Anda di halaman 1dari 29

TAJUK BESAR Hukum Tajwid

Hukum Isti’azah dan Basmalah

Hukum Nun Mati dan Tanwin

Hukum Mim Mati

Hukum Mim dan Nun Bersabdu

Hukum Alif Lam Makrifah

Hukum Idqham

Hukum Mad

Hukum Ra’

Qalaqalah

Sifat Huruf

Waqaf

Hukum Tajwid

Tajwīd (‫ )تجويد‬dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari
perkataan Jawwada.

Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf
dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan
menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi
panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.

Anggaran ilmu tajwid itu serta hukum tajwid ialah menyampaikan dengan sedalamnya
kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat al-Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi
mempelajari hukum tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan ilmu tajwid ketika
membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Hukum isti’azah dan basmalah

Isti’azah adalah lafaz: “A’uzubillahi minasy syaitaanir rajiim” (‫)ﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢﺍﻋﻮﺬ ﺑ‬

manakala basmalah adalah lafaz: “Bismillahir rahmaanir rahiim” (‫)ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ‬.
Terdapat empat cara membaca iati’azah, basmalah dan surah:

1. Memutuskan isti’azah (berhenti) kemudian baru membaca basmalah.


2. Menyambungkan basmalah dengan surah tanpa berhenti.
3. Membaca isti’azah dan basmalah terus-menerus tanpa henti.
4. Membaca isti’azah, basmalah dan awal surah terus-menerus tanpa henti.

Terdapat empat cara membaca basmalah di antara dua surah dalam hukum tajwaid. Tiga
daripadanya adalah harus dan satu lagi adalah tidak harus. Yang harus adalah:

1. Mengasingkan basmalah denga surah


2. Menghubungkan basmalah dengan awal surah
3. Menghubungkan kesemuanya

Bacaan bagi yang tidak harus pula adalah:

1. Menghubungkan akhir surah dengan basmalah lalu berhenti. Kemudian, barulah


membaca surah yang seterusnya tanpa basmalah. Walau bagaimanapun, tidak harus
membaca sebegini kerana ditakuti bahawa ada yang menganggap basmalah adalah salah
satu ayat daripada surah yang sebelumnya.

Hukum nun mati dan tanwin

Nun mati atau nun saktah adalah huruf nun yang berbaris mati ( ‫ ) ْﻥ‬manakala tanwin adalah
mana-mana huruf yang mempunyai dua baris di atas (ً ), di bawah (ً ) dan di hadapan (ً ).
Terdapat empat hukum bagi nun mati dan tanwin iaitu izhar, idgham, iqlab dan ikhfa’.

Hukum mim mati

Mim mati mati atau mim saktah adalah mim yang berbaris mati atau sukun (‫)ْﻡ‬. Terdapat tiga
hukum bagi kes ini iaitu idgham mutamathilain (‫)ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻤﺎﺛﻠﻴﻦ‬, ikhfa’ syafawi (‫ )ﺇﺧﻔﺎﺀ ﺷﻔﻮﻱ‬dan
izhar syafawi (‫)ﺇﻇﻬﺎﺭﺷﻔﻮﻱ‬.

Hukum mim dan nun bersabdu


Hukum mim dan nun bersabdu juga dikenali sebagai wajibal ghunnah (‫ )ﻭﺍﺟﺐ ﺍﻟﻐﻨﻪ‬yang
bermaksud diwajibkan dengung. Maka jelaslah yang bacaan bagi kedua-duanya adalah
didengungkan. Hukum ini jatuh bagi setiap huruf mim dan nun yang mempunyai tanda sabdu
atau bertasydid (ّ‫ ﻡ‬dan ّ‫)ﻥ‬.

Antara contoh ayat yang ditunjukkan adalah:‫ِﺱﺍﻟﻨﱠﺎَﻭﻨﱠﺔ ِﺠْﻟﺍ َﻦِﻣ‬

Hukum alif lam ma’rifah

Alif lam ma’rifah adalah dua huruf (alif dan lam) yang ditambah pada pangkal kata nama atau
isim yang menentukan maksud perkataan itu dan lain lagi. Terdapat dua jenis kes bagi alif lam
ma’rifah apabila bersambung dengan ejaannya iaitu qamariah dan syamsiah.

Alif lam qamariah ialah lam yang bersambung terus daripada empat belas huruf ini iaitu
hamzah (‫)ء‬, ba’ (‫)ب‬, jim (‫)ج‬, ha’ (‫)ح‬, kha’ (‫)خ‬, ‘ain (‫)ع‬, ghain (‫)غ‬, fa’ (‫)ف‬, qaf (‫)ق‬, kaf (‫)ك‬, mim
(‫)ﻡ‬, wau (‫)ﻭ‬, ha’ (‫ )ﮬ‬dan ya’ (‫)ﻱ‬. Ini diambil sempena perkataan al-qamar (‫)ﺍﻟﻘﻤﺮ‬. Dari perkataan
itu, jelas cara membacanya adalah tidak memasukkaan lam ke dalam huruf selepasnya tetapi
mematikannya dengan jelas lalu menyebut huruf yang seterusnya.

