018
Bacaan Doa Hadirin sekalian

Kalau pergi ke Tanjung Keramat


Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan En Wan Marji bin Wan
Ibrahim untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan...

Amim amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan tuan Hadirin yang dimuliakan,


Pengetua Sebelum kita menjamu selera dengan hidangan yang enak
dan menyelerakan, kita ke acara selanjutnya.

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala


hormatnya menjemput yang berusaha Tuan Haji Ahmad
Saifuddin bin Abd Aziz, Pengetua SMK Seberang Perak untuk
menyampaikan sepatah kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji


Ahmad Saifuddin bin Abd Aziz atas ucapan yang diberikan.

Jamuan Makan Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Sambil itu


dipersembahkan tayangan slide sepanjang jalan kenangan
2018. Dipersilakan..

Games Hadirin sekalian,

Kita ke acara seterusnya, dijemput Pn Nurnatasha Adilla binti


Ghazali dan En Zul Izham untuk mengambil alih acara
seterusnya...

Cabutan Bertuah Seterusnya,

Tuah ayam tampak di kaki


Tuah kita siapa yang kena
Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang akan bertuah di
kalangan kita

Bagi maksud tersebut, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Nadzri bin Ismail
untuk membuat _____ cabutan dan menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas cabutan dan penyampaian


hadiah itu tadi.

Seterusnya, dijemput pula Yang Berusaha Pn Sharifah binti


Isa, Penolong Kanan HEM untuk membuat______ cabutan
dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas cabutan dan penyampaian


hadiah tadi.

Seterusnya dijemput pula Yang Berusaha Pn Hashroh binti


Mehad, Penolong Kanan Kokurikulum untuk membuat ____
cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas cabutan dan penyampaian


hadiah itu tadi.

Seterusnya dijemput pula Yang Berusaha Pn Tuan Pah Nor


Hafizah binti Shariff Abd Aziz, Penolong Kanan Pendidikan
Khas untuk membuat ____ cabutan dan menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas cabutan dan penyampaian


hadiah itu tadi.

Penyampaian Sijil Hadirin sekalian,


kepada AJK
Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji
Ahmad Saifuddin bin Abd Aziz serta diiringi oleh Yang
Berusaha En Mohd Nadzri bin Ismail, Penolong Kanan
Pentadbiran untuk menyampaikan sijil kepada semua Ahli
Kelab Majlis Guru dan Staff bagi tahun 2018.
Dipersilakan..

1. En Mohd Izhar bin Ariffin


2. En Khairil Azmi Faizi bin Ahmad
3. Pn Nurnatasha Adila binti Ghazali
4. Pn Noor A’syikhin binti Osman
5. En Wan Marji bin Wan Ibrahim
6. En Hamzah bin Derani
7. En Zul Izham bin Murad
8. En Mohd Nazri bin Samsudin
9. Pn Ku Mushrifah binti Ku Mustafa
10. Pn Fatimah binti Saad
11. Pn Mizarulisma binti Ismail
12. Pn Nur Syuhada binti Rahim
13. Pn Rafidah binti Mohamed

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian


sijil tadi.

Ucapan pengerusi Hadirin sekalian,


Kelab Guru dan
Staff Tidak lengkap kiranya kita tidak mendengar ucapan akhir
dari pengerusi Kelab Guru dan Staff yang telah banyak
memberi sumbang bakti sepanjang tahun perkhidmatannya
sebagai pengerusi bagi tahun 2018.

Majlis dengan penuh tunduk kasihnya, mempersilakan

En Mohd Izhar bin Arifin untuk menyampaikan sepatah kata.

Dipersilakan..

Penutup Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya ucapan tadi, maka berakhirlah majlis


jamuan akhir tahun kita pada hari ini.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang jalan

Pihak majlis mohon sedikit kesempatan merakamkan


sekalungan bunga terima kasih atas kerjasama padu semua
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
bagi memastikan acara petang ini berlangsung dengan
jayanya. Rakaman terima kasih juga kepada pihak Keriang
Hill Resort.

Majlis kita tamat disini

Sekian, wassalamualaikum wbt.

Pengumuman (jika ada)