Anda di halaman 1dari 8

AMALI 2: OPTIK FIZIK- CORAK BELAUAN DAN PANJANG

GELOMBANG CAHAYA LASER

Tujuan:

Untuk mengkaji corak pembelauan dan panjang gelombang cahaya laser merah dan hijau.

Teori:

Pembelauan gelombang adalah fenomena penyerakan gelombang apabila ia merembat


menerusi celah sempit atau penghalang kecil. Ciri-ciri pembelauan mestilah

1. Frekuensi, laju dan panjang gelombang tidak berubah.


2. Arah perembatan dan bentuk gelombang berubah selepas dibelaukan.
3. Amplitud dan tenaga akan berkurang selepas pembelauan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan pembelauan yang lebih ketara ialah


Contoh aplikasi pembelauan dalam kehidupan seharian ialah ombak laut melalui celah kecil
pada pendiding laut jeti sesebuah pelabuhan. Apabila ombak memasuki celah kecil itu, ombak
akan dibelaukan. Ia juga akan merubah arah, bentuk dan amplitude gelombang ombak itu
setelah dibelaukan. Apabila dibelaukan, amplitude gelombang ombak akan berkurang.
Amplitude gelombang berkurang, maka tenaga hempasa ombak juga berkurang dan seterusnya
dapat mengurangkan kerosakan pada bot-bot dan juga hakisan pantai.

Dinding laut di jeti pelabuhan


Hipotesis:

Semakin kecil jarak parutan pembelauan per mm, semakin besar jarak pemisahan pinggir.

Sub-eksperimen 1

Pembolehubah:

Manipulasi: Jarak parutan pembelauan, a


Bergerak balas: Pemisahan pinggir, x
Dimalarkan: Jarak antara skrin dengan sumber cahaya, D

Sub-eksperimen 2

Pembolehubah:

Manipulasi: Warna sumber cahaya (merah dan hijau)


Bergerak balas: Pemisahan pinggir, x
Dimalarkan: Jarak antara skrin dengan sumber cahaya, D

Radas dan bahan:

Kaca parutan belauan, laser merah dan hijau, pembaris meter, kotak cahaya, dinding(skrin).

Susunan radas:
Prosedur:

1. Radas disusun dengan meletakkan sebuah kerusi dengan jarak 0.5m dari dinding.

2. Laser cahaya merah disuluh dengan melalui parutan pembelauan jenis 300,600 dan
1200 garis/mm.

3. Corak pembelauan yang terhasil di dinding dikira jarak pemisahan antara pinggir
mengikut tertib menggunakan pembaris.

4. Langkah 1-3 diulang menggunakan laser cahaya hijau.


5. Jarak antara pinggir dikira dan direkodkan.
Keputusan:

Bilangan parutan Jarak pemisahan pinggir, x (cm)


pembelauan, a (garis/mm) Laser cahaya merah Laser cahaya hijau
300 10.20 8.00
600 21.85 17.00
1200 67.00 45.00

Analisis data:
Dengan menggunakan rumus di bawah, panjang gelombang dapat ditentukan.

n λ= d 𝐬𝐢𝐧 𝜽 dimana
n= bil. tertib,
𝑥 λ= panjang gelombang,
Tan θ =
𝐷 d = jarak parutan pembelauan,
θ= sudut pembelauan

Laser cahaya merah

Jarak parutan Sudut pembelauan, θ Panjang gelombang, λ Purata panjang


pembelauan, d (˚) -7
(10× m) gelombang, λ
(garis/m) (10×-7 m)
300 11.53 6.67
600 23.60 6.67 6.67
1200 53.27 6.67

Laser cahaya hijau

Jarak parutan Sudut pembelauan, θ Panjang gelombang, λ Purata panjang


pembelauan, d (˚) (10×-7 m) gelombang, λ
(garis/m) (10×-7 m)
300 9.09 5.26
600 18.78 5.36 5.40
1200 41.99 5.58
Perbincangan:

Eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji corak pembelauan dengan panjang gelombang
cahaya menggunakan teknik pembelauan gelombang. Di dalam eksperimen, kami
menggunakan dua jenis cahaya iaitu merah dan hijau. Panjang gelombang dapat ditentukan
dengna menggunakan dua jenis rumus iaitu

Yang pertama, Yang kedua,


𝑎𝑥 nλ= d sin θ dimana
λ= dimana
𝐷
n= bilangan tertib
λ= panjang gelombang λ= panjang gelombang
a= jarak parutan pembelauan d= jarak parutan pembelauan
x= jarak pemisahan pinggir θ= sudut pembelauan
D=jarak antara skrin dan sumber cahaya

Namun, pada amali ini, kita akan menggunakan rumus yang kedua untuk mencari
panjang gelombang cahaya kerana rumus tersebut lebih tepat dan spesifik. Hal ini adalah
kerana rumus yang kedua melibatkan bilangan tertib dan penggunaannya dikhususkan untuk
mecari pembelauan manakala bagi rumus yang pertama, bilangan tertib tidak diambil kira
kerana penggunaannya lebih khusus untuk mencari interferens dimana jarak pemisahan pinggir
interferens adalah sama bagi setiap tertib.