Alif lam syamsiah ialah lam yag bersambung dengan empat belas huruf ini pula iaitu ta’ (‫)ت‬,
tha’ (‫)ث‬, dal (‫)ﺩ‬, dzal (‫)ذ‬, ra’ (‫)ﺭ‬, zai (‫)ز‬, sin (‫)ﺱ‬, syin (‫)ش‬, sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, zho (‫)ظ‬,
lam (‫ )ل‬dan nun (‫)ﻥ‬. Ini diambil sempena perkataan asy-syamsiah (‫)ﺍﻟﺸﻤﺴﻴﻪ‬. Dari perkataan
tersebut, cara membacanya adalah dengan memasukkan ke dalam huruf selepas lam yang
kebanyakkanya disabdukan dan lam tidak dibunyikan.

Hukum idgham

Idgham (‫ )ﺇﺩﻏﺎﻡ‬adalah berpadu atau bercampur dua huruf atau memasukkan satu huruf ke dalam
huruf yang lain. Maka, jelaslah harus dibaca dengan memasukkan bunyi huruf yang seterusnya.
Terdapat tiga jenis idgham:

1. Idgham mutamathilain (‫ – ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻤﺎﺛﻠﻴﻦ‬yang serupa) ialah pertemuan dua huruf yang
sama sifat dan makhrajnya (tempat keluarnya) dal bertemu dal dan sebagainya. Hukum
adalah wajib diidghamkan. Contoh: ْ‫ﻗَﺪ ﺩَﺨَﻠُﻮﺍ‬.
2. Idgham mutaqaribain (‫ – ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻘﺎﺭﺑﻴﻦ‬yang hampir) ialah pertemuan dua huruf yang
berhampiran sifat dan makhrajnya seperti ba’ bertemu mim, qaf bertemu kaf dan tha’
bertemu dzal. Contoh: ْ‫ﻧَﺨْﻠُﻘڪُ ﻢ‬
3. Idgham mutajanisain (‫ – ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﺠﺎﻧﺴﻴﻦ‬yang sejenis) ialah pertemuan dua huruf yang
sama makhrajnya tetapi tidak sama sifatnya seperti ta’ dan tho, lam dan ra’ serta dzal dan
zho. Contoh: ‫بﱢَﺭﻞ ُﻗ‬

Hukum mad

Mad bermaksud lanjut atau lebih. Dari segi istilah ulama tajwid dan ahli bacaan, mad bermaksud
memanjangkan suara dengan lanjutan menurut kedudukan salah satu dari huruf mad. Terdapat
dua bahagian mad iaiatu mad asli dan mad far’ie. Terdapat tiga huruf mad iaitu alif, wau, dan ya’
dan huruf tersebut haruslah berbaris mati atau saktah. Kepanjangan bacaan mad diukur dengan
menggunakan harakat.

Hukum ra’

Hukum ra’ adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra’ dalam bacaan. Terdapat tiga cara
iaitu kasar atau tebal, halus atau nipis, atau harus dikasarkan dan dinipiskan.
Bacaan ra’ harus dikasarkan apabila:

 Setiap ra’ yang berbaris atas atau hadapan.

Contoh: ‫ﺎَﻨﺑﱢَﺭ‬

 Setiap ra’ yang berbaris mati dan huruf sebelumnya berbaris hadapan atau atas.

Contoh: ‫ضﺭَﻻﺍَﻭ‬
ْ

 Ra’ berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah yang mendatang, bukan baris
yang asal.

Contoh: ‫ٱﺭْﺟِﻌُﻮْﺍ‬

 Ra’ berbaris mati dan sebelumnya huruf yang berbaris bawah tetapi ra’ tadi berjumpa
dengan huruf isti’la’.
Contoh: ‫ﺎ َﺪﺻْﺮِﻣ‬

Bacaan ra’ yang dinipiskan adalah apabila:

 Setiap ra’ yang berbaris bawah.

Contoh: ‫لﺎَﺟِﺭ‬

 Setiap ra’ yang sebelumnya terdapat huruf lin

Contoh: ‫ْﺮﻴَﺧ‬

 Ra’ mati yang sebelumnya juga huruf berbaris bawah tetapi tidak berjumpa dengan huruf
isti’la’.

Contoh: ‫ﻋﺮِﻓ‬
ْ َ‫َﻦﻮ‬

Bacaan ra’ yang harus dikasarkan dan dinipiskan adalah apabila setiap ra’ yang berbaris mati
yang huruf sebelumnya berbaris bawah dan kemudian berjumpa dengan salah satu huruf isti’la’.

Contoh: ‫قﺮِﻓ‬
ْ

Isti’la’ (‫ﺀ‬
‫)ﺍﺳﺘﻌﻼ‬: terdapat tujuh huruf iaitu kha’ (‫)خ‬, sod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬,
qaf (‫)ق‬, dan zho (‫)ظ‬

Qalqalah

Qalqalah (‫ )ﻗﻠﻘﻠﻪ‬adalah bacaan pada huruf-huruf qalqalah dengan bunyi seakan-akan berdetik.
Huruf qalqalah ada lima iaitu qaf (‫)ق‬, tho (‫)ط‬, ba’ (‫)ب‬, jim (‫)ج‬, dal (‫)ﺩ‬. Qalqalah terbahagi kepada
dua jenis:

 Qalqalah kecil iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu berbaris mati dan baris
matinya adalah asli dan bukan mendatang.

Contoh: ‫َﻥﻮُﻌَ ْﻤﻄَﻴ‬, ‫َﻥﻮُﻋْﺪَﻴ‬

 Qalqalah besar iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu dimatikan dengan
mendatang. Dalam keadaan ini, qalqalah dilakukan apabila wakaf padanya tetapi tidak
diqalqalahkan apabila diteruskan.
Contoh: ِ‫ٱﻟْﻔَﻟَﻖ‬, ‫ﻋَﻟَﻖ‬

Sifat huruf
Sifat huruf adalah salah satu dari perkara tajwid dalam bacaan al-Quran. Sifat huruf adalah ciri
yang menjelaskan perihal suatu huruf. Melalui sifatnya, seseorang itu akan mampu membezakan
suatu huruf itu dengan keadaan sebutannya seperti tertahan, berdesing, melantun dan sebagainya.

Kelebihan memahami sifat huruf ini adalah sebagai pelengkap kepada makhraj. Dengan
mengetahui sifatnya, kita dapat membezakan lafaz sebutan bagi huruf yang makhrajnya sama.
Tambahan pula, kita akan dapat mengenal huruf yang kuat dan lemah atau huruf yang dilafazkan
secara tebal dan tipis kerana sifat yang wujud pada hurufnya. Sifat huruf juga membantu
memperkemaskan ketepatan sebutan suatu huruf supaya dapat dilafazkan dengan betul,
terutamanya bagi huruf yang hampir sama sebutannya seperti huruf tha (‫ )ث‬dengan sin (‫)ﺱ‬, ha’
(‫ )ح‬dengan ha (‫)ﮬ‬.

Waqaf

Waqaf dari sudut bahasa ialah berhenti atau menahan manakala dari sudut istilah tajwid pula
ialah menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas
dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan. Terdapat empat jenis waqaf:

 Taamm (‫ – ّﻡﺗﺂ‬wakaf sempurna) – apabila berhenti pada satu ayat yang putus, tidak
berkaitan atau kena-mengena lagi dengan mana-mana kalimah atau perkataan sesudah
ayat tersebut atau di hadapannya sama ada berkenaan lafaz atau makna.
 Kaaf (‫ – ﻛﺎﻒ‬wakaf memadai) – apabila berhenti pada satu ayat yang putus tidak ada kena-
mengena dengan satu-satu kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di
hadapannya pada lafaz sahaja tetapi ada kena-mengena dalam maknanya.
 Hasan (‫ – ﺣﺴﻦ‬wakaf baik) – apabila berhenti pada satu ayat yang ada kena mengena
dengan yang sesudah dan sebelumnya pada lafaz sahaja, dengan syarat yang
diberhentikan itu telah memenuhi maknanya.
 Qabiih (‫ – ﻗﺒﻴﺢ‬wakaf buruk) – apabila berhenti pada satu-satu ayat tidak sempurna
maknanya yang kadang-kala ayat itu ada berkaitan dengan ayat-ayat yang sebelum dan
sesudahnya sama ada pada lafaz atau pada makna.

Tanda-tanda waqaf
1. Tanda mim ( ‫ ) ﻤ‬dikenali sebagai Waqaf Lazim. Adalah dikehendaki berhenti seketika
apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah.
2. Tanda tho ( ‫ ) ط‬adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika. Ia
menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya..
3. Tanda jim ( ‫ ) ج‬adalah Waqaf Jaiz. Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun tidak
berhenti adalah dibenarkan.
4. Tanda zha ( ‫ ) ﻇ‬bermaksud lebih elok TIDAK berhenti.
5. Tanda sod ( ‫ ) ص‬dikenali sebagai Waqaf Murakhkhas, menunjukkan yang tidak
digalakkan berhenti walaupun berhenti dibenarkan. Perbezaan antara hukum tanda zha
dan sod adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti adalah lebih pada
tanda sod
6. Tanda sad-lam-ya’ ( ‫ ) ﺻﻠﮯ‬merupakan singkatan kepada “Al-wasl Awlaa” yang bermaksud
“Sambung lebih elok”. Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana itu lebih elok.
7. Tanda qaf ( ‫ ) ق‬merupakan singkatan kepada “Qeela alayhil waqf” yang bermakna “telah
dinyatakan yang berhenti harus dilakukan ke atasnya”. Tidak perlu berhenti di sini.
8. Tanda sod-lam ( ‫ ) ﺼﻞ‬merupakan singkatan kepadan “Qad yoosalu” yang membawa
maksud “akan bersambung kadang-kala“. Kadang-kala seseorang akan berhenti
manakala ada yang tidak walaupun berhenti lebih diutamakan.
9. Tanda perkataan Qif ( ‫ ) ﻗﻴﻒ‬bermaksud berhenti! Ia muncul pada tempat yang
kebarangkalian pembaca akan meneruskan bacaan tanpa henti.
10. Tanda sin ( ‫ ) ﺱ‬atau perkataan Saktah ( ‫ ) ﺳﮑﺘﻪ‬menandakan berhenti seketika tanpa
mengambil nafas. Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil
nafas baru untuk meneruskan ayat.
11. Tanda Waqfah ( ‫ ) ﻭﻗﻔﻪ‬serupa dengan Saktah tetapi bezanya ialah waqaf pada Waqjah lebih
lama berbanding Saktah.
12. Tanda Laa ( ‫ ) ﻻ‬bermaksud “Jangan!“. Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung
mahupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, tidak dibenarkan berhenti
dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak.
13. Tanda kaf ( ‫ ) ك‬merupakan singkatan kepada “Kathaalik” yang bermaksud “serupa”.
Dalam kata lain, tanda yang sama sebelumnya digunakan di sini.
14. Tanda bertitik tiga ( ... ...) yang dikenali Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) atau
Waqaf Ta’anuq (Terikat). Tanda ini kadang-kala diletakkan sekali huruf jim yang turut
menjadi simbol bagi Mu’aanaqah ini. Ia akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana
saja dan cara membaca adalah Harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah
berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.