Berdasarkan amali yang dijalankan, keputusan mendapati bahawa bagi laser cahaya
merah yang menggunakan parutan pembelauan jenis 300 garis/mm ialah 6.67×10-7m,
manakala jenis 600garis/mm pula ialah 6.67×10-7m dan jenis 1200garis/mm ialah 6.67×10-7m.
Jadi, purata bagi panjang gelombang laser cahaya merah ialah 6.67×10-7m. Keputusan yang
didapati melalui eksperimen adalah agak jauh jika dibandingkan dengan bacaan teori iaitu
6.4×10-7m bagi cahaya merah. Hal ini mungkin disebabkan ralat yang berlaku ketika
menjalankan eksperimen.

Seterusnya, keputusan panjang gelombang bagi laser berwarna hijau pula ialah
5.26×10-7m untuk jenis parutan pembelauan 300garis/mm, 5.36×10-7m untuk 600garis/mm dan
akhir sekali, 5.58×10-7m untuk 1200garis/mm. Jadi, purata bagi panjang gelombang laser
cahaya hijau ialah 5.40×10-7m. Keputusan yang didapati ini adalah betul-betul bertepatan
dengan bacaan teori panjang gelombang cahaya hijau iaitu 5.4×10-7m.
Cahaya merah mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang adalah kerana
cahaya merah membawa tenaga dan frekuensi yang lebih rendah, jadi semakin kecil tenaga
dan frekuensi yang dibawa, semakin panjang gelombang yang terhasil. Berdasarkan teori,
cahaya merah mempunyai panjang gelombang yang paling panjang.

Susunan Panjang Gelombang

Terdapat beberapa ralat yang berlaku ketika amali dijalankan iaitu ralat paraleks dimana
kedudukan mata tidak berserenjang dengan skala pembaris semasa mengambil bacaan
pemisahan pinggir yang terhasil. Selain itu, keadaan sekeliling yang tidak terang dimana sedikit
sebanyak menyukarkan kami membaca skala pembaris dan akhir sekali, kedudukan corak
pinggir yang terhasil tidak statik walaupun sumber cahayanya adalah statik. Hal ini sedikit
sebanyak menggangu konsentrasi kami ketika mengambil bacaan pemisahan pinggir.

Namun, kami juga telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga ketika menjalankan
amali iaitu dengan mengelakkan berlakunya ralat paraleks. Kedudukan mata pembaca mestilah
berserenjang dengan skala pembaris. Selain itu, amali dijalankan beberapa kali untuk
mengambil bacaan purata. Akhir sekali, kami mengambil bacaan jarak pemisahan pinggir
dengan berhati-hati walaupun pinggir yang terhasil tidak statik.

Kesimpulan:

Keputusan amali menunjukkan bahawa semakin kecil jarak parutan pembelauan, semakin
besar jarak pemisahan pinggir. Melalui keputusan tersebut, kami mendapati bahawa cahaya
merah mempunyai pemisahan pinggir yang lebih besar. Maka, panjang gelombang yang
terhasil bagi laser cahaya merah ialah 6.67×10-7m manakala bagi cahaya hijau ialah 5.4×10-7m.
hipotesis diterima.
Rujukan:

Ryan, K. (2014). Pembelauan Gelombang. Diambil pada 11 Mac 2018 daripada


https://www.slideshare.net/ryanko1612/3pembelauan-gelombang

Yong, P. L. & Hin, L. B. (2015). Q&A for Matriculation Physics Semester 2 (2nd ed.). Shah Alam:
Oxford Fajar.

Yong, P.L. (2004). Physics for STPM Volume 2 (2nd ed.). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Harold, L. (2004). Diffraction by an Infinite Slit. Journal of Applied Physics. 30(11), doi
10.1063/1.1735035

Lynne, K. & Kurt, W.K. (1999). Observation and application of optical interference and diffraction
effects. Journal of Applied Physics. 86(4), doi
10.1063/1.370972