HUKUM TAJWID
QALQALAH

QALQALAH SUGHRA
Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah.

Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.

QALQALAH KUBRA

Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf
Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun
pada huruf Qalqalah di sini adalah ‘aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.

QALQALAH AKBAR

Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di
hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini
merupakan sukun yang ‘aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.

NUN SAKINAH DAN TANWIN

IQLAB
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada huruf yang lain.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu Ba’, maka hendaklah
ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan disertai suara “Ghunnah” (dengung)
dengar kadar panjang dua harakat. Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak
kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba’ ada persamaan antara makhraj dan sifatnya.

 Makhraj Mim dan Ba’ pada antara dua bibir.


 Sifat yang sama antara Mim dan Ba’ pula ialah Jahar, Istifal, Infitah, Idzlaq dan
Ghunnah

IDGHAM

IDGHAM terbahagi kepada 2.

IDGHAM BILA GHUNNAH

Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra’ dan Lam.

Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah atau Tanwin dengan
syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah.
Bacaan Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah (dengung).

IDGHAM MA’AL GHUNNAH

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-huruf Idgham Ma’al
Ghunnah iaitu Ya’, Wau, Mim dan Nun dalam dua kalimah. Maka ia dibaca dengan disertai
ghunnah (dengung) dengan kadar 2 harakat.
IKHFA’ HAQIQI

Dinamakan Ikhfa’ Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa’ Nun Sakinah atau
Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa’ Haqiqi ada tiga martabat (peringkat):

1.
1. Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf To’, Dal dan
Ta’ kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun Sakinah.
2. Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf Tha’,
Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha’ dan Fa’ kerana makhrajnya di
pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan martabat terendah) Nun
Sakinah.
3. Martabat terendah: iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan kaf kerana
makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah.

Perhatian: Ikhfa’ Nun Sakinah juga berlaku pada huruf pembukaan surah seperti yang
disenaraikan di bawah ini:


o Surah Maryam: 1
o Surah al-Syura: 2
o Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada ayat 1 dan 2).

Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa’ Haqiqi ada dua keadaan:


o Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa’
yang bersifat isti’la’ seperti huruf Shad, Dhad, To’, Zha’, dan Qaf).

Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa’ yang tidak
bersifat isti’la’ iaitu selain dari huruf-huruf yang telah disebutkan di atas).
MIM NUN BERSABDU

MIM BERSABDU

Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun dan kedua berbaris. Mim Sukun
dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang
bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Ghunnah (menzahirkan
dengungnya) dengan kadar dua harakat.

NUN BERSABDU

Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang pertama sukun dan
yang kedua berbaris.

HUKUM MAD
MAD FAR’IE
Mad Far’ie terbahagi kepada 8.

Mad ‘Aridh Lil Sukun

Dinamakan Mad ‘Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad
ketika waqaf.

Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat
pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan
keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

Mad Badal

Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak
terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah.

Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk
meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:

1. Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.


2. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
3. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
4. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida’).

Kadar bacaannya adalah 2 harakat.


Mad ‘Iwad

Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta’
Marbutah.

Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi’ie yang terjadi kerana waqaf.

Lihat Percutian Murah !!

Bedak Arab Kokuryu


Bedak Syria

Mad Jaiz Munfashil

Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika
wasal sahaja.

Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan
ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan
Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan.

Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-
Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran:

1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah
dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya.
2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah
berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku
pada dua situasi:
1. Ya’ al-Nida’ (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan
Hamzah.
2. Ha’ Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.
Mad Liin

Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.

Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.

Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6
kerana ia sebahagian daripada Mad ‘Aridh Lil Sukun.

Mad Silah Qasirah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha’ Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha’ Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat
huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.

Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha’ dhomir iaitu selepas ha’ tidak ada hamzah
qat’ie.
Mad Silah Towilah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha’ Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha’ Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat
huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.

Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha’ terdapat
Hamzah Qat’ie

Mad Tamkin

Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya’ pada satu kalimah. Ya’ yang pertama mesti
berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya’ yang kedua sukun.

Mad Asli

Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi’ie.

Mad Asli terjadi apabila:


a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan.
c. Huruf Ya’ sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

Perhatian:

Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan dibaca panjang
dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini
dibaca dengan pendek tidak bermad.

HUKUM HAMZAH

PECAHAN HUKUM HAMZAH

Hamzah Qat’ie

Hamzah Qata’ iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan dengannya atau
sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat’ie kerana hamzah ini mempunyai baris
yang pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat’ie boleh menerima baris dan ditulis dengan
nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe’el (kata
kerja) dan harf (kata sendi). Hamzah Qat’ie yang datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan
iaitu:

1. Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
2. Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau sukun (mati).
3. Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau sukun (mati).

Hamzah Qat’ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa keadaan:


1. Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz ‘Aajami’ surah
Fussilat: 44.
2. Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat hamzah wasal
sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz ‘Utumina’
surah al-Baqarah: 283

Kaedah penulisan Hamzah Qat’ie.

1. Apabila Hamzah Qat’ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai
rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.

2. Apabila Hamzah Qat’ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa keadaan:


o Apabila hamzah qat’ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas maka ia
ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya.
o Sekiranya hamzah qat’ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah maka ia
ditulis dengan huruf Ya’ sebagai rumahnya.


o Sekiranya hamzah qat’ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris hadapan maka
ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya.
o Sekiranya hamzah qat’ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun kecuali alif
maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
o Sekiranya hamzah qat’ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif sebagai
rumah.
o Sekiranya hamzah qat’ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya’
sebagai rumah.
o Sekiranya hamzah qat’ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau
sebagai rumah.

3. Apabila Hamzah Qat’ie berada di hujung kalimah, maka ada beberapa keadaan juga iaitu:


o Jika sebelum hamzah qat’ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia ditulis
dengan huruf alif sebagai rumah.
o Jika sebelum hamzah qat’ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka ia ditulis
dengan huruf Ya’ sebagai rumah.
o Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka ia ditulis
dengan huruf wau.

1. Jika sebelum hamzah qat’ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun) maka ia ditulis
bersendirian tanpa rumah.
Hamzah Wasal

Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan dengannya dan tidak dibaca
ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat pada awal kalimah.

LAM TA’ARIF

PECAHAN LAM TA’ARIF

Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi)

Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi. Diidghamkan Lam Ta’rif apabila
bertemu dengan mana-mana Huruf Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta’, Tha’, Dal,
Dzal, Ra’. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To’, Zha’, Lam dan Nun.

Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian:

1- Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta’rif
diidghamkan pada Nun.
2- Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta’rif
diidghamkan pada Huruf-huruf Syamsiah selain Nun.
Sebab-sebab Idgham:

1- Lam Ta’rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada makhraj dan sifat.
2- Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf yang mutaqariban.

Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari)

Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan Lam Ta’rif apabila bertemu
dengan mana-mana Huruf Qamariah. Huruf-huruf Qamariah itu ada empat belas huruf iaitu Ba’,
Jim, Ha’, Kha’, ‘Ain, Ghain, Fa’, Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha’, Hamzah dan Ya’. Ia dinamakan
Izhar Qamari kerana diizharkan Lam tersebut kepada Huruf-huruf Qamariah; manakala sebab ia
Izhar ialah kerana Lam dan Huruf Qamariah adalah dua huruf Mutaba’idan.

MATERI ILMU TAJWID

khos untuk TPQ

TANDA-TANDA WAQAF DAN WASHAL

Waqaf artinya: sebaiknya berhenti.

) ‫ﻡ ( ﻭﻗﻒ ﻻ زﻡ‬ : harus berhenti

) ‫( ﻣﻌﺎ ﻧﻘﻪ‬ : berhenti di salah satu titik

) ‫ ط ( ﻭﻗﻒ ﻣﻄﻠﻖ‬: sebaiknya berhenti

) ‫ ﻗﻠى ( ﺍﻟﻮﻗﻒ ﺍﻭﻟى‬: sebaiknya berhenti

) ‫ﻗﻒ ( ﺍﻟﻮﻗﻒ‬ : sebaiknya berhenti


) ‫ج ( ﻭﻗﻒ ﺟﺎ ئز‬ : boleh berhenti, juga boleh terus

Washol artinya: sebaiknya terus.

) ‫( ﺍﻟﻮﻗﻒ ﻣﻤﻨﻮع‬ ‫ﻻ‬ : sebaiknya terus

) ‫ﺻﻠى ( ﺍﻟﻮﺻﻞ ﺍﻭﻟى‬ : sebaiknya terus

) ‫( ﻣﺠﻮز ﺍﻟﻮﻗﻒ‬ ‫ز‬ : sebaiknya terus

) ‫( ﻣﺮ ﺧص ﺍﻟﻮﻗﻒ‬ ‫ ص‬: sebaiknya terus

) ‫( ﻗﻴﻞ ﮬﻮ ﻭﻗﻒ‬ ‫ق‬ : sebaiknya terus

GHUNNAH

Ghunnah artinya mendengung. Hal ini berarti bahwa setiap ada huruf Nun atau Mim yang
bertasydid maka hukum bacaannya dinamakan Ghunnah.

Contoh:

‫فَلَما‬ ‫اِ ن َما‬ ‫ثُم‬ ‫اِ ن‬

HUKUM NUN SUKUN/TANWIN

Perbedaan Nun sukun atau Tanwin adalah sama dalam lafadz tetapi lain dalam tulisan. Adapun
hukum Nun sukun atau Tanwin dibagi menjadi 6 macam, antara lain:

1. Idghom Bighunnah

Idghom : memasukkan

Bighunnah : dengan mendengung

Artinya: apabila ada Nun sukun atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah yang
berjumlah 4 huruf, antara lain:‫ ي ن م و‬atau biasa di singkat dengan bunyi ‫يَ ْن ُم ْو‬

Contoh:

( ‫ ن‬-‫فَلَ ْن ن ِِز ْيدَ ُك ْم ) ْن‬ ( ‫ ي‬-‫َم ْن يَقُ ْو ُل ) ْن‬

( ‫ و‬-‫ِم ْن و َرائِ ِه ْم ) ْن‬ (‫فَتْ ًحا ُمبِ ْينًا ) _ً – م‬

1. Idghom Bilaghunnah

Idghom : memasukkan
Bilaghunnah : dengan tanpa mendengung

Artinya: apabila ada Nun sukun atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah yang
berjumlah 2 huruf, antara lain: ‫ ل‬dan ‫ر‬

Contoh:

(‫َغفُ ْو ٌر َر ِح ْي ٌم ) _ٌ – ر‬ ( ‫ ل‬-‫ِم ْن لَد ُ ْنكَ ) ْن‬

1. Idzhar

Idzhar berarti: jelas atau terang

Artinya: apabila ada Nun sukun atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah yang
berjumlah 6 huruf, antara lain: ‫ﻫ أ ح خ ع غ‬

Contoh:

( ‫ت ) ْن – خ‬
ْ ‫َم ْن خَف‬ ُ ‫ِم ْن َحي‬
( ‫ْث ) ْن – ح‬ (‫ُكفُ ًوا اَ َحدٌ ) _ً – ا‬

( ‫لَ ُك ُم اْالَ ْن َها َر ) ْن – ﻫ‬ (‫غ‬- ً_ ) ‫قَ ْو ًما َغي َْر ُك ْم‬ ٍ ُ‫ُخل‬
( ‫ق َع ِظي ٍْم ) ٍ – ع‬

1. Iqlab

Iqlab berarti:

Artinya: apabila ada Nun sukun atau Tanwin bertemu dengan satu huruf dari huruf hijaiyyah
yaitu: ‫ب‬

Contoh:

(‫َع َوا ٌن بَيْنَ ) _ٌ – ب‬ ( ‫َم ْن بَ ِخ َل ) ْن – ب‬

1. Ikhfa’

Ikhfa’ berarti: samar-samar

Artinya: apabila ada Nun sukun atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah yang
berjumlah 15 huruf, antara lain:

‫تثجدذزسشصضطظفقك‬

Contoh:

( ‫اَ ْن َج ْينَا ُك ْم ) ْن – ج‬ (‫َما ًء ثَ َجا ًجا ) _ً – ث‬ ( ‫ِم ْن تَحْ تِ َها ) ْن – ت‬


( ‫يَ ْو َمئِ ٍذ ُز ْرقًا ) ٍ – ز‬ ْ ‫َم ْن ذَال ِذ‬
(‫ي ) ْن – ذ‬ ٌ ‫قِ ْن َو‬
(‫ان دَانِيَ ٍة ) _ٌ – د‬

َ ‫قَ ْو ًما‬
(‫صا ِل ِحيْنَ ) _ً – ص‬ َ ٌ‫عذَا ب‬
(‫ش ِد ْيد ٌ ) _ٌ – ش‬ َ َ ‫اِن اْ ِال ْن‬
( ‫سا نَ ) ْن – س‬

ُ ‫َع ْن‬
(‫ظ ُه ْو ِر ِﻫ ْم ) ْن – ظ‬ (‫َو َما يَ ْن ِط ُق ) ْن – ط‬ (‫ضا ِحكَةٌ ) _ٌ – ض‬
َ ٌ ‫ُم ْس ِف َر ة‬

(‫َم ْن كَا نَ يَ ْر ُج ْوا ) ْن – ك‬ (‫ِر ْزقًا قَا لُ ْوا ) _ً – ق‬ (‫ي فَ ُه ْم ) _ٌ – ف‬


ٌ ‫ع ْم‬
ُ

HUKUM MIM SUKUN

Hukum Mim sukun dibagi menjadi 3 macam, antara lain:

1. Idghom Mitsli (Idghom Mimi)

Artinya: apabila ada Mim sukun bertemu dengan Mim

Contoh:

( ‫ُك ْنت ُ ْم ُم ْس ِل ِميْنَ ) ْم – م‬

1. Ikhfa’ Syafawi

Artinya: apabila ada Mim sukun bertemu dengan Ba’

Contoh:

( ‫ارةٍ ) ْم – ب‬
َ ‫ت َْر ِم ْي ِه ْم ِب ِح َج‬

1. Idzhar Syafawi

Artinya: apabila ada Mim sukun bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah selain Mim dan Ba’

Contoh:

( ‫اَ ْم لَ ْم ت ُ ْن ِد ْر ُﻫ ْم ) ْم – ت‬ ( ‫ُﻫ ْم نَا ئِ ُم ْونَ ) ْم – ن‬

‫…… الخ‬..

HUKUM IDGHOM

Hukum Idghom dibagi menjadi 3 macam, antara lain:

1. Idghom Mutamatsilain

Artinya: jika ada huruf yang sama, yang pertama sukun dan yang kedua hidup.
Contoh:

(‫ب‬ َ ‫اِض ِْر بْ ِب َع‬


ِ – ْ‫صا كَ ) ب‬

1. Idghom Mutajanisain

Dinamakan Idghom Mutajanisain jika TA sukun bertemu THA, THA sukun bertemu TA, TA
sukun bertemu DAL, DAL sukun bertemu TA, LAM sukun bertemu RA, DZAL sukun bertemu
ZHA.

Contoh:

ْ َ‫ د ( اَثْقَل‬-‫ت‬
‫ت دَ َع َوا‬ ْ ) ْ ‫س‬
َ‫طت‬ ْ )
َ َ‫ ت ( لَئِ ْن ب‬-‫ط‬ َ ‫ت‬
ٌ ‫طا ئِفَة‬ ْ َ‫ ط ( قَال‬-‫)ت‬
ْ

َ ْ‫ ظ ( اِذ‬-ْ‫) ذ‬
‫ظلَ ُم ْوا‬ ِ ‫ ر ( قُ ْل َر‬-‫) ْل‬
‫ب‬ َ‫ ت ( قَدْ ت َ َبين‬-ْ‫) د‬

1. Idghom Mutaqorribain

Dinamakan Idghom Mutaqorribain jika TSA sukun bertemu DZAL, QAF sukun bertemu KAF,
BA sukun bertemu MIM.

Contoh:

‫ار َكبْ َمعَنَا‬


ْ ‫ م ( يبُنَي‬- ْ‫) ب‬ ‫ ك ( اَلَ ْم ن َْخلُ ْق ُك ْم‬-‫) ْق‬ ْ ‫ ذ ( يَ ْل َه‬-‫ث‬
َ‫ث ذ لِك‬ ْ )

QALQALAH

Qalqalah artinya memantul. Huruf Qalqalah ada lima, antara lain:

ْ َ‫ق‬
‫ ق ط ب ج د‬biasa disingkat dengan bunyi ‫طبُ َج ٍد‬

Contoh:

‫ يَدْ ُخ ُل‬-‫د‬ ‫ يَجْ عَ ُل‬-‫ج‬ ‫ يَ ْب َخ ُل‬-‫ب‬ ْ َ‫ ي‬-‫ط‬


‫ط َه ُر‬ ُ ‫ يَ ْق َر أ‬-‫ق‬

Qalqalah dibagi dua:

1. Qalqalah Sughra

Adalah: huruf Qalqalah yang matinya asli, sebagaimana contoh diatas.

1. Qalqalah Kubra

Adalah: huruf Qalqalah yang matinya disebabkan waqaf.

Contoh:
َ‫ َخلَق‬dibaca ٌ ‫ا َ َحد‬ ‫ َخلَ ْق‬dibaca ْ‫ا َ َحد‬

LAFADZ ALLAH

Hukum lafadz Allah dibagi dua, yaitu:

1. Dibaca tafkhim, jika lafadz Allah didahului harakat fathah atau dhummah.

Contoh:

ِ‫ص ُر للا‬
ْ َ‫ن‬ ُ‫َوللا‬

1. Dibaca tarqiq, jika lafadz Allah didahului harakat kasroh.

Contoh:

‫من ا لر ِحي ِْم‬


ِ ْ‫بِس ِْم للاِ الر ح‬

HURUF SYAMSIYAH DAN QAMARIYAH

Huruf Syamsiyah dan huruf Qamariyah jumlahnya sama yaitu masing-masing ada 14 huruf.

1. Huruf Syamsiyah: jika ada ‫ ال‬bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah yang berjumlah 14,
antara lain:

‫تثدذرزسشصضطظلن‬

Contoh:

‫النِ ْع َم ِة‬ ‫َوالش ْم ِس‬ ‫اَلدُّ ْنيَا‬ ‫َوالتِي ِْن‬

‫……الخ‬

1. Huruf Qamariyah: jika ada ‫ ال‬bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah yang berjumlah 14,
antara lain:

‫بجحخعغفقكموﻫءي‬

Contoh:

‫اَ ْل َكبِي ُْر‬ ‫اَ ْل ِف ْي ُل‬ ‫ا َ ْل َخي ُْر‬ ُ‫اَ ْل ُج ُمعَة‬

‫……الخ‬

IDZHAR WAJIB
Dinamakan Idzhar Wajib, jika ada Nun sukun atau Tanwin bertemu huruf YA atau WAWU
dalam satu kalimat. Cara membacanya: terang atau jelas. Namun, didalam Al-Qur’an bacaan
Idzhar Wajib ini hanya ada 4, yaitu:

ٌ ‫قِ ْن َو‬
‫ان‬ ٌ ‫ص ْن َو‬
‫ان‬ ِ ٌ َ‫بُ ْني‬
‫ان‬ ‫اَلدُّ ْنيَا‬

HUKUM RA’

Hukum Ro’ ada dua:

1. Ro’ yang dibaca Tafkhim

Ciri-ciri:

1. Ro’ fathah, Ro’ fathah tanwin.


2. Ro’ dhummah, Ro’ dhummah tanwin.
3. Ro’ sukun didahului fathah atau dhummah.
4. Ro’ sukun didahului kasrah ada hamzah washal.
5. Ro’ sukun didahului kasrah bertemu huruf isti’la’.

Contoh:

a) ‫َخي ًْرا‬ ‫َربنَا‬ ‫ ًرا‬-‫َر‬

b) ‫َكبِي ٌْر‬ ‫ُر َو ْيدًا‬ ‫ ٌر‬-‫ُر‬

c) _َ _ُ _ْ ‫قُ ْر ا ٌن‬ َ ‫اَ ْر‬


‫س َل‬

d) _ِ ‫اِ ْر ِجعُ ْو ا‬ ‫اَ ِم ْر ت َا ب ُْوا‬ ‫ا ْر‬

e) _ِ ‫س‬ َ ‫قِ ْر‬


ٌ ‫طا‬ ٌ ‫صا د‬
َ ‫ْر – خ ص ض ط ظ غ ق ِم ْر‬

1. Ro’ yang dibaca Tarqiq

Ciri-ciri:

a) Ro’ kasrah, Ro’ kasrah tanwin.

b) Ro’ sukun didahului kasrah.

c) Ro’ hidup didahului Ya’ dibaca waqaf.

Contoh:

a) ‫ُخس ٍْر‬ ‫س‬


ٌ ْ‫ِرج‬ ‫ ٍر‬-‫ِر‬
b) _ِ ‫فَك َِب ْر‬ َ‫فِ ْر َع ْو ن‬ ‫ْر‬

c) _َِ ‫صي ٍْر‬


ِ َ‫ب‬ ‫خَ ي ٌْر‬ ٌٍِ ‫ي ُ ِِ ر‬

HUKUM MAD

Hukum Mad dibagi dua:

1. Mad Thabii

Yang dinamakan dengan mad Thabi’i, adalah: jika fathah diikuti ALIF, kasrah diikuti YA,
dhummah diikuti WAWU. Panjang bacaannya: satu alif (dua harakat)

Contoh:

‫ﻧُ ْﻮ ِﺣ ْﻴﻬَﺎ‬ ‫ِﻱ – ﺩ ُْﻭ‬


ْ ‫ﺩَﺍ – ﺩ‬

1. Mad Far’i

Mad Far’i dibagi menjadi 13, antara lain:

1. Mad wajib muttashil

ialah: Mad Thabii bertemu hamzah dalam satu kalimat. panjang bacaannya: 2,5 alif (5 harakat).

Contoh:

‫ﻧِﺪَﺍء‬ ‫ِﻟﻘَﺎ َء ﻧَﺎ‬ ‫ﺟَﺎ َء‬

1. Mad jaiz munfashil

ialah: Mad Thabii bertemu hamzah (bentuknya huruf alif) di lain kalimat. Panjang bacaannya:
2,5 alif (5 harakat).

Contoh:

‫ﺍ َ ْﻋ َﻄ ْﻴﻨَﺎ ﺍِﻧﱠﺎ‬ ‫ْﻧ َز ْﻟﻨَﺎ ﺍ َ ﺍِﻧﱠﺎ‬

1. Mad ‘aridh lissukun

ialah: Mad Thabii bertemu huruf hidup dibaca waqaf. Panjang bacaannya: 3 alif (6 harakat).

Contoh:
َ‫ﺍَﺑُ ْﻮ ْك = ﺍَﺑُ ْﻮك‬ ‫ب ِﻋﻘَﺎ‬
ِ = ‫ْب ِﻋﻘَﺎ‬

1. Mad ‘iwadh

ialah: jika ada fathah tanwin yang dibaca waqaf, selain TA’ marbuthah. Panjang bacaannya: 1
alif (2 harakat).

Contoh:

َ = ‫ﻋ ِﻠ ْﻴ َﻤﺎ‬
‫ﻋ ِﻠﻴْﻤﺎ‬ َ

1. Mad shilah

ialah: setiap dhomir HU dan HI apabila didahului huruf hidup. Mad shilah dibagi dua, yaitu:
Mad shilah qashirah dan Mad shilah thawilah. Yang dinamakan Mad shilah thawilah, adalah
Mad shilah qashirah bertemu huruf hamzah (bentuknya alif).

Panjang bacaan Mad shilah qashirah: 1 alif (2 harakat).

Contoh:

‫ ِﺑﻪ‬-‘‫ﻟَﻪ‬

Panjang bacaan Mad shilah thawilah: 2,5 alif (5 harakat).

Contoh:

‫ﺍ َﻥﱠ َﻣﺎ ﻟَﻪ ﺍَ ْﺧﻠَﺪَه‬

1. Mad badal

ialah: setiap Aa, Ii, Uu yang dibaca panjang. Panjang bacaannya: 1 alif (2 harakat).

Contoh:

‫ﺍ َﻣﻨُ ْﻮﺍ‬ ‫ﻧِ ْي ﺍِ ْيﺘ ُ ْﻮ‬ ‫ﺗِ َي ﺍ ُ ْﻭ‬

1. Mad tamkin

ialah: YA kasrah bertasydid bertemu YA sukun. Panjang bacaannya: 1 alif (2 harakat).

Contoh:
َ‫ﺍ ُ ِ ّﻣ ِﻴّ ْﻴﻦ‬ ‫ُﺣ ِﻴّ ْﻴﺘ ُ ْﻢ‬ َ‫ﻧَﺒِ ِﻴّﻦ‬

1. Mad lin

ialah: fathah diikuti WAWU atau YA sukun bertemu huruf hidup dibaca waqaf. Panjang
bacaannya: 3 alif (6 harakat).

Contoh:

‫ف = ف َﺧ ْﻮ‬
ْ ‫َﺧ ْﻮ‬ ‫ﺍِﻟَ ْﻴ ْﻪ = ﺍِﻟَ ْﻴ ِﻪ‬

1. Mad lazim mutsaqqal kalimi

ialah: Mad Thabii bertemu tasydid. Panjang bacaannya: 3 alif (6 harakat).

Contoh:

‫ضﺎ ِﻟّ ْﻴ َﻦ‬


َ ‫َﻭ ﻻَ ﺍﻟ‬
1. Mad lazim mukhaffaf kalimi

ialah: Mad badal bertemu sukun. Panjang bacaannya: 3 alif (6 harakat).

Contoh:

‫ﺍ ْﻻ َﻥ‬
1. Mad lazim musyabba’ harfi

ialah: huruf hijaiyyah yang dibaca panjangnya 3 alif (6 harakat). Jumlah hurufnya ada 8, yaitu:

‫ﻡكلﺱعصقﻥ‬

Contoh:

‫ﻟ ّﻢ ﺍ ص ق ﻥ‬ ‫ﻟ ّﻤص ﺍ‬

1. Mad lazim mukhaffaf harfi

ialah: huruf hijaiyyah yang dibaca panjangnya 1 alif (2 harakat). Jumlah hurufnya ada 5, yaitu:
‫ﺭﮬطﻱح‬

Contoh:

‫ﺍ ﻟ ّﻤﺮ‬ ‫ﻛﻬﻴﻌص‬ ‫ﻋﺴﻖ‬ ‫يس‬ ‫طﻪ‬

1. Mad farq

ialah: Mad badal bertemu tasydid. Panjang bacaannya: 3 alif (6 harakat).

Contoh:

ُ‫ﻗُ ْﻞ ﺍْﻻ لل‬

Anda mungkin juga menyukai